Kali ini saya ingin mengupas sedikit tentang apa yang terjadi di masa sekarang..sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan kita pada masa kini..iaitu FITRAH..
Sering kali kita dengar orang melaungkan:
1. Kembalilah kepada fitrah
2. Jangan melanggar fitrah
3. Bayi itu dilahirkan dalam keadaan fitrah
Nah..apa itu fitrah?
Mungkin selama ini anda memandang remeh kepada fitrah..tapi inilah kunci dan jawapan kepada kegilaan manusia tanpa kawalan sejak akhir-akhir ini.
Kunci utama = Islam adalah agama fitrah....
bermakna ISLAM = FITRAH
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fitrah
menurut kamus dewan:
1. tabii, bakat, pembawaan: memang ~ manusia untuk berkasih sayang antara satu sama lain, terutamanya pd ahli keluarga sendiri; 2. perasaan keagamaan.
Dalam erti kata lain:
Fitrah adalah sifat asal dan kesucian..sebelum ia mengalami perubahan atau di ubah.
Semua manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah..jika bayi itu meninggal sebelum akil baligh, maka bayi itu akan masuk syurga kerana dia mati dalam Islam. Fitrah itu sebenarnya ISLAM!!
Musuh-musuh Islam telah lama sedar akan kebenaran ini dan mereka secara perlahan-lahan telah merosakkan umat Islam di seluruh dunia dengan hanya memaksa umat Islam dan manusia lain menentang FITRAH..
Musuh-musuh Islam telah meneliti satu-persatu larangan Allah terhadap hambaNya, dan musuh-musuh Islam telah menyebarkan idealogi dan gaya hidup yang bertentangan dengan fitrah manusia. Manusia-manusia ini malahan bangga dengan anutan idealogi bertentangan dengan fitrah ini, dan mengatakan Islam itu kolot...
Cuba lihat disekeliling anda...semuanya menentang fitrah..aurat, zina, pembunuhan, homoseksual, perperangan dan yang paling kita tidak sedar, membudayakan tidur di siang hari, berjaga di malam hari. Musuh-musuh Islam mempromosikan hiburan malam dengan tema City Never Sleep.. Manusia mula menentang fitrah...Fitrah manusia ialah kerja di siang hari dan tidur di malam hari.
Mereka telah berjaya membuatkan manusia menentang fitrah dengan perkataan GLOBALISASI.. lihatlah berapa ramai manusia yang bersengkang mata di malam hari bekerja shift, berapa ramai yang berhibur tanpa batasan di malam hari? Manusia sudah tidak kenal apa itu siang apa itu malam?
Semua benda sekarang ada 24jam..manusia tak diciptakan untuk makan pada 1 pagi.. sebab itu lah banyak sangat penyakit yang dihidapi oleh manusia..
Nah...lihatlah sendiri kesannya menentang fitrah.. jika mesin yang dicipta untuk beroperasi dalam jangka masa 2 jam, tapi di gunakan melebihi 2 jam boleh rosak...sama jugak dengan manusia..jika kita terus menentang fitrah..kita akan BINASA.
Adakah anda percaya ramai manusia yang GILA dan membuat sesuatu yang tidak masuk akal disebabkan oleh tekanan hidup dan keadaan persekitaran? Seperti kata ahli sains yang tidak percayakan tuhan?
Fikirlah sendiri tuan-tuan....adakah kita masih dalam keadaan fitrah?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan