Aku teringat masa kecil-kecil dahulu, mak aku suruh aku petik sayur dan ulam untuk dimakan. Mak aku suruh aku pergi kutip telur ayam untuk dijadikan lauk.Bapak aku sembelih ayam untuk dimakan.Atuk aku hantar padi ke kilang untuk diproses menjadi beras untuk kami makan.Semuanya kami dapat dari sekeliling rumah.Sedikit sahaja bahan-bahan yang dibeli dari kedai runcit. Dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM300 pun kami dapat hidup sempurna.
Puluhan tahun telah berlalu, kita masih mengulangi kitar hidup yang sama. Keluar mencari rezeki dan mendapat bekalan makanan. Dalam jangka masa itu, kita telah dididik menjadi manusia yang malas. Malas untuk meneruskan gaya hidup lama, memproses sendiri bahan makanan. Perlahan-lahan kita diperkenalkan dengan barangan2 harian secara mudah. bawa duit,pergi kedai dan bawa balik barang untuk dimakan.
Dulu dengan penuh selamba aku boleh memetik kacang botol dan daun pegaga untuk dijadikan ulam dibelakang rumah. Sekarang tiada lagi, bukan kerana tiada pokok untuk dipetik, tetapi tiada tanah dan masa untuk mengerjakannya. Bayangkan sekarang kita cenderung untuk membeli rumah dari membina sendiri rumah. No Hassle katanya. Rumah2 sekarang kebanyakkan "tiada tanah" dan kalau rumah yang ada tanah pun pasti harganya amat mahal.
Inilah permainan dunia kapitalis, mendidik kita bergantung kepada produk konsumer. Suatu hari nanti kita akan bergantung penuh kepada kedai runcit dan pengilang untuk hidup.
p/s: kedai runcit ada jual benih padi tak?
Jumaat, November 20, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan