Selasa, Januari 25, 2011

Tuan Halus, Puteri Raja Long Nuh Jambu

Di kalangan ahli kerabat Long Gaafar, Long Nuh Raja Jambu sangat dikenali. Hubungan antara Long Nuh dan Long Gaffar mempunyai 2 versi.
Ada yang menyatakan Long Gaffar (Raja Muda Reman dan Raja Kelantan) adalah adinda kepada Long Nuh dan ada yang menyatakan Long Gaffar merupakan anakanda kepada Long Nik Datu Pujud iaitu adik-beradik Long Nuh.
Walau apapun versinya, sejarah telah membuktikan bahawa Long Nuh mempunyai kaitan yang rapat dengan Long Gaafar.
Dari Long Nuh; hasil perkahwinan baginda dengan permaisuri pertamanya, diputerakan seorang tokoh terkenal bernama Tuan Lembut iaitu Raja Muda Reman. Keturunan Tuan Lembut sangatlah ramai di Kelantan terutamanya di Limbat iaitu bermula dari dan seterusnya. (** – Lihat ‘Nota’ di bawah)
Berdasarkan beberapa bukti yang dikemukakan; walaupun dipertikaikan oleh beberapa pihak; susurgalur Long Nuh Raja Jambu dipercayai bersambung sehingga Syed Hussein Jamadil Qubra, ahlul bayt dari keturunan Rasulullah SAW.

Empayar Kesultanan Melayu Patani sewaktu zaman keemasannya

Long Nuh merupakan seorang raja yang warak. Baginda mengahwini tiga orang permaisuri (bukan 2 orang seperti didakwa oleh setengah pihak) yang dilayan seadil-adilnya. Malangnya apabila baginda mengahwini permaisurinya yang ketiga yang memperolehi seorang putera, permaisuri* ini menyimpan hasad dengki terhadap permaisuri pertama & kedua serta menyimpan niat yang buruk terhadap anakanda tirinya Tuan Lembut. *(Permaisuri kedua pula telah memputerikan seorang puteri yang ayu bernama Tuan Halus)
Permaisuri ketiga telah berkali-kali cuba memujuk suaminya Long Nuh supaya menabalkan puteranya sebagai Raja Muda Reman namun ditolak permohonan berkenaan oleh Long Nuh. Long Nuh sentiasa mengingatkan permaisuri ketiganya bahawa Tuan Lembut lebih layak memegang takhta kerana tarafnya sebagai anak sulong dari permaisuri pertama.
Ketika itu, perisikan Long Nuh telah memberitakan mengenai kemungkinan Kerajaan Patani/Reman akan diserang Siam dengan bantuan British yang beraksi di belakang tabir. British sangat takut dengan Kerajaan Patani/Reman kerana ianya terlalu kuat malah Belanda dan Portugis juga gagal menembusi kubu pertahanan Patani/Reman.

Salasilah Tuan Lembut menurut catatan keturunan Haji Nik Ismail Limbat @ Tok Baruh yang menjadi "MUFTI" kepada Kerajaan Kelantan di Limbat
Dipercayai Long Nuh bukan sahaja memiliki kekuatan jasmani di samping kebijaksanaan strategi pertahanan tetapi juga baginda dan kaum kerabatnya termasuk Tuan Lembut merupakan seorang Raja yang keramat.
Ada kisah yang menyatakan berlakunya perkara yang mencarik adat di mana apabila setiap kali Siam cuba menyerang Patani, pelbagai perkara aneh berlaku seperti :
a) Tentera Siam mendapati diri mereka seperti berenang di laut dalam,
b) Segelintir tentera Siam menjadi hilang penglihatan
c) Kota Patani seolah-olah ghaib apabila tentera Siam tiba di sana,
Long Nuh semakin gusar apabila mendapat khabar, Phya Taksin telah menyerang Patalung, Songkhla dan Ligor menyebabkan raja-raja pemerintah kawasan ini terpaksa melarikan diri ke Patani untuk mendapatkan perlindungan. Penjajah British pula telah mengambil peluang ini untuk menemui Phya Taksin untuk menawarkan bantuan kepadanya bagi memusnahkan Kerajaan Patani/Reman.
Tuan Halus, puteri Long Nuh dari permaisuri keduanya telah jatuh cinta dengan seorang kerabat dan panglima raja Siam bernama Jong Aydem (juga digelar Raja Merah atau Naga Merah). Jong Aydem merupakan saudara kepada Phya Taksin yang pada asalnya cuba menjadi perisik Kerajaan Patani/Reman tetapi akhirnya menaruh simpati terhadap perjuangan mereka.
Jong Aydem juga dianugerahi hidayah Allah SWT pada suatu hari untuk memeluk Islam setelah mendengar satu khutbah Jumaat. Adalah dipercayai, Long Nuh sendiri yang menalkinkan syahadah kepada Jong Aydem dan mengahwinkan Jong Aydem dengan Puterinya Tuan Halus. Perkara ini dipercayai berlaku sekitar 1785 tahun yang sama Kerajaan Patani/Reman jatuh ke tangan Siam dan British.
Rupa-rupanya Long Nuh telah mendapat firasat bahawa keturunannya harus diteruskan dan Jong Aydem dilihat sebagai jawapan kepada firasatnya itu. Baginda telah lama mengetahui bahawa permaisuri bongsu dan puteranya telah diam-diam mengkhianati Patani/Reman dengan menemui Phya Taksin bagi membantu menaikkan puteranya menjadi Raja Reman menggantikan Long Nuh.
Long Nuh telah merahsiakan perkahwinan antara Jong Aydem dengan Tuan Halus dan berpesan kepada Jong Aydem agar merahsiakan status beliau sebagai muallaf.
Namun, Allah SWT atas inayah dan kasih sayangNya terhadap hamba-hambaNya yang beriman telah menakdirkan bahawa mereka ini akan gugur syahid bagi memasuki senarai orang-orang pilihanNya di Jannah.
Jong Aydem telah memaklumkan kepada ayahanda mertuanya bahawa Siam telah mengumpulkan bala tentera yang sangat ramai untuk menyerang Pattani. Tidak cukup dengan bala tentera sahaja, Phya Taksin sendiri telah melatih tenteranya dengan ilmu hitam yang sangat ampuh.
Namun Long Nuh tidak gentar dengan ancaman berkenaan. Kesemua raja-raja yang terbuang dari Pattalung, Songkhla dan Ligor digabungkan pula dengan kekuatan Long Nik Pujud serta Long Gaafar, maka Long Nuh telah membina menjadikan tentera Islam yang terbesar.
Di saat-saat akhir menanti untuk berperang, Long Nuh telah menitahkan Tuan Lembut dan adinda tirinya Tuan Halus mengadap baginda pada suatu hari. Baginda kemudiannya menyatakan firasat baginda terhadap mereka bahawa Kerajaan Patani dan Reman akan gugur menerusi satu peperangan jihad fii sabiilillah selain meninggalkan amanat kepada Tuan Lembut dan Tuan Halus agar berundur ke Kelantan sekiranya berlaku apa-apa kepada baginda. Tetapi Tuan Lembut tetap berkeras ingin turut serta dalam peperangan berkenaan.
Akhirnya berlakulah peperangan jihad fii sabilillah yang amat dahsyat, ramailah tentera kuffar dan tentera Islam telah gugur di medan peperangan. Dipercayai bahawa Baginda Long Nuh Raja Jambu juga gugur sebagai syahid termasuk Permaisuri pertama dan keduanya yang sangat dikasihi baginda. Permaisuri ketiga dan puteranya pula telah melarikan diri berlindung di bawah kubu Siam.
Satu pengkhianatan yang sangat besar!
Akhirnya Tuan Lembut terpaksa memenuhi wasiat almarhum ayahandanya. Jong Aydem telah menawarkan diri bagi mengelirukan musuh kerana beliau sangat arif dengan strategi Phya Taksin. Hasil kebijaksanaan Jong Aydem, akhirnya Tuan Lembut berjaya melarikan diri ke Kelantan. (Dipercayai juga bahawa keturunan Long Gaafar juga telah menggunakan laluan yang sama sepertimana panduan Jong Aydem)
Sebelum ke Kelantan, Tuan Lembut telah berdoa kehadhirat Allah SWT agar menyelamatkan zuriat adinda tirinya Tuan Halus dan Jong Aydem agar terus dapat sama-sama membantu menaikkan kembali maruah kerabat Reman sehingga ke anak cucu. Wallahualam.
Tuan Lembut juga berjanji akan kembali untuk menuntut bela terhadap almarhum ayahandanya. Janji ini kemudiannya telah menjadi kenyataan di mana Tuan Lembut sendiri telah menamatkan riwayat ibu tirinya.
Namun putera kepada ibu tirinya itu dipercayai berjaya melarikan diri ke kawasan Kadok atau Tanah Merah. Ada sumber yang menyatakan putera ini menjadi orang biasa dan berkahwin serta mempunyai zuriat keturunan. Dikatakan dia pernah mewasiatkan kepada keturunannya agar menentang keturunan Tuan Lembut. Wallahualam – samada benar atau tidaknya kisah ini, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahuinya.
Tuan Halus dan Jong Aydem pula dipercayai telah melarikan diri ke Machang Kelantan setelah Phya Taksin mengetahui beliau telah diperdayakan oleh Jong Aydem. Di sana Tuan Halus telah memputerakan seorang anak lelaki yang diberikan nama Nik Muhammad yang kemudiannya dilantik sebagai penasihat kepada Long Seri iaitu anakanda kepada Long Gaafar kepada bagi mempertahankan kemaraan Siam ke Kelantan yang masih ingin menghapuskan saki-baki keturunan Long Nuh Raja Jambu.
Anakanda Nik Muhammad pula bernama Wan Abdul Rahman.**
**Nota – Adakah ini satu kebetulan? Kelihatan terdapat persamaan karektor Tuan Lembut & Tuan Halus? Atau sememangnya dirancang? Tuan Lembut menukar gelaran keturunannya kepada ‘Wan’ (Lebai Wan Isa) dan Tuan Halus pula dari ‘Nik’ Muhammad kpd ‘Wan Abdul Rahman’ (seterusnya Lebai Wan Abdul Manaf) – atau ini satu muslihat yang disengajakan untuk menyembunyikan keturunan Reman agar tidak dibunuh oleh Siam? Wallahualam!!
Dari Wan Abdul Rahman, lahirlah seorang anak bernama Lebai Wan Abdul Manaf yang telah menetap di Kampung Repek, Bachok, Kelantan. Lebai Wan Abdul Manaf merupakan sahabat kepada Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zin Mustafa Al-Fatani dan Dato’ Perdana Nik Mahmud.
Dato’ Perdana ketika itu telah merujuk kepada Lebai Wan Abdul Manaf mengenai silsilah Long Gaafar, Tuan Lembut dan Tuan Halus bagi menyatukan kembali kaum kerabat Reman. Dipercayai kisah ini akan dimuatkan dalam buku Cetera Kelantan.
Namun malangnya Dato’ Perdana telah mendapat banyak halangan malah beberapa orang kerabat Kelantan diketuai oleh seorang kerabat yang bernama Tengku Chik – yang dipercayai menjadi talibarut British ketika itu cuba menutup kisah dan silsilah Long Gaafar, Tuan Lembut dan Tuan Halus didedahkan kerana dikhuatiri keturunan Long Gaafar, Tuan Lembut dan Tuan Halus akan menuntut takhta-takhta tertentu.
Namun, Dato’ Perdana atas nasihat sahabatnya Tuan Guru Haji Kenali (Tok Kenali) telah menulis 3 salinan buku berkenaan. Salah satu salinan telah diberikan kepada Pak Wan Mahmud dan disalin kembali oleh Pak Abdullah. Namun, Pak Wan Mahmud dan Pak Abdullah juga telah diugut untuk tidak mengeluarkan versi yang asal oleh Tg Chik dan kumpulannya.
Akhirnya salah satu salinan telah jatuh jua di tangan Tengku Chik hasil pengkhianatan saudara-mara Dato’ Perdana sendiri yang tergila-gila pangkat dan kebesaran. Akhirnya, berlakulah pindaan yang banyak sehingga terpesong daripada maksud asal buku berkenaan ditulis.
Ketahuilah bahawa Buku Ringkasan Cetera Kelantan yang ada di pasaran sekarang adalah buku yang palsu dan bukan ditulis oleh Dato’ Perdana Nik Mahmud!
Berbalik kepada Lebai Wan Abdul Manaf, beliau mendapat seorang anak yang bernama Wan Abdullah menetap di Kampung Kemudi, Bachok, Kelantan.
Wan Abdullah atau bergelar Tok Ayah Lah sangat digeruni kerana memiliki kemahiran persilatan dan kedukunan yang tinggi.
Wan Abdullah telah mendapat beberapa orang anak antara lain ialah Wan Hassan dan Wan Umar (Dari salah seorang isteri Wan Abdullah bernama Wan Mah – dipercayai keturunan dari Pekan, Pahang). Wan Hassan mempunyai beberapa orang anak termasuk anak sulongnya Wan Abdul Majid yang menjadi anak angkat kepada Dato Amar Di Raja yang pernah berguru dengan Tok Ayah Lah.
Dato’ Amar Di Raja telah menukar nama Wan Abdul Majid kepada Nik Abdul Majid dan akan memurkai sesiapa sahaja yang memanggil nama anak angkatnya (yang juga saudaranya) tanpa gelaran ‘Nik’. Dipercayai Dato’ Amar pernah memberitahu kisah sebenar Dato’ Perdana Nik Mahmud dan kandungan Cetera Kelantan yang asli kepada Wan Abdul Majid.
Wan Hassan dan adik tirinya Wan Umar merupakan dua orang yang sangat disegani di Bachok. Dipercayai sehingga kini, ramai penduduk asal yang pernah atau masih menetap di Bachok masih mengenali nama Wan Hassan dan Wan Umar.
Namun Wan Hassan dan Wan Umar mempunyai satu krisis kekeluargaan dan bagi menjaga hubungan agar tidak retak, maka Wan Umar telah mengahwinkan anak perempuannya kepada Wan Abdul Majid (perkahwinan sepupu)
Isteri kepada Wan Umar ialah Nik Nab iaitu dari keturunan Syeikh Abdul Qadir Fatani dan Tuan Minal yang bersusur galur (menerusi bonda Nik Nab iaitu Nik Jah) kepada Syed Ibrahim Al Jarmi anakanda kepada Syed Hussein Jamadil Qubra.
Kedua-dua keturunan ayahanda Nik Nab iaitu Nik Yusof (dipercayai berkaitan dengan Raja Perempuan Zainab 1 – Nik Zainab Nik Md Amin, permaisuri Sultan Muhammad IV) dan keturunan bonda Nik Nab telah berkahwin dengan zuriat Tuan Lembut di Limbat, Kampung Berangan, Bukit Jawa, Selising dan Padang Pak Amat, Kelantan. Salah seorang adik beradik tiri Nik Nab bernama Tuan Kembang telah berkahwin dengan seorang ahlul bayt (al-edrus keturunan Tok Ku Paloh). Tuan Kembang sendiri adalah keturunan Tok Ku Paloh. Mungkinkah perkahwinan-perkahwinan ini untuk merapatkan kembali hubungan keturunan atau mungkin telah ditakdirkan berlaku secara kebetulan tanpa diketahui?- Wallahualam
Kebanyakan dari mereka dan anakanda dan cucu mereka ini memegang banyak jawatan-jawatan tinggi kerajaan dan swasta termasuk menjadi pembesar-pembesar negeri dan negara, mungkin hasil makbul doa Tuan Lembut kepada Tuan Halus.
Kisah ini diceritakan kepada saya oleh zuriat Wan Abdul Majid pada tahun 2009 yang pada asalnya melarang keras saya menulis blog ini, namun saya terpaksa jua mencatat blog ini kerana untuk mendedahkan kebenaran yang telah hilang. Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat saya kerana terpaksa mendedahkan sejarah ini.

Wallahualam, Wassalam.

sumber: http://kebunketereh.com/?p=2128

Isnin, Januari 24, 2011

Kemuliaan Ahlulbait, Ali Zainal Abidin AS dan penghinaan ke atasnya

Pada masa pemerintahan khalifah kedua, Umar bin Khattab, kaum muslimin berhasil menaklukkan negeri Persia (Iran). Atas kemenangan ini, askar Islam membawa tawanan-tawanan perang ke Madinah Al-Munawwarah, termasuk di antara mereka Putri Yazdijard, Kisra Persia.
Tatkala kaum muslimin berkumpul di masjid, Khalifah Umar bermaksud menjual putri raja tersebut. Namun, Imam Ali AS memberi isyarat agar ia tidak melakukan hal itu, mengingat bahwa putri-putri raja tidak boleh diperjualbelikan, sekalipun mereka itu kafir. Lalu beliau mengatakan,
“Biarkan dia memilih seorang laki-laki untuk menjadi suaminya. Dan siapa saja yang dipilihnya, maka ia berhak menikah dengannya.”
Putri raja itu menjatuhkan pilihannya kepada junjungan kita, Imam Husain bin Ali AS sebagai pasangan hidupnya. Amirul Mukminin Ali AS berwasiat kepada anaknya agar memperlakukannya dengan baik dan santun.
Beliau mengatakan,
“Wahai Abu Abdillah (Husain), ketahuilah bahwa dia kelak akan melahirkan sebaik-baik penduduk dunia.”
Ya, dari rahim wanita bangsawan inilah putra pertama Imam Husain yang bernama Ali itu lahir. Pernah ayahnya memanggilnya dengan nama Ibn Khairatain (anak dari dua kebaikan), karena dalam nadinya mengalir darah dua bangsa; Arab Quraisy Bani Hasyim dan Ajam Persia.
Biodata Ali Zainal Abidin
Nama : Ali.
Gelaran : Ali Zainal Abidin.
Panggilan : Abu Muhammad.
Ayah : Husain bin Ali bin Abi Thalib
Ibu : Syah Zanan.
Kelahiran : Madinah, 5 Sya’ban 38 H.
Masa Imamah : 10 Tahun.
Usia : 57 Tahun
Wafat : 25 Muharram 95 H.
Makam : Pemakaman Baqi‘, Madinah.


Farazdaq, seorang pujangga Arab tersohor pernah melukiskan Imam Ali Zainal AbidinAS . Dia adalah lelaki yang tampan. Dari tubuhnya menebar bau harum segar. Pada dahinya terdapat bekas sujud. Kerananya, orang-orang mengenal beliau dengan gelar As-Sajjad (yang banyak bersujud).
Putra beliau, Imam Muhammad Al-Baqir AS pernah bercerita,
“Sesungguhnya apabila tiba musim dingin, ayahku, Ali bin Husain a.s menyedekahkan pakaiannya kepada fakir-miskin. Begitu pula jika datang musim panas, beliau melakukan hal yang sama.”
Imam Ali Zainal Abidin AS senantiasa mencuci dan memakai sebaik-baik pakaian ketika hendak melakukan salat, serta menaburkan wangi-wangian. Orang-orang seringkali menjumpainya memanjatkan doa, munajat, dan menangis. Salah seorang sahabat beliau bernama Thawus Al-Yamani menuturkan,
“Aku melihat seorang laki-laki sedang melakukan solat di Masjidil Haram. Di samping Ka’bah ia berdoa sambil menangis. Kuhampiri ketika ia telah menyelesaikan solatnya. Ternyata dia adalah Ali bin Husain a.s. Aku menyapa, ‘Wahai putra Rasulullah, kulihat Anda menangis. Bukankah Anda putra Rasul Allah?!’ Beliau menjawab, ‘Meskipun aku adalah putra Rasul Allah, namun apakah dia akan menjamin keselamatanku dari azab Allah, sedangkan Allah telah berfirman, ‘Ketika itu tidak ada lagi ikatan keluarga antara mereka. Sesungguhnya Allah menciptakan syurga bagi siapa saja yang berbakti kepada-Nya dan berbuat baik, sekalipun dia itu seorang hamba Habasyi (berkulit hitam), dan menciptakan neraka bagi siapa saja yang bermaksiat kepada-Nya dan berbuat buruk, sekalipun dia itu seorang tuan dari Quraisy’ ”.
Imam Ali Zainal Abidin AS telah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah sebanyak 20 kali dengan berjalan kaki.
Kepada para sahabatnya beliau berwasiat supaya menunaikan amanat dan berkata,
“Demi Dia yang telah mengutus Muhammad di atas kebenaran! Seandainya pembunuh Husain a.s mengamanatkan kepadaku sebilah pedang yang telah digunakannya untuk memenggal beliau, sungguh akan kuserahkan kembali kepadanya.”
Imam Ali Zainal Abidin juga mewasiatkan kepada mereka agar berusaha memenuhi keperluan orang lain. Beliau berkata,
“Sesungguhnya Allah SWT mempunyai hamba yang bekerja guna memenuhi hajat manusia. Merekalah yang beriman pada Hari Kiamat. Maka, barang siapa yang membenamkan kegembiraan ke dalam hati seorang mukmin, kelak Allah SWT akan membahagiakan hatinya pada Hari Kiamat.”
Pada suatu hari, Imam Ali Zainal Abidin AS pernah duduk bersama sebagian sahabatnya. Tiba-tiba datang seorang lelaki dari keturunan ibu saudaranya. Lantas ia mencaci makinya dan melontarkan kata-kata kasar. Beliau tidak menjawab sampai lelaki itu menghentikan kata-katanya dan pergi.
Kemudian Imam berkata kepada sahabat-sahabatnya,
“Kamu dengar apa yang dikatakan lelaki tadi? Saya lebih suka kamu bersamaku hingga mendengarkan jawabanku padanya.”
Lalu mereka berdiri bersama Imam dan mengira bahwa Imam akan membalas dengan perbuatan yang serupa.
Imam mengetuk pintu orang tersebut. Lelaki itu pun keluar dengan penuh hati-hati dan dalam keadaan bersedia.
Sementara itu, Imam berkata dengan santun,
“Wahai saudaraku, sungguh telah kau katakan sesuatu padaku. Seandainya benar apa yang kau katakan, aku memohon ampunan kepada Allah. Namun, jika semua itu tidak benar, semoga Allah memberikan ampunan kepadamu.”
Lelaki itu terpengaruh akan budi bahasa beliau. Seketika itu pula ia menyesali perbuatannya, dan Imam menerima permohonan maafnya.
Pada kesempatan lain, Imam Ali Zainal Abidin menjenguk Muhammad bin Usamah bin Zaid yang sedang jatuh sakit. Melihat Muhammad menangis, Imam bertanya,
“Gerangan apa yang membuatmu menangis?”
Muhammad menjawab,
“Aku dibebani hutang.”

“Berapa jumlah hutangmu?”, tanya Imam.

“15.000 Dinar”, jawab Muhammad.
Imam berkata,
“Serahkan kepadaku.”
Lalu beliau melunasi hutang tersebut.
Di tengah malam yang sunyi, Imam Ali Zainal Abidin AS keluar kota sambil memikul sejumlah wang dan makanan untuk dibagikan kepada seratus kepala keluarga fakir, sementara mereka tidak mengenali beliau.
Ketika Imam as meninggal syahid, mereka benar-benar merasakan kehilangan seorang lelaki. Barulah mereka sadar, ternyata orang yang selama ini membagi-bagikan wang dan makanan kepada mereka itu adalah Ali Zainal Abidin AS.
Di Karbala, Imam Ali Zainal Abidin AS ikut bersama ayahnya, Imam Husain AS dalam perjalanannya dari Madinah ke Makkah dan dari Makkah ke Karbala, hingga terjadi tragedi pembunuhan yang memilukan itu di sana.
Ketika itu, beliau sedang sakit keras. Setelah menyaksikan ayahnya tinggal sendirian, Dia memaksakan dirinya bangkit dari tempat tidurnya untuk terjun ke dalam medan peperangan. Akan tetapi, Imam Husain berkata kepada adiknya Zainab,
“Tahanlah dia agar keturunan keluarga Rasulullah saw tidak terputus.”

Sesungguhnya sakit yang menimpa Imam AS pada hari-hari itu adalah hikmah Allah SWT, agar keturunan Rasulullah tetap berterusan, dan kejahatan serta kebiadaban Yazid tersingkap.
Setelah Imam Husain AS syahid dibunuh, tentara Ibnu Ziyad menyerang kemah-kemah dan hendak membunuh Imam Ali Zainal Abidin AS yang ketika itu berumur 23 tahun. Akan tetapi, ibu saudaranya, Zainab berdiri menghadang mereka dengan penuh keberanian dan berkata,
“Jika kalian hendak membunuhnya, maka bunuhlah aku terlebih dahulu.”
Akhirnya, mereka membatalkan niat jahat itu, dan merantai tangan Imam serta membawanya ke Kufah bersama dengan tawanan lain.
Tatkala mereka berhenti rehat, Zainab dan Imam AS serta para tawanan lainnya dengan penuh keberanian membukakan (kisah)  kekejaman Yazid, Ubaidillah Ibnu Ziyad, dan penghianatan warga Kufah yang hina.
Ketika rombongan tawanan itu tiba di Kufah, masyarakat berkerumun di sekitar mereka. Dalam rangka menunjukkan penentangan, Imam Ali Zainal Abidin AS memilih diam sambil menperlihatkan keadaan dirinya yang dirantai, sedangkan darah mengalir dari sikunya.
Di tengah mereka beliau berpidato,
“Wahai manusia! Barangsiapa mengenal aku, maka dia telah mengenal aku, dan barangsiapa yang tidak mengenalku, maka ketahuilah aku adalah Ali bin Husain bin Abi Thalib.
“Aku adalah anak yang dipijak kehormatannya, dirampas haknya, dirompak hartanya, dan ditawan keluarganya. Aku adalah anak yang ayahnya disembelih di Sungai Furat. Aku adalah anak yang ayahnya dibunuh dalam keadaan sabar, dan cukuplah itu sebagai kebanggaan.
“Wahai manusia! Bersumpahlah demi Allah. Masihkah anda ingat bagaimana anda telah melayangkan surat dan undangan kepada ayahku lantas anda sendiri mengkhianatinya. Anda telah berjanji untuk tidak mengapa-apakannya tetapi anda membunuhnya.
“Sungguh, celakalah anda karena perbuatan anda sendiri! Bagaimana anda akan berhadapan dengan datukku Rasulullah kelak tatkala beliau menanyakan kepada anda, ‘Kamu bunuh keluargaku dan hancurkan kehormatanku. Sungguh kamu tidak termasuk umatku.”
Ubaidillah Ibnu Ziyad memerintahkan agar para tawanan diseret menghadapnya. Ia ingin sekali melihat garis-garis kehinaan di raut wajah mereka. Tiba-tiba ia terperanjat. Pandangannya tertusuk tatapan-tatapan mereka yang semua malah menghinakan dirinya, padahal mereka dikelilingi oleh para bentara istana.
Penghinaan Ibnu Ziyad Ke Atas Ali Zainal Abidin AS
Ibnu Ziyad menoleh ke Imam Ali Zainal Abidin as dan berkata,
“Siapa namamu?”
Imam menjawab,
“Aku Ali bin Husain.”
Ibnu Ziyad berkata lagi dengan bengis,
“Bukankah Allah telah membinasakan Ali ?”
Imam menjawab dengan tegas,
“Aku pernah punya datuk bernama Ali yang telah dibunuh oleh segerombol manusia.”
Ibnu Ziyad dengan marah menyangkal,
“Allahlah yang telah membunuhnya!”
Imam tanpa rasa gentar membalas,
“Allah mematikan jiwa ketika tiba ajalnya, karena setiap jiwa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah.”
Ibnu Ziyad semakin berang, lalu memerintahkan untuk membunuh Imam as. Pada saat itulah ibu saudaranya, Zainab bangkit dan berkata lantang,
“Hai Ibnu Ziyad! Apakah kau belum puas menumpahkan darah kami? Apakah kau tidak membiarkan salah seorang hidup dari kami? Jika kau hendak membunuhnya, maka biarkanlah aku menyertainya.”
Ibnu Ziyad semakin gentar tatkala Imam Ali Zaibal Abidin mengatakan,
“Tidakkah kau tahu bahwa perang adalah kebiasaan kami, dan mati syahid adalah kemuliaan kami dari Allah”.
Akhirnya, Ibnu Ziyad membatalkan niatnya dan mengirimkan para tawanan itu ke Syam.

Kebiadaban Yazid Bin Muawiyah
Rombongan tawanan itu tiba di negeri Syam diiringi dengan tangisan pilu menyayat hati, sementara Imam Ali Zaibal Abidin as masih dirantai besi.
Yazid bin Mu‘awiyah memerintahkan untuk menghiasai kota Damaskus sebagai tanda syukur dan puas atas terbunuhnya Imam Husain as. Dia telah menipu warga kota dengan menyebarkan berita bohong dan cerita buruk tentang anak keturunan Ali bin Abi Thalib AS.
Sesampainya rombongan tawanan di Damaskus, seorang lelaki tua mendatangi Imam Ali Zainal Abidin as dan berkata,
“Segala puji bagi Allah yang telah membinasakanmu dan memenangkan pemimpin kami!”
Imam AS sedar bahwa sesungguhnya lelaki tua itu tidak tahu kenyataan yang sebenarnya. Kepadanya beliau bertanya lembut,
“Wahai bapak! Apakah engkau membaca Al-Qur’an?”
Lelaki tua itu menjawab,
“ya.”
Imam bertanya lagi,
“Apakah engkau membaca firman Allah, ‘Katakanlah [Muhammad], ‘Aku tidak meminta balasan dari kamu kecuali kecintaan kamu kepada keluargaku.’ Dan firman Allah, ‘Penuhilah hak keluarga (Rasul).’ Serta firman Allah, ‘Dan ketahuilah, sesungguhnya pada rampasan perang kamu terdapat seperlima hak Allah SWT, rasul-Nya, dan keluarganya?’”
Jawab lelaki tua itu,
“Ya. Saya telah membaca ayat-ayat itu.”
Lalu Imam as berkata,
“Demi Allah, kamilah keluarga Nabi yang disebutkan dalam ayat-ayat tersebut.”
Imam melanjutkan pertanyaannya,
“Apakah engkau membaca firman Allah, ‘Sesungguhnya Allah ingin menghilangkan kekotoran (rijz) dari kalian hai Ahlulbait, dan menyucikan kalian sesuci-sucinya.’?”
Lelaki tua itu menjawab,
“ya.”
Imam berkata,
“Kamilah Ahlulbait, wahai bapak.”
Dengan penuh keheranan, lelaki tua bertanya,
“Demi Allah, benarkah kamu Ahlulbait?”
Imam menjawab,
“Ya, demi kebenaran datuk kami, Rasulullah. Kamilah yang dimaksudkan dalam ayat itu.”
Lelaki tua itu akhirnya menerima perkataan Imam. Ia berkata,
“Aku berlepas diri kepada Allah dari orang-orang yang telah memerangi kamu.”
Ketika berita itu sampai ke telinga Yazid, segera ia memerintahkan bentaranya untuk memenggal leher lelaki tua itu.
Yazid memerintahkan agar para tawanan dihadapkan kepadanya dalam keadaan terikat. Sungguh keadaan mereka amat memilukan.
Imam Ali Zaibal Abidin a.s berkata,
“Apa yang akan kau katakan, hai Yazîd, kepada Rasulullah sementara keturunannya dalam keadaan seperti ini? “
Mendengar itu, orang yang hadir dalam ruangan menangis. Mereka tak kuasa lagi menahan air mata.
Atas perintah Yazid, salah seorang deklamator naik mimbar dan mulai mencaci-maki dua cucunda Nabi; Hasan dan Husain, dan sebaliknya memuji-muji Mu‘awiyah dan Yazid. Imam as memandangnya dan berkata dengan nada keras,
“Celakalah kamu, hai pembicara. Kau telah mencari kesenangan makhluk dengan kemurkaan Allah. Maka, kau telah memilih tempatmu di neraka.”
Kemudian Imam a.s berpaling ke arah Yazid dan berkata,
“Apakah engkau mengizinkan aku naik ke mimbar ini? Aku akan mengutarakan sebuah ucapan yang mengandung keridhaan Allah dan menebarkan pahala kepada hadirin di sini.”
Yazid menolaknya dan berkata,
“Jikalau dia naik mimbar, dia tidak akan turun kecuali setelah membukakan kekejamanku serta kejahatan keluarga Abu Sufyân.”
Setelah didesak oleh hadirin, akhirnya Yazid mengizinkan Imam untuk berpidato.
Lalu Imam Ali Zainal Abidin as naik mimbar. Setelah memanjatkan puji syukur ke hadirat Allah SWT, beliau berkata,
“Wahai manusia, kami telah diberi enam perkara dan diunggulkan dengan tujuh perkara; kami diberi ilmu pengetahuan, kesantunan, kedermawanan, kefasihan bicara, keberanian, dan kecintaan di hati-hati kaum mukmin.”
“Kami telah diunggulkan kerana di antara kami terdapat Nabi yang termulia, Ali As-Shiddiq yang tepercaya, dan Ja‘far At-Thayyar yang terbang. Pada kamilah Singa Allah dan Singa Rasul-Nya. Pada kamilah penghulu segenap kaum wanita, dan pada kami pulalah dua cucu mulia umat ini.”
“Wahai manusia, barangsiapa mengenalku, maka sungguh dia telah mengenalku, dan barangsiapa tidak mengenalku, akan kuperkenalkan asal-usul keturunanku.”
“Aku adalah anak dari Makkah dan Mina (Nabi Ibrahim as). Aku adalah anak air sumur Zamzam dan Shafa (Nabi Ismail as).”
“Aku adalah anak dari orang yang telah diisra’-mikrajkan dari Masjid Haram ke Masjid Aqsha. Aku adalah anak dari orang yang ditemani Malaikat Jibril ke Sidratul Muntaha (Nabi Muhammad saw). Aku adalah anak dari orang yang dekat dan didekatkan sehingga berada di antara dua sisi atau lebih dekat lagi. Aku adalah anak Muhammad Al-Musthafa. Aku adalah anak Al-Murtadha.”
Mulailah Imam Ali Zainal Abidin AS menyebutkan silsilah keturunannya yang suci, sampai menjelaskan tragedi pembantaian di Karbala secara rinci. Para hadirin terkejut menyemak kenyataan yang sebenarnya terjadi sehingga ruangan itu bergemuruh dengan isak tangis mereka.
Yazid khawatir akan terjadi perubahan yang merugikan dirinya. Segera dia memberi isyarat kepada muazin untuk mengumandangkan azan guna memotong pembicaraan Imam AS.
Muazin mengumandangkan,
“Asyhadu alla ilaha illallah.”
Imam lalu berkata dengan khusyuk,
“Aku bersaksi dengan darah dan dagingku.”
Ketika muazin mengumandangkan,
“Asyhadu anna Muhammadan Rrasulullah.”
Imam a.s menoleh ke Yazid dan berkata kepadanya,
“Muhammad ini, apakah datukku atau datukmu? Jika kau katakan bahwa dia adalah datukmu, maka engkau telah berdusta. Tetapi, jika kau mengakuinya sebagai datukku, lalu mengapa engkau membunuh keturunannya?”
Ternyata, dialog antara Imam Ali Zainal Abidin as dan Yazid itu menciptakan perubahan besar di tengah masyarakat. Bahkan, ada sebagian dari mereka yang meninggalkan masjid sebagai cara penentangan mereka terhadap kekejaman pemerintahan Yazid.
Lagi-lagi Yazid kuatir keadaan kota Syam akan bergejolak dan menentangnya. Secepat mungkin ia memerintahkan agar para tawanan dikembalikan ke Madinah.
Kaum muslimin menyesal atas sikap acuh mereka terhadap Imam Husain as ketika mereka melihat kezaliman dan kejahatan Yazid terus berlangsung.
Khalifah Yazid Membantai Madinah dan Makkah
Tak lama kemudian, Yazid mengirimkan pasukan untuk menyerang Madinah Al-Munawwarah. Selama tiga hari dia membolehkan setiap pengikutnya di sana melakukan pembunuhan, penjarahan, dan perampasan kehormatan wanita.
Belum puas memperlakukan Madinah dan warganya, Yazid memerintahkan pasukan untuk mengepung kota Makkah dan menghancurkan Ka’bah dengan lemparan batu dan membakar bagian dalamnya.
Sementara pasukan menghujani Ka’bah dengan batu, Allah membalas perbuatan biadab Yazid hingga mati secara menyedihkan. Kematian Yazid membuat kedudukan khilafah beralih kepada anaknya yang bernama Mu‘awiyah.
Namun, Muawiyah sendiri menolak kedudukan itu, sebab ia menyadari betapa kezaliman yang telah dilakukan ayah dan datuknya. Ia tahu benar bahwa mereka berdua telah merampas hak kekhilafahan dari pemiliknya yang sah.
Dalam keadaan demikian, Marwan bin Hakam mengangkat dirinya sendiri sebagai khalifah, lalu warga Syam merestuinya. Sementara di Hijaz, Abdullah bin Zubair dilantik sebagai khalifah. Di sana ia senantiasa menjaga Ka’bah.
Khalifah Abdul Malik Menghancurkan Makkah
Pada tahun 73 H, anak Marwan yang bernama Abdul Malik bersama pasukan besarnya bergerak menuju Makkah dan mengepungnya. Seperti yang sudah dilakukan oleh Yazid, ia pun menghancurkan Ka’bah dengan lemparan batu dan berhasil membunuh Abdullah bin Zubair.
Dalam usaha mengabdikan pemerintahannya, tak segan-segan Abdul Malik menggunakan ancaman dan tekanan terhadap siapa saja yang menentangnya.
Ia mengangkat seorang lelaki penumpah darah sebagai gabenornya di Basrah dan Kufah, iaitu Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi. Gabenor ini banyak membuat ladang penjagalan untuk nyawa-nyawa yang tak berdosa, serta mengisi penjara-penjara dengan kaum laki-laki hatta kaum perempuan.
Secara khusus, Abdul Malik melakukan pengawasan ketat terhadap Imam Ali Zainal Abidin AS. Mata-mata selalu mengintai setiap gerak-gerik beliau. Sampai akhirnya, dia memerintahkan untuk menangkap Imam AS, dan mengirimkan beliau ke pusat kekuasaannya di Syam. Selang beberapa waktu, Abdul Malik membebaskan beliau.
Abdul Malik meninggal setelah menyerahkan tahta kekhalifahannya kepada Hisyam. Pada suatu hari, Hisyam menunaikan ibadah haji dan tawaf di sekitar Ka’bah. Di sana dia bermaksud untuk mencium Hajar Aswad, namun tidak berhasil kerana banyaknya para jemaah haji yang bersesakan.
Kemudian, Hisyam duduk beristirahat sambil menunggu kesempatan, sementara warga Syam berkerumun di sekitarnya. Tiba-tiba datanglah Imam Ali Zainal Abidin AS menebarkan bau harum semerbak, lalu tawaf di sekeliling Ka’bah.
Tatkala Imam AS sampai di hadapan Hajar Aswad, orang-orang berhenti dengan penuh hormat dan membukakan jalan untuk beliau, sehingga beliau dapat dengan mudah mencium batu hitam itu. Secepat itu, orang-orang kembali melanjutkan tawaf mereka.
Ketika menyaksikan peristiwa itu, warga Syam yang tidak mengenal Imam AS bertanya-tanya kepada Hisyam tentang siapa gerangan laki-laki tersebut. Dengan berlagak bodoh bercampur rasa kesal, ia menjawab, “Aku tidak mengenalnya.”
Farazdaq, penyair yang berada di tengah mereka, tak lagi kuasa menahan rasa hormatnya. Spontan ia melantunkan bait-bait syair yang begitu indah, sebagai jawaban atas ketidaktahuan orang-orang Syam itu.
“Dialah lelaki yang dikenal Makkah tapak kakinya.
Dikenal Ka’bah, di dalam dan di luar tanah Haram.
Dialah putra sebaik-baiknya hamba di antara semua hamba Allah.
Dialah manusia yang bertakwa, tersuci, dan terkemuka.
Dialah putra Fatimah jika kau tak lagi kenal.
Datuknya adalah penutup segenap nabi Allah”.
Imam Ali Zainal Abidin a.s mengirimkan hadiah kepada Farazdaq sebagai penghargaan atas sikap yang ditunjukkannya dalam bait-bait itu. Ia pun menerima hadiah tersebut dengan berharap mendapatkan berkah darinya.
Risalah Peninggalan Ali Zainal Abidin RA
Sekilas, Ash-Shahifah As-Sajjadiyyah adalah sebuah buku kecil kumpulan doa-doa. Tetapi, justru buku kecil itu telah menjadi sumber pengetahuan dan mengajarkan akhlak luhur dan budi pekerti kepada umat manusia. Di samping itu, buku itu mengandung pembahasan Falsafah, Sains, dan persoalan-persoalan Matematik, bahkan juga masalah-masalah politik.
Berikut ini adalah beberapa contoh dari doa-doa beliau yang tercatat di dalam As-Shahifah As-Sajjadiyyah:
“Ilahi, aku sungguh berlindung kepada-Mu dari kemalasan, kekecutan, kekikiran, kekhilafan, kekerasan hati, dan keterhinaan.”
“Maha Suci Engkau yang mendengar setiap nafas ikan di dasar laut! Maha Suci Engkau yang mengetahui peredaran purnama dan mentari! Maha Suci Engkau yang mengetahui pergantian kegelapan (malam) dan cahaya (siang)! Maha Suci Engkau … sungguh aneh orang yang mengenal-Mu, bagaimana mungkin mereka tidak takut kepada-Mu.”
Selain terdapat doa-doa di dalam Ash-Shahifah As-Sajjadiyyah, Imam Ali Zainal AbidinAS  juga mempunyai doa khusus setiap hari, doa harian dalam seminggu, dan lima belas munajat, dengan irama kata dan kalimat yang indah nan syahdu. Semua itu menunjukkan budi pekerti yang agung dan ketundukkan jiwa Imam as di hadapan Allah SWT.
Imam Ali Zainal Abidin AS mempunyai sebuah risalah yang dikenal dengan nama Risalah Huquq (Risalah Hak dan Tanggung Jawab). Risalah itu mencakup lima puluh perkara berkenaan dengan tanggung jawab manusia terhadap Tuhan, dirinya, tetangga, dan teman-teman.
Tentang hak-hak seorang guru beliau mengatakan,
“Di antara hak guru yang harus kau penuhi adalah memuliakannya, menghormati kelasnya, dan menyemak pelajarannya dengan seksama …. Janganlah engkau mengeraskan suaramu di hadapannya. Sembunyikanlah segala kekurangannya dan perlihatkanlah segenap kelebihannya.”
Berkenaan dengan hak-hak seorang ibu, Imam AS mengingatkan,
“Adapun hak ibumu, ketahuilah bahwa dia telah mengandungmu, memberimu makan dari buah hatinya (air susunya), dia lebih senang melihatmu kenyang sementara dia menahan lapar, dia memberimu pakaian sementara dia tiada, dia memberi minum sementara dia dahaga, dan menidurkanmu nyenyak di ribaannya.”
Tentang hak-hak tetangga, Imam AS menuturkan,
“Di antara hak-hak tetanggamu adalah engkau menjaganya ketika ia tidak terlihat, memuliakannya ketika ia berada di sisimu, … janganlah engkau merasa iri terhadapnya, mengingatkannya ketika tergelincir, dan memaafkan kesalahannya.”
Tentang hak-hak kafir dzimmi (orang kafir yang mengikat perjanjian dengan kaum muslimin dan hidup di negara Islam), Imam Ali Zainal Abidin AS menjelaskan,
“Maka, hukum bagi kaum kafir ialah menerima dari mereka apa yang direstui Allah, dan cukuplah bagi mereka jaminan dan perjanjian yang telah Allah tetapkan untuk mereka. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda, ‘Barangsiapa yang menyalahi janji, aku akan menjadi musuhnya, maka takutlah kepada Allah dan jagalah mereka.”




Pembunuhan Ali Zainal Abidin AS
Pada 25 Muharram 95 H, Imam Ali Zainal AbidinAS meninggal dunia sebagai syahid, tak lama setelah Hisyam bin Abdul Malik membubuhkan racun ke dalam makanan beliau. Imam a.s wafat pada usia 57 tahun dan dimakamkan di Baqi‘, di samping makam bapa saudaranya, Imam Hasan bin Ali AS.
Mutiara Hadis Imam Ali Zainal Abidin AS
“Wahai anakku! Waspadalah terhadap lima macam manusia, dan janganlah kau bersahabat dan seperjalanan dengan mereka:
1. “Jauhilah bersahabat dengan pendusta, karena dia seperti fatamorgana; mendekatkan sesuatu yang jauh darimu dan menjauhkan sesuatu yang dekat denganmu.

2. “Jauhilah bersahabat dengan orang fasik, karena dia akan menjualmu dengan sesuap nasi atau selainnya.


3. “Jauhilah bersahabat dengan orang kikir/bakhil, kerana dia akan membiarkanmu ketika engkau memerlukannya.


4. “Jauhilah bersahabat dengan orang dungu (tolol), karena dia akan mencelakakanmu padahal semestinya ia ingin menolongmu.


5. “Dan jauhilah bersahabat dengan orang yang suka memutuskan silaturahmi, karena aku mendapatinya terlaknat di dalam kitab Allah.”
Dalam pesannya kepada puteranya, Imam Muhammad Al-Baqir AS, Imam Ali Zainal Abidin AS mengatakan,
“Berbuat baiklah kepada setiap orang yang menuntut kebaikan. Jika ia adalah orang yang berhak menerima kebaikanmu, maka engkau telah melakukan hal yang semestinya. Tapi jika ia tidak berhak menerima kebaikanmu itu, maka engkau sungguh telah berhak mendapatkan kebaikan. Jika seseorang mencacimu dari sebelah kanan dan beralih ke sebelah kiri, lalu meminta maafmu, maka terimalah permintaannya.”
Imam Ali Zainal Abidin a.s adalah seorang yang sangat thawadhu’, suka merendah diri dan sangat penyabar. Beliau kuat beribadat dan suka membuat kebajikan.

sumber: http://kebunketereh.com/?p=2569

Sabtu, Januari 01, 2011

KAUM MUDA DAN KAUM TUA ; KHILAFIYAH ATAU USHULIYAH?

· PENDAHULUAN 

Polemik di antara Kaum Muda dan Kaum Tua adalah suatu tajuk sensitif dalam Masyarakat Islam di Nusantara. Perbahasan mengenai kedua-dua aliran ini memerlukan kajian terperinci tanpa menaruh sebarang rasa ketaasuban atau sikap FANATIK. Apabila dikaji penulisan yang tersebar di dalam internet kebanyakannya amat mengecewakan penulis. Ternyata penulisan tentang kaum muda dan Kaum Tua kebanyakannya diubah dan diolah mengikut cita rasa mereka sendiri tanpa memandang kiri dan kanan. Sehingga ada di antara mereka yang tanpa segan silu berani mengatakan Tok Kenali sebagai Kaum Muda [wahhabi] tetapi apabila meneliti hujah yang dibentangkan ternyata jauh tersasar dari apa yang didakwa. Tetapi ini tidak menjadi sesuatu yang aneh bagi penulis kerana golongan Al-Wahhabiyah terlebih dahulu bersiap sedia menyebarkan jawapan yang berupa fitnah ini supaya meracuni minda pembaca-pembaca terutamanya di kalangan pemuda dan pemudi yang diharapkan meneruskan perjuangan mereka.
· MENGENALI KAUM TUA [ASYA’IROH DAN MATURIDIYAH]
Secara umumnya, Kaum Tua boleh didefinasikan sebagai ulama-ulama muktabar tradisional yang alim, berpengetahuan luas, mempunyai keahlian dalam selok belok agama, menjaga amanah ilmiyah, berpegang kepada pengajian bertalaqqi secara bersanad yang diwarisi daripada Rasulullah, sahabat, para tabien, tabi’ tabieen sehinggalah sampai ke tanah melayu kita. Selain itu juga mereka dikaitkan dengan kitab kuning [lama] kerana mementingkan keaslian sumber yang dipakai betul-betul daripada Ulama’ Islam terdahulu, tidak diubah sebagaimana yang telah dilakukan oleh kaum Muda [wahhabi]. Sesuai dengan konsep bertalaqqi, ulama’-ulama’ ini sebagaimana biasanya melihat sirah atau masa lampau [salaf] sebagai sumber inspirasi atau sesuatu yang harus dipertahankan.

Kaum Tua di Nusantara, samada ulama silam di Malaysia, Indonesia, Brunei mahupun di Patani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama ialah AL-QURAN dan AL-HADIS. Namun dalam masa yang sama sumber-sumber yang lain seperti IJMA’ ULAMA dan QIYAS AS-SHAHIH tidak kurang pentingnya kerana ianya amat diperlukan di antara satu sama lain. Oleh itu, Kaum Tua [ulama’ Islam] bersepakat bahawa sumber pensyari’atan Islam yang menjadi dustur (perlembagaan) Umat Islam terdapat 4 elemen iaitu AL-QURAN, HADIS, IJMAK ULAMA’ dan QIYAS AS-SHAHIH. Selain dari itu, mereka menolak keras untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran otak semata-mata, bahkan hujah akal itu hanya boleh digunakan sebagai syahid kepada syara’ (bukti kebenaran syara’) sahaja.

Dari sudut akidah, Kaum Tua menjadikan garisan akidah dua tokoh Imam Besar sebagai pegangan. Kedua-dua imam tersebut ialah Imam Abul Hasan al-Asy'ari[1](260 H/873 M - 324 H/935 M) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi[2](wafat 333 H/944 M) yang mana kedua akidah tokoh ini diiktiraf oleh Rasulullah Shollahu alaihi wasallam.

Dari sudut fiqh pula, Kaum Tua menjadikan empat orang Ulama Besar sebagai rujukan iaitu : Imam Hanafi (80 H/699 M - 150 H/767 M), Imam Maliki (93 H - 179 H), Imam Syafi'ie (150 H/768 M - 204 H/820 M) dan Imam Hanbali (164 H - 241 H).Manakala dalam tasawuf pula ialah Sheikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297 H/910M. Berhubung dalam permasalahan fiqh di Nusantara, kebanyakan Ulama-Ulama Nusantara memilih Mazhab Syafie sebagai rujukan utama.
Mencari keberkatan adalah misi utama bagi Kaum Tua ini di Nusantara. Kebanyakan mereka mengelakkan diri supaya tidak menerima gaji dan sebelum itu guru-guru pondok hanya menerima infak dari kutipan zakat sahaja. Mereka amat berhati-hati dalam menerima pemberian atau mencari rezeki.

Antara Kaum Tua yang lahir hasil dari didikan Institusi Pondok yang tawadhuk di Nusantara ini ialah ;
· MALAYSIA
1. Syeikh Abdullah Fahim (Pulau Pinang)
2. Dato' Tg Dato' Hj Ahmad Maher
3. Sheikh Abdul Halim
4. Syeikh Idris Al-Marbawi (Perak)
5. Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung, Kelantan
6. Sheikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani (beliau terkenal dengan kitab karangannya ; Al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatul Qulub (Mengenai Hadis) juga pernah mengajar di Masjidil Haram Mekah).
7. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf bin Sheikh Abdul Halim Al-Kalantani.
8. Tok Selehong (Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Osman)
9. Khatib Kelantan.
10. Tuan Guru Hj Awang Fakir.
11. Tuan Guru Hj Yahya Kupang.
12. Tok Kenali (Haji Muhammad Yusuf Bin Ahmad Al-Kalantani)
13. Haji Ali Pulau Pisang (1899-1968) (Hj. Mohd Ali Solahuddin Bin Awang)
14. Hj. Abdul Malek Sg. Pinang, Hj. Yusof Sg. Pinang (kemudian lebih dikenali dengan nama Tok Pulau Ubi),
15. Tok Padang Jelapang,
16. Tok Bachok, (Kelantan)
17. Haji Ismail Pontianak (1882-1950, (Hj. Ismail bin Hj. Abdul Majid)
18. Tok Seridik.
19. Tok Kemuning (di Pulau Kundor),
20. Haji Abdul Malek Sungai Pinang (1834-1934), Kelantan
21. Hj. Idris, Dato’ Perdana Hj. Nik Mahmud (Kelantan)
22. Tuan Guru Ahmad Al-Kalantani
23. Hj. Omar Sg. Keladi,
24. Pak Chik Musa,
25. Hj. Yaakob Legor dan Hj. Ahmad Hafiz
27. Tok Pulau Ubi (Yusuf Abdul Rahman)
28. Tuan Guru Haji Abdullah (Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman)
29. Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah)
30. Tg. Pakcu Him Gajah Mati ( Kedah)
31. Syeikh Uthman Jalaluddin Al-Kalantani
32. Syeikh Utsman Jalaludin, pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang
33. Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Husein Al-'Aiderus (Terengganu)
34. Sheikh Muhammad Amin atau Tok Duyung (menjadi ulama terkenal Terengganu)
35. Wan Abdullah Tuan Tabal
36. Tok Syafie Kedah
37. Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah (Kelantan)
38. Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim.
39. Tuan Guru Baba Hamid
40. Mufti Kerajaan Johor, Allah Yarham Al’Allamah Dato’ Sayyid ‘Alawiy Bin Thahir.
41. Tuan Guru Haji Hasyim, Tok guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
42. Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantany ( Tok guru penulis) . Beliau tinggal di Kulim, Kelantan.
43. Tuan Guru Wan Mohd. Shaghir bin Abdullah
44. Dan Ramai Lagi
· PATANI (THAILAND)
1. Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani
2. Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani
3. Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani
4. Sheikh Abdur Rahman Gudang (murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani)Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani.
5. Sheikh Abdul Mubin al-Fathani
6. Sheikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani 'Tok Lubuk'.
7. Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani atau Tok Bukit Bayas.
8. Sheikh Wan Hasan bin Wan Ishaq al-Fathani
9. Sheikh Muhammad Nur al-Fathani (seorang ulama dan Kadi Mekah pada zamannya)
10. Pak Chik Wan daud Pattani
11. Syeikh Abdullah Bin Abdul Mubin Al-Fatani
12. Tok Cha-ok @ Hj. Abdullah bin Mohd Akib.
13. Sheikh Muhammad bin Ismail bin Ahmad al-Fathani @ Sheikh Muhammad Shaghir al-Fathani Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani)
14. Muhammad Husein bin Abdul Lathif (Tok Kelaba). Beliau adalah murid kepada Sheikh Ahmad al-Fathani.
15. Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani
16. Sheikh Muhammad bin Abdul Qadir al-Fathani
17. Sheikh Yahya Legih ar-Ramani al-Fathani,
18. Sheikh Ismail / Pak De 'El bin Abdul Qadir al-Fathani,
19. Sheikh Muhammad Nashir al-Fathani.


· BRUNEI DARUSSALAM

1. Pehin Orang Kaya Di Gadong Awang Syihabuddin. 2. Ramai lagi..



· INDONESIA
1. Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar al-Banteni.
2. Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani
3. Haji Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad Afif al-Banjari, Mufti Kerajaan Inderagiri.
4. Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari
5. Sheikh Shafiyuddin (Tok Raja Faqih).
6. Sheikh Muhammad Sa'id
7. Sheikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari
8. Kiai Haji Muhammad Shalih al-Fathani (pegawai tinggi di Departmen Agama Republik Indonesia)
9. Teungku Daud Beureueh (1896-10 Juni 1987) . Beliau termasuk salah seorang keturunan ulama Patani yang berhijrah dari Patani ke Aceh pada zaman dulu.
10. Sheikh Nuruddin ar-Raniri
11. Sheikh Muhammad Mukhtar bin 'Atharid Bogor,
12. Sheikh Abdul Qadir bin Shabir al-Mandaili
13. Sheikh Abdul Haq.
14. Syeikh Jalaluddin Al-Asyi.
15. Syeikh KH. Muhammad Ihsan al-Jembasi dari Jampes Kediri Jawa timur.
16. Syeikh KH. Muhammad Hasyim Asy’ari (W 1366 H/1947 R), Penubuh Nahdhatul Ulama dari Jombang Jawa Timur
17. Syeikh KH. Ali Maksum(W 1989 R), antara Penubuh ‘am Nahdhatul Ulama IV dari Yogyakarta Jawa Tengah
18. Syeikh KH Abu al-Fadhl bin Abd asy-Syakur, dari Senori Tuban Jawa Timur (seorang wali yang terkenal di indonesia).
19. Syeikh KH. Ahmad Abdul Hamid dari Kendal Jawa Tengah.
20. Syiekh KH. Siradjuddin 'Abbas (W 1401 H/1980 R).
21. Tuan Guru KH. Muhammad Zainuddin Abdul Majid ash-Shaulati (W 1997 R) Ampenan Pancor Lombok NTB.
22. Syeikh K.H. Muhammad Muhajirin Amsar ad-Dari (W 2003 R) dari Bekasi, Jawa Barat.
23. Al Habib Syiekh al-Musawa ibn Ahmad al Musawa as-Saqqaf; Penasihat Umum Perguruan Tinggi dan Perguruan Islam Az-Ziyadah Klender Jakarta Timur.
24. Syeikh KH. Muhammad Syafi’i Hadzami Mantan Ketua Umum MUI Propinsi DKI Jakarta 1990-2000.
25. Syeikh KH. Ahmad Makki Abdullah Mahfudz Sukabumi Jawa Barat.
26. Syiekh Abdullah Tha'ah Indunisi
27. Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi, Seorang Imam Madzhab Syafi'i di Makkah asal Minangkabau.
28. Syiekh Muhammad Ali Khathib Minangkabau, Murid Syiekh Ahmad Khathib al Minangkabawi.
29. Syiekh Abdul Halim ibn Ahmad Khathib al Purbawi al Mandayli, Murid Syiekh Mushthafa Husein, pendiri Pon-Pes. al Mushthafawiyyah, Purba Baru, Sumut.
30. Syiekh Abdul Majid Ali (W. 2003) Kepala Kantor Urusan Agama Daerah Kubu-Riau, Sumatera. Salah seorang ulama yang sangat berkarisma dan terkenal di daerah tersebut.
31. Kiyai Muhyiddin Fattah, Ketua Pengurus Besar Syabab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Jakarta.
32. Kiyai Choirul Ansori, Ketua Dewan Pengurus Syuriah Syabab Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Jakarta.
33. Syeikh K.H. Abdul Qadir Lubis, pimpinan Pon.Pes. Dar at-Tauhid, Mandailing-Sumut (W. 2003).
34. Syeikh K.H. Muhammad Sya'rani Ahmadi Kudus Jawa Tengah.
35. Syeikh K.H. Muhammad Mashduqi Mahfuzh, Ketua Umum MUI Jawa Timur.
36. Kiyai Hj. Mastuqi Mahfudz Malang, Jawa Timur ( Menentang Kaum Muda di Indonesia)
37. Ustadz Khoiruddin Wonokusumo Surabaya, Jawa Timur.
Cara pengajian yang dianjurkan oleh Kaum Tua yang mementingkan sistem bertalaqqi, menimba ilmu dengan guru yang betul-betul tsiqah, dan secara pengambilannya bersanad kepada Rasulullah adalah suatu manhaj yang jelas di samping dapat menjaga kemurnian akidah dan ilmu-ilmu cabangan daripada pengubahsuaian, pembaharuan Agama Islam kepada ajaran yang menyeleweng, ijtihad yang membabi-buta tanpa ada keahlian dan kelayakan, menshahihkan dan mendhaifkan hadis tanpa panduan dan keahlian, mencampur-adukkan agama Islam dengan ajaran mujassimah, dan membuka ruang dan pintu kemurtadan di kalangan muda-mudi. Oleh kerana mereka mengetahui ilmu pengetahuan mereka kurang berbanding para Imam empat mazhab [ Imam Hanafi, Imam Malik, Imam Syafi’e, dan Imam Hanbali] yang berstatus mujtahid mutlak, kaum tua menganjurkan taqlid dalam bermazhab kerana mereka memahami bahawa ulama’ ushul meletakkan syarat yang ketat untuk seseorang itu berijtihad. Berijtihad bukan kerja sebarangan orang, bukan hanya sekadar mengetahui bahasa Arab, bukan juga bermakna tamat daripada Universiti Al-Azhar atau Universiti Madinah maka seseorang itu dikira Mujtahid sebaliknya dia perlulah mempunyai keahlian yang mantap, keilmuan yang tinggi serta pakar dalam beberapa ilmu tertentu sebagaimana yang disyaratkan oleh Ulama’ Muktabar. Pendek kata, sistem ini sememangnya mempertahankan tradisi asal pengambilan ilmu pengetahuan dan ketulenan sumber ilmu tersebut serta membenteras dari sebarang pemalsuan dan penyelewengan.



· KAUM MUDA [PENDOKONG-PENDOKONG AJARAN IBN TAYMIYAH DAN AJARAN WAHHABIYAH]
Kaum Muda pula definisikan sebagai golongan yang menentang ajaran-ajaran ulama-ulama’ terdahulu, membangkang mazhab yang empat, membenci tradisi bertaqlid, menyeru masyarakat supaya melakukan ijtihad dalam agama tanpa ada panduan dan keahlian, mengajak umat supaya melakukan pembaharuan di dalam agama di samping meninggalkan ajaran-ajaran ulama’ terdahulu, membantah dengan keras cara mengamalkan agama dengan cara bermazhab sebaliknya menyeru masyarakat Islam meninggalkan mazhab yang muktabar dan mengikut telunjuk 3 tokoh kesayangan mereka ; Ibn Taymiyah, Muhammad Abdul Wahhab dan Al-Albaani. Kaum muda ini sentiasa melaungkan slogan kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis kepada orang awam dalam masa yang sama memberi gambaran buruk bahawa Kaum Tua pula sebagai penentang Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka melihat amalan tradisi yang diwarisi daripada ulama’ dahulu dan Masyarakat Islam sejak berzaman-zaman seperti Talqin, sambutan maulidurrasul, mengamalkan tarekat kesufian, dan bacaan Al-Quran selepas kematian sebagai bid’ah dan khurafat. Oleh kerana itu, timbul rasa kebencian, permusuhan dan sikap tidak puashati mereka dengan kaum Tua. Rasa permusuhan inilah yang menyebabkan sesetengah kaum Muda menceburkan diri di dalam politik bagi mencari kekuatan dalam menangani aliran Kaum Tua dan menyekat pergerakan mereka supaya terbantut.

Melalui pemikiran islah dan pembaharuan, mereka menagih simpati dan pengaruh masyarakat supaya membebaskan diri daripada terpengaruh dengan Kaum Tua. Islah dan tajdid yang dianjurkan oleh Kaum Muda dan dilaungkan ke sana ke sini sebenarnya bukan bererti memperbaiki atau membersihkan Islam daripada pemalsuan dan penyelewengan sebagaimana yang diwar-warkan sebaliknya ianya adalah suatu seruan dan ajakan kepada orang ramai supaya memperbaharui agama mereka dengan mengamalkan Islam mengikut acuan pemikiran Ibn Taymiyah dan Muhammad Abdul Wahhab. Bertitik-tolak dari sinilah Kaum Muda tanpa malu dan segan mewar-warkan usaha-usaha atas nama pengislahan.

Gerakan tajdid yang telah disalah-ertikan oleh Kaum Muda ini berkait rapat sekali dengan usaha mereka dalam melakukan ijtihad yang membabi-buta. Tajdid anjuran mereka ini mendokong konsep logik akal semata-mata, mereka cuba memberanikan diri melakukan ijtihad tanpa mengetahui perkara tersebut zanniyyah ataupun qat’iyyah, oleh kerana itulah kita melihat Ibn Taimiyah itu sendiri [bapak kepada Kaum Muda] seringkali melampaui batasan ini sehingga berani memberikan pandangan yang berupa ijtihad lantas bercanggah dengan nas-nas yang sudah qath-I seperti dia mengatakan ;


· Allah Duduk Bersemayam Di atas Arasy.


· Alam Itu Azali Dengan Jenisnya.


· Neraka Dan Penghuninya Tidak Akan Kekal Bahkan Ianya Pada Pandangannya Akan Binasa Selama-Lama.


· Mengatakan Allah Ta’ala Berarah Dan Bertempat,


· Mengatakan Allah Mempunyai Jisim.


· Dan Banyak Lagi.
Dari sudut sejarah, pertumbuhan aliran Kaum Muda ini dikatakan bermula pada abad ke-17M dan 18M iaitu merujuk kepada peranan Muhammad bin Abdul Wahhab (1703M-1787M). Tetapi sebenarnya aliran reformasi ini sudahpun bermula jauh sebelum itu iaitu ketika kemunculan Ibnu Taimiyyah (1263M-1328M).

Perkembangan aliran bercelaru ini terus membiak dengan kemunculan beberapa orang tokoh yang sinonim dengan gerakan ini. Antaranya ialah Jamaluddin al-Afghani (1838M-1897M), Muhammad Abduh (1849M-1905M) dan Rasyid Redha (1865M-1935M).

Menurut sesetengah pendapat, pemikiran tokoh-tokoh ini akhirnya mempengaruhi beberapa penuntut Melayu yang belajar di Timur Tengah pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20.

Dalam konteks Tanah Melayu, gerakan Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya merebak ke Pantai Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang berjaya diserapi oleh idea-idea Kaum Muda. Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan sebagai Kaum Muda ialah Muhammad Tahir Jalaluddin (1869M-1956M), Muhammad Salim al-Kalali, Syed al-Hadi (1867M-1934M), Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka ini bergabung untuk menerbitkan majalah al-Imam (1906M-1908M) iaitu mirip majalah al-Manar dari sudut semangat dan prinsipnya. Selain dari mereka, Burhanuddin al-Hilmi, Abbas Taha dan Za’ba sendiri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang mempunyai serapan pemikiran kaum Muda ini.

Bagaimanapun segala usaha merka ini terhenti disebabkan Kerajaan Malaysia mengambil tindakan keras terhadap pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di Tanah Melayu. Akan tetapi, semenjak kepulangan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada tahun 1960-an dari Mesir, pengajian tafsir dan akidah mujassimah yang selama ini diperjuangkan oleh Kaum Muda boleh dikatakan kembali berkembang aktif walaupun pada peringkat awal banyak mencetuskan kontroversi. Selain itu juga, tokoh baru yang cukup gigih di dalam memperjuangkan pemikiran Kaum Muda ialah Abdullah al-Qari bin Haji Mohd Salleh. Dia adalah di antara yang banyak menterjemahkan kitab-kitab tokoh-tokoh Kaum Muda seperti kitab karangan Ibn Qayyim Al-Jauziyah, Ibn Taymiyah, Al-Albaany dan banyak lagi.

Di bawah ini akan dibentangkan beberapa tokoh yang mendokongi ajaran Kaum Muda ini di Nusantara.


· MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN



Muhammad Tahir dilahirkan pada hari Selasa 4 Ramadhan 1286 Hijrah bersamaan 7 November 1869 di Ampat Angkat, Bukit Tinggi Minangkabau, Sumatra Barat. Bapanya dikenali sebagai Sheikh Muhammad (juga bergelar Tuanku Muhammad atau Tuanku Cangking); datuknya keturunan bangsawan Minangkabau bernama Tuanku Ahmad Jalaluddin.

Dia pernah mempelajari Bidang Falak semasa berada di Universiti Al-Azhar, Mesir selama 4 tahun (1314H-1318H. bersamaan 1893M-1897M.). Di sana, dia menerima pengaruh daripada pemikiran Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh, tokoh gerakan kecelaruan yang berjuang untuk menentang ajaran Islam sebenar atas dakwaan membersihkan Umat Islam daripada khurafat dan bid’ah, tidak ketinggalan Al-Quran dan Al-Hadis menjadi slogan untuk mengelirukan masyarakat dan melemahkan jatidiri Ahlus-Sunnah Wal-Jamaah. Lantaran kegiatan Muhammad Tahir yang berkait rapat dengan pemikiran reformasi inilah, beliau dikenali juga sebagai sebagai Kaum Muda di kalangan masyarakat Melayu-Nusantara.

Semasa di Mesir juga dia mula berdampingan dengan tokoh-tokoh Kaum Muda seperti Muhammad Rashid Ridha yang bergiat dalam penulisan rencana-rencana melalui akhbar yang berunsur Islam, seperti Al-Manar. Muhammad Tahir juga pernah menyumbangkan rencana-rencana yang bersifat jenayah ilmiah dalam akhbar tersebut. Pendekatan seperti ini telah beliau terapkan sekembalinya ke Tanah Melayu, dengan membuat banyak sumbangan kepada majalah-majalah Al-lmam dan Al-lkhwan di bawah kelolaan Syed Ahmad Al-Hadi dan lain-lain rakannya, dan Akhbar-Saudara.

Dia mempunyai pendirian yang tegas dan keras dalam hal-hal keagamaan. Aspek bid’ah-membid’ah adalah menjadi kesukaan dan kegemarannya semenjak berinteraksi dengan amalan warisan ulama dalam masyarakat Islam di tanah air.[3] Inilah di antara aspek peribadi yang menyebabkan Tahir Jalaluddin tidak dapat menetap lama di sesuatu tempat, di samping adanya pergeseran dan penentangan daripada golongan Kaum Tua.

Beliau pernah menjadi Hakim Besar Mahkamah Syariah di Taiping, kemudiannya terlantik sebagai Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan selama 3 tahun, dalam zaman pemerintahan Sultan Idris. Walau bagaimanapun, fatwa-fatwa sesat Tahir Jalaluddin tidak diterima oleh ulama’ golongan 'Kaum Tua' dan masyarakat Islam setempat. Beliau berkhidmat dengan negeri Johor Darul Takzim pada tahun 1335 H. (1914 M.), sebagai Pendidik dan Nazir sekolah-sekolah agama Johor selama 4 tahun; dan sekali lagi selama 3 tahun (1346-49 H./ 1925-28 M.). Dalam lingkungan masa yang sama, beliau sempat berkhidmat sebagai mudir (Guru Besar) Madrasah Haji Muhammad Taib, di Parit Jamil, Muar. Dalam dunia pendidikan Tahir Jalaluddin sentiasa mempunyai pemikiran dan pandangan yang kononnya jauh ke hadapan daripada pemikiran semasa pada zamannya. Tetapi apabila diselidiki pemikiran itu hanyalah falsafah dusta dan omongan kosong yang jauh daripada kebenaran. Tahir Jalaluddin pernah bermastautin di Singapura untuk memberi sumbangan penulisan dan penerbitan majalah Al-Imam. Beliau berkhidmat di Madrasah Al-Masyhoor Pulau Pinang sebagai Pendidik dan Pengetua selama 3 tahun (1341-44 H./ 1920-23 M.), kemudian pulang ke Kuala Kangsar.


· ABU BAKAR AL-ASHAARI
Nama sebenar beliau ialah Abu Bakar bin Shaari yang berketurunan Bugis dan bukanlah anak tempatan negeri Perlis sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.[4] Abu Bakar Al-Ashaari dilahirkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada tahun 1904. Bapanya bernama Shaari bin Musa dan ibunya bernama Fatimah. Bapanya telah berhijrah ke Pulau Pinang kerana meneruskan khidmat sebagai pegawai polis.

Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chowasatra yang terletak di Pulau Pinang sehingga darjah lima, kemudian melanjutkan pelajaran ke Anglo Chinese School Pulau Pinang. Dorongan peribadi dan minat untuk menguasai Bahasa Arab telah menyebabkan dia beralih ke bidang Bahasa Arab lalu melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Agama al-Masyhur, Pulau Pinang.[5] Seterusnya beliau melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar selama tujuh tahun bermula dari tahun 1925 hingga 1932. dia telah berjaya memperolehi Ijazah Undang-undang Islam dari Universiti al-Azhar.

Sekembalinya dari Mesir, dia mengambil keputusan untuk ke Balik Pulau Pinang dengan hasrat murni untuk mencurahkan bakti di situ. Walaubagaimanapun fahaman dan pandangan pelik yang dibawa olehnya tidak diterima oleh masyarakat setempat menyebabkan terpaksa berhijrah ke Kedah.

Oleh kerana tidak tahan dengan tentangan daripada penduduk setempat dan ulama’-ulama’ setempat ketika itu, dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke negeri Kedah. Malangnya, masyarakat di Kedah juga menolak beliau. Untuk meneruskan kehidupan, beliau berniaga kecil-kecilan di Pekan Alor. Di antara barangan yang dijual ialah seperti selipar, kasut kayu serta barang-barang aksesori rumah dan lain-lain. Ia berlanjutan sehinggalah akhirnya dia telah kembali ke Perlis mencari kerja sebagai tenaga pengajar di sana.

Di Perlis, dia telah berkhidmat sebagai guru agama di Madrasah Alawiyyah, Arau. Kemudian dia ditukarkan sebagai Imam Besar Masjid Negeri Perlis (Masjid Alwi). Sepanjang bertugas sebagai imam, khutbah Jumaat yang disampaikan olehnya adalah karangan buatan sendiri dan banyak menyentuh isu-isu semasa.

Khutbah-khutbah ini telah dijilid dan dinamakan dengan Khutbah al-‘Asriyyah. Dia telah menghasilkan beberapa buku-buku untuk menyampaikan fikrah dan maklumat semasa yang mengelirukan. Di antara karya-karya Abu Bakar ialah Kebebasan Berfikir Dalam Islam, Pergerakan Kaum Wanita Di Alam Islami, Ibadat Rasulullah, Sejarah Anbiya’, Jawahir al-Bukhari, Sembahyang Rasulullah, Pedoman Ibadah Puasa, Risalah Zakat dan Fitrah Negeri Perlis, Kitab Pedoman Ibadah Puasa Perlis, Punca Penerangan Akal, al-Khutbah al-‘Asriyyah, Khutbah-khutbah Moden, Soal Jawab Agama, Media Dakwah Indonesia, dan al-Muslimun.[6]

Tafsiran fiqh yang dikemukakan oleh Abu Bakar al-Asha‘ari direka dengan cara lebih ringkas dan menggunakan teknik yang mudah. Baginya persoalan yang berkaitan dengan akidah dan ibadah perlu disandarkan kepada dua sumber utama Islam iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah sahaja tanpa ada syarahan panjang lebar daripada ulama’ yang muktabar. Justeru kayu ukur dalam menyelesaikan persoalan fiqh baginya adalah al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi tanpa mengambil pedoman kitab-kitab ulama’ terdahulu. Ini amat jelas sekali apabila dilihat dalam buku-buku yang dihasilkannya sebagai contoh buku Kaifiat Solat. Menurutnya, amalan solat yang betul ialah pelaksanaannya yang merujuk kepada riwayat-riwayat yang sohih sahaja.[7] Manakala di dalam kitabnya ; Ibadah Rasulullah, dia menegaskan bahawa amalan-amalan solat Rasulullah yang diambil menurut riwayat-riwayat yang sohih sahaja, manakala riwayat-riwayat yang dha‘if ditolak sama sekali walaupun dalam urusan fada’il al-’a‘mal [kelebihan beramal].[8]

Abu Bakar Al-Ashaari banyak memberi pendapat yang pelik-pelik semasa hayatnya antaranya ialah pada lafaz “wa bihamdih” di dalam rukuk dan sujud adalah amalan bid’ah, Solat sunat selepas azan Jumaat yang pertama juga dianggap bid‘ah oleh Abu Bakar al-Ashaari dan rakan-rakannya. Pendapat ini ditentang oleh Syeikh Haji Abu Bakar bin Hj Hasan daripada Muar yang merupakan Kaum Tua pada masa itu, selain itu juga dia mempertikaikan bacaan “usholli ” sebelum mengangkat takbiratul ihram. Pegangannya yang kuat pada aliran Kaum Muda lebih menonjol lagi apabila dia berpandangan bacaan tahiyyat yang terdapat ucapan selawat kepada Nabi yang ditambah dengan lafaz Sayyidina adalah bid‘ah. Pada tanggapan Abu Bakar Al-Ashaari, kononnya amalan bid‘ah yang tersebar dalam masyarakat melalui ibadah solat ini perlu diperangi habis-habisan kerana ia boleh merosakkan akidah, ibadah dan seterusnya membawa kepada kekufuran.[9]

Dia mengutamakan ijtihad dan menolak sekeras-kerasnya taqlid kepada mana-mana mazhab fiqh walaupun mazhab itu adalah mazhab Ahlus Sunnah wa al-Jama‘ah seperti mazhab Syafi‘i yang menjadi ikutan ramai umat Islam di Malaysia, atau mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali.[10]

Aliran pemikiran yang dibawa oleh Abu Bakar Al-Ashaari ketika itu digelar sebagai ‘ajaran baru’ selain terkenal dengan aliran Kaum Muda ke dalam masyarakat Islam di Perlis.[11] Tentangan yang bertubi-tubi daripada masyarakat Islam dan Kaum Tua membimbangkan dirinya, ini mendorong Abu Bakar Al-Ashaari mengarang beberapa buah buku berunsur agama sebagai cara untuk membela diri dan memberi penerangan lebih lanjut kepada pengikutnya supaya tidak melarikan diri. Karyanya yang menjadi terkenal apabila terbitnya salah sebuah daripada buku beliau yang bertajuk Ibadah Rasulullah yang dicetak pada tahun 1956. Kitab ini seterusnya membawa huru-hara dalam masyarakat dan hampir keseluruhan ulama’-ulama’ Nusantara menentang pandangan-pandangan beliau yang terdapat di dalam buku tersebut. Kontroversi ini berpunca daripada pendapatnya yang mengatakan bahawa binatang yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Qur’an seperti biawak, katak, mengkarung dan lain-lain halal dimakan.

Keberanian Abu Bakar Al-Ashaari mengeluarkan kenyataan tersebut telah menyebabkan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tanahair menjadi pentas forum utama di antara Abu Bakar Al-Ashaari dan alim ulama termasuk di kalangan mufti sendiri yang menentangnya. Namun begitu Abu Bakar tetap dengan pendiriannya. Dia telah mencabar pihak yang berkenaan supaya mendatangkan dalil daripada al-Qur’an atau al-Hadith bagi membuktikan pendapat yang dikeluarkannya itu salah. Cabaran ini telah disiarkan oleh akhbar Berita Harian 29 Rejab 1377H yang bertajuk: “Perkara Kitab: Pengarangnya Mencabar Ditunjukkan Dalil”.

Selain daripada itu, sebagai maklumbalas untuk menyambut cabaran tersebut, pihak Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah menyatakan pendirian mereka untuk mengadakan satu perdebatan terbuka bagi membahaskan perkara yang diutarakan di dalam buku tersebut. Walaubagaimanapun, Abu Bakar Al-Ashaari melalui Berita Harian bertarikh 30 Rabiul Awal 1377 H telah menolak perdebatan tersebut dengan alasan “tidak ada faedah yang dapat diharapkan dari perbahasan mengenai masalah ijtihadiyyah”.

Kenyataan ini Abu Bakar Al-Ashaari telah mencetuskan suatu perbahasan yang sengit terutama di kalangan ulama’- ulama yang bermazhab Syafi‘e yang secara jelas mengharamkannya. Implikasi daripada itu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Sembilan telah mencabar Abu Bakar Al-Ashaari untuk berdebat. Jika tidak, beliau akan membawa perkara itu kepada Majlis Raja-raja Melayu agar diambil tindakan ke atas Abu Bakar Al-Ashaari dengan sekurang-kurangnya mengharamkan buku tersebut. Ketika dia diminta memberi komen tentang hal itu telah menyatakan : “kalau tindakan itu diambil, maka itu adalah sesuatu yang amat bodoh”. Kata-kata tersebut disiarkan dalam Berita Harian 30 Rejab 1377H.

Setelah perbahasan mengenai perkara ini berlarutan melalui majalah dan akhbar dan tidak ada kata putus untuk mengadakan perdebatan, maka akhirnya buku tersebut telah diharamkan di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia, termasuklah negeri Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Johor dan lainnya.

Pada hari Isnin, tanggal 6 April 1970M pada pukul 6.00 pagi bersamaan 30 Muharram 1390 H,13 Abu Bakar Al-Ashaari telah mati ketika usianya 65 tahun. Jenazah Abu Bakar Al-Ashaari telah dibawa pulang dari Port Dickson ke Perlis oleh anak-anaknya dan tiba di rumahnya di Jalan Pegawai, Kangar lebih kurang jam 11 malam untuk dikebumikan.


· BURHANUDIN HELMI

PAS MENGAKUI BAHAWA BURHANUDIN HELMI TERGOLONG DARIPADA KAUM MUDA [WAHHABI].

· ABU BAKAR AL-BAQIR



Abu Bakar al-Baqir dilahirkan pada tahun 1907 di kampung Gunung Semanggol,Bagan Serai, Perak tidak jauh dari Padang Rengas. Selain itu dia adalah seorang yang berketurunan Jawa. Ketika usianya enam tahun, anak kelima dari enam beradik ini belajar hingga darjah lima (tertinggi) di Sekolah Melayu Semanggol. Kemudian, dia menuntut di Madrasah Al-Rahmaniah, Semanggol yang diasaskan oleh Haji Abdul Rahman Mahmud, bekas penuntut Jame’ Al-Azhar Mesir dan Masjid Al-Haram Makkah selama 15 tahun.

Abu Bakar Al-Baqir amat sinonim dengan Parti Hizbul Muslimin (Hamim), sebuah parti yang dikatakan berunsur Islam yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu. Menurut Dr. Ishak Haji Mohamad (Pak Sako) dalam Mastika, November 1973, nama Hizbul Muslimin itu telah dipinjam daripada pertubuhan politik di Mesir yang dalam bahasa Inggeris disebut The Muslim Brotherhood.

Penubuhan Hamim dirangka oleh Abu Bakar Al-Baqir bersama-sama Burhanuddin Al-Helmi di Maahad El Ehya’ Al Shariff (MAEAS), Gunung Semanggol Perak pada 14 Mei 1948. Sejarah mencatatkan, Hamim mendapat sambutan hebat daripada golongan kebangsaan berhaluan kiri tetapi ianya tidak mempunyai hayat yang panjang.
Seperti Burhanuddin Helmi, Abu Bakar Baqir turut menerima padah kerana menentang penjajah Inggeris. Dia dipenjara pada 29 Julai 1948 dan dibebaskan empat tahun kemudian (1952). Seiringan dengan itu, Hamim turut menerima nasib yang sama-berkubur apabila Ketua Umumnya terpenjara.

Tentang fahaman fiqhnya, menurut Shahar Mursyid Abu Bakar, Setiausaha Persatuan dan Ma'ahad al-Ihya al-Syarif, Abu Bakar menolak beberapa perkara yang diamalkan oleh Orang Melayu seperti talqin, fidyah sembahyang, dan selainnya. Dia mendakwa kononnya ingin agar umat Islam hanya itu kembali kepada al-Quran sahaja.

Dari segi pemikiran tajdid, dia menunjukkan wajah yang mirip dengan Juned Tola. Selain menjadikan kejahilan dalam beragama sebagai keberanian untuk berijtihad, dia juga menambah kecelaruan dalam masyarakat dan membawa porak peranda. Tentang fahaman bermazhab atau tidak bermazhab dia tidak begitu mengambil perhatian. Sepertimana Juned Tola, meskipun dia menganut fahaman pembaharuan dalam bidang akidah dan syariah, namun dalam gerakan "islah"nya tidak berkonfrontasi dengan ulama’ yang bermazhab Syafi’iyyah.

Perjuangan menyebarkan aliran Kaum Muda juga melibatkan bidang politik. Dia mempunyai hubungan yang baik dengan tokoh-tokoh Kesatuan Melayu pada masa itu seperti Ibrahim Yaakub dan Burhanuddin al-Hilmi.

Pada 13-14 Mac 1948M, sebuah persidangan telah diadakan di al-Ihya al-Syarif dan di antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Burhanuddin al-Helmi. Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik yang diberi namaHizbul Muslimin atau HAMIM. Parti ini ditubuhkan pada 14 Mac 1948M. Nama ini dicadangkan oleh Abu Bakar al-Baqir, dan beliau jugalah yang mengetuai parti itu. Walaubagaimanapun hayat parti ini tidak panjang apabila pihak british yang merupakan penjajah ketika itu, menangkap tiga orang pemimpin utama HAMIM pada pukul 12 tengahari 29 Julai 1948M, Mereka ialah Abu Bakar al-Baqir, Abd. Rabb al-Tamimi, dan Abdul Rauf Nur. Namun Abu Bakar al-Baqir dibebaskan daripada tahanan dalam bulan Oktober 1952.

Ekoran daripada penahanan ini, HAMIM menjadi lumpuh dan akhirnya terkubur. Namun, semangat menyebarkan ajaran sesat Kaum Muda Tanah Melayu tidak terhenti di situ, ianya diwarisi oleh parti baru, iaitu Parti Islam Se-Malaya, sekarang Parti Islam Se-Malaysia, (PAS).


· ULAMA’ NUSANTARA MENENTANG AJARAN IBN TAYMIYAH DAN KAUM MUDA [WAHHABI]



Ajaran Kaum Muda [WAHHABI] bahayanya tidak terhingga. Oleh kerana itulah, lahir kesedaran ulama’-ulama’ yang beraliran Kaum Tua bersatu menentang dan membasmi ajaran ini sehingga ke akar umbinya.

Banyak Fitnah yang dilontarkan kepada golongan mulia ini sehinggakan ada di kalangan Kaum Muda hari ini menuduh mereka sebagai quburiyun (mereka maksudkan penyembah kubur), makan duit anak yatim kerana menghadiri majlis-majlis tahlil, lapar duit si mati sehingga meminta-minta duitnya di perkuburan sambil membaca Al-Quran, memohon hajat dan doa kepada si mayat itu sendiri, menggelarkan mereka sebagi bapak bid’ah di Tanah Melayu, melabelkan ulama’ulama’ pondok ini sebagai Syiah, mengkafirkan guru-guru pondok yang tidak mengundi, mengkafirkan mereka yang bertawassul dengan para anbiya’ dan solihin, mendakwa akidah yang diajar oleh guru-guru pondok iaitu kitab yang banyak membicarakan sifat 20 atau 13 sifat sebagai salah dan yang benar hanya pengajian tauhid 3T ( Tauhid Tiga) mereka sahaja, acara maulid yang diamalkan oleh mereka bersama penduduk Islam sebagai bid’ah melazimkan pelakunya masuk neraka, sesetengahnya sampai mensyirikkan dan mengkafirkan mereka, Menggelarkan penuntut pondok sebagai primitif, dan kuno dan berfikiran jumud, menentang sebarang bentuk tarekat yang diamalkan oleh mereka, dan banyak lagi kesesatan-kesesatan golongan Kaum Muda ini.


· Syeikh Dato' Tg Hj Ahmad Maher



· Syaikh ‘Abdullah Fahim
· Mufti Pehin Ismail (Mantan Mufti Brunei Darus Salam)



· Sheikh Fadhlullah As-Suhaimi
Nama Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sebagai tokoh ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Islam di negara ini, khususnya pada dekad 40-an hingga 60-an. Beliau bukan sahaja pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang amat berjasa di negara ini.

Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhairai yang terkenal sebagai wali Allah. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulama yang berketurunan Ba'lawi Bani Basyaiban yang berasal dari Hadhramaut.

Keluarganya berpindah dari Tanah Arab ke India pada abad ke-10, kemudian ke Jawa, sebelum ke Singapura. Bapanya mempunyai murid yang ramai di Klang dan Singapura. Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama. Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah menghabiskan pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir.

Beliau adalah seorang ulama’ yang bergiat aktif sebagai contohnya, ketika di Mesir beliau menjadi pengarang majalah 'al-Ittihad', sekaligus menjadi pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan Matba'ah Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran Tauhid" terbitan Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916 sebelum berhijrah ke Jawa kerana membuka sekolah Arab di sana.

Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah "Jasa" di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kullíyyah al-Attas di Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat Perang Jepun.

Selepas itu, Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu, Kelantan beberapa ketika pada zaman Jepun sehinggalah beliau dilantik sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din, Pekan, Pahang pada 1955. Beliau juga pernah menjadi Imam di Masjid al-Ma'ruf, Singapura selain menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor. Pada 1936, beliau mengasaskan Madrasah al-Ma’rif al-Islamiyah di Ipoh Road, Singapura yang kemudian diwarisi oleh anaknya, Ustaz Taha Suhaimi. Walaupun terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura, Johor Bahru, Jawa, Kelantan dan Pahang;

Nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda-Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau yang mendokong fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendokong akidah dan pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.

Melalui majalah "Pembela Islam" dan “kitab Soal Jawab”, Hassan Bandung melontarkan pemikiran-pemikiran baru Islam yang dianggap bertentangan dengan Kaum Tua [Ahlus Sunnah Wal Jama’ah]. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas" untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung.

Perdebatan berterusan ini membawa kepada cabaran oleh Hassan Bandung untuk berlawan pendapat melalui majalahnya, "Pembela Islam." Persoalan pegangan dan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang murni, amalan bid’ah dan fahaman Kaum Muda kemudian dijelaskan secara bijaksana oleh Sheikh Fadhlullah sehingga ia dapat diselesaikan dengan baik.

Walau bagaimanapun, Sheikh Fadhlullah dikatakan pernah berdebat dengan Hassan Bandung pada awal 1950 di Pulau Pinang. Beberapa pengikut Hassan Bandung yang terkenal seperti Tahir Jalaluddin [tokoh yang banyak membawa huru-hara dalam masyarakat ketika itu], Sheikh Abdumah Maghribi dan Sheikh Ibrahim Aqibi bergiat di Pulau Pinang, kerana itu perdebatan berlaku di sana.

Selain itu juga, beliau telah menghasilkan lebih 35 buah karya agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, tauhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta menterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta.

Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaha-usaha membangunkn semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat dalam gerakan tarekat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yang terkenal itu.

Gelaran yang diberikan oleh muridnya, Pehin Mufti Haji Ismail 'al-'Allamah al-Murabbi al-Khabir wal Khathibul Qadir wad Da`ie al-Basyir Ila Allah Subhanahu Wata’ala Asy-Syaikh Muhammad Fadhlullah ibn asy-Syaikh Muhammad as-Suhaimi menggambarkan keluasan ilmunya.

Dalam bidang politik, Sheikh Fadhlullah mula terlibat secara langsung ketika berada di Kelantan kerana kebanyakan muridnya terlibat dalam politik. Antara muridnya yang terkenal di Kelantan ialah Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim yang pernah belajar di Kulliyyah al-Attas sebelum menjadi wakil rakyat PAS semenjak 1959. Sheikh Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat Islam di Kelantan dalam persidangan-persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas
Perang Dunia Kedua.


Di Singapura, beliau juga terlibat dalarn beberapa pertubuhan Islam. Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama Sheikh Fadhlullah mulai terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam gerakan anti-penjajah. Semasa para ulama bersidang di Muar atas anjuran Umno, Sheikh Fadhlullah telah hadir mewakili umat Islam Singapura walaupun beliau bukan ahli Umno. Dalam Persidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 yang telah berjaya menubuhkan PAS, Sheikh Fadhlullah memainkan peranan penting ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti PAS ini.
Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama Sheikh Fadhlullah telah diputuskan oleh persidangan tersebut sebagai salah seorang daripada lima ulama yang akan mengemukakan rayuan kepada Raja-raja Melayu untuk membolehkan sebuah pertubuhan ulama diasaskan, sekali gus menyelaraskan jabatan-jabatan agama di seluruh negara.

Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi beliau merupakan tenaga penting dalam meluaskan pengaruh PAS di Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik beliau, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhakni telah menjadi pemimpin utama PAS Singapura sehingga 1965 beberapa kali mewakili umat Islam di Kelantan dalam persidangan-persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas Perang Dunia Kedua.

Murid-murid beliau juga sama ada di Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kebanyakannya menjadi pendokong perjuangan PAS di seluruh negara. Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di Singapura pada 16 Ogos 1964 dalam usia 78 tahun. Dua anaknya yang terkenal ialah Ustaz Taha Suhaimi, Pesuruhjaya PAS Singapura dan Ustaz Kamil Suhaimi.



· Al-Musnid Al-Habib Abul-Ashbal Salim Ibn Husayn Ibn Jindan Al-Indunisiy


· Syaikh Utsman Jalaluddin


· Al-Qadi Abu Bakar Ibn Hasan A-Muwari


· Al-'Alim Allamah Syeikh Kyai Haji Mohammad Hasyim Asy'arie
· Al-Allamah Al-Syaikh Ibn Abdul Muttalib Al-Mandili Al-Indunisiy
· Al-Alim Allamah Tuan Guru Hj Daud Hj Omar Al-Kelantany, Bukit Abal
· Al-Alim Allamah Al-Marhum Tuan Guru Hj Abdur Rahman Bin Deraman Al-Makki
· Al-Marhum Bekas Mufti Sabah Hj Said Hj Ibrahim






· Al-Alim Allamah Tuan Guru Hj Abdullah Ibn Tuan Guru Hj Abdur-Rahman Al-Kalantaniy Lubuk Tapah
· Tuan Guru Pok Cik Din Al-Kelantany
· Hujah Ilmiah Dari Pelajar Pondok Demi Menyanggah Tohmahan Yang Dilontarkan Oleh Kaum Muda terhadap Amalan Umat Islam Seluruh Dunia Khasnya Di Nusantara
· Tengku Mahmud Zuhdi Bin Tengku Abdur-Rahman Al-Fathani
Kaum Muda yang ditentang oleh Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani pada zamannya ialah ajaran yang dibawa oleh Haji Wan Musa. Beliau pernah menjadi Mufti Kelantan yang ke-3 selepas Haji Nik Wan Daud dan Haji Wan Ishak.

Haji Wan Musa adalah adalah antara tokoh pendokong Kaum Muda. Apa yang aneh Haji Wan Musa adalah seorang yang sangat berpegang teguh dan beramal dengan Tarekat Ahmadiyah. Inilah yang menyebabkan masyarakat awam di Kelantan keliru kerana Kaum Muda [wahhabi] kebiasaannya menentang keras amalan tarekat.

Sikap Haji Wan Musa yang keras serta pandangan-pandangannya yang cenderung kepada fahaman pembaharuan (reformasi) telah menyeret dia ke dalam kancah pertelagahan pendapat dan penentangan terhadap tokoh-tokoh Kaum Tua. Antara isu-isu kontroversi yang berbangkit sehubungan dengan pendapat dia ialah isu membina masjid dengan harta zakat fitrah, tentang melafazkan Usholli persoalan muqaranah sembahyang, talqin, kain telekung sembahyang, talfiq mazhab, hukum jilatan anjing, jualan harta wakaf dan lain-lain. Dia menyangkakan bahawa pendapat-pendapat-pendapat yang pernah dikemukakannya sahaja yang benar padahal ianya tidak pernah mendapat sambutan daripada Kaum Tua [Ahlus-Sunah Wal-Jama’ah], Dia kemudiannya memilih meletak jawatan Mufti pada akhir Jun 1916.

Selepas meletak jawatan dia mengajar di suraunya di Jalan Merbau, Kota Bharu. Di bawah bimbingannya, lahirlah sejumlah tokoh progresif di Kelantan. Antaranya termasuklah :
1. Haji As’ad Kangkung,
2. Haji Yaakub Lorong Gajah Mati,
3. Dato’ Haji Ahmad Maher,
4. Maulana Haji Abdullah Nuh (Pasir Puteh),
5. Haji Ayub Kemboja,
6. Haji Abd. Manan Sumatera,
7. Haji Abd. Wahid Sungai Udang(Melaka),
8. HAJI NIK MAT ALIM PULAU MELAKA (AYAHANDA KEPADA NIK ABDUL AZIZ NIK MAT– MENTERI BESAR KELANTAN SEKARANG),
9. Haji Ismail Lundang Paku,
10. Haji Nik Abd. Rahman Palekbang
11. Serta lima orang putera-putera beliau sendiri (Haji Nik Abdullah, Haji Nik Mat Nazir, Haji Nik Mahmud, Haji Nik Muhamad Salleh dan Haji Nik Muhamad Mahyudin.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, Nik Mat Alim Pulau Melaka ayahanda kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat -Menteri Besar Kelantan sekarang- adalah antara pendokong Kaum Muda. Tidak hairanlah kalau Nik Abdul Aziz menyambung usaha ayahnya menyebarkan ajaran sesat ini dalam masyarakat Islam sebagaimana telah dimaklumi sekarang ini.

Apabila ajaran Haji Wan Musa diketahui oleh Ulama’-ulama’, dia ditentang oleh hampir keseluruhan ulama Kelantan termasuk Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani yang ketika itu sebagai Syeikh al-Islam Selangor. Sanggahan Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani terhadap Haji Wan Musa diabadikan dalam kitab Tazkiyatul Anzhar wa Tashfiyatul Afkar (selesai ditulis pada 17 Muharam 1339H/30 September 1920M).


· FATWA MUFTI KERAJAAN JOHOR MEMBASMI AJARAN KAUM MUDA
Nama lengkapnya ialah Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad bin Abdullah bin Thaha Abdullah bin Umar bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar Abu Thahir al-Alawi asy-Syarif al-Huseini. Sampai nasabnya kepada Saidina Ali bin Abi Thalib yang kahwin dengan Saidatina Fatimah binti Nabi Muhammad. Sayyid Alwi bin Thahir al-Haddad lahir di Bandar Qaidun, Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301 H/7 Ogos 1884 M.

Beliau merupakan keturunan Nabi Muhammad yang berbangsa ‘al-Haddad’ adalah salah satu keluarga ‘Sayyid’ yang mana bangsa ini diantara pendakwah yang memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Agama Islam di Tanah Melayu.

Beliau antara lainnya pernah menulis banyak karya penulisan antaranya Al-Qaul al-Fashl fi ma li al-Arab wa Bani Hasyim min al-Fadhal. Kitab ini terdiri daripada dua jilid. Kandungannya merupakan sanggahan terhadap fahaman pembaharuan Islam [Kaum Muda] yang dibawa oleh Ahmad bin Muhammad as-Surkati as-Sudani. Selain itu beliau juga adalah di antara yang menentang ajaran Kaum Muda yang di bawa oleh A. Hassan bin Ahmad Bandung.

Bukan Sayyid Alwi al-Haddad saja yang menolak pegangan A. Hassan bin Ahmad Bandung tetapi perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh Haji Abu Bakar bin Haji Hasan Muar. Sanggahan Haji Abu Bakar Muar terhadap A. Hassan Bandung berjudul “Majlis Uraian Muar-Johor”. Di bawahnya dijelaskan judul, “Pada Menjawab Dan Membatalkan Al-Fatwa Pengarang Persatuan Islam Bandung Yang Mengatakan Babi Itu Najis Dimakan Bukan Najis Disentuh Dan Mulut Anjing Pun Belum Tentu Najisnya.”

Sebenarnya apabila kita meninjau sejarah pergolakan Kaum Tua dan Kaum Muda dalam tahun 1930-an itu dapat disimpulkan bahawa semua golongan ‘Kaum Tua’ menolak pemikiran A. Hassan Bandung itu khususnya Kerajaan Johor yang muftinya ketika itu Saiyid Alwi al-Haddad, diteruskan dengan mengeluarkan hukum mengharamkan karya-karya A. Hassan Bandung di Johor.https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSnkKuT5u7oVq2La79BoOV-HN8BpMTdW2ttP2OuxWyABrASbVZKf9FGTs6FvXi57LKujZ5sIZzEOU_lFrGMfSW54j9RmXBo4BsGGgfWA8CeSvovlfqFFliA2ffqj3p0sm-0mIr/s320/2.bmp


OLEH : ALLAH YARHAM AL-ALLAMAH DATO’ SAYYID ‘ÁLAWI BIN THAHIR AL-HADDAD, MUFTI KERAJAAN JOHOR (1936-1961) BERSAMAAN (1356-1381 H).diterbitkan oleh BAHAGIAN PENERBITAN JABATAN AGAMA JOHOR.

KANDUNGAN FATWA SEBAGAIMANA BERIKUT ( M/S 397-399) ;PERKARA ; MENGENAL KAUM MUDA–WAHHABI-DAN MUSUH-MUSUH ISLAM.

SOALAN ;
1. BAGAIMANAKAH DAPAT KENAL ATAU KETAHUI ‘ALAMAT-ÁLAMAT KAUM MUDA-WAHHABI- ITU?
2. ADAKAH KAUM MUDA -WAHHABI- ITU TERJUMLAH DALAM GOLONGAN ISLAM.

JAWAB ( daripada Tuan Mufti) :

[Jawab Soalan Pertama :]

Yang dikatakan Kaum Muda -Wahhabi- pada pertuturan orang-orang zaman ini ---zaman beliau- ialah suatu kumpulan orang-orang yang tiada mengerti dan faham tentang Islam, mereka bersungguh-sungguh hendak menghampir dan menyatukan Agama Islam kepada agama lain. Apa jua perkara yang terbit daripada agama Kristian atau Majusi, mana yang dipandang mereka molek dan elok pada zhohirnya berkehendaklah mereka memalingkan hukum-hukum Islam kepadanya seperti berkata setengah mereka itu -wahhabi-: Babi itu suatu binatang yang suci, dan berkata setengah yang lain pula ; Tiada soh ruju’ dengan tiada redha perempuan, dan berkata yang lain pula ; Nabi Allah ‘Ísa Álaihi Salam berbapa seperti perkataan orang-orang Yahudi.”

SETENGAH DARI ÁLAMAT( CIRI-CIRI) MEREKA ITU [KAUM MUDA] ;

· Mereka marahkan Imam-Imam Mazhab yang empat dan ulama’ fiqh, mereka mengaku mengetahui al-Qurán dan Al-Hadits Nabawi.


· Mereka membangkang ijma’, menyebarkan masalah khilaf di antara umat-umat Islam supaya menambah porak peranda umat-umat Islam sebagai mana disukai oleh seteru-seteru Islam.


· Apabila mereka melihat orang-orang Islam tiada menyentuh Al-Quran melainkan kemudian daripada mengambil air sembahyang, mereka-pun- berkata ; Harus menyentuh Al-Quran dengan tiada air sembahyang.


· Apabila mereka melihat orang Islam tiada membaca Al-Quran melainkan kemudian daripada bersuci daripada hadas besar, Mereka berkata ; Harus membaca Al-Quran kalau ada hadas besar sekalipun.


· Apabila mereka melihat orang-orang Islam menjauhkan diri daripada najis seperti arak dan babi, mereka berkata ; Kedua-dua perkara itu suci. Mereka mencita-cita (bercita-cita) supaya Orang Islam menjadi seperti orang Majusi. Mereka berlumur dengan lemak babi dan mencurahkan arak kepada bajunya kemudian sembahyang.


· Setengah mereka itu sepanjang hari memain -bermain- kemaluannya atau menyentuh kemaluan isterinya beberapa kali kemudian boleh dia sembahyang (‘la za’mihim) dengan tiada mengambil air sembahyang.


· Lagi demikian jua kalau ia membuat rantai leher daripada daging babi atau memakai kulit babi yang basah kemudian pergi sembahyang, nescaya soh sembahyang di sisi mereka.


· Kalau mereka bergelumbang dalam reban ayam atau kandang kambing atau lembu dan jadi baunya sebusuk-busuk manusia, kemudian ia sembahyang soh juga sembahyang di sisi mereka.


· Dan setengah dari ‘alamat mereka -Kaum Muda- itu, mereka bersungguh mengamat-amati dan mengambil susah dalam perkara yang kecil-kecil seperti talqin, tahlil dan seumpamanya dan tiada menghiraukan perkara-perkara yang besar-besar seperti dosa-dosa besar yang telah membiak.


· Setengah daripadanya berzina, riba, was-was sangka pada Allah dan mengajar kanak-kanak Islam agama yang bukan Agama Islam. Perkara ini semua tiada disebut (dititik-beratkan oleh Kaum Muda)dan tiada dihiraukannya.


· Dan setengah daripada ‘alamat mereka itu, mereka berseteru dan merekakan masalah-masalah fiqh yang tiada padanya khilaf, barangsiapa menyalahi akan mereka itu pada satu daripada masalah-masalah fiqah seperti suatu hukum daripada hukum-hukum sembahyang atau sujud sahwi atau tayammum atau sunnah talqin, nescaya mereka jadikan orang itu seteru, terus diingkarkannya. Semuanya ini ialah ádat orang-orang KHAWARIJ ( orang-orang yang benci akan sayyidina ‘Ali Karramahu Wajhah) dan ‘adat AHLUL BIDA’AH yang menyalahi puak-puak Islam kerana sahabat-sahabat Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wassallam, al-Tabi’een, mereka yang kemudian daripada Imam-Imam mazhab yang empat dan sekalian ‘ulama’ mazhab, mereka bersalah-salahan (berselisihan pendapat) pada beberapa masalah dalam masalah fiqah (furu’ fiqhiyyah) tetapi mereka tiada berseteru di antara setengah dengan setengahnya dengan sebab bersalah-salahan ambilnya itu kerana bukannya bersalahan itu pada usul (Tauhid) bahkan pada furu’ (cabangan) sahaja.
[Jawab soalan kedua] :

· Setengah daripada mereka itu ada yang keluar daripada Agama Islam [Kafir] seperti orang-orang yang menyembunyikan ajaran Qaadiaani dan orang yang mengi’tikodkan Nabi ‘Isa berbapa dan setengah daripada mereka itu ada orang yang mereka-rekakan syariat Islam...TAMAT.
SUATU PERINGATAN PENTING DARIPADA PENULIS :

Wahhabi Boleh Dikategorikan Secara Umum Kepada 2 Kategori Di Sisi Ulama'-Ulama' Mu'tabar:
PERTAMA : AL-WAHHABIYYAH MUQALLIDIYYAH :

Wahhabi spesis ini adalah sesat dan menyeleweng dari ajaran Islam kerana banyak membid'ahkan amalan-amalan yang disunatkan oleh Islam. Mereka mengharamkan amalan talqin, tahlil, ziarah kubur lelaki dan perempuan, berdoa di kubur, dan berlambak lagi yang menjadi amalan khilafiah..mereka tidak keluar daripada Islam tapi dihukumkan fasiq jua, tetapi perlu diingatkan dan berhati-hati kerana ia boleh membawa kepada keluar dari Islam jua sekiranya menghalalkan perkara yang diharamkan secara ijmak ( Ma'lum Mina al-Din Bi al'Dharurah) ataupun mengharamkan perkara-perkara yang dihalalkan secara ijma' ( Ma'lum Mina al-Din Bi al-Tharurah)
KEDUA : AL-WAHABIYYAH MUJASSIMAH DAN MUSHABBIHAH :

Golongan ini menjisimkan Allah Ta’ala dengan makhluk, mendakwa Allah berada di salah satu dari Al-Jihaat al-Sit (arah yang Enam - kiri dan kanan, depan dan belakang, atas dan bawah) ataupun berada banyak arah, mendakwa Allah duduk di atas arasy atau pun kursi seperti akidah Yahudi, mengatakan Allah ada anggota dan perkara seumpamanya yang membawa kepada KEKUFURAN secara ijma' oleh ulama'-ulama' empat mazhab (al-Hanafiah, al-Malikiyah, asy-Syafi'iyyah, dan al-Hanabilah). Semoga Allah menjauhi kita semua dari bahaya golongan wahhabi spesis ini.

SHUBHAH : Eloklah kita berpegang kepada berlapang dada dan tidak menghujum mana-mana ulama’ yang besar jasanya kepada perkembangan ilmu dalam sejarah Islam.

Penulis mengatakan :

Apakah jasa dan sumbangan Ibn Taimiyah, Muhammad Abdul Wahhab, Kaum Muda kepada Islam? Adakah I’tiqod-I’tiqod kufur dan fahaman tabdi’ yang dibawa mereka dan disebarkan kepada masyarakat yang kemudiannya menyebabkan pembunuhan kepada Umat Muslimin dikira sebagai sumbangan dan jasa kepada Islam?!

Janganlah lekas menyanjung Ibnu Taimiyah selepas mengetahui kata-kata kufurnya. Natijahnya, kita dapat lihat cetusan pembunuhan di Algeria, Iraq, Thailand, Jordan, Yaman, bumi Syam, pemusnahan Jannatul Baqi’ dan lain-lain. Perlulah bagi kita membuat pertimbangan yang wajar terhadap pemikiran Ibn Taimiyah dengan akal yang salim untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Masih ramai lagi para Ulama’ Muslimin yg mu’tabar untuk diijadikan qudwah atau ikutan. Pendapat Imam Mujtahid Mutlak dalam mazhab yang empat amat sesuai diikuti dan dipraktikkan. Begitu juga dengan kredibiliti dan kreativiti syeikh-syeikh mazhab itu sendiri. Tinggalkanlah pembawa masalah dan pencetus kesamaran kerana aqidah itu perlu dibina di atas dasar yang mantap. Hal ini penting supaya kekuatan dalaman kita dapat dicernakan bagi menyemarakkan kefahaman yang mampan dan semangat jihad dalam saf perjuangan Islam. Wallahua’alam.

DISUSUN OLEH :

pencinta islam
FOOTNOTE :
[1] Nama asal Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ary ialah ‘Ali Bin Isma’il Bin Abi Basyar Ishaq Bin Salim Bin Abdullah Bin Musa Bin Bilal Bin Abi Burdah Bin Abi Musa Al-Asy’ary. Dan nama Abu Musa Al-Asy’ary itu ialah Abdullah Bin Qais iaitu sahabat Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam. Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ary dilahirkan pada tahun 260 H,dan ada yang mengatakan beliau lahir pada 270 H, pandangan yang lebih masyhur ialah pendapat yang pertama. Beliau pernah belajar ilmu kalam pada mula-mulanya daripada Abu ‘Ali Muhammad Bin Abdul Wahhab Al-Jabba’i iaitu pelopor kepada gerakan muktazilah. Kemudian beliau meninggalkan gurunya 100% (bertaubat) kerana suatu mimpi yang dilihatnya di dalam tidur. Maka pada suatu hari di hari Jumaat, beliau naik di atas mimbar masjid di negeri Bashrah dan berseru dengan setinggi-tinggi suara dengan katanya : “barangsiapa mengenali diriku maka telah mengenali ia akan daku, dan barangsiapa yang belum mengenal akan diriku maka akulah fulan bin fulanah (kinayah daripada namanya), adalah aku dahulunya (yakni Muktazilah) pernah mengatakan Al-quran itu makhluk, Dan Allah Taala tiada boleh dilihat dengan mata ,dan bahawa segala hamba itu menjadikan perbuatan mereka, dan jagalah! Sekarang aku sudah bertaubat daripada fahaman muktazilah dan daripada iktikod mereka itu.” Kemudian beliau mula mengarang kitab-kitab pada menolak ajaran muktazilah dan ajaran-ajaran sesat yang lain. Beliau kemudiannya masuk ke negeri Baghdad dan mngambil hadis secara bertalaqqi daripada Zakaria Bin Yahya As-Saji salah seorang daripada Muhadditsin dan Fuqaha’, juga sempat bertalaqqi dengan Abu Khalifah Al-Jamhi, Sahal Bin Sarah, dan Muhammad Bin Ya’kub Al-Maqry, dan juga daipada Abdul Rahman Bin Khalaf ad-Dhobiy Al-Bashriyyiin. Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ary berasal daripada Bashrah kemudian mendiami negeri Baghdad sehingga beliau meninggal di sana pada tahun 333H. Al-Hafiz Murtadho Ad-Zabidy dalam Ithaf Saadatil Muttaqiin, juzuk 2 m/s 4-6. Al-Imam Abul-Hasan al-Ash^ari dan para pendokong atau pengikut beliau yang digelar al-Ash^ariyyun atau al-Asha^irah mempunyai jasa besar dalam membersihkan umat Islam dari kekotoran aqidah ahli bidaah seperti aqidah al-Mu^tazilah, al-Jahmiyyah, al-Mujassimah dan al-Mushabbihah. Bahkan, kebanyakan para pendokong, pemimpin ilmu Islam dan pembela Islam adalah dari kalangan al-Asha^irah, sedangkan golongan mempertikaikan mereka ini tidak pun mencapai separas buku lali mereka sejak berzaman sehingga kini dari segi ilmu, warak, taqwa dan jasa. Antara ulama al-Asha^irah ialah daripada kalangan ulama hadis yang sampai ke tahap al-Hafiz yang menjadi pemimpin dalam ilmu hadis seperti al-Imam al-Hafiz al-Hujjah al-Faqih Shaykhul-Muhaddithin Abu Bakr al-Jurjani al-Isma^ili (penyusun al-Mustakhraj ^alal-Bukhari), al-Imam al-Kabir al-Hafiz al-Faqih al-Usuli Abu Bakr al-Bayhaqi, al-Hafiz Ibn ^Asakir (yang disifatkan sebagai tokoh yang utama daripada kalangan al-muhaddithin di Sham pada zamannya), Amirul-Mu’minin fil-Hadith al-Hafiz Ahmad ibn Hajar al-Asqalani, al-Hafiz Abu Nu^aym al-Asbahani, al-Hafiz al-Daraqutni, al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi, al-Hafiz al-Silafi, al-Hafiz al-Nawawi, al-Hafiz Ibn Daqiqil-^Id, al-Hafiz Qadil-Qudah Taqiyyud-Din al-Subki, al-Hafiz al-^Ala’i, al-Hafiz Zaynud-Din al-^Iraqi, al-Hafiz Waliyyud-Din al-^Iraqi, al-Hafiz al-Lughawi al-Sayyid Muhammad Murtada al-Zabidi, Muhaddith al-Diyaril-Maghbiyyah al-Hafiz al-Mujtahid al-Sayyid Ahmad ibn Siddiq al-Ghummari dan ramai lagi. Selain itu, antara ulama al-Asha^irah lain yang amat berjasa kepada umat Islam ialah Mujaddid Kurun Keempat Hijriah al-Imam Abut-Tayyib Sahl ibn Muhammad, al-Shaykh Abu Muhammad al-Juwayni, al-Shaykh Abul-Ma^ali Imamul-Haramayn, al-Imam Abu Mansur ^Abdul-Qahir a l-Baghdadi, al-Ustadh Abul-Qasim al-Qushayri, al-Shaykh Abu Ishaq al-Shirazi, al-Imam Abu Bakr al-Baqillani, Shaykhul-Mutakallimin al-Imam Abu Bakr ibn Furak, al-^Arif biLlah al-Imam al-Sayyid ^Abdul-Qadir al-Jilani, al-^Arif biLlah al-Imam al-Sayyid Ahmad al-Rifa^i, Shaykhul-Islam wa-Sultanul-^Ulama’ al-^Izz ^Abdul-^Aziz ibn ^Abdis-Salam, al-^Arif biLlah, al-Imam al-Ghazali, Abul-Wafa’ Ibn Aqil al-Hanbali, Qadil-Qudah al-Damighi al-Hanafi, Abul-Walid al-Baji al-Maliki, al-Qadi ^Iyad, al-Imam Fakhrud-Din al-Razi, Abu ^Amr ibn al-Hajib al-Maliki, ^Ala’ud-Dun al-Baji, al-Shaykh Zakariyya al-Ansari, al-Shaykh Baha’ud-Din al-Rawwas al-Sufi, al-^Arif biLlah Qutubud-Da^wah wal-Irshad al-Habib al-Sayyid ^Abdullah ibn ^Alawi al-Haddad, Mufti al-Shafi^iyyah bi-Makkah al-Sayyid Ahmad Zayni Dahlan, Musnidil-Hind WaliyyuLlah al-Dihlawi, Mufti Misr al-Shaykh Muhammad ^Illish al-Maliki, Shaykhul-Jami^il-Azhar ^Abdullah al-Sharqawi, al-Shaykh Abul-Hasan al-Qawuqji, Muhaddith al-Diyarish-Shamiyyah aw Khalifatish-Shaykh Badrud-Din al-Shaykh ^Abdullah al-Harari al-Shaykh Husayn al-Jisr al-Tarabulusi, al-Shaykh ^Abdul-Basit al-Fakhuri Mufti Bayrut, al-Shaykh Muhammad Arshad al-Banjari, al-Shaykh Dawud ibn ^Abdullah al-Fatani, al-Shaykh Zaynul-^Abidin al-Fatani Ra’is ^Ulama’il-Hijaz al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi, al-Shaykh al-Adib Wan Ahmad al-Fatani, al-Shaykh Muhammad Mukhtar ibn ^Utarid al-Buquri, Muhaddith al-Diyarish-Shamiyyah al-Akbar al-Shaykh al-Sharif Badrud-din al-Hasani, al-^Allamah al-Habib al-Sayyid ^Alawi ibn Tahir al-Haddad al-Hadrami Mufti Johor, al-Musnid al-Habib Abul-Ashbal Salim ibn Jindan al-Indunisi, al-^Alimul-^Allamah al-Sayyid ^Alawi ibn ^Abbas al-Maliki, al-Muhaddith al-Shaykh Muhammad ^Arabi al-Tabbani, Musnidud-Dunya Muhammad Yasin al-Fadani, al-^Alimul-^Allamah al-Shaykh Tuan Guru al-Haj ^Abdullah Lubuk Tapah al-Kalantani, dan ramai lagi.

[2] Nama asal Imam Abu Mansur Al-Maturidi Ialah Muhammad Bin Muhammad Bin Mahmud Al-Hanafi Al-Mutakallim. Maturidi iatu adalah dinisbahkan kepada suatu tempat dan satu kampong di Samarqandi. Beliau digelarkan sebagai Imamul Huda. Beliau wafat pada tahun 333H di Samarqandi kemudian sedikit daripada kewafatan Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ary. Lihat Al-Hafiz Murtadho Ad-Zabidy dalam Ithaf Saadatil Muttaqiin, juzuk 2 m/s 4-6.

[3] Dia pernah menulis sebuah risalah bertajuk Risalah Penebas Bid‘ah di Kepala Batas. Risalah ini memuatkan beberapa isi penting amalan-amalan yang boleh membawa kepada bid‘ah.

[4] Mohd Yaakub @ Zulkifli Haji Yusoff (1990), “Pengaruh Pemikiran Muhammad ‘Abduh Dalam Gerakan Islam Di Malaysia”, dalam Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid, Tokoh-tokoh Pemikir Dakwah, Selangor: Dewan Pustaka Salam, hlm. 113.

[5] Ketika dia menuntut di Madrasah al-Masyhur Pulau Pinang, guru besarnya pada ketika itu ialah Syed al-Hadi, manakala gurunya ialah Tahir Jalaluddin, kedua-duanya dikenali sebagai tokoh gerakan pembaharuan di Malaysia. Lihat Quirolazni bt Jaafar (1993), “Ahli Sunnah Wal Jamaah : Dasar dan Aktivitinya melalui Persatuan al-Islah di Perlis”, Kertas Projek, Fakulti Syariah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm. 36.

[6] Mohd Yaakob @ Zulkifli Haji Yusoff (1990), op.cit., h. 117. Lihat juga senarai karya-karya beliau di laman http://www.lib.usm.my.press/moro/GPI/bab4.html; Mohd Radzi Othman, “Gerakan Pembaharuan Islam : Satu Kajian di Negeri Perlis dan Hubungkaitnya Dengan Gerakan Pembaharuan Islam di Negeri-negeri Lain di Dalam Malaysia.

[7] Bidang mensohihkan hadis atau mendha’ifkannya adalah bidang ulama’ yang bermartabat hafiz dalam bidang hadis bukan sebarangan orang sahaja boleh mendakwa sesuka hadis ini sohih ataupun dha’if . Adapun mereka yang tidak sampai ke peringkat tersebut bukanlah ahli dalam mensohihkan dan mendha’ifkan hadis.

[8] Ini amat bercanggah dengan ijma’ ulama’ sebagaimana yang disebut oleh Imam Al-Hafidz An-Nawawi di dalam Muqaddimah Kitab Arba’un An-Nawawiyah Fi Al-Ahadits An-Nabawiyah, m/s 8 cetakan Darul Masyari’, beliau berkata ; Yang bermaksud ;
وقد اتفق العلماء على جواز العمل بالحديث الضعيف في فضائل الأعمال“ Telah bersepakat [ijma’] para ulama’ bahawa hadis dha’if boleh beramal dengannya dalam urusan fada’il al-’a‘mal [kelebihan beramal]”.intaha.

[9] Sesetengah aliran kaum muda menganggap amalan furu’iyyah [cabangan] dan khilafiyah [persoalan perselisihan pendapat di kalangan para mazhab] di dalam agama sebagai permasalahan ushuliyah [akidah]. Oleh itu, kita dapati terdapat aliran Kaum Muda ini yang berani mengkafirkan umat Islam yang tanpa hak dan sesuka hati. Inilah sikap taasub dan fanatik yang menjadi sebahagian cara pegangan beragama bagi golongan ini.

[10] Padahal yang sepatutnya dicegah dan dihalang ialah taqlid secara membabi buta. Sikap yang melampau inilah yang membawa huru-hara dalam masyarakat apabila orang yang tiada keahlian dalam agama berbicara dan memberi pandangan. Kaum Muda ini amat iri hati dengan Kaum Tua yang suka menjadikan ulama’ sebagai panduan dalam bermazhab. Ini boleh menyebabkan ajaran aliran Kaum Muda tidak laku dan mendapat sambutan masyarakat Islam sehinggakan terdapat sesetengah aliran Kaum Muda ini mengelarkan Kaum Tua ini adalah pengikut “datuk nenek moyang” bahkan ada yang memanggil “penyembah nenek moyang”.

[11] Mohd Yaakub@ Zulkifli Haji Yusoff (1990), op.cit., h. 114.
Posted by PENCINTA ISLAM at 6:44 AM

http://hanputra.blogspot.com/2010/12/kaum-muda-dan-kaum-tua-khilafiyah-atau.html