Artikel ni aku pow dari bulletin board friendster...
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang
di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-
tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak
apa cuma dua biji mata and membawa mesin
gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila
berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka
segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk
menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang
1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang
sahaja yang masih berdiri di tempat masing-
masing termasuk Pak Imam tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka
tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam
sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang
hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan
sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan
meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn
cerita di atas. selain terhibur
anda fikirlah...
"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua
lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata
pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat
lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
"Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang
jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu
lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time
sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada
apa yang tercatit dalam al Quran.."
"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia
hanya sementara, akhirat adalah tempat yang
kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa
kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa.."
"Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email yang berunsur lawak jenaka
dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak
berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur
agama..
Sabtu, April 16, 2005
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
mm .. 20 orang boleh ke buat solat Jumaat ..
(forward kan pulak kat prenster ;) )
Catat Ulasan