Selasa, Mac 14, 2006

Bapak Kenaikan?

Seperti yang di forwardkan kepada aku... so aku tak campur tangan...teruskan membaca.. aku masih di pihak berkecuali...

Apa itu BN?

BN - Barang Naik...

BN - Bila Naik?

BN - Baru Naik...

Zaman Dr Mahathir

sebelum 1990 - RM 0.89

tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21) 01/10/2000 - RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)

20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

01/05/2002 - RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)

31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)

01/03/2003 - RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)

01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)



Zaman Bapak Naik Minyak (BNM) - Pak Lah

01/10/2004 - RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)

05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)

31/07/2005 - RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

2007 - ???? RM2.00 ke atas sudah PASTI...

Nota : (ayat2 standard)

1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN mahupun negara maju.

2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan

3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.

4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

Cuba tambah lagi:

1. Kerajaan menasihatkan para peniaga tidak menaikkan harga barang kerana kenaikan adalah kecil.

2. Tambang bas dan teksi dijamin tidak naik.

3. Kenaikan adalah untuk menghalang penyeludupan minyak oleh petualang negara.

4. Rakyat harus mengubah cara hidup..lebih jimat-cermat dan jadi pengguna bijak...TAPI mereka BOROS duit rakyat dan bagi alasan BODOH kpd kenaikan harga minyak (Diorg. ingat rakyat tak pegi sekolah ke?..ingat duit kerajaan, duit diorg dan kroni2 diorg je)

5. Rakyat disaran menggunakan pengangkutan awam..TAPI pak2 menteri naik Merz, BMW..etc



Seorang Muslim wrote:

Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?

Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta. Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.

Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak naik 30 sen satu liter.

Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom. Terpa ksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak.

Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong subsidi minyak.

Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.

Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.

Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM300.

Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong ma cam Lebuhraya Utara Selatan kita).

Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia.

Inilah kelebihannya di Thailand- tak ada AP di sana.

Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal sebagai "AP King". Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia rugi.

Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

Saya minta sila sebarkan maklumat ini kepada seberapa ramai orang yang kita kenali. Maklumat ini elok di jadikan sepanduk dan kain rentang untuk di kibarkan pada Hari Jumaat ini. Semoga Tuhan kita akan melindungi rakyat Malaysia yang bersusah payah daripada kejahilan dan kerakusan tamak haloba Kerajaan.

Sekian. Salam.

p/s: Saya masih belum habis melepaskan geram pasal minyak ni.. lagi satu,... minyak Singapore skrg at SD1.50, bukan seperti yg saya nyatakan sebelum ni at SD1.80 !!!

betapa murahnye minyak mereka!!

Paper yg keluarkan comparison table on harga minyak kita dgn negara Asean lain, untuk justify kenaikan minyak adalah... lower than ulat sampah!

Saya marah sebab everytime naik minyak, stupid reason diberi. Apa ingat kita rakyat ni tak ada akal ke? tak berpelajaran ke? Nak bagi alasan pun bagi lah yg kukuh. Kalau nak guna duit tu utk development public transport tunjukkan kepada semua, make it transparent kemana duit tu pegi. Bagi Public Account Committee ( Datuk Shahrir Samad) monitor.

Yg saya nampak sekrang duit tu untuk bailout MAS (RM2billion.. cek dlm paper) Entah mcmana MAS di manage pun saya tak faham. Masa MAS mula declare losses tu, MD dia Datuk Ahmad Fuad Dahalan. Kenapa Datuk Fuad saja yg resign ? Apa functiion BOD selama ni? Dok diam je, let Datuk Fuad be the fall guy??

Yg duduk dalam BOD bukannya calang2 org, Chairman dia siapa? tapi hopeless!! I have since lost my respect to Datuk Munir Majid. He is now lower than ulat sampah.. The BOD people pun sepatutnya resign!

Can u imagine, a national airline, govt appointed BOD, nobody seems to be doing anything bila MAS mula tunjukkan tanda2 losses.. Where is the check and balance.. Takde org from Khazanah or MOF Inc monitor keje BOD ni ke?

MRR2!! Menara MITI !! PERWAJA !! duit minyak ni mesti akan pegi sedikit kat these 3 project.

If i still remember correctly Maju Holding ada plan nak lepaskan Perwaja, sebab it is still incurring losses. MRR2 and Menara MITI, u all know la...sick people were handling this project. Thats why hampeh!!!

Itu belum consider MINDEF punya projek lagi... Dah lama kita tak dengar berita pasal projek MINDEF yg terbengkalai... Ingat lagi pasal projek kem tentera kat Johor?? Kapal Peronda Amin Shah? MINDEF ni kalau dikorek, MasyAllah..busuk, tungkik! lebih busuk dari JKR!! MOE, nak bina balik makmal komputer yg runtuh, sekolah terbengkalai ????

Proton... Kalau macam ni la gaya, minyak dok naik je, might as well tutup je proton. Saya support gila Proton hari tu, but skrg dah tukar fikiran... since minyak dah naik, at least benarkanlah kami utk merasa menaiki kereta murah yg berkualiti... Semua tau dah, ikut kan Honda, Toyota, Nissan tu semua boleh jual lebih murah dari Proton dan save lebih minyak dari enjin campro tu..

Saya heran kenapa Petronas can be managed so well, the best people are put in there tapi Proton tak boleh dibuat perkara yg sama... Kenapa Petronas habiskan duit utk R&D enjin sendiri (EO1) tak bring in Proton sekali into the venture... soalan ni sampai skrang tak berjawab...

Penjualan MV Agusta, saya ada komen dulu, kenapa Mahaleel beli MV Agusta.. betul tekaan saya. Dia beli kerana Agusta ada teknologi untuk develop engine kecil 1300cc below.. Mahaleel was planning to develop Agusta enjin for use utk Model Savvy. Dan juga kilang2 Agusta akan jadi launchpad Proton utk pasarkan kereta ke mainland Europe..

Baru skrg nak complain pasal rambutan kita di eksport dan di tinkan as Made in Singapore Laici?? ... tebal sungguh muka org yg complain kat TV pasal benda ni... this is a norm in the trading business.. Apparently, the Singaporean yg buat kerja ni, happens to be a smart person... hasil bumi org lain, buatkan dia kaya..

Does anybody realise tak , betapa kayanya Malaysia dgn human capitalnya + natural resourcesnya, tapi kita ended up screwing ourselves...our economy is 6 times bigger than Singapore. Just imagine Singapore yg takde apa2 tu boleh maju jauh kedepan dari kita.

Ada sesiapa baca cerita pasal the guy yg strategisekan hala tuju ekonomi Singapura for almost 30 years... cek paper star or NST on S abtu atau Ahad lepas...

We have 20 million people, and we cant find outstanding people to manage our economy??

We put all the wrong people to manage our wealth and our country. Why not, as rakyat now, we exercise our right collectively and extend an offer to dear Mr. Lee Kuan Yew and PAP to take control of the government...

Why not? Can anyone name projek gajah putih PAP di Singapura..

Kita asyik condemn mereka, racist, degil, tamak... but we fail to see the good side of them!!

Look at them.. they say Mr Lee is ruthless, yes/maybe, but look at his country... prosperous??

Cuba pikir balik kenapa minyak kita naik.. kalau kita korek dalam2, jawapannya, corruption!! Itu lah jawapannya, undoubtedly..... baru ada 1 casino!!! Malaysia - Negara Islam, org yg manage country - Islam, agama rasmi Islam! Senarai projek2 terbengkalai kerana corruption... listkan lah sendiri.

Singapore - negara bukan Islam, di control bukan Islam, agama rasmi bukan Islam, senarai projek2 terbengkalai kerana corruption... saya tak pernah dengar lagi!! ada sesiapa pernah dengar, silalah reply!!

PLUS untung bersih.. repeat.. untung bersih RM 1 billion.........

Saya tgh menunggu berita tol nak naik!! rasanya last year tol ada naik sbb alasan minyak naik!! HAHAHAHA

Berbalik kepada, kenapa minyak naik? Jawapan saya, kerana kerajaan Islam Malaysia kita ni, yang majoritinya diterajui oleh org Islam, penuh dengan pegawai2 majoritinya Islam yang korup. Selagi tiada alasan kukuh lain ttg kenaikan minyak, itulah alasan yg paling kukuh yg saya percaya anda semua berbuih mulut berbahas dengan semua org yg anda jumpa.

Saya berharap sangat luahan saya ni dibaca org atasan UMNO.. rasalah pedasnye.. sebab itulah hakikatnya, corruption, and we claim ourselves Muslim, bearer of a great religion..

We are Muslims.. and we screw ourselves!! LOL !!!

P/S : Jom pakat sama-sama pangkah undi untuk BN dan UMNO pada pilihan raya akan datang (hidup UMNO..hidup BN..hidup Pak Lah..hidup Najib..Hidup KRONI2nya )

"CEMERLANG..GEMILANG...TERBILANG...TEMBERANG !!!"


p/s: aku sangat2 merasai kesan kenaikan harga minyak ini....damnnnnnn

Tiada ulasan: