Selasa, Julai 21, 2009

Peluang dan Menghargai Peluang

"Razak...you're fired!" teriak En Baharom.

"Aku dah bagi kamu amaran terakhir, tapi kamu masih lagi buat perangai lama kamu!" tambah En Baharom lagi.

"Tapi boss, saya tak sengaja..maafkan saya boss..bagi saya satu lagi peluang kat saya..saya janji saya tak akan ulanginya lagi.."Sahut Razak.

"Aku dah bagi kau banyak peluang, tapi kau masih mengulanginya lagi..kali ini aku nekad untuk berhentikan kau!"Balas En Baharom.

"Boss, tolonglah saya boss, kasihanilah saya.Isteri saya sedang mengandung, macam mana saya nak tanggung mereka boss?"Rayu Razak

En Baharom berfikir sejenak, untung Razak kerana mempunyai majikan yang berperikemanusian seperti En Baharom.

"Baiklah, aku bagi kau tempoh sebulan untuk buktikan kau boleh berubah" Sahut En Baharom.

"Terima Kasih boss!" kata Razak dengan leganya.

Razak mengotakan janjinya, dia berubah dan En Baharom sangat berpuas hati dengan perubahan Razak itu. Selepas 2 bulan, Razak kembali dengan perangai lamanya. Menjadi seorang yang tak bersyukur, suka marah-marah dan lewat datang kerja.

Bukan setakat itu, dengan perangai buruknya itu, dia masih berani demand dengan bossnya. Ya..dia minta gajinya dinaikkan. Dan juga dia minta dinaikkan pangkat! Sedangkan selepas tempoh penilaiannya, dia mula kembali dengan perangai lamanya.

Diberi betis hendak paha! Dan tidak tahu bersyukur. Razak patut sedar akan kedudukannya itu sebelum dia bertindak sedemikian dan demand lebih-lebih.

Patutkah En Baharom berhentikan terus Razak tanpa belas kasihan?

Anda fikirlah sendiri!

p/s: inikah yg kita panggil a typical Malay?

1 ulasan:

nodame berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.