Ahad, Februari 15, 2009

My Tribute to: Nice Stupid Playground

Aku ingin memperkenalkan satu ruangan baru dalam blog ini.
Setiap hujung minggu aku akan tribute band/artis/personaliti.
Untuk minggu ini aku pilih Nice Stupid Playground, very nostalgic!!




nice stupid playground

Stereo Girl

As I open the door then it started to rain
And the TV is gone for another day

What I feel was sour the otherside
Do you feel the cryin'?
(Stay..) Stay for a while..
We can make it happen(ooh..ooh..)
Gonna have too much fun(we gonna have too much fun)

(Stay..) Stay for tonight..
Gonna make things happen(ooh..ooh)
Gonna have some teenage fun..

I remember the way you slept last night
It's gonna be alright..
You're a stereo girl..



And I Don't Admire

Do you know why
And I know that I found love
And I'm always never there
When I found you

And if I had it what I wanna
And I tell you what to do
If you keep me running after you

C/o:
And I thought
I'm watching you
But I don't ever make it
If I, I found you
And I thought the life line headin
You like I do
And I thought...
And I don't admire the things you do

Time after time
I think I'm sleeping love the time
I don't ever dare
When I found you


Bedroom Window

All alone in my room..
Sitting in the afternoon..
All i heard is those sad,sad..
Listen to what the said..
From the room window door..

Ordinary day...(3x)
Ordinary..

C/o

Little by little..
Thats she wants it all..
About you..
If you find me..
Im over,over you..

Lying down on my bed..
As the day seem so sad..
Wishing on the sunshine..
Come and take me now..
From the room window door..

Driver's High

Driver's High..


This metallic heart of silver grew hotter
I'll light the fuse for you
This is such wondrous high
Let's go kick up some dust!

A wild pulse coupled with the shouts
Before my eyes a rain of missiles
Adrenalin always pumping
It'll be me that overheats!

Even if I explode and turn into ash
I bet I'll be laughing as I am now
Throughout the city to the ends of the earth

Let's drive madly and perish together!
Throw up your arms!

To reach the horizon you've got to break down the barrier
Woh! Clash! Into the rolling morning
Flash! I'm in the coolest driver's high
This is the best finale ever! Yeah!

Soon enough we'll be no more and a pitch black morning will come for us
So get in your favorite clothes and we'll take off!
Raise your voice as high as you can and we'll slip through the atmosphere!

Woh! Clash! Into the rolling morning
Flash! I'm in the coolest driver's high
With steel wings

Until my time's up let's keep breaking through, 'cuz I was born speed crazy!
Woh! Clash! Into the rolling morning
Flash! I'm in the coolest driver's high
See ya in the next world, yeah!

Noktah

Aku sering membuat resolusi..
Aku kerap membuat keputusan,
Tapi aku tidak tegas..tidak keras..
Aku ingat aku sudah tetapkan noktahnya,
Namun ia bagai di padam
Aku kehilangan noktahku

Kemudian, aku tetapkan sekali lagi
tetapkan noktah
agar aku tidak penat
tidak lelah
agar aku berhenti mengejar
tapi, noktahku hilang lagi...

Roda terus berpusing,
noktah terus ditetapkan..
namun ia rapuh..
Noktahku tetap hilang

Bilakah ia akan berakhir?
aku bersandar dan menarik nafas dalam-dalam...
ianya tiada noktah

p/s: Terima kasih encik Khalid, kerana merembeskan inspirasiku

Sabtu, Februari 14, 2009

Happy Valentine Day!!

Aku ucapkan happy V-day kepada yg menyambutnya.
Bg aku V-day adalah hari utk bangun lambat dan miss class pagi aku..damn it...
takpe..jap lagi aku masuk kelas petang ye Encik Kamal...

Jumaat, Februari 13, 2009

Hiburan Minggu Ini : FIX YOU

When you try your best but you don't succeed
When you get what you want but not what you need
When you feel so tired but you can't sleep
Stuck in reverse.

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
"Just what you worth"

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream, down on your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down your face and I...

Tears stream, down on your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down your face and I...

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you.



p/s: fix me

Kerana Satu Persepsi,Semua Dihukum

Aku ada seorang kenalan yang sangat membenci orang kelantan. Katanya orang Kelantan itu jahat,low class,lembab,tidak berdaya saing,tidak ada inisiatif utk maju dan sebagainya. Aku tanya dia kenapa dia kenapa benci sangat? Orang kelantan juga adalah manusia yg mempunyai hak sbg seorang makhluk tuhan. Dari bangku sekolah lagi dia tidak sukakan orang kelantan, dia memulaukan siapa saja yang berasal dari sana.

Rempit

Menurut beliau rempit adalah budak kelantan, dan mereka ini dikatakan lebih mementingkan rakan-rakan daripada teman wanita sendiri. Malahan menurut beliau, mereka sanggup berkongsi teman wanita dgn rakan-rakan demi sebuah persahabatan. Bagi aku, ini bukan disebabkan mereka ini orang kelantan atau rempit...tapi ia kesan daripada keruntuhan akhlak yang kronik dalam masyarakat kita.

Filem Budak Kelantan

Sinopsis Filem Budak Kelantan

Dua orang sahabat, Buchek dan Jaha bertemu kembali di Kuala Lumpur setelah terpisah sekian lama. Kini mereka sudah dewasa. Namun akibat menjalani hidup, sikap dan pandangan yang berbeza, dunia mereka tidak lagi sama.

Buchek baru sahaja menamatkan pengajian di UM manakala Jaha, yang pernah menjalani kehidupan di sekolah Henry Gurney, kini bergelumang di celah kesibukan Kotaraya Kuala Lumpur.

Di saat mereka bertemu, Jaha ingin berkongsi perjalanan kehidupannya dengan Buchek yang ternyata sangat berbeza dengan cara hidupnya. Buchek melihat cara kehidupan kawannya yang terlalu liar, lalu tercetus hasrat dihatinya untuk membantu Jaha ke jalan yang lurus.

Apabila Buchek mendapat tahu Jaha telah jatuh cinta pada Che Nor, teman wanitanya, Buchek rela melepaskan Che Nor, dengan harapan Jaha akan berubah. Buchek percaya cinta boleh mengubah kehidupan manusia.

Namun, Che Nor enggan memenuhi permintaan Buchek kerana hatinya hanya untuk Buchek. Dia kesal dengan tindakan Che Nor yang difikirkannya terlalu mementingkan diri sendiri lebih dari perintah Tuhan. Malangnya, Jaha maut dalam kemalangan sebelum sempat kembali ke pangkal jalan dan Buchek menyalahkan Che Nor kerana menolak cinta Jaha yang penuh keikhlasan. Dia mengambil keputusan meninggalkan Che Nor dan menyambut cinta Lee Chen Chen, gadis cina yang telah diselamatkan daripada menjadi mangsa nafsu Jaha dahulu.


Selepas menonton filem ini, kebencian kenalan aku tadi terhadap orang kelantan semakin meluap-luap. Aku menegaskan kepada dia, itu hanya sebuah filem,sebuah rekaan sebuah ceritera.. Namun tetap tidak dpt mengubah tanggapan negatif dia. Kepada pengarah Wan Azli, tahniah...anda telah memberi gambaran buruk mengenai orang kelantan secara langsung.

Adakah persepsi ini wujud oleh pengalaman peribadi beliau dan beliau terus menerus menghukum semua orang kelantan jahat? Ini bermakna, rakyat malaysia dari negeri lain adalah bagus dan baik? Bagi aku, semua itu bermula dari persekitaran waktu membesar seseorang.Benar, beliau dibesarkan dalam suasana high class, well educated dan tersusun. Sedarkah beliau berapa ramai manusia di Malaysia ini dibesarkan dalam persekitaran sederhana dan low class?

Bangsa Melayu

Tahukah anda bahawa orang melayu di malaysia ini bukan penduduk asal? Kehadiran orang melayu ke tanah melayu bermula sejak kewujudan pentas sunda lagi. Di mana orang2 dari seluruh kepulauan nusantara mengembara dari satu tempat ke satu tempat yg lain. Pada waktu itu selat melaka sgt centek dan sgt senang utk diharungi. Mereka-mereka inilah yg menjadi penduduk awal di tanah melayu dan merekalah nenek moyang kita semua. Penduduk yg menduduki tanah melayu pada masa itu hanyalah orang asli. Maka tidak hairanlah kita boleh lihat pelbagai etnik yg menetap di sini seperti Jawa,bugis,minang,boyan,siam,melayu champa dan sebagainya.. Mereka di disatukan dan dipanggil bangsa melayu di negara kita.

Namun demikian, ada lagi di kalangan "melayu" ini masih mengaku etnik asal mereka masing2, jawa bangga dgn keturunan jawanya, bugis pun masih lagi mengaku mereka ini bugis.Siam pun masih lg mengaku mereka ini siam.Tetapi bila mengisi borang yg melibatkan subsidi dan berkenaan bumiputra..mereka menulis bangsa sebagai melayu bukan siam,bugis,jawa,sunda atau sebagainya. Dalam erti kata lain, kita ini datang dari rumpun yg sama, kenapa harus membenci?

Sedarkah anda, jika anda suka mengembara di seantrto nusantara..anda akan berjumpa etnik2 yg bukan dari malaysia yg menggunakan dialek yg hampir sama dgn dialek2 negeri yg ada di Malaysia. Tidak mustahil anda terjumpa dgn suku kaum yg menuturkan dialek ala-kelantan,kedah,perak. Ini kerana kita berasal dari rumpun yg sama.

Keunggulan bangsa

Oleh kerana kenalan aku tadi dibesarkan dalam persekitaran yg berdaya maju dan high class, maka dia menganggap orang dari pantai timur ini adalah ketinggalan/tak up-to-date dan low class. Mereka ini berpendapat hanya orang2 dari bandar2 besar saja yg baik,hebat dan layak utk menghukum org lain. Sedarkah mereka ini sikap ini tiada bezanya dgn orang2 yahudi yg menganggap bangsa mereka sahaja di iktiraf dan dipilih oleh tuhan. Bangsa2 lain hanyalah seperti binatang yg melata di muka bumi dan tiada nilai utk mereka selain dipergunakan.

Kita tidak layak menghukum dan menyimpulkan sesuatu berdasarkan hanya dari pengalaman peribadi. Sentiasalah gunakan pendekatan ilmiah bukannya emosi utk memutuskan sesuati. Jika anda masih benci, itu kebencian peribadi anda. Tapi jgn menghukum keseluruhan.

Sekian...chowwwwww

p/s: aku benci orang-orang (scarecrow)

Memperkenalkan...Shiro

ada kawan aku bgtau nak tgk gambar Shiro.
Shiro adalah kucing aku yg sgt mengada-ngada macam kuda.




Ini pose tido kegemaran shiro

Khamis, Februari 12, 2009

Curang

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

Rabu, Februari 11, 2009

Mimpi yang sempurna

Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari Valentine ini. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

“Ayang pasti akan mengetahuinya malam ini jugak” jawab suaminya sambil membisik manja. Malam itu si suami memberikan kepada isterinya sebuah bungkusan hadiah.

Dengan hati berdebar-debar penuh rasa seksaited (sexually excited) si isteri tersebut membuka bungkusan hadiah itu perlahan lahan dan isi bungkusan hadiah tersebut adalah sebuah buku yang berjudul: “Jenis-jenis Mimpi dan Maksudnya“...

Kahwin

Seorang ibu membawa anakya berjalan-jalan dipusat membeli belah dan terserempak dgn teman lelaki lamanya. Si ibu pun berbual-bual dgn bekas teman lelakinya.

Selepas itu anaknya bertanya kepada si ibu " Mama, siapa tuh"?
Si ibu menjawab "Owh, itu bekas kekasih mama".
Si anak berkata" Handsome nye mama!papa tak handsome... gemuk,pendek dan buncit".
Si anak bertanya lagi "Kenapa mama tak kahwin dgnnya"?
Ibunya membalas "Err,Mama kahwin dgn dia,cuma tak nikah jer,mama nikah dgn papa ko,papa ko byk duit.Kalau mama nikah dgn dia, kita semua kena makan pasir"
Anak yg keliru itu bertanya lagi "Boleh saya panggil dia papa?"
Ibu menjawab "Sudah tentu! tapi jgn beritahu papa kamu kerana kamu mmg anaknya, lagipun mama masih lagi "kahwin" dgn dia sampai skrg."
Si anak dgn penuh kekeliruan.. "oooooooo". (buat-buat faham)

Fakta? Mengenai lelaki

aku pow ini dari isuhangat.blogspot.com


1.Lelaki tidak detail dlm percakapan

Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what's his comment dier just cakap: "Mm..dah nak putus nak wat camne..."

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.

Contoh kes:Dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!

Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5. Lelaki tidak bergosip

Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya.

Sambungan entah...

sambungan teka-teka bangang

Macam mana nak masukkan zirafah ke dalam peti sejuk?

Korang rasa camne?

Jawapan: Buka pintu peti ais, keluarkan gajah, masukkan zirafah, dan tutup pintu peti ais


cukup bangangkan jawapan dia?

Kepercayaan

kepercayaan adalah asas kepada pembentukkan negara bangsa.
Jika dilihat kepada penubuhan negara Malaysia, ia berlandaskan
kepada rukun negara. Semua rukun rukun tersebut bermula dgn percaya.

Apa akan jadi jika kita tidak mahu percaya terhadap sesuatu atau seseorang?
Ini akan membawa kepada penafian terhadap sesuatu,
tidak percaya membawa kekecewaan,
tidak percaya membentuk pemberontakkan minda dan tindak tanduk,
tidak percaya membuat manusia mencari altenatif,
tidak percaya membuat manusia mencari sesuatu yang baru.

Tidak percaya boleh dibalas dgn tidak percaya.
Jika kita tidak percaya kepada seseorang dan kita menzahirkannya,
orang itu ada hak untuk tidak mempercayai kita atau sebaliknya.

Jika kita ingin dipercayai, maka kita harus mempercayai orang lain,
secara automatik kita dibalas dgn kepercayaan.
Jika kita pernah mengkhianati kepercayaan,
maka kepercayaan akan melewati kita lantas terus meninggalkan kita.

Aku berikanmu kepercayaan, maka jangan kamu khianatinya..
Aku ialah RAKYAT, dan KAMU ialah PEMERINTAH dan KEPERCAYAAN adalah AMANAH,yakni NEGARA.

p/s: Entahla..mengarut lg..dikala aku mencoretkan ini, aku sedang menonton drama Change - Takuya Kimura. Ia mengenai seorang ahli parlimen muda yang ingin membuat perubahan dalam negara dgn acuannya sendiri.

Selasa, Februari 10, 2009

Degil

Kalau semua orang dalam dunia ni degil, apa agaknya akan jadi?

Hehehhe..

Aku rasa dunia akan lebih aman, sebab polis dan politician pun degil taknak
terima rasuah.

Jangan berdegil..dengarlah nasihat orang lain.. kita hidup di dunia ni,bukannya sorang-sorang. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka hati jadi ape ha?

Dahlah tu SPR, ikut suara rakyat...jangan degilllllll

Panjang

Kawan-kawan aku pernah tanya,kenapa aku suka simpan rambut panjang?
Aku jawab "Rambut aku adalah my IQ source, kalo potong aku jadi bangang.. lg panjang lagi aku bijak".

Lepas tu diorang taknak tanya lagi

Marah

Kenapa manusia harus marah?
Kerana marah adalah salah satu daripada emosi yang melengkapi kehidupan manusia.
Manusia memiliki emosi seperti,gembira,sedih,curiga dan sebagainya.
Bayangkan jika manusia hanya memiliki emosi gembira sahaja.
24 jam 7 hari seminggu, gembira sepanjang masa.
Tengok kiri tengok kanan semuanya gembira.
Hidup akan menjadi bosan...semua sama..gembira sahaja.
Tiada warna warni kehidupan
Tiada pegalaman pahit manis..
Perasaan marah itu melengkapi kita sebenarnya..
Kalau tidak, kita tak merasa pengalaman utk menstabilkan diri selepas dimarah..
Merasa nikmatnya memarahi orang lain

Manusia marah ada sebabnya,
tidak puas hati,
di sakiti,
marah kerana dimarahi org lain,
dan jadikan alasan itu utk memarahi org sekeliling,
marah kerana panas baran,
marah kerana dendam,
marah kerana stress,
marah kerana inginkan perhatian,
marah kerana ingin marah..

Adilkah utk org yg dimarah?
Orang yg dimarah berhak utk diam agar meredakan api amarah itu,
berhak utk marah balik jika dia merasakan dirinya betul

Marah sepanjang masa?
Tidak normal,
Tidak stabil,
perlu buat sesuatu.

hmm,hari ini, aku sudah penat marah marah..
aku malas nak marah lagi..

p/s:Dedicate kepada kucingku Shiro yg suka mengada ngada dan mengiau tak kira masa...hanginnn gua dkt lu...aku dah bg whiskas ko tak habiskan...kucing hitam yg tak cun jgk yg tolong habiskan..shiro shiro...

Isnin, Februari 09, 2009

Peti Sejuk

Aku sering ckp dkt dia
kalo merajuk pergilah masuk dalam peti sejuk.

Aku rasa sekarang dia dah masuk dalam peti sejuk..
Macam mana nak suruh dia keluar? Any idea?



Entah....

Bangun je tido aku teringat satu teka-teka yg agak bodoh.

Soalan: Bagaimana caranya nak masukkan gajah ke dalam peti sejuk?

Aku pasti korang semua tahu jawapannya, very famous one.

Jawapan: Buka pintu peti sejuk, masukkan gajah,tutup pintu peti sejuk.

what da fak....

Perfect dan sentiasa betul

Kita selalu mendengar ungkapan nobody perfect, tp bolehkah kita menjadi perfect/sempurna?
Manusia dijadikan berlainan antara satu sama lain. Dan mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Oleh kerana ada mereka yang ingin berhibur, maka wujudnya ahli muzik. Bukan semua orang boleh atau ada bakat sbg seorang musician. Dan musician juga tak semestinya boleh meyelesaikan Newton Law (Hukum Newton). Oleh itu ungkapan Nobody perfect boleh dikira betul.

Menjadi Sempurna

Menjadi sempurna bermakna kita memiliki apa saja benda yg orang lain inginkan.
Ada orang yg mahu skill dlm membuat keputusan. Kita ada
Ada org ingin pandai menyesaikan kerja dgn pantas. Kita ada
Ada org ingin dipandang tinggi oleh orang lain. Kita ada
Maka kita boleh jadi perfect.
Tapi adakah pandangan peribadi mengenai sempurna itu sama dari setiap org?
tidak..ia subjektif.

Sentiasa betul

Menjadi seorang manusia yg sentiasa merasakan diri mereka betul adalah merbahaya.
Seorang pemimpin yg tidak mendengar keluh hati org bawahan dan rakyat dan mengaggap segala tindakkan dia adalah betul. Ini zalim, ini kejam namanya. Keras kepala.

Seseorang yg merasakan apa yg diarahkan adalah sentiasa betul,
ini ego, ini memandang rendah kepada org lain namanya.

Manusia yg merasakan dia sentiasa betul tidak cenderung utk meminta maaf walaupun dia tahu dia silap. Mereka menggunakan apa saja saluran yg ada utk "membetulkan" org lain dgn idealogi mereka. Menerima kemasukkan org yg dilabel jahat ke dlm organisasi utk menukar kerajaan juga mereka anggap betul. Media jugak turut mengiyakan keBETULan itu.

Mereka akan sedar bahawa mereka sebenarnya salah bila mereka sudah tidak ada kuasa lg.
Tgk je chedet kita, dia mengaku..semasa beliau berada diatas, semua yg dickp semua org cakap betul,dan dia pun rasa betul. Bila beliau sudah tidak ada kuasa, baru dia perasan,dia pernah salah..tp org lain mengiyakan je...kesimpulannya, org yg merasakan diri sentiasa betul dikelilingi oleh kaki ampu..

Pefectionist

Ini bukan seorang yg sempurna..tp perasan mereka ini sempurna.
Mereka adalah org yg cerewet dan ego di atas bakat yg dianugerahkan kepada mereka.

p/s: maafkan aku kerana entah apa2 yg aku karutkan di pagi buta ini.wahahhahah. aku x mampu jadi perfect tp cuba utk jadi almost perfect.

Ahad, Februari 08, 2009

Surat cinta

Aku ingin menghantar surat cinta kepada si dia,
tp aku malas menulis, maka aku beli surat cinta yg sudah siap.
Adakah dia akan menerimanya?



Korang rasa camne si dia reply surat cinta ni?