Sabtu, November 07, 2009

Transformasi

Dulu aku pada awalnya,
cintakan material..sanggup berhabis untuk kereta
dan benda keduniaan yang lain..

Kemudian, aku buang cinta terhadap material..
aku cintakan seorang insan..
semua disekeliling aku tolak ketepi...
Aku tidak ambik peduli..walau untuk satu saat pun.
kecuali mengenai dia

Sekali air bah..sekali pasir berubah,
aku tinggalkan segala cinta tadi,
Aku cintakan diriku sendiri sahaja,
yang lain aku pinggirkan,
Perasaan orang lain aku calarkan,
Kerana cintaku hanya kepada diri sendiri.

Sekarang,
Cintaku kepada diri sendiri dan Sang Pencipta Sahaja,
Aku humbankan perasaan yang lain (walaupun aku kosong),
Aku terus mencintai keduanya,
Tanpa perlu menoleh kebelakang lagi.


p/s: keluarga jugak termasuk dalam kategori diri sendiri..harap maklum..

1 ulasan:

nodame berkata...

true