Sabtu, April 12, 2014

Ilmu dan kecelaruan minda

Rata-rata apa yang kita tahu adalah bersifat warisan iaitu diajarkan oleh ibu bapa,guru atau rakan. Jarang sekali kita mendalami sendiri apa yang kita tahu dengan mencari pakar dalam bidang tertentu. Cerita di bawah adalah contoh kecelaruan minda yang dihadapi oleh kita oleh kerana malas untuk menuntut ilmu.
Malik adalah seorang rakyat marhaen yang telah diajar oleh ibu bapa dan gurunya bahawa racun tikus tidak boleh dimakan.Dia menggengam erat informasi tersebut and mempercayai sepenuhnya tanpa ragu. Sehigga la dia dewasa dan masa itu media sosial merupakan sesuatu yang penting buatnya.

Suatu hari Malik terlihat ada orang berkongsi info dari blog yang mengatakan racun tikus selamat dimakan. Pada mulanya Malik hanya tersenyum sinis... bodoh betul siapa yang makan..sindir Malik. Lama-kelamaan info itu menjadi viral dan dikongsi oleh ramai orang, Malik sudah mula goyah...

Kemudian ada pulak portal berita alternatif memaparkan wawancara seorang tokoh politik yang bersetuju bahawa racun tikus itu boleh dimakan!! Dan kenyataan ahli politik itu dikongsi dan sokong oleh ramai orang.
Nah..sekarang Malik sudah berubah fikiran..Yaaa..racun tikut selamat dimakan!!

Malik merupakan kita semua yang malas untuk mengkaji dan menyelidiki setiap info yang terhidang di depan kita. apa yang diterima oleh majoriti itu kita anggap adalah benar, pada masa ini persepsi-persepsi itu diubah menjadi fakta!!

Ini adalah contoh kecelaruan minda yang disebabkan oleh manipulasi data-data yang berkaitan. Adakah anda seorang Malik??

Perkara dosa dan salah tidak akan menjadi benar walaupun dipersetujui oleh majoriti.Yang salah tetap salah.. Jika anda perhatikan, seorang fasik dan jahat boleh diangkat menjadi pemimpin dengan sokongan majoriti.
Adakah majoriti itu adalah Malik?