Minggu lepas aku outstation ke kelantan dan pakej skali ngan balik kampung. Aku tak standby tiket utk balik kl cause aku ingat tiada saper yg nak ke kl ahad lepas (20/3). tapi aku lupa yang hari tu adalah hari terakhir cuti sekolah dan secara automatiknya tiket bas telah sold out!!damn... isnin (21/2) aku kena ada kat KL coz ada meeting ngan MIMOS. Arghh.. camner aku nak gi kl ni? Airasia sold out gak...MAS pun habiss.. then satu2 cara yg tinggal ialah KTMB, naik train laaa.. aku pun try gi cari tiket, semua kelas sold out kecuali kelas 3 ada 15 seat lagi. apa lagi aku rembat la cepat2. aku naik kat tanah merah pada pukul 6.55pm.ini second time aku naik train, ini pun kerana terpaksa.actually aku keseorangan jer... argh memang bosan siottt..
aku lepak kat last gerabak.. ramai orang yang senasib ngan aku, kebanyakan penumpangan hari tu akan start kerja hari isnin keesokkan harinya. aku dok sekor2 kat seat tu. takder orang kat tepi... kira ok la.. member kepada member aku dok kat gerabak f4 dan aku f6. memang aku x berapa kenal mamat tu.
bagi aku, train ni just sbg transport utk sampai ke destinasi, aku x tahu yg train ni ada life flownya yg tersendiri. walaupun mereka (penumpang ) tidak saling kenal mengenal, tapi mereka saling tegur menegur antara satu sana lain. nampak begitu mesra. aku rasa yg aku berada di zaman yg manusia tidak mempedulikan manusia lain. kat dalam train, semua bangsa pun sama. aku juga ternampak, budak2 yg melepak kat tengah2 gerabak menolong seorang makcik menurunkan barang2 ke stesen. hmm.. kenapa aku jarang nampak remaja begitu kat luar sana? kenapa dalam train ada lagi nilai2 murni begini? masa aku lepak kat tengah gerabak pun ada pakcik dan budak2 yg tegur aku dan berbual-bual dengan aku. hilang sikit boring aku. memang berbeza keadaan dalam sana. semua nampak mesra,meriah,ceria...tapi mengapa ini tidak ada kat luar sana?
then aku pergi kat member kepada member aku tu, ajak dia gi kantin. jauh giler kantin tu kat f1. sampai jer kat kantin tu, meja dah full. then ada satu brader ajak join meja dia, ngam2 ada 2 kosong. aku pun buat bodoh jer lepak kat tepi dia. aku pun order makanan dan terus melahap. suasana sama macam tadi, brader tu bertegursapa ngan aku. sorang tu airforce, sorang lagi arkitek. padahal kitaorang tak saling mengenal pun, tetapi kami berbual seperti dah lama kenal. macam2 isu yg keluar. rupanya brader tu kerja ngan company yg buat flyover MRR2 yg retak tu.hmm...dia pun citer pasal tu. memang banyak yg kami bualkan..aku cam bual tetap ngan bual kosong. kat dalam train memang sesuai kalau sesaper yg nak cari customer atau contact utk business. kat dalam ni pelbagai jenis manusia boleh ditemui. tetapi yg pentingnya, komuniti kat dalam train memang chill!! salute to KTM kerana menyediakan platform untuk manusia berinteraksi. memang sangat berbeza jika kita travel ngan bas atau flight dimana passenger nye buat hal masing and tidoooo..
p/s:uwaaa.. aku patut turun kat kajang sb nak gi MIMOS, tapi aku tertido then terus ke KL Sentral... nasib baik tak lewat!!!
Khamis, Mac 24, 2005
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan