Jumaat, Julai 01, 2011

PERBALAHAN KURANG CERDIK DALAM BAB DZURIYYAT ROSULULLOH S.A.W DARI IBU SYARIFAH DAN KAfA'AH SYARFIYYAH (NIKAH SEKUFU SYARIFAH)

DENGAN NAMA ALLOH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI

Puji dan syukur Lillahi Akbar
Atas nikmatnya kecil dan besar
Sholawat akmal beserta salam
Di atas  Datuk Kami Nabi pelita alam
Dan atas keluarganya Nabi
Fathimah, Hasan, Husein dan Ali
Dan turunannya Hasan dan Husein
Hingga kiamat beserta Qur’an,

Syukurlah kita ke HadHrat Maulana Jalla Wa'aza ALLOH Ta'ala kerna di berikan kita naqal dan aqal serta ulamak robbani yang membimbing kefaham kita Ahlussunnah wal jama'ah yang sejati dan menjadi rahmat untuk ummat ini.Hanya manusia  bodoh sahaja yang berfikiran jumud dan tidak berlapang dada dalam perkara khilaf(sama seperti wahabi salafi) semoga ALLOH memberikan taufiqNYA kepada kita dan mereka-mereka yang dangkal aqalnya itu.Kami berpendapat berbalah,bercelagah,berdebat dalam isu dzuriyyat RosulLLOH garis permpuan tidak di iktiraf ini hanya menunjukkan kejahilan seseorang itu dengan ilmu.Bahkan yang lebih jahil,bodoh,benok dan tidak faham dalam ugamanya sampai sanggup memutuskan silaturrohim dengan menantu yang tidak syed&syarifah gara-gara menikah sama anaknya yang syarifah.Dan yang terlebih melampau lagi sampai tidak boleh di kuburkan mayat awam di perkuburan syed&syarifah.Sesungguhnya amalan ini amalan yang tidak di ambil contoh dari Jaddina Al-Mustofa Sayyiduna Muhammad s.a.w.

Para habaib yaman hadhrOlmaut juga pernah memerintahkan supaya di maqamkan Syaikh AbduLLOH Al-Hariri (ULAMAK ARIFBILLAH BUKAN SADAH) di maqomnya para sadah ba'alawi.Jadi kenapa ada lagi yang melampau-lampau pada hal yang tidak sepatutnya di persyadidkan bahkan hanya menimbulkan kasta-kasta di dalam bermu'malat sesama ummat islam dan menimbulkan kebencian kepada zuriyyatnya RosuluLLOH s.a.w.Ada juga yang biadab dengan berani menyatakan seperti seorang yang kononnya ustazzzz  Ustz Sukirman Suryanegara Pribumi mau jadi Habib dan Habibah Yahudi yang nasab dari Perempuan...?pada 12hb September 2010 pukul 11.45 ptg · Suka · 2 orang. rujuk :
http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=150503231647856&id=100001257409171

Perlu dipertegas tidak ada dalil mengenai nasab, rosululloh menyatakan zuriyatnya (keturunannya) terputus gara-gara Perempuan.Adapn hadis “Setiap anak keturunan seorang perempuan dinisbatkan kepada bapak-bapak mereka, kecuali anak keturunan Fathimah. Sesungguhnya mereka dinisbatkan kepadaku dan akulah bapak mereka.”(HR. At Thabrani).hadis inilah menunjukkn keturunan nabi tidak mengira sblah laki2 atau prmpuan,hadis ini juga menunjukkn nabi menyalahi adat kafir quraisy,Nasab orang arab pada masa kafir Quraisy yaitu ke bapak-bapak mereka, jika ia memiliki anak perempuan padam merah mukanya, sebagai firman ALLOH:
Dan apabila seorang dari mereka diberi kabar dengan kelahiran anak perempuan, hitamlah (mereah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah (An-Nahl (16): 58)
Bahkan menurut mereka anak perempuan pantas untuk dikubur hidup-hidup demi menjaga Prestise Kabilah, sehingga dikenal ungkapan "Dafnul Banat Minal Mukarromah".

Akan tetapi untuk hal ini Rosululloh tidak mengikuti tradisi mereka, sepertihalnya yang terungkap dalam hadis:
“Setiap anak keturunan seorang perempuan dinisbatkan kepada bapak-bapak mereka, kecuali anak keturunan Fathimah. Sesungguhnya mereka dinisbatkan kepadaku dan akulah bapak mereka.”(HR. At Thabrani).

Sebenarnya masalah ini suatu masalah yang khilafiyyah. Para ulama' dari kalangan Saadah (Sayyid dan Syarif) dari serata dunia sudah membahaskan tentang hal ini.

Secara asasnya, nasab dinisbahkan kepada ayah. Ini suatu yang disepakati jika sabit syarat padanya seperti nikah yang soh atau jimak yang syubhat,jika tidak nasab ibu itu lebih tentu,yakin dan pasti. Tetapi sebahagian ulama' menisbahkan diri kepada emak kerana kemuliaan keturunan sebelah perempuan seperti Imam Ibnu binti Syafi'e (anak kepada anak perempuan As-Syafi'e). Beliau bernama Imam Ahmad bin Muhammad bin Abdillah. Ibunya bernama Zainab binti Imam As-Syafi'e. Maka, Imam Ahmad ini dinisbahkan kepada ibunya dengan gelaran Ibnu Binti As-Syafi'e.

Bahkan, ada kondisi khusus juga menyebabkan seseorang menisbahkan diri kepada sebelah ibu untuk adab seperti anak Saidina Ali ra. yang bernama Muhammad. Muhammad tidak dikenali sebagai Muhammad bin Ali r.a. kerana sudah menjadi kebiasaan bahawa anak Saidina Ali r.a. adalah daripada zuriat Fatimah r.a., sedangkan Muhammad itu adalah anak Saidina Ali daripada isteri yang lain yang bernama Khaulah binti Ja'far Al-Hanafiyyah. Maka, untuk mengelakkan kekeliruan, beliau dikenali sebagai Muhammad bin Al-Hanafiyyah, yang menisbahkan diri kepada ibunya iaitu Al-Hanafiyyah. Ia diamalkan pada zaman salaf namun tidak diingkari.

Al-alim Al-Allamah Al-Imam sanusi antara ulamak yg menisbahkan jihah ibu sebagai tabaruk dn ramai lagi ulamak-ulamak keturunan nabi yg jihah ibu.. ...
هو الإمام محمد بن يوسف بن عمر بن شعيب السنوسي، وبلقب السنوسي اشتهر، نسبة لقبيلة بالمغرب، ويلقب أيضا بالحسني نسبة للحسن بن علي أبى طالب من جهة أم أبيه.
وهو تلمساني أيضا نسبة إلى بلدة تلمسان.
وهو عالم تلمسان وصالحها وزاهدها وكبير علمائها الشيخ ...العلامة المتفنن الصالح الزاهد العابد الأستاذ المحقق الخاشع أبو يعقوب يوسف.
كان مولده بعد الثلاثين وثمانمائة


Antara kitab-kitab para ulama' yang membenarkan nisbah syaraf melalui perempuan adalah

1) Juz fi Isbat As-Syaraf min Qibal Al-Um oleh Imam Ibn Marzuq
2) Isma' As-Shom fi Isbat As-Syaraf min Qibal Al-Um oleh Imam Muhammad Abdul Rahman Al-Marakisyi
3) Al-Nuqul Al-Munifah fi Hukm Syaraf Walad As-Syarifah oleh Imam Ibn Biri, mufti Makkah.
4) Al-Fauz wa Al-Ghanam fi Mas'alah As-Syaraf min Al-Umm oleh Imam Allamah Ahmad Ar-Ramli Al-Hanafi

Antaranya boleh dapati di ...website:

Isma' Al-Ashom boleh didapati makhtutatnya di sini:

http://ia301540.us.archive.org/3/items/majmuu_ismaasum_ms/majmuu_ismaasum_ms.pdf

Al-Fauz wa Al-Ghanam pula ana jumpa sebutannya sahaja di Hadiyyah Al-Arifin oleh Al-Babani...

Boleh didapati di di:

http://www.islamport.com/b/4/faharis/%DD%E5%C7%D1%D3%20%C7%E1%DF%CA%C8/%E5%CF%ED%C9%20%C7%E1%DA%C7%D1%DD%ED%E4/%E5%CF%ED%C9%20%C7%E1%DA%C7%D1%DD%ED%E4%20007.html

Di bawah nama Ar-Ramli

 Jadi, menisbahkan kepada ibu tidaklah tertolak secara mutlak walaupun sebahagian ulama' tidak menerimanya. Jadi, kesimpulannya, ia adalah masalah khilafiyyah. Dalam amalan Rabitah Alawiyyah termasuk di Malaysia, Indonesia dan hadramaut, tidak mengambil kira garis perempuan. Tetapi, nuqaba' asyraf di sebahagian negara-negara Arab lain, ada yang mengambil kira garis perempuan juga seperti Nuqaba' Asyraf di Mesir dan sebagainya.

Apa yang disepakati juga, Rasulullah -shollallahu 'alaihi wasallam- tetap datuk (Al-Jadd) kepada keturunan Baginda -shollallahu 'alahi wasallam- samada dari keturunan lelaki mahupun dari keturunan perempuan. Kemuliaan darah Rasulullah -shollallahu 'alaihi wasallam- tidak akan terputus sama sekali walaupun dari sebelah perempuan.

Maka, nasab secara asalnya memang mengikut sebelah lelaki (ayah). Namun, tidak ada larangan secara muktamad menisbahkan kepada sebelah ibu dengan menjelaskan kedudukan sebenar bahawa ia dari sebelah ibu untuk kepastian.

Masalah keturunan dari sebelah perempuan (Syarifah) dikatakan tidak Syarif bukan kerana hilang kemuliaan secara total, tetapi hanya kembali kepada hukum pengharaman mengambil sedekah. Maksudnya, anak keturunan dari sebelah perempuan selalunya tersembunyi, maka tidak lagi Syarif iaitu, tidak haram mengambil sedekah.

Imam Ibn Hajar Al-Haitami menyebut dalam Fatawa Hadithiyyah:

"Maka telah tetap di sisi khalaf sebagaimana salaf, bahawa anak kepada Syarifah tanpa ayah Syarif, maka anak itu tidak seorang Syarif. Jika dihukum umum khususiyyat syaraf tersebut bahawa anak seluruh syarifah juga syarif, maka haram baginya sedekah. Akan tetapi, tidak begitu (tidak diharamkan ambil sedekah bagi anak syarifah yang ayahnya tidak syarif)"

Sebatas itu sahaja sebenarnya beza garis keturunan dari sebelah ayah dengan garis keturunan dari sebelah ibu. Ia kembali kepada masalah fiqhiyyah, tetapi tidak menafikan kemuliaan keturunan dan kemuliaan darah yang diwarisi oleh keturunan dari garis lelaki mahupun garis perempuan. Warisan darah secara biologis sudah terbukti sama sahaja antara garis lelaki dengan garis perempuan. Maka, tiada salah jika tujuan menjaga kemuliaan Dzurriyat Rasulullah -shollallahu 'alaihi wasallam- daripada garis perempuan juga.


Islam dan “budaya berpendidikan” telah “sepakat” untuk membenarkan “status keturunan” dari garis perempuan.Bahkan jumhur ulamak menyatakan keturunan ibu itu lebih sabit,kuat,nyata dari keturunan ayah.Adapun keturunan ayah itu sabit pada keturunan dengan beberapa perkara seperti nikah yang sah,wati yang syubahat dan lain-lain. Apabila ada orang yang membedabedakan garis laki-laki dan perempuan maka berarti orang itu bukan penganut paham Islam yang sebenarnya dan bukan pula penganut “budaya berpendidikan.” Dan lebih “tidak berpendidikan” lagi orang yang mengatakan bahwa hubungan nasab keturunan anak perempuan terputus dari ayah si perempuan. Paham ini berakibat pada penolakan terhadap keturunan Rasulullah sebagai Ahlulbayt, ada banyak orang Arab awam yang berkata bahwa Rasulullah SAW tidak memiliki keturunan dari anak laki-laki, Hasan-Husain adalah putra Fathimah yang berarti putus nasab dari Rasulullah SAW. Paham ini sebenarnya adalah warisan bangsa Arab jahiliyah yang pernah diabadikan dalam sebuah syair :

بَنـُوْنَا بَنُوْ أَبْنَائِنَا وَبَـنَاتُنَا بَنُوْهُنَّ أَبْنَاءُ الرِّجَالِ الأَبَاعِدِ

“Anak-anak kami adalah
keturunan dari anak-anak laki-laki kami.
Adapun anak-anak perempuan kami,
keturunan mereka adalah anak-anak orang lain.”

Cucu dari anak perempuan itu hanya keluar dari deretan daftar ahli waris, dalam istilah ilmu “Fara’idh” disebut “mahjub” (terhalang untuk mendapat warisan). Namun dalam deretan “dzurriyyah” (keturunan), cucu dari anak perempuan tidak beda dengan cucu dari anak laki-laki; mereka sama-sama cucu yang akan dipanggil “anakku” oleh kakek yang sama. Apabila kakek mereka adalah orang shaleh maka mereka sama-sama masuk dalam daftar keturunan yang akan mendapat berkah dan syafa’at leluhurnya, sebagaimana firman Allah:

وَالَّذِيْنَ آمَنُوْا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُمْ بِإِيْمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ ..

“Dan orang-orang yang beriman dan anak-cucu mereka mengikuti mereka dengan beriman, maka Kami gabungkan anak cucu mereka itu dengan mereka .. “ (Q.S. Ath-Thur : 21)

Jadi, madzhab para masyaikh al-azhar asyrif dan ulamak-ulamak kita yang terbuka, adalah bahwa cucu dari garis perempuan dan dari garis laki-laki itu sama-sama cucu, kalau kakek mereka ulama shaleh maka -insyaallah- mereka sama-sama akan mendapat berkah. Termasuk anak cucu Rasulullah SAW, baik yang garis silsilahnya laki-laki semua hingga ke Rasulullah SAW, maupun yang melaui garis perempuan.

Madzhab ini telah lama dianut oleh Kiai-kiai keturunan Walisongo, terbukti dengan banyaknya kiai-kiai yang menulis nasab mereka yang bersambung pada Walisongo melalui garis perempuan. Terbukti pula dengan yang dikenal oleh Kiai-kiai bahwa Syekh Kholil adalah cucu Sunan Gunung Jati, padahal nasab Syekh Kholil pada Sunan Gunung Jati melalui garis perempuan, sedangkan dari garis laki-laki bernasab pada Sunan Kudus

Janganlah kita menolak wahabi yg terlalu keras dalam masalah khilafiyyah sedangkan kita juga keras dalam masalah khilafiyyah.

Memang sudah menjadi kewajaran tradisi saadah di Nusantara bercorak "tradisi Alawiyyah daripada Hadramaut kerana kebanyakan mereka berketurunan Saadah Alawiyyah tersebut. Tetapi, ahlul-bait bukan sekadar daripada Hadramaut sahaja. Bahkan, Ahlul-Bait di serata dunia lebih ramai lagi. Tradisi mereka juga tidak sama seperti tradisi Saadah Alawiyyah.

Untuk ringkasan, saya sertakan sebuah forum naqabah ahlul-bait Arab yg membincangkan masalah "nisbah" kepada garis sebelah perempuan yg lebih dikenal sebagai asbath atau ibn al-buthun.

http://www.alashraf.ws/vb/%BB%BA%B0-%C3%E4%D3%C7%C8-%C7%E1%D3%C7%CF%C9-%C7%E1%C3%D4%D1%C7%DD-%B0%BA%AB/2259-%E4%D3%C8-%C7%E1%C7%C8%E4%C7%C1-%C7%E1%EC-%C7%E1%C7%E3-%C7%E1%D4%D1%ED%DD%C9.html

Hiwar tersebut melibatkan beberapa haba'ib dan saadah antaranya As-SAyyid باسل (yang mempertahankan tradisi kebanyakan naqabah asyraf di serata dunia (selain Hadramaut dan Nusantara) yang masih memasukkan zuriyat daripada sebelah ibu ke dalam pendataan mereka) dengan As-Sayyid ابو الحسن yang membela tradisi Saadah HAdramiyyah.

Antara Naqabah Asyraf yang menerima "nisbah" daripada garis perempuan adalah Naqabah Asyraf Mesir, Turki, IRaq dan SYam (menurut As-Sayyid باسل). Ini menunjukkan masih ramai ahlul-bait serata dunia berbanding saadah Hadramiyyah dan Jawiyyah yang mengiktiraf "kemuliaan" mereka yang lahir daripada garis perempuan.

Kafa'ah Syarfiyyah dalam mazhab Syafi'e dan sebagainya adalah berkaitan dengan pernikahan. Sebagaimana masyhur dalam mazhab As-Syafi'e, kafa'ah itu dinilai daripada beberapa sudut antaranya adalah nasab. Maka, kepentingan Kafa'ah Syarfiyyah berkaitan dengan masalah hukum pernikahan, bukan masalah menafikan kemuliaan zuriat yang lahir daripada penikahan yang tidak kufu'.

Kafa'ah perlu,akan tetapi bukan syarat bagi mani' soh nikah,seperti fatwa Syaikhuna Al'alim Al'alamah Dr.Sayyid Yusri Rushdi ibnu Sayyid Jabbar Al-Hasani Al-Azhari: harus laki2 yg tidak syarif itu berkahwin dgn wanita yg syarifah dgn syarat laki2 itu seorang yg alim.hal ini telah di amalkan oleh Sayyidi Syaikh Sayid Abul Hasan As-Syazuli Al-Hasani,beliau ialah keturunan Jaddina Sayyiduna Muhammad bahkan seorang wali qutub dan mursyid toriqoh,akan tetapi anak perempuannya di kahwinkan dengan Sayyidi Abu Abbas Al-Mursi AKHWAL seorang alim kabir tidak keturunan syarif@syed.Bahkan Syaikhuna Sayyid Yusri Al-Hasani juga mengamalkan seperti itu dengan mengkahwinkan anak perempuannya dengan Syaikhuna Syaikh Usamah Mahmud Muhammad Al-Azhari anak murid kesayangan Syaikhuna Mufti Ali Juma'ah.Jadi nya,ini adalah khilaf ulamak.maka jangan bergaduh atau bermusuhan dengan perkara khilaf,amalkan fatwa ulamak mana yg kita cenderung,tapi jangan mengeji fatwa ulamak yg lain.

Nabi Muhammad saw memotong satu demi satu tonggak kepongahan ras. Ia memotong kebiasaan pernikahan yang didasarkan kepada kesederajatan dalam keturunan. Ia menikahkan budak-budak belian dengan perempuan bangsawan. Ia bersabda, “Aku menikahkan Zaid bin Haritsah kepada Zainab binti Jahasy dan aku menikahkan Miqdad kepada Dhiba’ah binti Zubair bin Abdil Muthallib supaya mereka mengetahui bahwa kemuliaan yang paling tinggi adalah Islam dan bahwa yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bagus keislamannya.” (Kanz Al-Umml 313; Makarim Al-Akhlaq 1:452-1546).
Satu lagi galakan Rasulullah SAW mengenai ciri-ciri wanita adalah pada keturunan, (wajah), harta dan agama. Ini bukanlah bermakna Rasulullah SAW menyatakan keturunan baik-baik spt. Syed perlu menikah dengan Syarifah atau Nik perlu menikah dengan Nik dsb. Dan Rasulullah SAW menggalakkan pula mencari agama pada wanita berkenaan - maka akan dapatlah keturunan, wajah dan harta kerana agama meliputi keseluruhan itu. Jadi kajilah, apa maksud sebenar keturunan/wajah, apa maksud sebenar harta?

Ia memotong kebiasaan orang Arab untuk merendahkan orang ‘Ajam dengan memberikan penghormatan kepada para sahabat yang berasal dari luar Arab, seperti Salman al-Farisi. “Pada suatu hari Salman sedang duduk bersama orang-orang Quraisy di Mesjid. Mereka sedang membangga-banggakan keturunan mereka secara bergiliran. Ketika sampai kepada Salman, Umar bin Khatab bertanya kepadanya, ‘Katakan kepadaku siapa kamu? Siapa bapakmu? Apa asal-usulmu?’ Salman menjawab, ‘Aku Salman anak hamba Allah. Dahulu aku tersesat, lalu Allah memberikan petunjuk kepadaku melalui Muhammad saw. Dahulu aku miskin, lalu Allah memperkaya aku dengan Muhammad. Dahulu aku budak, lalu Allah membebaskan aku dengan Muhammad. Inilah nasabku dan inilah hasab-ku.’ “Ketika Nabi keluar dan menemukan Salman berbicara kepada mereka, Salman berkata kepada Nabi, ‘Ya Rasulullah ingin aku adukan apa yang aku dapatkan dari mereka. Aku duduk bersama mereka dan mereka mulai menjelaskan nasab mereka dan membangga-banggakannya. Ketika sampai kepadaku, Umar bin Khaththab berkata kepadaku: Katakan kepadaku siapa kamu? Siapa bapakmu? Apa asal-usulmu? Aku menjawab aku Salman anak hamba Allah. Dahulu aku tersesat, lalu Allah memberikan petunjuk kepadaku dengani Muhammad saw. Dahulu aku miskin, lalu Allah memperkaya aku dengan Muhammad. Dahulu aku budak, lalu Allah membebaskan aku dengan Muhammad. Inilah nasabku dan inilah hasabku.’

“Rasulullah saw bersabda, ‘Hai orang-orang Quraisy sesungguhnya hasab manusia itu adalah agamamu, jati dirinya adalah akhlaknya, dan asal-usulnya adalah akalnya. Allah swt berfirman: Sesungguhnya Kami menciptakan kamu laki-laki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berbagai suku bangsa dan golongan supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah yang paling takwa.’ (QS. Al-Hujurat; 13)’ Selanjutnya Nabi saw berkata kepada Salman: ‘Tidak ada seorangpun di antara mereka yang lebih utama dari kamu kecuali karena ketakwaan kepada Allah. Jika kamu lebih takwa maka kamu lebih utama di atas mereka.’” (Bihr Al-Anwr 22:511)

Kepada Salman, Nabi saw juga menyampaikan sabdanya yang terkenal, “Salman dari kami Ahlul Bait”. Pada zaman Imam Ja’far al-Shadiq, Al-Fadhl dengan bapaknya Isa dari keturunan Bani Hasyim menemui Imam Ja’far. Isa bertanya, “Betulkah ucapan Rasulullah saw bahwa Salman seseorang dari kami Ahlul Bait?” Imam menjawab, “Betul.” Ia bertanya, “Jadi dari keturunan Abdul Muthallib?” Imam menjawab, “Dari kami Ahlul Bait.” Ia bertanya lagi, “Jadi dari keturunan Abu Thalib?” Imam menjawab, “Dari kami Ahlul Bait.” Isa berkata kepada Imam: “Aku tidak mengenal (silsilah) dia.” Imam Ja’far berkata, “Ketahuilah, hai Isa, bahwa Salman dari kami Ahlul Bait.” Kemudian Imam merapatkan tangannya ke dadanya seraya berkata, “Hubungan itu tidaklah seperti anggapan kalian.

Mengenai persoalan pengiktirafan ahlul bayt terhadap Sayyidina Salman Al-Farisi r.a. dan Sayyidina Zaid bin Harisah r.a.

Semasa perang Khandaq, kaum Anshar sama berdiri dan berkata:

“Salman r.a. dari golongan kami”.

Bangkitlah pula kaum Muhajirin, kata mereka:

“Tidak, dia (Salman) dari golongan kami!”

Mereka pun dipanggil oleh Rasulullah SAW, dan baginda bersabda:

"SALMAN ADALAH DARI GOLONGAN KAMI (AHLUL BAIT)" (satu riwayat menyatakan Rasulullah menunjukkan kepada dirinya)

Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a (kw) menggelarkan Salman r.a. sebagai “Luqmanul Hakim”. Dan sewaktu ditanya mengenai Salman r.a. semasa kewafatan Salman,

maka jawabnya (Sayyidina Ali r.a.) :


“DIA ADALAH SEORANG YANG DATANG DARI KAMI DAN KEMBALI KEPADA KAMI AHLUL BAIT. Siapa pula di antara kamu yang akan dapat menyamai Luqmanul Hakim. Dia telah beroleh ilmu yang pertama begitu juga ilmu yang terakhir. Dan telah dibacanya kitab yang pertama dan juga kitab yang terakhir. Tidak ubahnya dia bagaikan lautan yang airnya tidak pernah kering”.

Sesungguhnya Allah menciptakan tanah kami dari tempat yang tinggi dan menciptakan tanah untuk golongan kami di bawah itu. Mereka termasuk golongan kami. Tuhan menciptakan tanah untuk penciptaan musuh kami dari Sijjin, tempat yang paling rendah dan menciptakan golongan mereka di bawah itu. Mereka termasuk golongan mereka. Salman lebih baik dari Luqman.” (Bihr Al- Anwr 22:481) Salman termasuk di antara tonggak-tonggak yang meperkokoh mazhab Ahlul Bait. Tonggak-tonggak lainnya adalah Miqdad, Ammar bin Yasir, dan Abu Dzar. Semuanya tidak berasal dari Bani Hasyim, tetapi mereka semua diciptakan dari bahan tanah yang sama. Pada suatu hari terjadilah perdebatan antara Abu Dzar dengan salah seorang budak yang berkulit hitam. Abu Dzar melontarkan kalimat, “Hai anak perempuan hitam.” Mendengar itu Nabi saw menepuk bahu Abu Dzar, “Thaf? sh?’. Keterlaluan kamu Abu Dzar. Tidak ada kelebihan orang putih di atas orang hitam, tidak ada kelebihan orang Arab di atas orang ‘Ajam kecuali karena amal salihnya.” Mendengar itu, Abu Dzar merapatkan kepalanya ke tanah. Ia meminta kawannya itu menginjak kepalanya sebagai tebusan atas kepongahan ras yang secara tidak sengaja tampak keluar dari mulutnya.

Kesimpulannya maksud Ahlul bayt yang sebenar dan ulama warisatul anbia adalah golongan yang sama malah saling berkait.

a) Ahlul bayt bernasab secara genetik/silsilah atau baka. Bagi yang sedar akan mewarisi sifat-sifat yang ada pada Rasulullah SAW serta mengambil contoh tauladannya termasuk mengamalkan sunnah-sunnahnya dan sentiasa mengingati baginda (rabitah dan wasilah bagi tafsiran ahlul bayt) Ilmu warisan ini dimiliki oleh Ulama Warisatul Anbia dan Ahlul Bayt perlu mencari Ulama Warisatul Anbia untuk mempelajari ilmu seperti ini.

b) Ulama Warisatul Anbia bernasab pada silsilah perguruan dan ilmunya yang juga sampai kepada Rasulullah SAW - juga menerusi Syeikh Zaini Dahlan, Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (yang juga ahlul bayt secara nasab keturunan) dan tiba kepada Sayyidina Hussin dan Hassan r.a. Mereka juga mewarisi ilmu, sifat-sifat, contoh tauladan, sunnah-sunnah dsb sebagaimana ahlul bayt.

Bezanya kebanyakan mereka yang termasuk dalam ulama warisatul anbia umpamanya ulama muhaqqiqin, waliyullah tidak kira apa pangkatnya mengambil ciri-ciri ini kerana akhlak Rasulullah itu adalah Al-Qur'anul Karim (rujuk Hadis berkaitan) iaitu kalam yang qadim di atas zat yang qadim. Maka ciri-ciri yang dimiliki Rasulullah SAW perlu diikuti.

c) Ahlul bayt dan Ulama Warisatul Anbia adalah mereka yang berpegang kepada iktiqad ahlus sunnah wal jamaah 4 Madzhab yang rojeh.

d) Ahlul bayt dan Ulama Warisatul Anbia perlu memahami dan menghayati kalimat tauhid dan ditahkikkan dengan dua kalimah syahadah.

d) Zaid bin Haritsah r.a. (yang namanya disebut dalam Al-Qur'anul Karim) dan Salman Al-Farisi r.a. - jika ditanya kepada Rasulullah SAW maka baginda mengelarkan mereka "putera Rasulullah SAW" dengan kata lain, Rasulullah telah mengangkat taraf/darjat kedua mereka menjadi 'ahli rumahnya' (ahlul bayt).

Perlu di fahami apakah yang di maksudkan ahlul bayt???zuriyyyah??? 'ithroh??? dan qurba???? apakah perbeza'anya...pelajarilah jika kamu tidak mahu bermusuhan dengan kejahilan kamu.

Kami menghormati Saadah Alawiyyah Hadramiyyah dan Nusantara namun dalam masa yang sama kami juga menghormati Saadah dan Asyraaf seluruh dunia yang lain kerana mereka juga Ahlul-Bait sebagaimana Saadah Alawiyyah. Maka, perbezaan tradisi dalam kalangan Ahlul-bait tidak boleh menjadi punca perpecahan atau saling mengecam antara satu sama lain (apatah lagi sesama Ahlul-Bait). Maka, wajarlah kita mengiktiraf juga tradisi saadah lain walaupun tidak sesuai dan tidak diamalkan dalam tradisi saadah tempat kita.

Hatta al-faqir sendiri jika menganggap zuriat yang lahir daripada garis perempuan sebagai terputus nasab daripada Rasulullah s.a.w., pun begitu tidak tergamak untuk berkata "terputus syaraf (kemuliaan)" mereka sedangkan darah Baginda Saiyyidina Wa Saiyyidil Wujud masih mengalir dalam tubuh mereka (yg dikatakan terputus nasab tersebut). Hasya wa kalla...

Sebagaimana kami katakan kepada ahlul-bait yang bersambung nasab kepada Rasulullah s.a.w., fidakum abi antum wa ummi, begitu juga kami katakan kepada mereka yang masih mempunyai titisan mulia darah Baginda s.a.w. walaupun melalui garis perempuan.

Kita sahaja tidak sanggup melihat orang menghina cucu kita daripada anak perempuan kita atau anak kepada anak perempuan kepada anak perempuan kita (yang terputus nasabnya daripada kita), bagaimana Sayyidul Al-Khalq sanggup melihat orang menghina cucu Baginda s.a.w. daripada garis perempuan? Allah...Allah...

Masalah nasab masih dalam sekitar masalah fiqh. Terputus ataupun tidak, masih dalam masalah ijtihad dengan dalil2 tersendiri.Tetapi dalam masalah kemuliaan, hasya darah yang mengalir dalam setiap tubuh mereka yang mempunyai hubungan darah dengan Rasulullah s.a.w. tidak ada kemuliaan tersendiri baik dari garis lelaki mahupun sebelah perempuan. Ketika Baginda s.a.w. masih hidup, darah Baginda s.a.w. diminum untuk ditabarruk. Rambut Baginda s.a.w. disimpan oleh para sahabat r.a.. Bagaimana tidak mulia athar Rasulullah s.a.w. dalam tubuh setiap mereka yang mempunyai darah Saidina Rasulullah s.a.w..?

syukron JAZAKUMULLOHU KHORUL JAZAK kepada Al-Alim Al-Fadhil Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Al-Azhari (Abu hibah) kerna banyak menolong al-faqir dalam memahami isu ini di samping manhaj beliau sama dengan apa yang kami talaqqi dengan para masyaikh-masyaikh kami di Gami' Al-Azhar As-Syarif.Sesungguhnya betul lah apa yang sampai di telinga kami bahawa manhaj Al-Azhar itu lebih kepada keilmuan dan keterbuka'an yang sebenar.Tidak jumud atau ta'assub.

KEBENARAN SEPENUHNYA BERSEMAYAM DI DALAM HAKEKAT,
TAPI ORANG DUNGU HANYA MENCARINYA DI DALAM KENAMPAKAN,
LIHATLAH YANG TERDALAM,
JANGAN SEPERTI IBLIS,
HANYA MELIHAT AIR DAN LUMPUR KETIKA MEMANDANG ADAM,
LIHATLAH DI BALIK LUMPUR,
BERATUS RATUS TAMAN INDAH,
MENGAPA BANGGA DILAHIRKAN DARI API ? KALAU TIDAK SEDIKITPUN MENGELUARKAN CAHAYA...

Cukuplah perbahasan dalam masalah ini. Segala puji bagi Allah yang memelihara nasab sesiapa sahaja dan memuliakan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya.Bacalah dengan insof dan husnuzon sebagai seorang mukmin kepada saudara mukminya.


WOLLOHU'ALAM
Al-Faqiruila ALLOH
Syed Ahmad Faez Hafizuddin Al-Aidarus


Di sini kami sertakan nasab salah seorang wali min auliyaiLLAH dari sudan kemudian mesir.Beliau ialah Al-Imam Fakhruddin As-Sayyid As-Syaikh Muhammad Uthman Abduh Al-Burhani RodhiyaLLOHuanhu (Syaikh Toriqoh Sufiyyah Ad-DUSUQIAH).nasab nya di nisbah sebelah ibu ayah beliau r.a dan ramai lagi para ulamak dan waliyyuLLOH bernasabkan Jaddina Nabi s.a.w sebelah ibunya.