Rabu, Februari 18, 2009

Siang dan Malam

Jika aku bertanya kepada siang,
Mengapa engkau cemburui malam?
Maka si siang akan menjawab,
Aku lebih layak mendiami alam ini,
kerana aku yang membekalkan cahaya,
untuk segenap isi alam terus hidup.

Jika aku bertanya kepada malam,
mengapa engkau cemburui siang?
Maka si malam akan menjawab,
Aku memberikan kegelapan,
agar seluruh isi alam boleh berehat,
agar seluruh isi alam boleh berlindung,
dari panasnya siang.

Wahai siang!
Cahayamu adalah dari mentari,
panasmu juga dari mentari,
Janganlah engkau sombong dan bongkak,
Kerana adanya malam,
Engkau bisa berehat

Wahai malam!
Gelapmu adalah kerana kepergian siang,
Dingin mu juga kerana hilangnya mentari,
Engkau tidak akan datang jika siang enggan pergi.

Siang dan Malam,
Sedarlah...
Kamu saling memerlukan,
sebagaimana kami penghuni alam ini,
Memerlukan kamu.

1 ulasan:

Miss Reen berkata...

aku sker siang dan malam..
waktu siang utk keje..
waktu mlm utk rehat dan tido