Selasa, September 28, 2010

Dirham dan dinar dalam muamalat Islam

Versi asal dari: http://www.dirham2dinar.com/

Bagaimana kita dirompak dengan wang kertas ?

Bagaimana kita dirompak dengan wang kertas ?

Adaptasi dari Theft of Nations -dengan cerita P. Ramlee



Pernah suatu ketika dahulu terdapat sebuah pulau yang bernama Isketambola, jauh di lautan. Sebuah pulau subur dengan tumbuh-tumbuhan subur dan buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai-sungai yang menyediakan air bersih bagi orang ramai dengan dan tempat-tempat indah untuk keuarga berekreasi. Lautan sekeliling bersih, dengan ikan berlebihan dan makanan laut lain yang banyak. Isketambola juga mempunyai emas, kaum wanitanya terutamanya, sangat mencintai emas, Mereka menggunakan keping - keping emas sebagai wang sejak dulu lagi kerana semua orang menghargai emas. Kepimpinan suku mereka diketuai oleh seorang lelaki bernama Ismet Ulam Raja, beliau mencetak duit syiling emas. Mereka hidup dalam sebuah kehidupan mudah, bekerjasama dan tidak ada caj faedah untuk pinjaman dalam pinjam-memimjam di antara mereka. Sekali-sekala, beberapa arus-arus ombak dan angin kencang memusnahkan beberapa harta, terutama rumah-rumah, tetapi komuniti ini akan segera membantu diri mereka dalam membina semula atau membaiki hartanah yang rosak. Selain daripada itu, mereka adalah sebuah komuniti yang aman , rakyat yang menjalankan kehidupan mereka dengan lemah lembut dan aman damai.

Satu hari, seorang lelaki berpakaian segak bernama Tuan Sadik Segaraga tiba dengan sebuah kapal di pantai Pulau Isketambola. Penduduk Pulau Isketambola, mengalu-alukan tetamu baru mereka dengan sangat mesra. Mereka sangat tertarik dengan cerita-cerita pengalaman Tuan Sadik Segaraga menjelajah ke seluruh dunia. Tuan Sadik Segaraga menunjukkan mereka beberapa duit syiling emas dari bahagian lain di dunia dan juga beberapa kertas-kertas yang digunakan oleh beberapa rakyat tempat lain sebagai wang.



Penduduk Pulau Isketambola tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini. Wang kertas itu malah mempunyai gambar-gambar pisang  – buah kegemaran mereka. Orang yang tidak dikenali ini  juga menunjukkan mereka sebuah mesin yang mencetak wang sedemikian. Wah! Ini telah mendapat perhatian Penduduk Pulau Isketambola , kagum kerana mereka tidak pernah melihat sesuatu seperti itu sebelum ini. Penduduk-penduduk pulau sangat menyukai  Tuan Sadik Segaraga, dan dijemputnya untuk tinggal dengan mereka di pulau itu.

TuanSadik Segaraga telah menyakinkan orang ramai bahawa sebuah institusi yang dipanggil sebagai bank akan memberikan banyak manfaat kepada mereka. Mereka dijelaskan yang sebuah bank akan menyediakan sebuah tempat untuk simpanan wang emas dengan  selamat manakala keadaan ekonomi mereka akan bertambah baik dengan membuat simpanan, dan dengan simpanan itu dapat dipinjamkan kepada orang lain untuk penggunaan yang produktif, daripada dibiarkan tidak bergerak. Penduduk Pulau Isketambola, satu bangsa yang sangat suka untuk membantu orang lain, berfikir itu adalah satu idea yang sangat baik. Tuan Sadik Segaraga kemudiannya membina struktur bangunan kecil dengan sebuah bilik kebal didalamnya  dan mula beroperasi sebagai bank pertama di Pulau Isketambola.

Tuan Sadik Segaraga  meraikan peristiwa tersebut dengan memberi penduduk-penduduk Pulau Isketambola satu kenduri besar bersama dengan satu pesta berwarna-warni. Orang ramai menyerbu untuk menabungkan duit syiling emas mereka dengan bank. Penyimpan-penyimpan telah diberikan sehelai kertas yang dicetak untuk setiap syiling emas mereka sebagai deposit, dengan jaminan bahawa mereka boleh menebus satu syiling emas untuk setiap kertas bila sahaja mereka kehendaki.. Orang ramai sangat teruja dengan kertas “wang” mereka, malah mendapati ada gambar pemimpin mereka, Ismet Ulam Raja di sebelah pokok pisang. Tanpa ragu-ragu , Ismet Ulam Raja juga sangat gembira!



Orang ramai pun mendeposit semua duit syiling emas mereka, sejumlah 100,000 kepingan-kepingan emas dan oleh itu satu nombor setara jumlah helai kertas yang sama telah keluarkan. Kini orang ramai menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati yang ianya lebih mudah daripada menggunakan duit syiling emas yakni lebih berat. Wang kertas yang dicetak oleh Tuan Sadik Segaraga oleh itu, menjadi mata wang dominan di Pulau Isketambola. Orang ramai amat suka dengan kemudahan yang mana mereka dapat menjalankan sesuatu perniagaan-perniagaan mereka dengan lebih mudah. Mereka sangat mempercayai Sadik Segaraga , kerana setiap kali mereka membawa sekeping kertas untuk penebusan emas, permintaan mereka ditunaikan. Sadik Segaraga amat disegani dan dihormati oleh masyarakat mereka.

Kini Sadik Segaraga memutuskan bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk mereka melakukan “tipu muslihat” mereka.



Tuan Sadik Segaraga mendapati di Pulau Isketambola, pada puratanya hanya 10 peratus deposit telah ditebus oleh penduduknya pada mana-mana masa tertentu. Baki yang lain, 90 peratus tinggal dalam bilik kebal. Menyedari yang kertas-kertas mereka beredar sebagai wang, Tuan Sadik Segaraga menerbitkan tambahan 900,000 kertas – kertas yang akan diedarkan sebagai wang juga! Tuan Sadik Segaraga telah mengira bahawa dengan kertas-kertas tambahan tersebut, sejumlah 1,000,000 helai kertas bakal beredar dan jika orang ramai datang untuk menebus emas, yakni 10 peratus, 100,000 deposit asal duit syiling emas akan mudah didapati untuk penebusan. 3



Tuan Sadik Segaraga meminjamkan tambahan 900,000 wang kertas kepada beberapa “rakyat miskin” Pulau Isketambola pada caj faedah 15 peratus. Rakyat Puau Isketambola tiba-tiba mendapati yang harga barangan semakin meningkat. Mereka merasa hairan dan tiada siapa boleh memahami mengapa.4

Sebahagian dari mereka yang telah meminjam wang dari Tuan Sadik Segaraga tidak berupaya membayar kembali hutang mereka walaupun mereka bekerja sangat keras mencuba untuk dapat wang tambahan itu.5

Perniagaan menjadi semakin kompetitif dan masyarakat menjadi semakin kurang belas kasihan dan kurang mengambil berat terhadap orang lain daripada sebelumnya.6

Mereka menjadi amat kompetitif dalam sikap mereka dan kurang mengambil berat terhadap rakan-rakan mereka. Meskipun dengan kerja keras dan persaingan sedemikian, beberapa penduduk  tidak dapat melunaskan pinjaman mereka. Mereka tidak berupaya memperoleh cukup wang membayar kembali jumlah hutang mereka.7

Tuan Sadik Segaraga mula merampas kekayaan sebenar dari pemungkir-pemungkir janji pinjaman –seperti tanah, lembu-lembu, biri-biri, dan lain-lain. Pemimpin mereka Ismet Ulam Raja juga termasuk antara mereka yang gagal membayar. Tetapi Tuan Sadik Segaraga memberinya dan penduduk lain kertas tambahan sebagai penjadualan semula pinjaman mereka. Hutang mereka semakin bertambah. Kemudian Ismet Ulam Raja gagal membayar lagi dan membuat pinjamannya dijadualkan semula sekali lagi. Kini Ismet Ulam Raja mula mengelak bertemu dengan Tuan Sadik Segaraga. Dia berasa malu dan mendapati kuasanya, ego, keberanian dan maruah telah jatuh.8

Sebaliknya, dia mendapati Tuan Sadik Segaraga dengan perlahan-lahan menjadi sangat kaya dengan memperolehi kekayaan dari rakyatnya. Malah, dia mendapati yang kuasa, ego, keberanian dan maruahnya semakin hilang. Selepas beberapa tahun, Tuan Sadik Segaraga yang  tiba di pantai Isketambola dengan hanya satu mesin cetak, kini menjadi pemilik-pemilik kebanyakan dari tanah dan harta di pulau Isketambola. Orang ramai telah berjaya dijadikan sebagai pekerja-pekerja sahaja, sebahagiannya kini hidup dalam kemiskinan. Ramai yang terpaksa bekerja dalam tempoh masa yang lama hanya untuk mempunyai cukup wang untuk menyara hidup. Mereka mempunyai masa yang amat sedikit untuk keluarga, sahabat handai dan amat sedikit untuk aktivi keagamaan.



Bencana kemiskinan membawa bersamanya, bencana sosial lain seperti jenayah, pelacuran, dan keruntuhan yang semakin parah. Budaya mereka beransur-ansur digantikan kerana Tuan Sadik Segaraga memperkenalkan satu budaya baru “hebat”, budaya  “hebat” golongan yang  kaya mengatasi rakyat miskin.

Beliau tidak berhenti disitu , sekarang ialah masa untuk kembali ke tempat asalnya bersama dengan emas – emasnya. Syiling emas tidak dapat ditebus lagi . Sebuah Bank Pusat ditinggalkan untuk penduduk Pulau Isketambola. Tuan Sadik Segaraga membuat Bank Dunia ditempatnya, dimana semua bank pusat diletakkan dibawahnya. Sementara wang cetakan Pulau Isketambola hanya laku di Pulau itu sahaja. Wang cetakan Tuan Sadik Segaraga di Bank Dunia pulak  laku di serata dunia. Bergembiralah Tuan Sadik Segaraga diatas kekayaannya memiliki kekayaan dunia dengan mencetak wang yang diperlakukan di seluruh dunia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
3 Ini  ialah gambaran bagaimana wang dicipta dalam sistem perbankan semasa dalam agregat. Jika rizab ialah 10 peratus, kemudian dengan satu deposit 100,000 satu jumlah pinjaman yang baru telah dapat diwujudkan dengan jumalah 100,000/0.10 = 1,000,000

4 Ini ialah untuk mudah melihat dengan bantuan persamaan pertukaran, MV = PY.
Money Velocity = Price Yield. Dalam contoh ini, dengan peningkatan mendadak dalam bekalan wang M, tanpa satu tambahan selari dalam keluaran sebenar barangan dan perkhidmatan Y, harga akan meningkat, i.e. maka P akan mengkhusus kepada peningkatkan ( laju, V, adalah diandaikan tidak berubah dan malar).

5  Pinjaman (termasuk faedah) tidak boleh dibayar balik dalam agregat kerana bahagian faedah tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan yang kepentingan 15% pada 900,000 sama dengan 135,000. Lantarannya jumlah keseluruhan wang yang boleh dibayar balik ialah 1,035,000 tetapi walau bagaimanapun, hanya 1,000,000 wujud dalam jumlah sebagai wang dalam keseluruhan sistem. Oleh sebab itu, beberapa kegagalan pada pinjaman pasti berlaku.

6 Oleh kerana caj faedah tidak wujud dalam bentuk wang, maka akan berlaku persaingan dalam meningkatkan perdagangan.

7 Sekali lagi, kerana tidak ada cukup wang dalam sistem itu secara keseluruhannya  hutang itu tidak boleh dibayar balik dalam agregat.

8 Bayangkan yang anda meminjam RM10,000 dari seorang kawan. Adakah anda fikir kelakuan anda keatas kawan akan berubah, kata apabila anda bertemu kawan di jalan? Terutama apabila masa ditetapkan untuk pulangan pinjaman telah tamat tempoh?

 

Zakat Emas dan Perak samada wang atau lainnya



Tiada zakat wang kertas mengikut mazhab Shafie
Zakat hanya boleh dibayar dengan ain (benda) bukan dayn ( Resit hutang - wang kertas)

Rujukan Kitab Sulamul Sibyan : Tuan Guru Hj Ayah Chik


Fasal pada menyatakan zakat emas dan perak sama ada wang atau lainnya

Syarat wajib zakat emas dan perak :

1. Islam - Tuan harta itu Islam
2. Merdeka - Hamba tiada wajib
3. Sampai nisabnya 20 mithqal / dinar emas (85 gram) atau 200 dirham perak ( 595 gram )
4 Dimilik akan dia ( emas dan perak ) cukup 12 bulan arabiyah samada disimpan akan ia atau diberi orang berhutang, maka wajib zakat atas tuannya.

Zakat emas dan perak itu 1/40 atau 2.5%.

Segala benda yang kena zakat itu 9 pekara sahaja.

1. Binatang ternakan.
2. Emas.
3.Perak.
4. Buah kurma dan anggur. (Tiada wajib zakat buah - buahan yang lain )
5. Biji - bijan yang mengenyangkan.
6. Badan - Fitrah
7. Galian emas dan perak.
8. Rikaz emas dan perak.
9. Benda - benda buat perniagaan.

Tiadalah wajib zakat melainkan 9 benda ini sahaja pada mazhab Shafie.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Bermula segala orang yang menaruh akan mereka itu emas dan perak , dan tiada menafkah mereka itu akan dia pada jalan Allah artinya tiada memberi mereka itu akan zakatnya maka khabar olehmu ya Muhammad akan mereka itu dengan kena siksa yang sangat - sangat sakit "
Maksud Surah at Taubah:ayat 34

Telah berkata Imam as shafie didalam Kitabnya ar Risalah :
" Tiada harus diqias dengan emas dan perak atas yang lain daripada keduanya pada wajib zakat "


Maka tiada wajib zakat duit tembaga dan duit kertas kerana bukan kedua duanya emas dan perak dan bukan binatang ternakan bukan buah - buahan  dan bukan biji bijian melainkan jika dibuat berniaga dengan dia. Maka wajib zakat perniagaan bukan zakat 'ain wang kertas.

Ada tersebut didalam Kitab Shamsul Asyhraq karangan al 'alamah Shaikh Ali Al Maliki pada m/s 60 katanya " Dan demikian lagi bersangatan Alim Shaikh Muhammad 'illisyh tatkala ditanya akan dia daripada kertas yang ada padanya chap Sultan dan bermuamalah denga dia, berjualbeli dengan dia semacam dirham - dirham dan dinar - dinar. Adakah diberi zakatnya sebagai zakat 'ain atau semacam zakat mata benda perniagaan atau tiada wajib zakat padanya ? Menjawab ia dalam Kitab Fatwanya , Fathul 'ala al Malik, berpegang ia bagi riwayat yang kedua yang muktamad pada mazhab Malilki ia jawab dengan nasnya tiada wajib zakat padanya yakni tiada wajib zakat pada wang kertas ".

Ada pun pada mazhab Shafie maka tiada wajib zakat wang kertas sama ada disimpan dirumahnya atau di tabung haji atau di bank atau diberi orang berhutang, tiada wajib zakatnya melainkan jika dimilik wang kertas itu dengan mu'awadhah serta diniat tatkala itu hendak buat berniaga denga dia. Maka apabila sampai harganya 200 dirham dan cukup 12 bulan arabiyah maka ketika itu wajib dikeluarkan zakatnya, zakat mata perniagaan, bukan zakat 'ain wang kertas iaitu zakatnya 1/40.

Dan berkata Shaikh Ahmad Khatib iaitu didalam Kitabnya Mazhab Shafie pada m/s 46 artinya :  " Bahkan jika berkehendak oleh seorang mengeluarkan zakat daripadanya wang kertas nescaya tiada sah ia dan lagi haram mengeluarkan zakat wang kertas kerana padanya yakni pada mengeluarkan zakat wang kertas itu jadi mengerjakan ibadat yang fasidah, ibadah yag tidak terpakai, sia - sia dan lagi buat zalim akan tuan - tuan harta dengan memperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan memakan akan harta manusia denga jalan yang bathil, makan dengan jalan yang haram. Maka jikalau begitu tidak beri zakat wang kertas itu boleh pahala kerana jika meninggal barang yang haram dengan niat ikut perintah syarak itu boleh pahala ".

Ramai Ulamak - Ulamak yang menghukum wang kertas itu semacam wang tembaga. maka tiada wajib zakatnya pada mazhab shafie. Antaranya :
1. Al 'alamah Shaikhul Islam Negeri Mesir masa dahulu ialah Muhammmad Anba bi iaitu guru bagi as Saiyid Ahmad Bek al Husaini.
2. Al ' alamah Shaikh Hasbullah , ulamak besar Mekah di zamannya.
3. Al 'alamah As Saiyid Abdullah bin Abi Bakar.
4. Al ' alamah Shaikh muhammad I'jaz Hussain.
5. Al 'alamah Shaikh Muhammad Nazri Ali.
6. Al ' alamah Shaikh Muhammad Irshad Hussain.
7. Al ' alamah Shaikh Muhammad Abdul Qadir.
8.Al ' alamah Shaikh Muhammad Inayatullah.
9. Al ' alamah Shaikh Abdul Jalil.
10. Al Mufti Shaikh Muhammad 'Illisyh.
11. Al ' alamah Shaikh Muhammad Khatib

Telah menyebut nama - nama ulamak - ulamak yang tersebut itu oleh Syaikh Ali al Maliki didalam kitabnya Shamsul Asyhraq.

12. Al 'alamah Shaikh Ali Al Maliki.
13 Shaikhul Islam Kedah Al Haj Wan Sulaiman iaitu semasa dia muda dahulu.
14. Shaikh Al Haj Wan Ahmad Bermin Fathani.
15. Tuan Guru Shaikh saya ( Ayah Chik ) Shaikh Al Haj Abdullah Fahim , Mufti Pulau Pinang. Pada masa itu dia belum menjadi mufti dan dia menyuruh saya berpegang dengan barang yang didalam Kitab Iqna' an nufus yang saya mengaji padanya itu kitab dan dia khabar kepada saya, Shaikh Ahmad Khatib itu ia kata guru aku dan Shaikh Ali Al Maliki itu sahabat aku.

Ramai Ulamak mengaku sah dan betul barang yang tersebut didalam kitab Shamsul Asyhraq serta memberi puji pujian mengatakan elok dan betul barang yang tersebut didalam kitab tersebut. Pertamanya : Maulana Hujjatul Ummah Qadhi al Qadha' wal mufti al ahnaf bil Aqthoril arabiah bil Makkah wa raisul ulama' al 'alam , al 'alamah Abdullah bin Abdurrahman Siraj. Kedua : Al 'alamah Shaikh Habibullah Al jaki. Ketiga : Al 'alamah Shaikh Ali An Najar. Keempat : Al 'alim Al Fadhil Shaikh Muhammad Abdurrahman As Shanqithi.  Keempat : Al 'alim fadhil As Saiyid Thohir Ad dibagh dan demikian juga pada mazhab Hanbali tiada wajib zakat wang kertas .. dari Kitab Shamsul Asyhraq.

Wang kertas itu bukan sanad ad daiyin ertinya bukan surat hutang kerana takrif surat hutang ialah " Kertas yang ditulis padanya akan orang yang berhutang dan orang yang memberi hutang dengan nama kedua - duanya dan hutang apa jenisnya dan sebanyak mana qadarnya dan saksi atasnya dan diberi pegang taruh ditangan oang yang yang beri berhutang ".

Maka wang kertas itu tiada masuk dalam takrif surat hutang. Maka betul lah wang kertas itu bukan surat hutang dan hanya dikira duit yang laku yang lain dari emas dan perak yang dinilai harganya yakni dibubuh harganya sekian  sekian ringgit dan ditulis didalamnya pun dengan kata wang kertas ertinya duit kertas. Bukan ditulis kata surat emas perak. Lagi pula jika sungguh wang kertas itu surat Bank berhutang emas dan perak maka cubalah bawa wang kertas itu tunjuk kepada bank minta hutang itu nescaya Bank tiada bayar, mingkin orang Bank marah, dia kata " Kamu binggung kah ? Gila kah ? Kamu tidak bacakah didalamnya wang kertas bukan ditulis surat hutang. Mereka halau kamu semacam halau anjing sahaja.

Ada pun orang yang berkata wang kertas itu khilaf ulamak pada wajib zakat, maka baik lah ihtiyhat ( berhati hati ), berilah zakatnya kerana jikalau betul orang yang berkata wajib zakatnya maka lepaslah kita daripada berdosa dan dapat pahala. Jikalau betul orang yang berkata tiada wajib zakatnya maka jadilah sedekah sunat, maka itu ihtiyhat ( berhati - hati ) yang bathil.

Telah berkata Guru bagi beberapa Guru kami, al 'alamah Shaikh Ahmad Khatib rahimahumullah didalam kitabnya Iqna' an nufus pada m/s 48 ertinya : Dan atasnya lazim daripada ini ihtiyhat ( berhati - hati ) tu beberapa mudharat dan bermula yang demikian itu buat zalim akan tuan harta dengan diperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan lain - lainnya daripada barang terdahulu sebutnya dan buat sia - sia segala rukun dan segala syarat yang telah diiktibar akan dia oleh ulamak ulamak syarak dan buat binasa takrif - takrif mereka itu yang telah menyebut mereka itu akan dia kerana bahawasanya  sesungguhnya lazim oleh binasanya dengan ini ihtiyhat yang jadi daripada sangka - sangka dan gemak - gemak yang bathil , yang tidak ada asalnya sama sekali dalam syarak.

Didalam Kitab Sairus Salikin (Shaik Abdul Samad Al Falimbani) antara syarat – syarat zakat yang zahir pada syarat yang ketiga :

Hendaklah zakat yang dikeluarkan itu ‘ain harta yang wajib zakat itu. Maka tiada memadai zakat perak daripada emas dan zakat emas dengan perak.

Mengenai mengeluarkan zakat perniagaan seperti dalam Kitab Matail Badrain :

(maka jika) sampai nasab harga اخر haul wajib dikeluarkan zakatnya samada harga yang dibeli dahulu itu sampai nasabnya atau tiada kerana yang dii’tibarnya dengan harga اخر haul maka dikeluarkan zakatnya iaitu emas atau perak سربع عشر , tiada dikeluarkan daripada ain mata benda perniagaan itu.


Maknanya zakat perniagaan mesti dikeluarkan dalam emas atau perak bukan ai'n barang yang diperniagakan. Cth : Perniagaan baju, zakatnya bukan dengan baju tetapi dengan emas atau perak.





 

Kalimah Tauhid , tahmid dan ayat suci Al Quran pada koin dinar dan dirham

Pada  awalnya umat Islam menggunakan emas dan perak berdasarkan beratnya dan Dinar Dirham yang digunakan merupakan cetakan dari bangsa Parsi.

Koin awal yang digunakan oleh umat Islam merupakan duplikat dari Dirham perak Yezdigird III dari Sassania, yang dicetak dibawah autoriti Khalifah Uthman, radiy’allahu anhu. Yang membezakan dengan koin aslinya adalah adanya tulisan Arab yang berlafazkan “Bismillah”. Sejak saat itu tulisan “Bismillah” dan sebahagian dari  Al Qur’an menjadi suatu hal yang lazim ditemukan pada koin yang dicetak oleh Muslimin.


Sebagaimana telah diketahui bersama, bahwa standard dari koin yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab, berat dari 10 Dirham adalah sama dengan 7 Dinar (1 mithqal). Pada tahun 75 Hijriah (695 Masehi) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Hajjaj untuk mencetak Dirham untuk pertama kalinya, dan secara resmi beliau menggunakan standard yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn Khattab. Khalifah Abdalmalik memerintahkan bahwa pada tiap koin yang dicetak terdapat tulisan: “Allahu ahad, Allahu samad”. Beliau juga memerintahkan penghentian cetakan dengan gambar wujud manusia dan binatang dari koin dan menggantinya dengan huruf-huruf.



Perintah ini diteruskan sepanjang sejarah Islam. Dinar dan Dirham biasanya berbentuk bundar, dan tulisan yang dicetak diatasnya memiliki tata letak yang melingkar. Lazimnya di satu sisi terdapat kalimat “tahlil” dan “tahmid”, yaitu, “La ilaha ill’Allah” dan “Alhamdulillah” sedangkan pada sisi lainnya terdapat nama Amir dan tanggal pencetakkan; dan pada masa masa selanjutnya menjadi suatu kelaziman juga untuk menuliskan shalawat kepada Rasulullah, salallahu alayhi wa salam, dan terkadang, ayat-ayat Qur’an. Koin emas dan perak menjadi mata wang resmi hingga jatuhnya khilafah Islamiyah.

Imam Malik pernah ditanya tentang penggunaan kalimah ini pada koin - koin ini. Beliau berkata ulamak ulamak terdahulu dari kalangan sahabat, tabiin dan tabiin seorangpun tidak membantah pengunaannya bahkan digalakkan penggunaannya bagi menunjukkan penguasaan Islam keatas wilayahnya. Yakni bagi meninggikan kalimah Allah swt.

Isu masuk tandas tidak timbul, koin koin telah digunakan zaman berzaman, kalau dahulu dinar dan dirham disimpan dalam uncang, simpan dalam dompet, masuk tandas.
 

Jual beli dan sistem barter


Koperasi Pasar Besar Siti Khatijah secretary Abdul Samad Hussin selling Kelantan syariah currency dinar and dirham to customers at the cooperative’s premises in Kota Baru yesterday. — NST picture by Zaman Huri Isa

KUALA LUMPUR: The use of dinar and dirham in exchange for goods is not considered barter trading as claimed by the Kelantan government.
University Malaya Economics and Administration Faculty senior lecturer Dr Zuraina Yusuf said the gold and silver coins used in the exchange of items in the state do not meet the definition of barter trade.

"Barter trade involves the exchange of goods with goods, not the exchange of gold or silver coins with goods, even when the trader returns the balance from the purchase with ringgit notes.

"If you look at the situation carefully, is it not the same as what we have always been doing? The government of Kelantan has failed to understand the concept of barter trading," she said in a telephone interview yesterday.
Since it was launched last Friday, the dinar and dirham have been used by some 1,000 traders in Kelantan.

Read more: 'Kelantan's dinar use is not barter trading' http://www.nst.com.my/nst/articles/21plkltdd/Article/#ixzz0x12pzKS6

Dr Zuraina membuat kenyataan bahawa tukaran antara barang dengan koin emas dan perak bukan termasuk dalam sistem barter, kerana katanya sistem barter hanya melibatkan barang dengan barang.

Inilah yang diajar oleh sistem ekonomi konvensional  bahawa wang bukan barang , wang hanya alat atau medium pertukaran sahaja.

Bertentangan dengan Islam , wang itu sendiri mesti barang atau pun harta. Takrif jualbeli itu sendiri mengikut Kitab Fathul Muin (mazhab Imam Syafei)  dari segi bahasa bermaksud al muqabalatu syai’an bi syai’in yakni menukar sesuatu dengan sesuatu dan dari segi syaraknya bererti menukar harta dengan harta dengan izin syarak.

Mengikut kitab Jawi – Idaman Penuntut   Jual beli itu maknanya menyerahkan atau memindahkan kuasa milik sesuatu benda oleh penjual kepada pembeli dengan ada gantinya yang diizinkan oleh syarak.

Penukaran barang termasuk dalam rukan yang 3:
1.    Penjual dan pembeli.
2.    Barang atau harta.
3.    Sighah – ijab dan qabul dengan dalil Sabda Nabi s.a.w. “Hanya sanya jual beli itu sah dengan adanya saling merelakan” ; sedangkan kerelaan itu tidak nampak, maka diukurlah dengan petunjuk bukti ucapan.

Jualbeli secara Mu’athah (cara sekadar saling memberikan dan menerima) ; namun dipilih hukum sah pada barang-barang yang dengan cara Mu’athah oleh Urf.

Rukun yang 2 : Barang atau a’in yang ditukar tertakluk kepada beberapa syarat.
1.    Suci dari najis.
2.    Bermanfaat.   : Dari itu tidak sah menjual binatang-binatang yang melata dibumi seperti ular, kala, kumbang dan sebagainya kerana binatang-binatang itu tidak dikira sebagai harta maka mengeluarkan harta (wang) untuk membeli dilarang oleh syarak, kecuali binatang yang ada manfaat seperti ulat sutera kerana suteranya, atau lintah kerana untuk menghisap darah orang sakit atau sebagainya daripada benda yang berguna maka semuanya itu sah dijual beli.
3.    Penjual dan pembeli berkuasa atas harta tersebut. ( Cth : Tidak sah menjual  kerbau liar yang terlepas)
4.    Barang yang diaqadkan itu mesti milik yang sempurna.  (Cth : Tidak sah Jual barang yang belum diterima)
5.    Bahawa penjual dan pembeli mengetahui akan ain barang dan ain harga pada jual beli yang muayyan (yang berlaku dihadapan mata keduanya), atau mengetahui akan qadarnya dan sifatnya pada jual beli yang dipesan . ( Cth :  Jika penjual berkata: saya jual kepada anda salah sebuah daripada 2 buku ini dengan harga sekudi kain nescaya tiada sah kerana tiada diketahui akan ainnya yang mana satu. )        

Cth : aqad jualbeli yang sah ialah seperti
Penjual berkata : Aku jual buku ini dengan 1 dirham (3 gram perak).
Atau penjual berkata : Aku jual 1 dirham (3 gram perak) dengan buku ini.
Buku boleh jadi tsaman (harga) atau barang dan 1 dirham boleh jadi tsaman(harga) atau barang.
Wang dalam Islam mesti barang atau harta.
Dalam Islam dinar itu adalah barang yang boleh diukur (memenuhi syarat yang ke 5), begitu juga dengan dirham.
1 Dinar itu 4.25 gram emas 916 sedangkan 1 dirham itu 3 gram perak 999.
Persoalannya sekarang bolehkah wang fiat diukur ?
APA MAKNA SATU RINGGIT  ????????????

Isnin, September 27, 2010

Peristiwa Pemecatan Sultan Abd. Hamid (Khalifah Thmaniah Terakhir) dan Bagaimana Bankers Yahudi menjatuhkan Khilafah Othmaniah

Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid
( 1876 - 1909 )

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang
tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di
Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut
bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota
Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil
rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap
keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid
tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu.
Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul
Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.


“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan
Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan
menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang
bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi
di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan
pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan
Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif
mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di
Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan
Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk
menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita
hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu.
Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha
menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang
seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim
membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku
bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan
aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta
pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh
rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai.
Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul
Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam
itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian,
dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir
umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan
sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu
Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq
r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan
pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman.
Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh
kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan.
Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke
Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian
itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat
baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600
tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan
kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi
kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat
Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka
dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka.
Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun
1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai,
dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor
yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor
sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang
khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor
sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam
kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh
penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan
Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun
yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid
Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud
II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :

Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.

Kedua : Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses
perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu
perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan
teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama –
samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.

Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara
pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat
pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat
islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak
diperlukan lagi.

Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat
Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka
tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula
masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah
Othmaniah , pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi
TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.

Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad
diganti dengan tentera makan gaji. SIstem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar
diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.

Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem
kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan
Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis
perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran
diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain
institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar.

Undang – undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat
memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan
sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali
dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka
menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat
dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.

Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank
Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada
tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan
Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini
membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak
sedar, banker - banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system
riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker
Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru.

Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi
menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang
Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah.
Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest.
Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank
pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal
persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan
pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.

Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat
atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds
membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.

Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank
Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac
Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia
dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan
pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi
pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan
diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.

Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan
seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa.
Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap
masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti
masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana
kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank.

Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.

Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan
tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang
berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi
bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak
menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang - undang
tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli
tanah.

Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan
menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah
peranan penipuan besar oleh bank - bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam
membiayai projek ini dengan bon - bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku '
crash 1873 ' yang membawa kepada kejatuhan nilai bon - bon tersebut. Projek ini bukan
sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata - mata. Bahkan suatu
gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi
dengan angka - angka pada dokumen kewangan yan dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar
hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa
mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria
dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah
jatuh ke tangan British.

Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah
kejatuhan Khilafah Othmaniah. 

Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada
pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan
mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau
tidak percaya kepada pegawai - pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur -
ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan
hutang kerajaan.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk
mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan
yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai
tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di
dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi
kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam
bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat.
Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya.

Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl
melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan
tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini
kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta
mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan
mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun.
Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika
sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma.
Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya
berlaku atas sebab apapun.."

Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama
zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah
walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

Dinar dan Matawang

Ramai yang masih belum faham apa dia duit aka currency.
untuk sekali imbas sahja mari kita renungkan definisi dan fungsi sebenar duit dan kita kaitkan dengan fiat money yang wujud sekarang. serta kita ungkit kembali sejarah dinar serta kaitan fiat money dengan riba yang kuat.
Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain dan di gunakan secara tetap.

fungsi-fungsi wang:

1)sebagai medium pertukaran
2)alat mengukur nilai
3)alat menyimpan nilai
4)alat bayaran tertunda

wang fiat yang kita ada sekarang ini telah gagal menjalankan fungsi 2,3,4 yakni mengukur nilai,menyimpan nilai, alat bayaran tertunda.
wang fiat gagal.inflasi yang berlaku bukan lah di sebabkan permintaan dan penawaran tetapi di sebabkan kegagalan wang fiat menjalankan fungsi-fungsinya. dari segi syara ini adalah haram di sisi islam kerana telah menghilangkan hasil yang diperolehi oleh individu. sebagai contoh mudah si folan bekerja di ladang dan mendapat upah rm1000 sebulan dia menyimpan duitnya selama beberapa bulan sebanyak rm1000 dengan harapan dapat membeli seekor lembu untuk hantaran khawin beliau tahun hadapan kerana harga lembu skg berharga rm1000. akan tetapi setelah tiba waktu hendak meminang pemuda tersebut gagal membeli sekor lembu kerana harga lembu telah meningkat rm1500. oleh kerana itu si folan hanya mampu membeli kambing yang berharga rm800 sayang keluarga wanita telah menolak pinangan si folan kerana gagal memberi apa yang telah di janjikan. setelah penat lelah bekerja selama beberapa bulan mengumpul duit si folan gagal. hasil keringat titik peluh beliau telah hilang akibat kegagalan matawang fiat mengekalkan fungsi wang sebagai medium penyimpan nilai dan alat bayaran tertunda.
cuba kita renungkan kemanakah nilai duit ini pergi seperti angin? jawapan jelas nilai duit itu telah berpindah secara tidak langsung kepada pihak2 yang mengurus matawang fiat dunia a.k.a zionis. mereka mendapat cukai secara tidak langsung hasil dari titik peluh orang miskin tanpa perlu bekerja keras.

Mengikut wikpedia Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Wang fiat, contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan [5]. Walaupun dipanggil dan dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.

Wang fiat menyelesaikan beberapa masalah wang komoditi. Wang kertas lebih mudah disimpan dan diangkut berbanding ketulan emas dan perak. Buku cek dan urus niaga elektronik memudahkan lagi pertukaran.
Namun kegagalan besar wang kertas (dan syiling) adalah sebagai nilai simpanan. Dolar Amerika Syarikat (atau Nota Simpanan Persekutuan) telah kehilangan 95% daripada nilainya sejak 1913. Wang kertas sering kehilangan nilainya melalui inflasi, kerana wang kertas sentiasa diisukan atau dikeluarkan. Wang kertas turut mempunyai kekusutan apabila pengeluar wang kertas tidak boleh membuat pertukaran dengan janji untuk membayar dengan emas atau perak. Kekusutan pertama Nota Simpanan Persekutuan adalah pada 1933 apabila rakyat Amerika tidak boleh lagi menebus atau menukar dolar kepada emas pada $20 per auns. Kegagalan kedua pula pada adalah pada 1971 apabila orang luar yang ke Amerika tidak boleh menebus nota untuk emas pada kadar $35 per auns. Pada 2006, nilai dolar telah merudum kepada lebih kurang $700 per auns.

Wang fiat, terutamanya dalam bentuk kertas dan syiling, mudah rosak atau hilang. Namun kelebihannya terhadap wang komoditi ialah undang-undang yang mencipta wang fiat juga menyatakan bahawa wang yang rosak atau binasa boleh diganti semula. Sebagai contoh, kerajaan AS akan menggantikan wang kertas yang cacat atau rosak sekiranya sekurang-kurangnya separuh wang itu dapat disusun semula [8]. Disebabkan wang kertas amat mudah rosak, sesetengah kerajan seperti Malaysia, New Zealand dan Singapura mula menggunakan wang plastik.

Satu lagi kelemahan wang kertas adalah ia bergantung kepada sistem undang-undang (kerajaan) yang mengeluarkannya. Sekiranya kerajaan tersebut jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut serta.
dengan keadaam economy usa sekarang yang menanggung hutang yang besar wang fiat tidak akan bertahan selama seratus tahun lagi kerana negara-negara rakan dagangan akan hilang kepercayaan untuk membeli bon terbitan federel reserve usa, dimana negara-negara itu kini telah meningkatkan pegangan ke atas emas tanda-tanda itu jelas apabila negara seperti china dan teluk arab telah meningkatkan rizab emas mereka sebagai insurans jika perlaku keruntuhan ekonomi dunia.

Di bawah cedok dr http://www.yadim.com.my/Ekonomi/EkonomiFull.asp?Id=173
Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira - kira 4.5 gram.Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306 – 377 Tahun Masihi) mata wang emas lama telah ditukar dengan mata wang yang lebih ringan yang dikenali sebagai Solidus yang beratnya 4.5 gram. Mata wang emas Solidus ini telah digunakan sehingga berakhirnya zaman Empayar Byzantium dan telah tersebar penggunaannya ke seluruh Semenanjung Tanah Arab sehinggalah ke zaman awal Islam.

Dari zaman bermula berkembangnya agama Islam, penggunaan mata wang dinar emas dan dirham perak dari Parsi telah digunakan menjadi mata wang bagi setiap ummah ketika itu dalam urusan jual beli.Hanya pada zaman pemerintahan Khalifah yang ke-3 iaitu Khalifah Saiyidina Ummar al-Khattab (13 – 23 hijrah / 633 – 644 masihi), penggunaan mata wang dinar dan dirham mula dikawal dari segi corak dan berat. Di bawah pemerintahan Khalifah Ummar, corak mata wang Islam telah diukir dengan nama Allah s.w.t. dan sebahagian dari ayat-ayat suci al-Quran. Berat mata wang Islam ini juga telah ditetapkan iaitu mata wang dinar mestilah mengandungi emas seberat 1 mithqal (iaitu seberat 4.25 gram ukuran pada masa kini). Manakala bagi mata wang dirham pula, beratnya adalah sebanyak 2.975 gram perak (ukuran pada masa kini) di mana jika nilai tukarannya dengan dinar ialah 7 dinar emas bersamaan dengan 10 dirham perak.Kepentingan dinar emas jelas dicatat dalam buku Ibn Khaldun yang bertajuk “al-Muqaddimah.” Di dalam buku tersebut, mencatatkan akan wahyu Allah s.w.t. memasukkan dinar serta dirham dan ini telah membawa bersamanya banyak kaitan dalam hukum seperti zakat, perkahwinan dan hudud. Sebab itu di dalam wahyu Allah s.w.t. dengan jelas telah menyatakan akan ukuran yang tetap mengenai zakat dan sebagainya dengan menggunakan dinar dan dirham tidak dengan yang lain. Islam mementingkan keredaan Allah s.w.t. dalam setiap pelakuan dan pekerjaan yang dilakukan kerana keredaan Allah s.w.t. akan memberikan kesejahteraan kepada kehidupan dunia dan akhirat. Idea mengembalikan dinar emas bukan suatu perkara kecil kerana ia secara langsung atau tidak, turut melibatkan soal sistem sosial, ekonomi, politik, dan, keberkatan dari-Nya.Malah, kelemahan umat Islam sedunia mula ketara apabila berakhirnya penggunaan dinar emas.
Menurut sejarah, pemerintahan Islam di bawah Khalifah Uthmaniyah di Istanbul, Turki telah dihelah dengan kemajuan dan pembangunan. Pinjaman wang kertas daripada Eropah untuk membangunkan Turki telah menjadikan negara tersebut berhutang dan melalui sistem wang kertas bersama riba telah melemahkan pemerintahan Khalifah. Riba sangat dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Ini diterangkan dalam al-Quran yang bermaksud: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangi kamu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya,” (al Baqarah:279).Memang tidak dapat dinafikan, sistem wang dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba ini telah telah membawa kepada banyak kerosakan seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedaran. Sistem ini juga menimbulkan berbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Sistem ini yang dikendalikan oleh institusi perbankan, sistem demokrasi dan ahli politik yang tidak bertanggungjawab telah memberi sumbangan kepada kesengsaraan masyarakat dunia.Ibnu Abbas r.a. dari Ishaq Ibn Basheer dan Ibn Asakir di Kanz al-Ummal mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: “Orang yang pertama mengikuti Dajjal adalah 70,000 orang Yahudi...dan antara tanda pelepasan Dajjal adalah amalan riba.” Kini, dinar emas telah kembali dan ramai umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia menyeru supaya dinar emas ini dikembalikan. Ditengah-tengah kekalutan ekonomi yang melanda kini, kilauan dinar emas dilihat dapat mengembalikan sistem kewangan yang lebih munasabah dan mantap. Ramai yang telah sedar akan tipu helah sistem kewangan yang ada dan masyarakat dunia sudah mula meminta supaya mengembalikan kebebasan untuk memilih.

Sekiranya demokrasi dilaungkan di seluruh dunia supaya diamalkan dalam semua perkara, mengapa tidak kebebasan diberikan untuk memilih dinar sebagai wang?
mengambil kata-kata imran hussien di youtube jika tun mahathir cuba memperkenalkan dinar kepada public masyarakat awam tun mungkin dah lama kena bunuh mungkin zionis masih membenarkan transaksi antara negara menggunakan dinar.
mengapa wang fiat di kaitkan dengan riba?
kita lihat apa definisi riba

Definisi Riba
Secara bahasa riba berarti bertambah tumbuh tinggi dan naik. Adapun menurut istilah syariat para fuqaha sangat beragam dlm mendefinisikannya. Sementara definisi yg tepat haruslah bersifat jami’ mani’ yaitu mengumpulkan hal-hal yg termasuk di dlm dan mengeluarkan hal-hal yg tdk termasuk darinya.Definisi paling ringkas dan bagus adl yg diberikan oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullahu dlm Syarah Bulughul Maram bahwa makna riba adalah: “Penambahan pada dua perkara yg diharamkan dlm syariat ada tafadhul antara kedua dgn ganti dan ada ta`khir dlm menerima sesuatu yg disyaratkan qabdh .”
Dari Abu Said ra, Bilal ra membelikan Rasulullah saw barni (sejenis kurma yang baik) dan apabila Rasulullah saw bertanya kepada Bilal bagaimana kurma ini diperolehi, maka Bilal ra pun menjawab “Saya ada kurma yang kurang kualitinya ditukarkan dengan barni - 2 sa’ untuk 1 sa’.Mendengarkan hal ini Rasulullah saw pun berkata, “Oh, ini adalah riba. Jangan lakukan begitu. Sekiranya kamu berkehendak, maka jualkan kurma yang kurang kualiti tersebut dengan sesuatu yang lain dan beli lah kurma yang lebih baik dengan harga yang ditawarkan.” (Muslim & Ahmad). mengapa dalam hadis ni rasulullah kata itu adalah riba kerana pada masa tu bila wang dinar kurang di pasaran maka masyarakat menggunakan kurma sebagai medium wang kerana kurma boleh menyimpan nilai. dan ini adalah haram kerana ada lebihan seperti kita menukar wang rm5 dengan rm10 dan dari hadis ini juga kita dapat mengetahui tukaran matawang asing a.k.a forex exchange adalah haram kerana di niagakan secara komoditi.sedangkan fungsi wang adalah medium untuk pertukaran,mengukur,menyimpan nilai,alat bayaran tertunda.
secara logik dan rasional wang fiat tidak mempunyai nilai pun melainkan ianya hanyalah note ia mempunyai nilai kerana anggapan atau persepsi masyarakat yang mengiktirafnya sebagai wang yang bernilai. cth: note rm10 sama juga nilainya dengan note rm50 secara literal kerana bahan serta material yang di gunakan untuk memproses note ringgit itu adalah sama.cuma akibat dari persepsi masyarakat serta undang-undang yang membuatkan wang itu bernilai secara psikology dan batin.
dinar emas mempunyai rekod yang cemerlang selama 1400 tahun. kempen inflasi sifar akan berjaya kerana selama 1400 inflasi hampir sifar dinar telah di rekodkan.
moga-moga usaha Dr M dan TGNA akan di sambung oleh generasi selepasnya sekurang-kurangnya peringkat awal antara negara sebelum di kenal pada masyarakat seperti matawang euro.

Khamis, September 09, 2010

Salam Aidilfitri

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jumaat, September 03, 2010

Orang kita pun ada dah jadi atheis/freethinker..ni la manusia akhir zaman

diorang rasa diri diorang hak milik mutlak diorang..padahal..seluruh tubuh badan,luar dan dalam adalah dipinjamkan oleh Allah



credit to
http://www.rohaizad.com/2010/08/15/salleh-gregor-samsa-keliru-dengan-agamanya-sendiri/#more-6436