Artikel ini ditulis sebagai satu peringatan kepada aku sendiri dan kaum keluarga aku.
Ia juga bertujuan memberi maklumat kepada umum mengenai kesan pengambilan bahan ini yang tidak mungkin akan dapat ditonton di TV.
Aku ingin berkongsi ilmu dan kajian yang aku jalankan agar kita sama-sama mengambil iktibar dari apa yang berlaku.
Sayu aku melihat berita di TV..tahun ini sahaja 2 kes anak membunuh ahli keluarga sendiri.Menurut mereka, mereka terdengar "bisikkan" dari suara ghaib. Secara mistiknya, masyarakat mempercayai mereka ini dibomoh atau ada kaitan dengan makhluk halus. Tapi pendapat aku berlainan sekali dengan masyarakat.
Mereka ini mengalami mental disorder yang disebabkan oleh dadah jenis sintetik seperti syabu dan pil kuda.
Baca petikan berita mengenai statistik rakyat Malaysia yang mengalami penyakit mental yang di kenali sebagai schizophrenia ini.
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=419249
Menurut statistik Kementerian Kesihatan, sebanyak 379,010 individu mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital-hospital kerajaan, berbanding 324,344 pada 2007.
Jumlah pesakit psikiatri yang dirawat di hospital pada tahun lepas ialah sebanyak 21,852 kes berbanding 21,217 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Pembangunan Perubatan kementerian itu, Datuk Dr Azmi Shapie.
Aku pernah melihat sendiri kesan bahan larangan ini kepada kawan-kawan yang terdekat dengan aku. Mereka yang dibawah pengaruh bahan ini akan melakukan tindakkan yang berlandasan emosi mereka semata-mata. Mereka mengamuk dan menyerang orang lain tanpa sebab. Setelah mereka sedar..mereka tidak ingat apa yang merekat buat. Ada dikalangan mereka telah mengalami delusi dan melihat,mendengar "perkara-perkara" ghaib. Aku mendedahkan isu ini kerana ada kawan aku yang koma selama beberapa hari kesan daripada pengambilan bahan ini secara tidak terkawal.
Aku hairan kenapa kerajaan tidak mendedahkan punca sebenar penyakit mental yang membunuh potensi anak muda kita yang kita anggap sebagai pelapis kita? Mungkin dengan pengedaran bahan tersebut turut menjana ekonomi negara sebagai mana di Thailand sektor pelacuran turut menyumbang kepada KDNK negara?
Media patut mendedahkan kepada umum kesan akibat pengambailan dadah jenis sintetik ini dengan menunjukkan bukti realistik. Banyak juga kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kesan pengambilan bahan ini yang sama bahayanya dengan kesan pengambilan alkohol.
Delusi
Aku pernah terbaca kisah seorang anak menyembelih ayahnya hidup2 di dalam masjid. Bila disoal, dengan tanpa rasa bersalah si anak mengatakan dia menyembelih lembu, bukan ayahnya. Malah si anak bertanya kepada emaknya kemana ayahnya pergi. Setelah ujian air kencing dibuat, si anak didapati positif dadah jenis pil kuda. Delusi ini sangat bahaya kerana pertimbangan tidak dapat dibuat dengan sebaiknya. Kondisi ini lebih dikenali sebagai "karau".
Emosi
Memeranjatkan bila dadah jenis sintetik ini boleh mempengaruhi emosi, dan jika si pengguna melayan emosi tersebut, ia akan menjadi lagi mendalam. Jika anda gembira, bahan ini akan menguatkan lagi kegembiraan begitu juga dengan emosi sedih dan lain-lain. Kajian menunjukkan jika keputusan yang bersangkut paut mengenai emosi boleh menjejaskan kestabilan emosi seseorang dalam masa yang singkat sahaja. Sebagai contoh, penguna dadah jenis ini semasa dalam pengaruhnya, menjalani proses percintaan dan kasih sayang akan cepat mendapat kesan "cinta" tersebut berbanding dengan orang biasa. Bahan tersebut membolehkan si pengguna atau si pasangan berinteraksi terus dengan hati. Memeranjatkan bukan?
Langit tidak selalu cerah, pasangan tersebut mungkin mengalami masalah dalam hubungan. Tahukah anda mereka yang menggunakan bahan ini akan mengalami gangguan emosi yang sangat teruk sehingga sanggup membunuh diri dan melakukan perbuatan luar kawal yang lain? jika mereka tidak dapat apa yang mereka inginkan, mereka sanggup melakukan apa saja dalam usaha mencapai objektif mereka.Pengguna bahan ini sukar untuk melenyapkan perasaan yang wujud semasa pengaruhnya dan terbawa-bawa sehingga ke suatu jangka masa yang tidak diketahui. Jika diperhatikan, amat sedikit di antara mereka dapat melupakan atau "move on" dengan hidup yang baru.
Konklusi:
Dadah sintetik amat bahaya berbanding dadah jenis tradisional kerana ia boleh merosakkan sistem saraf dan otak manusia. Ia juga boleh mempengaruhi emosi pengunanya.Apa yang aku dapat simpulkan disini, penularan bahan ini ada kena mengena dengan syarikat yang membuat ubat untuk pesakit mental. Mereka mempromosikan bahan larangan ini agar semakin ramai pesakit mental wujud dikalangan kita.
Artikel ini adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian aku sendiri, terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan