Rabu, April 22, 2009

Alah Bisa Tegal Biasa

*Ini adalah versi draf*

Sifat manusia mengenai penerimaan sesuatu yang baru adalah secara berperingkat. Tidak kira perkara baik atau buruk ianya tetap sama. Kalau dulu perempuan yang pakai seksi dipandang serong oleh masyarakat. Selepas satu jangka masa, masyarakat mula menerima perubahan tersebut dan menganggapnya sebagai perkara biasa. Maka tidak hairanlah jika orang sekarang tidak kisah jika melihat perempuan (melayu) berpakaian seksi.

Kewujudan lelaki transeksual (maknyah) dan gay pada awalnya dipandang jijik oleh segenap lapisan masyarakat. Disebabkan psikologi manusia, fenomena ini akhirnya diterima sebagai perkara biasa. Kali pertama tengok "Eiii...gelinya" kali ke 10 tengok "Owh...inilah maknyah/gay" kali ke 100 tengok "Biasalah tu".

Melihat gelagat anak muda di Bukit Bintang yang berbagai-bagai pada mulanya sangat menyakitkan mata. Pelbagai trend dan budaya dari luar yang ditonjolkan oleh mereka tidak menyenangkan masyarakat. Jika kita melihat mereka ini setiap hari dan ketika, sampai satu tahap kita tidak mempedulikan mereka lagi dan serta menanggap ia adalah perkara biasa.

Kesan psikologi ini tidak terbatas kepada masyarakat saja, malah ia juga membawa kesan yang besar kepada individu.

Contoh untuk individu

Dimarahi

Jika anda dimarahi oleh seseorang pada kali pertama, pasti anda akan memberi respons kepada orang yang dimarah. Jika anda terus menerus dimarahi setiap hari dan ketika, anda seakan kalis atau lali terhadap kemarahan tersebut. Akhirnya anda akan bosan dan terus tidak mempedulikannya.

Bersendirian

Apa akan berlaku jika tiba-tiba anda kena tinggal bersendirian dirumah? Bukan untuk sehari dua,tapi untuk jangka masa panjang. Sudah pasti akan merasa bosan kan? Pada permulaan anda pasti akan tidak senang duduk, alah bisa tegal biasa! Anda pasti akan tidak merasa apa2 setelah sebulan tinggal bersendirian di rumah.

Dipaksa

Paksaan boleh membuatkan anda merasa stress. Tetapi jika paksaan tersebut berlaku setiap waktu dan ketika, kita secara automatiknya akan tidak mempedulikannya atau menurut paksaan tersebut.

Kedegilan

Anda berhadapan dengan seorang yang degil dan keras kepala, sudah pasti anda tidak dapat menerimanya pada awalnya. Tetapi, jika anda menghadapi orang yang degil itu setiap hari dan bila tiba satu tahap, anda tidak mempedulikan kedegilannya lagi. Ini adalah lumrah manusia, senang lali dengan benda2 yang berulang.

Bangun pagi

Bagi sesetengah orang, bangun pagi merupakan perkara yang amat susah dilakukan. Jika ia diamalkan setiap hari, ia akan menjadi rutin dan tidak menjadi masalah lagi.

Ketidaktentuan

Menghadapi induividu yang tidak menentu kadang kala menjadi masalah kepada kita. Individu ini biasanya menjanjikan sesuatu tetapi pada akhirnya mereka tidak dapat deliver apa yang sepatutnya. Outcome nya boleh berubah tanpa kita sangka atau sedari. Jika perkara seperti ini berulang kali dihadapi oleh anda, sudah pasti anda sudah kisah dan tidak mempedulikan individu tersebut kerana ia sangat membuang masa.

Dan banyak lagi contoh2 perkara2 yang tidak biasa kita lihat atau hadapi tetapi akhirnya menjadi perkara biasa setelah ia berlaku berulang kali.

Kesimpulan

Semua perkara yang tidak biasa ini pada akhirnya akan menjadi perkara common dan biasa. Ironinya, masyarakat atau individu akan menganggapnya sebagai perkara biasa. Tidak kurang juga yang terus tidak mempedulikannya dan tidak kisah langsung akan perkara tersebut. Sikap dan psikologi manusia seperti ini sangatlah merbahaya kerana penyebaran dakyah2 sesat menjadi lebih senang jika ia diulang2 dan akhirnya diterima oleh masyarakat dan individu.

*Kesan kepada individu adalah berbeza dan artikel ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi aku sahaja.

p/s: Aku memang selalu sangat menghadapi benda2 macam ni, pada akhirnya aku akan ignore dan menjadi lali. Dalam erti kata lain, aku menjadi bosan dan tidak ingin untuk ambil tahu mengenainya lagi

Tiada ulasan: