Sabtu, Februari 25, 2006

Respon Pembaca: Isu Black Metal

Terima kasih atas sokongan anda semua.. aku memang suka anda memberi respon kepada entry aku. dan ini adalah pandangan pembaca mengenai isu black metal.

Anonymous said...

isu black metal... saya memang tidak tahu sangat tentang black metal ni. Yang saya tahu black metal ni mempunyai unsur2 yang tidak baik untuk orang islam. Contohnya cara penyampain sesebuah lagu. ya mungkin lirik lagu itu kearah positif tapi caranya sama dengan black metal. mungkin saudara tidak paham atau saudara ni bukan islam. komen ini untuk orang islam sahaja. mungkin saudara tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa muzik black metal ni adalah satu cara barat untuk menjatuhkan orang islam. ketahuila saudara, orang barat sentiasa menjatuhkan orang islam dengan cara hiburan. kamu mungkin mempunyai lirik yang bagus yang kearah positif tapi cara penyampaian lagu masi sama dengan black metal. adaka terpekik terlolong itu budaya islam. Saya tidak anti black metal dan saya juga bukan pro black metal, saya neutral. Saudara sedar lah, muzik yang saudara laungkan itu adalah pemusnah bagi remaja islam zaman ini. mula-mula mungkin liriknya kearah positif tapi lama kelamaan mungkin saudara akan sesat kerana orang barat sentiasa mencari kelemhan remaja islam. pesan saya kepada saudara, ingat lah barat(yahudi) sentiasa menghancurkan umat islam dengan cara hiburan. contoh nya black metal. lihat saja lah prilaku black metal. sebelum saudara marah kerana tersekat kebebasan, cuba luangkan sedikit masa dengan orang yang lebih arif dengan islam atau arif masalah remaja islam. bukan la mendengar nasihat nya cuba cuba berdialog untuk memahami isi hati orang yang anti black metal ini.

Aku ulas sikit:

Pertama sekali, aku adalah islam. keduanya aku bukan peminat atau pejuang black metal. Ketiganya penulisan aku adalah global, tidak menjurus kepada sesuatu isu sahaja. Tujuan aku mengetengahkan isu tersebut, bukan kerana aku menyokong dan ingin menghalalkan black metal (black metal telah difatwakan sbg ajaran sesat)tetapi aku memperjuangkan penindasan dan ketidak adilan media (berdasarkan liputan) dan polis di malaysia.Untuk kejadian di paul's place semasa malam tahun baru. Serbuan diadakan berdasarkan liputan media yg tidak betul (konsert black metal utk menggantikan pesta seks dilangkawi).Kawan2 fotografer aku turut menyertai gigs tersebut utk mengambil beberapa shot dan mereka telah menceritakan apa yang berlaku dgn detail sekali. Untuk pengetahuan semua, harian metro melaporkan mereka berada 5jam didalam paul's place sebelum serbuan dilakukan.. what the fuck!!! walhal masa serbuan dilakukan band ke-3 baru je start perform. sedangkan setiap band hanya perform dalam 2 hingga 3 lagu dan puratanya ialah 15 minit..3 band bermaksud 15X3=45 minit. Metro hanya mahu mensensasikan isu..dan band yg perform semasa serbuan memakai pakaian biasa (ada anggota yg pakai baju melayu) dan hanya memainkan lagu jiwang yang nak mampos!!! adilkah ini? Kepada harian metro, sila sertakan bukti jika anda ingin membuat laporan.Oleh sebab itu aku cakap, dalam harian metro 2 benda je yang betul, tarikh dan keputusan nombor ekor!!hehhe..sorry ye..

Aku nak mintak pandangan sikit dari pengamal undang-undang di Malaysia (kalau ada yang membaca blog ini), boleh tak polis menyerbu ke sesebuah premis persendirian tanpa waran? (aku tak tahu, kalo nak geledah rumah memang kena pakai waran).Bolehkah polis membuat penangkapan mengikut budi bicara mereka sendiri tanpa usul periksa? (adakah undang2 sebegini? kalau darurat tu betul la).sebab orang yang sedang makan dkt area paul's place pun kena tangkap.. eehehehehe.. dalam Drama GERAK KHAS, polis semuanya betul..bagus..bagus.. aku harap ia menjadikan kenyataan.

p/s: Kawan2..ajaran black metal telah diharamkan oleh Majlis fatwa..so yang haram tetap haram..tap adakah music black metal turut diharamkan? bukan hanya ajaran saja yang haram? aku tak tahu

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ajaran tu memang la haram. aku rasa yg follower black metal tu sendiri sedia maklum.

kalau lagu tanjung puteri, dibawakan semula dalam irama black metal tu, haram juga ke? lagu atau ajaran yg haram ek? hehehe. mari mari haramkan lagu tanjung puteri.

oh, pasal paul's place. kat seremban yg setat kecoh tu, membe aku pun kena cekup.

Tanpa Nama berkata...

yg halal pn blh jadik haram. yg haram byk dh jadik halal. Perasan??? tak perasannn...