Aku copy dari friendster
Anda sedang berjalan, menunggang atau
memandu dan tiba-tiba anda ditahan oleh polis.
Apa yang perlu anda lakukan? Anda hanya perlu
memberi nama, nombor kad pengenalan dan
alamat. Pastikan anda sentiasa membawa kad
pengenalan anda. Selain daripada itu, anda tidak
perlu menjawab sebarang soalan lain. Anda berhak
meminta kad kuasa polis. Jangan lupa catat nama
dan nombor pengenalan mereka. Catatkan juga
nombor kereta peronda polis tersebut.
Jika seseorang berpakaian biasa yang
menyatakan dirinya polis menahan anda, anda
berhak meminta mereka menunjukkan kad kuasa
mereka. Polis dikehendaki mengenalkan diri
mereka terlebih dahulu sebelum menjalankan
tugas. Catatkan nama dan nombor pengenalan
mereka.
Jika anda ditanya soalan-soalan lain, tanya polis
tersebut, "Adakah saya ditangkap?". Anda berhak
mengetahui sama ada anda ditangkap atau tidak.
Jika polis menjawab YA, JANGAN jawab sebarang
soalan lagi. Anda berhak menjawab soalan-soalan
tersebut di Mahkamah. Jika polis menjawab
TIDAK, anda bebas untuk beredar dari tempat itu.
Polis tidak berhak memeriksa anda tanpa sebab.
Polis hanya boleh memeriksa anda jika anda
ditangkap. Hanya pegawai wanita sahaja yang
boleh memeriksa badan seorang wanita dan
pegawai lelaki yang akan memeriksa badan lelaki
dan dilakukan dengan sopan. Ini hak anda seperti
yang termaktub dalam prosedur jenayah.
Anda dianggap DITANGKAP sekiranya polis
memberitahu anda, "Anda Ditangkap" atau digari
atau dilarang daripada meninggalkan tempat anda
ditahan. Polis mesti memberitahu yang anda
ditangkap. Ini adalah hak perlembagaan anda.
Sekiranya anda ditangkap, pastikan ada orang
yang tahu anda telah ditangkap. Jika anda
membawa telefon bimbit, hubungi rakan, keluarga
atau peguam anda. Kenalpasti tempat dan masa
anda ditahan. Kemungkinan besar anda akan
dibawa ke balai polis yang terdekat. Minta rakan,
keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis
yang berhampiran dengan tempat anda ditahan.
Apabila berada di lokap, barang-barang yang anda
bawa akan diambil dan disenaraikan oleh polis.
Periksa senarai tersebut, pastikan jumlah wang
dan butir-butir kad kredit dan bank ditulis dengan
betul. Pastikan anda tandatangani senarai
tersebut. Polis hanya boleh menahan anda dalam
lokap selama 24 jam sahaja tidak kira sama ada
pada cuti umum atau hujung minggu. Sebelum
tempoh 24 jam tersebut tamat, polis harus
membawa anda berjumpa Majistret.
Apabila dihadapkan ke mahkamah, beritahu
Majistret jika anda ada apa-apa aduan contohnya
anda dipukul, dipaksa membuat pengakuan,
diugut, ditangkap tanpa memberitahu kesalahan
anda, perlu berjumpa doktor dan sebagainya.
Majistret hanya boleh mengenakan tahanan reman
dalam lokap tidak lebih dari 14 hari. Peguam wajib
ada bersama anda. Jika tiada peguam,
maklumkan kepada Majistret untuk mendapatkan
perkhidmatan peguam. Pusat Bantuan Guaman
ada menyediakan khidmat guaman.
Jika anda memerlukan bantuan hubungi :
* Pusat Bantuan Guaman KL : 03-26913005 /
26932072
* Pusat Bantuan Guaman Selangor : 03-33722792
* Biro Bantuan Guaman Wilayah Persekutuan : 03-
26942700
* Biro Bantuan Guaman Selangor : 03-55194367 /
55106192
* SUARAM : 03-77843525
* HAKAM : 03-26938828
* Sisters In Islam : 03-79606121 / 79606122 /
79604485
*Pusat/Biro Bantuan Guaman Setempat
p/s: terima kasih kpd koscek.
Jumaat, Ogos 26, 2005
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan