Agak pelik bunyinya kan? Inflasi yang boleh berubah atau diadakan mengikut keadaan dan tempat.
Bila ada permintaan, maka ada bekalan
Bila permintaan tinggi, bekalan juga tinggi = Seimbang
Bila bekalan tinggi, permintaan rendah = harga akan jatuh
Bila permintaan tinggi, bekalan rendah = harga akan melambung
Tapi ada satu lagu persamaan dalam ekonomi yang tidak diajar di sekolah mahu pun di universiti. Malah, jika Adam Smith masih hidup pun, dia tidak sedar akan kewujudan formula ekonomi ini.
Dalam ayat bahasa, teori ini disebut secara berikut:
Jika ada pilihanraya kecil/umum,
Jika parti yang bertanding ialah Be End,
Maka harga barangan dan perkhidmatan tempatan akan meningkat sekurang-kurangnya
DUA kali ganda.
Ini disimpulkan dengan formula berikut:
Demand = Low
Supply = Low
Price = Low
If BE End exist,
Demand = High
Supply = Maintain at current volume
Price = Extremely high!
Therefor, keep Be End out!
Teori ini telah dibuktikan tepat sekali lagi masa pilihanraya kecil DUN Manchester United (M.U) dalam bahasa Melayunya Manek Urai.
Manek Urai = Satu daerah atau kampung dlm Jajahan Kuala Krai dimana kos sara hidupnya sangat rendah dan kebanyakkan penduduknya hanya bekerja sendiri (kerja kampung)
Harga sebelum:
Nasi ayam = RM3
Air Sirap takde biji selasih= RM1 atau kurang
Sewa rumah = RM150-300 sebulan
Bila unsur Be End muncul:
Nasi ayam+Sirap = RM 17
Sewa Rumah = RM6000 untuk 2 minggu
Nota: Manek Urai tiada hotel
Ini kerana bila unsur Be End wujud, orang2 tempatan akan secara automatiknya berkata sebegini " Owh, Be End, ketuk je...diorang byk duit..diorang kaya..diorang mmg suka tabur duit (Rakyat).
Jika anda berasa lapar dan ingin makan free, pergi saja kedai makan mana-mana, lepas tu pergi tegur YB atau bakal YB, anda pasti tidak akan pernah menyentuh wallet anda.
Maka, penduduk tempatan boleh buat duit semaksimum mungkin! ini juga dikira kapitalis? TIDAK!
Kalau dulu penduduk kampung menerima kain sarung sbg hadiah, sekarang penduduk kampung dapat sale gila-gila...
Great job penduduk kampung...next time time nak ketuk harga tu..minta dulu no keahlian parti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan