Ahad, Februari 15, 2009

Noktah

Aku sering membuat resolusi..
Aku kerap membuat keputusan,
Tapi aku tidak tegas..tidak keras..
Aku ingat aku sudah tetapkan noktahnya,
Namun ia bagai di padam
Aku kehilangan noktahku

Kemudian, aku tetapkan sekali lagi
tetapkan noktah
agar aku tidak penat
tidak lelah
agar aku berhenti mengejar
tapi, noktahku hilang lagi...

Roda terus berpusing,
noktah terus ditetapkan..
namun ia rapuh..
Noktahku tetap hilang

Bilakah ia akan berakhir?
aku bersandar dan menarik nafas dalam-dalam...
ianya tiada noktah

p/s: Terima kasih encik Khalid, kerana merembeskan inspirasiku

Tiada ulasan: