Rabu, Mac 08, 2006

Siapa Steven Spielberg?

Siapa Steven Spielberg?

Mungkin ramai di antara kita yang kurang siapa Steven Spielberg, tetapi bagi peminat-peminat video atau wayang gambar yang bercorak fiksyen atau misteri, nama beliau tidak asing lagi. Beliau merupakan pengarah filem hollywood yang terkenal dan banyak memenangi hadiah-hadiah pembikinan filem.

Mungkin ramai diantara kita yang sememangnya mengetahui beliau adalah seorang Yahudi berdasarkan nama beliau 'Spielberg' itu sendiri. Tetapi Yahudi macam manakah dia? Jenis liberal atau jenis tak kisah tentang apa yang berlaku di Israel.

Tapi tahukah kita yang beliau sebenarnya seorang Yahudi Amerika yang sanggup mati untuk negara Israel? Baca petikan interview beliau dalam sebuah laman web German, Spiegel Online:

SPIEGEL: How would you describe your attitude to Israel?

Spielberg: From the day I started to think politically and to develop my own moral values, from my earliest youth, I have been an ardent defender of Israel. As a Jew I am aware of how important the existence of Israel is for the survival of us all . And because I am proud of being Jewish, I am worried by the growing anti-Semitism and anti-Zionism in the world. In my film I ask questions about America's war on terror and about Israel's responses to Palestinian attacks. If it became necessary, I would be prepared to die for the USA and for Israel.

Skrip interview sepenuhnya boleh didapati dari laman web berikut:
http://service.spiegel.de/cache/international/spiegel/0,1518,397378,00.html

Mungkin tidak salah bagi seseorang untuk sanggup berkorban untuk negaranya, tetapi kesanggupan untuk mati untuk negara Israel menimbulkan banyak persoalan sensitif bagi kita orang Islam. Banyak filem-filemnya ditayangkan dalam negara kita dan ditonton oleh ramai orang Islam sebagai hiburan.

Kita sanggup keluar duit untuk samada beli CD atau tontong wayang tetapi ke manakah duit itu pergi? Kalau berdasarkan kenyataan beliau di atas, kemungkinan besar wang pendapatan beliau disalurkan ke negara Israel, Wallahualam.

Mengapa saya timbulkan soal Steven Spielberg ini? Ini adalah kerana pengaruhnya amat luas dalam bidang perfileman dan mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap isu yahudi dan Israel.

Filem terbarunya 'Munich' yang ditayangkan di Israel dan Amerika telah menimbulkan banyak perbahasan politik dan masyarakat di sana mengambil serius tentang kebenaran filem tersebut.

Apa yang patut kita buat? Fikir-fikirkan bersama....

p/s: belilah DVD pirate...

Tiada ulasan: