Selasa, Mac 24, 2009

Just do our part and the cycle will go on

Pernahkah anda terdetik untuk membantu orang yang susah bila anda melihat orang yg merempat dan susah? Tahniah..anda memiliki hati yang murni. Teringat semasa aku bercuti di Bali tahun lepas, aku turunnya dari teksi aku dikerumuni oleh peminta-peminta sedekah dan penjual jalanan. Pada mulanya hanya ada 2 orang, aku menghulurkan beberapa ribu rupiah dgn harapan mereke ini dapat menjamah makanan. Selepas itu aku diserbu oleh sekumpulan yang lainnya. Persoalannya, mampukah kita untuk membantu sekaliannya?

Yeap..kita tidak mampu..kerana terlalu ramai orang miskin di dunia ini.Aku tidak kaya, tetapi sekurang-kurangnya aku tidak pernah terlepas dari menjamah makanan. Berapa kali aku tidak habiskan juadah aku? tak terhitung... aku seorang pembazir!! Aku tetap ingin membantu semuanya, tp mana mungkin...yup..itu mustahil...

Apa yang mampu aku lakukan, sumbanglah sekadar termampu dan berharaplah mereka itu dpt menjamah makanan mereka. Ini samalah juga dgn usaha kita untuk membantu membanteras pemanasan global. Usaha kita seorang tidak akan membuahkan apa2 hasil, just do our part..and let the life cycle go on.

Tiada ulasan: