Rabu, Mei 31, 2006

Jurang generasi dalam melihat sejarah

Artikel ini depetik dari Utusan Malaysia 31 hb Mei 2006. Kalau benar la begitu sikap dan respons generasi baru kepada seorang orang lama. Memang mereka patut dipersalahkan dan insaf bahawa ada sesetengah benda tidak boleh ditolak ansur. Seperti penerbitan Lelaki Komunis Terakhir itu sendiri. Hormatilah para pejuang kita. Biar orang kata aku kolot, tp aku tak menyokong benda yang salah. LKT patut ditayangkan dulu secara terhad untuk mendapat respons menyeluruh sblm diharamkan.barulah adil kepada smeua. Hayatilah....


Jurang generasi dalam melihat sejarah

Oleh DATUK MOHMAD SHAID TAUFEK


SEORANG tua yang duduk berhampiran sekumpulan anak muda di warung kopi itu mendengar dengan serius perbincangan mereka yang ghairah untuk mengadakan drama dan menganjurkan filem-filem menggunakan heroisme pejuang-pejuang ideologi komunisme masa lampau.

Mereka yakin ia akan mendapat sambutan hebat kerana dalam perjuangan tersebut terdapat banyak aksi yang mengagumkan.

Orang tua itu merasa jelik, langsung menyampuk: “Sia-sia sahajalah kerajaan dan media berbelanja berjuta-juta ringgit setiap tahun mengingatkan kembali peristiwa-peristiwa menyayat hati tatkala negara dilanda ancaman keganasan komunis dahulu.

‘‘Kamu semua hanya menganggapnya sebagai satu hiburan sahaja. Generasi kami menderita disebabkan petualang pengganas komunis itu. Sekarang kamu hendak jadikan mereka hero, kamu dewa-dewakan mereka!

“Ya, engkau semua hidup senang dan mewah sejak dilahirkan hingga kini. Semua keperluan serba cukup. Berlaku sedikit sahaja masalah maka riuh rendahlah Parlimen mendebatkannya; lalu berkejarlah pelbagai jabatan kerajaan memberikan perkhidmatan dan bantuan. Tapi kau orang pun tak maju juga. Kalau boleh semua hendak senang dan dibantu.”

Orang tua itu meneruskan lagi: “Engkau tidak pernah merasa lapar yang berpanjangan, sakit yang tidak mendapat rawatan, terkena kudis buta yang busuk, hanyir dan gatal itu. Engkau tidak pernah diancam maut hanya kerana bekerjasama dengan kerajaan.

‘‘Engkau tidak pernah terperangkap di tengah-tengah insiden tembakan antara pengganas komunis dengan anggota keselamatan.

“Engkau tidak pernah merasa makan ubi kayu berbulan-bulan lamanya; berjalan kaki ayam sahaja; pakaian hanya sehelai sepinggang.

Seorang daripada kumpulan muda itu menjawab: “Pak cik tahu apa!” Seorang lagi segera berkata dengan sinis, “Pak cik dulu sekolah sampai darjah berapa?” Seorang lagi mencelah, “Zaman pak cik sudah berlalu. Ini zaman moden, zaman kemajuan. Kita bercakap tentang seni. Senilah pak cik, tahu tak? Ini zaman kami. Zaman penderitaan dulu itu adalah nasib Pak Cik dan orang-orang seperti pak cik. Kami mewah, senang; itu nasib kami kenapa Pak Cik minta dilahirkan pada zaman itu!”

“Terima kasihlah anak-anak semua,” jawab orang tua itu. “Engkau orang memang bernasib baik, dapat bersekolah hingga tinggi-tinggi dan ada yang ke luar negara dan menjadi terlalu pandai hingga menyanjung tinggi pemikir-pemikir Barat yang kononnya hebat hendak membetulkan dunia dengan teori-teori besar. Wahai anak-anak muda, pandanglah jauh-jauh dengan mata hati. Biar buta mata, jangan buta hati.”

Orang tua itu berkata lagi, “Teori-teori itu tampak begitu kukuh dan meyakinkan. Sudahkah diperiksa penghujungnya? Tidakkah engkau sedar akhirnya berjuta-juta umat manusia dibunuh dan terbunuh kerana mempertahankan ‘idea-idea besar’ itu?

Ketika itu di negara-negara Soviet, China, Indochina dan di rantau Asia Tenggara, termasuk di negara kita sendiri, kesannya sama sahaja - penganiayaan dan penderitaan! Masalah kemiskinan, kemunduran dan gejala sosial di negara-negara tersebut masih juga kekal hingga kini!”

Penderitaan

“Kekejaman yang berleluasa itu engkau katakan hebat! Engkau dewa-dewakan pelopor-pelopornya dan mahu menghidupkan semula watak-watak gila kuasa itu sebagai satu seni persembahan yang agung! Engkau semua ini adalah opportunist yang menghambat populariti atas penderitaan orang lain. Sungguh menjelikkan!”

Bagaikan tidak puas, orang tua itu meneruskan lagi leterannya, “Engkau telah mempersenda, menzalimi dan menghina datuk nenek engkau sendiri yang telah berjuang bermandi darah dan menyabung nyawa mengharungi keseksaan yang amat pedih dan perit itu atas nama seni! Atas nama kebebasan ekspresi! Aku amat kecewa kerana orang pandai seperti engkau semua ini hanya pandai mengikut arus stail dan gaya pemikir-pemikir murahan yang bertopengkan kebijaksanaan hebat! Tinggi hanya pada peringkat persekolahan, tetapi cetek pada pemikiran dan miskin pada jiwa!”

“Minta maaf pak cik,” kata seorang daripada mereka dengan nada marah. “Apa yang pak cik sibuk-sibuk ini? Ini hal kami. Apa fasal pak cik masuk campur?”

Orang tua itu menjawab, “Ya, ini memang hal engkau. Tetapi engkau semua yang berpelajaran tinggi ini adakah lahir sendiri, besar sendiri, dan hidup sendiri? Hak peribadi dan kebebasan konon! Lupakah engkau terhadap asal usul engkau? Engkau ada hak, orang lain pun ada hak juga! Hak engkau berdasarkan prinsip apa?”

Dengan sinis dia berkata lagi, “Kasihan kubur ibu bapa dan datuk nenek pun kita ziarahi setiap tahun, mengapa? Jangan lupa rangkaian ini ada pusingannya. Sampai masanya kita pula akan diziarahi. Jangan sampai mulut disumbat dengan pisang, punggung dikait dengan duri pun engkau tidak sedar!”

“Assalamualaikum!” kata orang tua itu dengan rasa marah dan kesal sambil segera berlalu meninggalkan tempat itu.

p/s: Kita perlu bersikap terbuka dlm sesetengah aspek, bukan semua. Adakah Chin Peng menjadi hero dlm filem dokumentari itu? tidak kan? so jangan erlalu sensitif. Kepada generasi baru, jangan ingat korang dah cukup pandai. Korang tak merasa keperitan yg diterima oleh generasi sebelumnya sblm korang mengecap apa yg ada sekarang.

Isnin, Mei 29, 2006

Da Pin Code

Sekarang ni, umat manusia berbicara mengenai karya hebat dari barat, Da Vinci Code yg dikarang oleh Dan Brown. Penayangan karya tersebut dalam bentuk filem memberi kesinambungan kepada karya tersebut dari segi visual dan daya menjana fantasi dalam diri manusia. Mungkin anda sudah pun menonton filem tersebut.

Tetapi sedarkah anda, ada 'karya' tempatan yang boleh dikatakan setanding dengan da vinci code? malah sudah lama kod2 ini bersedia untuk dipecahkan. Malah saban hari kita melihat ramai orang2 kita yang cuba memecahkan kod ini. Mungkin langdon dan sophie pun tidak mampu memecahkan kod ini melainkan nasib semata-mata.

kod apakah itu? anda mungkin seorang penggemar kod ini, malah anda saban hari cuba memecahkannya. Memang tak di nafikan, berduyun-duyun para pemecah kod berusaha untuk memecahkannya. Kenapa? sudah pasti utk mendapat kekayaan.

Never Ending Code

Kod ini sudah lama wujud, tp boleh dikira sejak zaman moden. Aku namakannya "Da Ayah Pin Code". Kod yang aku maksudkan ialah 3+1 damacai,magnum 4D,6D, 4 nombor ekor dan lain-lain lagi. Mungkinkah kod ini dipecahkan? Aku rasa orang kita tak mampu lg untuk memecahkannya. Tapi kenapa ada yang kaya? Terdapat perbezaan yg nyata diantara kod dipecahkan dengan kod yang diteka. Kepakaran dan nasib. Langdon dalam Da Vinci Code menggunakan kepakarannya utk menyelesaikan puzzle, tetapi turut disokong oleh nasib baik. Tetapi 4 nombor ekor adalah luck semata-mata. Hmmm..

Usaha Tangga Kejayaan

Jika Langdon berjaya menyelesaikan puzzle2 tersebut disebabkan oleh kepakaran dan usahanya. Tapi bagaimanakah para penggemar 4D ini berjaya menekanya? Usaha tangga kejayaan. Dosa pahala letak tepi, bukit,pokok,kubur semua dipuja dgn harapan "kod dapat dipecahkan". Ada yg menggunakan kaedah matematik dan menggunakkan kalkulator. Ada yang menggunakan google.hehhe.. dan komputer. Tapi berapakah kebarangkalian utk menang? 1/10000000? maybe....

Dengan kerakusan manusia inilah wujudnya "Da Pin Code" ini. Kod ini adalah salah satu unsur usaha kearah gemilang 4D. Aku tak paham macam mana dia boleh tahu alamat rumah aku skrg ni. Aku bukannye pemecah kod, tp mereka telah menghantarkan satu puzzle buat aku... ciss... cuba lihat gambar dibawah... mungkin anda si pemecah kod akan gembira. Tp bukan aku...




Kalo la si pemecah kod ini betul2 boleh predict nombor tu, for sure dia dah lama kaya .bukan setakat dia je kaya, malah wat dia pun mewah...siap ada vending machine.. tapi dia still mintak wang perkhidmatan.. dalam dunia e-commerce ini, masih ada lagi perkhidmatan kolot sebegini. Logiknya, dia tak predict pun nombor tu tp dia just teka sebagaimana orang lain teka. Maybe ada gak yg kebetulan dpt prize dan dijadikan testimonial. Anda percaya? terserahlah..anda ada penjelasan sendiri? emelkan kepada aku. aku nak tau gak ape yg anda fikir.

Cis..selambe jer dia hantar dekat aku. Aku igtkan cek dari google ke ape ke...tp benda ni yg dia hantar...cilakaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...4 hari 4 malam house mate aku gelakkan aku.......

p/s: Da Pin Code boleh buat movie gak?

Rabu, Mei 17, 2006

Salah Siapa?

seperti yg aku dpt dari emel...

korang tahu tak?... Mawi tak akan dapat
membela bangsa
kita mahu pun mendidik anak-anak kita menjadi
insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred
3 SPM... hanya media yg berjaya menyeret dia
untuk meraih rezki yg kebenyakan ulama
mempertikaikan status halalnya... dari seorang yg
kononnya berakhlak dan beragama dia dibentuk
menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat...
namun tangan0tangan kotor telah berjaya
menyarungkan jubah konvo yang hanya layak di
pakai oleh insan yang cemerlang dalam
pendidikan... tidak hairan para remaja mula
berhujah: " masuk universiti tak dapat keje..apa
ada pada nilai ilmu?... Mawi dpt Gred 3 SPM pun
boleh konvo jugak..lebih kaya dari lulusan
universiti"... .sukar untuk menjawabnya.


Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama
Adi Putra... punya kecemerlangan dalam bidang
Math yg sukar dicapai oleh walau seorang siswa...
beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin
menjadi seorang Profesor Mathematic Islam, dia
sangat taat dalam agama..tekun dalam
mempelajari syariat Allah... namun tiada
pihak "media" dan "pemimpin" kita ambil peduli...
bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya
hanya terer dlm satu bidang saja..perlu
diingat..profesor universiti pun hanya pakar dalam
satu bidang saja... mana ada pakar doktor
perubatan dlm masa yg sama adalah pakar
kejuruteraan?... tapi atas keinginan untuk
mengenepikan Adi... berbagai alasan di buat...
akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah
sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran
dan cita-cita Islam Adi...

Muncul pula adik Nor Amiira... yg berjaya
menghafal 30 juz Al Quran seusia 10 tahun ... dia
mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5
tahun... dalam satu pertandingan hafazan dia telah
mendapat tempat kedua ... peserta semuanya
berusia 15 tahun ke atas... cerita itu terus
sepi... "media" dan "pemimpin" kita tidak berminat
mempopularkan tokoh2 kecil ini... tiada juga
bantuan yg diberikan...


tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang
mendapat 17A SPM telah diberikan penghormatan
yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara
( sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga
Sophia yg duduk di London tu mendapat juga
penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-
habis di TV kita suatu masa dulu yg sekarang
kabarnya dah murtad. Ok juga media dan
pemimpin kita kan?...

Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan
persamaannya... sama-sama kita renungkan:

Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan
bakal membawa pembaharuan jika di beri
peluang... maka mereka tidak mendapat apa-apa
preveilege.

MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk
maka dia mendapat tempat dan penghargaan.

Amalina dah jadi bahan jajaan putri UMNO dan
dah pun tak pakai tudung lagi... sama dgn
Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa
mesej Islam... soa boleh di sokong.

Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org
asing juga mendapat layanan dan kemuliaan
sebab tiada membawa apa2 mesej ISlam... so
mesti di beri sokongan.


Dengan itu dapatlah kita faham... .bangsa kita ini
hanya akan memuliakan anak-anak kita yang
berjaya dalam "hiburan' dan " menolak syariat".
Bagi anak-anak yg bakal menyedarkan
Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa dan
negara ini..


apa pandangan anda?...

p/s: aku tak tahu ape2..mawi fc..jangan marah aku

Rabu, Mei 10, 2006

Nilai Nyawa Dan Mentol


Sudah lama aku tak menulis dalam blog ni. Oleh kerana terlalu sibuk dgn kerja, aku hanya mampu melihat blog tanpa update berminggu-minggu. Aku terpanggil utk menulis perihal orang kita yg bersikap acuh tak acuh dalam segenap aspek walaupun ia nampak mudah dan ringkas. Hampir dalam semua benda, orang kita ingin ianya menjadi mudah dan kalau boleh sangat mudah.

Aku rasa pendapat aku kali ini bukan pendapat peribadi semata mata, aku percaya ramai lagi ingin turut berfikiran demikian. Terlalu ramai rakyat malaysia yg meletakkan nilai yang rendah terhadap nyawa mereka, serendah nilai sebiji mentol. Dalam keadaan jalan yg gelap, aku sering terkejut dgn "kemunculan" motosikal di depan aku...motosikal itu sebenarnya telah lama berada didepanku tetapi aku tidak menyedari kewujudannya. Ini kerana motosikal tiada lampu di bahagian belakangnya. Cuba lihat statistik PDRM untuk kemalangan.


Kebanyakkannya mangsa adalah dari penunggang dan pembonceng motosikal.Kenapa? pemandu lain sengaja melanggar mereka? pemandu lain bermusuhan dgn penunggang motosikal? tidak sama sekali!!! ini berlaku kerana sikap acuh tak acuh mereka. "Alamak! lampu belakang tak nyala la..hmm.. biarlah..bukan ada ape pun...tapi kalau ada roadblock susah jugak" Mereka lebihkan takutkan polis dari memikirkan keselamatan diri. "Takde ape la..orang lain mesti elak kalau nampak kita...takkan tak nampak aku bawak motor" Itu pandangan peribadi semata-mata, pemandu lain cuba untuk mengelak dari anda.. tetapi sampai bila? kadang2 daya penumpuan juga menjadi lemah dan daya penglihatan juga ada batasnya. Jika anda bertentangan dengan kenderaan lain yang menggunakan lampu tinggi (high beam), amat sukar utk anda mengenal pasti objek didepan anda terutamanya objek yg tiada sumber cahaya!! Risiko untuk kemalangan adalah sangat tinggi!!

Janganlah kerana nak jimat RM2, anda sanggup meletakkan nyawa dalam risiko. Sikap ini harus diubah, jika anda mampu mengubahnya tidak mustahil anda boleh mengubah sikap yg lain utk memajukan diri sendiri.

p/s: macam iklan TV, anda mampu mengubahnya