Jumaat, November 20, 2009

Penantian

Dulu kita seiringan,
berjalan ke arah cahaya,
yang terang,
yang tenang,

Selepas itu,
Kita sesat bersama,
Berpaling dari jalan yang asal,
menyimpang jauh dari pangkal,
Aku berusaha untuk pulang.

Kini...
Aku meniti jalan yang asal,
tapi kamu masih di situ,
meraba-raba meminta arah,
Walau di beri pedoman,
Kau tepis pedoman itu,
Mungkin kerana egomu?

Ketahuilah engkau,
Bahawa aku dan mereka semua,
cuma mampu berharap,
agar engkau kembali,
bersinar seperti dulu,
Kami sentiasa bersedia mengucapkan
"SELAMAT KEMBALI"

p/s: aku,kamu,mereka adalah watak2 dalam diri kita,watak2 dalam perjalan hidup kita

1 ulasan:

nodame berkata...

i noe not ego just addict