Aku insomnia lagi mlm tadi, aku capai remote TV dan mengaktifkan saluran ASTRO 715. Layan apa saja dihidangkan sambil bernafas bersama 20mg Tar dan 1.5 mg nikotina dan aku menghirup Milo fuse. Aku mengadap macbook lusuhku, layan youtube dan membayangkan nikmat tidur yang sempurna. Arghh..tension. Surau didepan rumahku sedang memperdengarkan azan subuh, tandanya hari baru sudah bermula. Oh..ianya Ahad. Aku mencapai pil tidur (deep sleep) dan menunggu masa utk tewas.
Wahai insomnia, pil deep sleep aku kau tewaskan, aku bangun selepas 4 jam tidur. Turun kebawah, tiada sesiapa. Adikku tidak balik, katanya ke Selayang. Maka terkebil-kebil aku keseorang. Pil deep sleep tu menyebabkan kepala aku sakit...gila berdenyut. Perutku menyanyi riang, kepala ku berpusing 360 darjah. Mi segera dicapai, janji palsu darimu wahai maggie..katamu 2 minit tp aku mengambil masa lebih dari itu.
Bersihkan diri dan sambung tonton TV, sambung dating dgn macbook lusuhku. Tiada sesiapa dirumah selain aku dan Shiro. Aku tgk shiro dan shiro tgk aku, shiro pun turut menyatakan kebosanannya. Aku bagi dia whiskas dan dia menyambung misinya..tidur.Arghh..bosannyaaaaaa
Tiada sesiapa yg datang menjengukku hari ini dan semalam. Aku hanya meluangkan masa dirumah. Aku anti sosial selama 2 hari. Banyak SMS ku terima, aku lewati satu persatu sms di telefon buah apple ku. Kawan2 ku mengajak aku keluar, the curve,midvalley,pavilion dan sebagainya. Aku tolak satu persatu,kerana aku memilih utk menyendiri. Dalam sunyi dan sepi ini, aku mencoret blogku tanpa henti.
Maaf kawan2, bukan kerana aku sombong...bukan kerana aku lupakan korang..tapi...aku sudah sengkek,sudah pokai. Aku sedang menghitung hari... menghitung hari agar akaun harimau ku mengaum. Mengaum agar aku boleh menyucuk kad ATM di mesin ATM kawanku.Bagi aku, bomoh tarik duit yang betul2 menjadi ialah mesin ATM.
Huh...benar..aku sunyi kerana aku pokai. Aku tak boleh keluar bersosial,mencari teman wanita,mencari sesuatu yang tertunda...INI KERANA WALLETKU KEMPIS!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan