Isnin, Julai 12, 2010

Satu Kajian Dan Pencarian Mengenai Diri 2 (Tok Kadok)

Maka itulah Rasulullah berpesan sesiapa yng tidak mencari Imam di zamannya, kemudian ia mati sebelum sempat mengenal Imam di zaman itu, sesungguhnya demi Allah ia mati dalam 72 cabang munafiq. Selain MQTK, kami tidak mengetahui jika ada mana-mana jemaah yang juga mencari mengikut hadis sahih ini. DISEBABKAN ITU JUGA SEMUA Tok Kadok terdahulu hanya berpesan satu perkara…iaitu Al-Quran Qadim….Al-Quran Qadim….kerana itulah kata-kata Imam terakhir yang pernah ditunjukkan kepada mereka semasa pertapaan atau kasyaf kubra mengikut kitab Al-Hikam dan Futuh Al-Ghaib.
... See more
Semu ahli kitab yahudi, Nasrani, majusi, hindu dan budhha mengetahui perkara ini sejak di zaman Majapahit II (1350 – 1450 M). Maka Cik Siti Wan Kembang pada waktu itu pemerintah Tanah Serendah Sekebun Bunga Negeri Cik Siti Wan Kembang telah menerima pelbagai ancaman dari kerajaan Sukhothai (selepas ini dikenali Thailand/siam). Ramai ahli-ahli rujukan para Sultan Pattani ini telah dikenalpasti adalah punca kekuatan Kerajaan Islam. Satu pakatan telah dibuat untuik menangkap dan menghapuskan golongan Wali-Wali Allah yg kasyaf dan bertaraf “Muttafiqqu-Alahi” (sahih dengan karomah). KERANA MEREKA SEDAR DAN AMAT MENGETAHUI GOLONGAN INI TIDAK BOLEH DIKALAHKAN DENGAN SIHIR DAN JUGA SENJATA KETENTERAAN.

Pada lewat 1700(sebelum zaman Tok Limbat) beberapa orang dari golongan Syed dan Syarifah Pattani( dalam Istana ) akhirnya terpaksa dihantar ke Negeri Cik Siti Wan Kembang. Mereka ini adalah sebenarnya nenek moyang klesultanan Pattani (orang tua-tua) dari darah Syed Hussein Jamadil Kubra atau terkenal dengan gelaran “Ketua Wali Tujuh”. Kepakaran mereka dalam perubatan tradisional membuatkan seluruh kerajaan memerlukan kepakaranya. Beliau hanya menggunakan daun kadok yang bersifat pahit sebagai pembuang toksid dalam darah manusia dengan hanya bacaan beberapa wirid tertentu (diajar oleh arwah Tok Ayah Awang Paloh 3 kemudiananya – tempat rujukan Sultan Ibrahim & Teng Anis).

Setiba di Kelantan mereka diberi tanah di sebelah selatan Kota Bharu. Disebabkan beliau menanam pokok kadok, tempat itu kemudiannya dipanggil “Kadok” dan beliau adalah orang tua tempat rujukan yang akhirnya digelar “Tok Kadok” oleh seluruh penduduk. Segala kitab dan ajaran sebenar Rasulullah SAW seperti kitab Nabi Bercukur, Hikayat Nur Muhammad SAW dan sebagainya adalah diajar kepada kaum-kerabatnya sahaja pada waktu itu kerana khuatir ancaman pihak musuh (siam yang menghukum bunuh jika dijumpai bersama dengan kitab-kitab jawi tersebut).

Setelah Tok Limbat mengambil alih Kelantan, anak beliau iaitu Long Seri telah dikahwinkan dengan anak Tok Kadok II melahirkan Long Besar, Tengku Aminah, Long Badik, dan dua putera yang meninggal semasa kecil. Long Seri akhirnya mengambil alih tampuk Menteri Besar Kelantan yang ke-4. Anak pertama kepada Long Seri menyambung wasilah Tok Kadok III (mertua kepada Tuk Nik Mud/Tg. Mahmud Putera Raja Pattani terakhir 1884). Dan kitab tersebut seterusnya disambung pula oleh anaknya Hj. Nik Mat( Tok Kadok IV) dan kemudiannyua oleh Hj. Nik Lah (Tok Kadok V) dan sekarang oleh MQTK (sekarang Tok Kadok VI & VII – 2009, Kg. Bandar atau “Mekah Madinah” dalam bahasa Arabnya, dimana tempat bermulanya Al-Quran dan tugas kerasulan dunia oleh utusan terakhir, itulah wasiat Tok Kadok turun temurun).


YM TENGKU SRI MAHARAJA DATUK PERDANA MENTERI LONG GAFFAR KELANTAN 1756M


YM Long Gaffar adalah AHLULBAIT dari titihan bapanya keturunan Yang Mulia Wali 7. Syed Hussen JamadilKubra bin Sheikh Ahmad Jalal AlAkhbar (Kesultanan Deccan) bin Ali Zainal Abidin rd bin Isa Syakir bin Jaffar Saddiq bin Ali Zainal Abidin as bin Imam Hussein as (Karbala) bin Siti Fatimah azZahra (sydn. Ali KWJ) bin Muhammaad Rasulullah SAW bin Nabi Ismail as bin Nabi Ibrahim Al-Khalil bin Nabi Adam as. Ibunya pula dari titihan Puteri Krajaan D'Raja Champa zuriat nabi Ibrahim Al-Khalil dan Siti Qan’tura (Yunnan).

Baginda memerentah Kelantan (ketika itu dipanggil "Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kisaran Payung, Negeri Cik Siti Wan Kembang) setelah menang perang iaitu perang Kota Kubang Labu 1 di dalam peristiwa sejarah yang terkenal iaitu ‘Tragedi Kain Cindai’.

Perang tersebut berlaku selepas raja Kota Kubang Labu yang bernama Long Pandak (dari keturunan Jembal) membunuh isterinya yang merupakan puteri Raja Legeh (Narathiwat sekarang).

PUTERI NENG MAS (Legeh)

Puteri tersebut bernama Puteri Neng Mas (Tengku tengah adik Long Deraman) adalah juga merupakan sepupu YM Long Gaffar telah dibunuh kerana dituduh bermukah dengan YM Long Gaffar, gara-gara ‘cemburu buta’ kerana Permaisuri telah memiliki "KAIN CINDAI" yang bernama "Cepa Melaka" yang dimiliki oleh YM Long Gaffar.

'KAIN CINDAI Chepa Melaka'

Sebenarnya kain cindai tersebut dipinjamkan oleh YM Long Gaffar semasa lawatannya bersama YM Long Yunus ke Kota Kubang Labu, kebetulannya pada masa kedatangan YM Long Gaffar itu, Long Pandak baru pergi berburu.

Manakala di masa itu Permaisuri terasa tertarik dengan kain Cindai ‘Chepa Melaka’ yang dibawa oleh YM Long Gaffar itu; lalu meminta untuk ditiru tenunannya. YM Long Ghaffar sedia meminjamkan kain Cindai itu kepada permaisuri sambil disaksikan oleh YM Long Yunus.

Kemudian, tanpa mengambil kembali kain Cindai tersebut, YM Long Gaffar dan YM Long Yunus pun bersepakat untuk berjalan-jalan sambil merantau sampai ke Terengganu (menunaikan amanat al-Sultan Pattani ayahandanya, supaya melihat perkembangan negeri Terengganu).

BERANGKAT KE TERENGGANU

Sesampainya di Terengganu (Besut), YM Long Gaffar dan YM Long Yunus menjadi begitu sedih, marah dan terharu apabila mendengar keluhan dan aduan rakyat tentang jajahan Besut yang telah dirampas oleh Bugis.

Yang mana sebelum ini jajahan Besut telah tergadai kepada Bugis oleh Sultan Terengganu akibat ‘Kalah dalam sayembara ‘Laga at Yang Mulia (YM) Syed Hussein JamadilKubra bin Sheikh Ahmad Jalal Al Akhbar (Deccan).
Ayam’, sedangkan negeri Terengganu itu adalah ‘HADIAH’ nendanya al Sultan Pattani kepada YM Raja Johor, sebagai tanda kekeluargaan dan kasih sayang dari titihan wali keram
Tanpa mencela dan tanpa pengetahuan Sultan Terengganu, YM Long Gaffar dan YM Long Yunus telah berpakat untuk bertanding ‘Laga Ayam’ dengan angkatan Bugis demi mengembalikan semula pengaruh dan kredibiliti Empayar ayahandanya Pattani dan Istana Terengganu itu sendiri; Dan apatah lagi baginda Long Gaffar sendiri adalah Putera Mahkota Pattani, maka layaklah beliau sendiri menyelesaikan masalah tersebut.

PENGHULU ADAS____

_Akhirnya dengan kebjiksanaan dan kepandaian senjata bapa saudara baginda, Penghulu Adas (YM Datuk Syed Kadok 1), telah menggunakan tipu-helah menggunakan ‘Lawi Ayam’ iaitu satu senjata kecil daripada BESI seperti pisau, sehingga berjaya membuat ‘ayam sabung’ angkatan Bugis kecundang walaupun kelihatan pada mulanya Ayam Sabung itu sudah hampir kalah.

Rentetan daripada kemenangan tanpa upah itu, lalu menjadi kecohlah bumi Terengganu dengan teriakan:

“Raja Long Gaffar ambil balik Besut! Raja Long Gaffar ambil balik Besut!”,

Maka sampailah berita itu kepada Sultan Terengganu, maka dijemputnya angkatan YM Long Gaffar dan YM Long Yunus bersaudara ke Istana Terengganu lalu diraikan dalam upacara yang penuh gilang-gemilang. Menurut riwayat, baginda diraikan selama tiga bulan berturut-turut di Terengganu.


UTUSAN BERKUDA

Di masa YM Long Gaffar dan angkatannya bersama Sultan Terengganu tengah bersukaria di istana, tiba-tiba datanglah ’utusan berkuda’ dari Kerajaan Reman- Pattani yang membawa perkhabaran tentang kematian Permaisuri Kelantan iaitu sepupu kepada YM Long Gaffar dan YM Long Yunus bersaudara yang dibunuh oleh Long Pandak, Sultan Kelantan di masa itu.

Maka angkatan baginda YM Long Gaffar pun bertolak dari Terengganu bersama ratusan askar dari kerajaan Istana Terengganu untuk merampas kembali ‘kedaulatan’ empayar Pattani-Kelantan yang mula diderhakai oleh Long Pandak.

Di tengah jalan, rupanya telah ada satu pasukan pembunuh khas dari sultan Long Pandak untuk menyerang hendap angkatan YM Long Gaffar di Mahligai, Pasir Putih

PENYERANG 'HENDAP_____

Alhamdulillah dengan ‘pertolongan Allah’, rencana ‘serang hendap’ oleh pasukan Long Pandak itu dapat dihidu oleh pembesar kepada Datuk Syed Kadok 1, Tok Kundor @ Pendekar Kundor (Kg. Anak Bukit, Melor, Kelantan),
Lalu Pendekar Kundor mengarahkan penduduk dan kaum-kerabatnya yang setia pada YM Raja Long Gaffar untuk menyerang hendap pula pasukan Long Pandak daripada belakang.

Lantaran itu habis mati kesemuanya pasukan ‘penyerang hendap’ tentera Long Pandak dibunuh oleh Pendekar Kundor dan penduduk Kg.Anak Bukit, Melor tanpa belas kasihan lagi.

Sesampainya angkatan YM Long Gaffar ke tempat kejadian itu, dilihat musuh-musuhnya telah menjadi mayat-mayat yang bergelimpangan tidak bernyawa lagi..

KE KOTA KUBANG LABU

Kemudian angkatan YM Long Gaffar telah bergabung dengan angkatan Pendekar kundor, Kg. Anak Bukit, Melor, menuju ke Istana Kota Kubang Labu beramai-ramai. Di masa itu hari telah pun melampaui waktu Isya’.

Sesampainya angkatan YM Raja Long Gaffar ke Istana Kota Kubang Labu adalah hampir-hampir waktu subuh;

“Ketika lena dibuai mimpi tidur, tiba-tiba Long Pandak membukakan matanya, lalu ia terdengar bunyi Ayam Jantan berkokok: “koo.. kokokoOO..”;

Dan ia melihat DUA ORANG LELAKI BERTOPENG; Lalu Long Gaffar membunuh Long Pandak dan YM Long Yunus membunuh Long Mohamaad @ Long Deraman”.

Kemudian YM Long Gaffar berkata kepada YM Long Yunus:



“Adik (adinda)! Kamu tinggal dalam istana (jadi Raja) dan biar abe (kekanda) pegang rakyat.”



lalu ia memakai gelaran Tengku Sri Maharaja Datuk Perdana Menteri Long Gaffar Kelantan iaitu yang berstatus sebagai Yang DiPertuan Agong sekarang ini merangkap PERDANA MENTERI (dua-dua pegang kuasa eksekutif dengan kuasa rakyat)

Segala perkara-perkara KEHAKIMAN yang berkaitan dengan urusan agama Islam dan hokum ‘Hudud’ diserahkan kepada Kerajaan YM Raja Long Gaffar di Limbat; manakala YM Long Yunus menjadi Raja yang bersemayam di istana Kota Kubang Labu yang melibatkan urusan istana dan pentadbiran sosial sahaja.

Di Kota Limbat, YM Long Gaffar mula membangunkan madrasah berbentuk ala ‘pondok’ (cottage learning Centre) untuk perkembangan agama Islam dan melantik seorang ulama besar bernama TOK BARUH (Hj. Ismail, Pattani) untuk menjadi guru madrasah di situ.

Manakala baginda sendiri akan turun mengajar setiap hari Jumaat dengan memakai Topeng (ala Zorro atau di balik tabir) untuk mengajar rakyat supaya tidak dikenali.

Di zaman baginda YM Long Gaffar inilah satu peristiwa sejarah yang besar telah berlaku iaitu dengan terbitnya Kitab Munyatul’Musolli yang dikarang oleh Syeikh Daud alFatoni di Mekah, hanya dengan menggunakan jari-jarinya sahaja dalam keadaan gelap tetapi telah disinari cahaya putih yang keluar dari tangannya.

Kitab itu dikarang oleh Sheikh Daud alFatoni atas arahan YM Raja Long Gaffar Kelantan 1754M untuk memerintah di Kota Limbat.

Firman Allah:“Sesungguhnya orang-orang yang inginkan akhirat tidak akan mencari pengaruh di mukabumi” (alQuran).

DUA RAJA BERSAUDARA

Gabungan ‘dua Raja bersaudara’ yang warak, alim, bijaksana dan berani itu telah membentuk satu identiti yang unik bagi Kelantan dan tersendiri; di mana di masa pemerentahan YM Long Gaffar dan YM Long Yunus itulah, baru terlaksananya HUKUM HUDUD yang tulen dan tersebarnya dengan meluas ilmu ALQURAN (pegangan AhlulBait-quran Qadim) dan juga ilmu Kitab-Kitab Muktabar seperti AlHikam, Muhimaah, Munyatul’Musolli, Minhajul'Abidin dan Kitab Kuning Pattani selain Kitab Nur Muhamaad dan Hikayat Nabi Bercukur.

___*nota: __

_Kain Cindai ‘Chepa Melaka’ akhirnya telah dirampas penjajah pada era pasca perang dunia ke I pada (1909M) ketika era menghapuskan pengaruh dan kuasa YM Long Gaffar dalam istana oleh penjajah daripada pewaris terakhirnya Datuk Syed Kadok III iaitu Tengku Mahmud bin Tengku Hussein @ Nik Mud bin Nik Sen alKubra yang mencari perlindungan di Kg. Kadok, Ketereh.

Kg.Kadok adalah tempat berdiamnya bapa saudara YM Tengku Mahmud iaitu Datuk Syed Kadok II dan kemudiannya telah dikahwinkan dengan anak YM Datuk Syed Kadok sendiri (sepupunya) iaitu YM Syarifah Maryam @ Nik Yam dan diberi ‘hadiah’ berupa tanah seluas 14 ekar di Kg. Bandar, Pulai Chondong, 16660 Kelantan dan sebuah Kapal Laut bernama 'KAPAL SRI KELANTAN'.

MEMBUKA KAMPUNG BANDAR

Baginda kemudiannya hidup ‘zuhud’ dengan hanya dikenali sebagai ‘anak Raja T'tani pembuka Kg. Bandar’ dan guru mutlak alQuran Qadim.

Perkampungan baru itu menjadi transit utama di zaman itu kerana pengangkutan utamanya adalah sungai dan kampung itu bersebelahan dengan Sungai Kelantan.

Kampung itu dinamakan 'KAMPUNG BANDAR' kerana bermaksud Perkampungan iaitu MEKAH dan Perbandaran bermasud 'MADINAH; lalu dijadikan kampung itu dengan nama KAMPUNG BANDAR atau MEKAH-MADINAH.

Manakala, kitab syariat yang menjadi teras ajarannya adalah Tanbihul'Ghafilin, minhajul'Abidin, Munyatul'Musolli dan Ihya' Ulumiddin karangan Imam Ghazali rd.

‘NEGERI DIKERAT LINTANG’

Di zaman pemerintahan dua Raja bersaudara, YM Long Gaffar dan YM Long Yunus itulah Kelantan pula dikenali pula sebagai ‘Negeri dikerat lintang’ atau atau negeri dua pemerintahan.

Mengikut sejarah yang terdahulu, pada awalnya (1350M), Kelantan diberi nama oleh nendanya Syed Hussein JamadilKubra berdasarkan peristiwa ‘Kilatan’ atau ‘cahaya berbentuk Tudung Saji’ di Bukit Panau.

(rujuk perpustakaan Awam Kelantan dan profile M Q T K ).

Kepala AhlulBait adalah lebih mahal bagi Yahudi laknat’tullah, selain kepala Osama ben Laden!


YM Datuk Syed Kadok III

Sebenarnya zuriat terakhir YM Long Gaffar-Pattani iaitu YM Tengku Mahmud bin Tengku Hussein @ Nik Mud bin Nik Sen (Putera Mahkota Pattani yang hilang dalam sejarah) telah berhijrah ke Kelantan (Kg.Kadok) dari Pattani adalah kerana telah diburu oleh kerajaan SIAM.

Baginda Tengku Mahmud telah mendapat berita bahawa kerajaan Siam telah bernekad untuk menyerang Istana Pattani pada satu tarikh yang diketahui oleh penasihat istana Pattani seorang waliAllah yang kasyaf.

Maka baginda bersama 40 orang pengikut setianya telah melarikan diri dari istana Pattani pada waktu subuh (rujuk MQTK scribd) dan membawa bersama mereka Kitab-Kitab Muktabar Pattani seperti Kitab Kuning, Nur Muhamaad, Tanbihul'Ghafilin, alHikam, Munyatul’Musolli, Faradatul’Faraid, Minhajul’Abidin dan banyak lagi kerana di masa itu Kitab-Kitab diutamakan di istana-istana Raja kemudian baru disebarkan kepada rakyat.

Nota:

Dimasa dahulu, Kitab-Kitab Muktabar adalah amat-amat diagungkan. Sebelum disebarkan kepada rakyat, Kitab-Kitab itu akan diarak disekeliling istana dahulu. Begitulah mulianya Kitab-Kitab agama itu. Di masa itu, hanya anak-anak Raja (golongan Istana) yang pandai membaca Kitab dan tahu hukum-hukum agama. Setelah dewasa, maka MEREKA akan sebarkan kitab-kitab itu untuk rakyat.

nota:
Kitab-Kitab Muktabar pegangan AhluilBait Pattani-Kelantan sekarang ini 100% telah pun diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris;

_Kitab-Kitab tersebut telah pun disahkan dengan rasminya -oleh Ybhg. Prof. Uthman Muhammaed El-Muhammady, fellow (ISTAC) dan juga selaku Penasihat Kehormat MQTK Malaysia pada Mac 2009 bersama MQTK committee meeting iaitu YM YDP MQTK Yusnaidi bin Yusoff, cikgu Arrifin bin Che Yahya (PKHEM, Sek. Men. Hamzah 1, 18500 Machang, Kelantan, dan YM Nik Mohd Kamal bin Hj. Nik Lah (ajk PKLGK) dan perjumpaan ini adalah diatur dan turut disaksikan oleh YM Wan Syamsuddin Ramli, bendahari MQTK dan YM Nik Mahadi bin Nik Hassan selaku wakil TV3 Kelantan.

TAQQIYYAH

Selain dari Kitab-Kitab Muktabar; dibawa bersama mereka juga dua biji ‘buah pinang’ untuk ditanam di tepi rumah masing-masing jika telah selamat sampai di mana-mana destinasi sebagai satu ‘tanda’ untuk dikenal akan KETURUNANNYA, kerana angkatan YM Tengku Mahmud telah berhijrah lebih awal ke Kelantan dan manakala yang lain ada yang mencari perlindungan dan menetap di Kedah, Perlis dan Terengganu.; begitu juga di Pahang dan Perak.

Melalui era Datuk Syed Kadok III inilah bermulanya kembali episode cerita menyembunyikan ‘identiti’ atau TAQQIYYAH sebagai ahlulbait dan Putera Mahkota Pattani yang hilang dalam sejarah itu.__

KESIMPULAN

Kain Cindai ‘Chepa Melaka’ adalah inti kepada perubahan sejarah negeri Kelantan. Daripada ‘Tragedi Kain Cindai’ itulah yang membawa kepada kemangkatan Permaisuri Kelantan (sepupu Long Gaffar) dan terbunuhnya Sultan Kelantan (Long Pandak dari titihan Raja Sakti- Raja Jembal) sehingga berlakulah peralihan takdir Allah sehingga terbentuknya satu institusi Kesultanan AhlulBait di bumi Kelantan;

Dan di zaman YM Long Gaffar dan YM Long Yunus, barulah ikhwan Islam dan ROH sebenar Islam di bumi berkat ini terhasil.

Malangnya akibat diratah zaman penjajahan pasca-perang Jepun-British, pengaruh AhlulBait dalam pentadbiran Istana mula dihapuskan. Sistem ‘pecah’ dan ‘perintah’ telah mencerai-beraikan Empayar Kesultanan AhlulBait Nusantara sehingga ke sekarang ini.

Begitu juga di Kelantan dan Malaysia, AhlulBait telah tersembunyi disebalik identiti 'BUMIPUTERA'; dan identiti ini perlu dipelihara dn dijaga sebagai satu Amanah Allah. Perjuangan perlu diteruskan sehingga Melayu tetap MERDEKA sehingga WAHYU ALLAH (alQuran) mengatasi segala-galanya, insyaAllah..!____

"Sultan adalah PAYUNG ALLAH di muka bumi ini, tempat bernaungnya orang-orang lemah, memberi pertolongan kepada orang-orang aniaya. Barangsiapa yang memuliakan SULTAN ALLAH di dunia ini, Allah akan memuliakannya di Hari Kiamat"______
(Hadis daripada Abu Hurairah)

Ingat! AhlulBait haram menerima sedekah dan duit zakat. Kalau mahu terima juga, tukarkan niatnya kepada HADIAH. Natijah perlanggaran akan menyebabkan ditimpa penyakit dan musibah (rujuk ulama @ Kitab Keutamaan Keluarga Rasulullah keluaran Klang Book Store).

Ingatlah! Negeri kita ini aman sentosa sedangkan di sekitarnya binasa dengan pelbagai masalah dan bencana. kerana ada zuriat nabi SAW yang menjadi payungnya,

lantaran itu telah menjadi sejarah, Tanah Melayu yang awalnya menjadi tumpuan penghijrah seperti orang Cina, India dan bangsa lain tertumpu ke negeri Tanah Melayu dan menjadilah bahasa Melayu ‘Lingua Franca’ pada dunia.sedangkan di sekitarnya binasa dengan pelbagai masalah dan bencana.

Ironinya, setelah sekian lama RAHMAT itu dijaga, adakah sekarang ini ada seiapa yang berani menderhaka kerana jahil tentang HUKUM?, Jahil tentang sejarah?

Ingatlah! Raja-Raja itu Panca Seri! Panca Seri itu adalah Daulat! Daulat itu KURNIA Allah. Buang Raja hilanglah Daulat; Apabila hilang Daulat maka Binasalah negeri. Binasa negeri hilanglah MELAYU; kerana itu ada Rajanya iaitu zuriat Yang Mulia AhlulBait Rasulullah SAW dan ingatlah akan .....

WASIAT NENDA RASULULLAH SAW:

“AhlulBait itu ibarat Bahtera Nuh di zaman Nuh. Mereka itu adalah satu-satunya SARANAN KESELAMATAN-ku di akhir zaman. Sesiapa yang menaikinya akan selamat dan sesiapa yang ketinggalan akan binasa.”

“Sesiapa yang membenci AhlulBaitku adalah membenciku; Dan sesiapa yang membenci-ku adalah menjadi Musuh Allah dan musuh Jibril”.Dan Firman Allah:

“Adakah mereka itu dengki kepada manusia yang Kami berikan ‘rahmat? Sedangkan Kami telah memberi kepada keluarga Ibrahim (ahlulbait), Kitab dan Hikmah; dan Kami telah memberi kepada mereka itu satu KERAJAAN yang besar”.

Firman Allah:
“Sesungguhnya Kami telah melebihkan Adam, Nuh, Keluarga Ibrahim (ahlulbait) dan Keluarga Imran melebihi umatnya di zamannya” (alimran 3:33)

Kekaburan Sejarah Kelantan

Terdapat pihak yang mengatakan terdapat penyelewengan yang berkaitan dengan fakta sejarah negeri ini. Pendedahan yang telah dibuat menyebabkan ada pihak yang terasa. Penyelewengan itu dikatakan bermula dengan terbitnya buku "Ringkasan Cetera Kelantan" oleh Dato’ Perdana Menteri Nik Mahmud Bin Ismail sebelum tahun 1950-an.

Penyelewengan fakta ini dipercayai dilakukan secara terancang dan berterusan ini terbukti dengan terbitnya buku terbaru sejarah Kelantan iaitu "Iktisar Sejarah Kelantan" yang kemudiannya diiklankan di dalam majalah "Pengasuh" keluaran MAIK.

_PERANG KOTA KUBANG LABU II 1762M

Dikatakan, ramai yang tidak menyedari bahawa selepas kejatuhan "Kota Lubang Kubu" akibat Perang Kota Lubang Labu II pada tahun 1762M di antara Long Pandak yang memerintah Kota Lubang Labu dengan YM Long Gaffar (Long Gaffar merupakan Raja Muda Negeri Reman (sampai Ulu Kuala Kangsar, Perak dan juga adalah Putera Mahkota Pattani) dan bukannya anak pembesar Reman seperti yang didakwa di dalam buku di atas).

Tapi cerita sebenarnya, baginda YM Long Gaffar tidak mahu menjadi Sultan (living simply) dan mengambil jalan merantau terutamanya ke Kelantan kerana di Kelantan ada sebuah bukit yang namanya Bukit Panau atau Bukit Tunggal..

Bukit ini adalah nostalgia bagi YM Long Gaffar dan penduduk negeri Kelantan kerana daripada peristiwa nendanya Syed Hussein JamadilKubra yang melahirkan ‘KILAT’ ketika be-Ritual kerohanian (Ibadat suluk) sehingga melahirkan 'KILAT-kilat-tan' yang berbentuk ‘Tudung Saji’ sehingga terwujud nama negeri Kelantan.

Negeri ini kemudiannya telah diperintah oleh YM Long Gaffar dan keturunannya selepas peristiwa ‘Tragedi Kain Cindai’ sampai kepada era penghapusan kuasa AhlulBait di dalam pemerentahan (Istana) pada lewat pasca-perang Jepun-British.

KOTA LIMBAT

Pusat pemerintahan utama semasa pemerintahan YM Long Gaffar di Negeri ini ialah di Kota Limbat, Peringat dan pada masa yang sama seorang tokoh iaitu YM Long Yunus (anak Long Sulaiman) yang merupakan saudara SEPUPU kepada YM Long Gaffar yang dianggap sebagai adik oleh baginda YM Long Gaffar, manakala YM Long Gaffar juga dianggap ‘GURU’ oleh YM Long Yunus kerana mengajarkan ilmu alQuran Qadim kepadanya. Lalu YM Long Yunus telah diberikan kuasa memerintah oleh YM Long Gaffar dari kawasan Pasir Tumbuh hingga ke Padang Garung, dan seterusnya hingga ke Kuala Kemasin dan di sebelah Baratnya hingga ke Bukit Tanjung (Narathiwat).

Walau bagaimanapun, segala keputusan dan kuasa sebenar berkaitan pentadbiran dan kes-kes jenayah ‘HUDUD’ adalah terletak di bawah bidang kuasa Baginda Long Gaffar di kota Limbat.

Pada zaman baginda YM Long Gaffarlah ‘hukum Hudud’ yang pertama telah dilaksanakan dengan sempurnanya. Di zaman beliaulah segala kitab-kitab muktabar pegangan AhlulBait Rasulullah dapat diterjemahkan ke bahasa Melayu (Jawi) dan segala hal ehwal Islam dapat dilaksanakan. Realiti daripoada itiu, akhirnya bumi Kelantan menjadi makmur dan berkat sehinggalah sampai pada era penjajahan.

Dua pemerentahan antara Kerajaan di Limbat dengan Istana Kota Kubang Labu, menyebabkan Kelantan dikenali dengan nama ‘Negeri Yang Di-kerat Lintang’ atau Kelantan iaitu antara Raja yang memerintah iaitu baginda YM Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat dengan Long Yunus dan sempadannya ialah Pasir Tumbuh.

PENYELEWENGAN FAKTA SEJARAH

Fakta tersebut dikatakan cuba diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu di Kelantan dengan memutarbelitkan peristiwa (menyatakan YM Long Yunus yang beri kuasa kepada Long Gaffar) bertujuan bagi memperkecilkan dan seterusnya menghapuskan peranan YM Long Gaffar dalam lipatan sejarah Kelantan sedangkan dalam perang tersebut, YM Long Gaffar telah Berjaya membunuh Sultan Kelantan iaitu Long Pandak, manakala Long Yunus pula membunuh Long Deraman (bapa saudara Sultan).

Semasa pemerintahan baginda YM Long Gaffar dan keturunannyalah, telah terlaksana Hukum Hudud yang pertama di Kelantan. Di antara tokoh yang terlibat dan menjadi tempat rujukan dan nasihat bagi perlaksanaan hukuman ini ialah Haji Nik Ismail Limbat (Tok Baruh) yang merupakan keturunanan Raja Jambu Patani yang asal.

Keturunannya kemudian mengasaskan pondok Bukit Abal dan salah seorang dari keturunannya muncul sebagai tokoh agama yang terkenal iaitu Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal.

PEMBERONTAKAN TOK JANGGUT 1915M

Pemerintahan keturunan YM Long Gaffar di Kelantan berakhir selepas peristiwa ‘pemberontakan Tok Janggut’ pada tahun 1915M iaitu semasa pemerintahan Tengku Besar Jeram iaitu Tengku Besar Tuan Ahmad yang memerintah di Jeram, Pasir Puteh.Peristiwa yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan keturunan YM Long Gaffar ini berpunca dari keengganan mengiktiraf pengaruh Inggeris dan Siam ke atas negeri Kelantan.

Akibat mainan politik penjajah Inggeris dan Siam, para keturunan YM Long Yunus kemudiannya diiktiraf sebagai pemerintah Kelantan dan menggugurkan ketuanan YM Long Gaffar dan keturunannya.

Buku sebenar yang dipercayai mempunyai Sejarah Kelantan ini ditulis menggunakan tulisan Jawi Lama dikatakan ada tujuh naskhah. Buku ini dipercayai ditulis oleh penulis DiRaja pada zaman pemerintahan Baginda YM Long Gaffar bagi menceritakan tentang salasilah keturunan Raja-Raja yang berasal dari Pagar Ruyung bukit Si Guntang dan kebesaran kerajaan baginda Pattani.

Satu Kajian Dan Pencarian Mengenai Diri

Data-data ini aku jumpa di internet, dan masih belum lengkap atau sahih.

http://images.nikmaa.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/S8cXtwooC0cAAAZMEnI1/Salasilah3%282%29.htm?nmid=330400650


Salasilah 1

Muhammad s.a.w.
sayidatina fatimah al zahrah
sayid husein
sayid ali zainal abidin
sayid muhammad al baqir
sayid jaafar al siddiq
sayid ali uraidhi
sayid muhammad an nagieb
sayid isa arrumi
sayid ahmad al muhajir
sayid ubaidillah
sayid alwi alwiyyin
sayid muhammad
sayid alwi
sayid ali ghala' ghassam
sayid muhammad s marbab
sayid alwi
sayid abdul malik
sayid abdullah
sayid ahmad jalaluddin
sayid jamaluddin al husein
sayid ali nurul alam [pateh arya gajah mada]
sayid abdullah
sayid ahmad waliyullah
nik mustafa [sultan abdul hamid]
nik badru salam
raja wan daim [raja kelantan & pattani]
raja long nik [raja reman]
long gaffar [raja muda reman, raja kelantan @ limbat]
long seri [tengku sri maharaja - jeram]

Salasilah 2

muhammad s.a.w.
sayiditiana fatimah + s ali
sayidina hussain
sayid ali zainal abidin
sayid mahmud al-bakir
sayid jaafar al-siddek
sayid ali al-al uraidy
sayid muhammad al-naqib
sayid isa al-rumi
sayid muhammad al-muhajir
sayid ubaidillah
sayid alawi
sayid muhammad
sayid alawi
sayid ali khali' qasam
sayid muhammad mirbab
sayid ali
sayid muhammad al-faqeh
sayid alawi
sayid muhammad ad dawilah
sayid abdul rahman al-saqaf
sayid abu bakar as-shukran
sayid abdullah syeikh al-idrus
sayid syeikh al 'aidrus
sayid abdullah
sayid syeikh al 'aidrus
sayid abdullah
sayid zainal abidin [t dagang]
tun mat ali
tun habib abdul majid [johor]
sultan zainal abidin i [1st sultan terengganu]
sultan mansur i [1733-1793]
sultan zainal abidin ii [1793-1808]
t ismail [masjid] - tg perdana
t muda - tg penglima besar
t musatafa [t seri nara wangsa raja]
t ali [t seri nara wangsa raja]
t musa@tin + t maznah


Aku masih tidak dpt merungkai lagi misteri dan kajian yg aku buat mengenai Sheikh Jamaluddin Al-kubra

Satu Kenyataan yang sengaja tidak diwar-warkan

Di petik dari http://www.kesturi.net/archives/898


Mengenali Ahli Sufi: Siapa Mereka dan Apa Yang Mereka Buat?
By Shahidan Radiman • Jun 21st, 2009 • Category: Rencana

Pendahuluan

Masyarakat Melayu atau Nusantara amnya mudah tertipu dengan daayah tentang siapa itu para sufi dan para waliyullah sehingga banyak ajaran sesat tersebar dan memburukkan sebarang aliran tasawuf atau tarekat yang muktabar di alam Melayu. Ini kerana rata-rata sedikitnya pakar rujuk yang berwibawa baik di universiti mahupun di institusi agama di Negara ini. Daripada pada sedikit itupun mereka tidak dirujuk untuk memberikan pandangan dan fatwa oleh pihak yang berwajib melainkan kepada orang lain yang “menyamar” menjadi pakar rujuk itu. Oleh itu , orang awam yang membaca laporan dan berita negatif tentang orang Sufi mudah percaya dengan laporan tersebut sehingga mereka memandang serong orang Sufi dan orang yang bertarekat. Akhirnya , intipati dan mahkota ajaran Islam yang terpendam dalam ajaran tasawuf atau Sufisme itu terus terpendam , tidak dihargai dan yang parah lagi tidak dapat direalisisakan dalam bentuk amal dan perbuatan masyarakat Melayu yang semakin rapuh dan ternoda dengan pelbagai gejala sosial aliran Barat.

Ahli Sufi dan ciri-cirinya

Secara amnya mereka inilah pencari Tuhan dan berharap untuk bertemu denganNya dalam perjalanan menuju liqa’ullah . Keikhlasan dan kesungguhan mereka untuk mengenali diri mereka sendiri dan kemudian mengenali Allah menjadikan mereka dipanggil sebagai para Salik ( pemula jalan al-Haqq). Minat dan dorongan mereka dalam banyak hal tidak didorong oleh sesiapa – mereka hanya mencari kebenaran dan keikhlasan dalam setiap hal. Mereka akan mengalami banyak hal dan keadaan yang pelik yang ditunjuki oleh Allah s.w.t sebagai bukti (bayyinah) bahawa mereka sedang dalam perjalanan yang diredhai. Bukti-bukti utama antaranya ialah mereka bermimpi dengan para-para Nabi a.s dan kemudian para wali qutub . Sampai satu peringkat mereka akan bertemu dengan para waliyullah yang masih hidup dan mereka akan mula diajar oleh mereka. Jika usaha dan niat mereka tidak benar pada peringkat ini mereka tidak ditemukan kepada waliyullah sebaliknya ditemukan dengan para wali syaitan. Pada peringkat ini jika mereka menerima dan mengamalkan ajaran para wali syaitan ini mereka berakhir dengan menjadi bomoh atau dukun. Atsar banyak menyatakan bahawa lebih mudah mengenali Allah s.w.t daripada mengenali waliyullah . Ini benar kerana mereka manusia biasa yang tidak menunjukkan sebarang kelainan daripada orang lain (dari segi fizikal dan penampilan luar). Jadi, seorang salik yang tulen akan ditunjuki kebenaran sangkaan dan pandangannya samada melalui pengesahan oleh Rasulullah s.a.w (biasanya melalui mimpi) atau peristiwa lain yang membuktikan kewaliyan seseorang itu (contohnya bertemu dengan waliyullah itu di dalam Kaabah atau melihat waliyullah itu memegang matahari dan bulan dan sebagainya dalam mimpi). Ini kerana Rasulullah s.a.w , para anbiya’ a.s , Kaabah, bulan dan matahari tidak boleh ditiru oleh syaitan dalam mimpi.

Orang Sufi akan memperjalani pengajaran secara ladunni dengan para Nabi a.s (termasuk Nabi Khidr a.s yang masih hidup) dan juga para wali qutub ( contohnya Sh. Abdul Qadir Jilani , Sh. Ibnu Arabi , Sh. Abi Madyan dll) . Biasanya semua ilmu itu akan disahkan dan dihurai dengan lebih terperinci oleh seorang guru mursyid yang masih hidup ( bertaraf waliyullah) . Proses pentarbiyahan ahli Sufi ini termasuklah bai’ah , amalan dan aurad berterusan (contohnya zikir nafas dan zikir huruf) dan banyak lagi amalan yang mendekatkan diri dengan Allah s.w.t setiap waktu . Kerana salik ini juga perlu bekerja dan berkeluarga , guru mursyid akan mengajarnya bagaimana membawa zikir nafas sambil kita bercakap dengan orang atau membuat kerja-kerja harian. Laku yang paling penting ialah cara melaksanakan solat secara fana’ baqa’ billah . Cara membawa zikir dan ilmu yang diterapkan hujung jatuhnya zikir tersebut (bukan saja makna zahir zikir itu) juga amat penting , agar tidak jatuh ke dalam syirik khafi . Penekanan terhadap solat malam hari, solat-solat sunnat tatawu’ dan lain-lain juga ditekankan. Guru mursyid akan membimbing mereka cara membaca dan memahami makna-makna, tafsir dan takwil al Quran termasuk rahsia-rahsia huruf muqotaat , ayat –ayat mutasyabihat dan lain-lain sehingga jelas dan terbukti Al-Quran itu adalah mukjizat sepanjang zaman ( contohnya , apabila membaca surah al-Fatihah dalam solat mereka mendengar Allah s.w.t menjawab bacaan mereka , atau melihat huruf-huruf yang dibaca itu bangun dan memberi pelajaran kepada mereka dan sebagainya).

Biasanya cara belajar orang Sufi ini sangat berbeza dengan orang awam sebab mereka ini dianggap orang khawas. Mungkin satu masa dulu anak murid guru mursyid ini ramai, tetapi kemudian Allah s.w.t melakukan ujian tertentu sehingga hanya yang terpilih saja dapat meneruskan pencarian ilmu yang hak dengan guru mursyid tersebut. Dalam melaksanakan rukun iman ajaran mereka amat halus dan luar dari kebiasaan contohnya , mereka bukan saja percaya kepada para malaikat dan para nabi a.s tetapi langsung berjumpa dengan mereka ( dalam banyak hal secara yakazah , bukan saja dalam mimpi). Mereka akan belajar ilmu-ilmu rahsia tentang ketuhanan dan rahsia kejadian semua makhluk, contohnya ilmu tentang Nurmuhammad dan martabat tujoh. Sebagai pembuktian , mereka sendiri akan melihat Kitabul Mubin diturunkan ke hadapan mereka atau menyaksikan burung Nur Muhammad (dalam catatan Ibn Arabi burung ini dipanggil Anqa’ Mughrib). Pada satu peringkat tertentu mereka akan dibenarkan mengembara ke alam-alam malakut , alam jabarut dan alam lahut dan dapat menyaksikan Arsy , Kursy , Sidratul Muntaha dan sebagainya. Banyak daripada “kemudahan” ini berlaku dalam bulan Ramadhan . Allah s.w.t akan menghadiahkan nama rahsia , istigfar dan Selawat khas setelah Allah redha dengan mereka dan diakui sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagai umatnya yang setia.

Dari segi kebolehan para salik itu , mereka akan menjalani pelbagai ujian dari guru mursyid mereka melalui laku khalwat , talqin , qiyamul lail , ujian bertulis dan pelbagai laku yang difikirkan sesuai oleh guru mereka. Kadang-kadang mereka diminta untuk membantu orang di dalam kubur atau membantu orang yang diganngu makhluk halus atau memindahkan perkampungan jin dan sebagainya. Walaupun mereka biasa boleh mengubat secara islami masalah seperti santau , saka dan sebagainya , mereka tidak pernah menjadikan ini aktiviti utama dan mereka akan mengelak dari banyak menghabiskan masa dengan kerja seperti ini kerana takut menjadi terkenal atau lalai daripada membuat kerja-kerja amal lain yang diperuntukan .

Ciri lain ahli Sufi ialah mereka mementingkan hal-hal akhirat lebih dari hal duniawi. Jika diberi pilihan mereka akan memilih hal ukhrawi , keilmuwan dan peringatan atau nasihat daripada perkara lain. Kesihatan dan pembaikan roh lebih diutamakan daripada kesihatan jasad dan penampilan diri luar. Mereka rajin dan tekun membuat kerja harian bukan sebab mengejar dunia tetapi sebab ingin mendapat redha majikan dan Allah s.w.t dalam mendapatkan rezeki yang halal. Mereka tidak mengeluh sebab mereka tahu itu syirik khafi . Mereka tahu membersihkan jiwa mereka melalui zikir pembersihan semua lathaif selain daripada melakukan muhasabah diri selalu. Setiap tibanya waktu solat merupakan waktu yang bahagia kerana terdorong oleh cinta , kasih dan rindu yang tersangat kepada Maha Pencipta dan Kekasih Hati. Mereka berinteraksi dengan manusia bukan dengan penumpuan jasadi malah secara ruhi i.e iaitu mereka boleh berbicara dengan ruh-ruh ( baik manusia yang hidup mahupun yang mati). Nasihat mereka akan membuat manusia menangis secara meraung dan menyesali diri . Mereka berbicara dengan hikmah. Orang yang kasyaf akan dapat melihat apa yang tertulis pada lidah-lidah dan badan ahli Sufi ini , melainkan jika ahli Sufi itu menutupi rahsia dirinya dengan kalimah tertentu. Pada pandangan luar mereka kelihatan sama dengan orang lain , tetapi kerohanian mereka sentiasa dengan Al –Haqq.

Orang Sufi dan orang awam

Orang awam yang dikalangan mereka terdapat orang Sufi sangat beruntung. Mungkin yang membaca doa dan menjadi naqib dalam suatu majlis tahlil di rumah atau di surau orang biasa dan doanya tidak terangkat , tetapi disebabkan oleh kehadiran Sufi tadi (lemungkinan besar tanpa disedari ramai) doa mereka semua terangkat –ini kerana cara orang Sufi menempatkan permohonan dan cara mengaminkan doa itu seperti yang dikehendaki Allah s.w.t ( biasanya dia kena lulus ujian doa dari gurunya yang mursyid – criteria lulus ini agak ketat seperti tiang Arsy mesti bergegar , 4 malaikat utama mesti turun , 6 perkara mesti dibawa dalam doa dan banyak lagi). Orang Sufi kalau ke mana pun berjalan dia akan berjumpa para Sufi dan waliyullah yang lain sebab mereka saling mengenal (roh mengenal roh). Oleh itu orang Sufi tak sunyi daripada urusan “belajar dan mengajar” di mana pun mereka berada. Walaupun mereka tak dikenali dan biasanya tidak menonjol dalam masyarakat yang jelas mereka boleh mengubati orang lain –seperti mementang syihir , memindahkan penempatan jin , mengeluarkan santau dan menghapuskan saka dan lain-lain . Tapi , masyarakat biasanya tak sedar kehadiran mereka sebab mereka sibuk dengan urusan diri mereka sendiri .Jika mereka menziarahi kubur mereka mengucapkan “ assalamuala ahli Lailahaillallah min ahli Lailahaillallah” . Mereka dapat memasukan “cahaya” kepada si-mayat dengan bacaan Fatihah mereka kerana mereka mengetahui kedudukan Fatihah dalam jasad si-mayat. Tahlil mereka begitu sempurna sehingga berkat bacaan mereka itu si-mayat terlepas dari soalan dan siksaan kubur.

Para Sufi sebetulnya adalah pemula atau salik dalam jalan kewaliyan. Itu sebab tarekat mereka kadang-kadang tak bernama tetapi jika diberi nama lebih tepat dinamakan tarekat kenabian. Ini kerana mereka dipimpin oleh para nabi (salah satu dari yang 25 atau kadang-kadang lebih dari satu ). Ini adalah perjalanan para nabi a.s seperti yang dihurai oleh Ibn Arabi dalam kitab Fusus al –Hikam. Biasanya mereka juga bertemu dan belajar dengan Nabi Khidr a.s (dan mungkin juga Nabi Iliyas a.s). Selain daripada para nabi a.s mereka juga akan belajar dari salah seorang atau keempat-empat sahabat Rasulullah s.a.w yang utama dan (atau) dengan empat malaikat yang utama .

Disebabkan mereka ada nama rahsia yang diberikan oleh Allah s.w.t , mereka dikenali di langit dengan nama itu – dan jika mereka gunakan nama itu ketika berdepan dengan para makhluk yang jahat , makhluk jahat dan halus itu akan tunduk. Mereka sentiasa duduk dalam cinta , kasih dan rindu kepada Allah s.w.t dan doa mereka adalah “ Wahai Allah , jadikanlah kami hamba-hamba kebaikan bukan hamba-hamba ujian”. Kerana ini mereka tidak diuji seperti manusia lain – sebaliknya mereka diberi tugas, kebanyakannya tugas berat. Jika mereka melalui kuburan , mungkin mereka akan terpanggil untuk mendoakan para mayat yang tersiksa. Bila mereka member salam kepada ahli kubur dengan salam “ Assalamuala ahli Lailahaillalahu min ahli Lailahaillallah” maka para ahli kubur akan bangun menjawab mereka , sebaliknya yang tidak dapat berbuat demikian pastinya adalah kumpulan yang sedang disiksa oleh malaikat Mungkar dan Nankir.

Jika ahli Sufi ini berada dipanggil untuk bertahlil, dia dapat menghadirkan si-orang yang ditahlilkan itu dan mengetahui keadaannnya. Begitu juga, beruntunglah orang yang mengajak ahli Sufi ini untuk hadir dalam majlis pernikahan sebab ahli Sufi ini akan menghadirkan Jibrail (dan 3 malaikat lain) untuk menjadi saksi – dia akan dapat mengesahkan sama ada nikah itu sah atau tidak dari perkara yang ditajallikan oleh Allah s.w.t contohnya seperti melihat pena melakar bulatan dengan ditutup dengan titik tengah atau dokumen dimasukkan dalam peti berkunci ( boleh dengar bunyi kunci tersebut) dan sebagainya.

Jalan Menuju Makrifatullah

Jalan menuju makrifatullah penuh liku dan perangkap samar- takkan lepas seorang salik tanpa bimbingan gurunya yang mursyid dan tanpa hidayah dan inayah Allah s.w.t. Bagi orang Sufi , mereka dicintai oleh Allah dan dikehendaki oleh Allah baru mereka mencintai dan menhendaki Allah. Mereka beriltizam sesungguhnya untuk menemui Allah s.w.t semenjak kecil lagi dan Allah s.w.t akan membuka jalan untuk mereka dalam waktu tertentu seperti pada umur 20an, 30an atau 40an. Bagi yang diredhai Allah s.w.t mereka melalui jalan singkat dan tidak berliku – ini kerana pemerhatian mereka yang tuntas terhadap perbuatan (af’al) Allah , lalu mereka redha dan mempunyai adab terhadap Allah , lalu Allah s.w.t mengangkat mereka. Contohnya sebagai permulaan , Allah s.w.t menjadikan mereka tempat berkumpul barang-barang peninggalan para waliyullah , kemudian juga barang-barang pelik dari seluruh dunia dan kemudian barang-barang peninggalan sahabat r.a dan Rasulullah s.a.w. Tetapi , salik ini tidak bangga malah dia terus bersyukur sebab dia tahu ini adalah hadiah (tanda) dari Kekasihnya.

Kesimpulan

Menjadi satu paradoks moden bahawa di Barat semakin ramai Islamologis yang mengkaji tentang Sufi dan Kesufian (Sufisme) sedangkan di Timur dan di kalangan sarjana Muslim sendiri bukan saja Sufi itu dicemuh malah terdapat banyak usaha untuk menjatuhkan imej Sufisme (mahkota dan intipati islam ) itu sendiri , sedangkan Islam yang sebarkan ke Nusantara , India dan ke Timur amnya semuanya disebarkan oleh para ahli da’i Sufi dan penyebar tarekat . Fenomena “kacang lupakan kulit” ini memanglah diatur dan dirancang oleh pihak tertentu agar kebangkitan Ummah tidak berlaku , agar Islam termaktub dalam lingkungan masjid dan ia tidak sampai ke sistem pendidikan , perbankan atau sistem-sistem lain. Pada hari ini , Negara yang mendokong Sufi seperti Chechnya akan dapat bertahan dari serangan dan penaklukan kuasa asing sedangkan dimana ia diremehkan dan ditinggalkan , negara itu akan menderita dan punah disebabkan oleh kuasa asing seperti Iraq dan Palestin.

Sekian, sedikit sebanyak yang ingin saya sampaikan secara ringkas tentang siapa itu ahli Sufi. Wallahu a’lam bissawab.

Ahad, Jun 13, 2010

Wali Songo berasal dari Malaysia?

Sila baca versi penuh di:
http://www.topix.com/forum/world/malaysia/T8EKNN7Q37NIQKSBG/p6

Sebelum sempat mendarat di bumi berkat Tanah Melayu, YM. Syed Hussein JamadilKubra dan saudara-saudaranya telah diuji oleh Allah dengan satu ujian yang besar sehingga kapal yang mereka naiki hampir 'KARAM' di laut sehingga YM baginda Syed Hussein JamadilKubra hampir-hampir berputus asa dan beliau bersungguh-sungguh berdoa supaya diselamatkan dari bencana itu dengan berikrar akan mendirikan sebuah 'rumah Allah'(masjid)jika mereka terselamat dari bencana karam itu.

Alhamdulillah, diizinkan Allah, secara tiba-tiba terjadilah 'Karamah WaliAllah' iaitu doanya telah makbul (rujuk buku Penghantar Ilmu Tarekat &; Tasauf karangan Prof. Abu Bakar Adtjeh)iaitu telah datang pertolongan Allah (Nasrum'minallah) berupa sekawan 'ikan kekacang'@ kekacang fish', telah datang menolong dengan menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air di kapal itu. Manakala sekawan yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat sampai ke daratan iaitu di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.

Apabila selamat dari bencana itu, YM Syed Hussein JamadilKubra terus sujud syukur dan bersembahyang dua rakaat bersama-sama yang lain.

Fenomena ini menjadi satu 'keganjilan' pada penduduk setempat yang datang menolong kerana di masa itu penduduk di situ masih beragama Hindu dan Budhha yang belum mengenal agama Islam lagi.
Dalam keadaan itu, tiba-tiba satu lagi 'petunjuk' dari Allah datang apabila seekor Tupai Putih melompat di hadapan baginda YM Syed Hussein JamadilKubra dan terus menuju ke serumpun pohon buluh 'Betong' yang berada tidak jauh dari angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra berehat. Tupai putih itu lalu memakan 'umbut' pokok buluh Betong itu dan berlalu dengan kenyangnya.

Memandangkan angkatan YM Syed Hussein JamadilKubra memang dalam keadaan lapar dan dahaga selepai diamuk badai di lautan, maka berkeinginanlah lanta bagi YM Syed Hussein JamadilKubra untuk mencuba apa yang dimakan oleh Tupai putih itu lantaran laparnya.

Ekoran dari peristiwa ikan Kekacang dan rebung buluh Betong itu,YM Syed Hussein JamadilKubra telah bersumpah dan mewasiatkan anak-cucu dari zuriat keturunanya supaya tidak boleh lagi memakan 'ikan Kekacang' dan rebung buluh Betong.

Lagenda?

Jika dahulunya kerajaan Malaysia "berjaya" menjejak keturunan ke-7 mahsuri, dan sekarang para pengkaji sejarah kelantan berjaya menjejak keturunan ke-7 puteri saadong?

Sila baca di http://kebunketereh.com/?p=1596

Rabu, Jun 09, 2010

Masa berlalu...

Puluhan tahun dahulu, masa aku kecil..
ada seorang lelaki dikalangan kawan2 pakcik aku marahkan aku sebab aku panggil dia pakcik/uncle.
Dia suruh panggil dia abang..

Hari ini, anak kawan aku panggil aku uncle..
Inikah perasaannya bila diri dah tua?
Budak2 memanggil aku uncle/pakcik bukan abang?
Owh..inilah apa yang dirasakan oleh kawan pakcik aku puluhan tahun dahulu..
Damn....aku dah tua...

Selasa, Mac 23, 2010

MANUSIA MELAYU DENGAN KRISIS NILAI

Dipetik dari tukartiub

MANUSIA MELAYU DENGAN KRISIS NILAI

Saya selalu mendengar ucapan-ucapan para politikus tentang betapa berbudi bahasanya manusia Melayu ini. Saya juga ada membaca dalam kitab dan buku-buku lama tentang nilai nilai indah manusia Melayu. Malah ada si polan dan si polan yang tanpa segan silu dan tanpa selidik yang dalam telah berani mengakui bahawa manusia Melayu - satu satunya manusia di dunia ini yang besopan santun dan berbudi bahasa.

Memang betul – ada kebenaran kenyataan ini. Manusia Melayu lima puluh tahun dahulu bersopan santun dan berbudi bahasa. Memang betul manusia Melayu tiga puluh tahun dahulu memiliki nilai kemanusiaan yang kukuh. Tetapi hari ini semuanya telah berubah dan bertukar. Sadikit demi sadikit nilai budi bahasa sopan santun manusia Melayu itu telah berubah.

Perubahan ini muncul kerana asas sistem ekonomi manusia Melayu itu berubah. Dari masyarakat feudal yang berasaskan ekonomi pertanian manusia Melayu telah memasuki ke alam ekonomi kapitalis. Perubahan ini tidak dapat tidak telah juga mengubah pembudayaan manusia Melayu itu sendiri.

Satu ketika dahulu kenduri nikah kahwin adalah kerja bergotong royong untuk sanak saudara dan jiran sekampong – kini semuanya dijalankan oleh kontrektor. Tenaga dan masa yang satu ketika dahulu melimpah ruah dan diberikan secara percuma kini – masa dan tenaga - telah di ukur dengan nilai wang ringgit. Justeru kita tidak akan hairan kadangkala upacara keagamaan juga memerlukan perbayaran. Iman dan Tok Kadi kini perlu dibayar untuk doa dan kehadiran mereka. Tiga puluh tahun dahulu mustahil pekara ini berlaku.

Peralihan dari sistem ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini telah didatangkan dengan mendadak. Peralihan ini bukan satu evolusi – sadikit demi sedikit. Ianya adalah sebahagian dari nilai budaya Dasar Ekonomi Baru yang diajukan oleh kerajaan United Malays National Organisation bermula dari tahun 1970. Dalam masa tiga puluh tahun manusia Melayu kampong berubah untuk menjadi manusia Melayu bandar. Dari suasana kampong yang aman permai manusia Melayu telah di lambakkan ke dalam kota dan pekan yang hiruk piruk dan penuh dengan persaiangan.

Peralihan dari ekonomi semi feudal ke semi kapitalis ini adalah perjalanan sejarah ekonomi kapitalis. Ini adalah hukum perjalanan ekonomi kapitalis yang beralih dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Ini bukan menghairankan. Apa yang menjadi masaalah disini ialah proses peralihan ini datang mendadak kepada manusia Melayu. Dalam masa satu jenerasi – tiga puluh tahun - kaum tani Melayu telah berubah dari bercucuk tanam untuk menyara hidup kepada penjual tenaga untuk membeli makanan.

Ekonomi wang ringgit yang dipekenalkan oleh sistem kapitalis ini telah membawa nilai-nilai baru. Manusia Melayu kini berhadapan dengan gelombangan pasang surut ekonomi kapitalis dunia. Manusia Melayu tidak lagi tinggal bersendirian dalam tempurong suasana kampong yang aman permai.

Perubahan mendadak ini telah melahirkan kekacauan budaya. Ianya juga melahirkan kekacauan nilai. Ianya juga melahirkan kekacauan jati diri. Ketiga-tiga kekacauan ini sedang berlaku sekarang ini. Semua manifestasi dari kekacauan ini dapat kita lihat. Setiap hari jika kita memberi perhatian yang rapi maka apa yang kita baca dari akhbar atau ada yang kita dengar dari radio atau lihat dikaca tv – adalah manifestasi dari kekacauan ini. Apa yang dipanggil masaalah sosial itu sebenarnya adalah manifestasi kekacaun nilai manusia Melayu.

Ekonomi kapitalis ini telah menobatkan hak individu lebih tinggi nilainya dari hak orang ramai. Hak individu lebih dihormati dari hak kelompok. Ekonomi kapitalis ini telah membuat ukuran dan rujukan bahawa kesempurnaan hidup dan kejayaan hidup akan dinilai dengan jumlah harta benda yang dimiliki. Susuk tanpa pemilikan akan di cap sebagai susuk yang gagal.

Kerana ini kita lihat manusia Melayu ketika ini dalam keadaan bagitu kacau sekali. Jiwa dan hati nuraninya sedang dirobek-robek oleh keadaan sekeliling. Zaman hidup aman damai tanpa penggunaan wang ringgit yang banyak masih lagi dalam ingatan. Nilai kampong yang penuh dengan berbudi bahasa kini dalam peralihan. Nilai ini sedang bertembung dengan nilai ringgit dan dinar.

Hasil pertembungan ini, sadikit demi sadikit nilai budi murni manusia Melayu terhakis. Sadikit demi sedikit nilai kejujuran yang dimiliki oleh manusia kampong lupus. Kuasa ringgit dan dinar cukup ampoh. Kuasa ringgit dan dolar telah dapat menengelamkan nilai kemanusiaan yang dimiliki oleh manusia Melayu. Nilai ini mewajibkan manusia Melayu berlumba dan bersaing. Manusia Melayu diwajibkan untuk merebut peluang ekonomi duit ringgit kalau tidak mereka akan dilihat gagal.

Selama lebih dua puluh tahun ini , proses pembudayaan manusia Melayu cukup kacau bilau. Dasar siasah dan ekonomi yang diajukan oleh United Malays National Organistation ini adalah dasar kapitalisma – pasaran terbuka. Kekacauan nilai manusia Melayu ini bertambah parah apabila dalam hal pembudayaan United Malays National Organisation telah memperkukuhkan teras kefeudalan Melayu lama. Simbol dan upucara feudal diperkukuh dikalangan masyarakat Melayu.Ini bertujuan untuk memastikan manusia Melayu tidak akan melarikan diri dari jaringan perangkap politik United Malays National Organisation.

Dari satu segi manusia Melayu diajak masuk ke dalam budaya ekonomi kapitalis pasaran bebas. Dalam satu segi yang lain mereka diperlukan taat setia kepada United Malays National Organisation sebagai payung feudal untuk manusia Melayu berteduh. Kecelaruan ini melahirkan kesakitan yang amat sangat.

Justeru hari ini kita melihat adanya Melayu yang ingin menjadi Arab. Ini adalah jalan senang untuk tafsiran jati diri kemelayuan mereka. Mengikut takrifan mereka menjadi Arab/Melayu/Islam ini adalah benteng pertahanan jati diri dari serangan kapitalis global. Dalam masa yang sama kita melihat Melayu yang gaya hidupnya cukup kosmopolitan yang bebas dari ciri-ciri nilai Melayu tradisional.

Hakikatnya nilai majoriti manusia Melayu hari ini amat kacau. Kejujuran, budi bahasa and tulus ikhlas semakin berkurangan. Ampu bodek dan bermuka muka menjadi budaya harian. Kalau dahulu : Kata akan di kota sebagai pegangan budaya Melayu. Kini kata wajib disadur dengan ringgit dan dolar. Semua ini adalah nilai-nilai yang dilahirkan oleh budaya sistem ekonomi kapitalis.

Pada awal tahun 2010 ini krisis nilai manusia Melayu telah sampai ke satu kemuncak persimpangan. Manusia Melayu di Malaysia pada thun 2010 ini sedang di uji sama ada dalam roh kemelayuan mereka ada atau tidak lagi tersimpan nilai-nilai kejujuran. Apakah manusia Melayu boleh bercakap benar. Apakah manusia Melayu itu akan tahu apa yang hak dan apa yang batil.

Ujian yang saya maksudkan ini ialah ujian yang didatangkan oleh kes Anwar Ibrahim. Kes Anwar Ibrahim yang ke dua ini akan menguji manusia Melayu dengan nilai-nilai kemelayuan mereka hingga ke akar umbi. Saya takrifkan sebagai ujian kerana apabila kes ini dibuka di mahkamah nanti maka seluruh warga Malaysia dapat membaca dan menilai apa sebenaranya disebalik pembicaraan kes Anwar Ibrahim ini.

Manusia Melayu akan diuji sama ada mereka berani berkata benar apabila melihat fakta yang terpampang di hadapan mata mereka. Atau mereka memileh untuk menjadi manusia yang tidak jujur untuk terus menipu diri sendiri kerana kepentingan ekonomi.

Ujian yang akan sampai ini adalah ujian terahir untuk tamadun Melayu. Ujian ini adalah ujian nilai tentang harga budaya bangsa, jati diri bangsa dan masa hadapan tamadun negara bangsa. Di kemuncak persimpangan ini semua manusia Melayu - tua dan muda - wajib melihat dan menilai diri mereka sendiri

Diakhir ujian ini jiwa halus manusia Melayu akan bertanya sendiri apakah maksud kata-kata ini : Bercakap benar didalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi.

Isnin, Mac 22, 2010

Bila hati dah berkarat

Formula besi jadi berkarat ialah Fe + H20 + 02= Fe203, ceh macam betul jer, dulu subjek kimia aku dapat C jer.

Kalau besi berkarat boleh dikilatkan dengan autosol, kalau skru ketat berkarat boleh sembur dengan WD40, bagaimana hati boleh menjadi berkarat dan bagaimana nak mengilatkannya semula?

Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.” Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.

Rasulullah bersabda :
“Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat(Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong. ” Riwayat At Tirmizi.

PETUNJUK RASULULLAH APABILA MERASA SUSAH DALAM URUSAN

Dalam kitab Jami’ At Turmudzi disebut hadis dari Anas ia berkata:
“Sesungguhnya apabila Rasulullah merasa susah kerana sesuatu urusan maka baginda mengucapkan: Yaa hayyu yaa qoyyum, birahmatika astaghisu..”

Ibn Abbas berkata Rasulullah bersabda:
“Barangsiapa membiasakan membaca istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya keringanan dari kesusahannya dan jalan keluar dari kesulitannya serta diberiNya rezeki dari jalan yang tak terduga. ” Riwayat Abu Daud.

Disebutkan juga bahawa Rasulullah segera mendirikan sembahyang apabila baginda mengalami kesusahan.

BAGAIMANAKAH CARA MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENINGKATKAN DARJAT?

Rasulullah bersabda:
“Mahukah aku tunjukkan kepadamu hal-hal di mana Allah menghapuskan dosa-dosamu serta mengangkat darjatmu? Para sahabat menjawab: Baiklah ya Rasulullah: Sabda Rasulullah: Menyempurnakan wuduk, menghadapi segala kesusahan, memperbanyak langkah menuju ke masjid serta menantikan solat setelah solat; itulah perjuangan. Itulah perjuangan!

Ahad, Mac 14, 2010

Sisi Gelap Dalam Lagu

Sebuah analisis bebas.

Lagu: Bad Romance
Artis: Lady Gaga

Aku ingin mengetengahkan seorang artis yang menjadi wakil kepada Illuminati ini. Lagu Bad Romance jika didengar berulang kali, ternyata mempunyai agendanya yang tersembunyi.

1.Satu lagu yang berbentuk ritual
2.Lagu yang mempunyai kaitan dan hubungan dengan pengguna dadah sintetik
3.Salah satu cara untuk mengarahkan pendengarnya membuat atau memikirkan sesuatu

Bad Romance tu sendiri menceritakan kisah cintanya terhadap sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran atau kebaikan. Kisah cintanya terhadap dunia hiburan yang melampau, kisah cintanya terhadap keseronokkan dunia, kisah cintanya terhadap bahan-bahan yang terlarang. Lagu ini mampu memberikan kesan nostalgia dan kerinduan kepada pencintanya.

Dalam erti kata lain = Mind Control

Mereka-mereka yang mengedarkan bahan-bahan tadi mempunyai misi tersembunyi agar customer-customer mereka ini tetap dibawah kawalan mereka dan terus menjadi pengguna bahan-bahan mereka. Dalam dunia sekarang, Drugs = Music..ia berhubung kait.. Dengar muzik, akan teringat drugs..jika anda tidak kuat, maka anda akan berusaha untuk mendapatkan drugs.

Muzik dimana-mana

Dulu aku sering menyumpah Hitz FM sering memutarkan lagu yang sama berulang-ulang kali. Tapi sekarang aku tahu sebabnya..yeapp..mind control..untuk memastikan pengguna bahan2 terlarang tadi tetap berada dilandasan yang mereka mahukan, dibawah gengaman mereka. Mereka memutarkan lagu yang mampu menghasilkan kerinduan terhadap bahan dagangan mereka itu. Lagu itu dihidangkan berulang-ulang kali!!

Perhatikan lagu-lagu di radio2 utama sekarang..semuanya berpaksikan kerinduan, perpisahan, kekecewaan walaupun didalam irama tekno atau disco. Semua elemen negatif ini sebenarnya bertujuan untuk menghasilkan perasaan kerinduan terhadap bahan2 terlarang. Bayangkan semua pengguna bahan itu di brain wash dan di pukau setiap hari dan setiap masa oleh lagu2 tersebut.

Kembali kita ke lagu Bad Romance.
Ini adalah lagu yang sangat merbahaya!!
Pencipta dan orang di sebalik lagu ini mestilah seorang yang hebat dalam psikologi manusia. Aku mengambil masa yang lama juga mentafsir maksud sebenar lagu ini. Lagu ini mampu menghasilkan kesan kerinduan terhadap bahan2 terlarang jenis sintetik dan jika berulang kali diperdengarkan, si pengguna akan hilang pedoman, justeru terus mendapatkan bekalan bahan2 terlarang itu.. Mengejutkan bukan?

Sesungguh musuh2 Allah dan Islam itu akan berterusan berusaha untuk menyesatkan dan merosakkan Islam tanpa kita sedar.

Semoga Allah melindungi aku dan saudara seagama aku yang lain dari pengaruh negatif ini.

Berikut adalah analisis mengena lagu ini yang dibuat oleh orang lain:

http://vigilantcitizen.com/?p=2737

Oh-oh-oh-oh-oh
Oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh

Caught in a bad romance

Ra Ra-ah-ah-ah
Roma Roma-ma

GaGa
Oh la-la
Want your bad romance

I want your ugly
I want your disease
I want your everything
As long as it’s free
I want your love
Love love love
I want your love

I want you drama
The touch of your hand
I want your leather studded kiss in the sand
I want your love
Love love love
I want your love

You know that I want you
And you know that I need you
I want it bad
A bad romance


I want your love and
I want your revenge
You and me could write a bad romance
I want your love and
All your lover’s revenge
You and me could write a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oh
Oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh

Caught in a bad romance
Ra ra-ah-ah-ah

Roma roma-ma
GaGa
Oh la-la
Want your bad romance

I want your horror
I want your design
‘Cuz you’re a criminal
As long as you’re mine
I want your love
Love love love
I want your love


I want your psycho
Your vertigo shtick
Want you in my rear window
Baby you’re sick
I want your love
Love love love
I want your love

You know that I want you (’Cuz I’m a free bitch baby)
And you know that I need you
I want it bad romance
Your bad romance


I want your love and
I want your revenge
You and me could write a bad romance
I want your love and
All your lover’s revenge
You and me could write a bad romance

Oh-oh-oh-oh-oh
Oh-oh-oh-oh-oh-oh-oh

Caught in a bad romance
Ra ra-ah-ah-ah

Roma roma-ma
GaGa
Oh la-la
Want your bad romance

Walk walk fashion baby work it
Move that bitch c-razy
Walk walk fashion baby work it
Move that bitch c-razy
Walk walk passion baby work it
I’m a free bitch baby

I want your love
And I want your revenge
I want your love
I don’t wanna be friends

Je veux ton amour
Et je veux ta revenge
Je veux ton amour
I don’t wanna be friends
(Want your bad romance
I want your bad romance)
Want your bad romance!

I want your love and
I want your revenge
You and me could write a bad romance
I want your love and
All your lover’s revenge
You and me could write a bad romance

Caught in a bad romance

Rabu, Mac 10, 2010

Satu Penjelasan Logik Dari Abang Hisham

Sebuah tulisan Hishamudin Rais

ARAH BUDAYA SENIMAN KITA

Kita sering terbaca berita yang mengatakan warga dalam negara kita ini kurang membaca. Dari kajian dan pukul rata seorang warga Malaysia dikatakan hanya membaca dua muka surat sahaja untuk satu tahun. Berbanding dengan 40 ke 50 buah buku untuk seorang warga Sweden atau Finland.

Hasilnya buku buku yang dicetak tidak terjual. Penulis kita agak susah untuk mencari makan. Budaya buku dan budaya ilmu tidak berkembang. Warga dalam negara kita ini tidak ambil pot tentang buku dan tulisan. Jauh sekali mereka hendak merapati buka sastera, buku falsafah atau buku budaya, pamiran lukisan, pementasan sandiwara atau teater.

Megapa ini berlaku? Apakah warga Malaysia ini – terutama manusia Melayu - amat culas dalam hal baca membaca dan berbudaya? Apakah manusia Melayu ini tidak ada keingian untuk tahu apa yang sedang berlaku di alam sekelilingnya. Atau apakah manusia Melayu ini telah menjadi bagitu mandul sehinggakan dia tidak dapat lagi melihat apa yang sedang berlaku terhadap keluarga, anak dan dirinya sendiri.

Memang betul pada ketika ini proses pembodohan orang-orang Melayu sedang berjalan dengan ligat. Proses ini tidak akan berjaya jika para seniman , para penulis dan para sasaterawan Melayu bangun dan menentang dan melawan proses pembodohan ini.

Disini peranan penulis/seniman/sasterawan cukup penting dalam memperkasa kembali fikrah yang selama ini telah diperbodohkan melalui budaya yang disebar luas oleh United Malays National Organisation.

Selama lebih dari 50 tahun hegemoni budaya United Malays National Organistaion telah melakar dan mengkonstruk cara warga Malaysia terutama manusia Melayu berfikir dan bergerak. Dengan bantuan lembaga - seperti lembaga feudal, lembaga keagamaan, lembaga tradisional Melayu – United Malays National Organisation telah berjaya memagar dan mengikat cara manusia Melayu befikir dan bergerak.

Apabila kita terbaca berita yang mengatakan kita semua ini kurang membaca maka kita menerima hakikat ini tanpa kita berfikir panjang atau menimbulkan pelbagai persoalan. Sikap ini adalah sikap yang salah. Inilah sikap hasil dari hegemoni budaya United Malays National Organisation. Budaya ini memalaskan kita untuk berfikit. Seharusnya - kita menimbulkan persoalan demi persoalan ke atas kenyataan tadi.

Kenapa agaknya manusia Melayu tidak suka membaca ?

Jika manusia Melayu tidak mahu atau tidak suka membaca buku maka mari kita selidiki apa sebenarnya isi buku itu. Jika manusia Melayu tidak ingin membaca sebuah nobel maka mari kita selidiki apa yang cuba dipaparkan oleh si penulis dalam didalam nobel itu. Jika manusia Melayu gagal untuk menghayati sebuah puisi – maka mari kita lihat dan selidiki apa isinya pusi itu. Jika mansia Melayu tidak menghayati sebuah lukisan maka mari kita selami apa dia yang telah dilukis.

Selama lebih dari 20 tahun ini – buku-buku dari tulisan sasterawan kita, buku-buku yang cuba membawa hal ehwal semasa , buku buku yang dikatakan cuba membuka mata dan hati warga Malaysia – kebanyakan bergenre bodek. Puisi, teater dan sandiwara yang dipentaskan ke hadapan penonton banyak juga yang membawa unsur-unsur budaya bodek. Budaya bodek ini telah menjadi salah satu ciri yang amat penting dalam proses pembodohan manusia Melayu.

Cara untuk memahami budaya bodek ini berkembang dan bergerak cukup senang. Contohnya, ketika di zaman Islam Hadari dahulu banyak buku yang ditulis tentang Islam Hadari. Banyak seminar-seminar akdemik dianjurkan tentang Islam Hadari. Ada tetaer dipentaskan tentang Islam Hadari. Ada kajian-kajian di jalankan tentang Islam Hadari. Ada lagu, ada puisi, ada musik, ada pamiran lukisan tentang Islam Hadari.

Seorang penulis puisi yang bercita cita ingin melihat puisinya diterbitkan dalam akhbar tidak dapat tidak akan melakar Islam Hadari sebagai tema puisinya. Seorang pensyarah yang ingin membuat kajian ilmiah pasti akan membuat kajian tentang Islam Hadari. Ini untuk memastiikan kajian ini akan diluluskan oleh universiti dan akan mendapat dana. Di sekolah pula akan ada pertandingan menulis karangan dan essei tentang Islam Hadari. Akan diadakan pertanding berbahas atau berbalas pantun tentang Islam Hadari.

Sebuah pereka desin papan tanda juga akan meletakan logo Islam Hadari - agar logo ini akan mendapat kelulusan pihak yang berkuasa sebelum di sebarkan ditepi tepi jalan. Iklan-iklan di akhbar, radio atau tv juga akan menayangkan Islam Hadari. Drama tv juga mula berkisar dengan Islam Hadari.

Apabila pencadang Islam Hadari ini tidak ada kuasa lagi maka semua beralih kepada satu Malaysia. Proses yang sama akan berulang lagi. Proses membodek tetap berlaku. Justeru inilah caranya hegemoni budaya bodek bergerak dan menyerapi jauh ke dalam masyarakat kita.

Sebenarnya orang ramai tahu – semua yang terpampang ini adalah bodek. Malah si penulis , si penyaer, si pengkaji, si pembuat teater, si pembuat lagu, si pereka – semua tahu – apa yang mereka buat adalah membodek orang yang berkuasa pada ketika itu. Justeru kerja bodek mereka tidak membawa apa-apa yang menakjubkan.

Kerja kerja bodek – tidak menarik. Kerja kerja seni bodek tidak akan membuka pandangan orang ramai. Tulisan-tulisan bodek tidakkan mengancam untuk mengelodakkan fikrah yang beku. Kerja kerja seni membodek tidak akan mengusik jiwa. Nobel-nobel, cerpen-cerpen, puisi-puisi yang muncul hasil dari peraduan membodek tidak akan ada sesiapa yang akan membeli atau membacanya. Malah jika buku buku bodek ini ini di beri percuma besar kemungkinan buku ini akan menjadi penyelak pintu atau pengalas cerek panas. Inilah hakikatnya hasil kerja seni bodek.

Justeru kita tidak boleh menyalahkan manusia Melayu sebagai manusia yang malas membaca. Mereka malas membaca buku buku yang tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka. Mereka culas membaca kerana mereka merasakan buku-buku ini tidak memberikan apa apa manafaat kepada kehidupan mereka.

Bayangkan jika buku-buku atau kerja kerja seni ini ada berkaitan – ada hubungan dengan kehidupan mereka - pasti manusia Melayu ini akan berhenti, melihat dan cuba mendengar apa yang cuba disampaikan oleh buku buku ini. Jika sebuah puisi ini indah dan ada hubungan dengan perjuangan kehidupan manusia Melayu – pasti puisi ini akan dihayati.

Apa yang diinginkan oleh warga Malaysia khasnya manusia Melayu hari ini adalah buku-buku dan kerja-kerja seni yang temanya memaparkan perlawanan. Buku-buku yang mengajukan tema perlawan terhadap penindasan. Perlawaan ini adalah perlawanan manusia Melayu yang tertindas dalam kehidupan harian mereka. Kehidupan harian yang mereka lalui dan alami. Justeru dengan sendirinya mereka akan dapat memahami dan menghayatinya kerja seni ini. Bukan buku buku yang berkhayal tentang kehidupan orang-orang kaya yang tidak ada talian dengan manjoriti manusia Melayu.

Puisi-puisi yang mengajukan tema penentangan terhadap kezaliman. Atau lagu lagu yang menggerakkan nadi dan jiwa mereka untuk bangun melawan. Atau shaer dan sajak yang melakar kehidupan mereka yang saban hari bertempuran dengan kezaliman dan penindasan. Jika tema ini yang digarap oleh para seniman pasti kerja seni mereka merebak luas.

Contoh terbaik – hari ini - tema besar yang sedang terpampang dalam dunia Melayu hari ini ialah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Inilah tema besar yang tidak mungkin dapat disorok-sorok. Tema ini sedang menunggu penulis, penyaer, pemusik, pelukis – untuk digarap seseni mungkin.

Jika para penulis/ seniman/saterawan/pelukis/ pengiat teater gagal untuk melihat tema yang besar ini maka jangan marah kepada manusia Melayu. Jangan marah apabila buku tidak ada orang beli. Jangan marah apabila lagu tidak ada sesiapa mendengar. Jangan kecewa apabila pamiran lukisan hanya dilihat sebagai pamiran syiok sendiri. Jangan marah jika tak ada sesiapa ambil pot terhadap buku puisi bodek yang tidak ada siapa ingin membeli.

Hakikatnya manusia Melayu hari ini mahu mendengar bunyi dan suara laungan perjuangan. Manusia Melayu mahu mendengar pekikkan perlawanan. Manusia Melayu telah jelak dengan pusi bodek dan cinta. Manusia Melayu telah jelak dengan irama ampu dan cium tangan. Seniman yang melakar dan menggarap tema perjuangan adalah seniman yang akan dinobatkan oleh manusia Melayu

Khamis, Mac 04, 2010

Cerita disebaliknya

Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil minum kopi. Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta kita menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap mencuri. Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena tangkap mencuri duit 20 ribu ringgit.
Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera berkejar ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit, itupun nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu hakikatnya begini:

Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu peminta sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan membeli roti setelah beberapa hari tak makan?
Sedangkan dalam kes kedua, duit itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah keluar zakat? Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan appearance.

Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu minda kita tertipu.
Stephen Covey, dalam bukunya “Seven Habits of Highly Effective People” menceritakan pula begini:

Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup lembut itu,tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak kecilnya duduk di sebelah kita. Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat hati. Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu. Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal mamat ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni?

Lepas dah tak tahan sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak encik tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni! Lelaki itu melihat pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit. “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu Sebenarnya, isteri saya – ibu mereka – baru meninggal dunia sebab kanser di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka hal ini.” Kemudian dia sambung lagi: “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain supaya tak menganggu anda makan.” Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya sering berasa menyesal. Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan luarannya! Bagaimana dengan anda?

Rabu, Mac 03, 2010

Peluang Terakhir

Minggu lepas aku dah menyerah kepada takdir dan melepaskan segalanya.
Aku dikecewakan, ditipu, dipergunakan dengan sengaja.
Sakitnya tak terhingga, kecewanya tak terkata..
Tuhan maha berkuasa, dia melembutkan hati aku agar memaafkan.
Maka aku beri satu peluang terakhir.
Jikalau masih gagal, aku akan menarik diri dari semua ini.

Tuhanku, tunjukkan kami jalan Mu yang lurus.
Agar kami terselamat dari segala malapetaka.

Sabtu, Februari 27, 2010

Berakhir

Segalanya telah berakhir..

Bye bye

Khamis, Februari 25, 2010

Kekuasaan-Nya

Aku mengharapkan saintis berjaya mencipta satu alat ini.

Heart content and feeling detector!!

Agar tiada lagi kepuraan dan kesangsian wujud di dunia ini..

Seperti juga mesin masa..ia mustahil..kerana Allah telah befirman"

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian"

Seperti juga alat untuk menentukan isi hati seseorang..

Ia adalah rahsia Allah..

Rabu, Februari 24, 2010

Monolog Di Awal Pagi

Soalan untuk diri sendiri.

1. Apa perasaan jika kita tahu orang yang setiap hari kita jumpa sebenarnya sedang merindui seseorang yang lain?

2. Apa perasaan jika kita tahu orang itu juga masih lagi menyimpan perasaan seseorang yang lain?

3. Apa perasaan jika kita tahu orang itu masih mengingati dan mendambakan sesuatu yang lain?

Jawapan aku:

Aku tak merasa apa2 pun.Aku tidak rasa kecewa,marah atau tertekan.
Aku rasa aku ni ada masalah feeling and emotion disorder.
Hati kering?
Hati mati?

Entah....

Aku tak tahu

Diwaktu dan ketika ini..

Aku rasa:

1.Tiba-tiba merasa kecewa
2.Tiba-tiba merasa kosong
3.Tidak menentu
4.Hampa
5.Tidak menaruh harapan

Apakah ini simptom2 kemurungan a.k.a depression dan stress?
Atau kesan dari perjumpaan dengan encik linder dan pakcik xanax?

Khamis, Februari 18, 2010

Wahabi kah mereka?

Kerajaan pulau pinang tidak akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul.
Wahabi kah Lim Guang Eng yang kafir itu?
Adakah ia adalah bidaah mengikut pimpinan Islam di Pulau Pinang?

Ya..ia adalah bidaah..
Salahkah kita menyambut kelahiran junjungan besar kita?

Kerajaan kelantan juga mengikut jejak langkah yang sama.
Tok Guru kita wahabi kah?
Tolak semua bidaah termasuk bidaah hasanah?
Jawab Tok Guru..Jawab...

Lain Dunia




Kurasakan, kuterlena di putihnya nuansa
Yang kau lukis dalam pesona diri
Sisi batinku, sisi batinmu terpendam di alurnya
Tak ada tegur sapa antara kita

Media dunia membawa terbang tawa ceria
Teruraikan nada rasa
Terpendam dalam jiwa

oooooh..., menarilah biar sejenak
oooooh..., bernyanyilah bahagiakan hati


Bentangan jarak, meringkas khayal
Menggairahkan arti hidupku
Walau hatiku, hatimu takkan bertemu
Betapa mungkin dekat dirimu atau kukenali
Biarkan semua wajar adanya

ooh..., menarilah biar sejenak
ooh..., warnailah duniaku
ooh..., bernyanyilah bahagiakan hati

Betapa mungkin dekat dirimu atau kukenali
Biarkan semua wajar adanya

p/s: entahlah

Selasa, Februari 16, 2010

Senjata Kapitalis dan Imperialis

Salah satu senjata dan produk mereka yang paling berjaya ialah

COKE dan PEPSI.

Bahan2 di dalam COKE atai COLA ini:

http://en.wikipedia.org/wiki/Coca-Cola

Coca — cocaine

Pemberton called for five ounces of coca leaf per gallon of syrup, a significant dose; in 1891, Candler claimed his formula (altered extensively from Pemberton's original) contained only a tenth of this amount. Coca-Cola did once contain an estimated nine milligrams of cocaine per glass, but in 1903 it was removed.[30] Coca-Cola still contains coca flavoring.

After 1904, instead of using fresh leaves, Coca-Cola started using "spent" leaves — the leftovers of the cocaine-extraction process with cocaine trace levels left over at a molecular level.[31] To this day, Coca-Cola uses as an ingredient a cocaine-free coca leaf extract prepared at a Stepan Company plant in Maywood, New Jersey.

In the United States, Stepan Company is the only manufacturing plant authorized by the Federal Government to import and process the coca plant,[32] which it obtains mainly from Peru and, to a lesser extent, Bolivia. Besides producing the coca flavoring agent for Coca-Cola, Stepan Company extracts cocaine from the coca leaves, which it sells to Mallinckrodt, a St. Louis, Missouri pharmaceutical manufacturer that is the only company in the United States licensed to purify cocaine for medicinal use.[33] Stepan Company buys about 100 metric tons of dried Peruvian coca leaves each year, according to Marco Castillo, spokesman for Peru's state-owned National Coca Co.[34]
Kola nuts — caffeine

Kola nuts act as a flavoring and the source of caffeine in Coca-Cola. In Britain, for example, the ingredient label states "Flavourings (Including Caffeine)."[35] Kola nuts contain about 2 percent to 3.5 percent caffeine, are of bitter flavor and are commonly used in cola soft drinks. In 1911, the U.S. government initiated United States v. Forty Barrels and Twenty Kegs of Coca-Cola, hoping to force Coca-Cola to remove caffeine from its formula. The case was decided in favor of Coca-Cola. Subsequently, in 1912 the U.S. Pure Food and Drug Act was amended, adding caffeine to the list of "habit-forming" and "deleterious" substances which must be listed on a product's label.

Coca-Cola contains 46 mg of caffeine per 12 fluid ounces, while Caffeine-Free Coca-Cola and Diet Coke Caffeine-Free contains 0 mg.[36]
Production

--------

Coke di ekstract dari cocaine dan masih lg mengekalkan rasa cocaine itu mesti pun mereka mengatakan tiada lg cocaine dlm minumannya.

Sama seperti rokok, mereka sekeras-kerasnya menafikan rokok tidak akan gian atau addicted. Tuan-tuan dan puan, lepas makan kalau tak kena rokok..apa rasanya?

Ahad, Februari 14, 2010

Ikut hati mati?

Orang cakap..

Ikut hati mati,
Ikut rasa binasa..

Kalau,
Pendam rasa didalam hati?

Mati atau binasa?

Jumaat, Februari 12, 2010

Baru ku tahu..

Baru ku tahu..
Dengan mengembirakan orang lain bisa membuat aku gembira..

Baru ku tahu..

Kegembiraan untuk sesuatu yang sukar dijangka

Baru ku tahu..

Orang lain tidak semestinya gembira dengan kegembiraan kita

Kerna itu,

Aku cukup gembira kerana membuat dia gembira
Begitu besar erti ia kepada dia...

Selasa, Februari 09, 2010

yehaa..akhirnya aku kena game lagi

Hari ni ada orang cakap dkt aku..

"Aku pilih ko sb aku takde pilihan lagi"

yeah..mmg aku dilahir utk kena game dan kena tipu..

Adeiii...sib baik ko bgtau awal2..

Thanks


p/s: kalo camtu tak naik pangkat pun takpe

what if?

What if somebody told u the truth..the truth mean something different from what you heard from their mouth?

I felt "nothing" , because the "truth" already wipe out and kill my heart's content.

Welcome back android...

Gigolo

Seorang pemuda yang baru frust bercinta mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu.Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik.Si pemuda itu merasa nervous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain.Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok.Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul. Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, “Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana,” ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus. Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik.

“Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan,” fikirnya.

Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu,”Tengok ni, Wati dan Budin, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni” Huahaha..ha. .ha..

Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu… HAHAHAHAHAAAA. … … …

Sabtu, Februari 06, 2010

Satu Pendedahan dan analisis

Pengenalan:

Artikel ini ditulis sebagai satu peringatan kepada aku sendiri dan kaum keluarga aku.
Ia juga bertujuan memberi maklumat kepada umum mengenai kesan pengambilan bahan ini yang tidak mungkin akan dapat ditonton di TV.
Aku ingin berkongsi ilmu dan kajian yang aku jalankan agar kita sama-sama mengambil iktibar dari apa yang berlaku.

Sayu aku melihat berita di TV..tahun ini sahaja 2 kes anak membunuh ahli keluarga sendiri.Menurut mereka, mereka terdengar "bisikkan" dari suara ghaib. Secara mistiknya, masyarakat mempercayai mereka ini dibomoh atau ada kaitan dengan makhluk halus. Tapi pendapat aku berlainan sekali dengan masyarakat.

Mereka ini mengalami mental disorder yang disebabkan oleh dadah jenis sintetik seperti syabu dan pil kuda.

Baca petikan berita mengenai statistik rakyat Malaysia yang mengalami penyakit mental yang di kenali sebagai schizophrenia ini.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=419249



Menurut statistik Kementerian Kesihatan, sebanyak 379,010 individu mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital-hospital kerajaan, berbanding 324,344 pada 2007.

Jumlah pesakit psikiatri yang dirawat di hospital pada tahun lepas ialah sebanyak 21,852 kes berbanding 21,217 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Pembangunan Perubatan kementerian itu, Datuk Dr Azmi Shapie.



Aku pernah melihat sendiri kesan bahan larangan ini kepada kawan-kawan yang terdekat dengan aku. Mereka yang dibawah pengaruh bahan ini akan melakukan tindakkan yang berlandasan emosi mereka semata-mata. Mereka mengamuk dan menyerang orang lain tanpa sebab. Setelah mereka sedar..mereka tidak ingat apa yang merekat buat. Ada dikalangan mereka telah mengalami delusi dan melihat,mendengar "perkara-perkara" ghaib. Aku mendedahkan isu ini kerana ada kawan aku yang koma selama beberapa hari kesan daripada pengambilan bahan ini secara tidak terkawal.

Aku hairan kenapa kerajaan tidak mendedahkan punca sebenar penyakit mental yang membunuh potensi anak muda kita yang kita anggap sebagai pelapis kita? Mungkin dengan pengedaran bahan tersebut turut menjana ekonomi negara sebagai mana di Thailand sektor pelacuran turut menyumbang kepada KDNK negara?

Media patut mendedahkan kepada umum kesan akibat pengambailan dadah jenis sintetik ini dengan menunjukkan bukti realistik. Banyak juga kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh kesan pengambilan bahan ini yang sama bahayanya dengan kesan pengambilan alkohol.

Delusi

Aku pernah terbaca kisah seorang anak menyembelih ayahnya hidup2 di dalam masjid. Bila disoal, dengan tanpa rasa bersalah si anak mengatakan dia menyembelih lembu, bukan ayahnya. Malah si anak bertanya kepada emaknya kemana ayahnya pergi. Setelah ujian air kencing dibuat, si anak didapati positif dadah jenis pil kuda. Delusi ini sangat bahaya kerana pertimbangan tidak dapat dibuat dengan sebaiknya. Kondisi ini lebih dikenali sebagai "karau".

Emosi

Memeranjatkan bila dadah jenis sintetik ini boleh mempengaruhi emosi, dan jika si pengguna melayan emosi tersebut, ia akan menjadi lagi mendalam. Jika anda gembira, bahan ini akan menguatkan lagi kegembiraan begitu juga dengan emosi sedih dan lain-lain. Kajian menunjukkan jika keputusan yang bersangkut paut mengenai emosi boleh menjejaskan kestabilan emosi seseorang dalam masa yang singkat sahaja. Sebagai contoh, penguna dadah jenis ini semasa dalam pengaruhnya, menjalani proses percintaan dan kasih sayang akan cepat mendapat kesan "cinta" tersebut berbanding dengan orang biasa. Bahan tersebut membolehkan si pengguna atau si pasangan berinteraksi terus dengan hati. Memeranjatkan bukan?

Langit tidak selalu cerah, pasangan tersebut mungkin mengalami masalah dalam hubungan. Tahukah anda mereka yang menggunakan bahan ini akan mengalami gangguan emosi yang sangat teruk sehingga sanggup membunuh diri dan melakukan perbuatan luar kawal yang lain? jika mereka tidak dapat apa yang mereka inginkan, mereka sanggup melakukan apa saja dalam usaha mencapai objektif mereka.Pengguna bahan ini sukar untuk melenyapkan perasaan yang wujud semasa pengaruhnya dan terbawa-bawa sehingga ke suatu jangka masa yang tidak diketahui. Jika diperhatikan, amat sedikit di antara mereka dapat melupakan atau "move on" dengan hidup yang baru.

Konklusi:

Dadah sintetik amat bahaya berbanding dadah jenis tradisional kerana ia boleh merosakkan sistem saraf dan otak manusia. Ia juga boleh mempengaruhi emosi pengunanya.Apa yang aku dapat simpulkan disini, penularan bahan ini ada kena mengena dengan syarikat yang membuat ubat untuk pesakit mental. Mereka mempromosikan bahan larangan ini agar semakin ramai pesakit mental wujud dikalangan kita.

Artikel ini adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian aku sendiri, terpulang kepada anda untuk mempercayainya atau tidak.

Tiada Tajuk

Entah..tiba-tiba aku rasa ada sesuatu tidak kena..
aku tidak tidur lagi sampai sekarang..
kenapa yer?

Mulai hari ini, aku akan cuba tidak menulis mengenai diri sendiri dan orang disekeliling aku lagi.

Khamis, Februari 04, 2010

Rabu, Februari 03, 2010

Forever and One

Lagu yang aku cukup suka pada satu ketika dulu...
Rasa nak dengar balik..



What can I do?
Will I be getting through?
Now that I must try to leave it all behind
Did you see what you have done to me?
So hard to justify
Slowly it's passing by

Forever and one I will miss you
However, I kiss you yet again
Way down in Neverland
So hard I was trying
Tomorrow I'll still be crying
How could you hide your lies
Your lies

Here I am
Seeing you once again
My mind's so far away
My heart's so close to stay
Too proud to fight
I'm walking back into night
Will I ever find someone to believe?

Forever and one I will miss you
However, I kiss you yet again
Way down in Neverland
So hard I was trying
Tomorrow I'll still be crying
How could you hide your lies
Your lies

Isnin, Februari 01, 2010

Persepsi

Aku tengah berehat di rumah sambil menonton berita di tv,
ada satu berita mengenai seorang penganggur ditangkap selepas merompak bank.
aku pasti semua orang akan segera menghukum dan menyatakan si perompak itu jahat dan tak patut dilepaskan.

Aku setuju mengenai itu, jenayah walau apa jua alasan, tetap menjadi kesalahan.
Tapi pernahkah kita terfikir kenapa dai terdetik untuk melakukan kesalah tersebut?
Apa yang aku dapat nyatakan disini ada dua sebab:

1. Desakan hidup
2. Jalan singkat untuk kaya

Sebab ke 2 tu sangat common dan tak perlu dihuraikan lagi.
Negara kita mengamalkan dasar ekonomi kapitalis, dimana golongan yang kaya akan bertambah kaya dan golongan miskin akan bertambah miskin.

Golongan pemodal ini akan berusaha untuk mengaut keuntungan maksimum tanpa mempedulikan tanggung jawab sosialnya. Hasilnya semua benda dan keperluan asas dinaikkan harga. Ini menambahkan lagi kesulitan kepada mereka yang miskin. Oleh kerana tidak mampu lagi untuk membayar dan membeli keperluan asas, maka mereka ini membuat keputusan untuk merompak agar dapat mereka menyambung kehidupan mereka.

Kita selalu menjatuhkan hukum terhadap orang lain tanpa mengetahui kenapa mereka berbuat demikian. Adakah kita dididik untuk mementingkan sendiri?

p/s: Alangkah baiknya jika kerajaan menjadikan negara ini sebagai negara berkebajikkan, orang yang tersepit hidupnya tidak perlu merompak untuk terus hidup

Jumaat, Januari 29, 2010

Monolog

Dua tiga hari ni, kepala semak dengan perkara-perkara yang tidak perlu,
Perkara-perkara lampau yang menghantui hari-hariku,
Fakta-fakta silam yang menyakitkan hatiku,
Nyah kau dari kepala ku..
Aku tak perlukan engkau..
Buat serabut aku jer..

Apa yang penting sekarang..
Fokus terhadap punca kegembiraan aku..
Dia adalah seseorang..
Seseorang itu adalah dia.
Aku tak rela melihat dia jatuh lagi,
Aku tak sanggup melihat dia sedih lagi,
Dia perlukan aku..
Sebagaimana aku perlukan dia

Khamis, Januari 28, 2010

Teknik membasuh otak

Bagaimana caranya nak jadikan orang mengikut apa yang kita arahkan?
Senang sahaja..teknik BRAIN WASH..

Bagaimana?

Secara teknikalnya ia amat senang, ulang menyebut benda yang tidak di terima sebelum ini berkali-kali sehingga si pendengar tu mengaggap benda itu dah menjadi benda yang biasa.

Contoh:

Homoseksual adalah sesuatu yang jijik.

Setiap hari kita dihidangkan dengan info, cerita, sketsa mengenai golongan ini.

Hasilnya?

Pada awalnya orang akan memandang jijik, tetapi setelah disogok dengan info itu setiap hari, lama kelamaan orang akan cakap homoseksual tu biasa sahaja.

Senario hari ini?

Setiap hari kita disogok dengan berita,cerita, info yang mengatakan si polan ini jahat, korup, dan tidak berhemah. Pada awalnya kita akan cakap...tak logik..tak masuk akal.. lama kelamaan kita akan bersetuju dengan kenyataan tersebut..

Akhir kata,

Terima kasih kepada ciptaan manusia yang bernama TV,radio dan media cetak..ini adalah alat Brainwash dan penyebar propaganda yang paling berkesan..

Internet?
Nanti setiap hari dekat TV akan cakap, internet itu tipu..lama lama orang akan percaya..

p/s: Aku tak tgk TV, aku tgk astro citer CSI, komfem dia tipu

Tanpa Tajuk

YA ALLAH,

Janganlah Engkau menarik semua kegembiraan yang aku miliki sekarang ini,
Walaupun bejuta halangan dan ujian yang aku sedang hadapi sekarang ini,
Walaupun beribu fitnah bergelimpangan,
Walaupun ianya kebenarannya yang menyakitkan,
Kerana itu adalah kegembiraan dan kebahagian aku...

Namun,

Jika ianya berlaku, aku tetap redha dengan ketentuanMu

Kerana,

Aku adalah hambaMu yang lemah

Rabu, Januari 27, 2010

Jatuh

Hari ini aku merempit dengan dia..
Rasa nak makan cendol dgn pasembor..
Damn..tersalah parking dlm lubang..
Kami terjatuh dari motor..

MALUNYAAAA

Ahad, Januari 24, 2010

Sisa Sisa

Hari ni separuh dari ku telah menjadi milik orang...
Kini aku sedang menghabiskan sisa sisa hidupku sbg org bujang..
9 bulan lagi..
Aku dimiliki sepenuhnya oleh org lain

Jumaat, Januari 22, 2010

No Secret

Kita dah janji kita akan jadi transparent..takde lg rahsia.
so aku cakap kat dalam ni since aku tak boleh ckp kat luar.
semalam dekat Nilai, ko ada terlepas cakap pasal ko dgn dia.
lepas tu ko cover line..
Aku tak marah..
Aku taknak ko sedih kalo aku marah..
Kerana aku sayang ko..

Selasa, Januari 19, 2010

Bila ni?



p/s: mesti masuk Malaysia Book Of Record

Khamis, Januari 14, 2010

Ikut Resmi Padi

Kita tak selamanya di atas,
Kita tak selamnya di puncak,
Kita pasti akan jatuh,
Terduduk...Tersadung..
Ketika itu kita akan memandang ke atas,
Yakni tempat kita dahulu...

Jika kita masih di atas,
Pandang seketika ke bawah,
Lihat ke arah padi,
Ikut resminya..
Makin berisi makin menunduk,
Semakin rendah dirinya

Tiada satu makhluk yang mengharapkan padi terkulai,
Sang tikus mendoakan padi segar dan berisi,
Agar dia dapat manfaatnya sebagai pengalas perut,
Sang burung mendoakan kesejahteraan padi,
Agar dia dapat menyambung nyawanya,
Belalang dan ulat mendoakan padi terus bernyawa,
Agar mereka ada tempat bergantung,
Manusia berharap padi semakin menunduk,
Itu tandanya kemurahan rezeki mereka.

Ya Tuhan yang Maha Esa,
Jadikanlah aku sebegitu,
Menunduk tanda kesyukuranku,
Tanda aku menerima limpahan rahmatMu,
Tanda aku berusaha demi rezekiMu,
Bukan sebagai tanda aku seorang yang besar dirinya,
Jangan lahirkan riak dan takbur walau sebesar zarah,
Dalam setiap lapisan hatiku.

Kerana,
Aku ingin menunduk,
Terhadap kekuasaanMu,
Serta limpahan rahmatMu,
Aku bersyukur.

Rabu, Januari 13, 2010

Takkan Lepas



Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
oh..

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

[Reff:]
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
dan jangan kau lepaskanku darimu

Selasa, Januari 12, 2010

Mat ZZZzZ Sudah takde la....

Suatu hari, Dato’ Jejai seorang ahli parlimen mendapat satu panggilan telefon dari seorang perempuan iaitu Jenet.

Jenet :”selamat pagi Dato’ Jejai”

Dato’ Jejai :”Selamat pagi, siapa disana??”

Jenet : “saya Jenet , yang pernah tidur bersama Dato’ suatu ketika dahulu”

Dato;’ Jejai : “hah???”

Jenet :”Kalau Dato’ tidak mahu rahsia kita ini terbongkar, saya mahu Dato’ membayar saya sebagai duit penutup mulut”,
Dato’ Jejai :”ok. baiklah. Saya akan membayarnya”

Walaupun dalam keadaan terpaksa, Dato’ Jejai cuba berfikir, dimanakah dia pernah meniduri wanita itu. Keesokan harinya, Dato’ Jejai telah membayar sejumlah wang di suatu tempat yang telah ditentukan. Tetapi setelah beberapa hari kemudian Jenet telefan lagi untuk meminta wang, dan Dato’ Jejai terpaksa tunaikannya kerana takut rahsianya terbongkar. Setelah beberapa minggu kemudian Jenet menelefon lagi dengan menggunakan ancaman yang sama.
Setelah mambayarnya untuk kali ketiga, dengan agak terkasima, Dato Jejai cuba bertanya untuk menjawab segala persoalan dihatinya ….” ok lah, aku tunaikan permintaanmu tapi aku akan terkeliru. Aku cuma ingin tahu, dimanakah tempat kita pernah tidur bersama itu?”

Dengan lembut Jenet menjawab :”kita kan pernah tidur bersama dikerusi dalam Dewan Parlimen sewaktu mendengar Perdana Menteri kita menbentangkan Bajet 2010 “.

Jumaat, Januari 08, 2010

Rezeki..rezeki

Hari ni aku dapat email ni dari exabytes:

We have sent your commission check for this month. Be sure to log in and check your financial history as well as other important stats. We hope to continue building a strong partnership with you!

Your Angel Control Panel URL:
http://angel.exabytes.com.my/

Sincerely,

Exabytes Angel Program Team

Alhamdulillah dapat RM400 hasil dari link ni:

http://angel.exabytes.com.my/idevaffiliate.php?id=3200222

Hari ni juga KPDNHEP menelefon aku bagitau kes tuntutan deposit beli kereta dari sebuah syarikat anak org VVIP telah hampir selesai, dan aku diarahkan pergi berjumpa dgn P.A company tersebut untuk menuntut duit deposit aku RM2000 (deposit pada tahun 2007). Ambil masa 2 tahun untuk selesai, gomen mmg lembab, tetapi kes aku setel jugak..Terima Kasih Tribunal Tuntutan Pengguna..

Ada apa2 aduan? Sila submit di E-Aduan KPDNHEP
http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/

p/s: seperti iklan HAI-O, syukurrrrr Alhamdulillah

Isnin, Januari 04, 2010

Hadiah 2010

Aku pernah mendengar orang kata, jika negara itu tiada lagi alim ulama dan ahli sufi yang mendoakan kesejahteraan negara, maka negara itu pasti akan dilanda musibah.

Mungkinkah kita akan menerima nasib yang sama seperti negara "moden" Turki hasil dari koyakkan akal Mustafa Kamal Attarturk yang dianggap wira dalam buku teks sejarah Malaysia? Sedarlah..ini adalah salah satu dari dakyah dari gerakan Freemanson!

Dipetik dari dari satuhala.blogspot.com
Minta perkenan saudara untuk menerbitkan kembali artikel ini.
Versi asal, http://satuhala.blogspot.com/2010/01/gerhana-awal-2010.html#more

Bismillahir Rahmaanir Raheem… Sebelum 31 Disember 2009, terdapat 3 buah tempat di dalam dunia diberikan keistimewaan oleh Allah s.w.t. untuk mengagungkan namaNya yang Maha Suci tanpa dibenarkan sebarang bentuk pencemaran ke atas nama tersebut dengan apa jua sabitan bersifat makhluk dan penghinaan.

Sebelum 31 Disember 2009, 2 buah kota dan sebuah negara diberikan Allah satu kelebihan melebihi semua tanah-tanah yang dipijak manusia dengan satu bentuk nikmat. Ianya tidak diberikanNya kepada mana-mana tempat kecuali kepada dua buah kota dan sebuah negara di atas muka bumi ini. Makkah dan Madinah menjadi dua buah kota di mana nama Allah tidak disabitkan dengan segala bentuk penghinaan dan sabitan-sabitan bersifat makhluk yang lemah. Satu-satunya negara yang dimaksudkan ialah Malaysia. Di Malaysia sebelum 31 Disember 2009, Allah merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Tidak beranak dan diperanakkan, Tidak bergantung kepada segala suatu dantiada yang setara dengan-Nya.

Terima kasih kepada pelacur-pelacur politik muslim yang dijangkiti kurap wahan dan blogger-blogger sondol yang terus mengotorkan jongor dengan menyondol tanpa usul periksa. Malang benar, belum disogok dengan perempuan dan harta, sudah terkangkang terlondeh iman mereka disapa lembut seorang dua raheeb bermuka dua.

Terima kasih kepada mereka ini kerana menyokong supaya Allah kini boleh disabitkan dengan Tuhan Tiga dalam satu, Tuhan yang beranak dan diperanakkan, Tuhan yang bergantung kepada segala suatu untuk survival dirinya dan Tuhan yang menghalalkan ba alif ba ya untuk dimakan.
Sejarah penggunaan nama Allah sejak dari zaman sebelum Islam dilengkapkan Muhammad s.a.w., belum pernah dihinakan nama tersebut sebagaimana nama itu dihinakan di Nusantara ini kini. Sebelum Muhammad s.a.w. membawa Islam untuk dilengkapkan, bangsa Arab menggunakan nama Allah sebagai merujuk kepada Tuhan yang paling berkuasa dan tidak pernah disabitkan mereka dengan segala sesuatu bentuk, rupa, perkara atau pun objek. Tiada satu pun bentuk berhala dikhususkan mereka sebagai merujuk kepada Allah. Ini kerana mereka sendiri tahu bahawa Allah itu tidak boleh digambarkan dan tidak boleh dibayangkan pancaindera manusia.

Tanyakan kepada orang-orang Nasrani, apa dia nama sebenar Tuhan mereka sebagaimana yang dicatatkan di dalam kitab yang diimani mereka? Nescaya mereka akan menjawab, nama sebenarnya kami tidak tahu. Jika ditanyakan kepada mereka kenapa mereka tidak tahu, mereka akan menjawab bahawa nama itu sudah pun dilupai oleh orang-orang Yahudi. Jika ditanyakan kepada orang-orang Yahudi kenapa nama Tuhan itu boleh dilupakan? Maka jawab orang-orang Yahudi, bahawa nama tersebut diharamkan pendeta-pendeta kami untuk menyebutnya satu ketika dulu supaya tidak mencemarkan kesuciannya. Jika ditanyakan lagi kepada mereka, bukankah di dalam Tanakh, Tuhan telah beberapa kali mengumumkan nama-Nya, apakah kamu sengaja melupakan? Lalu mereka akan menjawab, itu adalah nama yang ditulis di dalam kitab, tetapi tiada pengetahuan bagi kami bagaimana cara sebutannya yang sebenar.

Lalu tanyakan lagi kepada mereka, bukankah Moses pernah bertanyakan Tuhan apa nama sebenarNya ketika dia bertemu Tuhan dicelah semak berduri sebagaimana yang dicatatkan di dalam Exodus (kitab keluaran) 3: 13 – 14, lalu Tuhan menjawab di dalam bahasa pertuturan Moses dengan nama berikut Ehyeh asher ehyeh (Aku adalah Aku). Bukankah di dalam Exodus fasal 3 ayat 15 Tuhan kamu menyatakan bahawa inilah nama-Nya yang kekal untuk selama-lamanya? Kenapa tidak mahu sebut nama itu? Lalu mereka menjawab, bahawa kami tidak tahu cara bagaimana untuk menyebutnya dengan betul dan kami tidak mahu mencemarkan nama itu dengan kesilapan lisan kami. Lalu tanyakan lagi kepada mereka, bukankah Tuhan kamu sekali lagi berjanji kepada Moses untuk mengajarkan 13 nama-nama-NYa untuk diserukan oleh kaumnya bilamana mereka mahu berdoa dan memanggil Tuhan dan Tuhan kemudian mengumumkan nama-Nya semasa Moses dipanggil naik ke Gunung Sinai untuk tablet Decalogue kedua? Bukankah Dia menyatatakan dengan jelas nama-Nya di dalam Exodus (kitab keluaran) fasal 34 ayat 5 sekali lagi? Kenapa kamu semua tidak mahu menggunakan nama itu? Kenapa? Apakah kerana YHWH@ IOUO sukar disebut atau benar kamu tidak tahu bentuk sebutannya yang sebenar? Bukankah Tuhan kamu juga di dalam Bible memperkenalkan diri-Nya dengan beberapa nama lagi bagi kamu memilih untuk menyebutnya di masa-masa yang sesuai? Kenapa tidak sahaja gunakan salah satu dari kesemua 17 nama itu? Bukankah kesemua nama di bawah ini nama yang disebut sebagai nama-nama yang dimiliki Tuhan kamu di dalam Bible? Cuba kamu perhatikan:

1. Elohim (Yang Maha Berkuasa) di dalam Genesis 1:1
2. Adonai di dalam lebih kurang 300 tempat dalam Old Testament & Despot (alih bahasa ke Greek) di dalam New Testament.
3. El (Yang Maha Kuat) di dalam Exodus 6:3
4. El-Elyon (Tuhan Yang Maha Tinggi) di dalam Genesis 14:18-22.
5. El-Shaddai (Tuhan Yang Mencukupkan DiriNya sendiri) di dalam Genesis 17:1
6. El-Olam (Tuhan Kekal Abadi) di dalam Genesis 21:33
7. YHWH@Yahweh@Yahuwah@Jehovah (Maha Hidup Dengan SendiriNya) di dalam Exodus 3:14.
8. YHWH-Elohim (Tuhan Maha Pencipta) di dalam Genesis 1:26.
9. YHWH-Jireh (Tuhan Yang Mencukupkan) Genesis 22:13-14.
10. YHWH-Rapha@Rophe (Tuhan Yang Menyembuhkan) di dalamExodus 15:25.
11. YHWH-Nissi (Tuhan Panji Kami) di dalam Exodus 17:15.
12. YHWH-Shalom (Tuhan Yang Mengamankan) di dalam Judges 6:24.
13. YHWH-Shammah (Tuhan Yang Ada) di dalam Ezekiel 48:35.
14. YHWH-Tsidkenu (Tuhan Yang Maha Benar) di dalam Jeremiah 33:16.
15. YHWH-Raah@Rohi (Tuhan Pembimbing Kami) di dalam Psalm 23:1.
16. YHWH-Sabaoth (Tuhan Maha Pelindung) di dalam Psalm 46:7.
17. YHWH-M’Kaddesh (Tuhan Yang Mengkuduskan) di dalam Leviticus 20: 7-8.


Dengan sedemikian banyak pilihan untuk nama Tuhan sebagaimana yang disebut di dalam kitab yang diimani kamu, kenapa masih lagi kamu mahu menggunakan nama yang lain untuk merujuk kepada-Nya? Jika itu pertanyaan yang diajukan kepada mereka, berikut ini jawapan yang bakal diterima. ‘Bahawa kami tahu akan nama-nama Tuhan yang disebutkan di atas, tetapi kami takut akan laknat-Nya jika kami tersilap sebut akan nama-Nya yang suci. Jadi untuk mengelakkan kami mencemarkan nama-Nya yang suci itu, kami tukarkan nama-Nya kepada nama yang lain, supaya apa saja bentuk pencemaran dan noda yang terhasil atas lisan kami yang salah, maka nama sebenar Tuhan kami tidak akan dicemari kesilapan kami. Yang tercemar nanti cuma nama tumpangan yang kami gunakan. Atas sebab itu, kami menggunakan Allah sebagai nama yang kami tukarkan.

Mereka takut untuk mencemarkan nama sebenar Tuhan sepertimana yang yang dicatatkan di dalam kitab yang diimani mereka kerana disebutkan di dalam Leviticus fasal 24 ayat 16 seperti berikut :

And he that blasphemeth the name of the LORD, he shall surely be put to death, and all the congregation shall certainly stone him: as well the stranger, as he that is born in the land, when he blasphemeth the name of the Lord, shall be put to death. (Dan dia yang mencemarkan nama Tuhan, akan dihukum mati, dan semua di dalam jemaah hendaklah merejamnya dengan batu: begitu juga bagi orang asing, sepertimana orang yang dilahirkan dinegeri ini, bilamana dia mencemari nama Tuhan, dia akan dihukum bunuh.)

Satu peristiwa dicatatkan di dalam Bible sebagai merujuk kepada pelaksanaan hukum tersebut. Di dalam Leviticus fasal 24 ayat 10 hingga 16 dikisahkan mengenai seorang lelaki bernama Shelomith. Shelomith berbapakan seorang lelaki Mesir yang mengahwini ibunya seorang Bani Israel dari keturunan Dan. Disebutkan bahawa Shelomith telah terlibat di dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki Bani Israel. Dalam panas pergaduhan tersebut, Shelomith telah dengan sengaja menyebut dan bersumpah dengan nama Tuhan (YHWH). Lalu dia ditangkap dan dihadapkan mereka kepada Moses. Dia diikat sambil menunggu apa bentuk hukuman yang akan Tuhan turunkan terhadapnya. Leviticus fasal 24 ayat 16 di atas merupakan putusan Tuhan di dalam Bible ke atasnya kerana mencemar nama Tuhan dengan menyebutnya. Hanya mereka dari keturunan Levi dibenarkan menyebut nama Tuhan pada setiap Yom Kippur.

Jadi, menyebut nama sebenar Tuhan bagi mereka, perbuatan itu sebenarnya bakal mengundang hukuman mati sebagai ultimatum mencemarkan kesucian nama-Nya yang suci. Tetapi perlukah hak mereka untuk beragama sehingga ke tahap demi untuk menjaga kesucian nama Tuhan mereka, nama Allah digunakan pula untuk diperkotak-katikkan?

Kenapa ia dikatakan diperkotak-katikkan? Salah satu daripada sebabbya sudah saya jelaskan di atas tadi. Tetapi pencemaran terhadap nama Allah tidak berhenti setakat itu. Jika di dalam Bible terjemahan Arab, berhala-berhala akan dirujuk sebagai Aliha (plural kepada Ilah), tetapi di dalam Bible terjemahan Indonesia, berhala-berhala ini dinamakan sebagai allah juga dengan a huruf kecil. Sebagai contoh saya muatkan perbandingan ini. Perhatikan versi bahasa Arab Bible di dalam grafik yang disediakan bersama terjemahan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu/Indonesia yang digunakan di Malaysia :


Exodus 12 : 12
12:12 Sebab pada malam ini Aku akan menjalani tanah Mesir, dan semua anak sulung, dari anak manusia sampai anak binatang, akan Kubunuh, dan kepada semua allah di Mesir akan Kujatuhkan hukuman, Akulah, TUHAN.


1 Kings 12:28.
Sesudah menimbang-nimbang, maka raja membuat dua anak lembu jantan dari emas dan ia berkata kepada mereka: "Sudah cukup lamanya kamu pergi ke Yerusalem. Hai Israel, lihatlah sekarang allah-allahmu, yang telah menuntun engkau keluar dari tanah Mesir."


Galatians 4:8
Dahulu, ketika kamu tidak mengenal Allah, kamu memperhambakan diri kepada allah-allah yang pada hakekatnya bukan Allah.


Jelas nama Allah telah dihinakan dan diberikan pula nama itu kepada segala bentuk berhala yang ada. Jika menulis nama Allah dengan huruf 'a' kecil di hadapan sudah dikira sebagai menghina, apatah lagi menggunakannya sebagai nama kepada berhala-berhala, firaun dan tuhan-tuhan buatan manusia! Semua ini bermula dengan kesilapan, tetapi malangnya kesilapan ini masih mahu mereka pertahankan. Maka jelas di sini, para penterjemah Bible dalam bahasa Melayu dan Indonesia masih lagi mengulangi kesilapan penterjemah-penterjemah awal mereka, dengan menterjemahkan kata nama Khas YHWH kepada Allah. Ini merupakan satu bentuk kesilapan yang seharusnya diperbetulkan dan bukannya diperjuangkan bermati-matian untuk mengekalkan terus kesilapan lampau dalam gerakan penterjemahan mereka satu ketika dulu. Kata Nama Khas di dalam apa jua bentuk gerakan penterjemahan tidak boleh digantikan dengan apa jua perkataan yang dirasakan mempunyai maksud yang dirasakan sinonim dengan nama tersebut.

Sebagai contoh, jika diberikan kepada anda untuk menterjemahkan frasa ayat berikut, Michael J. Fox catches a fox behind George Bush’s backyard. Lalu diterjemahkan anda menjadi sebegini Mikail Jin Musang menangkap musang di belakang halaman rumah George Semak Samun. hanya tauke Cina tahun panggung wayang tahun 80 an sanggup melakukan terjemahan sedemikian rupa. Jadi itu masalahnya jika nama khas turut diterjemahkan. Kesalahan yang tidak mahu diperakui ini menimbulkan masalah kepada mereka yang sudah biasa dengan teks terjemahan yang mengandungi kesilapan tersebut untuk mengadaptasikan diri dan kepercayaan mereka dengan merujuk nama Tuhan kepada nama yang selain dari apa yang biasa mereka imani. Kita bersimpati tetapi bertegas bahawa kesilapan itu tetap satu bentuk kesilapan dan harus ia diperbaiki. Jika mereka merupakan individu berhemah dan bermaruah tinggi, tentu sahaja untuk mengakui bahawa kesilapan telah dilakukan sejak lama dulu harus diperbaiki merupakan satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Tetapi jika mereka mempunyai agenda tertentu dengan bermain seputar isu ini, maka janganlah diharap bahawa majoriti orang-orang Islam akan berkompromi dengan beralah. Allah s.w.t. menegaskan di dalam surah al Maidah dan ditegaskan-Nya sebanyak 3 kali seperti ayat-ayuat yang saya petik berikut :

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Al Maidah ayat 17.

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim". Al Maidah ayat 72.

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Al Maidah ayat 73.

Menyokong tindakan mereka ini tanpa usul periksa mengundang masalah akidah yang besar buat umat Islam. Dengan menyokong tindakan mereka, ia bemakna kita bersetuju untuk membenarkan kata mereka bahawa Allah itu beranak pinak dan merupakan Tuhan satu dalam Tiga dan menjelma dalam rupa bentuk manusia. Na’uzubillah. Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekali pun berkompromi dalam hal ini. Baginda sentiasa menegaskan bahawa Allah itu tiada sekutu bagi-Nya dan tidak layak untuk disabitkan dengan mana-mana sifat makhluk yang lemah lagi bergantung kepada segala sesuatu untuk survival diri-Nya.
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa apa yang berlaku semalam merupakan salah satu dari beberapa objektif halatuju gerakan Kristian di Malaysia bagi menjayakan projek D.A.W.N. (Discipling A Whole Nation – Mengkristiankan Seluruh Negara). Objektif utama yang diletakkan keutamaanya ialah dengan menjadikan PAS sebuah parti yang kuat memperjuangkan Islam, menjadi sebuah parti yang lembut dan lebih dormant. Lembutkan PAS dan lemahkan UMNO. Priority ini sudah pun dicapai mereka sejak dua tahun kebelakangan ini. Saya beberapa kali menulis bahawa PAS sudah ditembusi kolum kelima untuk melembutkannya dan menukar sifat perjuangannya. Begitu juga UMNO yang sudah lama berulat dengan kumpulan kolum kelima di dalam parti mereka. Remedi bagi masalah ini ialah dengan mereka kembali ke meja rundingan untuk bersatu demi Allah dan kemaslahatan Islam. Persetankan semua suara yang dirasuk dan berkurap dengan penyakit wahan. Apa yang berlaku semalam merupakan jatuhan domino pertama kepada serangkaian isu yang bakal dibangkitkan bermula tahun 2010 ini. Percayalah, jika kita tidak mengumpulkan kekuatan, kita akan melihat satu demi satu ‘pakaian’ Islam dan umatnya ditanggalkan dan akhirnya Islam di Malaysia akan menjadi Islam Ayam Togel. Beberapa objektif yang mereka gariskan di dalam projek D.A.W.N. pernah saya sentuh di dalam posting sebelum ini (klik) http://satuhala.blogspot.com/2008/04/bila-belanda-berherokan-si-bebal.html

Untuk ke imbasan imej sebahagian dari perkara yang mereka rencanakan, para sahabat satuhala boleh klik terus ke imej ini. https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgBzAl0gSMS6vOdiwjZAgDTTQdfLRV_8lj4DjR4Q5BJaLesuUDh-NTkEy2lxlnTZWS3QGEt1nG2UcIcDQHvz7H6AeQyetYGD8V2olF2RKVdpVUdSFX6yrf2LfwL2ukAv7nf2blH/s1600-h/Malaysia.jpg

Jika sebelum 31 Disember 2009, Allah di Malaysia merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, Tidak beranak dan diperanakkan, Tidak bergantung kepada segala sesuatu dan tiada yang setara dengan-Nya. Maka kini, 1 January 2010, semua itu berubah. Allah di Malaysia bakal merujuk kepada Tuhan Tiga Dalam Satu, Tuhan Yang beranak dan diperanakkan, Tuhan yang bergantung kepada segala sesuatu, Tuhan yang ada makhluk lain yang serupa denganNya dan lebih malang lagi, namaNya yang suci disabitkan dengan berhala-berhala buatan manusia. Ini merupakan satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang Arab sebelum zaman Rasulullah, semasa zaman Rasulullah dan selepas zaman Rasulullah. Mereka tidak pernah sekalipun menyabitkan Allah dengan berhala-berhala kaku.

Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:
Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama -ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Persoalannya di sini, penggunaan kalimah Allah di dalam mana-mana terjemahan Bible Kristian dan penerbitan mereka di dalam bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang mempunyai asas yang kukuh di dalam agama mereka dan bukan sebahagian dari agama. Dan ia tidak boleh disabitkan sebagai sebahagian dari agama mereka. Tiada wujud di dalam Bible di dalam bahasanya yang asal Hebrew-Aramaic dan NT (Greek) ayat-ayat yang merujuk nama Tuhan di dalam Bible sebagai Allah. Tidak wujud ayat-ayat di dalam Bible ayat-ayat yang membentuk pernyataan dari Tuhan itu sendiri bahawa namaNya ialah Allah. Yang ada cuma ayat-ayat dan nama-nama yang sudah saya nyatakan di atas. Berbeza dengan al Qur'an, di dalam surah Taha ayat 14, dinyatakan dengan jelas di dalam al Qur'an seperti berikut :

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Al Qasas ayat 30:
Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam.

Jadi tiada asas bagi mereka untuk mendakwa menggunakan nama Allah itu merupakan sebahagian dari hak mereka untuk beragama secara bebas dengan menggunakan nama Tuhan yang merujuk kepada Tuhan yang disembah agama lain. Ia boleh mengundang masalah.
Sebagai contoh, apabila seorang Muslim terbeli sebuah buku yang disasarkan kepada Kristian berkenaan soal jawab di dalam amalan agama mereka, apabila memasuki satu bab berkenaan makanan yang dibenarkan, terdapat kenyataan berikut. "Khinzir dihalalkan bagi kamu oleh Allah setelah Perjanjian Lama dilupuskan." Bukankah ia bakal menimbulkan kekeliruan dan masalah bagi muslim yang tidak mengetahui dan memahami bahawa Allah di dalam buku itu tidak merujuk kepada Allah Tuhan di dalam agama Islam. Bukankah ia mengundang satu bentuk masalah kepadanya nanti dengan jabatan-jabatan agama Islam yang melaksanakan enakmen syariah di dalam mana-mana negeri apabila tindakan dikenakan ke atasnya atas sebab kekeliruan ini. Lupakah kita dengan polemik kes Kartika yang menimbulkan masalah besar kepada negara kerana masyarakat umum diluar tidak faham akan cara pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia? kes tersebut menyebabkan Malaysia seketika berada di dalam keadaan 'panas'. Ini adalah fakta dan bukan khayalan. Semua ini mengundang rasa tidak aman kepada penganut Islam dan menimbulkan satu bentuk sentimen penolakan dan prejudis kepada umat-umat agama lain.

Kita menghormati hak agama lain jika mereka mahu beramal di dalam lingkungan sebenar agama mereka. Tetapi jika kesilapan penterjemahan kitab mereka mahu dipaksakan untuk orang-orang Islam menelannya, di bawah Artikel 3 (1), ianya sangat tidak masuk akal. Kita tidak mempersoalkan kebijaksanaan hakim yang membuat keputusan, tetapi kita mahu pihak jabatan-jabatan agama Islam dan Menteri Dalam Negeri membuat rayuan mengikut saluran undang-undang yang ada supaya keputusan ini dapat disemak semula.

Ini kerana beberapa isu yang bakal menimbulkan keadaan kucar kacir kepada sistem beragama seterusnya mengancam kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kedudukan sistem undang-undang syariah dinegara kita. Artikel 10 (1) a Perlembagaan Persekutuan adalah tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4) sebagai sekatan. Tetapi ia masih berlegar seputar isu hak-hak mereka untuk beramal dalam apa bentuk agama mereka yang asal. Tetapi apa yang berlaku ini menimbulkan satu lagi masalah iaitu bagaimana ajaran sesuatu agama itu akan didefinasikan. Jika sesuatu yang tidak langsung mempunyai asas di dalam agama dan kekhilafan penterjemahan kitab-kitab agama boleh diberikan hak untuk menikmati status sebagai agama sah , yang diiktiraf di dalam Artikel 3 (1), ia akan membuka ruang pula kepada kumpulan-kumpulan ajaran sesat seperti Ayah Pin, Ajaran Rasul Kahar, Kumpulan-kumpulan Liberal, Plural, Gerakan Feminisme Songsang, kumpulan anti-hadis dan sebagainya untuk membuat tafsiran sesuka hati mereka terhadap kitab al Qur'an dan mendakwa bahawa itu merupakan sebahagian dari agama yang mereka imani (biarpun tersasar dan tersesat jauh tafsiran mereka). Kes ini merupakan satu bentuk precedent yang boleh dianggap sebagai Kuda Trojan, yang bakal membuka pintu seluas-luasnya kepada segala bentuk ajaran yang mengancam kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan jika diberikan hak-hak mereka untuk menafsirkan Islam sesuka hati mereka. Ia juga bakal menjadi antara paku-paku kepada keranda yang dipersiapkan kepada sistem Syariah negara ini, kerana selepas ini pihak berkuasa agama Islam akan terikat tangan mereka daripada dapat mengambil tindakan kepada semua bentuk kesesatan yang dirancang ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Di dalam banyak forum dan media anti Islam, sudah lama dibincangkan dan disuarakan supaya kes-kes seperti ajaran sesat ayah Pin, Rasul Kahar dan sebagainya dihalalkan atas nama kebebasan beragama. Persoalannya ialah, sampai bila orang-orang Islam mahu berdiam diri berpeluk tubuh dan bergaduh sesama sendiri pada ketika ancaman demi ancaman kepada survival kedudukan agama mereka diratah anai-anai dari hari ke hari?

Apa yang berlaku ini amatlah menyedihkan. Jika masih ada ruang bagi memperbetulkan segalanya, jika masih ada peluang mengikut saluran undang-undang yang betul, saya berdoa dan berharap bahawa apa yang diperjuangkan ini, akan disambung dan diberikan semangat perjuangan yang baru. Yang penting, saya berdoa dan berharap agar pihak-pihak berkuasa agama Islam, Jabatan Perdana Menteri tidak terus berputus asa dengan ‘kaki yang tersadung sekali’. Jika jatuh pada halangan pertama sudah pun mengangis terisak-isak, jangan gelarkan diri pejuang di jalan Allah. Ayuh bangun.. kita terus mara kerana hanya masa yang memisahkan kita dari bertemu Allah untuk dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan kita. Saya akhiri dengan 2 ayat dari surah al A’raf ;

Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar". Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu". (Al A’raf 70-71)


Tuan-tuan… apa lagi yang ditunggu kala semboyan sudah berbunyi?

Rujukan :

1) Edward McNall Burns, Western Civilizations (Fourth Edition) Their History & Their Culture; Rutgers University.
2) Karen Armstrong, A History of God (The 4000 Years Quest of Judaism, Christianity and Islam), Ballantine Books, New York.
3) Tafsir Jalallain berikut Asbaabun Nuzul Ayat, Jilid 2, Sinar Baru Algensindo.
4) Tafsir al Azhar, Prof. Dr. Hamka, Juzu’ 4-5-6, Pustaka Panjimas, Jakarta.
5) Peter Lemesurier, The Armageddon Script (The Power of Prophecy and The Secret Life of Jesus), Element.
6) King James Version, Barbour.
7) Nathan Stone, Names of God, Moody Press, Chicago.
8) Mark Water, Bible Study Made Easy, John Hunt Publishing Limited.
9) Albert Hourani, A History of the Arab Peoples, Faber and Faber Limited.
10) Van Dyke Arabic Bible, Softcopy.
11) Robert Wright, The Evolution of God, Litle, Brown and Company.
12) Patrick Johnstone, Operation World,
13) Maureen K.C. Chew I.J., The Journey of The Catholic Church in Malaysia : 1511 – 1996, Catholic Research Centre, Kuala Lumpur
14) Perlembagaan Persekutuan, International Law Book Services.



© 2007 - 2009 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.

Sabtu, Januari 02, 2010

Selamat Tahun Baru Masihi 2010

Selamat tahun baru masihi 2010
Semoga kita dapat memperbaiki segala kelemahan yang ada pada tahun 2009.
Selamat Maju Jaya