Khamis, April 09, 2009

Satu Analisis: Mindset Orang Kita

Dari kecil orang tua kita menyuruh kita ke sekolah, kita disuruh belajar dan mendapat gred yang baik. Tak kira masa darjah satu mahupun di universiti, perkara yang sama tetap berulang. Nampak seperti suatu yang baik kepada anak-anak kerana ibu bapa menyuruh mereka belajar bersungguh-sungguh dan dengan gred yang bagus boleh dapatkan kerja yang bagus.

Dari aspek yang lain, sebenarnya secara tidak langsung ibu bapa kita menggalakkan kita menjadi seorang pekerja, orang yang makan gaji. Ada degree nanti boleh lah kamu menjadi arkitek, jurutera atau sebagainya. Itulah kata-kata ibu bapa kepada anak-anaknya. Percayalah, tidak ada satu pun (kalau ada pun, mmg jarang) yang menyuruh anaknya pergi kesekolah untuk belajar selok-belok kehidupan, belajar cara untuk berniaga dan membuat duit. Bukankah duit yang menjadi target setelah penat belajar dan bekerja?

Maka si anak ini pun tekunlah berlajar, dan berjaya mendapat gred yang baik. Seperti yang diharapkan,anak-anak ini menjawab soalan peperiksaan seperti mana yang dikehendaki oleh skema jawapan dan buku teks. Syabas dan tahniah kepada ibu bapa dan sistem pendidikan negara kerana berjaya melahirkan modal insan (pinjam ayat pak lah) yang pandai di atas kertas semata-mata. Tengok graduan kita, habis saja belajar, susah nak dapat kerja. Kenapa? bukankah kita diarahkan oleh ibu bapa utk belajar dan bekerja dgn orang lain? Kenapa setelah penat mengejar ijazah, dapat ijazah tak dapat kerja pula? Kerana dalam industri orang yang pandai di atas kertas tidak semuanya kompetetif dan mempunyai skill seperti yang diperlukan.

Di sekolah cikgu mengajar kita cara mencari jawapan kepada setiap persoalan. Semuanya diajar secara menyuap ke mulut pelajar. Pelajar tak perlu susah payah mencari sendiri semua jawapan itu. Apa yang difikirkan oleh cikgu2? Nama baik sekolah, jumlah pelajar dpt banyak A dan bukannya melahirkan pelajar yang berdikari. Pelajar2 tak minat subjek? Itu masalah pelajar sb tak minat. Mereka ini tidak sedar yang setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. Pelajar-pelajar ini sudah tentu bukan semua boleh meneroka sendiri kelebihan yang ada pada diri mereka. Ada sebab mereka tidak berminat dengan pelajaran, dan ini bermakna mereka langsung tiada minat yg lain? Tolonglah mereka ini mencari jawapan.

Dalam dunia akademik, semua permasalahan mempunyai penyelesaian yang telah ditetapkan seperti yang terdapat dalam buku. Jika anda belajar mengenai bisnes, sudah tentu jawapan kepada soalan2 peperiksaan itu bersifat positif dan untung. Tiada silibus yang mengajar pelajar untuk rugi. Ini sungguh tidak realistik, mereka tidak mengajar pelajar untuk recover dari kerugian. Maka tidak hairanlah mereka yang telah berjaya ini bukan semuanya memiliki ijazah/master/phd. Bagi mereka ijazah yang terbaik adalah pengalaman dari jalanan, pahit manis menempuh hidup.

Terbukti...dari kecil lagi kita diasuh untuk menjadi seorang perkerja, menjadi seorang yang tak kreatif dan hanya pandai di atas kertas, bukannya menjadi orang yang memberi orang lain kerja, orang yang mencipta pekerjaan. Tak percaya? suatu hari nanti anda juga akan mengungkapkan perkataan yang sama kepada anak-anak anda. "Alif..nanti Alif besar, Alif kena gi sekolah tau, lepas tu belajar rajin-rajin..kemudian Alif jadi doktor". Teruskan legasi mak dan abah yang menjadi seorang pekerja,makan gaji sampai mati tapi berlagak kaya dan berada. Hutang bank keliling pinggang, berkerja untuk membayar hutang bukannya bekerja untuk mengumpul harta.

Sekian sebuah rapuan dari aku untuk hari ini.

p/s: Aku juga seorang pekerja...

Tiada ulasan: