Jumaat, Jun 26, 2009

Aku ditinggalkan

Shiro telah pergi meninggalkan aku. Sebab kematian tidak diketahui, tetapi ia sempat balik rumah sebelum mati. Aku suspect ia kena langgar.

uhuuhuh..sedeynye

Isnin, Jun 15, 2009

Kapsul Masa

Ini dia entry kapsul masa yang akan dipublish secara automatik pada 06/09/09.

Ahad, Jun 14, 2009

Penukaran Setara

Aku sangat menyukai konsep penukaran setara (equivalent trade) di dalam siri Full Metal Alchemist. Dimana ia mengunjurkan, untuk mendapatkan sesuatu, kita perlu membayar nilai yang setara!

"People cannot gain anything without sacrificing something. You must present something of equal value in order to gain something.That is the principle of equivalent trade"

Jika anda membayar harga segantang beras, maka apa yang boleh anda harapkan ialah menerima segantang beras dan ia setimpal dengan apa yang dibayar. Kita mesti berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan, akan tetapi adakah prinsip penukaran setara ini betul-betul boleh diaplikasikan didalam kehidupan kita? Bagi aku ia bergantung kepada situasi dan individu. Seseorang yang berusaha keras mengulang kaji pelajaran tetapi gagal dalam peperiksaan, adakah prinsip penukaran setara dipatuhi?

Alchemy memiliki taboo nya yang tersendiri, dimana Alchemist tidak boleh "transmute" emas dan manusia. Terutamanya transmute manusia, ia sangat dilarang dan boleh membawa maut kepada pengamalnya. Manusia tidak boleh menghidupkan manusia lain yang telah mati. Apa yang berlaku jika manusia berdegil dan melakukan transmutation terhadap manusia? Hasil yang gagal akan melahirkan Artificial Life (Homunculi), dimana badannya seakan dan boleh dikatakan sama dengan manusia, tetapi ia tidak memiliki jiwa (soul).

Hmmm...aku tertanya-tanya...siapakah yang gagal melakukan human transmutation sehingga melahirkan aku. Body with no soul! I am Homunculi!

Fitna-H?



p/s: entah....

Khamis, Jun 11, 2009

Ini lah sebabnya..

Aku ingat modem aku rosak lagi..cilake nye TM

STREAMYX SERVICE INTERRUPTION NATIONWIDE Dear Valued Customers, We wish to inform our Streamyx customers that Telekom Malaysia Berhad (TM) will be performing a network upgrading exercise from 11.00 pm, Friday, 12th June 2009 until 6.00 am, Saturday, 13th June 2009. As a result, Streamyx customers nationwide may experience a disruption of service during the stipulated period. We would like to assure you that the service would resume to normal after this period. TM apologizes for any inconvenience caused whilst the same time, we would like to assure you that we are upgrading our network to enable us to serve you better. Customers can call TM at 100 and select “Internet Services” or e-mail us at help@tm.com.my for any Streamyx related problems. Thank You.

Rabu, Jun 10, 2009

Kolaborasi

Wajarkah aku berkolaborasi walaupun aku berlainan arah tuju dengan dia?
Hip-Rop dan R&B tak pernah sehaluan dengan House dan Electro!
Inikah yang dipanggil globalisasi?

Selasa, Jun 09, 2009

Siapa Kisah?

Aku sedang lepak dgn kawan2 aku, sambil minum2 kami didatangi oleh seorang budak lelaki.
Berbekalkan senaskah Surah Yasin, dia menagih simpati orang ramai.

"Bang, derma bang.."pujuk budak itu
aku tanya dia "Naper bawak Yasin ni? Nak jual ke?"
"Tidak bang, nak minta derma bang..singgit je" balas budak itu
Aku bisik kepada kawan aku "Owh, minta derma zaman sekarang si peminta tu sendiri yang letakkan nilai derma yer..."
Aku soal lagi "Ni ko bawak surah Yasin ni nanti ko nak masuk tandas nanti camne? ke ko main masuk je? Ko ingat tu harian metro senang2 boleh bawak masuk dalam tandas?"

Budak tu tergamam dan dengan perlahan-lahan beredar.

Kemanakah destinasi budak itu? siapakah dalang dibelakang budak itu?
Jawapannya, tiada siapa kisah. Kita dibesarkan dengan mentaliti buat kerja, penuhkan poket sendiri tanpa mempedulikan nasib orang lain. Tak percaya? tengok budaya rasuah..sanggup bersekongkol dengan pemberi rasuah kerana ingin penuhkan poket sendiri.Tidak pedulikan cukup ke tidak peruntukan untuk membuat jalan atau sekolah itu. Cukupkah untuk membayar hasil titik peluh para buruh.. Siapa kisah? tiada siapa pun kisah.

Hasilnya, semua projek-projek yang berkaitan dengan malaun-malaun itu di kurangkan kosnya dgn meggunakan bahan-bahan yang tidak berkualiti. Masakan bumbung makmal komputer sekolah boleh runtuh? Itu sangat biasa, yang terbaru bumbung stadium yang terhasil dari projek berprofil tinggi pun boleh runtuh!

Seperti kisah budak tadi, selepas gagal mendapat RM 1 dari aku dia meneruskan perjalanannya ke tempat lain. Untuk meminta derma demi sesuap nasi. Siapa kisah budak tu makan atau tidak? siapa kisah duit itu betul-betul dinikmati oleh budak itu?Jika kita seorang yang ambil kisah dan mengekori budak itu, mungkin kita akan nampak ada seseorang sedang mengira "hasil kutipan" kanak-kanak yang dieksplotasi untuk kepentingan peribadi. Siapa kisah? Jabatan Kebajikan Masyarakat sibuk kebajikan poket sendiri.

Sedar atau tidak kebanyakan kita membesar dengan sikap tidak kisah ini. Asalkan kita senang dan lapang, buat apa kita nak pedulikan orang lain?

Siapa kisah?

p/s: teringat scene dalam slumdog millionare

Restorasi

Internet telah pulih..maka aku boleh sambung berkarya.

Isnin, Jun 08, 2009

Malapetaka?

Orang tua tua sering berkata..kalau ada petir menyambar satu tempat atau benda, maknanya ada setan kat situ.

Minggu lepas modem wifi aku disambar petir, sampai hari ni internet tak bleh access lagi walaupun dah beli modem baru. Adakah modem aku ada setan? atau dkt exchange tmnet ada setan? atau dalam laptop aku ada setan?

Dugaannnnnn