Aku seorang pemikir yg malas berfikir...menulis utk membuang masa. Tulisan aku tak semesti betul, tak semestinya salah..ia subjektif.apa yang ku pasti..aku gila SEJARAH,aku pencinta Bahasa Melayu (walaupun banyak salah ejaan),sedang memantapkan lagi pemahaman tulisan jawi
Rata-rata apa yang kita tahu adalah
bersifat warisan iaitu diajarkan oleh ibu bapa,guru atau rakan. Jarang
sekali kita mendalami sendiri apa yang kita tahu dengan mencari pakar
dalam bidang tertentu. Cerita di bawah adalah contoh kecelaruan minda
yang dihadapi oleh kita oleh kerana malas untuk menuntut ilmu.
Malik adalah seorang rakyat marhaen yang telah diajar oleh ibu bapa dan
gurunya bahawa racun tikus tidak boleh dimakan.Dia menggengam erat informasi
tersebut and mempercayai sepenuhnya tanpa ragu. Sehigga la dia dewasa
dan masa itu media sosial merupakan sesuatu yang penting buatnya.
Suatu hari Malik terlihat ada orang berkongsi info dari blog yang
mengatakan racun tikus selamat dimakan. Pada mulanya Malik hanya
tersenyum sinis... bodoh betul siapa yang makan..sindir Malik.
Lama-kelamaan info itu menjadi viral dan dikongsi oleh ramai orang,
Malik sudah mula goyah...
Kemudian ada pulak portal berita
alternatif memaparkan wawancara seorang tokoh politik yang bersetuju
bahawa racun tikus itu boleh dimakan!! Dan kenyataan ahli politik itu
dikongsi dan sokong oleh ramai orang.
Nah..sekarang Malik sudah berubah fikiran..Yaaa..racun tikut selamat dimakan!!
Malik merupakan kita semua yang malas untuk mengkaji dan menyelidiki
setiap info yang terhidang di depan kita. apa yang diterima oleh
majoriti itu kita anggap adalah benar, pada masa ini persepsi-persepsi
itu diubah menjadi fakta!!
Ini adalah contoh kecelaruan minda yang disebabkan oleh manipulasi data-data yang berkaitan. Adakah anda seorang Malik??
Perkara dosa dan salah tidak akan menjadi benar walaupun dipersetujui
oleh majoriti.Yang salah tetap salah.. Jika anda perhatikan, seorang
fasik dan jahat boleh diangkat menjadi pemimpin dengan sokongan
majoriti.
Adakah majoriti itu adalah Malik?
Kita di ambang tarikh merdeka.Elok rasanya kita mengenang sejenak sejarah dan perjuangan nenek moyang kita sebagai iktibar untuk semua.Tidak dinafikan lagi teramat perit dan jerih mereka berjuang dalam menuntut kemerdekaan, namun lebih perit lagi bagi kita generasi kini dan mendatang untuk mengisi erti kemerdekaan itu.
Kesultanan Melayu Melaka yang gah selama 110 tahun musnah dan tumbang dalam masa 10 hari saja oleh Portugis. Selepas itu kita dijajah oleh kuasa-kuasa asing silih berganti. Sifat mementingkan diri sendiri, dengki khianat dan perpecahan sesama sendiri adalah punca kelemahan dan jatuhnya Empayar Melayu.
Kuasa-kuasa asing dari dulu hingga kini amat mengidam untuk menakluki tanah melayu, kerana bumi yang kita pijak ini kaya dengan emas, bijih timah, bijih besi dan subur untuk tanaman getah, kelapa sawit dan sebagainya.
Oleh kerana bimbang kuasa raja dan orang melayu hilang, pada tahun 1909 raja-raja melayu telah mencadangkan kepada British agar ditubuhkan satu pasukan tentera yang terdiri dari orang-orang melayu.Untuk mengambil hati raja-raja melayu, maka pihak British bersetuju menubuhkan Rejimen Askar Melayu pada 1 Febuari 1933, itupun selepas mengambil masa berpuluh tahun. Apakan daya, hanya 25 orang anak melayu yang terpilih dari 100 orang calon untuk menjadi rekrut pertama Askar Melayu.Walaupun pada namanya Askar Melayu, tetapi mereka telah dilatih oleh Pegawai tentera British.
Percubaan pengambilan rekrut askar melayu tahun 1933 telah meyakinkan Pihak British untuk menambahkan lagi bilangan anggotanya lalu mereka telah menubuhkan sebuah Rejimen Askar Melayu yang terdiri daripada 150 orang anggota pada tahun 1935. Diantara mereka yang terawal memasuki Rejimen Askar Melayu ialahAdnan Saidi pada umur 18 tahun, yang kemudiannya dinaikkan pangkat dengan pantas kerana kecemerlangannya kepada pangkat Leftenan. Beliau adalah satu-satunya Askar Melayu yang diberi kepercayaan untuk terlibat dalam pembarisan memberi hormat dalam upacara pertabalan King George VI di London. Ketika di sana, Leftenan Adnan telah dihadiahkan sepasang Uniform Tentera British oleh King George, Raja England yang baru.
Rupa-rupanya 2 batalion askar melayu yang ditubuhkan oleh British hanya untuk dijadikan perisai pertahanan untuk menangkis serangan tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua, itu saja.Ternyata penubuhan Rejimen Askar Melayu yang disyorkan oleh Raja-Raja Melayu, hanya memberi manfaat kepada British bukan sebaliknya.Satu batalion askar melayu ditempatkan di Pantai Cahaya Bulan Kelantan untuk menyekat kemaraan tentera Jepun dan satu batalion lagi diletakkan di Bukit Candu Singapura.
Sayang seribu kali sayang, kita kehilangan seorang perwira melayu tulen seperti Allahyarham Leftenan Adnan Saidi. Beliau mati syahid dalam menentang musuh tanahair di Bukit Candu. Sesetengah orang tua berpendapat mengapa British meletakkan pasukan askar yang diketuai oleh Leftenan Adnan di Bukit Candu adalah kerana mereka tahu pasukan askar melayu itu akan berperang dengan bersungguh-sungguh dengan memperjudikan nyawa mereka demi tanahair mereka dan Bukit Candu adalah merupakan kubu terakhir British di Tanah Melayu.
Tentera British sangat licik dengan menjadikan pasukan askar melayu sebagai benteng manusia, iaitu jika tentera Jepun menyerang Bukit Candu, mereka akan dapat melarikan diri melalui Pasir Panjang dan jika mereka diserang di Pasir panjang, mereka akan meloloskan diri mereka melalui Bukit Candu. Mereka sendiri tidak yakin dengan tentera British, India, Australia ataupun Sikh yang meyertai mereka kerana bumi Melayu bukanlah tanahair mereka untuk dipertahankan sehinggakan terpaksa menggadaikan nyawa. Kalaulah Raja-Raja Melayu telah diberikan kuasa untuk memilih dan membentuk pasukan askar melayu, saya berpendapat Jepun pasti akan dikalahkan dengan mudah. Ambil contoh pertempuran di Pasir Panjang , Askar Melayu dibawah pimpinan Leftenan Adnan telah berjaya mengalahkan tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur , tetapi atas arahan Jeneral A.E Percival, mereka telah diarahkan berpindah dan mempertahankan Bukit Candu. Ia sebenarnya adalah satu muslihat, untuk memudahkan semua tentera British melarikan diri dan mengosongkan markas di Bukit Candu ke Alexandra! Kalau dikira, tidak ada apa-apa pun yang penting di Bukit Candu untuk dipertahankan oleh askar melayu, kalau ada pun hanya ada sebuah Kilang candu milik British di atas bukit tersebut.
Arwah Leftenan Adnan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir bersama anggota-anggota askar melayu lain yang berjiwa kental dan berani di Bukit Candu. Mereka berjuang dengan laungan takbir Allahuakbar !. Amat sedih bila mengenangkan pasukan askar melayu yang benar-benar berani itu hanya menjadi benteng untuk British. Bila mereka terkepung dan kehabisan peluru, Leftenan Adnan ditangkap, dipukul dan diikat pada sebatang pokok ceri sebelum ditikam dengan bayonet di perutnya oleh Leftenan Renya Mutuguchi. Mayat arwah ditikam bertubi-tubi dengan bayonet dan pedang oleh anggota-anggota tentera jepun yang berdendam atas kematian rakan-rakan mereka ditangan pasukan Leftenan Adnan sebelum itu . Akhirnya mayat arwah Leftenan Adnan yang telah hancur robek itu dibakar pula.
Kuasa British dalam mencengkam tanah melayu sekian lama hanya dihancurkan oleh tentera Jepun dalam masa 69 hari saja! Jeneral Yamashita telah mengotakan janjinya sehari lebih awal setelah berjanji dihadapan Maharaja Jepun untuk menakluk Tanah Melayu dalam masa 70 hari!
Apa rahsia kejayaan tentera Jepun? Anda semua sudah maklum….jawapannya ialah : semangat juang Kamikaze tentera Jepun … Kesungguhan dan perjuangan jihad Leftenan Adnan dan pasukannya di Bukit candu juga tidak kurang hebatnya. Tentera melayu sebenarnya masih belum diuji dalam ertikata sebenar berperang, berdepan di medan juang.
Sejarah yang lalu banyak mencatatkan bahawa kekalahan biasanya akibat ditipu oleh musuh.
Bukannya kita sudah lupa bagaimana beraninya tentera Selempang Merah pimpinan Kiyai Salleh untuk menghapuskan seluruh cina komunis di bumi Johor setelah Cina Komunis beberapa kali melanggar perjanjian damai melayu-cina .Lupakah kita bagaimana cina komunis yang diketuai oleh Ah Seng membunuh pegawai daerah Batu Pahat iaitu Ismail dan selepas itu membunuh pula Qadi daerah Batu Pahat iaitu Tuan Haji Abdullah kerana marah Qadi itu tidak melarang orang melayu islam berkumpul dan sembahyang berjemaah di Masjid seperti yang pihak komunis mahukan. Setelah mengetahui akan kemarahan Kiyai Salleh dan tindakan yang akan diambil , mereka sangat gerun terutamanya yang tinggal di Batu Pahat dan Muar, malah ada cina komunis yang lari masuk ke hutan semula. Kiyai Salleh digelar “malaikat maut” dikalangan komunis!.
Nasib baik ada Dato Onn yang ketika itu menyandang jawatan Pegawai Daerah yang baru menghalang niat Kiyai Salleh untuk menyerang cina komunis di Batu Pahat. Kata-kata Dato Onn telah melembutkan hati Kiyai Salleh berbunyi :
“ Wahai Salleh, aku diamanahkan oleh Sultan Johor (Sultan Ibrahim) untuk mewujudkan perdamaian di Batu Pahat.Sekiranya kamu tidak mahu mendengar cakap aku sebagai pegawai daerah di sini, maka bunuh saja aku.Aku rela korbankan nyawa aku , kemudian kamu buatlah apa-apa sahaja yang kamu suka”.
Sepatutnya orang cina komunis perlu berterima kasih banyak kepada Dato Onn dalam hal ini kerana jika tidak, sudah pasti seluruh bangsa cina-komunis akan dihapuskan di bumi Johor, atau mungkin ia akan merebak ke seluruh tanahair kerana ketika itu pun perjuangan jihad Kiyai Salleh telah mendapat sokongan yang padu dari orang-orang melayu terutamanya di Batu Pahat dan Muar.
Sejarah bercerita kepada kita, pejuang dan pendekar sufi melayu tidak pernah kalah berjuang dari dulu hingga sekarang… Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman , Dol Said , Si Bongkok Tanjung Puteri, Datuk Siamang Gagap dan ramai lagi pejuang disebut PENDERHAKA oleh penjajah untuk membelenggu jiwa anak cucu mereka.Oleh itu sehingga kini jiwa kita masih belum merdeka dalam erti kata yang sebenar.
Bila diteliti sejarah rupanya Moyang Leftenan Adnan yang bernama Alang adalah berasal dari Pagar Ruyung , menetap di Naning dan pernah berjuang menentang penjajah bersama Dol Said. Dalam perang Naning Pertama orang melayu menang keatas tentera British setelah dibantu oleh orang-orang Rembau dan Seri Menanti. Namun dalam perang Naning kedua pada tahun berikutnya, tentera British dapat mengalahkan orang melayu Naning kerana mereka berjaya memujuk dan memperdaya orang-orang Rembau dan Seri Menanti untuk tidak membantu Naning.Dol Said ditipu lalu menyerah kepada British. Setelah dijanjikan pangkat Penghulu dan diberi pengampunan.
Alang tidak bersetuju untuk menyerah diri kepada British lalu mengambil kesempatan untuk melarikan diri bersama isterinya dari Gunung Pasir ke Kampung Repah.Anak mereka bernama Mukmin adalah ayah kepada Kahar. Kahar inilah pahlawan melayu yang digelar Datuk Siamang Gagap. Dialah pahlawan yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang Inggeris dalam Perang Bukit Putus.Dalam perang ini mereka kalah kerana Inggeris telah dibantu oleh pasukan Datuk Kelana Sungai Ujung yang ramai. Datuk Siamang Gagap masih tidak mahu menyerah kalah lalu berpindah ke Kampung Juaseh dalam daerah Jempol. Dari daerah itu seorang anaknya berpindah dan mudik ke Sungai Beranang lalu menetap di Sungai Ramal dan menyembunyikan identiti dan asal usul mereka kerana tidak mahu diburu oleh Inggeris. Dia adalah ayah kepada Saidi, datuk kepada Leftenan Adnan.
Cerita bangsat tentera Jepun bukan tamat setelah berjaya membunuh Leftenan Adnan, mereka pergi pula ke kampung Sungai Ramal untuk menangkap bapa Leftenan Adnan, iaitu Pak Saidi. Jeneral Yamashita begitu berdendam dengan Leftenan Adnan kerana dikatakan adik kandungnya maut dirodok dengan bayonet oleh Leftenan Adnan.Walaupun Pak Saidi tahu tentera Jepun datang untuk menangkapnya dan orang-orang kampung sudah puas memujuknya untuk bersembunyi atau melarikan diri, namun darah pejuang yang mendidih ditubuhnya tidak mengizinkan cucu kepada Datuk Siamang Gagap itu untuk berganjak atau berundur walaupun setapak. Malah dia telah bersedia menanti kedatangan tentera Jepun dengan hanya berbekalkan sebilah keris pusaka. 5 orang tentera Jepun maut dibaham kerisnya, manakala 15 orang tentera Jepun cedera parah. Oleh kerana bilangan tentera Jepun yang lengkap bersenjata terlalu ramai, Pak Saidi akhirnya tewas jua oleh peluru tembakan tentera Jepun.
Itulah lembaran cerita pilu sebuah keluarga dan keturunan pejuang tulen.Pak Saidi gugur sebagai pejuang setelah 2 orang anaknya iaitu Adnan dan Ahmad yang juga seorang tentera gugur terkorban.
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan , saya berseru dan mengajak semua orang melayu yang beragama islam, agar dapat bersatu padu dan berkasih sayang semula. Hentikanlah permusuhan sesama kita.Marilah kita merdekakan jiwa kita dan kita bina semula Empayar Melayu Islam. Hayatilah lagu “Setanggi Kasih” ini untuk mengisi jiwa merdeka! Padamkan permusuhan, hindari kejahatan dengan satu kebaikan, agar bangsa melayu kita bangkit kembali mebina sebuah empayar melayu islam yang terkemuka!
MARI KITA NYALAKAN,
SETANGGI KASIH YANG MEWANGI..
DI SELURUH SEMESTA,
PADA SEPANJANG KEMBARA...
KITA AKAN TEMUI,
BUNGA-BUNGA KEBAIKAN,
HULURKAN SALAM,
BERSYUKUR KEPADA TUHAN...
HINDARI KEJAHATAN,
DENGAN SATU KEBAIKAN,
AGAR KAU KAN RASAI, ERTI KEMANISAN IMAN,
INI SETANGGI KASIH,
DI PERSADA CINTA TUHAN,
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN...
TIADA SELAIN TUHAN,
BERKUASA MENDAMAIKAN,
TIADA SELAIN TUHAN,
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN,
PASTI KAU TEMUI NANTI,
DURI-DURI PERMUSUHAN,
HADAPI SEGALANYA,
DENGAN KESABARAN...
DAN TEMPUHILAH RINTANGAN DENGAN KEYAKINAN...
MARI KITA PADAMKAN,
NYALAAN BENCI YANG MEMBAKAR,
DI SEPENUH BUANA,
PADA SELURUH MANUSIA...
KITA AKAN SEDARI,
TITIK-TITIK PERSAMAAN,
TABURKAN DAMAI,
BERSYUKUR KEPADA INSAN...
TIADA SELAIN TUHAN,
BERKUASA MENDAMAIKAN,
TIADA SELAIN TUHAN,
YANG DAPAT MENYATUKAN INSAN,
PASTI KAU TEMUI NANTI,
DURI-DURI KEJAHATAN,
HADAPI SEGALANYA,
DENGAN KESABARAN...
DAN TEMPUHILAH RINTANGAN DENGAN KEYAKINAN...
HINDARI KEJAHATAN,
DENGAN SATU KEBAIKAN,
AGAR KAU KAN RASAI,
ERTI KEMANISAN IMAN,
INI SETANGGI KASIH,
DI PERSADA CINTA TUHAN,
SUBURKAN CINTA KITA SESAMA INSAN...
HULURKAN SALAM,
BERSYUKUR KEPADA TUHAN...
Salam Kemerdekaan …..
Tema Kemerdekaan Sangtawal : Melayu Berjiwa Merdeka Mampu Menggegar Dunia!
Khabar-khabar Gembira Tentang Nabi saw di dalam Perjanjian Baru.
Kitab Perjanjian Baru merupakan baki kitab suci bagi umat Nasrani (Kristian), ia adalah bahagian yang terpenting di sisi mereka. Ia dipanggil dengan nama
Injil kerana ia disandarkan kepada Nabi Isa as. Tidak beriman dengan Kitab Perjanjian Baru ini seorang pun di kalangan Bangsa Israel melainkan dari kaum
Nasrani. Golongan Nasrani membahagikan Kitab Suci itu dua bahagian, Perjanjian Lama seperti yang telah lalu dan Perjanjian Baru.
Injil atau Perjanjian Baru atau juga dikenali dengan himpunan risalah –risalah ini merupakan bahagian yang baru di dalam kitab suci di mana golongan
Nasrani menamakan catatan-catatan sebelum zaman kebangkitan Nabi Isa as dengan panggilan Perjanjian lama dan selepas zaman kebangkitannya dengan
panggilan Perjanjian Baru. Ia mengandungi 27 kitab yang mana empat kitab pertama daripadanya dipanggil kitab-kitab Injil secara rambang iaitu Matta,
Marqus, Luqa dan Yuhana.
Andaian yang dapat kita buat berdasarkan nama-namanya jelas bahawa kitab-kitab itu ditulis oleh pengikut-pengikut setia Nabi Isa as. Ianya merupakan
himpunan sepuluh kitab-kitab lain yang tersebar pada awal-awal tahun masihi yang kemudiannya dibatalkan oleh perhimpunan Ugama Kristian kali pertama
yang terkenal, diadakan di Nicea (Izniq sekarang) di Asia Kecil pada tahun 325 Masihi di bawah kelolaan Maharaja Kaisar Rom yang bernama Qastantien
yang agung di mana telah diputuskan bahawa hanya empat buah kitab ini sahaja yang dibenarkan sebagai sandaran dan selain daripadanya diperintahkan
supaya dibakar. Oleh yang demikian ianya terkenal dengan nama Injil-injil Induk atau Injil-injil di sisi undang-undang.
Kitab Injil yang disebut di dalam Al-Quran adalah lain daripada Injil-injil terbabit, tetapi yang dimaksudkan dengan Injil di dalam Al-Quran adalah
wahyu asal yang diturunkan secara langsung kepada Nabi Isa as yang dikenali di kalangan orang-orang yang sezaman dengannya dengan nama di dalam bahasa
Yunani sebagai “Evangelion” yang bermaksud “Khabar Gembira”.
Himpunan kitab-kitab Perjanjian Baru adalah seperti berikut:
1. Matta
2. Marqus
3. Luqa
4. Yuhana
5. Tugas-tugas Para Utusan
6. Risalah Paulus Kepada Rom
7. Risalah Paulus (1) kepada Korenses
8. Risalah Paulus (2) kepada Korenses
9. Risalah Paulus kepada Galaty
10. Risalah Paulus kepada Efesus
11. Risalah Paulus kepada Piliey
12. Risalah Paulus kepada Kolosy
13. Risalah Paulus (1) kepada Thesaloniky
14. Risalah Paulus (2) kepada Thesaloniky
15. Risalah Paulus (1) kepada Themoses
16. Risalah Paulus (2) kepada Themoses
17. Risalah Paulus kepada Titus
18. Rislah Paulus kepada Pilemon
19. Risalah Paulus kepada Ibrani
20. Risalah James
21. Risalah Petros (1)
22. Risalah Petros (2)
23. Risalah Yuhana (1)
24. Risalah Yuhana (2)
25. Risalah Yuhana (3)
26. Risalah Yahuza
27. Mimpi Yuhana
Tidaklah dapat disangkalkan apabila Nabi saw disebut di dalam Kitab Perjanjian Lama yang merupakan Kitab Suci bagi kaum Yahudi, secara tidak langsung ia
juga menjadi bukti terhadap kaum Nasrani (Kristian) kerana mereka juga beriman dengannya dan menganggapnya sebahagian daripada kitab suci mereka.
Apa yang telah dipaparkan mengenai perkhabaran-perkhabaran tentang Nabi saw di dalam Perjanjian Lama telah cukup untuk menjadi hujah ke atas Yahudi dan
Nasrani dengan serentak kerana mereka semua mempercayai bahawa ianya wahyu daripada Allah swt, kecuali mereka berusaha memalingkan maksudnya kepada
sebaliknya.
Adapun perkhabaran-perkhabaran dan isyarat-isyarat mengenai Nabi saw di dalam Kitab Perjanjian Baru amatlah banyak. Sesungguhnya Nabi Isa as banyak
membawa berita gembira mengenainya kerana tidak terdapat di antara Beliau dengan Nabi saw oleh nabi yang lain. Disebabkan demikian
berita-berita mengenainya amat banyak sehinggakan juga terdapat di dalam Kitab-kitab Injil yang sudah diubah. Di antaranya seperti berikut:
1. Di dalam Yuhana (16/7) Isa Al-Masih berkata: “Adalah suatu yang baik bagi kamu bahawa aku akan meninggalkan sekalian kamu jauh, kerana sekiranya tidak
aku pergi sesungguhnya orang yang membawa hidayat itu tidak akan mendatangi kamu, tetapi bahawasanya apabila telahku pergi, akanku utuskan beliau kepada
kamu”
2. Kemudian Isa Al-Masih menerangkan sifat pembawa hidayat itu dengan katanya:“Sesungguhnya dia tidak sekali-kali mengeluarkan perkataan daripada dirinya
sendiri, tetapi dia akan berkata-kata mengikut apa yang dia dengari daripada wahyu”.(Yuhana 16/3)
Ini adalah suatu yang disifatkan oleh Allah swt mengenai Nabi saw di dalam Al-Quran di mana firmanNya bermaksud: “Tidaklah ia melainkan wahyu yang
diturunkan kepadanya”. (An-Najm;4)
3. Di dalam Matta (11/14) berkata Isa Al-Masih: “Sekiranya kamu mahu menerima, maka inilah dia Iliya yang teguh keazamannya, nanti akan tiba
kedatangannya, sesiapa yang mempunyai dua telinga hendaklah dia dengar.”
Kiraan daripada jumlah huruf perkataan Iliya sama dengan kiraan jumlah perkataan Ahmad.
4. Di dalam Matta (17/11) berkata Isa Al-Masih: “Sesungguhnya Iliya akan tiba pertama kalinya dan dia akan mendatangi segala sesuatu.”
5. Di dalam Matta (21/32) Selepas Isa Al-Masih membuat perumpamaan seorang tuan rumah yang menanam anggur dan menyerahkannya kepada penanam-penanam anggur
, Isa Al-Masih seterusnya berkata: “Adakah tidak kamu baca di dalam kitab-kitab, sesungguhnya batu yang telah dipinggirkan oleh pembina-pembina binaan telah menjadi tapak kepada dinding-dinding bangunan daripada pihak tuhan. Ini merupakan suatu perkara yang pelik dan pelik pada mata-mata kita. Kerana demikian daku menegaskan kepada kamu, sesungguhnya kerajaan Allah akan dicabut daripada kamu dan akan diberikan kepada umat yang mengusahakan buah-buahnya. Barangsiapa jatuh ke atas batu tersebut dia akan hancur dan barangsiapa yang ditimpa batu itu dia akan binasa”.
Batu yang dimaksudkan oleh Isa Al-Masih itu merujuk kepada Nabi Ismail as yang telah dipinggirkan bersama-sama ibunya oleh Sarah (Isteri Nabi Ibrahim as). Adalah suatu perkara yang pelik di sisi Bani Israel bahawa kerajaan Allah akan dicabut dan diberikan kepada keturunan saudara-saudara mereka iaitu bangsa Arab, sebagaimana juga merupakan perkara pelik bagi mereka bahawa Hajar (Ibu Nabi Ismail as) bukanlah seorang yang merdeka pada mula-mulanya, dia hanyalah hamba kepada Sarah. Nabi saw yang lahir daripada keturunan Nabi Ismail as itulah yang dimaksudkan dengan batu yang menjadi tapak binaan yang Allah swt reda terhadap sesiapa yang mengikutinya dan membinasakan sesiapa yang ingkar terhadapnya di dunia dan di akhirat.
6. Di dalam Yuhana (4/19,20,21) perbualan seorang perempuan dengan Isa Al-Masih di mana perempuan itu berkata kepada Al-Masih: “Wahai penghuluku, aku meyakini bahawa engkau seorang nabi. Sesungguhnya datuk moyang kami telah bersujud (sembahyang) pada bukit ini, dan engkau sentiasa berkata: Sesungguhnya pada Urasyalem merupakan tempat yang mesti dilakukan sujud padanya”. Lalu Al-Masih berkata kepadanya:
“Wahai perempuan, percayalah kepadaku sesungguhnya akan tiba suatu masa yang mana kamu tidak lagi bersujud padanya, tidak pada bukit ini dan tidak pada Urasyalem”.
Ini merupakan isyarat Nabi Isa as berkenaan pemalingan kiblat dan ianya bertepatan dengan apa yang difirmankan oleh Allah swt yang berbunyi:
“Akan berkata orang-orang bodoh dari kalangan manusia apakah yang memalingkan mereka (orang-orang yang beriman) daripada kiblat yang telah mereka berhadap ke arahnya (al-Baqarah;142)
hingga firmanNya berbunyi:
“Sesungguhnya kerap kali kami telah melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang mengadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu kearah Masjidil Haram (tempat letaknya Kaa’bah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka-muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang yang telah diberikan Kitab (Yahudi dan Nasrani) mengetahui bahawa ia adalah perintah benar dari Tuhan mereka. Dan Allah tidak sekali-kali lalai terhadap apa yang mereka lakukan (Al-Baqarah;144)
7. Di dalam Yuhana (15/26) berkata Isa Al-Masih mengenai Nabi saw, ujarnya:“Sekiranya datang ‘Munhamana’ dialah orang yang Allah swt utuskan kepada sekalian kamu.”
Perkataan ‘Munhamana’ yang merupakan bahasa Siryani secara lafaznya bererti ‘Muhammad’. Perlu diambil perhatian bahawanya perkhabaran Nabi Isa as ini telah digugurkan daripada cetakan-cetakan baru bagi kitab Injil, tetapi ianya masih terdapat di dalam cetakan-cetakan yang lama bagi Kitab Injil.
8. Di dalam Yuhana (16/13) berbunyi: “ Apabila tibanya ruh kebenaran itu, maka dia akan memimpin kamu kepada seluruh kebenaran kerana dia tidak mengeluarkan perkataan daripada dirinya sendiri, bahkan dia berkata-kata mengenai apa yang dia dengari dan dia akan memberitahu kamu tentang perkara-perkara yang akan berlaku.”
Perkhabaran di dalam Kitab Injil Barnaba
Apa yang telah lalu merupakan isyarat-isyarat dan perkhabaran-perkhabaran yang terdapat di dalam 4 buah kitab Injil yang rasmi dan diakui di sisi kebanyakkan golongan-golongan Nasrani (Kristian). Kita tidak terdedah sehingga sekarang kepada Injil-injil yang tidak diakui oleh pihak gereja yang mana bilangannya lebih banyak, di antaranya adalah Kitab ‘Injil Barnaba’ yang terdapat di dalamnya khabar-khabar gembira mengenai Nabi Muhammad saw secara terang dan jelas. Di dalamnya juga terdapat penegasan bahasa Isa Al-Masih adalah seorang hamba Allah. Di sana terdapat kitab-kitab Injil yang lain yang wujud pada kurun pertama dan ke-dua Masihi tetapi kemudiannya dibatalkan oleh pihak gereja selain Injil Barnaba.
Di antara Injil-injil tersebut:
- Injil Abyon – Injil Tujuh Puluh
- Injil Yaakub – Injil Dua Belas
- Injil Thomas – Injil Peringatan
- Injil Nicodem – Injil Ibrani
- Injil Petros – Injil Mesir
- Injil Yason – Injil Many
- Injil Marqiune. –Injil Kehidupan
Yang menguatkan kewujudan Injil Barnaba dalam usia yang lama bahawa di sana terdapat catatan surat pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Ketua Gereja Rom yang pertama iaitu Pope Glacius, telah menduduki kerusi Ketua Gereja pada tahun 492 Masihi iaitu 79 tahun sebelum kelahiran Nabi saw., di mana Baginda dilahirkan pada 571 Masihi.
Pope berkenaan telah menyenaraikan kitab-kitab Injil yang diharamkan membacanya, di antaranya ialah kitab yang dipanggil Injil Barnaba. Satu-satunya naskhah yang tekenal sekarang adalah naskah Itali yang terdapat di dalam perpustakaan Di Raja Viena. Ia dianggap kesan sejarah yang paling berharga di mana naskhah ini mempunyai 225 muka surat yang tebal daripada kertas yang dibuat daripada kapas dan dijilid dengan kertas yang kukuh serta dibalut dengan kulit.
Orang pertama yang menjumpai naskhah ini adalah Kremer, Menteri Raja Prusia sewaktu beliau menetap di Amsterdam. Beliau meminjam naskhah berkenaan pada tahun 1709 Masihi daripada perpustakaan salah seorang orang-orang kenamaan di Amsterdam. Selepas empat tahun kemudian pembesar Holand ini telah menghadiahkan naskhah terbabit kepada Prince Jugend Savoy yang berminat terhadap kesan-kesan sejarah. Naskhah ini kemudiannya berpindah bersama bahan-bahan perpustakaan Prince berkenaan ke perpustakaan di Raja Nemsa.
Sesungguhnya telah didapati naskhah yang lain di Sepanyol pada awal kurun ke-18 di dalam 220 muka surat yang mengandungi 222 fasal. Naskhah ini telah sampai ke tangan seorang orientalis bernama Sale, kemudiannya berpindah ke tangan Doktor Mancius yang merupakan salah seorang anggota sebuah fakulti di Oxford. Beliau lalu menterjemahkannya ke bahasa Inggeris.
Perkhabaran-perkhabaran di dalam Kitab Injil Barnaba yang menyebut tentang Nabi saw adalah seperti berikut:
1. Di dalam Barnaba (17/22-23) Isa Al-Masih berkata: “Akan datang selepasku kemegahan sekelian nabi-nabi dan wali-wali, dia akan keluar sebagai cahaya yang menerangi kegelapan-kegelapan yang menyulubungi perkataan para anbiya’, kerana dia adalah Rasulullah (utusan Allah).
2. Di dalam Barnaba (36/6) Isa Al-Masih berkata: “Sesungguhnya telah datang segala anbiya’ kecuali Rasulullah yang akan datang selepasku, kerana bahawasanya Allah mengkehendaki berlakunya demikian sehinggalah aku yang akan menyediakan jalannya.”
3. Di dalam Barnaba (42/13) ketika Isa Al-Masih di tanya adakah beliau rasul yang ditunggu-tunggukan itu? Beliau menjawab dengan katanya:“Sesunguhnya mukjizat-mukjizat yang Allah lakukan ke atas dua tanganku menunjukkan bahawa aku berkata-kata mengikut apa yang dikehendaki Allah. Tidaklah sekali-kali aku mengira diriku sebanding dengan orang yang kamu tanya mengenainya, kerana bahawasanya aku tidak layak untuk menghurai ikatan-ikatan kasut atau tali-tali sepatu Rasulullah yang kamu namakannya sebagai Mesiyyah (Utusan) itu. Dia dicipta sebelumku dan akan datang selepasku, dia akan membawa kata-kata kebenaran dan tidak ada bagi ugamanya itu kesudahan.”
Kebanyakan teks-teks di atas dan juga kesemua teks-teks Injil Barnaba menerangkan bahawa nabi yang ditunggu itu adalah Nabi Muhammad saw yang lahir daripada keturunan Nabi Ismail as dan ugamanya akan tersebar luas lagi diikuti, sedangkan kita tidak pernah mendengar tentang ugama yang tersebar serata dunia setelah Nabi Isa as melainkan ugama Islam.
Perkhabaran-perkhabaran di dalam kitab-kitab lain.
Bukanlah kitab-kitab umat dahulu kala hanya terbatas kepada kitab-kitab suci yang diturunkan daripada langit sahaja, bahkan termasuk di dalamnya kitab-kitab yang menjangkau usia yang lama. Di antaranya ialah kitab-kitab suci Ugama Hindu dan bilangannya amat banyak, tetapi secara umumnya ia terbahagi kepada empat bahagian:
1. Kitab Veda, yang bererti: Pengetahuan
2. Upanisyad
3. Purana, yang bererti : Usia Lampau
4. Brahmana Granat
Sesungguhnya kitab-kitab suci ini ditulis di dalam bahasa Sanskrit yang merupakan bahasa India Kuno. Tidak mengetahui bahasa ini sekarang melainkan hanya sami-sami Hindu.
Kitab Veda adalah dianggap sebagai kitab yang paling suci di antara segala kitab dan ia juga dikira sebagai kitab yang tertua di mana para ahli cendiakawan mereka berselisih pendapat mengenai tarikh penulisannya. Kebanyakan pendapat rata-rata mengatakan ianya ditulis sekitar 2000 atau 3000 tahun sebelum Masihi. Kitab Veda terbahagi kepada empat iaitu: Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda.
Di dalam Sama Veda (2:6,8) terdapat sebutan mengenai Nabi saw secara terang-terangan di mana teks itu berbunyi: “Telah menerima Ahmad syariat ugamanya daripada tuhannya. Syariat ini keseluruhannya adalah hikmat. Sesungguhnya aku akan menerima daripadanya cahaya seperti cahaya matahari yang sempurna”.
Adapun Kitab Purana yang boleh kita terjemahkannya sebagai “Kitab-kitab Orang Dahulu Kala” disebabkan ertinya adalah “Usia Lampau”, ia merupakan kitab yang paling banyak tersebar di antara kitab-kitab suci lain. Ia membicarakan tentang cerita-cerita dongeng yang berkaitan dengan permulaan kejadian makhluk, kehidupan dewa-dewa dan raja-raja. Ia merupakan kitab yang paling banyak bilangannya, hampir empat puluh kitab semuanya. Di antaranya himpunan kitab yang dinamakan “Maha Purana” yang bererti Kitab Purana yang terbesar di mana ia terdiri daripada lapan belas buah kitab.
Di antaranya lagi himpunan kitab yang dinamakan Upa Purana iaitu Kitab Purana tambahan atau yang kedua dan ia terdiri daripada 18 buah kitab juga. Di sana terdapat empat buah kitab yang lain, salah satu daripadanya yang akan kita perkatakan mengenainya iaitu Kitab Pahaveshia Purana yang bererti “Purana Masa Hadapan”. Kitab ini menyebut tentang Nabi Adam as dan Hawa dengan panggilan Adaman dan Haryavati dan juga tentang keturunan mereka. Kitab ini juga menyebut tentang Nabi Isa as dengan panggilan “Anak Tuhan” dan turut menyebut tentang Nabi Muhammad saw.
Golongan Hindu menganggap bahawa teks-teks tersebut suatu pembohongan yang diadakan dan dimasukkan pada zaman Raja India bernama Akbar yang berusaha untuk menyatukan semua ugama, tetapi mereka tidak mempunyai bukti terhadap perkara itu, hanya dakwaan semata-mata. Sedangkan teks tersebut masih wujud sehingga hari ini.
Berikut adalah teks mengenai perkhabaran yang menyebut nama Nabi saw di dalam kitab Pahaveshia Purana (Barti Saraj Barap ke-3: 303 ayat yang ke-5) berbunyi: “Akan muncul Malitsyaha (seorang asing yang bukan berbangsa Hindi) sebagai guru rohani bersama pengikut-pengikutnya. Beliau dikenali dengan nama Muhammad Raja, setelah dianugerahkan Mahadeva berbangsa Arab ini pembasuhan di dalam Panjajavia dan air Janaj (penyucian daripada dosa). Sesungguhnya orang yang mempersembahkan hadiah-hadiah kepadanya menguatkan lagi kebenaran, dan aku melihatnya dengan penuh penghormatan sambil berkata: “Aku jadikan bagi engkau segala kemuliaan, wahai kemegahan padang pasir! Wahai yang mendiami bumi Arab! Demi sesungguhnya engkau telah menghimpun kekuatan yang besar untuk memerangi syaitan dan engkau adalah terpelihara daripada musuh-musuh dari golongan Malitsyaha (orang-orang asing yang bukan berbangsa Hindi, yang dimaksudkan ialah golongan kafir Quraish). Wahai gambaran tuhan yang tertinggi dan tuhan yang terbesar! Aku adalah hamba kepadamu, pimpinlah daku seperti seorang yang tercampak diantara dua kakimu”.
“Sesungguhnya golongan Malitsyaha telah mengusir syaitan yang sesat (Abrahah berbangsa Habsyi) yang telahku bunuh dan akan muncul pada kali yang lain seorang yang diutuskan daripada musuh yang kuat supaya mereka dapat melihat jalan yang lurus dan supaya diberikan mereka hidayat yang diketahui melalui Muhammad yang aku berikan kepadanya gelaran Brahma. Dia seorang yang bertungkus lumus menarik golongan Bhesaji kepada jalan kebenaran”.
“Wahai Raja! Tidak perlu engkau pergi kepada bumi golongan Bhesaji yang jahil itu bahkan engkau menjadi sebagai seorang yang menyucikan dengan anugerahku di mana sahaja engkau berada”. Pada suatu malam dengan peraturan daripada langit akan adanya seorang lelaki yang bersangatan kuat. Di dalam rupa seorang Bhesaji dia berkata kepada Raja Yahuja: “Wahai Raja! Sesunggunya Aryadaharmak telah dicipta untuk menguasai seluruh ugama, tetapi sebagai menepati wasiat-wasiat Asywar Barmatama maka sesungguhnya aku akan menguatkan akidah yang teguh bagi golongan yang memakan daging. Sesungguhnya orang yang mengikutiku akan menjadi seorang lelaki yang berkhatan, tidak mempunyai ekor rambut (iaitu rambut yang dibuat oleh sami-sami di bahagian belakang seperti ekor) yang melepaskan janggut, lagi melakukan kebangkitan, yang melaungkan seruan kepada sembahyang dan dia akan menjadi seorang yang memakan yang halal, ia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak mencari kesucian pada tempat-tempat suci tetapi mereka menyucikan diri melalui peperangan dengan memerangi umat-umat yang tidak berugama. Sesungguhnya mereka dipanggil sebagai golongan Muslimani dan aku akan menjadi sebagai penegak kepada ugama ini yang merupakan ugama bagi umat yang memakan daging.”
Telah benar Allah Yang Maha Agung di mana dia berfirman: “Sesungguhnya demikian itu ada tersebut di dalam kitab-kitab orang yang dahulu kala.” (As-syu’ara : 196).
Seorang pendita hindu bernama Profesor Pandit Vedaprakash Upadhyay telah mengarang sebuah buku yang diberi tajuk: ‘Penjelmaan Kalki’ dan beliau menyebut di dalamnya bahawa kitab-kitab suci mereka menyebut bahawa nama bapa “Kalki” ialah “Bhagath Vishnu” yang bermaksud: “Hamba tuhan” di mana Vishnu bererti “tuhan” dan Bhagath bererti ‘hamba’. Ini menepati nama bapa Nabi saw iaitu Abdullah (Hamba Allah), sebagaimana nama ibu Kalki pula ialah Sumanib yang bermaksud: Ketenangan, kesejahteraan atau keamanan. Ini menepati nama ibu Nabi saw iaitu Aminah. Di antara sifat-sifat Kalki ialah beliau mempunyai kuda yang boleh terbang ke permukaan langit dan ini menepati binatang Buraq, sebagaimana Kalki adalah dilahirkan di kepulauan pada hari yang ke-12. Sesungguhnya Nabi saw juga lahir pada kepulauan Arab pada hari yang kedua belas Rabiul Awal. Disebut juga bahawa makanan Kalki adalah buah tamar dan zaitun dan beliau adalah manusia yang paling benar, paling beramanah dan beliau sentiasa membawa pedang.
Sememangnya penganut-penganut Hindu menyandarkan di dalam kitab-kitab mereka kepercayaan terhadap dewa-dewa dan kepercayaan-kepercayaan karut, mereka juga mempercayai bahawa Kalki itu adalah jelmaan dewa-dewa, dia adalah yang awal dan yang akhir di mana dia adalah dewa yang sangat berkuasa, di lahirkan dari keluarga Hindu.
Tulisan ini merupakan tinjauan terhadap perkhabaran-perkhabaran gembira yang terdapat di dalam kitab-kitab suci di sisi umat-umat yang terdahulu. Semoga Allah memberi hidayat dengannya kepada mereka yang masih tidak beriman dengan Nabi kesudahan yang dijanjikan iaitu Muhammad saw dan Semoga Allah menambahkan keyakinan kepada orang-orang yang mengikutinya terhadap ugama mereka sehingga mereka akan mewarisi bumi keseluruhannya, menepati firman Allah yang berbunyi:
“Supaya menjadi yakin oleh mereka yang diberikan kitab dan bertambah keimanan orang-orang yang telah beriman dan supaya tidak merasa ragu oleh orang-orang yang diberikan kitab dan orang-orang yang beriman.” (Al-Mudassir : 31)
DARIPADA MAJALAH “AN-NUR AL-MUHAMMADI” Bilangan ke-4,2007M/1428H)
Saringan Buah Pena Al-Ustadz Dr Ali Jumaat (Mufti Negara Mesir)