Ahad, Mac 18, 2007

Agenda Tersembunyi

Lindungi pengguna daripada godaan kad kredit

Oleh: ZIN MAHMUD (WARTAWAN UTUSAN)

Sistem kad kredit dicipta di Amerika Syarikat (AS) di mana produk berasal dari sana menguasai pasaran hingga ke seluruh dunia pada hari ini.

Bank-bank di sana telah lama memikirkan cara mana untuk mengaut lebih banyak keuntungan dan daripada penyelidikan serta inovasi, sistem kad kredit inilah antara hasilnya. Bagaimana bayaran minimum ditetapkan, serta yuran dan cara mana promosi dilakukan adalah kesemuanya hasil daripada pemikiran lampias otak yang mendalam. Kesemuanya berasaskan terhadap kesedaran mengenai kelemahan manusia dari sudut psikologi berbelanja dan berhutang. Matlamatnya adalah untuk keuntungan besar institusi-institusi kewangan di sana.

Dalam keadaan ini, persatuan-persatuan pengguna serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang bertujuan melindungi pengguna bangkit dan mempertahankan orang ramai daripada godaan kad kredit.

Tetapi persatuan-persatuan pengguna tidak berupaya melawan bank-bank besar itu. Bank-bank itu mempunyai badan-badan penyelidikan masing-masing untuk mencari jalan bagaimana hendak mengaut keuntungan daripada pengguna. Mereka juga tidak mahu pengguna jatuh bankrap. Ini kerana jika bankrap, pengguna itu tidaklah dapat menggunakan kad kredit mereka.

Maka mereka menubuhkan unit-unit penasihat kewangan bagi membimbing para pengguna kad kredit supaya tidak jatuh muflis, dan terus dapat menggunakan perkhidmatan bank serta selanjutnya meningkatkan lagi keuntungan institusi kewangan itu.

Persatuan pengguna juga menubuhkan unit-unit kaunselor dan nasihat mereka tetapi ia lebih menjuruskan kepada menghalang terus penggunaan kad kredit. Ini kerana secara keseluruhannya penggunaan kad kredit merugikan pengguna.

Bagaimanapun, pengguna tidak berupaya melawan godaan kad kredit. Ini kerana terdapat dua ciri sistem ekonomi kapitalis. Pertama, pengguna digalakkan berbelanja. Kedua, pengguna digalakkan berhutang. Barulah sistem ini dapat bergerak dan berkembang.

Sistem ini di mana bank juga adalah sebahagian daripadanya berkempen melalui iklan dan promosi besar-besaran. Sedangkan iklan dan kempen bagi melindungi pengguna tidak banyak kerana motivasi serta dana yang dimiliki oleh persatuan pengguna adalah terhad.

Dalam keadaan ini, muncul pula industri kaunselor kewangan swasta. Mereka menawarkan khidmat motivasi untuk pengguna supaya merancang kewangan ini. Industri ini juga besar. Kejayaannya adalah kerana pengguna tidak mampu merancang kewangan mereka apabila berdepan dengan godaan berbelanja.

Sudahlah kena keluarkan wang untuk berbelanja, dan ditambah lagi membayar caj-caj kredit, pengguna pula membayar lagi untuk mendapat nasihat kewangan. Begitulah sistem ini berfungsi.

Maka amalan menggunakan kad kredit juga sampai ke Malaysia dan mula luas digunakan pada tahun 90-an apabila penduduk negara ini ghairah dengan pelbagai produk kewangan, termasuk saham dan pelbagai jenis pinjaman.

Tetapi kini dapat dilihat betapa terdapat empat pinjaman yang hampir terpaksa dibuat oleh pengguna di negara ini. Pertama, pinjaman pelajaran. Kedua, pinjaman kereta. Ketiga, pinjaman perumahan. Keempat, pinjaman melalui kad kredit.

Dari mana inovasi-inovasi kewangan ini dicipta? Sudah tentu kebanyakannya dari AS. Termasuk produk yang memaksa kepada pinjaman itu. Umpamanya konsep pembinaan taman-taman perumahan teres dimulakan di AS. Ia dapat dijayakan melalui pinjaman. Malah kereta serta cara mana menggalakkan pembeliannya melalui pinjaman bank juga dicipta di AS. Sementara perkembangan kad kredit juga dikaitkan dengan pertumbuhan kompleks membeli-belah, semuanya ciptaan AS.

Manusia moden tidak akan bebas daripada hutang dalam keadaan seperti ini, lebih-lebih lagi melalui adanya kad kredit.

Apabila amalan kad kredit mula meluas di Malaysia, persatuan pengguna khususnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dengan tegas menolak penggunaannya. Ia tidak mempersoalkan sistem atau syarat, tetapi terus menolaknya secara mutlak.

Tetapi promosi kad kredit semakin agresif dan digalakkan. Sudah tentu persatuan pengguna tidak berupaya berlawan dengan bank-bank yang bajet iklan dan promosinya adalah besar. Akhirnya masyarakat akan menerima dengan mudah.

Pihak yang harus melindungi pengguna adalah Bank Negara kerana mereka mempunyai kuasa untuk mengenakan peraturan. Tetapi sudah tentu Bank Negara juga menjaga kepentingan industri bank. Malah hubungannya yang rapat dengan bank adalah lebih kuat daripada kaitannya dengan persatuan pengguna.

Mungkin ada baiknya sebahagian daripada keuntungan besar yang dikaut oleh syarikat-syarikat kad kredit itu diperuntukkan kepada kempen mengurangkan penggunaan kad kredit.

Akhirnya, pengguna menanggung semua. Ia terpaksa berbelanja untuk menggunakan kad kredit. Sebahagian daripada wang itu pula digunakan untuk mendidik diri sendiri supaya mengurangkan penggunaan kad kredit.

Tetapi komuniti bisnes akan menolak usaha mengurangkan penggunaan kad kredit. Ini kerana pengurangan penggunaan kad kredit akan menjejaskan perniagaan mereka. Jika perniagaan mereka terjejas, ekonomi juga terganggu. Ada yang tidak kena dengan sistem ini. Pengguna biasa terus terbeban, terhimpit dan terkapai-kapai di bawah bayangan bangunan-bangunan pencakar langit milik bank-bank.

Jumaat, Mac 09, 2007

Analisis Kes Politik Dunia Hiburan

Kes Linda Onn

PERINGKAT AWAL

* Penghujung Januari 2007 - Linda
diberitahu oleh Rostam (Pengurus Program Era) tentang pemilihan Linda
untuk ke
Los
Angeles.
* Setelah disahkan melalui perbualan telefon
bersama Nini (Star Movies),Linda kemudian berhubung dengan Shamel
(pegawai Star
Movies) untuk perkara-perkara yang lebih lanjut.

- Linda diberitahu yang
mereka (Star Movies) akan mencari pakaian jenama antarabangsa untuk
Linda bagi
acara besar ini.

- Surat permohonan pinjaman/tajaan baju daripada
BCBG diberikan kepada Linda (bertarikh 9

Februari 2007 seperti
dilampirkan).

- Demi untuk memenuhi kehendak STAR MOVIES,Linda pergi ke
Butik BCBG (KLCC) dan mencuba pakaian mereka. Setelah dipilih pakaian
yang
sesuai dengan imej Linda, Linda diberitahu oleh pembantu pelanggan BCBG
bahawa
pakaian itu model lama dan tidak dicadangkan untuk ditaja. Hanya
pakaian model
baru yang boleh ditaja. namun pakaian model baru tidak sesuai dengan
imej Linda
dan Linda mengambil keputusan menggunakan khidmat Jovian (yang mana
Linda
mengupahnya untuk pakaian Linda bagi acara Anugerah Bintang Popular)

-
Setelah diberitahu kepada Shamel,dia setuju dan meminta lakaran pakaian
tersebut
ditunjukkan terlebih dahulu kepada pihaknya. Peluang ini digunakan
Linda untuk
mereka fesyen pakaian yang sesuai dengan imej Linda dan menampilkan
ciri Melayu
dan ketimuran.

- Setelah siap lakaran dan dalam pada masa yang sama
pakaian tersebut dalam proses disiapkan, dengan bangganya Linda
memberitahu
bahawa pakaian Linda adalah gabungan kebaya (yang menampakkan ciri-ciri
wanita
timur) dan gaun labuh (sedikit sentuhan barat) .

- Kira-kira 2 minggu
sebelum tarikh dijangka berlepas ke LA (22hb Feb), Linda diberi surat
sokongan
oleh pihak
STAR Movies untuk permohonan VISA US. 16 Februari 2007, Linda
menghadiri
temuduga permohonan VISA bersama kakak (Intan) dan ianya diluluskan.
Pihak
kedutaan meminta kami kembali untuk mendapatkan VISA pada 21 Februari
2007.
Pihak STAR Movies maklum akan proses permohonan dan kelulusan visa
ini.

Kronologi peristiwa ('kehilangan' Linda)

20 Feb 07

-
Sidang akhbar bersama media, mengenai pengumuman Linda dan Dominic ke
Los
Angeles untuk acara 'Live From The Red Carpet-79th Academy Awards'
anjuran Star
Movies di Star Hill,KL. Nini dan Shamel bersama beberapa staf Star
Movies yang
lain turut hadir.

- 'Sketch' atau lakaran baju yang dilukis oleh Jovian
ditunjukkan kepada Shamel dan Shamel kemudiannya menunjukkan kepada
Nini sebelum
sidang akhbar bermula. Menurut Shamel,Nini setuju dengan lakaran yang
diberi dan
Shamel juga turut memuji lakaran pakaian tersebut.

- Di sidang akhbar
yang sama,nama Jovian sebagai pereka Indonesia untuk baju Linda
dinyatakan
dihadapan Nini dan berbelas wartawan yang lain.

- Keadaan masih berjalan
lancar.

21 Feb 07

- Berita mengenai sidang akhbar disiarkan di
kebanyakan akhbar di Malaysia

22 Feb 07 (waktu
Malaysia)

- Semuanya dalam
keadaan baik seperti yang dirancang. Linda dan Intan bertolak ke Los
Angeles

dari KLIA jam
3 petang.

- Kapal terbang transit di Taipei.

-Keadaan masih baik.
Tiada sebarang panggilan atau sms diterima daripada sesiapa.

22 Feb 2007
(waktu LA)

- Tiba di LAX Airport, Los
Angeles
lebih kurang jam 7 malam (11 pagi waktu Malaysia- 23
Feb)

- Sejurus tiba, Linda menerima sms daripada Pengurus Besar Stesyen
Radio ERA (En. Rostam) meminta Linda menghubungi beliau dengan
segera.

-Setelah dihubungi, beliau menyatakan Pihak Pengurusan Tertinggi
ASTRO (majikan Linda) menerima panggilan telefon daripada seseorang
yang
berpengaruh di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang 'melarang' Linda
mengenakan
pakaian pereka fesyen Indonesia (Jovian) untuk acara 'red carpet' di
Academy
Awards nanti dengan alasan mempertikaikan mengapa Linda menggunakan
khidmat
pereka fesyen luar dan bukan pereka fesyen tempatan.

- Rayuan Linda tidak
diterima oleh Rostam.

-Setelah itu,perbualan demi perbualan telefon
berlangsung antara Linda dan Pengurus Rangkaian AMP (Cik Kudsia Kahar)
yang mana
Linda merayu untuk terus mengenakan pakaian yang telah sedia ada
dibawa.

- Menurut Kudsia,pakaian gantian akan diterbangkan ke
LA.

- Rayuan Linda tidak diterima oleh Kudsia.

23 Feb 07

-
Keluar bersama Dominic,Cheng (PA Star Movies) untuk berjumpa Debra
(produser) di
Kodak Theatre untuk mempelajari kedudukan kamera,hos dan sebagainya.

-
Perbincangan Linda,Dominic dan Debra berjalan dengan lancar

- Rayuan demi
rayuan terus dibuat oleh Linda kepada Kudsia. Kudsia cuba membantu
menenangkan fikiran Linda yang terganggu mengenai perkara ini .

-
Perbualan telefon yang sangat panjang tetapi tetap diakhiri dengan
keputusan
yang sama.

- Linda meminta Kudsia memberi bukti 'larangan'dalam bentuk
bersurat (hitam-putih) dimana Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO menerima
arahan
daripada seseorang di Jabatan Perdana Menteri tetapi menurut
Kudsia,tiada
surat menyurat
antara mereka. Katanya, surat rasmi tidak
diperlukan oleh kerana panggilan tersebut dibuat pada waktu malam,
kira-kira
10.30 malam pada hari Khamis (22 Feb) (waktu Malaysia) kepada
Pihak Pengurusan Tertinggi Astro iaitu Mr Ralph Marshall. Menurut
Kudsia lagi ,
panggilan yang dibuat oleh seseorang daripada JPM sudah cukup kuat
untuk sesuatu
arahan. Andaikata pakaian tersebut disarung juga,pelbagai masalah akan
timbul.
Antaranya lesen stesyen TV akan ditarik,kontrak sebuah siaran TV tidak
akan
disambung dan kerjaya serta kontrak Linda di stesyen TV dan radio bakal
tergugat.

-Linda bertanya kepada Kudsia - Benarkah termaktub dalam
mana-mana undang-undang yang menyatakan orang Malaysia tidak
boleh mengenakan pakaian pereka luar negara? Jawab Kudsia - Beliau
bersetuju
yang sepanjang pengetahuannya,tiada undang-undang sedemikian.

-Puas Linda
memujuk Kudsia agar beliau dapat berbual dan memujuk pihak atasan
supaya Linda
boleh mengenakan pakaian yang selesa dan sesuai dengan Linda tetapi
beliau
mengatakan ini adalah arahan pihak atasan,bukan dari beliau.

- Menurut
Kudsia,beliau berkali-kali merayu bagi pihak Linda kepada pihak atasan
dan terus
memujuk Linda supaya menerima keadaan.

- Perbualan yang sangat panjang
bersama Kudsia dan rayuan serta pujukan membuat Linda tersentuh untuk
mempertimbangkan semula walaupun dalam keadaan yang amat berat.

- Menurut
Kudsia,pakaian Linda akan diterbangkan bersama dengan salah seorang
pereka
terkemuka di Malaysia

- Rayuan dibuat kerana Linda kurang selesa dengan
pertukaran pada saat-saat akhir (last minute). Tambahan lagi pakaian
tersebut
dikatakan dibuat dalam keadaan 'kecemasan'

- Linda terus menanti pakaian
yang akan tiba dan mengharap kesesuaian pakaian tersebut.


24 Feb
07

- Seperti yang diaturkan oleh Cheng,perjumpaan untuk 'rehearsal'
bersama Debra akan diadakan pada jam 5.30 petang tetapi Cheng telah
datang ke
bilik Linda lebih kurang jam 3.30 petang untuk membawa Intan (kakak
merangkap
pembantu peribadi) pergi mencari bodysuit. Menurut Cheng ini adalah
atas arahan
pihak Star Movies.

- Intan enggan menemani Cheng kerana tidak mahu
meninggalkan Linda seorang di dalam bilik. Walaubagaimanapun,Linda
telah
memberitahu Cheng saiz yang sesuai untuk Linda.

- Akhirnya,kami tidak
pasti kenapa Cheng tidak keluar membeli apa yang telah diarahkan oleh
pihak Star
Movies kepadanya

- Cheng tidak keluar dari bilik kami dan berkali-kali
mengatakan dia tumpang duduk di bilik kami kerana biliknya sedang
dikemas
(housekeeping)

- Lebih kurang 5 petang,kami pergi ke pejabat Debra untuk
menjalani latihan (rehearsal)

- Linda mendapat berita daripada Cheng
bahawa Nini (Star Movies) akan tiba bersama pakaian rekaan Radzwan
Razwill.
Tidak dinafikan,pereka tersebut adalah pereka yang terkenal dan Linda
bersetuju
rekaan-rekaan beliau amat menarik.

25 Feb 07

- Seperti yang
diaturkan,pada jam 10.30 pagi,jurumekap dan jurudandan rambut akan
datang ke
bilik Linda untuk memulakan persiapan bagi acara Academy Awards dan
kami harus
bergegas ke
Kodak Theatre pada jam 12.30 tengahari

- Tiada apa-apa berita mengenai
pakaian Linda .

- Pada jam 6 pagi,Cheng datang ke bilik kami dan memohon
supaya Linda mengadakan latihan bersama Nini yang baru tiba dari
Malaysia dan kemudiannya menjalani
latihan bersama Dominic pula.

- Intan agak terkejut kerana tiada apa-apa
rancangan yang diaturkan sebelum ini mengenai perkara ini dan tidak
mahu
mengganggu masa rehat Linda.

- Cheng memohon Intan menelefon Nini terus
dan kemudian pulang ke biliknya.

- Perbualan antara Intan dan Nini
menyentuh mengenai pakaian. Intan terus merayu dan memohon berkali-kali
kepada
Nini supaya mempertimbangkan semula permintaan kami memandangkan masa
yang
diberi sudah sangat suntuk . Walaubagaimanapun,Intan memohon Nini
datang ke
bilik untuk melihat pakaian yang sedia ada dibawa oleh Linda.

- Setelah
melihat,Nini memberi pujian pada pakaian tersebut namun tetap dengan
pendiriannya.

- Perbualan Intan dan Nini diakhiri dengan permohonan Nini
untuk mengadakan sesi latihan pada jam 9 pagi dan akan menyentuh semula
mengenai
pakaian hanya selepas latihan. Kata Nini,"We'll talk about the dress
later"

- Selepas latihan dijalankan bersama Dominic,lebih kurang 11
pagi,jurumekap dan pendandan rambut sudah pun berada di bilik.

- Keadaan
berjalan lancar. Nini tidak langsung menyentuh soal pakaian bersama
Linda.

- Dalam keadaan persediaan,Nini muncul bersama pakaian yang
dibawanya lebih kurang jam 11.30 pagi.

- Keadaan menjadi sedikit tegang
dan tertekan kerana kami menyangka soal pakaian bukan lagi menjadi
isu.



- Akhirnya Linda menyarungkan pakaian tersebut dan ternyata
tidak selesa disebabkan ;

1) Korset yang tidak sesuai dan tidak selesa
dengan bahagian atas tubuh Linda. (Ini kerana tiada proses
'fitting'/ukuran
badan yang dilakukan bersama Radzuan). Lalu kata Nini,gunakan saja
pakaian dalam
Linda yang ada dibawa untuk menyesuaikan korset tersebut agar padan di
badan.
Linda rasa kurang selesa. Ini kerana, agak kurang manis dan tidak
sesuai apabila
mengenakan kebaya berkorset tetapi 'tali' pakaian dalam dapat dilihat
jelas. Ini
sedikit sebanyak boleh mengganggu konsentrasi persembahan Linda.Tiada
pakaian
tambahan yang Linda bawa kerana tidak sangka terjadi hal sebegini di
saat
akhir.

2) Kain lace baju kebaya itu berwarna coklat cair (skin color)
yang mana jelas seolah-olah menampakkan sebahagian besar warna kulit
Linda. Ini
juga turut membuatkan Linda kurang selesa. Linda tidak mempunyai
masalah
mengenakan baju lace jika ia berwarna lain dan bukan seperti 'skin
color'. Jika
ia berwarna,mungkin boleh dipertimbangkan lagi.

* Dalam keadaan yang
terlalu suntuk,Linda seolah-olah tidak diberi peluang untuk membuat
pilihan.
Linda tidak menyalahkan pereka fesyen tersebut kerana kami tidak pernah
bertemu
untuk sesi ukuran badan dan pilihan pakaian,apatah lagi menanyakan
tentang
keselesaan Linda.



* Linda cuba terus
bersikap terbuka dan berkompromi. Andaikata Nini membawa beberapa
pasang pakaian
gantian (2 , 3 atau 4) dari Malaysia di saat-saat akhir
begini,pastinya Linda ada beberapa pilihan, tapi hanya satu sahaja baju
gantian
yang dibawa dan itu sahaja baju yang boleh keluar di TV? (Pada
awalnya,Linda
sangka mereka akan terbangkan beberapa pasang baju gantian supaya Linda
boleh
membuat pilihan)



* Intan dan Linda merayu buat kesekian kalinya
agar Nini mempertimbangkan semula permintaan kami untuk mengenakan baju
Jovian
di saat-saat akhir,namun Nini tetap berkeras.



* Nini berkata,"You
are not doing a fashion show,you are just the host". (Anda bukan
membuat
persembahan pakaian,anda hanya sebagai pengacara). Begitu jugalah di
benak
fikiran Linda. Linda bukan seorang model pakaian tetapi hanya
pengacara. Mengapa
semua orang begitu terdesak mengenai pakaian Linda ?



* Menurut
Nini,pakaian rekaan Radzwan Razwil ini telah diperlihatkan kepada pihak
pengurusan tertinggi (antaranya Rohana-CEO Astro,Kudsia Kahar dan Ralph
Marshall) yang berada di Malaysia dan hanya pakaian ini sajalah yang
boleh
ditayangkan di acara siaran langsung itu. Pakaian lain tidak dibenarkan
untuk
ditayangkan. Apatah lagi baju Jovian.



* Linda bertanya kepada
Nini apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika Linda terus
memakai
pakaian Linda. Jawab Nini," Linda,If you don't wear this dress,you're
not going
on TV". (Linda,jika anda tidak pakai baju ini,anda tidak akan keudara
di
TV)



* Apabila Linda berkata yang Linda sungguh tidak selesa dan
tidak boleh mengenakan pakaian itu,Nini berkata dengan nada
tegas,"...then you
are not going to be on tv- pack your things". Lantas Nini terus keluar
dari
bilik hotel Linda.







* Linda tersentap dan sangat
sebak mendengar ungkapan yang sungguh keras daripada beliau. Dengan
harga diri
dan maruah yang sangat tinggi,Linda dan Intan mengemas barang. Ternyata
pujukan
dan rayuan kami tidak diendahkan. Linda anggap ini satu penghinaan
kepada
profesionalisme Linda dan pengalaman yang Linda miliki sepanjang
karier. Sungguh
tidak disangka.Hanya disebabkan sepasang baju,penat lelah Linda ke LA,
tidak
tidur malam Linda untuk acara ini,ulangkaji yang berulang
kali,berjauhan dengan
keluarga di Malaysia dan segala pengorbanan,
semuanya rasa seperti tidak berbaloi.



* Di waktu itu Linda rasa
seperti diugut dan dipaksa. Ini adalah kali pertama dalam hidup Linda
sepanjang
menjadi pengacara TV hampir 10 tahun ,'diugut' sebegini. Mengapa perlu
ada nada
ugutan dan nada paksaan ? Sedangkan ini tubuh Linda dan Linda berhak
menentukan
apa yang disarungkan di tubuh sendiri atau sekurang-kurangnya ada
perbincangan
terlebih dahulu dan unsur tolak-ansur. Inikah profesionalisme?



*
Demi untuk mempertahankan prinsip, maruah dan harga diri selepas
diperlakukan
begitu,Linda tidak ada pilihan dan menerima hakikat walaupun, pada masa
yang
sama memikirkan keghairahan untuk mengacara di acara yang sangat
berprestij itu.
Bukan kemahuan Linda,apakan daya sudah tidak dibenarkan.



*
Sewaktu mengemas barang, beberapa minit selepas itu, Nini kembali untuk
mengambil semula pakaian tersebut dan memberitahu Intan,"...Kalau
wartawan tanya
saya, saya akan cakap Linda sakit teruk ya? ".



* Intan lantas
menjawab - "Just tell the truth" (Ceritakan sahaja perkara yang
sebenar)



* Selepas kami mengemas, kami singgah ke bilik Cheng
untuk mengambil salinan gambar kenangan dari kameranya tetapi dia tidak
ada di
situ. Selepas itu,kami ke bilik Dominic untuk mencari Cheng. Cheng
tiada. Yang
ada hanya Dominic,Nini dan 2 orang jurumekap



* Di sana, Nini dan Dominic
pula merayu Linda untuk keudara tetapi masih lagi perlu mengenakan
pakaian yang
sama. Maka, Linda masih tiada pilihan.



* Di lobi hotel,Nini
berjumpa kami (Linda dan Intan) dan meminta kami mengembalikan pas
masuk ke 'red
carpet' Academy Awards.



* Linda dan Intan terus berlalu keluar
dari hotel



SPEKULASI

- Pihak Linda tahu, di tanahair
pelbagai spekulasi dan andaian negatif mengenai 'kehilangan' Linda
dibuat dan
perkara ini melibatkan reputasi dan nama baik Linda di dalam kerjaya
mahupun
masa hadapan.

- Diharap segala spekulasi dan tuduhan ramai yang
mengatakan ....

- Linda tarik diri kerana takut dengan acara
besar.

- Linda tarik diri kerana gementar menemu bual bintang Hollywood

- Linda
tarik diri kerana tidak pandai berbahasa Inggeris

- Linda tarik diri
kerana terlalu penat membeli belah di LA

- Linda tarik diri hanya kerana
baju dan tidak profesional.

- Linda tarik diri kerana ada masalah dengan
produksi,,,

- dan pelbagai lagi....

.....sudah maklum dan jelas
dengan penerangan Linda .


JOVIAN

- Jovian adalah pereka fesyen
muda yang dilahirkan di Indonesia tetapi sudah menetap di
Malaysia sejak kecil.

-
Menggunakan nama sebagai pereka fesyen Indonesia atas sebab-sebab
komersial

- Beliau baru menamatkan pengajian di salah satu institut di
Malaysia.

- Bapanya adalah
orang Malaysia.

- Pernah berkhidmat
untuk ramai artis lain di acara2 besar (Anugerah dsb) .

- Pakaian yang
dibuat untuk Linda adalah idea Linda dan Intan (kakak) . Jovian
merealisasikan

idea kami dalam bentuk pakaian siap.

- Untuk
menyiapkan pakaian bagi acara ini,Linda,Intan dan Jovian mengambil masa
yang
lama iaitu berminggu-minggu dan hampir setiap hari kami berbincang.
Hinggakan
Jovian pulang selewat jam 4 pagi untuk membantu Linda dan Intan
menghasilkan
pakaian yang kami inginkan semata-mata untuk acara berprestij Star
Movies
ini.

PERSOALANNYA

- Mengapa tiada yang melarang pada peringkat
awal tentang perkara ini sebelum Linda berangkat ke LA? Mengapa bila
Linda di LA
baru terdengar 'larangan' ini? Sedangkan pengesahan Linda untuk
bertugas di
sana telah
dibuat lebih awal. Malah sidang akhbar telah berlangsung dua hari
sebelum tarikh
Linda berlepas ke LA dan dalam majlis tersebut telah dinyatakan dengan
jelas
pakaian yang akan linda kenakan sewaktu bertugas di 'red carpet'.
Kenapa
persediaan awal mengenai apa yang boleh dipakai dan tidak boleh dipakai
tidak
diberitahu awal-awal ?

- Mengapa bila ditanya dari pihak majikan Linda
mengenai perkara ini,mereka tidak berjaya mengemukakan surat rasmi
untuk arahan
'larangan' dan membiarkan Linda tertanya-tanya adakah ini benar kerana
tiada
sebarang pengesahan bertulis.

- Mengapa pada peringkat awal,pihak Star
Movies mencadangkan Linda menggunakan pakaian jenama antarabangsa
(contoh:
BCBG,Versace dsb) untuk acara ini (sila rujuk lampiran) dan sekarang
pakaian
pereka fesyen Indonesia menjadi persoalan
?

- Mungkin Linda kurang pengetahuan tentang hal ini, tetapi benarkah
warganegara Malaysia tidak boleh mengenakan
pakaian pereka fesyen luar negara apabila menjalankan tugas di luar
negara?
Ataupun perkara ini hanya direka atas alasan tertentu?

- Andai Linda
salah,harap maafkan dengan persoalan ini- Wujudkah undang-undang
sebegini
sebelum ini? Seandainya ia bukanlah undang-undang tetapi ingin
dijadikan terma
dan syarat dalam tugasan ini, haruslah ianya dinyatakan dengan jelas
dan lebih
awal serta juga dinyatakan dalam kontrak.

- Mengapa pakaian pengacara
Malaysia yang pergi ke acara yang
sama tahun lepas yang menggunakan pakaian jenama antarabangsa tidak
dipertikaikan,tiada larangan dan tiada isu mengenainya ? Malah kali
ini, Linda
cuba menampilkan ciri-ciri kemelayuan
dan ketimuran.

- Mengapa begitu keras amarannya hanya kerana sepasang
baju? "Hanya baju itu yang boleh keluar TV. Baju lain tidak boleh?"
Mengapa
tugas Linda untuk mengacara diperkotak-katikkan hanya kerana Linda
tidak dapat
memakai pakaian tersebut? Mengapa semua pihak begitu terdesak hanya
kerana
sepasang baju atau cuba memastikan hanya baju itu yang
dipakai oleh Linda di Red Carpet?

* Di manakah hak dan keperibadian
seseorang dalam mempertahankan apa yang disarung pada badan sendiri ?

*
Sila rujuk lampiran keratan akhbar:-



KERATAN 1

Akhbar
Harian Metro, Khamis, 1 Mac 2007, sisipan tengah - RAP, m/s R7,

"Radzwan
Nafi Baju Linda Seksi" oleh Rudy Imran. Memetik beberapa perenggan dari
artikel
itu,

"Sebelum itu timbul kontroversi apabila Jabatan Perdana Menteri
(JPM) menegur Linda yang bercadang menggayakan baju ciptaan pereka
Indonesia, Jovian Mandagie di majlis
itu. JPM mengarahkan pereka tempatan, Radzwan Razwill menghasilkan
busana
menggantikan pakaian rekaan Jovian."

"Saya tahu Linda tidak suka bergaya
seksi, malah seawal menerima arahan JPM, itu juga yang dikatakan kepada
saya
supaya baju yang dihasilkan tidak boleh seksi," katanya (Radzwan
Razwill)


KERATAN 2

Akhbar Harian Metro, Jumaat, 2 Mac 2007,
sisipan tengah - RAP, m/s R3 oleh Hartati Hassan Basri, "JPM Nafi Arah
Pereka
Fesyen". Memetik beberapa perenggan dari artikel itu;

"Jurucakap Pejabat
Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak tahu menahu mengenai perkara
itu dan
menafikan ada mengeluarkan arahan kepada Radzwan."

"Apa yang jelas,
Jabatan Perdana Menteri tidak ada kaitan dengan perkara ini," katanya
(jurucakap
Jabatan PM) ketika menghubungi Harian Metro, semalam.



KERATAN
3

Akhbar Harian Metro, bertarikh 2 MAC 2007, Jumaat, m/s 14 (halaman
nasional@setempat), artikel "Salah faham tempahan baju".Memetik
bebarapa
perenggan dari artikel itu;

"Saya sendiri menempah baju terbabit dan
tidak timbul isu, Radzuan menerima arahan daripada pihak lain,"
katanya. (Naib
Presiden Bersekutu Serantau Asia, STAR Movies,
Nini Yusof.

"Namun, apa yang pasti STAR Movies sendiri yang memilih
Radzuan Razwill menghasilkan baju khas terbabit," kata Nini Yusof


-
Andai benar Nini menjelaskan kepada pihak HM ketika dihubungi yang
'pihaknya
sudah menempah sehelai baju khas untuk digunakan pengacara bertugas
bagi
mengacarakan majlis berprestij itu' daripada Razwan sebelum ini.
Mengapa Linda
telah berangkat dan tiba di LA baru baju khas itu ingin diterbangkan
dari
Malaysia? Dan mengapa tidak
diberitahu awal-awal oleh pihaknya kepada Linda? Mengapa ketika di
sidang akhbar
tidak dibantah pernyataan Linda kepada wartawan yang hadir mengenai
baju rekaan
Jovian ? Malah di peringkat yang lebih awal, menawarkan pakaian
berjenama
antarabangsa. (sila rujuk Lampiran)

* Terkini, berita yang terakhir
sekali dikhabarkan oleh keluarga di tanah air sejurus sebelum Linda
menamatkan
penulisan ini dan bersiap untuk berangkat pulang pada hari Ahad, 3pm
waktu
Malaysia), terdapat beberapa berita
di akhbar-akhbar tempatan bertarikh Ahad, 4 Mac 2007, yang turut
bercanggah
dengan pernyataan dan bukti sebelumnya. Di mana secara ringkasnya
(seperti yang
dikhabarkan oleh keluarga), sidang media khas telah dilangsungkan yang
dihadiri
oleh Radzwan dan Nini Yusof, di mana intipati terpenting adalah tentang
arahan
membuat baju datang terus daripada Nini, dan Radzwan tidak menerima
sebarang
arahan daripada pihak atasan (JPM).



* Bukankah pernyataan di
dalam ketiga-tiga artikel tersebut dan berita terkini bercanggah antara
satu
sama lain? Bagaimana perkara ini boleh berlaku ? Adakah sebarang
penjelasan
tentang percanggahan ini?





AKHIR KATA

-Hanya Allah
s.w.t sahaja yang mengetahui keadaan yang sebenar. Linda berdiri atas
nama
maruah dan harga diri yang Linda pertahankan.

-Apa yang disarungkan di
tubuh Linda tidak seharusnya menjadi perkara paksaan atau ugutan,
tetapi ia
sepatutnya menjadi suatu perbincangan dan tolak ansur yang
profesional.

-Ini bukan perkara mainan, kerana ia melibatkan prinsip,
maruah, harga diri malah reputasi serta nama baik Linda di dalam bidang
ini.
Rancangan TV sehebat dan sebesar dunia sekalipun tidak akan dapat
membeli maruah
dan harga diri seseorang.

-10 tahun Linda bergiat dalam bidang ini dan
ini adalah kali pertama Linda mendapat peluang sebegini yang dianggap
mungkin
sekali sepanjang hayat,untuk Linda menarik diri tanpa sebab yang
mendesak dan
terpaksa adalah suatu perkara yang terlalu bodoh. Ini kerana Linda
lihat peluang
ini adalah sebagai platform untuk terus maju dan melonjakkan lagi nama
dalam
bidang ini.

- Bukan niat menghampakan peminat,bukan merajuk atau tidak
professional. Apakan daya,sudah tidak dizinkan untuk keudara di TV.
Linda adalah
mangsa keadaan. Ini adalah penjelasan Linda yang sebenar.

- Diharap
segala spekulasi buruk mengenai Linda dapat dijernihkan.

* Di sebalik
rasa teramat kesal dan kecewa tidak bermakna Linda menyimpan dendam dan
kemarahan serta tidak menuding jari kepada mana-mana pihak yang
terbabit. Linda
menerima keadaan di mana semua pihak mungkin mempunyai alasan dan sebab
yang
tersendiri untuk bersuara dan bertindak sedemikian.



* Malah Linda
ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
khususnya pihak
STAR Movies (terutamanya Pn Nini Yusof), Pihak Astro, Pihak Radio ERA
(Cik
Kudsia dan En Rostam) yang memberi kepercayaan kepada Linda untuk acara
tersebut. Tidak dilupakan juga, kepada pihak rakan media serta peminat
yang
menyokong karier Linda khasnya untuk acara ini.



* Cuma harapan
Linda, perkara seperti ini tidak harus berulang lagi kepada mana-mana
personaliti, pengacara, artis atau mana-mana pihak, bukan sahaja khusus
untuk
acara ini tapi kesemua acara tempatan mahupun antarabangsa. Semoga isu
ini
dijadikan teladan dan pengajaran di masa hadapan agar lebih
berhati-hati serta
profesional.



* Linda secara peribadi amat merasa kesal, sedih dan
kecewa dengan isu ini. Apatah lagi harapan dan cita-cita musnah hanya
kerana isu
sehelai baju. Linda memohon kepada pihak-pihak yang terlibat dan
bertanggungjawab supaya menjelaskan isu ini dengan telus dan benar agar
reputasi
Linda yang sedikit sebanyak tercalar dapat dibersihkan



* Di
sebalik segala persoalan yang masih belum ada jawapannya, Linda tetap
menuntut
penjelasan dan kebenaran.



"Terima kasih kerana sudi membaca.
Terpulanglah apa andaian dan penilaian yang bijaksana daripada pihak
anda. Yang
penting Linda punya harga diri dan maruah dan tidak mahu dipijak
semudahnya oleh
pihak-pihak tertentu. Berani kerana benar. Tidak berpeluang mengacara
di Oscars
bukanlah penamat hidup Linda....."

Wassalam.

LINDA ONN

(3
MAC 2007)


********

Penulisan ini adalah merupakan suatu
penjelasan yang keseluruhannya 'bona fide' (berniat baik). Penjelasan
bertulis
ini bukanlah berunsur tuduhan atau menyalahkan mana-mana pihak, tetapi
sebagai
pihak yang menjadi 'subjek utama' dalam isu ini dan menerima kesan
negatif
secara langsung daripadanya, saya yakin yang saya berhak untuk
menyatakan apa
kebenarannya berdasarkan penglihatan, pendengaran dan pengalaman serta
pengamatan saya sebagai seorang manusia biasa. Saya telah memastikan
mengikut
kemampuan saya untuk apa yang saya nyatakan di atas adalah segalanya
telus dan
benar. Tiada pihak atau nama-nama yang dinyatakan secara langsung atau
tidak
langsung sengaja direka atau sengaja dibabitkan untuk kepentingan diri
sendiri
atau mana-mana pihak lain. Penjelasan ini juga tidak menghalang
mana-mana pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, untuk bersuara,
menyatakan
kebenaran, membela diri atau menjelaskan keadaan mengikut persepsi
mereka.