Rabu, Januari 04, 2006

Respon Mangsa Media

Diadaptasi dari pelbagai sumber internet

Jawapan dan Penjelasan Kepada Harian Metro

Dirasakan ini 'entry' pembuka tahun baru 2006 yang agak menarik. Blog merupakan tempat alternatif terbaik untuk menggantikan media yang hanya tahu membuat keuntungan.

Sebelum membaca tulisan ini lebih elok dibaca petikan akhabar harian metro di atas.

Tidak diketahui bagaimana persembahan diy yang diadakan di Jalan Klang Lama itu boleh dikaitankan dengan acara di langkawi yang difahamkan merupakan bersangkut paut dengan pesta seks. Apakah persamaan pesta seks dengan black metal?

1. Persembahan diy tersebut bukan persembahan daripada kumpulan black metal. Tiada istilah musik black metal. Black metal merupakan fahaman sesebuah kumpulan yang mendendangkan musik 'speed' metal yang lirik berunsur black metal. Kumpulan yang membuat persembahan tersebut kebanyakannya memdendangkan musik 'hardcore' dan indie pop. Terdapat juga kumpulan yang menyertai persembahan di Rock The World baru-baru ini beraksi untuk persembahan ini.

2. Pesta Seks di Langkawi? Ini merupakan propaganda polis. Pemuda yang tidak dinyatakan nama atau identiti itu berkemungkinan SB yang cuba dikambing hitamkan. Perkara ini selalu berlaku. Ini merupakan satu perancangan.

3. Risalah berbau black metal. Jika pihak polis tidak tahu membaca mungkin boleh dimaafkan. Ini kerana pada risalah tersebut telah ditulis ini bukan konsert black metal. Satu lagi putar belit media dan polis.

4. Gadis bertudung. Pernahkah anda pergi ke konsert yang semuanya perempuan tidak bertudung? Adakah syarat pergi ke konsert itu tidak boleh bertudung? Mereka yang bertudung itu telah mengelakkan diri daripada melakukan salah satu dosa. Apakah yang harian metro cuba sampaikan dengan perkataan 'penyeri'? Ataupun ini merupakan sindiran kepada PM Pak Lah yang gagal seumur hidup mengajak Datin Seri Endon bertudung?

5. Aksi pemuja syaitan. Perlu diperincikan aksi bagaimanakah memuja syaitan? Memuja pemimpin itu juga merupakan pemujaan syaitan.

6. Melayu minum arak. Salah siapa apabila perguatkuasaan tidak dijalankan? Tidak perlu ke konsert untuk minum arak. Negara Malaysia merupakan antara membuat arak terbesar di dunia. Kilang arak lebih besar daripada masjid.

7. Tidak mengaku minum arak. Fakta sebenarnya ialah bukan semua remaja melayu itu minum arak, menghisap rokok dan mengambil dadah. Jika semua demikian apa guna PLKN? Adakah itu merupakan projek mengayakan kroni sendiri dengan tender baju, makanan dan sebagainya?

8. Cabutan bertuah. Tidak pernah ada sebarang cabutan bertuah yang diadakan semasa persembahan diy. Cabutan bertuah hanya boleh didapati jika anda menukar KP kepada Mykad. Malaysia merupakan negara cabutan bertuah.

9. DZURAIDI: Adakah awak pernah menyertai pesta Black Metal sebelum ini?
Jawapan sebenar : Tidak pernah ada pesta black metal di Malaysia. Isu black metal merupakan isu pelindung kepada isu-isu besar lain seperti Ayah Pin, Approved Permit, Ketuk Ketampi Polis, warga China berbogel dan sebagainya.

10. DZURAIDI: Awak semua tahu atau tidak perhimpunan itu salah dan tidak sah mengikut undang-undang?
Jawapan sebenar : Setiap warganegara Malaysia berhak mengadakan perhimpunan tanpa permit. ISA itu sendiri telah melanggar pelembangaan Malaysia.

11. DZURAIDI: Awak setuju atau tidak sekiranya saya katakan aktiviti terbabit adalah tidak sihat?
Jawapan sebenar : Jika persembahan diy merupakan gejala tidak sihat mengapa masih dibenarkan kelab malam dan konsert-konsert kerajaan yang lain?

12. DZURAIDI: Apa pandangan awak terhadap gejala Black Metal?
Jawapan sebenar : Tidak perlu diulas isu ini kerana ini semua isu ciptaan pihak kerajaan untuk mengelirukan rakyat.

13. DZURAIDI: Kenapa ada penjualan arak dalam pesta muzik ala Black Metal itu sedangkan majoritinya dikunjungi remaja Islam?
Jawapan sebenar : Negara Islam Hadhari membenarkan remaja Islam membeli arak di kedai runcit semudah membeli air mineral.

14. DZURAIDI: Jika benar tidak ada unsur pemujaan dan syaitan dalam muzik yang awak perjuangkan mengapa ada risalah perkataan syaitan (evil) dan lambang Yahudi dan ayat lucah f*** yang dirampas polis?
Jawapan sebenar : Baju tidak pernah melambang peribadi seseorang. Begitu juga button 'Saya anti rasuah' pada seragam polis. Terang-terang Polis telah meminta RM100 kepada salah seorang 'mangsa' supaya tidak perlu menjalankan pemeriksaan air kencing.

15. DZURAIDI: Awak tidak rasakah bahawa pesta terbabit membabitkan pergaulan bebas beratus remaja lelaki dan gadis dalam keadaan sesak sebagai tidak bermoral?
Jawapan sebenar : Polis patut memantau kelab malam berlesen yang beroperasi setiap malam jika benar pihak polis prihatin kepada isu moral.

Penulisan ini bukan bertujuaan membela sesiapa. Tetapi setiap yang dituduh perlu diberi keadilan secukup. Hak untuk membela diri. Bukan terus hanya diISAkan tanpa sebarang pembicaraan. Mangsa telah ditahan pada pukul 10.30 malam dan hanya dibebaskan pada 6 pagi keesokannya selepas gagal dibuktikan positif dadah melalui pemeriksaan air kencing. Positif pemeriksaan air kencing bukan bermakna secara sah sesorang itu mengambil dadah. Ini kerana benda-benda lain juga boleh mempengaruhi ujian tersebut. Polis terpaksa melakukan pemeriksaan air kencing kerana Polis gagal membuktikan mereka bersalah kerana berhimpunan, menari atau bermain musik.

p/s: Media = Money

Tiada ulasan: