kepercayaan adalah asas kepada pembentukkan negara bangsa.
Jika dilihat kepada penubuhan negara Malaysia, ia berlandaskan
kepada rukun negara. Semua rukun rukun tersebut bermula dgn percaya.
Apa akan jadi jika kita tidak mahu percaya terhadap sesuatu atau seseorang?
Ini akan membawa kepada penafian terhadap sesuatu,
tidak percaya membawa kekecewaan,
tidak percaya membentuk pemberontakkan minda dan tindak tanduk,
tidak percaya membuat manusia mencari altenatif,
tidak percaya membuat manusia mencari sesuatu yang baru.
Tidak percaya boleh dibalas dgn tidak percaya.
Jika kita tidak percaya kepada seseorang dan kita menzahirkannya,
orang itu ada hak untuk tidak mempercayai kita atau sebaliknya.
Jika kita ingin dipercayai, maka kita harus mempercayai orang lain,
secara automatik kita dibalas dgn kepercayaan.
Jika kita pernah mengkhianati kepercayaan,
maka kepercayaan akan melewati kita lantas terus meninggalkan kita.
Aku berikanmu kepercayaan, maka jangan kamu khianatinya..
Aku ialah RAKYAT, dan KAMU ialah PEMERINTAH dan KEPERCAYAAN adalah AMANAH,yakni NEGARA.
p/s: Entahla..mengarut lg..dikala aku mencoretkan ini, aku sedang menonton drama Change - Takuya Kimura. Ia mengenai seorang ahli parlimen muda yang ingin membuat perubahan dalam negara dgn acuannya sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan