Rabu, April 29, 2009

Love Is Gone

Favourite track from David Guetta

Selasa, April 28, 2009

Disagree

I'm totally disagree with myself..disagree to what i've did to myself.
I just don't know what to do....

Ahad, April 26, 2009

Success

"The harder you work...the luckier you get."

Sabtu, April 25, 2009

Boleh tak aku menyumpah?

Fuckkkk...u should die fucking maid!!




Aku masih terkilan dan tertanya, apa yang terjadi kepada kanak-kanak itu sekarang.

*terdiam*

Competition

"Whoever said, it's not whether you win or lose that counts, probably lost."

God Speed Your Love

Nice song from Telebury



"Some people dream of success..while others wake up and work hard at it!"

Jumaat, April 24, 2009

Harga Sebuah Keinsafan

Sebuah filem pendek oleh Ferdinand Dimadura mengisahkan tentang kesan ekonomi kapitalis dan globalisasi, memaparkan pembaziran makanan yang kita amalkan sedangkan masih ramai lagi manusia yang sengsara akibat tidak cukup makan.

Saksikan Chicken a la Carte dan sama-samalah kita berfikir.

Attitude

"A Bump in the road is either and obstacle to be fought or and opportunity to be enjoyed... it is all up to you."

Khamis, April 23, 2009

Quote of the day

They were nice to you because they want something!

Catatan Harian Suami Isteri

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku surgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada".

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....



BUKU HARIAN SUAMI


Hari ini Man U kalah. SIALLLLL!!!

Salah Selipar

Seorang bapa pergi dengan anaknya untuk berjalan-jalan menghirup udara segar, belum berapa jauh berjalan, si bapa baru sedar bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna, yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru.

Kerana malas untuk kembali ke rumah, ia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul, dan sementara itu dia menunggu dibawah pohon yang rendang.

Setelah berapa lama, si anak kembali dengan tangan kosong.

"Kenapa kamu tidak bawa seliparnya .....?!!", kata bapa dengan susah hati.

"Sia-sia je pak.., selipar yang dirumah juga berlainan warna..."

Rabu, April 22, 2009

Alah Bisa Tegal Biasa

*Ini adalah versi draf*

Sifat manusia mengenai penerimaan sesuatu yang baru adalah secara berperingkat. Tidak kira perkara baik atau buruk ianya tetap sama. Kalau dulu perempuan yang pakai seksi dipandang serong oleh masyarakat. Selepas satu jangka masa, masyarakat mula menerima perubahan tersebut dan menganggapnya sebagai perkara biasa. Maka tidak hairanlah jika orang sekarang tidak kisah jika melihat perempuan (melayu) berpakaian seksi.

Kewujudan lelaki transeksual (maknyah) dan gay pada awalnya dipandang jijik oleh segenap lapisan masyarakat. Disebabkan psikologi manusia, fenomena ini akhirnya diterima sebagai perkara biasa. Kali pertama tengok "Eiii...gelinya" kali ke 10 tengok "Owh...inilah maknyah/gay" kali ke 100 tengok "Biasalah tu".

Melihat gelagat anak muda di Bukit Bintang yang berbagai-bagai pada mulanya sangat menyakitkan mata. Pelbagai trend dan budaya dari luar yang ditonjolkan oleh mereka tidak menyenangkan masyarakat. Jika kita melihat mereka ini setiap hari dan ketika, sampai satu tahap kita tidak mempedulikan mereka lagi dan serta menanggap ia adalah perkara biasa.

Kesan psikologi ini tidak terbatas kepada masyarakat saja, malah ia juga membawa kesan yang besar kepada individu.

Contoh untuk individu

Dimarahi

Jika anda dimarahi oleh seseorang pada kali pertama, pasti anda akan memberi respons kepada orang yang dimarah. Jika anda terus menerus dimarahi setiap hari dan ketika, anda seakan kalis atau lali terhadap kemarahan tersebut. Akhirnya anda akan bosan dan terus tidak mempedulikannya.

Bersendirian

Apa akan berlaku jika tiba-tiba anda kena tinggal bersendirian dirumah? Bukan untuk sehari dua,tapi untuk jangka masa panjang. Sudah pasti akan merasa bosan kan? Pada permulaan anda pasti akan tidak senang duduk, alah bisa tegal biasa! Anda pasti akan tidak merasa apa2 setelah sebulan tinggal bersendirian di rumah.

Dipaksa

Paksaan boleh membuatkan anda merasa stress. Tetapi jika paksaan tersebut berlaku setiap waktu dan ketika, kita secara automatiknya akan tidak mempedulikannya atau menurut paksaan tersebut.

Kedegilan

Anda berhadapan dengan seorang yang degil dan keras kepala, sudah pasti anda tidak dapat menerimanya pada awalnya. Tetapi, jika anda menghadapi orang yang degil itu setiap hari dan bila tiba satu tahap, anda tidak mempedulikan kedegilannya lagi. Ini adalah lumrah manusia, senang lali dengan benda2 yang berulang.

Bangun pagi

Bagi sesetengah orang, bangun pagi merupakan perkara yang amat susah dilakukan. Jika ia diamalkan setiap hari, ia akan menjadi rutin dan tidak menjadi masalah lagi.

Ketidaktentuan

Menghadapi induividu yang tidak menentu kadang kala menjadi masalah kepada kita. Individu ini biasanya menjanjikan sesuatu tetapi pada akhirnya mereka tidak dapat deliver apa yang sepatutnya. Outcome nya boleh berubah tanpa kita sangka atau sedari. Jika perkara seperti ini berulang kali dihadapi oleh anda, sudah pasti anda sudah kisah dan tidak mempedulikan individu tersebut kerana ia sangat membuang masa.

Dan banyak lagi contoh2 perkara2 yang tidak biasa kita lihat atau hadapi tetapi akhirnya menjadi perkara biasa setelah ia berlaku berulang kali.

Kesimpulan

Semua perkara yang tidak biasa ini pada akhirnya akan menjadi perkara common dan biasa. Ironinya, masyarakat atau individu akan menganggapnya sebagai perkara biasa. Tidak kurang juga yang terus tidak mempedulikannya dan tidak kisah langsung akan perkara tersebut. Sikap dan psikologi manusia seperti ini sangatlah merbahaya kerana penyebaran dakyah2 sesat menjadi lebih senang jika ia diulang2 dan akhirnya diterima oleh masyarakat dan individu.

*Kesan kepada individu adalah berbeza dan artikel ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi aku sahaja.

p/s: Aku memang selalu sangat menghadapi benda2 macam ni, pada akhirnya aku akan ignore dan menjadi lali. Dalam erti kata lain, aku menjadi bosan dan tidak ingin untuk ambil tahu mengenainya lagi

Kapal Selam

Sorry beb, aku tak tahu yang kapal selam tu timbul balik after aku tembak bertubi-tubi.
Next time aku double check. So bila nak main game kapal selam tu lg?

Kapitalisme: Kedaulatan Dan Globalisasi

Nota: Terima kasih kepada Abang Hishamudin Rais kerana membenarkan artikel ini dikongsi di blog ini. Kredit kepada tukartiub.

Lupakan kedaulatan Sultan Perak. Lupakan kedaulatan Raja-Raja. Semua ini adalah ciput. Semua kedaulatan ini tidak akan diambil kira dalam agenda globalisasi yang sedang berjalan hari ini. Semua Tan Seri, Tan Tun, Mak Datin , Pak Haji, Ayatollah, Padri, Sami, Rabbai atau apa sahaja bentuk manusia semuanya menjadi ciput dalam agenda baru yang sedang berjalan hari ini.

Tuhan baru telah muncul. Tuhan yang dibawa oleh sistem kapitalis. Tidak percaya? Sila renung dan periksa diri sendiri. Sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan manusia berebut-rebut untuk mengumpul harta. Sistem ekonomi kapitalis telah melahirkan satu budaya dimana umat manusia dalam dunia ini terlupa dan terlalai bahawa kita hanyalsh bertransit di atas muka bumi ini.

Budaya kapitalis ini telah mencakupi semua aspek kehidupan manusia. Manusia moden kurun ke 21 telah dilalaikan untuk menjadi binatang konsumer yang mengguna dan mengumpulkan pelbagai ‘biji-biji saga’ dan barangan kodi untuk mainan. Manusia moden telah menjadi seperti Toyol yang asyik bermain dengan biji-biji saga hingga terlupa bahawa tujuan hidup ini adalah untuk mengenal diri sendiri dan melakukan kebaikan.

Sistem kapitalis telah membawa satu budaya dimana ianya mengasak, meraba dan merangsang sifat jahat dalam diri manusia. Hukum induk ekonomi kapitalis - keuntungan maksima – telah melupuskan nilai baik yang sedia wujud dalam diri manusia.

Justeru apakah kita hairan apabila kita terbaca dalam akhbar bagaimana pembekal susu tepong di Tanah Besar China telah membubuh malamin dalam tepong untuk dijual sebagai susu. Mereka menjual susu ini bukan kepada orang Sweden tetapi kepada bayi-bayi China sanak saudara mereka sendiri.

Justeru apakah kita hairan apabila kita membaca berita di Sepanyol dan Portugal ada pembekal minyak zaiton telah membubuh minyak hitam yang sudah terpakai untuk dijual sebagai campuran minyak zaiton.

Justeru apakah kita hairan apabila membaca bagaimana kontrektor Bumiputera yang bersunat dan selalu naik umrah telah membuat bangunan sekolah, bilik makmal dan hospital dengan menggunakan barangan tidak berkualiti dan akhirnya bangunan-bangunan ini runtuh rantah.

Semua ini dilakukan kerana mereka hidup mengikut hukum dan budaya kapitalisma. Keuntungan maksima adalah tuhan baru yang sedang disembah. Selama 30 tahun kebelakangan ini tuhan baru ini telah muncul dimerata pelusuk dunia. Tuhan ini akan berada dimana sahaja wujudnya sistem ekonomi kapitalis termasuk di Malaysia.

Tiga puluh tahun dahulu – air, api, jalan raya, hospital, bank, sekolah, universiti, talipon, radio, tv – semua ini adalah milik kita bersama. Semua ini adalah hak milik negara bermakna hak milik orang ramai. Tiba-tiba harta orang ramai ini diswastakan.

Siapa sebenarnya yang menelorkan dan mencadangkan dasar penswastaan ini. Dasar ini dimunculkan oleh pemikir kabal-kabal Illuminati. Para pemikir dari pelbagai ‘think tank’ ini yang telah mengajukan agenda penswastaan kepada Bank Dunia dan IMF sebagai satu usaha untuk apa yang mereka panggil – cara untuk memperbaiki dan mengembangkan ekonomi di negara-negara sedang membangun.

IMF dan Bank Dunia menjadikan penswastaan ini sebagai dasar untuk diterima pakai. Negara Dunia Ketiga yang miskin jika ingin meminjam dana dari bank-bank antarabangsa diwajibkan menjalankan dasar penswastaan. Penswataan bermakna menjualkan harta hak milik orang ramai kepada kaum kapitalis antrabangsa.

Di belakang dasar penswastaan ini ialah para banker dari kabal Illuminati. Para banker yang telah mengumpulkan berbilon kertas dolar memerlukan pasarana pelaboran baru. Hukum ekonomi kapitalis mewajibkan kaum pemodal terus mencari pasaran baru. Di Eropah Barat pasaran telah tepu. Maka kabal Illuminati telah mengarahkan Bank Dunia dan IMF memaksa dibuka seluas mungkin pasaran di negara Dunia Ketiga. Hasilnya kita melihat harta negara kita –air, talipon, tv, jalan raya, hospital, bangunan, bank – semuanya bertukar tangan.

Apabila Perang Dingin tamat lihat apa yang telah terjadi kepada Russia dan Eropah Timur. Negara-negara ini sedang mengamalkan sistem ekonomi sosialis telah diasak dan di serang. Russia telah dipecah-pecahkan. Perang telah dicetuskan di Bosnia, di Kosovo, di Montenegro dan di Chechen – semua ini adalah perancangan licik untuk memaksa harta rakyat di Eropah Timur di jual kepada kaum pemodal antrabangsa.

Sesudah dasar penswastaan di terima pakai – kita mula terdengar apa yang dikatakan - Dunia Tanpa Sempadan. Dunia tanpa sempadan ini ialah agenda Illiminati untuk melupuskan kedaulatan negara. Dunia tanpa sempadan bukan bererti orang Afrika boleh senang-senang masuk ke Eropah. Dunia tanpa sempadan bukan bererti buruh rakyat Pakistan boleh masuk ke Jepun untuk mencari kerja.

Tanpa sempadan hanyalah untuk duit modal masuk ke mana sahaja untuk mencari untung. Modal antarabangsa ini tidak boleh diganggu gugat ketika modal ini sedang mencari keuntungan maksima dimana sahaja dalam dunia ini. Dunia tanpa sempadan ialah untuk para pelaboran antarbangsa bermain ‘tikam dan berjudi’ di pasaran saham negara-negara Dunia Ketiga. Lihat apa yang berlaku di Asia Tenggara pada tahun 1997 dahulu. Lihat bagaimana kaum kapitalis antarabangsa telah menerbus masuk dan menekan negara-negara Asia Tenggara dan akhirnya banyak hospital kita terjual, talipon kita terjual, sistem pendidikan kita terjual.

Lihat Tesco, Carrefour, Giant, Court Mamoth, AIA, ING, Ikea, Burger King, MacDogal, Shell, Esso – semua ini adalah milik pemodal antarabangsa. Semua ini dipaksakan ke atas pasaran kita melalui perjanjian World Trade Organisation (WTO). WTO memaksa negara Dunia Ketiga membuka pasaran untuk pemodal antarabangsa masuk mencari untung.

Perjanjian WTO ini adalah perjanjian terbuka yang berat sebelah – sama seperti perjanjian-perjanjian East India Company yang telah dibuat oleh Sultan Johor dengan Raffles pada tahun 1819 dahulu. Sama seperti perjanjian Sultan Kedah dengan Francis Light pada tahun 1786. Sama seperti Perjanjian Pangkor 1874 yang akhirnya Tanah Melayu jatuh ke tangan British.

Dari zaman penjajah dahulu cita-cita kaum pemodal kapitalis ini untuk memiliki dunia ini tidak pernah padam-padam. Cita-cita kaum pemodal antarabangsa ini untuk menjadikan umat manusia sebagai hamba adalah manifesto New World Order. Kabal-kabal Illuminati saban hari merancang. Hari ini semua strateji telah di rancang. Semua telah di susun. Para banker di belakang Iluminati sedang dalam persediaan akhir untuk melahirkan apa yang mereka katakan – New World Order atau Dunia Bentuk Baru.

Lihatlah nanti bagaimana kabal-kabal Illuminati ini akan memaksa Malaysia untuk menanda tangani Free Trade Agreement. Dalam perjanjian ini tidak ada yang ‘free’. FTA ini akan memaska kita terus membuka semua pasaran negara kita untuk kaum pemodal antarabanga mencari keuntungan maksima.

New World Order ini adalah dunia baru dimana kedaulatan negara tidak wujud lagi. Rancangan NWO ini sedang diatur – Canada, Amerika dan Mexico telah disatukan – kemudian seluruh Selatan Amerika akan dijerut masuk. Eropah sedang bersatu – ini akan menjerut masuk Afrika dan Timur Tengah. Asia akan dikepali oleh Jepun yang akan menjerut semua negara di Asia.

Lihat sekarang telah wujud Asean dan Apec untuk Asia , African Union untuk Afrika dan Union of South American Nations untuk Amerika Latin. Semua ini adalah perancangan Illuminati. Semua ini direstui oleh kaum pemodal antarabangsa. Rancangan akhir mereka ialah untuk memastikan semua rakyat dunia ini akan tunduk kepada kuasa mereka.

Dalam masa yang tidak lama lagi manusia akan di cap dengan microchip. Tak percaya? Bukankah idea ini telah terkeluar dari mulut seorang pegawai polis Malaysia tiga tahun dahulu dan berita ini telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia. Microchip ini untuk bayi yang baru lahir – atas alasan untuk mengekori penjahat.

Tetapi hakikatnya microchip ini ialah untuk mengawal semua umat manusia agar tunduk kepada sistem ekonomi kapitalis. Umat manusia akan taat bekerja dari jam 9 hingga 5 – bercuti Sabtu Ahad. Jika sopan dan tekun mereka akan dapat gaji untuk membeli kondo, ipod, Kancil, kasut Prada, beg Luis Vuitton dan pelbagai jenis ‘biji-biji saga’ yang dijanjikan. Sila baca 1984 oleh George Orwell dan tonton filem Metropolis oleh Fritz Lang.

Ini bukan satu dongeng konspirasi. Ini bukan plot sebuah novel yang belum siap. Ini adalah hakikat politik dunia hari ini. Memahami politik dunia hari ini amat penting. Jika kita gagal untuk memahami garis dan strateji Illuminati maka kita tidak akan melawan. Jika tidak bangun melawan maka umat manusia dalam dunia ini akan dijadikan hamba abdi.

Selasa, April 21, 2009

Tujuh

Mengikut kiraan metafizik (berdasarkan tarikh lahir), aku dikategorikan sebagai nombor 7.
Tafsiran nombor tujuh adalah seperti berikut:

7. Intelektual

Golongan ini adalah Pencari.

Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.

Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.

Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.

Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.

Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik
yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.

Mereka sangat suka berahsia.

Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

p/s: aku adalah pencari...pencari pasal

Everything

Kawan aku mengadu dia ada masalah dgn girlfriend dia.
Aku tanya dia kenapa? Dia jawab dia pun tak tahu sebabnya.
Sambil buat muka sedih dia merungut "Aku dah bagi everything dekat dia, tapi kenapa dia buat aku macam ni?"
Aku balas " Aku tahu tahu sebabnya"
Dengan pantas dia bertanya "Apa sebabnya?"
Aku balas " Sebab engkau dah give everything to her then you have nothing to give to her anymore! That's your fault"
Dia tanya lagi "Maksud engkau?"
Aku jawab "Dia dah terima everything yang engkau ada, so dia tak perlu apa-apa pun lagi dari engkau"
Kawan aku terdiam sejenak, then dia meneruskan pertanyaan.
"Habis tu, apa patut aku buat?"
Aku balas "Don't give, but you should share with her.Give and share adalah dua benda berbeza.Stop giving starting today!"

Hari ni dia jumpa aku and cakap dekat aku
"Thanks a lot counselor "

Damn it..aku bukan counselor walaupun masa sekolah dulu aku pernah jadi PRS.

p/s: PRS = Perosak Rakan Sebaya

Lesson no 1

Folks! could you teach me how to pronounce "PF?"


-Dedicated to Adek-

Sabtu, April 18, 2009

Tender Terbuka

Terkenang waktu dulu



dan ini..lagu dari Band Abu



Khas utk org2 emo dan saiko

Bermonolog

Aku sedang bermonolog, sudah lama aku tidak melakukan.
Bagi aku monolog itu dizahirkan sebagai bercakap dgn aku yang satu lagi.
Aku yang satu lagi adalah Qarin yang mendampingiku.

Aku bertanya kepada Qarin, apa itu L.O.V.E?
Qarin menjawab "L.O.V.E itu satu alasan"
Aku meneruskan pertanyaan " Alasan untuk apa?"
Qarin membalas " Alasan untuk L.U.S.T wujud"

*Aku terdiam seakan bersetuju dengan aku yang satu lagi*

Aku berkata "Tapi aku tak percaya kepada L.O.V.E! maka tiada alasan untuk L.U.S.T wujud!"
Qarin membalis "Aku kenal kamu wahai aku yang sebenar!, kamu telah membenarkan L.U.S.T merajai hidupmu,nah...imbas balik apa yang kamu lakukan sepanjang tahun ini..semua itu L.U.S.T!"

*Aku seolah-olah bersetuju dan tidak langsung membangkang apa yang Qarinku katakan*

Aku berkata"Wahai diriku yg satu lagi, kenapa harus aku mendengar katamu?"
Qarin membalas "Sebab aku adalah dirimu"
Aku menyambung "Nah..kalau begitu aku akan mengabaikan kedua-duanya L.O.V.E dan L.U.S.T"

*Qarin tersenyum sinis dan dia terus hilangkan diri*

Aku tersedar dan menamatkan monologku

p/s: sorry..monolog kali ini versi seram fiksyen sikit..wahahhaha

Percuma

Masih adakah benda percuma di dunia ini?
Yep, ada.. udara yang kita sedut.. percuma kan?
.........
Ada aweks call, dia cakap aku dapat baucer percutian free of charge!
Aku tanya takyah bayar apa2 ke?
Aweks tu cakap takyah bayar dan dia suruh datang office utk collect dan bincang pasal destinasi percutian.
Aweks tu tanya lagi "bila boleh datang?"
Aku jawab "pukul 3 ptg sabtu ni"
Benda free beb benda free...
Aku tak pergi hari sabtu tu, sebab aku mmg nak test diorang.
Diorang call lagi hari ahad suruh datang pukul 3 petang.
Aku balik rumah aku tidur, silentkan phone.
Lepas tu aku dapat SMS dari aweks tu "Apelah awk ni org bg baucer free pun taknak"

Para pembaca yang budiman semua..wahahha.. sampai macam ni sekali diorang nak bagi benda free dekat aku. Pelik gile kan? push gila2 nak bagi benda free. Jangan buang masa lah..konfem kena beli apa2 kalo pegi office diorang.

p/s: adakah ini taktik terbaru setelah mereka gagal menjual VIP travel card kepada aku dulu?who knows....

Jumaat, April 17, 2009

Tersenyum

Akhirnya..
Aku mampu tersenyum!
Dan ianya tulen.
Sudah hampir dua minggu aku telah tersenyum
Aku telah berpijak di bumi nyata

Aku kembali kepada diri aku yang dulu
Tak kisah
Tak peduli
Berpegang teguh kepada apa yang aku percaya
Terus menapak kedepan

*menarik nafas dan tersenyum*

Aku senyum kerana gembira
Tiada lagi gerak geri yang terpaksa
Terima kasih teman-teman lama dan baru,
Kerana mengembalikan senyuman kepada ku!

Kadang kala kembali ke masa silam itu perlu,
Jika kamu telah dipaksa-ubah dengan kejamnya
Oleh anasir sekitar yang zalim



Hadiah kegembiraan:



dan

Track ke 5 EP aku

Khamis, April 16, 2009

No Reason

During a job interview last week,they asked me, can i change for their sake?
I answered, "Yes i can.. but i just decided..I don't want!"
They asked again, "Why?"
I said, "Because i have no reason, i have no motivation to do that"
Guess what? I got the job but I've declined.
Because I've decided, i don't want to change...as for now!

Selasa, April 14, 2009

Yang ini lebih sedap!!

Di petik dari blog isuhangat

Pada satu hari, seorang paderi berjumpa dengan seorang lelaki islam yang alim di dalam kapalterbang.

Mereka duduk bersama-sama. Setelah kapal terbang mula bertolak, mereka mula berdebat tentang hal agama.

Setelah lama berdebat, seorang pramugari datang untuk memberi makanan. Paderi itu meminta "Can I have pork?". Pramugari itu segera mengambil sepinggan daging babi. Kemudian lelaki alim tu pula meminta nasi ayam. Pramugari itu memberikannya sepinggan nasi berlaukkan ayam.

Setelah mereka habis menjamu selera, paderi itu berkata "Ha2, rugi awak tak dapat makan daging babi. memang sedap sehingga menjilat jari". Lelaki alim itu berdiam diri. Setelah itu, Mereka sambung berdebat.

Setelah mereka sampai di lapangan terbang, lelaki itu bersalaman dengan paderi itu dan berkata,"Kirimkan salam saya kepada isteri awak". Paderi itu pun berkata,"Saya tidak ada isteri kerana tidak boleh berkahwin"

Lalu lelaki itu berkata "Takder isteri? Ha2, ruginyer. Perempuan lagi sedap dari daging babi."

Life in MONO

My favorite electro duo from UK.
My blog's theme song
OST from Great Expectation movie (1998) (my fav movie)






The stranger sang a theme
From someone else’s dream
The leaves began to fall
And no one spoke at all
But I can’t seem to recall
When you came along
Ingenue

Ingenue
I just don’t know what to do

The tree-lined avenue
Begins to fade from view
Drowning past regrets
In tea and cigarettes
But I can’t seem to forget
When you came along
Ingenue

Ingenue
I just don’t know what to do

Ingenue
I just don’t know what to do

Ingenue
I just don’t know what to do

Ingenue
I just don’t know what to do

Ingenue (fade out)

Isnin, April 13, 2009

Androidism

Dari semalam aku bertukar menjadi android.
Aku tak rasa apa2 dalam diri aku.
Tiada marah, tiada sedih, tiada gembira.
Sesiapa yang pegang remote ku..
silalah control aku sebaik mungkin..
Kerana aku adalah android

Khamis, April 09, 2009

Satu Analisis: Mindset Orang Kita

Dari kecil orang tua kita menyuruh kita ke sekolah, kita disuruh belajar dan mendapat gred yang baik. Tak kira masa darjah satu mahupun di universiti, perkara yang sama tetap berulang. Nampak seperti suatu yang baik kepada anak-anak kerana ibu bapa menyuruh mereka belajar bersungguh-sungguh dan dengan gred yang bagus boleh dapatkan kerja yang bagus.

Dari aspek yang lain, sebenarnya secara tidak langsung ibu bapa kita menggalakkan kita menjadi seorang pekerja, orang yang makan gaji. Ada degree nanti boleh lah kamu menjadi arkitek, jurutera atau sebagainya. Itulah kata-kata ibu bapa kepada anak-anaknya. Percayalah, tidak ada satu pun (kalau ada pun, mmg jarang) yang menyuruh anaknya pergi kesekolah untuk belajar selok-belok kehidupan, belajar cara untuk berniaga dan membuat duit. Bukankah duit yang menjadi target setelah penat belajar dan bekerja?

Maka si anak ini pun tekunlah berlajar, dan berjaya mendapat gred yang baik. Seperti yang diharapkan,anak-anak ini menjawab soalan peperiksaan seperti mana yang dikehendaki oleh skema jawapan dan buku teks. Syabas dan tahniah kepada ibu bapa dan sistem pendidikan negara kerana berjaya melahirkan modal insan (pinjam ayat pak lah) yang pandai di atas kertas semata-mata. Tengok graduan kita, habis saja belajar, susah nak dapat kerja. Kenapa? bukankah kita diarahkan oleh ibu bapa utk belajar dan bekerja dgn orang lain? Kenapa setelah penat mengejar ijazah, dapat ijazah tak dapat kerja pula? Kerana dalam industri orang yang pandai di atas kertas tidak semuanya kompetetif dan mempunyai skill seperti yang diperlukan.

Di sekolah cikgu mengajar kita cara mencari jawapan kepada setiap persoalan. Semuanya diajar secara menyuap ke mulut pelajar. Pelajar tak perlu susah payah mencari sendiri semua jawapan itu. Apa yang difikirkan oleh cikgu2? Nama baik sekolah, jumlah pelajar dpt banyak A dan bukannya melahirkan pelajar yang berdikari. Pelajar2 tak minat subjek? Itu masalah pelajar sb tak minat. Mereka ini tidak sedar yang setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. Pelajar-pelajar ini sudah tentu bukan semua boleh meneroka sendiri kelebihan yang ada pada diri mereka. Ada sebab mereka tidak berminat dengan pelajaran, dan ini bermakna mereka langsung tiada minat yg lain? Tolonglah mereka ini mencari jawapan.

Dalam dunia akademik, semua permasalahan mempunyai penyelesaian yang telah ditetapkan seperti yang terdapat dalam buku. Jika anda belajar mengenai bisnes, sudah tentu jawapan kepada soalan2 peperiksaan itu bersifat positif dan untung. Tiada silibus yang mengajar pelajar untuk rugi. Ini sungguh tidak realistik, mereka tidak mengajar pelajar untuk recover dari kerugian. Maka tidak hairanlah mereka yang telah berjaya ini bukan semuanya memiliki ijazah/master/phd. Bagi mereka ijazah yang terbaik adalah pengalaman dari jalanan, pahit manis menempuh hidup.

Terbukti...dari kecil lagi kita diasuh untuk menjadi seorang perkerja, menjadi seorang yang tak kreatif dan hanya pandai di atas kertas, bukannya menjadi orang yang memberi orang lain kerja, orang yang mencipta pekerjaan. Tak percaya? suatu hari nanti anda juga akan mengungkapkan perkataan yang sama kepada anak-anak anda. "Alif..nanti Alif besar, Alif kena gi sekolah tau, lepas tu belajar rajin-rajin..kemudian Alif jadi doktor". Teruskan legasi mak dan abah yang menjadi seorang pekerja,makan gaji sampai mati tapi berlagak kaya dan berada. Hutang bank keliling pinggang, berkerja untuk membayar hutang bukannya bekerja untuk mengumpul harta.

Sekian sebuah rapuan dari aku untuk hari ini.

p/s: Aku juga seorang pekerja...

-0-

Nasib Baik

Anda sedang tergesa-gesa untuk pergi ke suatu tempat dan anda mungkin lewat.
Apa yang anda harapkan?

Tiada traffic jam? itu agak mustahil

Bagi aku, aku mengharapkan semua traffic light hijau semasa dalam perjalanan.
Setiap traffic light merah memakan masa lebih kurang 2 minit dan ini sangat membazir masa aku. Bayangkan kalau ada 5 traffic light? dah bazir 10 minit.

Hari ni aku berjaya mendapat apa yang di harapkan.
Kesemua 6 traffic light dari rumah aku hijau!
Ini jarang berlaku..tp ini bukan pertama kali berlaku.

I hope it will happen everytime...yeah.. i wish

Rabu, April 08, 2009

Am i Genius? No..I'm not!!

Bosan2 buat IQ test ni..wakkaa..as predicted, aku bukan genius.



tapi at least aku dikategorikan sbg brilliant!! Biar betul. Disebabkan aku ni manusia yg brilliant, aku putuskan takkan melayan karenah2 org yang kurang pandai dan kata-kata mereka terhadap aku.Wahahaha..sungguh takbur dan riak? Apa salahnya sekali sekala...

Sibuk

Kepala hotak dan tubuh badan aku sibuk sehingga 9 April 2009.
Maka tiada sebarang kemaskini blog secara serius buat sementara waktu.

Selasa, April 07, 2009

Mampos

Aku baru je check jadual exam.
Esok ada paper pukul 9 pagi.
No matter how genius i am, mana sempat nak cover semua.
Damn it.. Doctor, see u tomorrow!

Sabtu, April 04, 2009

Pengalah aka Loser

Arnab bertanya kepada kura-kura
"Apakah itu loser"?
Kura-kura menjawab
"Loser tu adalah orang yang melabel orang lain sebagai loser, dan dia biasanya tidak sedar yang dia adalah loser dan perasan bagus"
Arnab bertanya lagi
"Selain itu?"
Kura-kura menjawab
"Loser ni biasanya didatangkan dgn pakej menjadi poser.Loser2 ini selalu menggelakkan orang lain walhal gelakkan mereka ini reflek kepada mereka sendiri"
Arnab menyampuk
"Engkau lah loser wahai kura-kura" diselangi dgn gelak tawa
Kura-kura membalas
"Babi la ko..engkau lah loser"

Mereka (arnab dan kura-kura) saling menuduh antara mereka sehingga mereka betul2 jadi loser.

Loserkah mereka?

1. Arnab menjadi loser kerana kalah kepada kura-kura semasa berlumba
2. Kura-kura menjadi loser kerana top speed nya tak sepower arnab

p/s: Marilah kita mencermin diri sama ada ada huruf L ke tak kat dahi kita.

Jumaat, April 03, 2009

Unlucky

Hari ni hari suwey aku.

1. Aku hilangkan (dalam erti kata lain jatuhkan) Staff ID dan pas bulanan parking aku.
2. Aku telah meyebabkan kawan aku kena saman
3. Balik lewat kerana kerja yang bertimbun

Baiklah..esok pergi mandi bunga bawah jambatan..wahahhahah

Rabu, April 01, 2009

No Surprises!!

I know all this things will happen, and i've prepared for it..
Tadaaaaaa...No surprise!

Hey u... retard-genius, sing this song for me, will ya?



A heart that's full up like a landfill,
a job that slowly kills you,
bruises that won't heal.
You look so tired-unhappy,
bring down the government,
they don't, they don't speak for us.
I'll take a quiet life,
a handshake of carbon monoxide,

with no alarms and no surprises,
no alarms and no surprises,
no alarms and no surprises,
Silence, silence.

This is my final fit,
my final bellyache,

with no alarms and no surprises,
no alarms and no surprises,
no alarms and no surprises please.

Such a pretty house
and such a pretty garden.

No alarms and no surprises (get me outta here),
no alarms and no surprises (get me outta here),
no alarms and no surprises, please.

p/s: guys, how to perform rolling on the floor laughing in real life? I did pretty well when i use YM.

Paranoid

Dalam separa sedar, aku terdengar Thom Yorke berbisik kepadaku..


Ambition makes you look pretty ugly
Kicking and squealing gucci little piggy
You don't remember
You don't remember
Why don't you remember my name?
Off with his head, man
Off with his head, man
Why don't you remember my name?
I guess he does....

Rain down, rain down
Come on rain down on me
From a great height
From a great height... height...
Rain down, rain down
Come on rain down on me
From a great height
From a great height... height...
Rain down, rain down
Come on rain down on me


OMG, aku tertidur dgn headphone...

For tu de flor

My favorite track from Silence is easy album



With hand on heart your right from the start,
You taught me to take my part.
No cross to bear, no reason to care, my life was all up in air,
Four to the floor, I was sure, never seeing clear,
I could have it all, whenever you are near.

The iron hand did not understand the plight of the common man.
Four to the floor I was sure, never seeing clear,
I could have it all whenever you are near.
Four to the floor I was sure, that you would be my girl,
We'd rent a little world, have a little girl.
Four to the floor I was sure, never seeing clear,
I could have it all if only you were here.
Four to the floor I was sure that you would be my girl,
We'd rent a little world, have a little girl.
Four to the floor I was sure never seeing clear,
I could have it all whenever you are near.