Selasa, Mac 31, 2009

Anjing

Apa pendapat anda mengenai melepaskan anjing yang tersepit?
Lepas kita selamatkan ia, ia akan menyalak kepada si penyelamat
dan akan menggigit si penyelamat itu.

Tidak kenang budi? yeap..indeed!

Anjing dengan bayang-bayang?
Membuang tulang yg telah digonggong kerana cemburu
dgn refleksi diri sendiri yg ia anggap seekor anjing lain
yang memiliki tulang yang lebih besar.
Selepas tulang itu dibuang, ia menyalak!!

Jadi semua anjing mmg suka menyalak?

Aku tak tahu sb anjing kerajaan tak menyalak tapi dia makan duit.

Force to change

Pernahkah anda dipaksa berubah oleh seseorang dan perubahan itu tentulah mengikut apa yang ditentukan oleh orang itu?, tidak kira di pejabat atau di rumah.

Yeap, aku pernah dan aku berubah seperti apa yang diinginkan oleh mereka.

Selang beberapa ketika, aku revert back to original state!

Ini yang aku panggil system restore...


p/s: Aku mmg tak tahu apa itu anjakan paradigma, boleh terangkan kepada aku?

Isnin, Mac 30, 2009

Books Guitar Soul @ Borders



Good luck to you Ana!! En A ada bersama tak? wahhahahhah. lariiiiii

Kata itu kota

Manusia sangat suka berjanji tapi sangat susah untuk menunaikan janji itu.
Yeap, berjanji itu best, bab nak mengotakannya je yg tak best.
dan...
Aku sangat benci orang yang mungkir janji!!

Wei..duit balance album tahun lepas bila nak settle? Janji hujung bulan 1, ni dah nak masuk bulan 4! Hangin nehhhhhhhhhhhhh. Ke ko nak buat janji baru? Aku dah fed up dgn janji-janji ko.

Hari isnin ko janji apa dgn aku?

Ko janji dah taknak buat lagi! tp esok ko nak buat apa?


p/s: macam lah aku tak pernah mungkir janji

Ahad, Mac 29, 2009

A Video

This week playlist

Dire Straits - Sultans Of Swing



Dire Straits
Money for Nothing (1988)
Sultans Of Swing

You get a shiver in the dark
It's raining in the park but meantime
South of the river you stop and you hold everything
A band is blowing Dixie double four time
You feel alright when you hear that music ring

You step inside but you don't see too many faces
Coming in out of the rain to hear the jazz go down
Too much competition too many other places
But not too many horns can make that sound
Way on downsouth way on downsouth London town

You check out Guitar George he knows all the chords
Mind he's strictly rhythm he doesn't want to make it cry or sing
And an old guitar is all he can afford
When he gets up under the lights to play his thing

And Harry doesn't mind if he doesn't make the scene
He's got a daytime job he's doing alright
He can play honky tonk just like anything
Saving it up for Friday night
With the Sultans with the Sultan of Swing

And a crowd of young boys they're fooling around in the corner
Drunk and dressed in their best brown baggies and their platform soles
They don't give a damn about any trumpet playing band
It ain't what they call rock and roll
And the Sultans played Creole

And then the man he steps right up to the microphone
And says at last just as the time bell rings
'Thank you good night now it's time to go home'
And he make it fast with one more thing
'We are the Sultans of Swing'


Frank Sinatra - My Way (Original Version)



Sex Pistol - My Way (Dirosakkan oleh Sid Vicious)



And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, Ill say it clear,
Ill state my case, of which Im certain.

Ive lived a life thats full.
Ive traveled each and evry highway;
And more, much more than this,
I did it my way.

Regrets, Ive had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.

I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.

Yes, there were times, Im sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.

Ive loved, Ive laughed and cried.
Ive had my fill; my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.

To think I did all that;
And may I say - not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my way!

Mainkan lagu ni boleh?

Aku tgh makan dgn kawan-kawan aku,
ada street performer tgh perform ,
mereka datang ke meja kami,
Sir, would u like us to play any songs?
Tanpa berfikir panjang aku berkata
"Sultans of Swing by Dire Straits boleh"?

*Mereka tak tahu lagu itu*

Ok la, can you play Frank Sinatra's My Way for me?

Sure, we can sir!

*Best diorang perform lagu my way, atleast tidak merosakkan lagu seperti mana dinyanyikan balik oleh Sex Pistol! Sid Vicious ko mmg perosak! patutlah ko mati OD!*

Aku pun menghulurkan RM 10 kepada mereka.Entah, aku tak pernah jadi sepemurah itu.

Pentingkan diri dan tergesa-gesa?

Percaya atau tidak manusia memang dilahirkan dgn sifat pentingkan diri dan tergesa-gesa? Terpulang kepada individu untuk mengawalnya atau menghapuskannya terus dlm diri masing-masing.

Situasi:
Aku sedang menunggu lif, pintu lif telah terbuka. Aku tekan butang level yang aku nak. Kemudian aku dengar seseorang sedang berjalan ke arah lif. Aku cepat-cepat menekan butang tutup. Pintu lif pun tertutup dgn segera. Selfish kan? atau aku yang tergesa-gesa? Nahhh..aku taknak membazirkan 10 saat aku untuk menunggu orang itu. Biar dia tunggu giliran sebagaimana aku telah tunggu sblm itu.

Adakah aku seorang saja yang selfish?

Tidak!!

Situasi tadi berulang, tp bukan aku yg menutup pintu lif itu. Tetapi orang lain yg ada bersama aku dalam lif. Lihat!! Dia melakukan perkara yang sama dengan menekan butang tutup selepas mendengar bunyi tapak kaki orang menuju ke arah lif.

Anda percaya kepada karma?

Aku terpaksa mempercayainya. Hehehe.. pada waktu yang lainnya..aku menjadi orang yang menuju ke arah lif itu. Damn.. tak sempat..pintu dah tutup..terpaksa tunggu giliran berikutnya.

p/s: err..sabar kejap boleh tak?

Kuih yang gembira

Aku bagi teka-teka dkt kawan-kawan aku.
"Kuih apakah yang paling gembira dan disukai lelaki"?
Kawan2 aku mostly jawab happy meal.
Aku cakap salah, jawapannya ialah FUNTART!
Semua bengang dan seorang dari kawan aku mencelah.
Dia cakap "Tak, aku lelaki,tetapi aku tak suka kuih tu".
Aku tanya balik kenapa?
Dia balas " Sebab aku gay"!

*semua gelak*

nota kaki: kepada yang tak faham, aku sarankan ganti huruf F tu dgn P.

Selamat Ulang Tahun Ke 4

Wahh..lupa nak wish birthday ke 4 kepada blog aku.
1st entry ditulis pada 5 March 2005, ini bermakna blog aku sudah 4 tahun!!
Happy birthday to youuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!! Muahh Muahhh

Sabtu, Mac 28, 2009

Just another ....

We need huge amount of effort to build a trust,
but believe me, you need no effort to ruin it.

Khamis, Mac 26, 2009

Stop...

People said, Life is over when we stop dreaming, we stop believing... well, i just stop believing and dreaming.. then my life was over?

No, it just a BULLSHITT!!!

Iklan

Sekadar membantu sesama insan

http://glamourous-lady.blogspot.com/

Rabu, Mac 25, 2009

Pretending

Kawan aku pernah tanya dkt aku, apa yang paling susah dilakukan tp aku berjaya aku lakukan? Aku jawab "berpura-pura".

Selasa, Mac 24, 2009

Just do our part and the cycle will go on

Pernahkah anda terdetik untuk membantu orang yang susah bila anda melihat orang yg merempat dan susah? Tahniah..anda memiliki hati yang murni. Teringat semasa aku bercuti di Bali tahun lepas, aku turunnya dari teksi aku dikerumuni oleh peminta-peminta sedekah dan penjual jalanan. Pada mulanya hanya ada 2 orang, aku menghulurkan beberapa ribu rupiah dgn harapan mereke ini dapat menjamah makanan. Selepas itu aku diserbu oleh sekumpulan yang lainnya. Persoalannya, mampukah kita untuk membantu sekaliannya?

Yeap..kita tidak mampu..kerana terlalu ramai orang miskin di dunia ini.Aku tidak kaya, tetapi sekurang-kurangnya aku tidak pernah terlepas dari menjamah makanan. Berapa kali aku tidak habiskan juadah aku? tak terhitung... aku seorang pembazir!! Aku tetap ingin membantu semuanya, tp mana mungkin...yup..itu mustahil...

Apa yang mampu aku lakukan, sumbanglah sekadar termampu dan berharaplah mereka itu dpt menjamah makanan mereka. Ini samalah juga dgn usaha kita untuk membantu membanteras pemanasan global. Usaha kita seorang tidak akan membuahkan apa2 hasil, just do our part..and let the life cycle go on.

Isnin, Mac 23, 2009

Batasan akal

Akal adalah anugerah tuhan kepada manusia yang tidak ternilai harganya.Akal membezakan kita dgn haiwan, akal manusia adalah suatu keajaiban. Anda ternampak sebuah gelas, anda pegang gelas itu dan mula memikirkannya. Ia dibuat dari kaca, kaca dibuat dari pasir, pasir dibuat dari apa? Dari sini akal memainkan peranannya, kita mencari dan terus mencari jawapannya berdasarkan pemerhatian dan akal fikiran. Pada ketika inilah panduan menjadi elemen yg penting agar kita tidak terpesong jauh dari matlamat asal.

Bagi orang yang menganggap akal sebagai ultimate device, pemikiran mereka ini menjurus kepada asal usul kejadian yang akhirnya menafikan kewujudan tuhan sebagai pencipta alam semesta. Dari sebuah gelas tadi, mereka tahu ia diperbuat daripada kaca, kaca dibuat dari pasir, pasir terjadi daripada perlanggaran batu batu, batu terjadi dari gabungan beberapa unsur, unsur tersebut terjadi dgn sendirinya semasa bumi ini terbentuk.Ini yang dinamakan Theory of origin.Pemikiran seperti ini tanpa panduan dari agama telah melahirkan golongan cerdik pandai yang mengagungkan akal fikiran sekaligus menafikan kewujudan tuhan, mereka ini adalah golongan2 freethinker dan atheist.

Manusia ibarat sebuah mesin, mesin itu dicipta oleh jurutera, jurutera itu telas menulis sebuah manual agar pengguna itu tahu cara menggunakan mesin itu dgn betul. Batasan mesin itu, dan cara utk menyelenggara mesin itu. Manusia didatangkan dgn sebuah manual, iaitu kitab suci Al-Quran. Manual tersebut telah menceritakan bagaimana manusia harus dioperasikan. Apa yang boleh merosakkan manusia, cara utk menyelengara manusia dan segalanya. Manual itu juga yang menceritakan perkara-perkara yang tak mampu di fikir atau dikesan oleh deria manusia seperti perkara-perkara ghaib. Manual itu telah mencatatkan batasan manusia dan jika manusia melanggar batasan tersebut, ia akan memudaratkan. Jika sebuah kereta dicipta utk dipandu selaju 180KMH pada 10K RPM, tetapi kita degil utk melanggar batas tersebut seperti yang diarahkan dalam manual, bukankah ia akan merosakkan kereta tersebut? Perkara yang sama juga berlaku kepada manusia.

Seperti kisah gelas tadi, ia diperbuat daripada kaca, kaca berasal dari pasir, pasir berasal dari batu, batu terjadi dari gabungan beberapa unsur, unsur2 tersebut dicipta oleh Tuhan. Pernahkah anda melihat kejadian sebuah peti televisyen tanpa pencipta? Sesungguhnya akal kita ada batasnya,apa yang tak mampu difikirkan oleh akal manusia seharusnya dirujuk kepada manual yang diberi oleh Tuhan.

Rukun Negara

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

* Kepercayaan kepada Tuhan
* Kesetiaan kepada Raja dan Negara
* Keluhuran Perlembagaan
* Kedaulatan Undang-undang
* Kesopanan dan Kesusilaan

Jika kita melanggar rukun negara, adakah kerakyatan kita akan dilucutkan?

p/s: Ilmu itu milik tuhan, aku meminjamnya dan jika ada salah silap..itu adalah kesalahan aku

Sabtu, Mac 21, 2009

Simple Mind

Aku cemburu melihat kawan aku yang jenis simple mind.
Dia tak perlu memikirkan apa yang hendak dibuat dimasa hadapan.
Tak perlu memikirkan di mana nak cari duit.
Bila aku pergi kerumah dia, dia sedang enak tidur..
damn!! tapi aku tidak ingin menjadi seperti dia.

p/s: Adik Wan dengar cerita telah menyambung kontrak menyenggeng dirumah sehingga tahun 2010

Jumaat, Mac 20, 2009

Aku sangat happy

Kah Kah Kah Kah..
Kah Kah Kah Kah..
Kah Kah Kah pada korang sumer...
Kah Kah Kah..Ali Rustam takbleh bertanding..
lepas buat rayuan mesti boleh bertanding semula..
Kah Kah Kah..

Credit to Kah Kah Kah Hishamudin Rais - TukarTiub

Rabu, Mac 18, 2009

Quote of the day

Winner winner chicken dinner

Can you guys recall from which movie it come from?

Yuna - Dan Sebenarnya

Wow...terpesona dgn piece ni..bagus2..teruskan usaha anda



oh bulan
enggan melayan diriku lagi
pabila
airmata membasahi pipi
dah lagu lagu di radio
seolah olah memerli aku
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini
sebenarnya cinta
yang masih
bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyuman mu itu
kau juga
merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

pabila kau merenung matanya
ku rebah
jatuh ke bumi
disaat kau benar benar mahu pergi
seperti
ku bernafas dalam air

Selasa, Mac 17, 2009

A fresh and new me!

Aku masih lagi dalam mood cuti dan aku masih lagi bercuti.
Aku habiskan sisa-sisa cuti aku di kampung,masih ada 6 hari lagi.
Thanks to the holiday.. aku dah lupakan semua masalah dah kekusutan.
Dari saat itu aku terus maju ke depan dan tidak menoleh kebelakang lagi.
Masa terluang aku dihabiskan dgn keluarga dan kawan-kawan.

Aku rasa sgt gembira dgn semua ini, aku dah kembali kepada kehidupan aku dahulu.
Hmmm..malas rasanya nak kembali bekerja. Kehidupan wasted dan santai itu indah.
Bangun tido sesuka hati, kalo bangun lewat pun tak perlu melihat ada berapa miss call.
Bila keluar rumah, tiada lagi traffic jam dan kebanjiran manusia seperti di KL.

Okla..aku tak akan update blog ni sekerap dulu since aku tgh bercuti...
chowww

Lomg beach perhentian kecil

Rabu, Mac 11, 2009

Aku perlukan cuti panjang.....

Yeah.. i got it.. boss aku suruh aku habiskan annual leave aku yang bersepah tu.
So aku submit cuti untuk 2 minggu. Mulai lusa aku akan larikan diri dari hiruk pikuk Kay Hell dan aku akan pulang ke kampung.

Tapi....smlm Naim ym dgn aku.. dia cakap sekarang ramai babe2 topless tgh tunggu kiteorang dkt pulau. Damn!! aku suka pulau!! lama gila aku tak pergi sana since aku kerja dkt KL. Kalau dulu mmg aku dah muak dgn pulau sb aku pernah jadi tourist guide Pulau Perhentian. Yeap..aku ialah beach boy yang tak tahu berenang.

Naim cakap kat aku " Jom pulau" aku tanya bila, dia cakap anytime. Yeahhhh..cun...aku cuti panjang..jommmmm..minggu depan!!! Lama gila tak shoot gambar pulau. so i will be there!!

Untuk ambik mood, aku layan lagu ni..



p/s: ada sesape nak follow?

Satu Gangguan dan privasi

Anda menerima panggilan telefon, tp clip id menunjukkan private number.Adakah anda akan menjawab panggilan itu? Huh...kalau aku, aku malas nak jawab...reason? damn..most of it dari orang yang jual insuran, holiday package, vip card dan macam2 lagi.

Annoying? yeapppp.. especially masa aku tgh tido. Aku bangun dari tido dan mencapai telefon, Hello, boleh cakap dgn encik penulis? iye saya bercakap.. tahniah, encik adalah pemegang kad visa/mastercard yang bertuah. encik ditawarkan satu program kad vip bla bla bla.. woit.. aku pakai debit card la bangang... lepas tu dia citer la macam2..aku cakap tak berminat dan minta diorang delete data aku dari sistem korang.

selang beberapa bulan aku masih menerima panggilan yang sama! fuck... aku mmg hangin dan aku cakap aku berminat gila dgn kad tu seraya aku memberi nombor debit card aku yang mmg takde duit dlm tu. Caj la brape byk korang suke. Lepas tu diorang tak call aku lagi.

Si penjual insuran pulak lagi cam cibai, cakap nak ambik masa aku 5 minit, tp dkt 20 minit citer pasal plan dia. Aku cakap aku dah ada 5 polisi insuran tu tak termasuk bapak polisi di indonesia lagi. diorang tak reti2 ke? aku cakap taknak taknak la..aku pun pernah jadi agen insuran utk MAA, aku tahu betapa menyampahnya orang bila aku bukak fail aku dpn bakal client.

Aku mengucapkan terima kasih kepada orang2 yang menjual maklumat peribadi aku ni kepada diorang tu. Jasamu dikenang..

Selasa, Mac 10, 2009

Jangan Lupakan

Thanks Giring and fren for this great piece!

ku berjalan terus tanpa henti
dan dia pun kini telah pergi
ku berdoa di tengah
indahnya dunia
ku berdoa untuk dia yang kurindukan

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
berselimut di tengah dingin dunia
berselimut dengan dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home..
would it be nice to kiss you..

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
bernyanyilah na na na na na
bernyanyilah untuk dia yang kurindukan

would it be nice to hold you ..
would it be nice to take you home ..
would it be nice to kiss you..

jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan hilangkan diriku
jangan pernah lupakan aku
jangan pergi dari aku

Hadapi Dengan Senyuman

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


Insaf

Aku pergi masjid dekat ampang dan ternampak poster ni.
Pedih pedihh

Aucunes Cordes Jointes

Yeah..i librement à aller.. mana-mana saja yang aku suka.
corde de marionnette telah putus, terlerai, tak bisa bersambung lagi.
Tapi aku lega, karena semuanya sudah terang dan jelas.
Tiada lagi hipokrasi, tiada lagi prétention.

Wahai dunia...aku sudah kembali..tunggulah aku,
Diriku yang dingin dan degil kembali lagi,
Rakan taulan, aku kembali kepadamu,
maafkan aku kerana membuangmu dulu..

Karena aku memang tidak pernah kisah akan apa-apa pun,
Kecuali mengenai aku..yeah..aku égoïste

Aku terus maju ke depan,
takkan pernah pandang kebelakang lagi..

Au Revoir Hermes,
nous ne pas se réunir encore..
さようなら Noda Megumi,
私達再度会わないため

Isnin, Mac 09, 2009

Ape kepercayaan kamu?

Suatu hari Nacho Libre bertemu dgn seorang pencuri jalanan yang bernama Esqueleto. Dia bertanya kepada Esqueleto tentang kepercayaan dia kepada tuhan.

Esqueleto menjawab" No, i believe in Science"!

Nacho pun menggelengkan kepala.

Untuk pengetahuan anda, Esqueleto berada di sebelah kanan dalam gambar di bawah.
Adakah beliau boleh menjadi contoh orang yg freethinker atau atheist yg tidak percaya kepada tuhan?



Change

I watched you change
Into a fly,
I looked away,
You were on fire.

I watched a change,
In you,
It's like you never,
Had wings,
Now you feel so alive,
I've watched you change.

I took you home,
Set you on the glass,
I pulled off your wings,
Then I laughed.

I watched a change,
In you,
It's like you never,
Had wings,
Now you feel so alive,
I've watched you change.

It's like you never,
Had wings.

Aaaahhh-ah-aaaahhh

I look at the cross,
Then I look away,
Give you the gun,
Blow me away.

I watched a change in you,
It's like you never had wings,
Now you feel so alive,
I've watched you change.

Now you feel alive,
You feel alive,
You feel alive,
I've watched you change.

It's like you never,
Had wings.

Aaaahhh-ah-aaaahhh

You've changed,
You've changed,
You've changed,
Into a fly.




2000 Deftones - White Pony

Sleep

I'm going to have a deep sleep after this.
don't disturb me!

I need a quality sleep once...long time don't have enough sleep

Shit!!

Aku hangin dan benci betul bila orang tetiba hangin dkt aku sebab dia ada masalah dengan orang lain.

Tak percaya?

Yeap..it just happen to me!!

Several times!!!

Ahad, Mac 08, 2009

Bom Meletup!!

Kalau korang tetiba kena marah,tanpa sebab...takde hujan takde ribut..
apa respon korang? Marah balik kan?

Tapi aku tak..aku sabar dulu..then dengar dulu and diam..
Damn it..sebenarnya aku pun ikut jawapan yang di atas..yeap..aku marah balik..sb aku dah tak tahan, and the outcome? it become worst!! Api jangan di balas dangan api atau minyak.
Should shower it with water!!

*huhhh*

I did it again!

CUCI

Baru je lepas tgk citer cuci kat Astro Ria.Utk pengetahuan korang, tv dah repair.. ehehhe..tak bosan lg.

Cerita pasal cuci ni, ada kisah pasal aku pegi cuci kereta dan upah cuci kereta tu RM340.Nak dijadikan cerita, aku pergi the curve and tetiba rasa nak basuh kete. then aku pegila dkt tempat basuh kereta macha kat belakang the curve tu (dkt roundabout balai polis).

Aku pergi makan sementara tunggu kereta siap. Bila dah siap aku pun ambik kereta dan aku pun bayar 10 rengget dan aku pun blah. Sampai satu tempat, aku rasa nak check...yeah..kasut Nike Air Zoom aku takde..damn it..aku patah balik..tp dah kira lambat la.. diorang tak mengaku...damnn..aku bayar lebih utk cuci kete.

p/s: Jangan tinggal barangan berharga dlm kereta masa cuci kereta

Khamis, Mac 05, 2009

Berapa lama dahhhh!

Tadi aku ke TMpoint nak bayar bil streamyx since akaun tmonline aku tak boleh di access. Setibanya aku dkt sana, aku lihat tak ramai orang. Ada 2 kaunter yang beroperasi dan ada 2 orang pelanggan. Aku tekan butang A utk bayar bil dan menunggu giliran.

Hanya ada seorang sahaja pelanggan iaitu seorang makcik yang berada di kaunter membayar bil dan seorang lagi lelaki di kaunter pendaftaran streamyx. Aku pun mula menunggu dan menunggu.Ok, aku bagi detail bagaimana seorang perempuan itu membayar bil.

1. Duduk dan letak handbag kat bawah
2. Borak2 dgn staf TM
3. Keluarkan bil
4. Borak lagi
5. Panggil kawan dia
6. Borak dengan kawan dia
7. Angkat handbag letak atas meja
8. Keluarkan wallet
9. Tengok duit
10.Kira duit
11.Bagi duit satu satu
12.Simpan wallet dalam handbag
13.Borak dgn staff TM
14.Bukak handbag skali lg
15.Ambik wallet
16.Cari syiling
17.Bagi syiling
18.Borang dgn kawan dia
19.Ambik bil
20.Kemas handbang
21.siap

Urusan membayar bil beliau dalam purata 15 minit. Hangin aku menunggu!
Selepas tu aku giliran aku membayar bil dan ia mengambil masa tak sampai 5 minit.

p/s: Adakah perempuan begitu kompleks dan detail?

Rabu, Mac 04, 2009

Ilusi

Jika engkau kata mata itu bisa melihat,
fikirkan sekali lagi,
kerana engkau hanya memandang,
untuk jalan ke hadapan.

Jika engkau percaya apa yang engkau nampak,
halusinya sekali lagi,
kerana bila dilihat kesekian kalinya,
ia mungkin berubah.

Engkau tidak bermimpi,
Engkau juga bukan dalam khayalan,
Engkau cuma tidak percaya itu adalah ILUSI,
ILUSI yang engkau anggap sebagai kenyataan.

Ayuh, sedarlah...
Ayuh bangunlah...
Wahai mata hati,
Tembusilah ILUSI

3B

Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. Kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih... "

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,penyayang dan menyintai saya sepenuh hati... "

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B'yang pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu
'BERDOA' dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ... .."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yang ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"

Selasa, Mac 03, 2009

Betul ke ni?

Di petik dari blog isuhangat

1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring!

2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..

4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap

5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni...nanti i free i call u ,kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la...

7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik balik cepat la...ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...

9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...

Alone



I hear the ticking of the clock
I'm lying here, the room's pitch dark
I wonder where you are tonight
No answer on the telephone
And the night goes by so very slow
Oh I hope that it won't end though
Alone

Till now I always got by on my own
I never really cared until I met you
And now it chills me to the bone
How do I get you alone
How do I get you alone

You don't know how long I have wanted
to touch your lips and hold you tight
You don't know how long I have waited
and I was going to tell you tonight
But the secret is still my own
and my love for you is still unknown
Alone

Till now I always got by on my own
I never really cared until I met you
And now it chills me to the bone
How do I get you alone
How do I get you alone
Alone
Alone

Satu Dimensi Baru

Kita sentiasa belajar dan terus belajar dan kita juga terus di ajar.
Namun sedarkah kita berapa banyak pembelajaran kita itu yang diterapkan dan diamalkan dalam hidup kita seharian? Ia tak semestinya bercorak akademik malah apa yang diberitahu,dikomen,dicerca oleh orang lain juga adalah suatu pembelajaran.

Bagi aku, itu bukan perkara yang senang dan juga bukan perkara yang susah. Ini bergantung atas keinginan kita dan power of will. Setiap hari kita menjamu selera dgn nasi dan lauk, dan bukan perkara senang jika kita ingin menukarkan makanan harian kita kepada roti dan keju. Inilah yang dinamakan rutin. Jika ia sudah menjadi rutin maka bukan senang untuk kita mengubah rutin tersebut.

Setiap hari aku menghadapi dunia dengan cara aku sendiri. Orang selalu kata, jadilah diri sendiri..be yourself! Menjadi diri sendiri kadang kala boleh menyakiti orang lain. Menjadi diri sendiri bermakna kita tidak peduli apa yang orang lain katakan, menyangkal pendapat orang lain dan tekad mengatakan kita betul. Dari sudut lain, menjadi diri sendiri adalah menonjolkan keegoan kita.

Ego itu wujud sama ada kita sedar atau tidak. Ego itu perlu untuk menegaskan pendirian kita. Namun ego juga boleh melukakan orang lain. Bagi aku rambut panjang itu cool, selekeh itu cool tapi bila aku berhadapan dengan golongan veteran, aku dipandang serong. Aku kutu...aku perosak bangsa. Tapi aku tetap menjadi diri aku..jelas itu ego.Mereka sering menasihati aku agar potong rambut ku biar kemas. Tapi aku tegar..aku degil. Aku ingin menjadi diriku yang sebenar. Mereka kemudian menyarankan aku agar mengikat rambut. Aku ingin menjadi diri aku..

Aku ingin menjadi diri aku... maka aku harus menongkah hidup ini bersendirian. Tiada cerca dan teguran yang akan mengubah diriku yang degil ini. Oleh kerana aku tetap ingin menjadi diriku sendiri. Maka seseorang demi seorang pergi meninggalkan aku, mereka tak berdaya lagi untuk menarik aku ke dunia sebenar.

Hari ini, aku memandang diriku didepan cermin. Sudah 20 tahun lebih aku menjadi diri aku sendiri dan aku tetap sama, tiada kemajuan. Aku mencapai rubberband dan mengikat rambutku lalu tersenyum sendirian. Aku pergi kedapur dan memasak apa yang patut seraya berbisik "Jika aku tidak memulakan, bagaimana ia akan berhasil?

Pengumuman

Dengan ini diumumkan TV cokia aku telah selamat pulang ke tempat asalnya.
Maka bermula dari saat ini aku sangap tak boleh tgk tv.
Sekian dimaklumkan

Isnin, Mac 02, 2009

Lupa

Aku sering terlupa,
Siapa aku?
Namun Tuhan sering mengingatkan aku,
Bahawa aku adalah hamba-Nya,
Melalui seruannya setiap hari,
tapi aku tetap alpa.

Aku sering terlupa,
Siapa aku?
Aku adalah khalifah di dunia,
Yang zalim kepada rakyatnya,
Yang mementingkan dirinya.

Aku sering terlupa,
Siapa aku?
Aku adalah seorang anak,
Yang derhaka kepada orang tuanya.

Sebenarnya..
Aku bukan pelupa,
tapi aku degil,
aku sengaja melupakannya,
Kerana aku hanya
seorang manusia yang tidak tahu bersyukur

Demi Masa

Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.

Surah Al-Asr

Aku seorang last minute, buat kerja dan tugasan pun selalu ngam2 dgn dateline.
Sekarang aku tgh bergelumang dgn tugasan dimana tarikh akhir utk submit ialah esok.
Tension nya!! Padan muka aku