Khamis, Mei 19, 2005

winner? loser?

Masa surfing member aku jumpa benda ni? ada bra....?

Khairul Azlan bin Mukhtar

Blok Dahlia

Kolej Tun Utama,

Universiti Malaya

59100 Kuala Lumpur.

________________________________________________________________



Cik Nur Azlin bt Dahlan

Blok Titiwangsa Dua

Kolej Za’ba

Universiti Malaya

59100 Kuala Lumpur 12 JANUARI 2001



MEMOHON MENJADI KEKASIH HATI



Merujuk kepada perkara di atas adalah saya Khairul Azlan b. Mukhtar ingin mengutarakannya kepada pihak cik Azlin.Ini adalah kerana hati saya telah terpaut kepada cik dan melalui surat ini saya memohon untuk menjadi teman teristimewa kepada cik.

2. Untuk pengetahuan pihak cik, saya telah lama memendam perasaan ini kepada cik sejak kita mula-mula bertemu pada minggu haluan siswa tahun 2000 yang lepas. Surat ini ditulis sendiri oleh saya setelah mengetahui dari sumber yang boleh dipercayai tahap kebenarannya bahawa pihak cik belum lagi berpunya teman istimewa.

3. Jika surat ini mengganggu hidup dan jiwa serta fikiran pihak cik,tiada halangan dari pihak saya jika pihak cik ingin melontarkannya ke dalam tong sampah.

4. Akhir sekali,besarlah harapan saya jika pihak cik dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap permohonan saya yang julung-julung kalinya ini.Bersama surat ini saya lampirkan sekuntum bunga ros buat kenang-kenangan sebelum ianya layu.

5. segala kerjasama dan jawapan dari pihak cik saya tunggu dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.





Yang Benar-benar berharap,









----------------------------------------

(KHAIRUL AZLAN MUKHTAR)





p:s/ pastikan format surat mengikut KBSM dan KBSR terkini

versi asal: http://www.geocities.com/sicsiderz/surat.htm

1 ulasan:

DarkWan berkata...

kalo ko perasan, nama penerima adalah Azlin Dahlan. nama lecturer ITC120 'ko' :p