Memaparkan catatan dengan label sufism. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sufism. Papar semua catatan

Isnin, Julai 12, 2010

Satu Kajian Dan Pencarian Mengenai Diri

Data-data ini aku jumpa di internet, dan masih belum lengkap atau sahih.

http://images.nikmaa.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/S8cXtwooC0cAAAZMEnI1/Salasilah3%282%29.htm?nmid=330400650


Salasilah 1

Muhammad s.a.w.
sayidatina fatimah al zahrah
sayid husein
sayid ali zainal abidin
sayid muhammad al baqir
sayid jaafar al siddiq
sayid ali uraidhi
sayid muhammad an nagieb
sayid isa arrumi
sayid ahmad al muhajir
sayid ubaidillah
sayid alwi alwiyyin
sayid muhammad
sayid alwi
sayid ali ghala' ghassam
sayid muhammad s marbab
sayid alwi
sayid abdul malik
sayid abdullah
sayid ahmad jalaluddin
sayid jamaluddin al husein
sayid ali nurul alam [pateh arya gajah mada]
sayid abdullah
sayid ahmad waliyullah
nik mustafa [sultan abdul hamid]
nik badru salam
raja wan daim [raja kelantan & pattani]
raja long nik [raja reman]
long gaffar [raja muda reman, raja kelantan @ limbat]
long seri [tengku sri maharaja - jeram]

Salasilah 2

muhammad s.a.w.
sayiditiana fatimah + s ali
sayidina hussain
sayid ali zainal abidin
sayid mahmud al-bakir
sayid jaafar al-siddek
sayid ali al-al uraidy
sayid muhammad al-naqib
sayid isa al-rumi
sayid muhammad al-muhajir
sayid ubaidillah
sayid alawi
sayid muhammad
sayid alawi
sayid ali khali' qasam
sayid muhammad mirbab
sayid ali
sayid muhammad al-faqeh
sayid alawi
sayid muhammad ad dawilah
sayid abdul rahman al-saqaf
sayid abu bakar as-shukran
sayid abdullah syeikh al-idrus
sayid syeikh al 'aidrus
sayid abdullah
sayid syeikh al 'aidrus
sayid abdullah
sayid zainal abidin [t dagang]
tun mat ali
tun habib abdul majid [johor]
sultan zainal abidin i [1st sultan terengganu]
sultan mansur i [1733-1793]
sultan zainal abidin ii [1793-1808]
t ismail [masjid] - tg perdana
t muda - tg penglima besar
t musatafa [t seri nara wangsa raja]
t ali [t seri nara wangsa raja]
t musa@tin + t maznah


Aku masih tidak dpt merungkai lagi misteri dan kajian yg aku buat mengenai Sheikh Jamaluddin Al-kubra

Satu Kenyataan yang sengaja tidak diwar-warkan

Di petik dari http://www.kesturi.net/archives/898


Mengenali Ahli Sufi: Siapa Mereka dan Apa Yang Mereka Buat?
By Shahidan Radiman • Jun 21st, 2009 • Category: Rencana

Pendahuluan

Masyarakat Melayu atau Nusantara amnya mudah tertipu dengan daayah tentang siapa itu para sufi dan para waliyullah sehingga banyak ajaran sesat tersebar dan memburukkan sebarang aliran tasawuf atau tarekat yang muktabar di alam Melayu. Ini kerana rata-rata sedikitnya pakar rujuk yang berwibawa baik di universiti mahupun di institusi agama di Negara ini. Daripada pada sedikit itupun mereka tidak dirujuk untuk memberikan pandangan dan fatwa oleh pihak yang berwajib melainkan kepada orang lain yang “menyamar” menjadi pakar rujuk itu. Oleh itu , orang awam yang membaca laporan dan berita negatif tentang orang Sufi mudah percaya dengan laporan tersebut sehingga mereka memandang serong orang Sufi dan orang yang bertarekat. Akhirnya , intipati dan mahkota ajaran Islam yang terpendam dalam ajaran tasawuf atau Sufisme itu terus terpendam , tidak dihargai dan yang parah lagi tidak dapat direalisisakan dalam bentuk amal dan perbuatan masyarakat Melayu yang semakin rapuh dan ternoda dengan pelbagai gejala sosial aliran Barat.

Ahli Sufi dan ciri-cirinya

Secara amnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap untuk bertemu denganNya dalam perjalanan menuju liqa’ullah . Keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk mengenali diri mereka sendiri dan kemudian mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para Salik ( pemula jalan al-Haqq). Minat dan dorongan mereka dalam banyak hal tidak didorong oleh sesiapa – mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan dalam setiap hal. Mereka akan mengalami banyak hal dan keadaan yang pelik yang ditunjuki oleh Allah s.w.t sebagai bukti (bayyinah) bahawa mereka sedang dalam perjalanan yang diredhai. Bukti-bukti utama antaranya ialah mereka bermimpi dengan para-para Nabi a.s dan kemudian para wali qutub . Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dengan para waliyullah yang masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh mereka. Jika usaha dan niat mereka tidak benar pada peringkat ini mereka tidak ditemukan kepada waliyullah sebaliknya ditemukan dengan para wali syaitan. Pada peringkat ini jika mereka menerima dan mengamalkan ajaran para wali syaitan ini mereka berakhir dengan menjadi bomoh atau dukun. Atsar banyak menyatakan bahawa lebih mudah mengenali Allah s.w.t daripada mengenali waliyullah . Ini benar kerana mereka manusia biasa yang tidak menunjukkan sebarang kelainan daripada orang lain (dari segi fizikal dan penampilan luar). Jadi, seorang salik yang tulen akan ditunjuki kebenaran sangkaan dan pandangannya samada melalui pengesahan oleh Rasulullah s.a.w (biasanya melalui mimpi) atau peristiwa lain yang membuktikan kewaliyan seseorang itu (contohnya bertemu dengan waliyullah itu di dalam Kaabah atau melihat waliyullah itu memegang matahari dan bulan dan sebagainya dalam mimpi). Ini kerana Rasulullah s.a.w , para anbiya’ a.s , Kaabah, bulan dan matahari tidak boleh ditiru oleh syaitan dalam mimpi.

Orang Sufi akan memperjalani pengajaran secara ladunni dengan para Nabi a.s (termasuk Nabi Khidr a.s yang masih hidup) dan juga para wali qutub ( contohnya Sh. Abdul Qadir Jilani , Sh. Ibnu Arabi , Sh. Abi Madyan dll) . Biasanya semua ilmu itu akan disahkan dan dihurai dengan lebih terperinci oleh seorang guru mursyid yang masih hidup ( bertaraf waliyullah) . Proses pentarbiyahan ahli Sufi ini termasuklah bai’ah , amalan dan aurad berterusan (contohnya zikir nafas dan zikir huruf) dan banyak lagi amalan yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t setiap waktu . Kerana salik ini juga perlu bekerja dan berkeluarga , guru mursyid akan mengajarnya bagaimana membawa zikir nafas sambil kita bercakap dengan orang atau membuat kerja-kerja harian. Laku yang paling penting ialah cara melaksanakan solat secara fana’ baqa’ billah . Cara membawa zikir dan ilmu yang diterapkan hujung jatuhnya zikir tersebut (bukan saja makna zahir zikir itu) juga amat penting , agar tidak jatuh ke dalam syirik khafi . Penekanan terhadap solat malam hari, solat-solat sunnat tatawu’ dan lain-lain juga ditekankan. Guru mursyid akan membimbing mereka cara membaca dan memahami makna-makna, tafsir dan takwil al Quran termasuk rahsia-rahsia huruf muqotaat , ayat –ayat mutasyabihat dan lain-lain sehingga jelas dan terbukti Al-Quran itu adalah mukjizat sepanjang zaman ( contohnya , apabila membaca surah al-Fatihah dalam solat mereka mendengar Allah s.w.t menjawab bacaan mereka , atau melihat huruf-huruf yang dibaca itu bangun dan memberi pelajaran kepada mereka dan sebagainya).

Biasanya cara belajar orang Sufi ini sangat berbeza dengan orang awam sebab mereka ini dianggap orang khawas. Mungkin satu masa dulu anak murid guru mursyid ini ramai, tetapi kemudian Allah s.w.t melakukan ujian tertentu sehingga hanya yang terpilih saja dapat meneruskan pencarian ilmu yang hak dengan guru mursyid tersebut. Dalam melaksanakan rukun iman ajaran mereka amat halus dan luar dari kebiasaan contohnya , mereka bukan saja percaya kepada para malaikat dan para nabi a.s tetapi langsung berjumpa dengan mereka ( dalam banyak hal secara yakazah , bukan saja dalam mimpi). Mereka akan belajar ilmu-ilmu rahsia tentang ketuhanan dan rahsia kejadian semua makhluk, contohnya ilmu tentang Nurmuhammad dan martabat tujoh. Sebagai pembuktian , mereka sendiri akan melihat Kitabul Mubin diturunkan ke hadapan mereka atau menyaksikan burung Nur Muhammad (dalam catatan Ibn Arabi burung ini dipanggil Anqa’ Mughrib). Pada satu peringkat tertentu mereka akan dibenarkan mengembara ke alam-alam malakut , alam jabarut dan alam lahut dan dapat menyaksikan Arsy , Kursy , Sidratul Muntaha dan sebagainya. Banyak daripada “kemudahan” ini berlaku dalam bulan Ramadhan . Allah s.w.t akan menghadiahkan nama rahsia , istigfar dan Selawat khas setelah Allah redha dengan mereka dan diakui sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagai umatnya yang setia.

Dari segi kebolehan para salik itu , mereka akan menjalani pelbagai ujian dari guru mursyid mereka melalui laku khalwat , talqin , qiyamul lail , ujian bertulis dan pelbagai laku yang difikirkan sesuai oleh guru mereka. Kadang-kadang mereka diminta untuk membantu orang di dalam kubur atau membantu orang yang diganngu makhluk halus atau memindahkan perkampungan jin dan sebagainya. Walaupun mereka biasa boleh mengubat secara islami masalah seperti santau , saka dan sebagainya , mereka tidak pernah menjadikan ini aktiviti utama dan mereka akan mengelak dari banyak menghabiskan masa dengan kerja seperti ini kerana takut menjadi terkenal atau lalai daripada membuat kerja-kerja amal lain yang diperuntukan .

Ciri lain ahli Sufi ialah mereka mementingkan hal-hal akhirat lebih dari hal duniawi. Jika diberi pilihan mereka akan memilih hal ukhrawi , keilmuwan dan peringatan atau nasihat daripada perkara lain. Kesihatan dan pembaikan roh lebih diutamakan daripada kesihatan jasad dan penampilan diri luar. Mereka rajin dan tekun membuat kerja harian bukan sebab mengejar dunia tetapi sebab ingin mendapat redha majikan dan Allah s.w.t dalam mendapatkan rezeki yang halal. Mereka tidak mengeluh sebab mereka tahu itu syirik khafi . Mereka tahu membersihkan jiwa mereka melalui zikir pembersihan semua lathaif selain daripada melakukan muhasabah diri selalu. Setiap tibanya waktu solat merupakan waktu yang bahagia kerana terdorong oleh cinta , kasih dan rindu yang tersangat kepada Maha Pencipta dan Kekasih Hati. Mereka berinteraksi dengan manusia bukan dengan penumpuan jasadi malah secara ruhi i.e iaitu mereka boleh berbicara dengan ruh-ruh ( baik manusia yang hidup mahupun yang mati). Nasihat mereka akan membuat manusia menangis secara meraung dan menyesali diri . Mereka berbicara dengan hikmah. Orang yang kasyaf akan dapat melihat apa yang tertulis pada lidah-lidah dan badan ahli Sufi ini , melainkan jika ahli Sufi itu menutupi rahsia dirinya dengan kalimah tertentu. Pada pandangan luar mereka kelihatan sama dengan orang lain , tetapi kerohanian mereka sentiasa dengan Al –Haqq.

Orang Sufi dan orang awam

Orang awam yang dikalangan mereka terdapat orang Sufi sangat beruntung. Mungkin yang membaca doa dan menjadi naqib dalam suatu majlis tahlil di rumah atau di surau orang biasa dan doanya tidak terangkat , tetapi disebabkan oleh kehadiran Sufi tadi (lemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat –ini kerana cara orang Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu seperti yang dikehendaki Allah s.w.t ( biasanya dia kena lulus ujian doa dari gurunya yang mursyid – criteria lulus ini agak ketat seperti tiang Arsy mesti bergegar , 4 malaikat utama mesti turun , 6 perkara mesti dibawa dalam doa dan banyak lagi). Orang Sufi kalau ke mana pun berjalan dia akan berjumpa para Sufi dan waliyullah yang lain sebab mereka saling mengenal (roh mengenal roh). Oleh itu orang Sufi tak sunyi daripada urusan “belajar dan mengajar” di mana pun mereka berada. Walaupun mereka tak dikenali dan biasanya tidak menonjol dalam masyarakat yang jelas mereka boleh mengubati orang lain –seperti mementang syihir , memindahkan penempatan jin , mengeluarkan santau dan menghapuskan saka dan lain-lain . Tapi , masyarakat biasanya tak sedar kehadiran mereka sebab mereka sibuk dengan urusan diri mereka sendiri .Jika mereka menziarahi kubur mereka mengucapkan “ assalamuala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah” . Mereka dapat memasukan “cahaya” kepada si-mayat dengan bacaan Fatihah mereka kerana mereka mengetahui kedudukan Fatihah dalam jasad si-mayat. Tahlil mereka begitu sempurna sehingga berkat bacaan mereka itu si-mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur.

Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik dalam jalan kewaliyan. Itu sebab tarekat mereka kadang-kadang tak bernama tetapi jika diberi nama lebih tepat dinamakan tarekat kenabian. Ini kerana mereka dipimpin oleh para nabi (salah satu dari yang 25 atau kadang-kadang lebih dari satu ). Ini adalah perjalanan para nabi a.s seperti yang dihurai oleh Ibn Arabi dalam kitab Fusus al –Hikam. Biasanya mereka juga bertemu dan belajar dengan Nabi Khidr a.s (dan mungkin juga Nabi Iliyas a.s). Selain daripada para nabi a.s mereka juga akan belajar dari salah seorang atau keempat-empat sahabat Rasulullah s.a.w yang utama dan (atau) dengan empat malaikat yang utama .

Disebabkan mereka ada nama rahsia yang diberikan oleh Allah s.w.t , mereka dikenali di langit dengan nama itu – dan jika mereka gunakan nama itu ketika berdepan dengan para makhluk yang jahat , makhluk jahat dan halus itu akan tunduk. Mereka sentiasa duduk dalam cinta , kasih dan rindu kepada Allah s.w.t dan doa mereka adalah “ Wahai Allah , jadikanlah kami hamba-hamba kebaikan bukan hamba-hamba ujian”. Kerana ini mereka tidak diuji seperti manusia lain – sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakannya tugas berat. Jika mereka melalui kuburan , mungkin mereka akan terpanggil untuk mendoakan para mayat yang tersiksa. Bila mereka member salam kepada ahli kubur dengan salam “ Assalamuala ahli Lailahaillalahu min ahli Lailahaillallah” maka para ahli kubur akan bangun menjawab mereka , sebaliknya yang tidak dapat berbuat demikian pastinya adalah kumpulan yang sedang disiksa oleh malaikat Mungkar dan Nankir.

Jika ahli Sufi ini berada dipanggil untuk bertahlil, dia dapat menghadirkan si-orang yang ditahlilkan itu dan mengetahui keadaannnya. Begitu juga, beruntunglah orang yang mengajak ahli Sufi ini untuk hadir dalam majlis pernikahan sebab ahli Sufi ini akan menghadirkan Jibrail (dan 3 malaikat lain) untuk menjadi saksi – dia akan dapat mengesahkan sama ada nikah itu sah atau tidak dari perkara yang ditajallikan oleh Allah s.w.t contohnya seperti melihat pena melakar bulatan dengan ditutup dengan titik tengah atau dokumen dimasukkan dalam peti berkunci ( boleh dengar bunyi kunci tersebut) dan sebagainya.

Jalan Menuju Makrifatullah

Jalan menuju makrifatullah penuh liku dan perangkap samar- takkan lepas seorang salik tanpa bimbingan gurunya yang mursyid dan tanpa hidayah dan inayah Allah s.w.t. Bagi orang Sufi , mereka dicintai oleh Allah dan dikehendaki oleh Allah baru mereka mencintai dan menhendaki Allah. Mereka beriltizam sesungguhnya untuk menemui Allah s.w.t semenjak kecil lagi dan Allah s.w.t akan membuka jalan untuk mereka dalam waktu tertentu seperti pada umur 20an, 30an atau 40an. Bagi yang diredhai Allah s.w.t mereka melalui jalan singkat dan tidak berliku – ini kerana pemerhatian mereka yang tuntas terhadap perbuatan (af’al) Allah , lalu mereka redha dan mempunyai adab terhadap Allah , lalu Allah s.w.t mengangkat mereka. Contohnya sebagai permulaan , Allah s.w.t menjadikan mereka tempat berkumpul barang-barang peninggalan para waliyullah , kemudian juga barang-barang pelik dari seluruh dunia dan kemudian barang-barang peninggalan sahabat r.a dan Rasulullah s.a.w. Tetapi , salik ini tidak bangga malah dia terus bersyukur sebab dia tahu ini adalah hadiah (tanda) dari Kekasihnya.

Kesimpulan

Menjadi satu paradoks moden bahawa di Barat semakin ramai Islamologis yang mengkaji tentang Sufi dan Kesufian (Sufisme) sedangkan di Timur dan di kalangan sarjana Muslim sendiri bukan saja Sufi itu dicemuh malah terdapat banyak usaha untuk menjatuhkan imej Sufisme (mahkota dan intipati islam ) itu sendiri , sedangkan Islam yang sebarkan ke Nusantara , India dan ke Timur amnya semuanya disebarkan oleh para ahli da’i Sufi dan penyebar tarekat . Fenomena “kacang lupakan kulit” ini memanglah diatur dan dirancang oleh pihak tertentu agar kebangkitan Ummah tidak berlaku , agar Islam termaktub dalam lingkungan masjid dan ia tidak sampai ke sistem pendidikan , perbankan atau sistem-sistem lain. Pada hari ini , Negara yang mendokong Sufi seperti Chechnya akan dapat bertahan dari serangan dan penaklukan kuasa asing sedangkan dimana ia diremehkan dan ditinggalkan , negara itu akan menderita dan punah disebabkan oleh kuasa asing seperti Iraq dan Palestin.

Sekian, sedikit sebanyak yang ingin saya sampaikan secara ringkas tentang siapa itu ahli Sufi. Wallahu a’lam bissawab.

Khamis, Disember 31, 2009

Sufisme Dalam Lagu III

Bismillahirahmanirahim..

Dengan izin Allah S.W.T aku diilhamkan maksud sebenar lirik lagu dewa19, Kosong.
Menurut lirik, jika ditafsir secara biasa.. ia menceritakan kisah seorang lelaki yang amat merindui dan menyayangi kekasihnya.Kehadiran kekasihnya dapat dirasai tak kira dimana saja termasuk didalam hatinya.



Kamu seperti hantu
Terus menghantuiku
Ke mana pun tubuhku pergi
Kau terus membayangi aku
Salahku biarkan kamu
Bermain dengan hatiku
Aku tak bisa memusnahkan
Kau dari pikiranku ini
Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu

Kau tulis namamu
Tubuhku ada di sini
Tetapi tidak jiwaku
Kosong yang hanya kurasakan
Kau telah tinggal di hatiku

Namun jika ditafsir dari sudut sufisme, ia adalah cerita seorang hamba Allah yang merasai kehadiran Allah dalam apa jua yang dia lakukan. Walau apa pun yang terjadi dia tetap mengingati Allah tak kira masa atau tempat. Sebenarnya ini adalah huraian dari salah satu prinsip dalam Tariqat Naqsyabandiyah iaitu KHALWAT DAR ANJUMAN.

Di dalam keramaian aku masih merasa sepi
Sendiri memikirkan kamu
Kau genggam hatiku
Dan kau tuliskan namamu


Sedutan ulasan mengenai KHALWAT DAR ANJUMAN

Khalwat bererti bersendirian dan Anjuman bererti khalayak ramai, maka pengertiannya ialah bersendirian dalam keramaian. Maksudnya pada zahir, Salik bergaul dengan manusia dan pada batinnya dia kekal bersama Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Terdapat dua jenis khalwat iaitu Khalwat Luaran atau disebut sebagai Khalwat Saghir yakni khalwat kecil dan Khalwat Dalaman atau disebut sebagai Khalwat Kabir yang bermaksud khalwat besar atau disebut sebagai Jalwat. Khalwat Luaran menghendaki Salik agar mengasingkan dirinya di tempat yang sunyi dan jauh dari kesibukan manusia. Secara bersendirian Salik menumpukan kepada Zikirullah dan Muraqabah untuk mencapai penyaksian Kebesaran dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila sudah mencapai fana menerusi zikir pikir dan semua deria luaran difanakan, pada waktu itu deria dalaman bebas meneroka ke Alam Kebesaran dan Keagungan Kerajaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ini seterusnya akan membawa kepada Khalwat Dalaman.

Khalwat Dalaman bermaksud berkhalwat dalam kesibukan manusia. Hati Salik hendaklah sentiasa hadir ke Hadhrat Tuhan dan hilang dari makhluk sedang jasmaninya sedang hadir bersama mereka. Dikatakan bahawa seseorang Salik yang Haq sentiasa sibuk dengan zikir khafi di dalam hatinya sehinggakan jika dia masuk ke dalam majlis keramaian manusia, dia tidak mendengar suara mereka. Kerana itu ianya dinamakan Khalwat Kabir dan Jalwat yakni berzikir dalam kesibukan manusia. Keadaan berzikir itu mengatasi dirinya dan penzahiran Hadhrat Suci Tuhan sedang menariknya membuatkannya tidak menghiraukan segala sesuatu yang lain kecuali Tuhannya. Ini merupakan tingkat khalwat yang tertinggi dan dianggap sebagai khalwat yang sebenar seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran Surah An-Nur ayat 37:

Para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah, dan dari mendirikan sembahyang, dan dari membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang hati dan penglihatan menjadi goncang.

Ahmad Dhani merupakan pengikut tariqat ini, tidak mustahillah lagu2 Dewa mengandungi unsur2 tasawwuf dan sufism.

Wallah'huallam

Sabtu, Ogos 29, 2009

Sufism dalam lagu II

Dewa19(Ahmad Dhani, secara amnya) dari Indonesia berkarya dengan menyelitkan elemen-elemen kesufian ini dalam karyanya. Artikel dibawah merupakan huraian seorang penulis di alam maya (Asrul Muzaffar Mohammed) mengenai pandangan beliau terhadap Ahmad Dhani dan sufisme.

Kita mulakan dengan petikan dari lagu Roman Picisan.


"Aku berdansa di ujung gelisah
Diiringi syahdu lembut lakuMu
Kau sebar benih anggun jiwaMu
Namun Kau tiada
Menuai buah cintaku
Yang ada hanya sekuntum rindu"
(Roman Picisan, album "Bintang Lima", Dewa19)

Sebenarnya kita yang hidup di zaman teknologi serba canggih ini sering 'take for granted' dengan segala kemudahan yang ada di hadapan mata. Namun satu ketika dahulu --- sebelum teknologi penerbitan pukal diperkenalkan --- amatlah jarang atau sukar sekali bagi masyarakat jelata mendapat inspirasi dari karya-karya agung pemikir terdahulu. Sekarang mudah --- nak membaca puisi Jalaluddin Rumi, cari saja kitab Mathnawi atau Divan-e-Syams nya. Kat MPH pun dah ada jual, hardbound cover lagi. Kalau payah sangat, cari jer kat Web. Kalau nak bertekak pasal ayat Al-Quran dan hadith, capai ajer indeks kandungannya dan cari ayat-ayat atau riwayat yang berkenaan.

Namun satu ketika dahulu, terutama ketika di zaman era kerasulan, manusia hanya menerima inspirasi melalui pidato-pidato atau ungkapan-ungkapan yang diwartakan orang-orang tertentu. Seterusnya orang-orang ini --- jika kena aura dan 'ceramahnya' --- akan mendapat segolongan pengikut-pengikut setia yang akan menurut apa sahaja inspirasi atau dogma terbaru orang-orang ini. Segala ungkapan, kiasan, perlakuan dan segala tentang orang-orang ini akan disebarkan melalui kaedah lisan. Mungkin beberapa puluh (atau ratus tahun) selepas tu barulah ada salah seorang pengikut yang berpengetahuan dan rajin mengambil inisiatif mencatat segalanya di atas kertas (atau pelepah kayu, dsb). Walau pun begitu, akses kepada bahan bacaan tersebut masih terhad.

Masa berlalu, di sebabkan ketiadaan penyebaran kasis literatur secara meluas, masyarakat mengharapkan kemunculan pendita-pendita dan pemikir-pemikir yang seterusnya akan mengintepretasikan apa jua ajaran yang terdahulu mengikut norma, keadaan politik dan sosial zaman masing-masing. Haruslah diingat bahawa dengan ketiadaan telekomunikasi dan pengangkutan yang amat terhad (menunggang unta dari tanah Arab ke Iraq contohnya mengambil masa 6 bulan pergi balik), semua sektarian dan fahaman-fahaman intepretasi ini berkembang secara berkelumpuk.

Ada antara intepretasi ini kemudiannya berkembang menjadi sesuatu yang baru yang amat berlainan dari sumber asal. Gamaknya jika pencetus sebenarnya melihat mungkin akan terkhezut beruk kerana apa yang ada mungkin lain dari apa yang asalnya ingin disampaikan.

Apapun, jika kita menyelusuri ke belakang, kita akan tiba semula ke INSPIRASI ASAL yang mencetus segalanya. Sedikit lagi ke belakang dan kita akan bertemu pula dengan SUMBER UTAMA yang mewahyukan inspirasi tersebut.


INSPIRASI KEINDAHAN JAGAT RAYA

"Dengan tanganMu…aku menyentuh
Dengan kakiMu...aku berjalan
Dengan mataMu...ku memandang
Dengan telingaMu...ku mendengar
Dengan lidahMu...aku bicara
Dengan hatiMu...aku merasa"
(Satu, album "Laskar Cinta", Dewa19)

Seorang ahli sufi ketika sedang berjalan-jalan di keliling Kaabah, beliau telah melihat seorang wanita. Terpana dengan kejelitaan wajah wanita tersebut, beliau terus memuja-mujanya. Bukan memuja wanita tersebut secara zahir, tetapi memuja akan anugerah dan keagungan ciptaan Tuhan Yang Satu. Maknanya bila terpandang saja wanita ini, beliau bukanlah melihat susuk rupa bentuk tetapi suatu nur indah yang membuatkan ahli sufi ini makin mengagumi Yang Mencipta.

Seterusnya berbilang puisi, lagu dan bait-bait sajak beliau nukilkan yang kesemuanya memuji-muji wanita ini. Wanita ini secara amnya telah memberikan ahli sufi ini suatu inspirasi. Benar, inspirasi yang beliau terima ini hanya terbit ketika matanya ditemukan dengan wanita tersebut. Namun yang lebih penting, jika tiadanya keindahan dan keagungan ciptaan tersebut mungkin saja inspirasi itu tidak akan pernah wujud dari mulanya.

"Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padaMu
Kau seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada
Hanya diriMu yang bisa membuatku tenang
Tanpa diriMu aku merasa hilang dan sepi..."
(Dealova, "Dealova OST", Once - lead vokalis Dewa19)

MENEMUKAN SUMBER INSPIRASI

Sesungguhnya dalam naluri setiap manusia ada suatu kekosongan yang perlu diisi. Kita tidak mahu bersendirian dan kita inginkan kepastian bahawa kita tidak bersendirian. Jadi kita sentiasa mencuba untuk mengisinya --- dengan kepercayaan dan dengan perlakuan tertentu yang kita percaya akan mampu memenuhi kekosongan tersebut. Namun dengan terhadnya akal kita, kita tidak dapat 'fully comprehend' apakah sebenarnya Realiti yang kita masukkan dalam diri kita itu. Oleh itu kita mencipta lagi metoda-metoda, simbol-simbol atau idola-idola baru seperti perasaan berinspirasi yang ditemui ahli sufi tadi.

Tentunya juga inpirasi-inspirasi baru yang terbit itu bersumberkan Punca yang sama.

Ada antara metoda, simbol atau idola tersebut sebenarnya telahpun lama wujud dalam kelumpuk masyarakat yang didiami turun temurun. Dengan inspirasi baru, kita membuat intepretasi dan penjenamaan baru yang seterusnya menjadikan metoda, simbol atau idola tersebut sebagai 'Jenama' baru.

Sekali lagi, keseluruhannya masih bertumpu terhadap Punca yang sama. Cuma intepretasinya saja yang berlainan.

"Tak akan ada cinta yang lain
Pastikan cintaku hanya untukMu
Pernahkah terbersit olehMu
Akupun takut kehilangan
DiriMu..."
(Takkan Ada Cinta Yang Lain, album "Format Masa Depan", Dewa19)


KEBENARAN YANG DIREBUTKAN

Sekali lagi masa berlalu dan kelumpuk-kelumpuk yang masing-masing menzahirkan fahaman tadi makin berkembang hingga akhirnya mungkin mencelah masuk ke sempadan satu sama lain. Masing-masing mula membanding-bandingkan inspirasi dan intepretasi sesama sendiri. Ada yang melakukannya secara berilmiah tapi ada juga yang melakukannya menggunakan kekerasan. Kekerasan kerana mereka inginkan ekslusiviti dan 'endorsement' bahawa intepretasi merekalah satu-satunya yang berlatarkan kebenaran.

Tapi golongan yang inginkan ekslusiviti ini sering terlupa bahawa tujuan sebenarnya ialah mendekatkan diri dengan Punca inspirasi asal tersebut. Malah intepretasi yang asalnya dilakukan secara berkelumpuk kerana terhadnya literatur dan teknologi komunikasi ketika itu hanyalah bertujuan menemukan Punca tersebut dan bukanlah untuk mendewakan intepretasi berkenaan.

Jadi bila masing-masing berebut mendakwa memiliki Kebenaran tadi, mereka mula mencipta metoda, simbol atau idola yang baru pula dan semakin menjauhkan diri dengan Punca yang asal. Lebih dari itu mereka mula meletakkan kalimah sendiri yang kononnya berasal dari Punca tadi. Kalimah tersebut kononnya menghalalkan segala tindak-tanduk mereka untuk menghancurkan sesiapa sahaja yang tidak mempunyai intepretasi yang serupa tentang Sumber inspirasi tadi.

Dan semuanya makin berjalan menjauhkan diri antara satu sama lain. Berprasangka. Berprejudis.

Dan makin berunsur jauh.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang..
jangan sekali-kali kamu..
Mencoba jadi Tuhan
dengan mengadili dan mengahakimi

Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya.
Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yg sejati..

Bukankah kita memang tercipta laki laki & wanita
dan menjadi suku suku bangsa.. yang pasti berbeda

Bukankah kita harus saling mengenal dan menghormati
bukan untuk saling bercerai berai dan berperang angkat senjata"
(Laskar Cinta Chapter II, album "Republik Cinta", Dewa19)
Wassalam.


p/s: Aku sedang menyusun pandangan dan kajian peribadi aku mengenai lagu dan sufism ini, tunggu......

Sufism dalam lagu

Entry pengenalan

Sufism (Arabic: تصوّف‎ - taṣawwuf, Persian: صوفی‌گری sufigari, Turkish: tasavvuf, Urdu: تصوف) is generally understood to be the inner, mystical dimension of Islam.[1][2][3] A practitioner of this tradition is generally known as a ṣūfī (صُوفِيّ), though some adherents of the tradition reserve this term only for those practitioners who have attained the goals of the Sufi tradition. Another name used for the Sufi seeker is dervish.

Classical Sufi scholars have defined Sufism as "a science whose objective is the reparation of the heart and turning it away from all else but God."[4] Alternatively, in the words of the renowned Darqawi Sufi teacher Ahmad ibn Ajiba, "a science through which one can know how to travel into the presence of the Divine, purify one’s inner self from filth, and beautify it with a variety of praiseworthy traits."[5].


Dipetik dari Wikipedia.

Entry ini tidak mengulas panjang mengenai elemen kesufian yang terdapat dalam lagu2 sekeliling kita. Aku hanya memberi contoh lagu yang dianggap mengandungi elemen kesufian. Maka tidak hairanlah ahli-ahli sufi ini sangat mengemari muzik. Kebanyakkan lagu2 berelemen sufi ini membawa kepada multi taksiran.. kebanyakkannya mentafsirkannya sebagai lagu cinta sesama manusia.....

Tarian Sufi di ikuti dengan alunan muzik



Karya Ahmad Dhani dari band Dewa19 selalu dikaitkan dengan elemen sufi. Perhatikan dan dengar lagu-lagu dibawah ini.

Persembahan Dari Syurga



Satu



Sayap-Sayap Patah



Laskar Cinta



Atas Nama Cinta



Hidup ini indah



Karya tempatan

Damasutra - Sufi



Ukays - Kau satu satu nya



Ramli Sarip - Kau yang satu



Wings dan Search - Gemuruh



Yantzen - Insan