Tengku XXXX to me
show details 12:05 AM (46 minutes ago)
Reply
Tempat: Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tarikh: 2 Mac 2008 (Ari ni)
Waktu: 8.00 Malam (Male kare)
Anjuran: PERAKAN (Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan)
Nik Aziz bertemu anak Kelantan di perantauan malam esok
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Satu majlis pertemuan antara MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan anak-anak Kelantan di perantauan akan diadakan pada malam esok (2 Mac) di Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Majlis anjuran Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan atau Perakan yang bermula pada jam 8.00 malam itu adalah bagi membuktikan sokongan anak-anak Kelantan terhadap kepimpinan ulama di Kelantan yang telah menerajui negeri itu sejak 18 tahun lalu. Justeru, pihak penganjur menyeru kepada seluruh anak-anak Kelantan di Lembah Klang untuk hadir sebagai menunjukkan tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi menjelang pilihan raya ke-12 ini.
Sumber: Harakahdaily
Sat | Mar 01, 08 | 5:54:59 pm MYT
Footnote (Nota Kaki?)
Errr... Aku bukan anak Kelantan di Perantauan, tapi anak Terengganu yang menetap di Kelantan. Start jer kenal Kelantan dengan dekat tahun 1999 (Matrikulasi KPM, KYPM KB, Kem Kijang) dulu, terus jatuh cinta dengan Kelantan nak bertambah-tambah la cinta dan sayangkan Kelantan bila dijodohkan dengan orang Kelantan yang comel lote. Hehe.. Skang tengah tunggu kelahiran anak pertama penghujung Mac ni Insya-Allah. Ada ketenangan yang tidak terusik di sini... Ada keberkatan dirasai di sini bagi yang membuka dengan tenang pintu hati. Tak kira UMNO atau PAS, sepanjang pemerhatian sehingga kini, semua orang sayangkan Tok Guru. Orang kata macam-macam Kelantan miskin, takde pembangunan. Rasanya pembangunan di sini amat lah jauh dari Terengganu. Kalau pon mungkin kerajaan negeri yang miskin, tapi rakyatnya sangat berduit dan besar kuasa membelinya. Tesco (tadok kat Terengganu / Pahang) pon bleh buka kat Kelantan. Lain-lain Franchising yang survey dulu kuasa membeli / business strategy sblm mana-mana franchise dibuka seperti McDonald, 7-Eleven, KFC, Pizza Hut, Secret Recipe, Watson, Kamdar, Guardian, Vinci etc buka dulu di Kelantan sebelum Terengganu. Tapi dalam masa yang sama tiada rungutan dari orang Kelantan seperti bisnes kurang, berlaku persaingan dan sebagainya sepertimana di Terengganu. Pasar Siti Khadijah, Pantai Timur, Mydin, Billion, Pacific, The Store, Pasar Malam Wakaf Che Yeh maintain dan hebat macam biasa. Ar-Rajhi Bank pon bleh buka kat Kelantan. Perghh... Insya-Allah menjadi tarikan pelabur Arab ke sini sebagaimana Bukit Bintang menjadi tarikan pelancong Arab (Sebab shopping mall byk, bukan sbb maksiat byk kat BB tu).
Jangan sesekali bandingkan pembangunan tu dari segi naiknya bangunan / projek. Aku suka Kelantan yang terutamanya ialah sebab pembangunan dia tu slow and steady dalam erti kata lain kene pada masa dan rancangannya. Ada masa bagi rakyatnya yang dikalangan peniaga (Terutamanya yang berniaga di pasar malam, bundles, kedai makanan, batik, kraf dll) menyusun strategi dan sama-sama merasa untung walau ada shopping mall besar masuk. Yang bising-bising tu, mungkin di kalangan pelahap / orang yang kejar projek juta-juta yang sebenarnya ciput jer keuntungan untuk rakyat. Tengok apa jadi dengan Terengganu dengan Monsoon Cup / Taman Tamadun Islam. Apa faedah untuk rakyat? Pelancongan? Adehh.. Kat Kelantan ni, kalau lepak kat bandar Kota Bharu tu, bersimpang-siur mat salleh. Set-set prebet / teksi pon reti speaking disebabkan selalu sangat bawa pelancong asing. Terengganu mana ada camni! Kalau ada pon dengan tidak seramai kemasukan pelancong asing ke Kelantan sebagaimana skang ni, tak padan la berabih ratus-ratus juta untuk tujuan tu. Jauh lagi best tengok LIMA kat Langkawi (Tiket RM20) dari tengok Monsoon Cup (FREE!). Pembangunan / Modal Insan yang diheboh-hebohkan, Kelantan dulu lagi buat cuti 2 hari seminggu, cuti bersalin 60 hari, skim kifalah (insurans utk orang tua) dan lain-lain, pahtu berjujuk-jujuk pakat niru.
Notebook (Buku Nota? Komputer Riba?)
Ambo bukan no ngepen gapo-gapo, masing-masing yang ada tangan dan bleh mengundi tu, fikir la baik-baik kepada siapa dan suasana bagaimana kita nak anak kita membesar. Ambo sayang dengan keadaan Kelantan sekarang, biar la tadok projek juta-juta pon, tapi dok ko Kelantan ni jugok tempat kito lari cari ketenangan dan tempat istirehat kita nanti? Nok ko Kelantan supo KL? Supo Cyberjaya? Putrajaya? Supo Melaka? Johor? Srupo Pulau Pinang? Saboh? Srawok? Srupo Miami? Jauh teh lari. Srupo gapo sbenar kito nok? Tadok pon kito nok jadi srupo tempat lain. Btol dok? Kalu dok beruboh dari 1999 (Maso ambo mulo kenal Kelantan) dulu pon, kalu ambo la, ambo dok kesoh mano. Sbb etok bleh beli tepi jalan (Kelonggaran penguatkuasaan lesen niaga kepada orang susoh). Sapa ko VCD pon selambo jah jual tepi jalan sapa loni. Bukan nok sokong bendo x molek, tapi kita napok situ, MPKB ni dok nyekso / hambat orang 24 jam. Bab saman x bayar parking tu x leh lepo, mesti ado surat meroh. Hok ni kito tengok, keno pado penguatkuasaan dio, sebab ore ado keto ni ore kayo la tu.
Dalam erti kata lain, biar la kerajaan dok berduit, tapi kebajikan rakyat terjaga. MB Kelantan tu gaji dia potong 45% tiap-tiap bulan untuk tabung parti (Maklum la, tadok peruntukan juto-juto supo hok lain), elaun-elaun baik perjalanan ko, gapo ko, dok pernoh claim. Nok jupo dio dok payoh bayar puluh-puluh ribu / buat surat / lalu pintu pagar / guard, kito gi jah jadi makmum dio maso smaye, gi dengar ceramoh dio, bleh la jupo dekat mano pon nok jupo, nok peluk pon bulih. Orang takut kekgi lepas Tok Guru tadok, tadok doh orang srupo Tok Guru. Tapi bagi ambo, Insya-Allah, tadok Tok Guru sorang, 10 Tok Guru lain mari. Kalu dulu Islam duduk atas bahu Rasulullah sorang-sorang, lepas Rasulullah mangkat, ramai mano orang yang bersungguh-sungguh sebarkan Islam dan kini tanpa kita sedar, dah duduk atas bahu kita semua.
Footer (Pekaki?)
Ambo bukan orang Kelantan tapi ambo ngepen sokmo pasal kehebatan dan keunikan Kelantan apatah lagi sebagai satu-satunya negeri yang diperintah oleh bukan BN. Sekurang-kurangnya dapat dijadikan satu-satunya benchmark kepada kerajaan lain yang ada. Rakyat Kelantan ni bijak dan pandai mikir dok srupo ore lain, walau disuap, diberi pitih, dijanjikan dengan projek juto-juto, orang Kelantan maintain undi PAS. Cumo tahun 2004 jah dok tau lagu mano rama tersaloh undi, sapa pakat tepuk dahi belako lepah tu nyesal tersalah undi. Jadi, ambo amik maso sikit taip email ni ko saing-saing anok jati Kelantan, biar la kito ni perangai udoh, smayang bang kok sir, tutup aurat ko dok, muko petik ko gapo, kito harap, bumi Kelantan ni biar kekal lagu ni. Insya-Allah, supo ambo kato, slow and steady pembangunan (bangunan + rohani) tu berlaku dan hok perangai udoh tadi jadi baik, hok dok tutup aurat jadi tutup (Bini Pok Loh mari Kelate pon paka tudung, Maya Karin pon paka tudung), atau sekurang-kurangnya, generasi selepas kita, anok cucu kita, lagi molek dari kita atas dasar keberkatan pemerintahan yang baik dan suasana yang baik (biah solehah). Sehingga hari ni, ambo buat mari lebih pado 50 orang doh kenalan ambo dari luar Kelantan mari sdiri tengok lagu mano Kelantan best ko dok. Demo lagu mano? Kalu Kelantan ni BN perintoh, jawab dio, tok payoh bawok la mari saing-saing hok luar Kelantan tu mari tengok, tengok negeri lain sudoh doh la. Nok ko srupo negeri lain?
Hok degil tu, ikut mung la nok ngundi gapo. Kelik bowok keto molek-molek...
Niat molek Insya-Allah selamat perjalanan... Ahahaa.. Jahat ugut...
Hok tok leh ngundi tu, doakan maruah dan bumi Kelantan tidak diculik dan dirogol seperti negeri lain...
Hok buleh ngundi tu, BULAT kan hati kito, jangan berbelah bagi bila memangkah...
Undilah selain dari lambang dacing tok peraih (Lambang dacing tok peraih tu, tok hakim dop paka dacing gitu)...
Biar kali ni, ambo nok kato jugok, biar 'Be End' ni mapuh teruh dan dok bangun-bangun lagi di Kelantan ni...
Be End (Tamatlah sudah...)
Matilah aku kene kutuk ngan orang UMNO dalam list email ni pasni. Takpo la... Ambo tukar doh IC alamat Kelantan, tapi SPR x dan tukar tempat ngundi ambo ko Kelantan. Mako ambo amatlah bersedih dan berduka-cita, kerana tidak lah dapat menurunkan undi ambo ni demi mu Kelantan yang satu. Kesalahan ambo jugok dok tukar awal-awal. Bodonyo aku! Kerana kesedihan dan rasa bersalah di atas kebodohan ambo inilah mako lahirlah luahan dan merupakan usoho kecik ambo di waktu kecemasan ini demi Kelantan yang satu ini... UNDILAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).
Tolong la forward ko Anak-anak Kelantan lain hok ado dalam list masing-masing. Atau buat la cara tersendiri dengan penuh hikmah untuk berikan kesedaran untuk undi selain BN. Kalu tersaloh forward ko sek-sek UMNO jugok, mati la lagi aku kene kutuk. Ahaha! Takpo, ambo rela keno kutuk kali ni demi apo yang ambo yakin, percaya dan perjuangkan.
Ambo tok rugi gapo-gapo. Ambo bukan kakitangan, matamulut mahupun telingahidung kerajaan yang terikat dengan AKUJANJI tapi MUNGDOPJANJI. Ambo bukan pelajar IPT yang terikat dengan AUKU dan bukan BUKU. Ambo bekerjo sendiri, mencari makan dan keberkatan rezeki pemberian Allah SWT di bumi Kelantan dan Terengganu (Tempat kelahiran tercinta yang tidak pernah dilupakan, semoga kembali seperti penggal sebelumnya) khususnya serta Selangor dan Kuala Lumpur secara remotenya (Drebar bas ekspress la kot ambo ni). Abih doh ngepek... Selamat Mengundi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan