Selasa, Julai 19, 2005

ayah pin code

Penganut ajaran Ayah Pin, kembalilah ke pangkal jalan

Saya sebagai seorang bekas pelajar ajaran Ayah Pin merasa terpanggil untuk memperjelaskan tentang ajarannya yang telah memesongkan saya selama tiga tahun sebelum ini.

Saya telah memasuki ajaran Ayah Pin melalui kawan karib saya iaitu anak lelakinya yang glamour dengan panggilan Lepat yang satu masa dulu pernah menjadi tajuk berita apabila anaknya dibawa lari ke England oleh bekas isterinya.

Saya adalah seorang yang selama ini jauh daripada Allah, oleh itu saya ingin mendekatiNya setelah banyak berdosa. Inilah yang membuatkan saya boleh memasuki ajaran Ayah Pin yang saya fikir dapat menenangkan jiwa kosong saya.

Tetapi lama kelamaan, saya menjadi keliru kerana sepanjang berada dalam pengajian Ayah Pin, dia menyeru para pengikutnya agar tidak menunaikan sembahyang kerana menurutnya bagaimana kita mahu sembahyang sedangkan kita belum lagi mengenal Allah.

Tambahan pula, dalam majlis-majlis pengajiannya, percampuran di antara lelaki dan perempuan berleluasa dan saya pernah terserempak Ayah Pin melakukan zina dengan isteri Rosly Abdul Samad (orang paling rapat dengannya) dan saya terus melaporkan perkara terkutuk itu kepada Rosly.

Malangnya Rosly dengan selambanya menjawab bahawa dia meredakan persetubuhan haram Ayah Pin dengan isterinya kerana dia cuma mengharapkan syafaat dari Ayah Pin. Saya amat keliru dengan kata-kata Rosly itu yang merupakan bekas pemain drum kumpulan muzik Def Geb C.

Saya semakin keliru apabila Rosly memberitahu saya bahawa Ayah Pin adalah Imam Mahdi. Saya berfikir seorang diri bagaimana Ayah Pin boleh menjadi Imam Mahdi sedangkan dia bergelumang dengan perzinaan dan sering mabuk arak.

Satu peristiwa lagi yang telah menyedarkan saya hingga membuatkan saya meninggalkan ajaran karut Ayah Pin ketika saya mendapati Ayah Pin membina kekayaan peribadi melalui kutipan duit daripada kami semua pengikut ajarannya. Ayah Pin mengatakan bahawa beliau perlukan wang yang banyak untuk meneruskan perintah kerajaan langit untuk “menyedarkan semua insan” khususnya di Malaysia dan amnya di dunia.

Ayah Pin juga selalu menanamkan dalam minda kami bahawa dia akan menjadi perdana menteri tidak lama lagi dengan bantuan kerajaan langit.

Saya menyeru kepada Rosly dan rakan-rakan saya yang lain agar segera kembali ke pangkal jalan dan bertaubat sebelum Allah mengenakan azab ke atas mereka semua yang memesongkan ajaran Islam yang sebenar.

1 ulasan:

Webmaster berkata...

Sila layari kisah ajaran sesat top masa kini di http://ayah-pin.blogspot.com/ - Kisah lanjutan beliau.