Aku sedang lepak dgn kawan2 aku, sambil minum2 kami didatangi oleh seorang budak lelaki.
Berbekalkan senaskah Surah Yasin, dia menagih simpati orang ramai.
"Bang, derma bang.."pujuk budak itu
aku tanya dia "Naper bawak Yasin ni? Nak jual ke?"
"Tidak bang, nak minta derma bang..singgit je" balas budak itu
Aku bisik kepada kawan aku "Owh, minta derma zaman sekarang si peminta tu sendiri yang letakkan nilai derma yer..."
Aku soal lagi "Ni ko bawak surah Yasin ni nanti ko nak masuk tandas nanti camne? ke ko main masuk je? Ko ingat tu harian metro senang2 boleh bawak masuk dalam tandas?"
Budak tu tergamam dan dengan perlahan-lahan beredar.
Kemanakah destinasi budak itu? siapakah dalang dibelakang budak itu?
Jawapannya, tiada siapa kisah. Kita dibesarkan dengan mentaliti buat kerja, penuhkan poket sendiri tanpa mempedulikan nasib orang lain. Tak percaya? tengok budaya rasuah..sanggup bersekongkol dengan pemberi rasuah kerana ingin penuhkan poket sendiri.Tidak pedulikan cukup ke tidak peruntukan untuk membuat jalan atau sekolah itu. Cukupkah untuk membayar hasil titik peluh para buruh.. Siapa kisah? tiada siapa pun kisah.
Hasilnya, semua projek-projek yang berkaitan dengan malaun-malaun itu di kurangkan kosnya dgn meggunakan bahan-bahan yang tidak berkualiti. Masakan bumbung makmal komputer sekolah boleh runtuh? Itu sangat biasa, yang terbaru bumbung stadium yang terhasil dari projek berprofil tinggi pun boleh runtuh!
Seperti kisah budak tadi, selepas gagal mendapat RM 1 dari aku dia meneruskan perjalanannya ke tempat lain. Untuk meminta derma demi sesuap nasi. Siapa kisah budak tu makan atau tidak? siapa kisah duit itu betul-betul dinikmati oleh budak itu?Jika kita seorang yang ambil kisah dan mengekori budak itu, mungkin kita akan nampak ada seseorang sedang mengira "hasil kutipan" kanak-kanak yang dieksplotasi untuk kepentingan peribadi. Siapa kisah? Jabatan Kebajikan Masyarakat sibuk kebajikan poket sendiri.
Sedar atau tidak kebanyakan kita membesar dengan sikap tidak kisah ini. Asalkan kita senang dan lapang, buat apa kita nak pedulikan orang lain?
Siapa kisah?
p/s: teringat scene dalam slumdog millionare
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan