Rabu, September 28, 2005

Institut Pengajian Tinggi Sekolah (IPTS)

Lamer betul aku tak mencakar dan berbolok di sini... aku mmg bz skit sekarang ni dengan hal2 yg tak dapat dielekkan...

IPTS? ini bukan kisah pelajar kolej swasta yg tak dpt PTPTN, bukan juga kisah IPTS yg mencekik darah bebudak.. tapi kisah satu pusat pengajian milik kerajaan khas utk golongan yg kurang bernasib baik (bukan cacat).Tetapi pelajar yg tak dapat offer ke IPTA/S (umumnya) dan yg telah mendapat tempat tp telah dirijek (amnya).

Kisah ini berlaku di sebuah Institut Kemahiran MARA (IKM) di ibu kota, dimana salah seorang dari pelajarnya menghubungi aku utk menyatakan rasa tak puas hatinya terhadap pengurusan IKM. Mengapa? adakah kerana student2 yg belajar disana kurang cerdas dan mendapat elaun, jadi mereka layak di anak tirikan? aku rasa ini juga salah satu dari aspek diskriminasi....

mmg normal jika anda belajar di IKM, anda terpaksa mengikuti polisi dan undang2 yg sangat ketat! tidak salah kalau aku namakan IKM ni sbg sekolah berasrama penuh versi IPT yg aku namakan juga IPTS (Institut Pengajian Tinggi Sekolah).

Seorang pelajar yg berada di kategori AM (kena rijek dr IPT lain)yg semestinya sudah agak berumur yg belajar situ menjadi mangsa diskriminasi dan serkap jarang oleh pihak pengurusan. Adalah normal buat masa sekarang majoriti pelajar (even budak skolah rendah) memiliki handphone dan dgn selambenye mereka membawa ke sekolah utk show off (maybe?). Budak IKM ni pun same lah, dia pun bawak la hp dier dlm kelas. Mmg sudah menjadi undang2 IKM, x boleh on Handphone atau guna hp dlm kelas.. (ok..still normal). So budak ni pun silentkan handsetnya (consider off sb x menggangu pengajaran dan pembelajaran).

Nak dijadikan cerita, lecturer nya check hp bebudak dlm kelas and jumpa mamat tu x off hp (silent), dgn rakusnya lecturer tu merampas hp mamat tu (yg x mahal pun). Ok fine.. benda dah kena rampas.. naluri normal seorang manusia.. bila barang dah kena ambik/rampas, mesti mahu tuntut kan? so mamat tu g tuntut hp dia...

The story begin:

lecturer tu cakap..." dlm rekod ikm ni.. awak lah orang pertama yg berani mintak balik barang yg dirampas!, saya tak kan bg balik". Giler...buat harta..mmg giler hp kot lect ni...
mamat tu mmg terkejut, mcm x dpt balik jer hp dia.. so dia merayu agar beri balik sim card... ok fine.. dia dpt sim card... tp hp tu maybe tak dapat terus..
di sini aku boleh nampak yg lecturer tu memandang rendah kat bebudak sana..dia anggap bebudak tu sampah..tak berani melawan..boleh buat apa saja.... aku kesian ngan bebudak kat sana...memang kesian...

Seterusnya, minggu depan selepas rampasan, bilik lecturer perampas td kena pecah..duit hilang..hp rampasan hilang!! so dgn segala perasaan angkuh dan bongkak..lecturer td panggil mamat yg hp kena rampas dan tanpa usul periksa terus tuduh mamat tu yg pecah masuk dan curi barang!!! MEMANG GILER!!! aku tak paham apa yg berlaku kat dlm IKM tu.. TANPA USUL PERIKSA!! REASON DIA KERANA MAMAT TU BERANI MINTAK BALIK HP DAN BERANI BERSEMUKA DAN BERDEBAT DGNNYA!!!!

So mamat tu kena reman dan soal siasat... so rekod mamat tu macam dah hancur...kena tuduh mencuri... (kesian). aku pun terfikir, adakah mamat tu menjadi kambing hitam kepada kegiatan seseorang yg kita tidak ketahui?

Tak habis dgn itu, skali lg pecah masuk dan kecurian di bilik yg sama.. kali ni duit koperasi/persatuan hilang serta barang2 lain... so buat kali keduanya mamat tu dituduh lagi... pastu lecturer tu report polis.. ambik cap jari..mamat tu jd suspek (mcm CSI ni).

So apa yg berlaku di sini, bebudak kat dlm tu tidak di treat sb manusia yg memiliki hak asasi nya sendiri!! apa kejadahnya? (pinjam yer wan kamaruddin). KAMU TELAH MENUDUH DAN MENJATUHKAN MARUAH SEORANG MANUSIA YG TAK TENTU LG DIA BERSALAH ATAU TIDAK!!!

Kepada reader semua..mari la kita memperjuangkan nasib mamat ni... ok nanti aku publish chat session aku ngan mangsa...

p/s: undang2 rimba, yg lemah menjadi mangsa yg kuat... kalau yg kuat tenaga batin? jadi perogol laaaaa...

Sabtu, September 24, 2005

Ibu Larang anak pakai purdah?

Kisah tentang larangan jilbab bagi anak muda

Seorang pemuda baru saja baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian di
biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.

Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2
meletihkan.

Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya kerana ramai
penghuni
masih belum balik dari kerja

Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu
tua
dengan anaknya.


Anak : Ibu..


Ibu : Hmmm ?



Anak : BU !



Ibu : APA ?



Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah..

Ibu dengarlah ni !



Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk
memasuk kan benang kejarum ni. Susah pulak rasanya. Agaknya mata
ibu sudah
nak rabun...



Anak : Bu !



Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?



Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya
pakai
jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak
Bu..
?



Ibu : Jangan ...



Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.



Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh
ya,
saya mau pakai jilbab ?



Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...


Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana
kita
orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya..
betul
tak bu...? Bolehlah bu..




Ibu : TIDAK !



Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai
jilbab
? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam
yang
sebenar bukan adat. Dari dulu memang
diwajibkan demikian, bukan trend baru-baru ini aja.


Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !


Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan
pakai
jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau
orang
tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.



Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan,

JANGAN !!!



Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!


Ibu : JANGAN !



Anak : JILBAB !



Ibu : JANGAN !



Anak : JILBAB !!



Ibu : J A N G A N !!!



Anak : J I L B A A A A A A B !!!!



Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar
bilik
untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu
bersetuju
dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk
mengetuk ....

namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...



Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN
LAKI-LAKI.....





Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai

p/s: aku pun kena tipu

Rabu, September 07, 2005

Idea Sengal: Turunkan Harga Minyak


Idea yang sangat menarik? Adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri RM2.00>
Mahu supaya harga petrol turun?
Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu. Philip Hollsworth
menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen "Jangan
beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei lalu.
Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan tidak
membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan
pengguna sendiri berbanding penjual.
Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang
benar-benar berkesan. Sila teruskan baca dan ambillah bahagian dalam
rancangan ini.
Sekarang syarikat minyak dan negara OPEC memberitahu harga seliter petrol
adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja, kita perlukan tindakan agresif
untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI yang mengawal harga, bukan penjual.
Dengan harga petrol yang begitu kerap naik, kita pengguna perlu bertindak.
Satu cara untuk menurunkan harga petrol ialah dengan memberikan tamparan
kepada seseorang dalam industri tersebut iaitu dengan tidak membeli petrol
darinya, dan ini dapat kita lakukan tanpa menyusahkan diri kita sendiri.
Ideanya begini
Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli sebarang petrol dari TIGA SYARIKAT
MINYAK BESAR (iaitu ESSO / MOBIL, SHELL dan PROJET). Jika mereka tidak dapat
menjual petrol, mereka akan mula menurunkan harga.
Jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk
kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli ESSO/MOBIL,
SHELL dan PROJET.
Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan bagaimana. Saya menghantar
mesej ini kepada ramai orang.
Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x10 = 300)
Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih (300 x 10= 3,000) dan seterusnya.
Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia sebenarnya
telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol.
Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah : 1) Menghantar mesej ini
kepada 10 orang atau lebih, itu saja. 2) Jangan beli petrol dari
ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET. Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap kita
menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA orang akan
dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja. Saya cabar anda, jangan sangka
anda tiada kuasa, bertindak secara bersama, ia akan membuahkan hasil.
Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini. TOLONG KEKALKAN
KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.
Mudah saja, sebarkan email ini, kemudian
beli saja petrol dari Petronas, Caltex, BP sahaja, jauhi anda dari stesen
petrol ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

p/s: aku tak tahu