Isnin, Ogos 15, 2011

Firaun

Sila tonton video ni dan baca buku dibawah

http://www.amazon.co.uk/Bible-Quran-Science-Scriptures-Knowledge/dp/8172311613



Mumia Ramesses II

Pada pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramasses II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan majlis keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Prof. Dr. Maurice Bucaille

Bucaille adalah seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Kesempatan untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun ini di manfaat sepenuhnya oleh Bucaille. Beliau mengerah seluruh tenaga dan pengalamannya untuk membongkar misteri di sebalik kematian raja Mesir kuno itu.

hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menjumpai sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu tidak buruk.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang dipercayainya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (tajuk asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.





Kisah Firaun Di Dalam Al-Quran

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan panik kerana sesungguhnya umat Islam telah mengetahui tentang peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga ke hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang berlaku lama dahulu tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggi.

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu.

Sambil mata tidak terlepas dari memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat menyatakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Adakah masuk akal ,di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa? Apakah masuk akal Muhammad mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” kata hatinya sendirian.

Beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya menyatakan Firaun tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: 

“Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. 
(Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Penemuan Roda Kereta Firaun di dasar Laut Merah

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami."
(Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan mengkaji seluruh isi al-Quran.


Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.



Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

sumber: http://fitrahworld.blogspot.com/

Jumaat, Ogos 05, 2011

Siapa Tuhan? Wujudkah Tuhan?

Setelah terlibat dalam debat dengan puak-puak Melayu Atheist yang mengatakan tuhan itu tidak wujud dan jika wujud pun alam semesta lah tuhan mereka yang dikenali sebagai spinoza, dan dengan segala pengetahuan yang ada aku ingin menghuraikan tajuk pada kali ini secara ringkas yang boleh.

Siapa Tuhan?

Tuhan adalah pencipta alam semesta dan segala isi kandungannya. Tuhan bukan lah mahluk dan Dia lah yang mencipta makhluk. Mana mungkin makhluk yang mencipta tuhan.

Tidak syak lagi, Allah la tuhan bagi sekalian makhluk yang menciptakan sekalian makhluk mahupun yang kelihatan bernyawa atau tidak.

Siapa Yang mencipta Tuhan, kalau Tuhan itu wujud?

Tiada sesiapa pun yang mencipta Tuhan kerana Tuhan itu telah sedia wujud, wujud yang tiada awalnya dan Dia telah wujud pada azalinya, sebelum alam semesta dicipta.

Menjadi kebiasaan yang dicipta itu tidak sempurna dan sentiasa di tambah baik dari masa ke semasa. Mari kita lihat dalam konteks penciptaan dalam dunia kita. Seorang solution architect/engineer telah mereka cipta satu produk baru, mari kita ambil contoh produk itu kereta. Semasa kereta itu dicipta, semua orang merasa sangat kagum dengan ciptaan tersebut dan orang menciptanya juga bukan calang-calang orangnya. Sudah pasti si pencipta itu adalah seorang yang bijaksana dan outstanding jika di banding dengan manusia lain sezaman dengannya. Karl Benz, Henry Ford...mereka sangat bijak.

Penciptaan kereta tersebut di dorong oleh kehendak pencipta itu sendiri yang inginkan umat manusia menikmati hidup yang lebih baik.Maka wujud lah kereta pertama di dunia yang dicipta oleh mereka. Pembuatan kereta itu melalui proses-proses yang rumit dan perlahan sesuai dengan kemampuan teknologi pada masa itu.

Jika Karl Benz tidak memulakan inisiatif penciptaan kereta itu, adakah kereta itu akan jadi dengan sendirinya? adakah unsur-unsur logam dalam bumi ini dengan sendirinya bertindak balas menghasilkan sebuah kereta secara berperingkat?

Ada pun kereta itu sudah siap dicipta, namun adalah sangat tidak menjanggalkan kereta itu ada masalah. Maka versi baru kereta itu dikeluarkan dari masa kesemasa dan ianya semakin berkualiti dan canggih. Kereta tersebut didatangkan sekali dengan manual pengguna yang tujuannya agar kereta itu tidak rosak disebabkan oleh pengendalian yang salah. manual itu juga menerangkan cara-cara untuk menjaga kereta tersebut.

Engineer/Architect, kereta, dan user manual adalah contoh yang sangat mudah dalam menerangkan bahawa semua benda baharu ada penciptanya. Apakah lawan kepada benda yang baharu? mestilah yang asal..yang azali..yang telah sedia ada.

Alam semesta ini sudah sedia ada? tidak mungkin!! kerana benda yang telah sedia ada akan tetap dengan sifatnya dan tak akan berubah bentuknya sampai bila2. sedangkan alam semesta ini sentiasa berubah dan berkembang. Hanya produk ciptaan sahaja yang sentiasa berkembang dan diperbaiki fungsinya mengikut kesesuaian.

Hubungan ketiga-tiga (Engineer, Kereta, dan User manual) ini menjelaskan mengenai hubungan diantara Tuhan,manusia dan Kitab. Jadi wajarkah kalau kita cakap alam semesta ini terjadi dengan sendirinya? Wajarkah kita cakap jika tuhan itu ada, siapa pula yang mencipta tuhan?

Ada banyak agama dan berlainan tuhan, tuhan dalam agama mana yang benar?

Ya, memang ada banyak agama..tapi hakikatnya tuhan tetap satu/esa. Evolusi agama itu sendiri telah menokok tambah ahli keluarga tuhan, menteri-menteri tuhan dan menjadikan tuhan itu lebih dari satu!!

Jadi siapakah tuhan yang sebenarnya?

Tuhan yang sebenarnya ialah Allah. Tidak syak lagi. Allah telah memperkenalkan diriNya kepada manusia sejak zaman Nabi Adam A.S lagi. Disetiap zaman, Allah mengulangi perkenalan dariNya menerusi malaikat Jibrail terus kepada Rasul-rasulnya dalam bentuk agama tauhid dan direkodkan dalam kitabNya. Tapi malangnya tangan-tangan kotor manusia tidak senang dengan kebenaran. Satu persatu kitab suci diseleweng mengikut nafsu masing-masing.

Allah memperkenalkan diri sekali lagi di zaman Rasulullah S.A.W dan pada waktu yang sama, Allah telah membersihkan fitnah terhadap Nabi/Rasul yang sebelumnya seperti Nabi Isa A.S yang dianggap anak tuhan dan juga kitab2 terdahulu yang telah diseleweng.

Mari kita lihat bagaimannya Allah memperkenalkan diriNya didalam Al-Quran

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Quran: Surah Al-Ikhlas


Sebarang makhluk yang mengakui dirinya tuhan tapi tidak seperti kriteria di atas adalah bukan tuhan!!


Perlembagaan Ketuhanan (alMuqtadhayat al-uluhiyyah)

1) as-sabqu :awal tanpa permulaan.
contoh :makhluk ada yg menciptanya/manusia ada melahirkannya.

2)al-Ithlaaqu:Tiada batasan baginya
:seandainya kita seorang jutawan sekalipun takkan mampu memberi kepada semua manusia.

3) az-zatiyah: tiada yg mengajarkan/tiada yg membimbing.
:bilakah kita sedar yg kita boleh merangkak/berjalan atau berkata2.tentu ada yg membimbing atau mengajarkan kita.

4) as-sarmadiyah: akhir tanpa penghabisan/ tiada kematian.
:setiap yg dicipta ada expired/ajalnya


Untuk mengetahui tuhan setiap agama di dunia itu betul-betul tuhan atau tidak, marilah kita uji dengan surah Al-Ikhlas dan perlembagaan ketuhaan di atas.

1. Atheist dan Spinoza (mengatakan alam semesta sendiri adalah tuhan)

Jika kita uji dengan surah Al-Ikhlas, ternyata alam semesta bukan tuhan..Alam semesta tidak esa, alam semesta diperanakkan dan beranak, alam semesta boleh ditandingi dengan teknologi manusia dan oleh unsur2 dari alam semesta sendiri seperti black hole, meteorit dan sebagainya yang mampu merosakkan alam semesta sendiri.

Mari kita uji dengan perlembagaan ketuhanan.

1)as-sabqu :awal tanpa permulaan.- alam semesta dicipta dan ada permulaan, meski pun ada teori ianya bermula dari debu-debu angkasa lepas..namun ia tetap ada permulaan. Tuhan tidak ada permulaan.

2)al-Ithlaaqu:Tiada batasan baginya - mari kita cakap pasal memberi rezeki.. boleh kah alam semesta ini memberi rezeki? Jikalau anda cakap rezeki dari alam semesta dalam bentuk tumbuhan untuk dimakan, tetap ada batasnya. kenapa disesetengah tempat tiada pokok? Mari kita lihat bagaimana Allah memberi rezeki tanpa kita sedari. Ali hendak beli nasi briyani gam, bila sampai di kedai itu..nasi sudah habis. Ali balik dalam keadaan kecewa tapi masih berharap dapat makan nasi itu. Dalam perjalaan balik ada seorang yang tidak dikenali menyapa Ali, dia cakap dia terbeli lebih. Dia ingin jualkan kepada Ali. Itu juga dinamakan rezeki. Mana mungkin alam semesta tahu kehendak Ali? Ini bukti pemberian rezeki Allah tidak terbatas, walaupun nasi telah habis..Ali masih boleh menikmati nasi itu dengan tidak disangka-sangka. Allah mampu memberi rezeki kepada semua makhluk temasuk untuk ulat di celah batu.


3)az-zatiyah: tiada yg mengajarkan/tiada yg membimbing - Alam semesta itu sendiri telah dibimbing oleh Allah. segala pergerakan planet, bintang telah ditentukan oleh Allah. Manakala Allah pula tiada guru yang mengajarnya. Dia telah dengan sendiri nya berilmu yang tiada batasnya.

4) as-sarmadiyah: akhir tanpa penghabisan/ tiada kematian.- Alam semesta ini akan musnah dan ia tidak dinafikan. Malah ada pula golongan2 saintis yang meramalkan 2012 adalah tahun kemusnahan bumi. Ini akui sendiri oleh mereka yang alam ini boleh musnah. Allah kekal..tidak akan musnah walau seluruh alam semesta ini telah musnah.

Untuk pengesahan tuhan lain dari agama lain. Bolehlah digunakan surah Al-Ikhlas dan perlembagaan ketuhanan sebagai rujukan.


Sifat-Sifat Allah

SIFAT WAJIB : WUJUD
MAKNA : Ada
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu ada. Mustahil Allah itu tiada.

SIFAT WAJIB :QIDAM
MAKNA : Sedia
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu sedia ada. Mustahil didahului oleh Adam (tiada)

SIFAT WAJIB : BAQA
MAKNA : Kekal
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu bersifat kekal. Mustahil ia dikatakan fana (binasa)


SIFAT WAJIB : MUKHALAFATUHU LILHAWADIS
MAKNA : Tidak sama dengan yang baharu
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu tidak mempunyai sifat-sifat yang baharu yakni dijadikan dan dihancurkan. Mustahil bersamaan dengan yang baharu.

SIFAT WAJIB : QIYAMUHUU BINAFSIH
MAKNA : Berdiri dengan dirinya sendiri
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu bersendiri. Mustahil tidak berdiri dengan dirinya sendiri atau berdiri pada lainnya.

SIFAT WAJIB : WAHADAANIYAT
MAKNA : Esa
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Maha Esa Dzat-Nya, Esa sifat-Nya dan esa juga perangai-Nya. Mustahil ia mempunyai Dzat, sifat dan perangai yang berbilang-bilang.

SIFAT WAJIB : QUDRAT
MAKNA : Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Alah Taala itu Maha Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah atau tidak berkuasa.

SIFAT WAJIB : IRADAT
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah itu Menentukan segala-galanya. Mustahil Allah Taala itu terpaksa dan dipaksa.

SIFAT WAJIB : ILMU
MAKNA : Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat mengetahui segala-galanya. Mustahil Allah tidak mengetahui.

SIFAT WAJIB : HAYAT
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa hidup yakni sentiasa ada. Mustahil Allah Taala itu tiada atau mati.

SIFAT WAJIB : SAMA
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu tidak tuli (pekak). Mustahil Allah tuli atau tidak mendengar.

SIFAT WAJIB : BASAR
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu sentiasa melihat. Mustahil Allah Taala itu buta.

SIFAT WAJIB : KALAM
MAKNA : Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil Allah Taala itu tidak bercakap atau bisu.

SIFAT WAJIB : QOODIRUN
MAKNA : Maha Kuasa
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu amat berkuasa sifatnya. Mustahil bagi Allah memiliki sifat lemah atau tidak berkuasa.


SIFAT WAJIB : MURIIDUN
MAKNA : Menentukan
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkuasa menentukan apa yang dikehendakinya. Mustahil sifatnya terpaksa atau dipaksa.

SIFAT WAJIB : AALIMUN
MAKNA : Maha Mengetahui
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mengetahui. Mustahil Allah Taala itu jahil atau tidak mengetahui.

SIFAT WAJIB : HAYUUN
MAKNA : Hidup
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu Maha Hidup dan menghidupkan alam ini. Mustahil pula Allah itu mati.

SIFAT WAJIB : SAMI'UN
MAKNA : Mendengar
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu maha mendengar. Mustahil jika Allah Taala tidak mendengar atau tuli.

SIFAT WAJIB : BASIIRUN
MAKNA : Melihat
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu melihat semua kejadian di muka bumi. Mustahil jika sifat Allah itu tidak melihat atau buta.

SIFAT WAJIB : MUTAKALLIMUN
MAKNA : Maha Berkata-kata
SIFAT MUSTAHIL : Allah Taala itu berkata-kata. Mustahil jika Allah Taala bisu atau tidak boleh berkata-kata.


Allah melindungi akidah penganut-penganut Islam

Kalimah syahadah adalah sangat unik. Ia mengandungi penyaksian terhadap ketuhanan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Dengan kalimah ini tidak dapatlah perosak-perosak agama mencuba untuk menaik tarafkan Nabi Muhammad SAW sebagai anak Allah seperti yang berlaku pada Nabi Isa SAW. Dan kalimah ini mestilah diakui kedua-duanya, tidak boleh hanya mengaku Allah itu tuhan tanpa mengaku Nabi Muhammad SAW.


Sekian saja tulisan saya buat kali ini. Jika ada kesalahan dan penambah baikkan bolehlah bagitau saya. Kalau nak copy paste pun saya benarkan dengan syarat menyatakan sumbernya dengan tepat.

Sumber dan Rujukan:
1.Al-Quran
2. Kitab Faridatul Faraid  - Syeikh Ahmad Al-Fatani
3. JAKIM