Aku wujudkan satu ruangan baru. Segmen Cerpen spontan.Ini adalah fiksyen rekaan aku.Cerita ini adalah spontan dan anda semua berhak untuk menentukan sambungan cerita yang disiarkan. Sila baca arahan diakhir cerita ini.
Di sebuah negara yang bernama Canland ada 3 orang musketeer (Mousquetaires de la Garde) dirujuk sebagai pengawal musketeer yang sangat hebat dalam bidang masing-masing. Mereka ini terdiri daripada Athos,Porthos dan Aramis. Mereka ini sebenarnya bernaung di bawah kumpulan perang yang berlainan. Athos berkerja untuk Raja Henri IV, manakala Porthos bergerak sendirian tanpa ikatan dengan mana-mana pihak dan Aramis bekerja untuk Raja Louis XIII.
Athos dan Aramis berkawan baik dan mereka tinggal bersebelahan daerah, New Country dan Prothos pula tinggal di daerah Gold Treasure. Aramis memang berkawan baik dgn Prothos dan Prothos tetapi Athos dan Prothos tidak saling mengenali melainkan hanya pernah mendengar namanya sahaja dek kerana kemasyuran beliau.
Athos seorang yang banyak berfikir tetapi lembab dalam membuat keputusan. Prothos seorang yang cerewet, suka ambil mudah dan sedikit malas. Aramis pula seorang yang cerewet, suka mengarah, tidak pasti apa yang dia mahu, tapi sangat rajin bekerja. Rupa-rupanya Prothos tidak suka Aramis rapat dengan Athos kerana bimbang sumber pendapatannya akan terlepas dari gengamannya. Aramis sebenarnya selalu menjalankan misi atas nama Prothos dan Prothos yang mendapat upahnya. Betapa utuhnya persahabatan mereka sehingga Aramis sanggup diperkudakan oleh Prothos.
Persahabatan Aramis dan Athos ditentang hebat oleh Prothos sehingga Aramis merasai tekanannya. Aramis meninggalkan Athos untuk meneruskan persahabatan dengan Prothos. Prothos lega kerana Aramis tidak lagi memperdulikan Athos. Sebenarnya dalam diam-diam, Aramis masih lagi berhubung dengan Athos secara rahsia. Terpaksalah Aramis hidup dengan menipu dan mereka cerita agar mereka boleh terus bersahabat. Namun, Prothos mengetahui perkara ini dan memutuskan persahabatan dengan dengan Aramis. Aramis sangat sedih dengan perkara ini. Aramis tiada pilihan lain selain dari mengadu kepada Athos. Athos menasihatinya dan mereka berbaik semula.
Dalam masa yang sama Aramis masih lagi berusaha untuk berbaik semula dan melakukan apa saja agar mereka dapat berbaik. Nasib Aramis baik, dia diterima semula oleh Prothos. Perkara sama tetap berlaku, Aramis tetap berkawan dengan Prothos. Dan sekali lagi Prothos mengabaikan Aramis. Aramis membuat keputusan untuk meminta maaf dari Athos dan meninggal Prohtos yang degil itu. Selepas itu persahabatan Athos dan Aramis menjadi akrab seperti sediakala.
Aramis masih tidak berubah, dia terus berdusta lagi dan lagi. Suatu hari Raja Louis XIII mengarahkan Aramis menjalankan misi di Sky Kingdom, dan misi ini memerlukakan Aramis tinggal lama di istana. Aramis memberitahu Athos yang dia tidak dapat pulang ke New Country oleh kerana tugas itu. Raja Louis XIII memerintahkan Aramis tinggal disitu sehingga esoknya. Walaubagaimana pun, Aramis pergi ke Gold Treasure dan menghabiskan masa di sana dengan Prohtos. Athos mengetahuinya namun dia tidak berbuat apa-apa kerana tidak ada perkara yang dirisaukan kerana mereka itu memang kawan baik. Yang Athos kesalkan, kenapa Aramis menipu dia dengan mengatakan yang Aramis berada di istana Sky Kingdom bersama Raja Louis XIII.
Pada keesokkan harinya Athos dan Aramis bertemu dan Aramis masih belum menyelesaikan misi yang diberi oleh Raja Louis XIII. Aramis tidak tahu yang Athos sudah tahu yang dia menipunya. Perkara yang sama berlaku lagi, Aramis sekali lagi pulang ke Gold Treasure dan tidak memberitahu Athos. Athos terfikir, adakah dia betul2 kawan karib Aramis? atau sekadar mengambil kesempatan di atas kebaikan Athos?
Athos terus membiarkan Aramis hanyut dengan lakonannya. Sejak akhir2 ini, Athos dan Aramis kerap bergaduh dan dari perkara yang besar seperti berebut misi sehiggalah ke perkara remeh. Athos kerap kecewa dan makan hati dengan sikap Aramis. Athos akhirnya terperasan, sikap Aramis akan berubah jika dia ada masalah dengan Prothos. Jika hubungan dia dan Prohtos baik, maka sikapnya terhadap Athos jugak baik. Jika dia bermasalah dengan Prohtos, dia akan bermasalah juga dengan Athos. Athos sudah bersedia untuk keluar dari dilema ini. Athos memilih untuk diam dan melihat apa yang berlaku daripada memberi respons kepada tindakan Aramis. Aramis sebenarnya panas baran,degil dan suka memutarkan fakta.Maka Athos memilih untuk membiarkan Aramis dengan labunya.
Persoalannya...adakah mereka semua adalah homo? Kenapa mereka ini asyik bermusuhan dan bergaduh sedangkan mereka semua adalah lelaki dan sama jantina? Hanya Athos,Prothos dan Aramis saja yang mengetahuinya.
------------------
Anda dipelawa untuk menyambung cerita ini dengan versi anda sendiri. Sila tuliskan kesinambungan cerita di di ruangan komen entry ini. Versi yang terbaik akan disiarkan secara rasmi di entry akan datang. Sekian, terima kasih!!
p/s: Idea utk mengunakan watak 3 musketeer muncul selepas aku menonton filem Slumdog Millionare, soalan akhir dalam movie tu bertanyakan siapakah anggota ketiga dalam 3 musketeers? Korang paham cerita ini? aku pun tak faham.. Aku saja test tahap penulisan cerita dan fiksyen aku secara spontan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan