Selasa, September 28, 2010

Dirham dan dinar dalam muamalat Islam

Versi asal dari: http://www.dirham2dinar.com/

Bagaimana kita dirompak dengan wang kertas ?

Bagaimana kita dirompak dengan wang kertas ?

Adaptasi dari Theft of Nations -dengan cerita P. Ramlee



Pernah suatu ketika dahulu terdapat sebuah pulau yang bernama Isketambola, jauh di lautan. Sebuah pulau subur dengan tumbuh-tumbuhan subur dan buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai-sungai yang menyediakan air bersih bagi orang ramai dengan dan tempat-tempat indah untuk keuarga berekreasi. Lautan sekeliling bersih, dengan ikan berlebihan dan makanan laut lain yang banyak. Isketambola juga mempunyai emas, kaum wanitanya terutamanya, sangat mencintai emas, Mereka menggunakan keping - keping emas sebagai wang sejak dulu lagi kerana semua orang menghargai emas. Kepimpinan suku mereka diketuai oleh seorang lelaki bernama Ismet Ulam Raja, beliau mencetak duit syiling emas. Mereka hidup dalam sebuah kehidupan mudah, bekerjasama dan tidak ada caj faedah untuk pinjaman dalam pinjam-memimjam di antara mereka. Sekali-sekala, beberapa arus-arus ombak dan angin kencang memusnahkan beberapa harta, terutama rumah-rumah, tetapi komuniti ini akan segera membantu diri mereka dalam membina semula atau membaiki hartanah yang rosak. Selain daripada itu, mereka adalah sebuah komuniti yang aman , rakyat yang menjalankan kehidupan mereka dengan lemah lembut dan aman damai.

Satu hari, seorang lelaki berpakaian segak bernama Tuan Sadik Segaraga tiba dengan sebuah kapal di pantai Pulau Isketambola. Penduduk Pulau Isketambola, mengalu-alukan tetamu baru mereka dengan sangat mesra. Mereka sangat tertarik dengan cerita-cerita pengalaman Tuan Sadik Segaraga menjelajah ke seluruh dunia. Tuan Sadik Segaraga menunjukkan mereka beberapa duit syiling emas dari bahagian lain di dunia dan juga beberapa kertas-kertas yang digunakan oleh beberapa rakyat tempat lain sebagai wang.



Penduduk Pulau Isketambola tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini. Wang kertas itu malah mempunyai gambar-gambar pisang  – buah kegemaran mereka. Orang yang tidak dikenali ini  juga menunjukkan mereka sebuah mesin yang mencetak wang sedemikian. Wah! Ini telah mendapat perhatian Penduduk Pulau Isketambola , kagum kerana mereka tidak pernah melihat sesuatu seperti itu sebelum ini. Penduduk-penduduk pulau sangat menyukai  Tuan Sadik Segaraga, dan dijemputnya untuk tinggal dengan mereka di pulau itu.

TuanSadik Segaraga telah menyakinkan orang ramai bahawa sebuah institusi yang dipanggil sebagai bank akan memberikan banyak manfaat kepada mereka. Mereka dijelaskan yang sebuah bank akan menyediakan sebuah tempat untuk simpanan wang emas dengan  selamat manakala keadaan ekonomi mereka akan bertambah baik dengan membuat simpanan, dan dengan simpanan itu dapat dipinjamkan kepada orang lain untuk penggunaan yang produktif, daripada dibiarkan tidak bergerak. Penduduk Pulau Isketambola, satu bangsa yang sangat suka untuk membantu orang lain, berfikir itu adalah satu idea yang sangat baik. Tuan Sadik Segaraga kemudiannya membina struktur bangunan kecil dengan sebuah bilik kebal didalamnya  dan mula beroperasi sebagai bank pertama di Pulau Isketambola.

Tuan Sadik Segaraga  meraikan peristiwa tersebut dengan memberi penduduk-penduduk Pulau Isketambola satu kenduri besar bersama dengan satu pesta berwarna-warni. Orang ramai menyerbu untuk menabungkan duit syiling emas mereka dengan bank. Penyimpan-penyimpan telah diberikan sehelai kertas yang dicetak untuk setiap syiling emas mereka sebagai deposit, dengan jaminan bahawa mereka boleh menebus satu syiling emas untuk setiap kertas bila sahaja mereka kehendaki.. Orang ramai sangat teruja dengan kertas “wang” mereka, malah mendapati ada gambar pemimpin mereka, Ismet Ulam Raja di sebelah pokok pisang. Tanpa ragu-ragu , Ismet Ulam Raja juga sangat gembira!



Orang ramai pun mendeposit semua duit syiling emas mereka, sejumlah 100,000 kepingan-kepingan emas dan oleh itu satu nombor setara jumlah helai kertas yang sama telah keluarkan. Kini orang ramai menggunakan kertas sebagai wang dan mendapati yang ianya lebih mudah daripada menggunakan duit syiling emas yakni lebih berat. Wang kertas yang dicetak oleh Tuan Sadik Segaraga oleh itu, menjadi mata wang dominan di Pulau Isketambola. Orang ramai amat suka dengan kemudahan yang mana mereka dapat menjalankan sesuatu perniagaan-perniagaan mereka dengan lebih mudah. Mereka sangat mempercayai Sadik Segaraga , kerana setiap kali mereka membawa sekeping kertas untuk penebusan emas, permintaan mereka ditunaikan. Sadik Segaraga amat disegani dan dihormati oleh masyarakat mereka.

Kini Sadik Segaraga memutuskan bahawa inilah masa yang paling sesuai untuk mereka melakukan “tipu muslihat” mereka.



Tuan Sadik Segaraga mendapati di Pulau Isketambola, pada puratanya hanya 10 peratus deposit telah ditebus oleh penduduknya pada mana-mana masa tertentu. Baki yang lain, 90 peratus tinggal dalam bilik kebal. Menyedari yang kertas-kertas mereka beredar sebagai wang, Tuan Sadik Segaraga menerbitkan tambahan 900,000 kertas – kertas yang akan diedarkan sebagai wang juga! Tuan Sadik Segaraga telah mengira bahawa dengan kertas-kertas tambahan tersebut, sejumlah 1,000,000 helai kertas bakal beredar dan jika orang ramai datang untuk menebus emas, yakni 10 peratus, 100,000 deposit asal duit syiling emas akan mudah didapati untuk penebusan. 3



Tuan Sadik Segaraga meminjamkan tambahan 900,000 wang kertas kepada beberapa “rakyat miskin” Pulau Isketambola pada caj faedah 15 peratus. Rakyat Puau Isketambola tiba-tiba mendapati yang harga barangan semakin meningkat. Mereka merasa hairan dan tiada siapa boleh memahami mengapa.4

Sebahagian dari mereka yang telah meminjam wang dari Tuan Sadik Segaraga tidak berupaya membayar kembali hutang mereka walaupun mereka bekerja sangat keras mencuba untuk dapat wang tambahan itu.5

Perniagaan menjadi semakin kompetitif dan masyarakat menjadi semakin kurang belas kasihan dan kurang mengambil berat terhadap orang lain daripada sebelumnya.6

Mereka menjadi amat kompetitif dalam sikap mereka dan kurang mengambil berat terhadap rakan-rakan mereka. Meskipun dengan kerja keras dan persaingan sedemikian, beberapa penduduk  tidak dapat melunaskan pinjaman mereka. Mereka tidak berupaya memperoleh cukup wang membayar kembali jumlah hutang mereka.7

Tuan Sadik Segaraga mula merampas kekayaan sebenar dari pemungkir-pemungkir janji pinjaman –seperti tanah, lembu-lembu, biri-biri, dan lain-lain. Pemimpin mereka Ismet Ulam Raja juga termasuk antara mereka yang gagal membayar. Tetapi Tuan Sadik Segaraga memberinya dan penduduk lain kertas tambahan sebagai penjadualan semula pinjaman mereka. Hutang mereka semakin bertambah. Kemudian Ismet Ulam Raja gagal membayar lagi dan membuat pinjamannya dijadualkan semula sekali lagi. Kini Ismet Ulam Raja mula mengelak bertemu dengan Tuan Sadik Segaraga. Dia berasa malu dan mendapati kuasanya, ego, keberanian dan maruah telah jatuh.8

Sebaliknya, dia mendapati Tuan Sadik Segaraga dengan perlahan-lahan menjadi sangat kaya dengan memperolehi kekayaan dari rakyatnya. Malah, dia mendapati yang kuasa, ego, keberanian dan maruahnya semakin hilang. Selepas beberapa tahun, Tuan Sadik Segaraga yang  tiba di pantai Isketambola dengan hanya satu mesin cetak, kini menjadi pemilik-pemilik kebanyakan dari tanah dan harta di pulau Isketambola. Orang ramai telah berjaya dijadikan sebagai pekerja-pekerja sahaja, sebahagiannya kini hidup dalam kemiskinan. Ramai yang terpaksa bekerja dalam tempoh masa yang lama hanya untuk mempunyai cukup wang untuk menyara hidup. Mereka mempunyai masa yang amat sedikit untuk keluarga, sahabat handai dan amat sedikit untuk aktivi keagamaan.



Bencana kemiskinan membawa bersamanya, bencana sosial lain seperti jenayah, pelacuran, dan keruntuhan yang semakin parah. Budaya mereka beransur-ansur digantikan kerana Tuan Sadik Segaraga memperkenalkan satu budaya baru “hebat”, budaya  “hebat” golongan yang  kaya mengatasi rakyat miskin.

Beliau tidak berhenti disitu , sekarang ialah masa untuk kembali ke tempat asalnya bersama dengan emas – emasnya. Syiling emas tidak dapat ditebus lagi . Sebuah Bank Pusat ditinggalkan untuk penduduk Pulau Isketambola. Tuan Sadik Segaraga membuat Bank Dunia ditempatnya, dimana semua bank pusat diletakkan dibawahnya. Sementara wang cetakan Pulau Isketambola hanya laku di Pulau itu sahaja. Wang cetakan Tuan Sadik Segaraga di Bank Dunia pulak  laku di serata dunia. Bergembiralah Tuan Sadik Segaraga diatas kekayaannya memiliki kekayaan dunia dengan mencetak wang yang diperlakukan di seluruh dunia.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
3 Ini  ialah gambaran bagaimana wang dicipta dalam sistem perbankan semasa dalam agregat. Jika rizab ialah 10 peratus, kemudian dengan satu deposit 100,000 satu jumlah pinjaman yang baru telah dapat diwujudkan dengan jumalah 100,000/0.10 = 1,000,000

4 Ini ialah untuk mudah melihat dengan bantuan persamaan pertukaran, MV = PY.
Money Velocity = Price Yield. Dalam contoh ini, dengan peningkatan mendadak dalam bekalan wang M, tanpa satu tambahan selari dalam keluaran sebenar barangan dan perkhidmatan Y, harga akan meningkat, i.e. maka P akan mengkhusus kepada peningkatkan ( laju, V, adalah diandaikan tidak berubah dan malar).

5  Pinjaman (termasuk faedah) tidak boleh dibayar balik dalam agregat kerana bahagian faedah tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan yang kepentingan 15% pada 900,000 sama dengan 135,000. Lantarannya jumlah keseluruhan wang yang boleh dibayar balik ialah 1,035,000 tetapi walau bagaimanapun, hanya 1,000,000 wujud dalam jumlah sebagai wang dalam keseluruhan sistem. Oleh sebab itu, beberapa kegagalan pada pinjaman pasti berlaku.

6 Oleh kerana caj faedah tidak wujud dalam bentuk wang, maka akan berlaku persaingan dalam meningkatkan perdagangan.

7 Sekali lagi, kerana tidak ada cukup wang dalam sistem itu secara keseluruhannya  hutang itu tidak boleh dibayar balik dalam agregat.

8 Bayangkan yang anda meminjam RM10,000 dari seorang kawan. Adakah anda fikir kelakuan anda keatas kawan akan berubah, kata apabila anda bertemu kawan di jalan? Terutama apabila masa ditetapkan untuk pulangan pinjaman telah tamat tempoh?

 

Zakat Emas dan Perak samada wang atau lainnya



Tiada zakat wang kertas mengikut mazhab Shafie
Zakat hanya boleh dibayar dengan ain (benda) bukan dayn ( Resit hutang - wang kertas)

Rujukan Kitab Sulamul Sibyan : Tuan Guru Hj Ayah Chik


Fasal pada menyatakan zakat emas dan perak sama ada wang atau lainnya

Syarat wajib zakat emas dan perak :

1. Islam - Tuan harta itu Islam
2. Merdeka - Hamba tiada wajib
3. Sampai nisabnya 20 mithqal / dinar emas (85 gram) atau 200 dirham perak ( 595 gram )
4 Dimilik akan dia ( emas dan perak ) cukup 12 bulan arabiyah samada disimpan akan ia atau diberi orang berhutang, maka wajib zakat atas tuannya.

Zakat emas dan perak itu 1/40 atau 2.5%.

Segala benda yang kena zakat itu 9 pekara sahaja.

1. Binatang ternakan.
2. Emas.
3.Perak.
4. Buah kurma dan anggur. (Tiada wajib zakat buah - buahan yang lain )
5. Biji - bijan yang mengenyangkan.
6. Badan - Fitrah
7. Galian emas dan perak.
8. Rikaz emas dan perak.
9. Benda - benda buat perniagaan.

Tiadalah wajib zakat melainkan 9 benda ini sahaja pada mazhab Shafie.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Bermula segala orang yang menaruh akan mereka itu emas dan perak , dan tiada menafkah mereka itu akan dia pada jalan Allah artinya tiada memberi mereka itu akan zakatnya maka khabar olehmu ya Muhammad akan mereka itu dengan kena siksa yang sangat - sangat sakit "
Maksud Surah at Taubah:ayat 34

Telah berkata Imam as shafie didalam Kitabnya ar Risalah :
" Tiada harus diqias dengan emas dan perak atas yang lain daripada keduanya pada wajib zakat "


Maka tiada wajib zakat duit tembaga dan duit kertas kerana bukan kedua duanya emas dan perak dan bukan binatang ternakan bukan buah - buahan  dan bukan biji bijian melainkan jika dibuat berniaga dengan dia. Maka wajib zakat perniagaan bukan zakat 'ain wang kertas.

Ada tersebut didalam Kitab Shamsul Asyhraq karangan al 'alamah Shaikh Ali Al Maliki pada m/s 60 katanya " Dan demikian lagi bersangatan Alim Shaikh Muhammad 'illisyh tatkala ditanya akan dia daripada kertas yang ada padanya chap Sultan dan bermuamalah denga dia, berjualbeli dengan dia semacam dirham - dirham dan dinar - dinar. Adakah diberi zakatnya sebagai zakat 'ain atau semacam zakat mata benda perniagaan atau tiada wajib zakat padanya ? Menjawab ia dalam Kitab Fatwanya , Fathul 'ala al Malik, berpegang ia bagi riwayat yang kedua yang muktamad pada mazhab Malilki ia jawab dengan nasnya tiada wajib zakat padanya yakni tiada wajib zakat pada wang kertas ".

Ada pun pada mazhab Shafie maka tiada wajib zakat wang kertas sama ada disimpan dirumahnya atau di tabung haji atau di bank atau diberi orang berhutang, tiada wajib zakatnya melainkan jika dimilik wang kertas itu dengan mu'awadhah serta diniat tatkala itu hendak buat berniaga denga dia. Maka apabila sampai harganya 200 dirham dan cukup 12 bulan arabiyah maka ketika itu wajib dikeluarkan zakatnya, zakat mata perniagaan, bukan zakat 'ain wang kertas iaitu zakatnya 1/40.

Dan berkata Shaikh Ahmad Khatib iaitu didalam Kitabnya Mazhab Shafie pada m/s 46 artinya :  " Bahkan jika berkehendak oleh seorang mengeluarkan zakat daripadanya wang kertas nescaya tiada sah ia dan lagi haram mengeluarkan zakat wang kertas kerana padanya yakni pada mengeluarkan zakat wang kertas itu jadi mengerjakan ibadat yang fasidah, ibadah yag tidak terpakai, sia - sia dan lagi buat zalim akan tuan - tuan harta dengan memperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan memakan akan harta manusia denga jalan yang bathil, makan dengan jalan yang haram. Maka jikalau begitu tidak beri zakat wang kertas itu boleh pahala kerana jika meninggal barang yang haram dengan niat ikut perintah syarak itu boleh pahala ".

Ramai Ulamak - Ulamak yang menghukum wang kertas itu semacam wang tembaga. maka tiada wajib zakatnya pada mazhab shafie. Antaranya :
1. Al 'alamah Shaikhul Islam Negeri Mesir masa dahulu ialah Muhammmad Anba bi iaitu guru bagi as Saiyid Ahmad Bek al Husaini.
2. Al ' alamah Shaikh Hasbullah , ulamak besar Mekah di zamannya.
3. Al 'alamah As Saiyid Abdullah bin Abi Bakar.
4. Al ' alamah Shaikh muhammad I'jaz Hussain.
5. Al 'alamah Shaikh Muhammad Nazri Ali.
6. Al ' alamah Shaikh Muhammad Irshad Hussain.
7. Al ' alamah Shaikh Muhammad Abdul Qadir.
8.Al ' alamah Shaikh Muhammad Inayatullah.
9. Al ' alamah Shaikh Abdul Jalil.
10. Al Mufti Shaikh Muhammad 'Illisyh.
11. Al ' alamah Shaikh Muhammad Khatib

Telah menyebut nama - nama ulamak - ulamak yang tersebut itu oleh Syaikh Ali al Maliki didalam kitabnya Shamsul Asyhraq.

12. Al 'alamah Shaikh Ali Al Maliki.
13 Shaikhul Islam Kedah Al Haj Wan Sulaiman iaitu semasa dia muda dahulu.
14. Shaikh Al Haj Wan Ahmad Bermin Fathani.
15. Tuan Guru Shaikh saya ( Ayah Chik ) Shaikh Al Haj Abdullah Fahim , Mufti Pulau Pinang. Pada masa itu dia belum menjadi mufti dan dia menyuruh saya berpegang dengan barang yang didalam Kitab Iqna' an nufus yang saya mengaji padanya itu kitab dan dia khabar kepada saya, Shaikh Ahmad Khatib itu ia kata guru aku dan Shaikh Ali Al Maliki itu sahabat aku.

Ramai Ulamak mengaku sah dan betul barang yang tersebut didalam kitab Shamsul Asyhraq serta memberi puji pujian mengatakan elok dan betul barang yang tersebut didalam kitab tersebut. Pertamanya : Maulana Hujjatul Ummah Qadhi al Qadha' wal mufti al ahnaf bil Aqthoril arabiah bil Makkah wa raisul ulama' al 'alam , al 'alamah Abdullah bin Abdurrahman Siraj. Kedua : Al 'alamah Shaikh Habibullah Al jaki. Ketiga : Al 'alamah Shaikh Ali An Najar. Keempat : Al 'alim Al Fadhil Shaikh Muhammad Abdurrahman As Shanqithi.  Keempat : Al 'alim fadhil As Saiyid Thohir Ad dibagh dan demikian juga pada mazhab Hanbali tiada wajib zakat wang kertas .. dari Kitab Shamsul Asyhraq.

Wang kertas itu bukan sanad ad daiyin ertinya bukan surat hutang kerana takrif surat hutang ialah " Kertas yang ditulis padanya akan orang yang berhutang dan orang yang memberi hutang dengan nama kedua - duanya dan hutang apa jenisnya dan sebanyak mana qadarnya dan saksi atasnya dan diberi pegang taruh ditangan oang yang yang beri berhutang ".

Maka wang kertas itu tiada masuk dalam takrif surat hutang. Maka betul lah wang kertas itu bukan surat hutang dan hanya dikira duit yang laku yang lain dari emas dan perak yang dinilai harganya yakni dibubuh harganya sekian  sekian ringgit dan ditulis didalamnya pun dengan kata wang kertas ertinya duit kertas. Bukan ditulis kata surat emas perak. Lagi pula jika sungguh wang kertas itu surat Bank berhutang emas dan perak maka cubalah bawa wang kertas itu tunjuk kepada bank minta hutang itu nescaya Bank tiada bayar, mingkin orang Bank marah, dia kata " Kamu binggung kah ? Gila kah ? Kamu tidak bacakah didalamnya wang kertas bukan ditulis surat hutang. Mereka halau kamu semacam halau anjing sahaja.

Ada pun orang yang berkata wang kertas itu khilaf ulamak pada wajib zakat, maka baik lah ihtiyhat ( berhati hati ), berilah zakatnya kerana jikalau betul orang yang berkata wajib zakatnya maka lepaslah kita daripada berdosa dan dapat pahala. Jikalau betul orang yang berkata tiada wajib zakatnya maka jadilah sedekah sunat, maka itu ihtiyhat ( berhati - hati ) yang bathil.

Telah berkata Guru bagi beberapa Guru kami, al 'alamah Shaikh Ahmad Khatib rahimahumullah didalam kitabnya Iqna' an nufus pada m/s 48 ertinya : Dan atasnya lazim daripada ini ihtiyhat ( berhati - hati ) tu beberapa mudharat dan bermula yang demikian itu buat zalim akan tuan harta dengan diperwajibkan barang yang tiada wajib atas mereka itu dan lain - lainnya daripada barang terdahulu sebutnya dan buat sia - sia segala rukun dan segala syarat yang telah diiktibar akan dia oleh ulamak ulamak syarak dan buat binasa takrif - takrif mereka itu yang telah menyebut mereka itu akan dia kerana bahawasanya  sesungguhnya lazim oleh binasanya dengan ini ihtiyhat yang jadi daripada sangka - sangka dan gemak - gemak yang bathil , yang tidak ada asalnya sama sekali dalam syarak.

Didalam Kitab Sairus Salikin (Shaik Abdul Samad Al Falimbani) antara syarat – syarat zakat yang zahir pada syarat yang ketiga :

Hendaklah zakat yang dikeluarkan itu ‘ain harta yang wajib zakat itu. Maka tiada memadai zakat perak daripada emas dan zakat emas dengan perak.

Mengenai mengeluarkan zakat perniagaan seperti dalam Kitab Matail Badrain :

(maka jika) sampai nasab harga اخر haul wajib dikeluarkan zakatnya samada harga yang dibeli dahulu itu sampai nasabnya atau tiada kerana yang dii’tibarnya dengan harga اخر haul maka dikeluarkan zakatnya iaitu emas atau perak سربع عشر , tiada dikeluarkan daripada ain mata benda perniagaan itu.


Maknanya zakat perniagaan mesti dikeluarkan dalam emas atau perak bukan ai'n barang yang diperniagakan. Cth : Perniagaan baju, zakatnya bukan dengan baju tetapi dengan emas atau perak.





 

Kalimah Tauhid , tahmid dan ayat suci Al Quran pada koin dinar dan dirham

Pada  awalnya umat Islam menggunakan emas dan perak berdasarkan beratnya dan Dinar Dirham yang digunakan merupakan cetakan dari bangsa Parsi.

Koin awal yang digunakan oleh umat Islam merupakan duplikat dari Dirham perak Yezdigird III dari Sassania, yang dicetak dibawah autoriti Khalifah Uthman, radiy’allahu anhu. Yang membezakan dengan koin aslinya adalah adanya tulisan Arab yang berlafazkan “Bismillah”. Sejak saat itu tulisan “Bismillah” dan sebahagian dari  Al Qur’an menjadi suatu hal yang lazim ditemukan pada koin yang dicetak oleh Muslimin.


Sebagaimana telah diketahui bersama, bahwa standard dari koin yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn al-Khattab, berat dari 10 Dirham adalah sama dengan 7 Dinar (1 mithqal). Pada tahun 75 Hijriah (695 Masehi) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Hajjaj untuk mencetak Dirham untuk pertama kalinya, dan secara resmi beliau menggunakan standard yang ditentukan oleh Khalifah Umar ibn Khattab. Khalifah Abdalmalik memerintahkan bahwa pada tiap koin yang dicetak terdapat tulisan: “Allahu ahad, Allahu samad”. Beliau juga memerintahkan penghentian cetakan dengan gambar wujud manusia dan binatang dari koin dan menggantinya dengan huruf-huruf.



Perintah ini diteruskan sepanjang sejarah Islam. Dinar dan Dirham biasanya berbentuk bundar, dan tulisan yang dicetak diatasnya memiliki tata letak yang melingkar. Lazimnya di satu sisi terdapat kalimat “tahlil” dan “tahmid”, yaitu, “La ilaha ill’Allah” dan “Alhamdulillah” sedangkan pada sisi lainnya terdapat nama Amir dan tanggal pencetakkan; dan pada masa masa selanjutnya menjadi suatu kelaziman juga untuk menuliskan shalawat kepada Rasulullah, salallahu alayhi wa salam, dan terkadang, ayat-ayat Qur’an. Koin emas dan perak menjadi mata wang resmi hingga jatuhnya khilafah Islamiyah.

Imam Malik pernah ditanya tentang penggunaan kalimah ini pada koin - koin ini. Beliau berkata ulamak ulamak terdahulu dari kalangan sahabat, tabiin dan tabiin seorangpun tidak membantah pengunaannya bahkan digalakkan penggunaannya bagi menunjukkan penguasaan Islam keatas wilayahnya. Yakni bagi meninggikan kalimah Allah swt.

Isu masuk tandas tidak timbul, koin koin telah digunakan zaman berzaman, kalau dahulu dinar dan dirham disimpan dalam uncang, simpan dalam dompet, masuk tandas.
 

Jual beli dan sistem barter


Koperasi Pasar Besar Siti Khatijah secretary Abdul Samad Hussin selling Kelantan syariah currency dinar and dirham to customers at the cooperative’s premises in Kota Baru yesterday. — NST picture by Zaman Huri Isa

KUALA LUMPUR: The use of dinar and dirham in exchange for goods is not considered barter trading as claimed by the Kelantan government.
University Malaya Economics and Administration Faculty senior lecturer Dr Zuraina Yusuf said the gold and silver coins used in the exchange of items in the state do not meet the definition of barter trade.

"Barter trade involves the exchange of goods with goods, not the exchange of gold or silver coins with goods, even when the trader returns the balance from the purchase with ringgit notes.

"If you look at the situation carefully, is it not the same as what we have always been doing? The government of Kelantan has failed to understand the concept of barter trading," she said in a telephone interview yesterday.
Since it was launched last Friday, the dinar and dirham have been used by some 1,000 traders in Kelantan.

Read more: 'Kelantan's dinar use is not barter trading' http://www.nst.com.my/nst/articles/21plkltdd/Article/#ixzz0x12pzKS6

Dr Zuraina membuat kenyataan bahawa tukaran antara barang dengan koin emas dan perak bukan termasuk dalam sistem barter, kerana katanya sistem barter hanya melibatkan barang dengan barang.

Inilah yang diajar oleh sistem ekonomi konvensional  bahawa wang bukan barang , wang hanya alat atau medium pertukaran sahaja.

Bertentangan dengan Islam , wang itu sendiri mesti barang atau pun harta. Takrif jualbeli itu sendiri mengikut Kitab Fathul Muin (mazhab Imam Syafei)  dari segi bahasa bermaksud al muqabalatu syai’an bi syai’in yakni menukar sesuatu dengan sesuatu dan dari segi syaraknya bererti menukar harta dengan harta dengan izin syarak.

Mengikut kitab Jawi – Idaman Penuntut   Jual beli itu maknanya menyerahkan atau memindahkan kuasa milik sesuatu benda oleh penjual kepada pembeli dengan ada gantinya yang diizinkan oleh syarak.

Penukaran barang termasuk dalam rukan yang 3:
1.    Penjual dan pembeli.
2.    Barang atau harta.
3.    Sighah – ijab dan qabul dengan dalil Sabda Nabi s.a.w. “Hanya sanya jual beli itu sah dengan adanya saling merelakan” ; sedangkan kerelaan itu tidak nampak, maka diukurlah dengan petunjuk bukti ucapan.

Jualbeli secara Mu’athah (cara sekadar saling memberikan dan menerima) ; namun dipilih hukum sah pada barang-barang yang dengan cara Mu’athah oleh Urf.

Rukun yang 2 : Barang atau a’in yang ditukar tertakluk kepada beberapa syarat.
1.    Suci dari najis.
2.    Bermanfaat.   : Dari itu tidak sah menjual binatang-binatang yang melata dibumi seperti ular, kala, kumbang dan sebagainya kerana binatang-binatang itu tidak dikira sebagai harta maka mengeluarkan harta (wang) untuk membeli dilarang oleh syarak, kecuali binatang yang ada manfaat seperti ulat sutera kerana suteranya, atau lintah kerana untuk menghisap darah orang sakit atau sebagainya daripada benda yang berguna maka semuanya itu sah dijual beli.
3.    Penjual dan pembeli berkuasa atas harta tersebut. ( Cth : Tidak sah menjual  kerbau liar yang terlepas)
4.    Barang yang diaqadkan itu mesti milik yang sempurna.  (Cth : Tidak sah Jual barang yang belum diterima)
5.    Bahawa penjual dan pembeli mengetahui akan ain barang dan ain harga pada jual beli yang muayyan (yang berlaku dihadapan mata keduanya), atau mengetahui akan qadarnya dan sifatnya pada jual beli yang dipesan . ( Cth :  Jika penjual berkata: saya jual kepada anda salah sebuah daripada 2 buku ini dengan harga sekudi kain nescaya tiada sah kerana tiada diketahui akan ainnya yang mana satu. )        

Cth : aqad jualbeli yang sah ialah seperti
Penjual berkata : Aku jual buku ini dengan 1 dirham (3 gram perak).
Atau penjual berkata : Aku jual 1 dirham (3 gram perak) dengan buku ini.
Buku boleh jadi tsaman (harga) atau barang dan 1 dirham boleh jadi tsaman(harga) atau barang.
Wang dalam Islam mesti barang atau harta.
Dalam Islam dinar itu adalah barang yang boleh diukur (memenuhi syarat yang ke 5), begitu juga dengan dirham.
1 Dinar itu 4.25 gram emas 916 sedangkan 1 dirham itu 3 gram perak 999.
Persoalannya sekarang bolehkah wang fiat diukur ?
APA MAKNA SATU RINGGIT  ????????????

Tiada ulasan: