Khamis, Jun 29, 2006

ISA

ISA ADALAH SATU BENTUK KEZALIMAN YANG JELAS KERANA SESEORANG YANG DITAHAN DISABITKAN KESALAHAN TANPA DIBICARAKAN DI MAKHAMAH. BGAIMANA JIKA YANG DITAHAN ITU TIDAK BERSALAH??DIMANA HAK MEREKA UNUTK MENDAPAT PEMBELAAN?? JAWAPANNYA "TIADA". BAGAIMNA JIKA PERKARA INI BERLAKU TERHADAP KELUARGA ANDA?ABANG?ADIK?SUAMI?AYAH?PASTI SEDIH BUKAN??DITAHAN TANPA BUKTI, DITUDUH SEBAGAI PENGGANAS, TETAPI TIDAK DIBICARAKAN. SEBARKAN KEPADA RAKAN2 SEKALIAN. SEDARKAN RAKYAT MALAYSIA BAHAWA ISA ADALAH SATU BENTUK KEZALIMAN TERHADAP RAKYAT.




Catatan seorang isteri tahanan ISA PDF
Fri | Jun 16, 06 | 03:56:43 PM
Oleh Norlaila Othman

Bahagian 1: 11 Jun 2006

"Assalamualaikum !"

Aku terdengar suara orang memberi salam. Aku keluar dari bilik menuju ke pintu.Sebaik saja pintu dibuka, aku terkejut dan tergamam melihat suamiku tersenyum memandangku.

"Abang, bila abang balik? Bila abang sampai? Abang , is this really you? Betul ke abang dah bebas?" Soalku bertubi-tubi.Pintu sudah terbuka, tapi grill masih lagi berkunci.

"Polis tu letakkan abang dekat bus-stop seberang jalan tu tadi, terpaksa abang jalan kaki sikit untuk sampai ke rumah… abang memang dah bebas …cepat la buka grill ni…abang dahaga la".

"Ok, ok, sabar ya. Ila sedang cari kunci grill ni…."

Aku kelam kabut mencari kunci rumah kerana disitu digandingkan sekali kunci grill. Puas ku cari, tapi tak jumpa juga. Sesekali ku melihat kearah suamiku yang sedang tersenyum.

"Abang, sorry ya, lambat sikit. Lupalah kat mana Ila letak kunci tu…tengah cari ni…." .

Semua tempat telah diselongkar, dalam beg tangan, atas meja, dalam laci …. namun kunci itu tak juga ditemui.Aku mula menangis.

"Abang, I'm so sorry.I really misplaced the keys, let me think of some other ways…." air mataku mula bercucuran .

Tiba-tiba aku terjaga!

Astaghfirullah al Adzim, bermimpi rupanya. But everything looked so real!! Memang dia sudah pulang ke rumah..Ya, aku memang menangis. Bantal ku juga terasa basah. Lantas aku baring semula, memejamkan mata, dengan harapan mimpiku bersambung, tapi….segalanya memang hanyalah sekadar mimpi.Akhirnya, yang terdaya aku lakukan hanyalah membiarkan saja deraian airmata yang turun dengan lajunya.

Kisah diatas adalah secuit dari ribuan kisah-kisah duka sepanjang suami ditahan di Kem Kamunting.Hingga saat ini,hampir 4 tahun lamanya ,sejak dia diambil dari rumah kami, dia tidak pernah pulang kerumah.

Rindu? Tiada bahasa yang dapat diucapkan untuk menyatakan perasaan tersebut, hingga ada kalanya, seolah-olah aku takut untuk melihat potretnya, kerana terlalu khuatir, dia akan pulang ke rumah dalam bentuk mimpi dan akhirnya, hanya linangan airmata yang setia untuk mengubati rindu ini.

Trauma

Pada tahun pertama penahanannya dulu, mimpi yang dialami amat menakutkan. Peristiwa rumah ku dikunjungi 15 orang SB dan polis waktu tengah malam, sentiasa datang berulangkali dalam tidur ku.

Sejak hari pertama penahanannya, memang sukar untuk melelapkan mata. Sentiasa terbayang, bagaimana setiap bilik digeledah, suami digari , buku-buku , kitab-kitab ugama dan Quran terjemahan dikirai satu persatu untuk mencari bahan bukti.

Aku yakin, anak tunggal ku, Suhaib juga mengalami masaalah yang sama. Setiap malam beliau akan terjaga pada pukul 3 – 4 pagi dan menangis memanggil ayahnya.Pada masa itu, Suhaib berusia 8 tahun lebih. Dan yang lebih memeranjatkan, selama 2 tahun, Suhaib menyimpan sebatang besi panjang bulat sepanjang 3 kaki, dibawah tilamnya. Menurutnya, jika polis datang lagi kerumah untuk mengambil uminya, dia akan tikam polis itu dengan besi panjang tersebut!

Tidak dinafikan, mangsa penahanan ISA memang menghadapi trauma yang serius. Cuma, bagaimana masalah tersebut dapat diatasi, bergantung pada kekuatan minda dan juga sokongan yang diberikan oleh masyarakat pada mangsa tersebut.

Dalam hal ini, aku rasa bersyukur kerana mempunyai ramai teman dan kenalan yang bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Namun kehidupan ku pada ketika itu hanyalah sekadar seorang isteri tahanan yang bekerjaya. Duniaku ketika itu hanyalah rumah dan tempat kerjaku.Tak pernah terfikir, aku akan melangkah ke satu dunia yang lain.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

GMI? Apa benda tu? Seumur hidup ,tak pernah dengar nama yang pelik tu. Sebelum ini, ada juga baca Harakah, tapi tak perasan pun ada perkataan GMI. Pertama kali mendengar nama itu disebutkan oleh seorang teman aktivis anti ISA, rasa semak perut rasanya. "Buat apalah nak sibuk-sibuk dengan GMI ni, sampai masa nanti suami kita tu akan dikeluarkan gak," begitulah komen seorang isteri tahanan ISA yang lebih 'senior' kerana suaminya ditahan 5 bulan lebih awal dari suamiku.

Bukan mudah untuk menguatkan minda bagi menghadapi hari-hari berikutnya tanpa insan bergelar suami. Rasa geram, marah, benci sentiasa meluap-luap di dalam hati. Ke mana hendak disalurkan semua perasaan tersebut? Nak marah pada anak? Dia pun sedang mengalami perasaan yang sama.

Akhirnya, aku ingin mencuba nasib mengikuti aktivis ISA bersama GMI. Pertama kali menghadiri sidang akhbar dan mesyuarat, aku rasa macam buang masa je. Buang masa menunggu! Menunggu kawan-kawan, menunggu wakil Suhakam, menunggu peguam, menunggu wartawan dan pelbagai menunggu lagi.Tapi, aku rasa agak pelik, kenapa aktivis ISA ni macam tak serik-serik menunggu ni?

6 Reformasi

Semasa aku menyertai GMI, semua orang pada masa itu sedang sibuk berkempen untuk 6 reformasi. Selalu aku rasa "out of place" je. Orang tak kenal kita pun. Nasib baik ada Nashita dan Kak Jije. Beberapa orang isteri tahanan reformasi 6 kata, aku macam kembar dengan Nashita. Ah, tak kisahlah.

Yang penting ada orang yang sudi nak bercakap dengan ku.Itu dah cukup baik! Bila Pak Abu @ Saari Sungib @ Abu Urwah dan 5 Reformasi lain dibebaskan, aku bertambah yakin, dengan berkempen dan menghebahkan kezaliman ISA, akan memberi peluang tahanan dibebaskan.

Sebelum ini, ada juga cakap-cakap orang mengatakan tindakan aktivis ISA berkempen ni macam "anjing menyalak bukit".Anjing jadi serak, tapi bukit tetap teguh! Tapi bila Pak Abu dan kawan-kawannya bebas, suara-suara sumbang itu hilang di angin lalu.

" A leading person"

Sejak dari saat Pak Abu dibebaskan, aku pula menjadi "leading person" untuk meneruskan tugas-tugas kempen ini kerana suamiku masih ditahan di kem. Sejak itu, aku menjadi tumpuan wartawan sama ada dari media alternatif dalam negara atau stesen radio dan TV dari luar negara. Secara automatik kehidupanku juga berubah. Dunia baru ini menuntut pembahagian masa yang lebih terutamanya untuk menghadiri mesyuarat atau pun sidang akhbar.

Walau sesibuk mana pun dengan dunia baru ini, aku bahagia. Kenapa? Kerana, aku dapat menyalurkan segala dendam dan marahku pada saluran yang sepatutnya. Aku dapat menyatakannya pada wartawan, aku dapat ruang untuk berceramah mengenai kezaliman ISA dan aku juga mula belajar menulis pengalaman dizalimi ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang kekurangan maklumat tentang kekejaman ISA.

Dua tahun ke-2

Sewaktu suamiku telah tamat 2 tahun pertama, dan kemudian disambung 2 tahun berikutnya, aku sudah dapat menerima sebarang kemungkinan pelanjutan penahanan itu.

Pada 2 tahun pertama penahanan suami ku, ada juga suara-suara yang mengatakan, " ..agaknya, suami Cikgu Laila tu memang betul-betul pengganas kot, manalah dia tahu apa yang suami dia buat. Ya lah, di rumah, dia memang suami kita, tapi kalau di luar…. dia boleh jadi apa saja," panas juga hati ku mendengar kata-kata itu.Tapi apakan daya, sabar ajelah.

Bila penahanan suami bersambung pada 2 tahun berikutnya, kerja saya bersama GMI bertambah banyak "Kerja" yang dimaksudkan ialah kempen-kempen yang dirancang dan dijalankan bersama aktivis yang lain semakin memuncak. Amat sukar untuk menilai kejayaan kerja-kerja bersama GMI ini .Kami sentiasa "berperang secara saraf " dengan ejen-ejen kerajaan seperti media, mahkamah , polis , Suhakam dan juga menteri.

Alhamdulillah, media Barisan Alternatif sentiasa memberi ruang pada GMI. Kami di GMI sentiasa memikirkan, bagaimanakah hendak menyampaikan maklumat tentang ISA ini dengan lebih berkesan pada rakyat, dan kemudiannya rakyat bangun memberi sokongan terhadap usaha kerdil kami ini.

Militan

Tanpa disedari, pejam celik-pejam celik, telah hampir 4 tahun suami saya ditahan. Selama 2 tahun kedua ini, saya rasa, tindakan saya lebih agresif lagi. Dalam jangka masa 2 tahun kebelakangan ini, sewaktu bertemu kawan-kawan, ramai sangat yang mencadangkan saya bertemu dengan Menteri atau lebih baik jika dapat berjumpa " Dollah Badawi" @ Mr PM..Semua cadangan itu saya terima dengan positif.

Setakat ini, saya telah bertemu 3 kali dengan Dato' Mohd Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dua kali dengan Dato' Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Wanita & Pembangunan Keluarga dan pada bulan Februari tahun ini, saya telah berjaya menemui Perdana Menteri @ Menteri Dalam Negeri..Semua tujuannya cuma satu, iaitu minta supaya suami dibebaskan.

Walaupun Perdana Menteri pernah mengatakan "Insya-Allah ", ketika kami tanya sama ada beliau akan membebaskan tahanan di Kamunting, namun hingga ke hari ini, tahanan masih tetap ditahan di Kemta.

Mereka akan dibebaskan hanya sekiranya mereka mengalami sakit tenat yang boleh membawa kematian.
Dan pada ketika ini, bila saya bertemu kawan-kawan, mereka hanya meminta saya bersabar dan banyakkan solat hajat. "Mana lah tahu, hati PM akan lembut dan seterusnya akan membebaskan semua tahanan di Kem," keluh mereka.

Terima kasih dengan segala peringatan itu. Saya sentiasa bermunajat, biarlah suami saya bebas sebagai insan yang mempertahankan haknya sebagai seorang muslim yang bebas mempraktikkan keimanannya.

Aku tidak mahu beliau dibebaskan kerana mencipta satu sejarah baru iaitu sebagai salah seorang militan ahli "Jemaah Islamiyyah: Dalam Islam tiada istilah militan sepertimana fitnah yang dilemparkan ke atasnya oleh orang-orang yang zalim itu.

Sebagai manusia biasa, ada ketikanya aku merasa "down" yang teramat sangat. Secara kebetulan, di saat seperti itu, ada pula suara-suara yang bunyinya macam orang putus asa saja bila mengingatkan saya " kita ni timun je, menteri tu pisau, kalau kita menggolek, kita yang luka, kalau kita digolek , lagilah hancur."Ah…terasa semakin " down' jadinya.

Alhamdulillah, setakat ini, kata-kata tersebut belum lagi melemahkan saya. Namun tidak dinafikan, sesekali aku terkejut juga dengan nasihat yang sedemikian yang datangnya dari orang-orang yang berpendidikan tinggi, tapi rupanya masih jahil dalam mengenali ISA ini.Untuk golongan ini, saya berdoa semoga Allah akan membukakan minda mereka agar berusaha mengenali kedurjanaan ISA ini.

12 Jun 2006-Genap 4 Tahun

Pada Isnin, 12 Jun ini, genaplah suami ku menjadi penghuni kem selama empat tahun. Ada kemungkinan tahanan akan dibebaskan di penghujung tempoh tersebut.Tapi kalau melihat keadaan di Kem , secara logiknya, peluang untuk bebas itu amat tipis, kecuali ada terjadi "miracle". Tahanan memang diperlukan untuk memastikan survival politik Menteri berkenaan.

Kadang-kadang bila difikirkan, pelik juga. Dah macam-macam dijalankan kempen, tapi kenapa susah sangat kumpulan "JI' ni nak dibebaskan? Angin yang bertiup dari Kementerian Dalam Negeri mengatakan, sukar untuk membebaskan tahanan ketika ini kerana Malaysia mendapat tekanan yang hebat dari Amerika.

Sama ada tahanan tersebut benar-benar pengganas atau tidak, sudah tidak timbul. Masalahnya sekarang, Malaysia terpaksa membuktikan bahawa di negara ini ada sekelompok "pengganas" yang sengaja disimpan untuk memuaskan nafsu Bush! Iye ke?

Bagiku, kenyataan ini bukanlah suatu yang baru. Sejak hari pertama penahanannya, aku mengesyaki, bahawa suamiku dijadikan "kambing hitam' oleh pihak berkuasa untuk memastikan hubungan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Washington, berada dalam suasana yang baik. Sampai hati betul pemimpin nombor satu di Malaysia, menzalimi rakyatnya sendiri hanya kerana ingin mengambil hati kuasa asing.

Atau, adakah pemimipin tersebut mendapat lebih dari itu?

Buat masa ini, aku dan Suhaib telah membulatkan tekad, sama ada dia bebas atau tidak, kehidupan wajib diteruskan dan kami akan terus memperjuangkan nasib semua tahanan ISA yang masih menghuni Kem Kamunting. Aku yakin, lambat laun, kezaliman akan dapat dikalahkan oleh keadilan dan kebenaran.Hanya masa yang menentukan segalanya.Lagi pun, kami berdua tidak akan rugi apa-apa kerana sepanjang kami dianiaya dan dizalimi, kami yakin, Allah akan menggantikan segala kesusahan itu dengan pahala yang tidak ternilai harganya.

Bagi mereka yang sedang menganiaya kami, amat kami yakini bahawa Allah yang Maha Kuasa akan memberi balasan yang setimpal dengan kezaliman yang sedang mereka lakukan ke atas kami. Hanya faktor masa yang akan menentukannya. Namun dimasa yang sama, kami amat berharap rakyat akan bangun untuk memberikan sokongan kepada kami, mangsa yang dizalimi ini.

Sekali lagi kami ulangi, jika tahanan ISA itu benar-benar salah, hadapkanlah ke mahkamah, kalau perkara itu pun tak sanggup dilakukan oleh pihak berwajib, lebih baik bebaskan saja semua tahanan itu sementara mereka masih bernyawa lagi.

-------------------------------------------------------------

BAHAGIAN 2 : 12 JUN 2006, 11.08PM

Petang tadi , saya menerima satu panggilan telefon dari suami yang masih berada di Kem Kamunting. Semang agak berdebar menerima panggilan darinya dan gerak hati saya dapat menjangka, pasti ada berita yang kurang menyenangkan bakal diterima. Saya pasrah dengan sebarang kemungkinan.

"Penahanan abang disambung 2 tahun lagi...." suaranya antara kedengaran dan tidak di hujung sana.Kemudian kami berbual beberapa minit sementara talian belum diputuskan oleh pihak Kemta.Tiba-tiba je saya rasa seram sejuk, macam nak demam.Saya beristighfar beberapa kali, kemudian membuat panggilan pada salah seorang teman GMI memberitahu mengenai pelanjutan tersebut untuk dimasukkan dalam press statement GMI keesokannya.

Saya cuba mencari kekuatan dengan menghantar SMS pada kawan-kawan yang rapat dengan saya.Dan orang pertama yang menghubungi saya ialah Nashita.Agaknya aura keresahan saya telah sampai padanya mendahului yang lain.Susah nak dinyatakan apakah perasaan saya ketika itu, tapi yang jelas, dah tak boleh nak menangis.

"Sorry to know the extension of your beloved husband.Allah knows better why diuji berterusan.Yang pasti, Al Quran ada sebut, ujian akan naikkan makam hambaNya yang sabar" - begitulah kata-kata SMS yang diterima dari salah seorang teman rapat saya.Kemudian berbelas-belas SMS lain masuk ke inbox handphone.

Semua kata-kata itu amat berharga, bermotivasi dan sedikit sebanyak mengembalikan semangat saya untuk berpijak dibumi nyata.Terima kasih pada semua.Semua pesanan itu umpama air sejuk yang menjadi penawar dan memadamkan api kemarahan disaat itu.

Saya terima semua ini sebagai ujian dariNya. Mungkin jika tidak diuji seperti ini, saya tetap akan diberi ujian yang lain, yang mungkin setaraf dengan apa yang sedang dihadapi sekarang.Ya, Allah lebih mengetahui hikmah sesuatu kejadian itu.

Saya selalu membayangkan bagaimanakah keadaan Hajar yang ditinggalkan oleh suaminya ditengah gurun pasir yang tandus, tanpa manusia dengan hanya bertemankan seorang bayi keci yang tidak mengerti apa-apa.Usaha Hajar berlari-lari anak menuruni bukit Safa dan Marwa untuk mendapatkan air bagi bayinya yang kehausan bukanlah sesuatu yang mudah... tidak dapat digambarkan kesukarannya ketika itu.

Ujian yang Allah beri pada saya tidaklah sehebat Hajar....beza, amat jauh bezanya , macam langit dengan bumi.

Saya reda dengan ujian ini, tapi saya tetap tidak redha dengan perbuatan insan lain menzalimi kami sekeluarga.Selagi ada nyawa, usaha mesti diteruskan, dan selebihnya saya serahkan pada Allah SWT untuk menyelesaikannya.Jika didunia hak kami dinafikan, maka kami akan tuntut segalanya diakhirat kelak.

Saya amat berharap mendapat sokongan yang berterusan dari anda semua.

Norlaila Othman
Aktivis GMI
Isteri Tahanan ISA
Mat Sah Bin Mohd Satray
2002 – 2008

Rabu, Jun 14, 2006

Shisha Guna Tembakau?

Dalam artikel yg aku petik dari bernama ni, dia cakap shisha pakai tembakau..betul ke? Tembakau berasal dari daun tembakau, tetapi shisha mengguna flavour yg berasal dari buah-buahan yg dijeruk seperti epal. Penulis tu tak penah tgk orang buat sisha kot..

Dari wikipedia (tembakau):
Tobacco (Nicotiana spp., L.) refers to a genus of broad-leafed plants of the nightshade family indigenous to North and South America, or to the dried and cured leaves of such plants. Tobacco leaves are often smoked (see tobacco smoking) in the form of a cigar or cigarette, or in a smoking pipe, or in a water pipe or a hookah. Tobacco is also chewed, "dipped" (placed between the cheek and gum), and sniffed into the nose as finely powdered snuff. The Spanish word "tabaco" is thought to have its origin in Arawakan language, particularly, in the Taino language of the Caribbean, said to refer to a roll of these leaves (according to Bartolome de Las Casas, 1552) or to the "tabago", a kind of y-shaped pipe for sniffing tobacco smoke (according to Oviedo), but Sp. tabaco (also It. tobacco) was commonly used to define medicinal herbs from 1410, originating from the Arabic "tabbaq", reportedly since the 9th century, as the name of various herbs. The word might then be European, and later applied to this plant from the Americas.

Tobacco contains the alkaloid nicotine, a powerful neurotoxin that is particularly harmful to insects. All means of consuming tobacco result in the absorption of nicotine in varying amounts into the user's bloodstream, and over time the development of tolerance and dependence. Absorption quantity, frequency and speed seem to have a direct relationship with how strong a dependence and tolerance, if any, might be created. A lethal dose of nicotine is contained in as little as one half of a cigar or three cigarettes; however, only a fraction of the nicotine contained in these products is actually released into the smoke, and most clinically significant cases of nicotine poisoning are the result of concentrated forms of the compound used as insecticides. Other active alkaloids in tobacco include harmala alkaloids.

Tobacco smoking carries significant risks including the potential to develop various cancers as well as strokes, and severe cardiovascular and respiratory diseases. [1] Significantly shorter life expectancies have been associated with tobacco smoking. [2] Many jurisdictions have enacted smoking bans in an effort to minimize possible damage to public health caused by tobacco smoking. The substantially increased risk of developing cancer as a result of tobacco usage seems to be due to the plethora of nitrosamines and other carcinogenic compounds found in tobacco and its residue as a result of anaerobic heating, either due to smoking or to flue-curing or fire-curing. The use of flue-cured or fire-cured smokeless tobacco in lieu of smoked tobacco reduces the risk of respiratory cancers but still carries significant risk of oral cancer. [3] In contrast, use of steam-cured chewing tobacco (snus), avoids the carcinogenicity by not generating nitrosamines, but the negative effects of the nicotine on the cardiovascular system and pancreas are not ameliorated. [4]


Mengenai Hookah/Shisha..

A hookah is a traditional Middle Eastern or Asian device for smoking, which operates by water-filtration and indirect heat.

"Hooka(h)" is also the name for a very simple Surface supplied diving system.


Etymology

Depending on locality, hookahs are known variously as a water pipe, nargeela/nargile/narghile/nargileh, argeela/arghileh, shisha/sheesha, okka, kalyan, ghelyoon or ghalyan, or hubble-bubble/hubbly-bubbly. Many of these names are of Indian, Turkish, Uzbek, Persian or Arab origin. "Narghile" is from the Persian word nārgil, or "coconut", and in Sanksrit nārikera, since the original nargile came from India and was made out of coconut shells[1]. "Shisha" is from the Persian word shishe (literally translated as "glass" and not bottle). "Hashishe" is also an Arabic word for grass, which may have been another way of saying tobacco. "Hookah" itself may stem from Arabic uqqa, meaning small box, pot, or jar. Both names refer to the original methods of constructing the smoke/water chamber part of the hookah.

"Narghile" is the name most commonly used in Turkey, Lebanon, Syria, Jordan, Greece, Palestine, Israel and Romania, though the initial "n" is often dropped in Arabic. "Shisha" is more commonly seen in Egypt and Somalia. In Iran it is called ghalyoun or ghalyan and in Pakistan and India it is referred to as huqqa. The archaic form of this latter name, hookah is most commonly used in English for historical reasons, as it was in India that large numbers of English-speakers first sampled the effects of the water pipe. William Hickey wrote in his Memoirs that shortly after his arrival in Calcutta in 1775:

"The most highly-dressed and splendid hookah was prepared for me. I tried it, but did not like it. As after several trials I still found it disagreeable, I with much gravity requested to know whether it was indispensably necessary that I should become a smoker, which was answered with equal gravity, 'Undoubtedly it is, for you might as well be out of the world as out of the fashion. Here everybody uses a hookah, and it is impossible to get on without'.....[I] have frequently heard men declare they would much rather be deprived of their dinner than their hookah." [2]

Ade sikit relevan dgn artikel di bawah... mungkin penulis merujuk wikipedia sblm menulis.

Bukan menggunakan tembakau seperti rokok (Nikotin):

Tobacco

Tobacco smoking is not what hookahs were originally invented for as there are many examples of hookahs in both art and archeology prior to the arrival of tobacco in the Old World. In this pre-tobacco period the most commonly smoked substances in hookahs were opium and hashish (although NOT marijuana). After the arrival of tobacco in the Old World hookah use became more widespread because of the lower level of intoxication induced with tobacco smoking. This is not to say that the practice of smoking opium and hashish in hookahs is now extinct. In addition, while all forms of smoking are looked down upon by highly orthodox Muslims, tobacco is generally more accepted than opium and hashish.

The most commonly-used hookah tobaccos (known as tobamel or maassel) are produced using a 1:2 mixture of shredded tobacco leaf mixed in with a sweetener such as honey, molasses or semi-dried fruit. Originally, tobacco was mixed with one of these sweeteners to form jurâk (e.g. Zhaghoul brand), a flavorless, moistened tobacco. The now-popular, fruit-flavored hookah tobaccos got their start in the late 1980s when Egyptian tobacco companies began experimenting with flavored tobacco as a way to sell more of their products to women. Due to the popularity of flavored hookah tobaccos, many modern manufacturers have begun to use glycerin as the primary sweetener in hookah tobaccos because of its humectant qualities and subtle sweetening properties that accentuate the various tobacco flavorings. Today, shisha tobacco is often mixed with dried fruit, natural extracts and artificial flavorings to produce a varying assortment of tobacco flavors, such as apple, double and triple apple, strawberry, rose, mango, cappuccino, vanilla, coconut, cherry, grape, banana, kiwi, blueberry, tuti fruity, Arabian coffee, mixed fruit, cola, lemon, apricot, licorice, and mint, which has a cooling effect on the throat. This proliferation of flavors is rather new, starting perhaps in the mid-1990s.

Baca artikel dibawah:

Hisap Shisha Ibarat Api Masa Kecil Jadi Kawan, Besar Jadi Lawan

Oleh Melati Mohd Ariff

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Memerhatikan gelagat anak-anak muda menghabiskan waktu malam dengan bersantai di kafe atau restoran adalah seperti menyaksikan satu pementasan drama tetapi itulah realitinya.

Drama kehidupan muda-mudi di bandar besar -- lelaki, perempuan bergelak ketawa dan mempamerkan gaya hidup bebas di kota metropolitan.

Asap berkepul, mereka menyedut perlahan-lahan objek yang diletakkan di sebelah tempat duduk. Yang perempuannya sedikit pun tidak menampakkan rasa segan atau malu, asap yang disedut dihembus, berkepul-kepul keluar dari mulut.

Antara sedar atau tidak, ada satu trend atau kecenderungan yang semakin menular dalam kehidupan kita hari ini, yang mungkin jika tidak dibendung akan menjadi satu budaya perosak iaitu menghisap shisha.

Shisha atau juga dikenali dengan nama "hookah" merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa.

Bayaran yang biasa dikenakan ialah antara RM10 hingga RM15 untuk satu sesi shisha.

ASAL USUL

Menghisap shisha yang kian menjadi kegilaan khususnya muda-mudi Melayu, telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya.

Sebelum kemunculan tembakau, bahan yang sering digunakan di dalam shisha ialah candu dan hashish.

Shisha dipercayai mula membanjiri negara ini dengan kedatangan pelancong-pelancong dari Timur Tengah khususnya pada tahun-tahun 90-an.

Sesetengah pihak mungkin tertanya-tanya mengapa tiada batasan atau larangan untuk shisha sedangkan kerajaan membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mengadakan pelbagai kempen anti-merokok dan kempen amalkan gaya hidup sihat.

Aneh bukan? Atas alasan apa menghisap shisha dibiarkan sedangkan ia masih menggunakan tembakau!

BAHAYA UNTUK PEROKOK

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini, terdapat kira-kira 1.3 bilion perokok di seluruh dunia dan sekitar lima juta mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan menghisap rokok.

WHO memberi amaran jika trend tersebut tidak berubah, 10 juta orang setahun akan mati akibat penyakit berkaitan menghisap rokok menjelang 2020.

Kebimbangan WHO itu juga membuatkan badan dunia itu mengeluarkan slogan untuk sambutan Hari Tanpa Tembakau Dunia tahun ini yang memberi amaran kepada perokok bahawa tembakau adalah "berbahaya dan boleh membawa maut dalam apa jua bentuk".

Satu laporan dari London baru-baru ini menyebut tentang pengharaman menghisap rokok di khalayak ramai yang akan dikuatkuasakan di England Jun 2007.

Langkah tegas ini sudah tentunya turut memberi kesan kepada penghisap shisha.

MUDAH TERPENGARUH

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman tidak terperanjat dengan budaya menghisap shisha yang semakin menular di kalangan golongan muda negara ini khususnya anak Melayu.

"Orang Melayu terutamanya mudah dipengaruhi dengan satu benda kelainan yang pada pendapat mereka ia hanya sekadar berseronok tanpa mengetahui latar belakang sejarah sesuatu budaya tersebut dan juga risiko ke atas diri sendiri, dari segi kesihatan terutamanya," jelas beliau.

Tradisi menghisap shisha ini, tambahnya, sesuatu yang barangkali boleh diterima di kalangan masyarakat tertentu seperti di Timur Tengah dan di Afrika.

"Ada di antara mereka berpendapat bahawa apabila mereka membakar tembakau atau buah-buahan atau bahan-bahan lain yang diadun maka air yang digunakan akan menjadi satu penapis yang boleh menyelamatkan mereka daripada risiko kesihatan akibat pengambilan tembakau.

"Perbuatan ini sebenarnya didorong oleh nafsu dan mereka sekadar ingin merasa selamat walhal mereka masih menanggung risiko," tambah Dr Maamor.

Menghisap shisha, katanya, mempunyai banyak persamaan dengan perbuatan menghisap rokok dan dalam masa yang sama, ada juga penggemar shisha perokok tegar.

Di Malaysia, tambahnya, menghisap shisha ini lebih mirip kepada pengambilan dadah marijuana dengan menggunakan alat yang dipanggil "dapur".

"Ini sebenarnya memberikan satu bentuk kebebasan kepada kumpulan penagih untuk berlindung kononnya sekadar mengambil shisha yang menggunakan buah-buahan dan sebagainya.

"Persoalan yang perlu dirungkaikan ialah, sesuaikah menghisap shisha ini dengan sosio-budaya Malaysia?" soal Dr Maamor.

GANGGU KETENTERAMAN

Perbuatan menghisap shisha yang biasanya dibuat secara berkumpulan juga boleh mengganggu ketenteraman dan keselesaan orang ramai di satu-satu premis yang tidak bertepatan dengan prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Ini kerana, katanya, terdapat golongan remaja yang bersikap biadap dan kurang sopan apabila mereka ditegur di tempat-tempat awam seperti restoran dan premis makanan yang lain.

"PPIM memandang serius penularan aktiviti negatif ini walaupun atas apa alasan dan pihak bertanggungjawab perlu mengkaji secara profesional perkara ini sebelum ia merebak dan mempengaruhi serta merosakkan budaya orang-orang Islam," tegas Dr Maamor.

Timbalan Setiausaha Agung, ERA Consumer Malaysia, Ismail Abd Aziz berkata beliau bimbang shisha akan membawa kesan sosial yang negatif di kalangan remaja dan belia tempatan.

Beliau sendiri membuat beberapa tinjauan ke gerai-gerai makanan termasuk di sekitar Petaling Jaya di sebelah malam dan lewat malam untuk melihat sendiri trend menghisap shisha ini.

"Saya dapati golongan remaja termasuk anak-anak gadis tidak segan-silu menghisap shisha di khalayak ramai, baik di gerai-gerai makan tepi jalan dan di kawasan-kawasan perumahan kos rendah sehinggalah ke Bintang Walk Kuala Lumpur.

"Mereka seolah-olah bangga dengan cara menghisap begitu dan merasakan kepuasan apabila ramai orang memerhatikan mereka sedangkan mereka belum tahu risiko dari segi kesihatan yang boleh membawa kesan jangka panjang," jelasnya.

Ismail turut menyuarakan kebimbangannya akan berlaku penyalahgunaan menghisap shisha dengan mencampurkan ganja yang boleh mengkhayalkan.

Menurutnya, perkara itu mungkin berlaku tetapi tidak secara terbuka, di kalangan rakan karib atau pelanggan tetap tuan punya gerai atau restoran yang menawarkan shisha.

LUMPUH HASRAT KERAJAAN

Kegilaan menghisap shisha boleh melumpuhkan hasrat kerajaan untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada pengaruh dadah.

Kekhuatiran ini disuarakan Dr Maamor dalam mengulas lebih lanjut tentang kecenderungan anak muda menghisap shisha yang semakin menjadi-jadi ini.

Beliau mengimbau kesan penagihan ganja dan marijuana di mana menjadi kebiasaan untuk penagih menggunakan "dapur" bagi menghisap dadah tersebut apabila dadah-dadah tersebut mula diperkenalkan ke alam Melayu.

"Kita dapati hampir semua penagih tersebut kemudiannya berlanjutan kepada pengambilan apa yang ditakrifkan sebagai 'designer drugs' seperti syabu, ice dan lain-lain.

"Kerajaan telah menetapkan dadah sebagai musuh utama negara. Justeru, kita tidak sepatutnya membiarkan budaya negatif ini timbul semula melalui inovasi shisha. Ia mungkin inovasi baru tetapi tetap sama (penggunaan tembakau)," jelasnya.

Beliau berpendapat kempen daripada pihak Pemadam, polis dan sebagainya seolah-olah ditipu melalui penggunaan alat shisha yang kononnya tidak memberi apa-apa risiko negatif.

"Ini juga sangat bertentangan dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk melahirkan masyarakat budiman (towering personality) kerana budaya ini juga mengundang kepada perbuatan membuang masa dan boleh merebakkan penyakit kerana perkongsian alat yang sama," tambah Dr Maamor.

RISIKO PENYAKIT

Perbuatan menghisap asap boleh mendatangkan risiko penyakit berkaitan sistem pernafasan seperti bronkitis yang kronik, emphysema (bronchiaectasis) dan kanser paru-paru.

Menurut Dr Maamor, keadaan itu berlaku kerana peningkatan kandungan bahan berisiko seperti nikotin dan tar dalam saluran pernafasan.

"Dalam masa yang sama ia merendahkan aktiviti sel-sel khas yang akan menurunkan daya tahan badan serta mendedahkan seseorang itu kepada risiko mendapat jangkitan kuman sekunder.

"Andaian yang menyatakan bahawa apabila kita menyedut asap yang melalui air boleh mengurangkan risiko di atas adalah sesuatu yang indah khabar dari rupa. Risikonya tetap ada sebab masih ada asap yang disedut. Seperti juga rokok yang ada filter, risikonya masih ada," jelas beliau.

Beliau turut mengingatkan tentang risiko tinggi yang terpaksa ditanggung penghisap pasif.

"Kanak-kanak yang membesar dan ibu-ibu yang mengandung yang mungkin berada di premis tersebut turut menanggung risiko. Malah mereka yang tidak berada di premis yang sama juga boleh terdedah kepada bahaya kerana asap yang dikeluarkan tidak musnah dan ia mencemar alam sekitar," tambah Dr Maamor.

Beliau turut memberitahu terdapat kajian bahaya menghisap shisha ke atas sistem saraf dan juga tahap kesuburan seseorang.

"Risiko kesihatan juga meningkat apabila peralatan ini dikongsi kerana ia boleh menyebabkan merebaknya penyakit bawaan udara.

"Selain risiko kesihatan sudah tentulah ada risiko-risiko sosial, ekonomi, budaya dan pengaruh politik yang boleh menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan celaru. Maksud saya ada orang yang berkata ia halal, ada kata haram atau makruh," jelasnya.

LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL

Dr Maamor dan Ismail mahu kerajaan mengambil langkah memantau penularan budaya menghisap shisha ini sebelum ia merebak dan tidak dapat dikawal.

Dengan mengibaratkan shisha sebagai "api yang semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan", Dr Maamor berkata budaya negatif itu perlu dibendung semasa ia masih di peringkat awal.

"Jika tidak, ia akan menjadi sesuatu yang sangat sukar dan mungkin menelan belanja jutaan ringgit untuk diatasi.

"Harapan kita supaya kerajaan menyedari kesan negatif akibat perbuatan menghisap shisha ini dan mengambil satu polisi yang jelas supaya ia bersesuaian dengan polisi-polisi lain yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini," kata beliau.

Ismail pula menyarankan Kementerian Kesihatan supaya memantau kandungan shisha dan segera membuat kajian.

"Pihak polis juga perlu memantau gerai atau premis yang menawarkan shisha ini dan memeriksa bekasnya jika perlu untuk memastikan tiada kandungan ganja.

"Khidmat jualan shisha juga perlu dilesenkan seperti jualan rokok dan pihak kastam juga perlu memantau jualan tembakau shisha ini dan mengesahkan sumber bekalan," kata Ismail.

-- BERNAMA

p/s: rokok,shisha dan petrol..semuanya mahal...takyah la hisap..

Isnin, Jun 05, 2006

My Third Language Should be....

Aku tak camne dia generate.. tp aku prefer germany,japanese language..

You Should Learn Chinese

Surprised? You shouldn't be - Chinese is perfect for an ambitious person like you.
You're a natural entrepreneur, and a billion people are waiting to do business with you!


p/s: ni hau?

Rabu, Mei 31, 2006

Jurang generasi dalam melihat sejarah

Artikel ini depetik dari Utusan Malaysia 31 hb Mei 2006. Kalau benar la begitu sikap dan respons generasi baru kepada seorang orang lama. Memang mereka patut dipersalahkan dan insaf bahawa ada sesetengah benda tidak boleh ditolak ansur. Seperti penerbitan Lelaki Komunis Terakhir itu sendiri. Hormatilah para pejuang kita. Biar orang kata aku kolot, tp aku tak menyokong benda yang salah. LKT patut ditayangkan dulu secara terhad untuk mendapat respons menyeluruh sblm diharamkan.barulah adil kepada smeua. Hayatilah....


Jurang generasi dalam melihat sejarah

Oleh DATUK MOHMAD SHAID TAUFEK


SEORANG tua yang duduk berhampiran sekumpulan anak muda di warung kopi itu mendengar dengan serius perbincangan mereka yang ghairah untuk mengadakan drama dan menganjurkan filem-filem menggunakan heroisme pejuang-pejuang ideologi komunisme masa lampau.

Mereka yakin ia akan mendapat sambutan hebat kerana dalam perjuangan tersebut terdapat banyak aksi yang mengagumkan.

Orang tua itu merasa jelik, langsung menyampuk: “Sia-sia sahajalah kerajaan dan media berbelanja berjuta-juta ringgit setiap tahun mengingatkan kembali peristiwa-peristiwa menyayat hati tatkala negara dilanda ancaman keganasan komunis dahulu.

‘‘Kamu semua hanya menganggapnya sebagai satu hiburan sahaja. Generasi kami menderita disebabkan petualang pengganas komunis itu. Sekarang kamu hendak jadikan mereka hero, kamu dewa-dewakan mereka!

“Ya, engkau semua hidup senang dan mewah sejak dilahirkan hingga kini. Semua keperluan serba cukup. Berlaku sedikit sahaja masalah maka riuh rendahlah Parlimen mendebatkannya; lalu berkejarlah pelbagai jabatan kerajaan memberikan perkhidmatan dan bantuan. Tapi kau orang pun tak maju juga. Kalau boleh semua hendak senang dan dibantu.”

Orang tua itu meneruskan lagi: “Engkau tidak pernah merasa lapar yang berpanjangan, sakit yang tidak mendapat rawatan, terkena kudis buta yang busuk, hanyir dan gatal itu. Engkau tidak pernah diancam maut hanya kerana bekerjasama dengan kerajaan.

‘‘Engkau tidak pernah terperangkap di tengah-tengah insiden tembakan antara pengganas komunis dengan anggota keselamatan.

“Engkau tidak pernah merasa makan ubi kayu berbulan-bulan lamanya; berjalan kaki ayam sahaja; pakaian hanya sehelai sepinggang.

Seorang daripada kumpulan muda itu menjawab: “Pak cik tahu apa!” Seorang lagi segera berkata dengan sinis, “Pak cik dulu sekolah sampai darjah berapa?” Seorang lagi mencelah, “Zaman pak cik sudah berlalu. Ini zaman moden, zaman kemajuan. Kita bercakap tentang seni. Senilah pak cik, tahu tak? Ini zaman kami. Zaman penderitaan dulu itu adalah nasib Pak Cik dan orang-orang seperti pak cik. Kami mewah, senang; itu nasib kami kenapa Pak Cik minta dilahirkan pada zaman itu!”

“Terima kasihlah anak-anak semua,” jawab orang tua itu. “Engkau orang memang bernasib baik, dapat bersekolah hingga tinggi-tinggi dan ada yang ke luar negara dan menjadi terlalu pandai hingga menyanjung tinggi pemikir-pemikir Barat yang kononnya hebat hendak membetulkan dunia dengan teori-teori besar. Wahai anak-anak muda, pandanglah jauh-jauh dengan mata hati. Biar buta mata, jangan buta hati.”

Orang tua itu berkata lagi, “Teori-teori itu tampak begitu kukuh dan meyakinkan. Sudahkah diperiksa penghujungnya? Tidakkah engkau sedar akhirnya berjuta-juta umat manusia dibunuh dan terbunuh kerana mempertahankan ‘idea-idea besar’ itu?

Ketika itu di negara-negara Soviet, China, Indochina dan di rantau Asia Tenggara, termasuk di negara kita sendiri, kesannya sama sahaja - penganiayaan dan penderitaan! Masalah kemiskinan, kemunduran dan gejala sosial di negara-negara tersebut masih juga kekal hingga kini!”

Penderitaan

“Kekejaman yang berleluasa itu engkau katakan hebat! Engkau dewa-dewakan pelopor-pelopornya dan mahu menghidupkan semula watak-watak gila kuasa itu sebagai satu seni persembahan yang agung! Engkau semua ini adalah opportunist yang menghambat populariti atas penderitaan orang lain. Sungguh menjelikkan!”

Bagaikan tidak puas, orang tua itu meneruskan lagi leterannya, “Engkau telah mempersenda, menzalimi dan menghina datuk nenek engkau sendiri yang telah berjuang bermandi darah dan menyabung nyawa mengharungi keseksaan yang amat pedih dan perit itu atas nama seni! Atas nama kebebasan ekspresi! Aku amat kecewa kerana orang pandai seperti engkau semua ini hanya pandai mengikut arus stail dan gaya pemikir-pemikir murahan yang bertopengkan kebijaksanaan hebat! Tinggi hanya pada peringkat persekolahan, tetapi cetek pada pemikiran dan miskin pada jiwa!”

“Minta maaf pak cik,” kata seorang daripada mereka dengan nada marah. “Apa yang pak cik sibuk-sibuk ini? Ini hal kami. Apa fasal pak cik masuk campur?”

Orang tua itu menjawab, “Ya, ini memang hal engkau. Tetapi engkau semua yang berpelajaran tinggi ini adakah lahir sendiri, besar sendiri, dan hidup sendiri? Hak peribadi dan kebebasan konon! Lupakah engkau terhadap asal usul engkau? Engkau ada hak, orang lain pun ada hak juga! Hak engkau berdasarkan prinsip apa?”

Dengan sinis dia berkata lagi, “Kasihan kubur ibu bapa dan datuk nenek pun kita ziarahi setiap tahun, mengapa? Jangan lupa rangkaian ini ada pusingannya. Sampai masanya kita pula akan diziarahi. Jangan sampai mulut disumbat dengan pisang, punggung dikait dengan duri pun engkau tidak sedar!”

“Assalamualaikum!” kata orang tua itu dengan rasa marah dan kesal sambil segera berlalu meninggalkan tempat itu.

p/s: Kita perlu bersikap terbuka dlm sesetengah aspek, bukan semua. Adakah Chin Peng menjadi hero dlm filem dokumentari itu? tidak kan? so jangan erlalu sensitif. Kepada generasi baru, jangan ingat korang dah cukup pandai. Korang tak merasa keperitan yg diterima oleh generasi sebelumnya sblm korang mengecap apa yg ada sekarang.

Isnin, Mei 29, 2006

Da Pin Code

Sekarang ni, umat manusia berbicara mengenai karya hebat dari barat, Da Vinci Code yg dikarang oleh Dan Brown. Penayangan karya tersebut dalam bentuk filem memberi kesinambungan kepada karya tersebut dari segi visual dan daya menjana fantasi dalam diri manusia. Mungkin anda sudah pun menonton filem tersebut.

Tetapi sedarkah anda, ada 'karya' tempatan yang boleh dikatakan setanding dengan da vinci code? malah sudah lama kod2 ini bersedia untuk dipecahkan. Malah saban hari kita melihat ramai orang2 kita yang cuba memecahkan kod ini. Mungkin langdon dan sophie pun tidak mampu memecahkan kod ini melainkan nasib semata-mata.

kod apakah itu? anda mungkin seorang penggemar kod ini, malah anda saban hari cuba memecahkannya. Memang tak di nafikan, berduyun-duyun para pemecah kod berusaha untuk memecahkannya. Kenapa? sudah pasti utk mendapat kekayaan.

Never Ending Code

Kod ini sudah lama wujud, tp boleh dikira sejak zaman moden. Aku namakannya "Da Ayah Pin Code". Kod yang aku maksudkan ialah 3+1 damacai,magnum 4D,6D, 4 nombor ekor dan lain-lain lagi. Mungkinkah kod ini dipecahkan? Aku rasa orang kita tak mampu lg untuk memecahkannya. Tapi kenapa ada yang kaya? Terdapat perbezaan yg nyata diantara kod dipecahkan dengan kod yang diteka. Kepakaran dan nasib. Langdon dalam Da Vinci Code menggunakan kepakarannya utk menyelesaikan puzzle, tetapi turut disokong oleh nasib baik. Tetapi 4 nombor ekor adalah luck semata-mata. Hmmm..

Usaha Tangga Kejayaan

Jika Langdon berjaya menyelesaikan puzzle2 tersebut disebabkan oleh kepakaran dan usahanya. Tapi bagaimanakah para penggemar 4D ini berjaya menekanya? Usaha tangga kejayaan. Dosa pahala letak tepi, bukit,pokok,kubur semua dipuja dgn harapan "kod dapat dipecahkan". Ada yg menggunakan kaedah matematik dan menggunakkan kalkulator. Ada yang menggunakan google.hehhe.. dan komputer. Tapi berapakah kebarangkalian utk menang? 1/10000000? maybe....

Dengan kerakusan manusia inilah wujudnya "Da Pin Code" ini. Kod ini adalah salah satu unsur usaha kearah gemilang 4D. Aku tak paham macam mana dia boleh tahu alamat rumah aku skrg ni. Aku bukannye pemecah kod, tp mereka telah menghantarkan satu puzzle buat aku... ciss... cuba lihat gambar dibawah... mungkin anda si pemecah kod akan gembira. Tp bukan aku...




Kalo la si pemecah kod ini betul2 boleh predict nombor tu, for sure dia dah lama kaya .bukan setakat dia je kaya, malah wat dia pun mewah...siap ada vending machine.. tapi dia still mintak wang perkhidmatan.. dalam dunia e-commerce ini, masih ada lagi perkhidmatan kolot sebegini. Logiknya, dia tak predict pun nombor tu tp dia just teka sebagaimana orang lain teka. Maybe ada gak yg kebetulan dpt prize dan dijadikan testimonial. Anda percaya? terserahlah..anda ada penjelasan sendiri? emelkan kepada aku. aku nak tau gak ape yg anda fikir.

Cis..selambe jer dia hantar dekat aku. Aku igtkan cek dari google ke ape ke...tp benda ni yg dia hantar...cilakaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...4 hari 4 malam house mate aku gelakkan aku.......

p/s: Da Pin Code boleh buat movie gak?

Rabu, Mei 17, 2006

Salah Siapa?

seperti yg aku dpt dari emel...

korang tahu tak?... Mawi tak akan dapat
membela bangsa
kita mahu pun mendidik anak-anak kita menjadi
insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred
3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia
untuk meraih rezki yg kebenyakan ulama
mempertikaikan status halalnya... dari seorang yg
kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk
menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat...
namun tangan0tangan kotor telah berjaya
menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di
pakai oleh insan yang cemerlang dalam
pendidikan... tidak hairan para remaja mula
berhujah: " masuk universiti tak dapat keje..apa
ada pada nilai ilmu?... Mawi dpt Gred 3 SPM pun
boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan
universiti"... .sukar untuk menjawabnya.


Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama
Adi Putra... punya kecemerlangan dalam bidang
Math yg sukar dicapai oleh walau seorang siswa...
beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin
menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia
sangat taat dalam agama..tekun dalam
mempelajari syariat Allah... namun tiada
pihak "media" dan "pemimpin" kita ambil peduli...
bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya
hanya terer dlm satu bidang saja..perlu
diingat..profesor universiti pun hanya pakar dalam
satu bidang saja... mana ada pakar doktor
perubatan dlm masa yg sama adalah pakar
kejuruteraan?... tapi atas keinginan untuk
mengenepikan Adi... berbagai alasan di buat...
akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah
sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran
dan cita-cita Islam Adi...

Muncul pula adik Nor Amiira... yg berjaya
menghafal 30 juz Al Quran seusia 10 tahun ... dia
mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5
tahun... dalam satu pertandingan hafazan dia telah
mendapat tempat kedua ... peserta semuanya
berusia 15 tahun ke atas... cerita itu terus
sepi... "media" dan "pemimpin" kita tidak berminat
mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada juga
bantuan yg diberikan...


tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang
mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan
yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara
( sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga
Sophia yg duduk di London tu mendapat juga
penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-
habis di TV kita suatu masa dulu yg sekarang
kabarnya dah murtad. Ok juga media dan
pemimpin kita kan?...

Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan
persamaannya... sama-sama kita renungkan:

Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan
bakal membawa pembaharuan jika di beri
peluang... maka mereka tidak mendapat apa-apa
preveilege.

MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk
maka dia mendapat tempat dan penghargaan.

Amalina dah jadi bahan jajaan putri UMNO dan
dah pun tak pakai tudung lagi... sama dgn
Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa
mesej Islam... soa boleh di sokong.

Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org
asing juga mendapat layanan dan kemuliaan
sebab tiada membawa apa2 mesej ISlam... so
mesti di beri sokongan.


Dengan itu dapatlah kita faham... .bangsa kita ini
hanya akan memuliakan anak-anak kita yang
berjaya dalam "hiburan' dan " menolak syariat".
Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan
Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa dan
negara ini..


apa pandangan anda?...

p/s: aku tak tahu ape2..mawi fc..jangan marah aku

Rabu, Mei 10, 2006

Nilai Nyawa Dan Mentol


Sudah lama aku tak menulis dalam blog ni. Oleh kerana terlalu sibuk dgn kerja, aku hanya mampu melihat blog tanpa update berminggu-minggu. Aku terpanggil utk menulis perihal orang kita yg bersikap acuh tak acuh dalam segenap aspek walaupun ia nampak mudah dan ringkas. Hampir dalam semua benda, orang kita ingin ianya menjadi mudah dan kalau boleh sangat mudah.

Aku rasa pendapat aku kali ini bukan pendapat peribadi semata mata, aku percaya ramai lagi ingin turut berfikiran demikian. Terlalu ramai rakyat malaysia yg meletakkan nilai yang rendah terhadap nyawa mereka, serendah nilai sebiji mentol. Dalam keadaan jalan yg gelap, aku sering terkejut dgn "kemunculan" motosikal di depan aku...motosikal itu sebenarnya telah lama berada didepanku tetapi aku tidak menyedari kewujudannya. Ini kerana motosikal tiada lampu di bahagian belakangnya. Cuba lihat statistik PDRM untuk kemalangan.


Kebanyakkannya mangsa adalah dari penunggang dan pembonceng motosikal.Kenapa? pemandu lain sengaja melanggar mereka? pemandu lain bermusuhan dgn penunggang motosikal? tidak sama sekali!!! ini berlaku kerana sikap acuh tak acuh mereka. "Alamak! lampu belakang tak nyala la..hmm.. biarlah..bukan ada ape pun...tapi kalau ada roadblock susah jugak" Mereka lebihkan takutkan polis dari memikirkan keselamatan diri. "Takde ape la..orang lain mesti elak kalau nampak kita...takkan tak nampak aku bawak motor" Itu pandangan peribadi semata-mata, pemandu lain cuba untuk mengelak dari anda.. tetapi sampai bila? kadang2 daya penumpuan juga menjadi lemah dan daya penglihatan juga ada batasnya. Jika anda bertentangan dengan kenderaan lain yang menggunakan lampu tinggi (high beam), amat sukar utk anda mengenal pasti objek didepan anda terutamanya objek yg tiada sumber cahaya!! Risiko untuk kemalangan adalah sangat tinggi!!

Janganlah kerana nak jimat RM2, anda sanggup meletakkan nyawa dalam risiko. Sikap ini harus diubah, jika anda mampu mengubahnya tidak mustahil anda boleh mengubah sikap yg lain utk memajukan diri sendiri.

p/s: macam iklan TV, anda mampu mengubahnya

Isnin, April 17, 2006

Warkah Kekecewaan

seperti yg diterima melalui emel

bacalah...

"Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad
tak lama dulu?Suratkhabar
banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga
perkauman, tak nak terjadi
kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak
kes
murtad lain ditutup
sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut
boyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi
sekiranya kamu seorang
Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam,
buatlah sesuatu, paling
kurang fowardkan email ni kepada saudara kita
yang
tak tahu menahu. Ataupun
selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta
saudara-saudara kita
terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling
besar ini.


Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan
dari ceramah yang saya
dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli
Nordin di Madrasah Hidayah.


Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah
menjadi
ancaman kepada kita.
Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan
statistik dan perangkaan tahun
1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama
dari
Melayu kepada bukan
Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih
jawatan mufti dari Datuk
Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh
adalah
murtad. Menurutnya
sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL
sahaja. Tahun 1998 saja, 516
orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama
murtad, sebelum ini dah
beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak
tertentu.


Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad
dikendalikan oleh saudara kita
Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa
ralat sangat? Kes ini
satu simbol yang tunjukkan pada kita orang
Melayu.
Sistem pertahanan akidah
kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari
segala sudut. Yang kita
tak nampak dengan menggunakan sistem
perundangan
dan kehakiman kita
sendiri.


Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.


1) Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad


2) Bagaimana orang kafir laknatullah boleh
menggunakan sistem hakiman kita
untuk merampas anak orang Islam untuk
dimurtadkan?


Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25
tahun didik anak dengan
pengisian Islam yang hebat. Sedang dia
mengimamkan
sembahyang terawih di
masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan
dirumah.


Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang
didedahkan
dengan ilmu yang
sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan
murtad. Dihantar ke sekolah
agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan
boleh melayakkan diri jadi
ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan
ke
peringkat Universiti Al
Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan dalam
suasana yang bapanya imam.
Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun
imam
Haji Tahir. Dia juga hafal
surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah
ke berapa yang dibacanya,
ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu.


Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal.
Masuk ITM dia terlibat
dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan
gerakan
Islam, dia tahu
kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi
keterampilan,
dia budak perempuan
Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju
kurung bunga-bunga. Takde
apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat
AU5C.


Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.
Tiap-tiap hari telefon
bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.
Hari terakhir dia telefon
19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan
(nama
manja) cakap. Intan nak
bagitahu, Intan dah kristian."


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran
macamana dia boleh murtad.
Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah
dididik dengan begitu rupa
boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat?
Airmata sahaja modal dia.


Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi
forum menangis apa yang dia
boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi
bahan
arkib termasuk
permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah
dibebaskan untuk dimurtadkan.


Butir asal permohonan...... Permohonan ini dibuat
oleh Lennet Teoh Hui
Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read
Herbes
Corpes bawah bab 36 kanun
acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan
seorang
yang didakwa ditahan
secara salah. Sebarang permohonan seperti ini
perlu bagi sebab mengapa
didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat
bawah bab 36 atas alasan
Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak
kebebasan beragama. Tiada
langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu
menyatakan, perenggan 6,
bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi
Malaya Kuala Lumpur bahagian
jenayah.


Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong
telah dilantik oleh Nur
Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya
berkenaan
dengan pertukaran agamanya
kepada Kristian dan atas arahannya saya telah
menyediakan surat sumpah
untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan
agama
Islam." Perenggan 23: "Saya
Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang
dikurung secara salah oleh
keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa,
abangnya dan bapa saudaranya
telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah
menganut
agama pilihannya iaitu
Kristian Khatolik".


Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11
Perlembagaan Persekutuan
menyatakan mana- mana warganegara Malaysia
yang
telah cukup umur (18tahun)
berhak mutlak menukar agamanya.


Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan
orang
Melayu kita tahun 1957.
Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita
sendiri. Adakah anak cucu kita
akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila
berlaku
pertembungan antara
hukum syara' dengan undang-undang sivil,
undang-undang syara' akan
terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah
acara-acara rasmi hendaklah
dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan
sultan, rasmi parlimen
dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik,
ekonomi.... semua tak
termasuk.


Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-
undang yang bertentangan yang
bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal
dan tidak sah. Ini
termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin. Pada masa
ceramah ini dibuat, Haji
Kamarudin ada dalam lokap, didakwa
mencederakan
seorang Hindu kafir
laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak
yang
dibela selama 18 tahun
dengan begitu susah payah datang ke rumah
dalam
keadaan Hindu.


Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak.
Beliau lepaskan anaknya
selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak
terlintas langsung di
kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9
bulan,
Hartina balik ke
restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan
nandek
kat dahi. Bukan itu
saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik
mencabar bapanya, bawa
boyfriend dan kawan- kawan boyfriendnya sambil
berpeluk-peluk dalam keadaan
dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin
takek si kafir tu kat
tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si
Hindu tu sampai nak
pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut
kena belasah kerana nak
menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai
tempat
bapanya meniaga.


Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah
kekasihnya
dan biarkan bapanya
menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia
pergi ke balai polis buat
report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji
Kamarudin dengan adik
lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report
anak kesayangannya yang
mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup
dengan
itu disaman pula bapanya
3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke
penjara kerana anak
sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina
bapanya dengan menukar nama
Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari.
Nama Hindu.


Semasa masih terlantar kat hospital (akibat
dipukul binatang Hindu
laknatullah), Haji Kamarudin ditangkap polis
semula sebab Hindu laknatullah
ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi,
Haji Kamarudin, anaknya dan
anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana
menjadi suspek utama kes
tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa
akhirnya menyebabkan dia
merana dalam keadaan hina di dalam negara yang
negara Islam!! Haji
Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan.
Setakat
itu saja, 4 tuduhan.


Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan
hendaklah
mempertahan akidah hatta
dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin
buat dalam mempertahankan
hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.


Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof
bin Abdullah, nama asal
Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya
apa
entah. Ada anak lelaki,
nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa
tu.
Ajak isterinya masuk
Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam.
Isterinya kata nehe!
Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan
nama
Mohamad Syazani bin
Yusof.


Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2
tahun si minaci datang
semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan
boyfriend barunya. Yusof tak
tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah
Alor
Setar keluarkan perintah
penjagaan hak ke atas anaknya.


Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan
ambil
balik budak tu. Si emak
ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak.
Mahkamah tinggi bagi pada
si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni
tak dapat nak ambil balik
budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat
apa? Cari Yusof dan
tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan
daripada mahkamah syariah Alor
Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.


Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada
emaknya. Hari ni, budak tu
kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang
ajarnya si minachi ni, dia
minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah
jagaan anak yang dikeluarkan
oleh makamah Alor Setar yang diberi pada Yusof.


Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan
dari
Kelantan umur 16 tahun
telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia
tak suka, lepas tu saman
anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri
Kelantan, heret anak dia
ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada
makamah,
agar istiharkan anak dia
masuk Islam tak sah.


Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau
seorang yang alim dan
warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh,
menangis Tun Salleh Abas.
Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah
Perlembagaan
Persekutuan, hak seorang
anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi
belum cukup 18 tahun. Kalau
nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu
bapanya.
Semasa Suzie Teoh masuk
Islam, berumur 16tahun. dia tak sah peluk Islam."
Atas kearifan dan iman
Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya
selama 2 tahun.


2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang
ke 18 tahun, dia buka
balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan
agamanya sendiri. Penuh
mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan,
wartawan asing semua nak
dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru
umur 18 tahun.


Sambil menangis, budak tu kata "Saya yang arif,
kekal dalam agama saya,
saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh
Abas pun dengan bangga
mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya
Nur
Aini. Selamat akidah
seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas
kena buang atas 5 tuduhan.


Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes
seorang
budak tanpa sebab selama 2
tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa
bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara
Ibrahim, isterinya Siti
Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati
dipancung kerana tidak mahu
kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada
malam
hari Valentine 14 Februari,
pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di
Dataran Merdeka. 3 saudara
kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi
mempertahankan agama.


Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak
Melayu dibunuh kerana dia
Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah
Melayu, tiada lagi orang
Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab
Melayu. Inilah pertama kali.


Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa
kepada Amar diseret di
hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau
tidak, bapanya Yasir akan
dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir
kena pancung di padang
pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula
dari bawah tembus ke
jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari
Amar menemui Rasullullah
SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar
menjadi
seorang mujahid berperang
bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy
kafir laknatullah berkuasa.
Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.
Rasullulah tak boleh buat
apa.


Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung
kepalanya sehingga putus,
tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong.
Sehinggakan Majlis Agama
Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan
jenazah saudara-saudara kita
yang mati syahid itu.


Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu?
Ibrahim dan Siti Solehah
bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis
Pakar Geologi manakala
isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.
Tanda-tanda syahid jelas pada
ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti
sejuk darah masih
memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi
yang
berusia 5 bulan masih
mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh
terpercik pada dahi
mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara


Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata
melihat kubur mereka bertiga
terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada
yang tak kena dengan hati
kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh
mempertahankan saudara kita
sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada
pihak polis dan majlis
agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya
kembali ke agama asalnya.


Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa
depan), Rasulullah SAW
berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan
soleh
kerana akan datang
kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang
begitu besar yang datangnya
seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita
tak nampak".


Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya
Rasullullah?" "Fitnah itu
adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di
waktu itu, pada masa itu,
pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi
kafir balik." Sahabat
bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah?"
Rasullullah SAW menjawab,
"Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini,
"Akan datang fitnah murtad
ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu
hitam di malam gelap."
Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu
perkara dengan cahaya
keimanan.


Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia
sehingga kita tak nampak
langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah.
Belum habis cakap, dah ada
yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan
Yahudi
lagilah teruknya. Henry
Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah
menulis berkaitan Yahudi
tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya
"International Jew" (tak silap
saya).


Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita
tapi kita tak nampak.
Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu.
Setiap satu batang itu ada
saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok
yang
bukan Yahudi punya. Sapa
yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai
iktibar.


Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70
ribu Melayu tak sembahyang
kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat
rumah lagi.


Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci
lagi. Semenjak kalah dalam
perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan
King entah apa nama ke 6
yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah
berwasiat dan wasiatnya ada
ditulis dengan emas di London. Dia berkata:
"Kepada semua pemimpim-
pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan
kesilapan besar, kita
berperang dengan tentera Islam dengan pedang,
bukan berperang dengan akidah
yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang
walaupun 30 ribu tentera mereka
dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang
sebab mereka (orang
Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang
untuk hidup. Oleh itu,
hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan
peperangan ideologi, fahaman dan
budaya keatas orang Islam."


Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu
mati. 1942. kerajaan Islam
Andalusia yang paling agung pada masa itu
tumbang
di tangan Kristian. 1511
kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu,
tumbang kerajaan Islam
Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan
Islam Kedah. Tak lama lepas
tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu
kerajaan Islam Acheh...
semuanya satu demi satu.


Macamana benda ni boleh terjadi?


Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G.
GOSPEL, GOAL, GLORY. Pertama
kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang
terhadap Islam.





Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque
bukan datang ke Tanah
Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari
kita. Dia bukan makan kari,
dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier
(kalau saya tak silap
eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.


Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?


Orang kita panggil, gerakan halus. Dia panggil
semua mubaligh Kristian yang
nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam
dan
ragi". Garam sebagai
perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu.
Waktu siang asalnya ubi
kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk
ubi kayu tapi sebenarnya
tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu
dengan
identiti Islam.
Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi.


Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam
kepingan hitam di malam gelita.
Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam
atas batu hitam di malam
gelita tu.


Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia,
macam-macam sekolah dengan
nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini.
Menurut satu petikan
seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang
ditulis semula oleh George
Peters dalam sebuah buku tahun 40an.


Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak
datang
ke negara kita, berkaitan
pendekatan garam dan ragi ". Pendekatan seperti
ini tidak memerlukan
seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan
sistem kemasyarakatan yang
dituntut oleh agamanya.


Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan
terus tinggal dalam
masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam
keutuhannya. Dia akan
menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang
diletakkan dalam gelap.
Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah
dalam sifat kerohanian,
bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan
bersikap kalam. Dinamik
dan etikal, bukan bersifat formalistik.


Pendekatan begini telah memperlihatkan
kebaikannya. Lantaran ia tidak
menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru
Kristian yang formal,
menyendiri terpisah dari masyarakatnya.
Sebaliknya
ia memberi laluan agar
dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus
bagaikan sebutir ragi yang
bertindak dengan proses penapaiannya ke atas
seluruh masyarakat Melayu
seluruhnya.


Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan
revolusi, justeru itu nanti,
dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan
memperolehi satu Kristian muslim
Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian
muslim
Melayu sejati.."
Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa
nanti, orang Melayu sendiri
tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk
menjadi Kristian. Cara
kebajikan pulak..., Hari ni sapa tak kenal kelab
rotary yang cuci buah
pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint
John's Ambulans, sapa tak
kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara
menghidupkan sekularisme.


Sekularisma adalah satu cara mengasingkan
agama
daripada kehidupan. Itulah
kita hari ni mengasingkan Islam daripada
kehidupan
dunia. Cara lain adalah
dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil
tindakan samada dengan tangan,
dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan
hati.


Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita
semua
diselamatkan dari fitnah
besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni
kepada saudara kita yang
lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini
semua tanggung jawab kita
semua.


Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan
ceramah nak berkempen
politik atau apa saja. Sekadar meniupkan
semangat
perjuangan dalam diri
kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita
bangkit pertahankan agama
Islam sebelum terlambat

p/s: tunduk kebawah kerana sedih

Ahad, April 09, 2006

Malaysia Dan Indonisasi

Aku letak poster utk tatapan semua..

fikir2kan lah..

Sabtu, April 08, 2006

Mari Memetik


Forum Sepetik Telunjuk sudah boleh diakses

sila ke http://forum.sepetiktelunjuk.com untuk turut serta.

Sabtu, Mac 25, 2006

Khamis, Mac 23, 2006

Melayu = Hiburan

Seperti yang di forwardkan melalui email

Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun di perantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain. Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi dari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan. Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung seperti biasa... tiada yang luar biasa.



Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya. Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalah sesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkan politik Rais Yatim?



Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk "Stop ?Arabising? Malay Culture" atau "Berhenti MengArabkan Budaya Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi. Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.



Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu. Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya. Namun yang pasti, apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti Bahasa Arab.



Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doa selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid. Aduh... gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yang dibunuh 'orang kahwin' malam itu.



RAKYAT KETAGIH HIBURAN



Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja. Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing.



Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir. Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.



Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.



Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham!



Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang 'membeli' Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku? Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan.



APAKAH SEMUA INI?



Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa? Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki? Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH! Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!



Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut? Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.



Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap. Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.



Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.



Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.



Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: Membuat sesuatu yang tujuannya adalah untuk sekadar mengurangkan rasa berdosa sedangkan diri masih dibiarkan bergelumang dengan dosa, adalah DOSA YANG PALING BERDOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.





@ ABU SAIF

Cheras, Kuala Lumpur

17 Ogos 2005

END NOTE:
1. Tak lama lagi AF4 dah nak start.

2. Banyak dosa nih... baju band DOSA pun ada.

3. Orang arab dan orang melayu adalah tidak sama. Jangan jadi bodoh!!!

p/s: Melayu Bolehhhh.com

Rabu, Mac 22, 2006

Alahaiii..nostalgia

Aku dapat dari email

Untuk bebudak 80's
Message: Untuk bacaan pada masa lapang...enjoy...sure
korang teringat balik zaman2 skolah dulu...

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

Kita membesar dgn menonton G-Force, He-Man,
Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and
Mickey Mouse. Not to
forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan
Voltron,Gaban,Flashman.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?...hmm, mesti pegang
cawan warna-warni kan. Mencangkung kat tepi
parit dgn classmates semua kat
seblah...Ada nurse cantik tunjuk cara berus gigi

Ingat tak, nurse kat skolah masuk kelas dgn list
dentist appointment.
pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik
sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang igt...program minum susu di
skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning tu.
pukul tapak tangan...kan?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek
kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang
popular utk meluangkan masa
dgn family. Ni for those yg dok KL laa

Time skolah menengah, korang sure beli kasut
skolah Bata BM Turbo atau
Pallas Jazz.ada yang suka kasut high-cut yang
buatan china tu...ada yang suka
stoking tebal laaa...

Internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket
wayang pun 5 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO,Bon Bon
Ding Dang and Tora chocolate balls yang ada
mainan kat dlm die, 'telur' keras warna
warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

Tak dilupakan, 'Ti Kam'.Bile dah abih exam, main
Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm
class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh
beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan
keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar
awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &
Sentry', Aci duduk...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada byk2
color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat
tengah2 die!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun kita main dulu
ni.Baling2 kapur laa, duster la.

Hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan
nye lahir thn 1987/88.
skarang digelar 'remaja'.

Bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'Ice ice
baby, We Are the
Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,
Westlife yang
nyanyi.....

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari','Pac Man'
dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan
diorg skarang tak reti
nak switch on TV kalau xde remote control.

Dan diorg tak paham macam mane kite boleh
survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,
dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite
dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke
semasa, seronok bile
bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar
yang kite alami mase dulu time
kecik2,nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan
terpikir utk
forwardkandkt member2 lame korg. Sure diorg
suke punye laa...hehehe

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the 80s babies!!!

p/s: Kat tempat aku, yg jual eskrem luar pagar skolah tu melayu..bukan aperk

Rabu, Mac 15, 2006

Email Pembaca: Projek Sakit

Seorang reader telah menghantar satu attachment kepada aku. pada mulanya aku takut untuk merelease artikel yg berbaur politik.bila aku fikirkan balik, penulisan aku adalah global dan bebas.oleh itu decide utk publish entry ni.

Satu Lagi Projek Sakit Barisan Nasional !!! (Episod I)


1. PLUS mengutip tol sampai tahun 2038 (Perjanjian asal 1988-2018, disambung selama 12 tahun sehingga 2030 pada tahun 1999 dan 8 tahun lagi pada 2005 sehingga 2038).

2. Subsidi petrol dikurangkan, harga petrol naik, lebih kurang 3 kali setahun.

3. Jambatan MRR2 retak.

4. Bangunan Sekolah tidak sempat siap dalam jangka masa yang ditetapkan. Gajah putih seperti SK dan SMK yang sangat mewah tapi tiada jalan disambung ke sekolah.

5. Projek makmal komputer dan pembekalan peralatan komputer di sekolah-sekolah.

6. wang PPRT hilang ketika annuar musa jadi menteri. dilaporkan sendiri oleh Azmi Khalid

7. wang perwaja lingkup berbilion ringgit

8. wang tabung haji hilang

9. guna wang rakyat berbilion ringgit untuk bailout RENONG tanpa mendapatkan kebenaran Parlimen ... dia ingat wang hasil daripada cukai yg dipungut dari rakyat tu wang mak bapak dia....utk selamatkan tajuddin ramli

10. Swastakan MAS katering kepada adik pak lah, Ibrahim Ahmad Badawi dengan syarikatnya yg bernama Fahim Capital...didedahkan oleh YB Husam Musa di parlimen pada penggal yg lepas....tapi habuk pun tak keluar daripada media arus perdana yg dinodai oleh UMNO... pasai tu tak mau tunjuk sidang parlimen dalam TV..tak mau tunjuk siaran langsung..mau ulas dari luar dewan ajerr.....banyak kurap-kurap umno mahu ditutup rupa-rupanya

11. Hospital Pakar Sultan Ismail, Johor Bahru , ditunda tarikh pembukaan kerana kena attack kulat.

12. Bangunan Matrade. Perangsang International Sdn Bhd (PISB), which has been fined RM80mil for delays in the construction of the Matrade building, is being sold for RM2 as part of the reconstruction of Kumpulan Hartanah Selangor, an investment company of the Selangor government.
Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (K. Hartanah) said in a brief statement it is leaving comments on the controversial Matrade project to the new owners of the contracting company.
"There are many parties involved in the execution of the project and there could be some contractual disputes among the parties.
In July, K. Hartanah announced that the group was selling Perangsang to a company called Tajuk Modal Sdn Bhd for RM2. Perangsang had net liabilities of RM7.6mil at the end of last year.
LINK : http://www.jeffooi.com/archives/2004/10/who_is_samy_goi.php


13. Labur duit tabung haji dalam company judi bernama Pan Sweep.
Di laburkan sebanyak 30% melalui counter Country Height.

14. Melantik puteri umno menjadi staff sementara di SPR sebelum PRU11. Sedangkan SPR adalah badan bebas yang tidak boleh dianggotai oleh mana2 ahli parti politik. Syukur pada Allah, majlis raja2 arahkan supaya tamatkan
perlantikan tersebut.

15. Setiausaha Parliment Kementerian Kewangan memaklumkan
pada parlimentarians di dalam Dewan Rakyat bahawa 4 buah negeri yg
di tadbir BN TIDAK MAMPU bayar gaji kakitangan.
Terpaksa pinjam duit dari pusat( federal goverment ).

16. Kemerosotan ekonomi yang hebat berlaku. Bank-bank terpaksa di gabungkan bagi menguatkan modal.

17. Sebuah Kerajaan Negeri yang di tadbir BN TIDAK MAMPU
bayar bil elektrik. TNB terpaksa ambil tindakan akhirnya yakni
potong bekalan elektrik. Memalukan.

18. Peringatan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bahawa banyak negeri berada dalam keadaan muflis (bankrupt).

19. Projek tanam padi atas bumbung oleh Sanusi Junid.

20. Kenaikan tambang bas dan teksi (Pengumuman dibuat oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamed Khaled Nordin pada 31-3-2005)

21. Menteri Besar Perlis promote ubat mati pucuk.

22. BPR pernah siasat kes rasuah 6000 permit teksi semasa Dato' Seri Nazri Aziz memegang jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

23. Gaji Ahli Parlimen dinaikkan 10%...... Dikira mulai 1-1-2004 (Pengumuman pada April 2005)

24. RM143 juta dibelanjakan untuk membasmi kuman/kulat Hospital Pakar Sultan Ismail, Johor Bahru.

25. Minyak diesal kehabisan di kebanyakan 3000 buah stesen minyak seluruh negara, masalah ini berlarutan selama 4 bulan dan tidak dapat diatasi. Banyak pihak menyeru Menteri PDNHEP Datuk Shafie Apdal meletak jawatan, salah seorang daripada mereka ialah Ketua Pembangkang YB En. Lim Kit Siang.

26. Persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan awal berikutan gangguan elektrik dan terdapat kebocoran siling yang menyebabkan air masuk mencurah ke dalam dewan berikutan hujan lebat pada 28-4-2005. Inilah kejadian pertama seumpamanya sejak Dewan Rakyat diubahsuai pada 2003 dengan kos RM80 juta bagi memberi ruang yang lebih selesa kepada anggota Parlimen bersidang.

27. RM20 juta wang rakyat untuk kempen Tak Nak yang langsung tak mencapai matlamatnya.....


28. Projek banglo Exco Selangor. Pendedehan dibuat oleh Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim yg mempersoalkan pembinaan 10 rumah banglo yang dilengkapi sebuah rumah kelab untuk anggota Exco negeri ini di Seksyen 7 di Shah Alam yg dikatakan bernilai lebih kurang RM40 juta.

29. Harga petrol naik 10 sen kepada RM1.52 seliter manakala diesal naik 20 sen kepada 108.1 sen seliter pada 12.00 tengah malam 5-5-2005.

30. Harga barang keperluan harian seperti sayur-sayuran, ikan dan barangan runcit akan dinaikkan dalam masa dua minggu ekoran kenaikan harga minyak petrol dan diesal.




31. Pasal bangunan Parlimen...Kos asal ialah 49 juta....pas tu buat tambahan lagi 36 juta = 85 juta. Pas tu tambahan lagu kali kedua....sebanyak 14 juta= 99 juta..(Terima kasih saudara Nazgul kerana maklumat ini).





LINK : http://pg.photos.yahoo.com/ph/bandarsglong/my_photos

32. Pasar(Mungkin sementara) Bandar Sungai Long, Selangor dibina berjiran dengan Loji Rawatan Kumbahan Indah Water. (Maklumat daripada Saudara Evergreen pada 17-5-2005)

33. Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia yang ditauliahkan pada Februari 2004 mengemukakan sebanyak 125 cadangan kepada kerajaan sehingga Mac lepas dalam usaha meningkatkan kredibiliti pasukan polis.(KUALA LUMPUR, 16 Mei 2005 (Bernama)
LINK : http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=134607

34. Nampaknya tiada berita kat suratkhabar mengenai kenaikan harga tepung gandum (wheat flour) berkuatkuasa mulai 1 Jun.... senyap2 naik harga, mungkin tak nak buat rakyat kecoh dan marah.
Kenaikan harga adalah utk semua jenis tepung gandum kecuali yg multi-purpose flour.(Maklumat daripada Saudara Acong pada 2-6-2005)

35. KUALA LUMPUR, June 2 (AFP) - Malaysia is to distribute free needles and condoms to injecting drug users in a nationwide pilot project to curb the spread of HIV-AIDS, Malaysia's Health Minister Chua Soi Lek said Thursday..(Maklumat daripada Saudara freebird pada 2-6-2005)
Kerajaan jimat RM500j setahun beri jarum, kondom percuma.(Maklumat daripada Saudara guagcore pada 16-6-2005)
LINK : http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=0614&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

36. SHAH ALAM 31 Mei - Kerajaan tidak akan mendedahkan nama pemegang Permit Import (AP) yang dibenarkan untuk membawa masuk kenderaan ke negara ini, tegas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz. ``Kita menilai sama ada seseorang itu mempunyai merit untuk dianugerahkan AP. Anak Tun Dr. Mahathir sendiri pun memiliki AP untuk mengimport kereta Porshe, apakah salah untuk dia memilikinya,'' soalnya.(Maklumat daripada Saudara guagcore pada 3-6-2005)

37. Projek Lagu Negaraku oleh Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. (27-5-2005)
LINK : http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=136463




38. Kes merobohkan masjid/rumah di Kg Bujal, Terengganu. (Terima kasih Saudari eyzlyn kerana telah memberi maklumat ini.)

39. KUALA LUMPUR 7 Jun - Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat enam projek `sakit' dan lima projek terbengkalai bernilai lebih RM581.2 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-8. Statistik jabatan itu menunjukkan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM378.7 juta melibatkan projek `sakit' manakala RM202.5 juta lagi merupakan projek terbengkalai yang telah diberhentikan pembinaannya. (Maklumat daripada Saudara xp_professional)

40. Sistem keselamatan (CCTV) yang terdapat di KLIA tidak boleh diharapkan kerana tidak mampu untuk merakam. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh mengkritik perbelanjaan yang dikeluarkan berpuluh-puluh juta untuk menempatkan kamera tetapi tidak boleh membuat rakaman. (Maklumat daripada Saudara xp_professional)

p/s:Aku tidak mahu memberi sebarang komen utk entry ini....