Isnin, Oktober 18, 2010

Jawapan Aku Kepada Mereka Yang Bongkak

Seperti yang aku pos di discussion board, ada ayat2 ulangan dari entry aku yang sebelumnya.

http://www.facebook.com/topic.php?topic=30&post=1854&uid=10038121336302#post1854

Penulis entry ini adalah dari keturunan syed, dan dia telah dituduh membawa fahaman songsang oleh kerana dia mengkritik kahwin sesama sendiri golongan syed dan sharifah. Sejarah telah membuktikan, perkahwinan dengan ajam telah membenamkan prediket nama, catatan sejarah keturunan-keturunan syed yang berkahwin dengan ajam seperti yang berlaku di Kelantan,Terengganu,Perak,dan Kedah (pada zaman dahulu). Dimana keturunan ini sama sekali tidak di iktiraf ketulenannya oleh Persatuan Asyraaf Malaysia dan Naqabtul Asyraaf Indenesia. Sebenarnya, kita dituntut mencari asal-usul diri kita, darah siapakah yang mengalir dalam diri kita, biarpun ia datang dari ibu atau bapa kita. Kod genetik DNA sendiri masih asli dan ia tetap menjadi rahsia Allah mengenai keturunan kita (di luar pengetahuan Persatuan Asyraaf). Tahukah anda bahawa beratus-ratus atau beribu-ribu manuskrip dan catatan sejarah telah musnah di zaman penjajahan asing di Nusantara?Ada kemungkinan catatan sejarah mengenai keturunan syed di Nusantara telah hilang dan terpadam dan tidak terdapat dalam simpanan ulama nasab (persatuan Asyraaf)? wajarkah kita beritikad hanya kepada catatan yang masih wujud itu (catatan dikalangan mereka sahaja) tanpa mengambil kira catatan sejarah dari orang lain (Raja-raja melayu itu adalah dari leluhur syed)? Kalau anda tak tahu adat dan cara hidup orang kelantan, jangan la bising dan berkokok atas nama persatuan asyraaf. Tahu kah anda datuk nenek moyang kami suka mengugurkan/mengubah prediket (syed/tengku/nik/wan) atas alasannya yg tersendiri? mereka juga tidak suka meletakkan nama kabilah dibelakang nama mereka.. jangan main masuk tempat orang tanpa tahu asal usul cerita dan sejarah? kelantan tak sama dengan negeri lain.. kalau anda selidiki anda boleh berjumpa dengan manusia yang bernama si polan bin tuan polan bin tengku polan bin syed polan bin syed polan al-yahya.Selidik dulu baru hantam...Selamat membaca...
 Sambungannya:
sedikit penambahan,terlupa tadi.. Allah itu Maha mengetahui... lagi Maha Bijaksana..Dia tahu apa yang kita tidak tahu..rancanganNya.. Janganlah kamu terlalu taksub dan menolak hak orang lain oleh kerana mereka ini tidak sama dengan kamu (tiada prediket syed/sharifah). Dalam hadis sahih ada menyebutkan, Imam Mahdi untuk akan muncul dari Bani Hashim, tapi tidak dinyatakan dengan jelas siapa bapanya dan ibunya (syed atau sharifah?). Di saat kemunculan beliau, ditakdirkan beliau tidak membawa bersama beliau kertas berupa "genealogy tree" yang menerangkan dengan jelas nasab seperti yang dibangga-banggakan oleh golongan syed/sharifah (nasab yang di iktiraf oleh persatuan Asyraaf)..adakah maku akan menafikan dia bukan dari keturunan Rasulullah SAW? kenyataan kamu ini seolah-olah menafikan kebesaran Allah yang Maha berkuasa merancang perjalanan manusia dari zaman ke zaman sehingga ke akhir zaman. Rancangan "rahsia" Allah mungkin hanya diketahui oleh segenlintir manusia yang mendapat rahmat dariNya seperti Wali-WaliNya. Semua yang berlaku ada sebabnya, dan bukan semua perkara persatuan asyraaf tahu mengenainya.Mungkinkah ada hikmah tiada buku/kitab/catatan mengenai perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan puteri-puteri dari empayar chermin? Ini adalah rahsia Allah yang maha besar dan pasti ada sebabnya nasab ini tidak terdapat dalam kitab2 nasab rujukan para ulama nasab alawiyin (mungkin catatan itu benar2 dimusnahkan oleh penjajah? atau disimpan oleh cucu cicit terdekat sahaja?)

Tahukah kamu kita memiliki DNA profil dimana datanya menyimpan rahsia keturunan yang mana tidak tertulis dalam buku? Dan kamu patut tahu juga seluruh dunia mengetahui, malah mengakui bahawa Syed dan Sharifah adalah keturunan Rasulullah yang sah? Kamu mesti bangga kan? adakah kamu yakin bahawa kamu semua terselamat dan tidak tersesat? Dan ingatlah di kala ini musuh-musuh Allah sedang meraikan kejayaan mereka menyebarkan dakyah-dakyah istimewa kepada golongan syed/sharifah (tak kira dalam bentuk hiburan atau maklumat atau sebagainya). Oleh kerana kamu semua telah berdaftar dan di iktiraf oleh persatuan Asyraaf, maka ada kebarangkalian mereka sebenarnya telah memiliki semua biodata ahlulbait berdaftar dan mereka ini telah merancang sesuatu untuk merosakkan kamu. sesungguhnya mereka ini takkan senang selagi kamu tidak tunduk kepada mereka.

Heboh kerajaan nak buat bank DNA kononnya untuk memudahkan penyelesaian jenayah.tahukah kamu ada udang disebalik batu? Bank DNA juga digunakan untuk menjejak keturunan ahlulbait yang tiada dalam rekod dan memusnahkan mereka. senang sahaja..kumpul data DNA dari syed/sharifah yang "terbukti" ketulenan mereka, dan mereka akan jumpa 1 DNA profil yang sama untuk semua ahlulbait. Nahh.. mana mahu sembunyi? tapi Allah Maha mengetahui dan Maha berkuasa..rahsia ini tersimpan rapi dan tiada sesiapa pun mengetahuinya melainkan dengan izinNya.

Jika saudara-saudaraku (MQTK) berhujah dengan Al-Quran dan kamu membalasnya dengan akal, aku pula berhujah dengan ilmu sejarah dan sains, kerana itu juga salah satu dari cabang ilmu yang Allah kurniakan.

Janganlah terlalu bongkak dan menuduh orang lain palsu, penipu..banyak lagi rahsia-rahsia Allah yang kamu tidak mampu rungkaikan dengan akal dan logika. Ilmu Allah tiada batasnya, dan aku sendiri hanya ada sekecil-kecil ilmu kalau dibandingkan denganNya. renung-renungkan dan selamat beramal.

Artikel Pilihan: Kisah Syed Dan Sharifah

Di ambil dari: http://syfadh.blogspot.com/2009/04/ahlul-bait-syed-dan-sharifah.html

Nota: Penulis entry ini adalah dari keturunan syed, dan dia telah dituduh membawa fahaman songsang oleh kerana dia mengkritik kahwin sesama sendiri golongan syed dan sharifah. Sejarah telah membuktikan, perkahwinan dengan ajam telah membenamkan prediket nama, catatan sejarah keturunan-keturunan syed yang berkahwin dengan ajam seperti yang berlaku di Kelantan,Terengganu,Perak,dan Kedah (pada zaman dahulu). Dimana keturunan ini sama sekali tidak di iktiraf ketulenannya oleh Persatuan Asyraaf Malaysia dan Naqabtul Asyraaf Indenesia. Sebenarnya, kita dituntut mencari asal-usul diri kita, darah siapakah yang mengalir dalam diri kita, biarpun ia datang dari ibu atau bapa kita. Kod genetik DNA sendiri masih asli dan ia tetap menjadi rahsia Allah mengenai keturunan kita (di luar pengetahuan Persatuan Asyraaf). Tahukah anda bahawa beratus-ratus atau beribu-ribu manuskrip dan catatan sejarah telah musnah di zaman penjajahan asing di Nusantara?Ada kemungkinan catatan sejarah mengenai keturunan syed di Nusantara telah hilang dan terpadam dan tidak terdapat dalam simpanan ulama nasab (persatuan Asyraaf)? wajarkah kita beritikad hanya kepada catatan yang masih wujud itu (catatan dikalangan mereka sahaja) tanpa mengambil kira catatan sejarah dari orang lain (Raja-raja melayu itu adalah dari leluhur syed)? Jangan terlalu bongkak!! Ilmu dan rahsia Allah itu sangat lah luas dan banyak.Selamat membaca...


Ahlul Bait adalah suatu istilah Arab yang jika diterjemahkan secara terus ke Bahasa Melayu bermaksud Ahli Rumah, namun bukan itu maksud yang ingin saya ertikan di sini. Ahlul Bait adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada gelaran yang diberikan kepada kaum kerabat atau ahli keluarga Rasulullah.

Untuk pengetahuan umum, Bangsa Arab merupakan suatu bangsa yang sangat mementingkan susur galur keturunan. Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika mereka tahu siapakah nenek moyang mereka kalaupun generasi terdahulu yang kesepuluh. Malah ketika memperkenalkan diri, mereka biasa menyebut nama mereka berserta nama bapa dan datuk mereka secara bersambung.

Bukan itu sahaja, mereka juga berupaya mengenalpasti sambungan susur galur keluarga secara terperinci sebagai contoh Imam Syafie dikatakan bertemu susur galur keluarganya dengan keluarga Rasulullah pada moyang Rasulullah, Abdul Manaf (Muhammad bin Abdullah bin Abdul mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf). Bayangkan berapa ratus tahun jarak antara keduanya begitulah keutamaan yang diberikan Bangsa arab terhadap susur galur keturunan.

Sekarang kita masuk kepada isu yang sebenar setelah saya memberi sedikit sebanyak pengenalan tentang Ahlul Bait. Banyak cakap-cakap yang mengatakan mereka yang bernama Syed @ Sayyid (dan seumpamanya) serta Sharifah merupakan golongan Ahli Bait. Melihat kepada apa yang telah saya terangkan tadi, kenyataan ini berkemungkinan besar adalah benar. Tambahan pula, kebanyakan mereka mempunyai salasilah keluarga sebagai bukti untuk menghubungkan keluarga mereka dengan cucunda Rasulullah sekaligus dengan Rasulullah sendiri.

Malangnya kepentingan yang diletakkan oleh Bangsa Arab itu bertukar kepada perasaan taksub bagi segolongan manusia yang cetek pemikirannya sehingga melarang keras mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah daripada berkahwin dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah lebih lebih lagi kaum Sharifah kerana sekiranya mereka berkahwin dengan golongan yang bukan Syed, mereka tidak boleh mewariskan nama Syed atau Sharifah kepada anak mereka dan susur-galur keturunan itu akan terhenti di situ.

Lebih malang apabila ada segelintir manusia yang begitu taksub kepada golongan Syed dan Sharifah ini sehingga percaya yang mereka adalah golongan syurga dan sesiapa yang berkahwin dengan mereka juga akan turut tergolong dalan ahli syurga. Maka berebut-rebutlah orang yang cetek fahaman agamanya ingin berkahwin dengan Syed terutamanya supaya mereka dapat masuk syurga dengan mudah.

Lebih menjijikkan lagi bagi mereka yang bernama Syed atau Sharifah tetapi tidak berkelakuan sepertimana yang selayaknya bagi seorang yang mempunyai talian darah dengan Rasulullah. Ini ternyata memberi cemar kepada nama Ahlul Bait dan sesungguhnya mereka tidak layak mendapat gelaran Ahlul Bait. Jika anda mahukan buktinya, lihat sahaja di televisyen. Berapa banyak artis yang bernama Syed atau Sharifah terutama yang Sharifah tidak menutup aurat, tergedik-gedik dan terkinja-kinja macam beruk. Cukup memalukan dan cukup menghinakan.

Ketahuilah Ahlul Bait itu adalah golongan yang dicintai, disanjungi, dimuliakan dan dihormati para sahabat Rasulullah, para ilmuan Islam juga segenap umat Islam dan mereka turut mendoakan kesejahteraan Ahlul Bait ketika berselawat kepada Rasulullah sebagaimana yang sering kita amalkan:

اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
"Ya Allah berilah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluarga baginda"

Ketahuilah juga sesungguhnya tiada beza antara orang Arab dan bukan Arab itu melainkan taqwa sebagaimana firman Allah:

إن أكرمكم عند الله أتقاكم
"Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yag paling bertaqwa"

Sabda Rasulullah:

لا فضل لعربي على اعجمي إلا بالتقوى
"Tidaklah mulia seorang Arab itu daripada seorang yang bukan Arab melainkan dengan taqwa"

Jadi sedarlah wahai kaum Syed dan Sharifah yang sebenarnya kamu tiadalah beza dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah melainkan jika kamu bertaqwa (takut) kepada Allah. Jadi tidak perlu dibezakan antara mereka yang Syed atau Sharifah dengan mereka yang bukan. Jangan dilarang perkahwinan antara keduanya dan jangan taksub kepada mereka kerana semua ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Tetapi mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah harus ingat yang mereka mesti berkelakuan sebagaimana yang selayaknya diperlakukan oleh seorang Muslim supaya kamu tidak memberi cemar kepada nama Ahlul Bait yang selama ini disanjung tinggi oleh seluruh umat Islam. Kalau masih juga ingin melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk, maka jangan dedahkan kepada orang lain yang anda merupakan Ahlul Bait bukan kerana apa sekurang-kurangnya anda tidak mencemarkan nama Rasulullah dan Ahlul Bait yang lain.
Komen-komen yang diterima:

1 comments:

Raafiq said...
er..awek aku name syaripah gak..tak bole kawen ke syed? ko je la kawin ngan die..haha
serunai malam said...
salam ukhwah :) btul la kan, walau disegani shebat mane pun, xbmkna kite x perlu mjganye kan. smua manusia ttp same disisiNya. hebat mereka bkan mkna hebat kite. suci mereka bkn mkne suci kte. mulia mreka bkn jaminan kemuliaan kite. juz curios, em,ade x manusia yg dbwh kturunan rasul khatimun anbiya'? sbb pnh la dgr yg kate anak2 rasul meniggal dunia tnpa ade waris. so cmne? juz dgr je. x bmkne authentic._zam
syazmeen said...
salam err, rase2 saya ejaan salah-silah tu bukan begitu, tapi salasilah.. rase2nye la
Anonymous said...
haha.orang melayu sedang meragui kemelauannya
syfadh said...
terima kasih saudari syazmeen di atas pembetulan tersebut, anda benar. Kepada serunai malam, saya tidak mempunyai pengetahuan berkaitan soalan anda itu.
sharifah mastura said...
wish i'd never got this name...
syfadh said...
Sayang sekali ada manusia yang tidak tahu bersyukur dilahirkan dalam kalangan keluarga yang terhormat. Kalau begitu hendaknya kami seribu kali tidak berkehendakkan kehadiran anda dalam kalangan kami.
Anonymous said...
Perkahwinan antara sorang wanita yang tidak sekufu dgn sorang laki adalah tidak sah... Jgn memandai nak nak buat hukum kat sini tanpa rujuk mane2 kitab...anda bukan mujtahid untuk berijtihad...
syfadh said...
saudara anonymous, sebelum anda mengkritik orang, saya nasihatkan anda supaya menyemak dulu kebenarannya. sekufu yang diletakkan syara' itu bukan merujuk kepada syed atau syarifah, keturunan nabi atau bukan. jika benar pentafsiran agama yang anda buat tersebut, maka tiada seorang manusia pun di atas muka bumi ini layak berkahwin dengan para nabi. kerana yang sekufu dengan para nabi itu hanyalah para nabi jua. jadi jika dilihat daripada pentafsiran agama maha sesat yang dibuat oleh saudara tersebut, maka perkahwinan para nabi tidak sah.dan zuriat yang dilahirkan oleh para nabi itu anak haram. lihat pula anakanda kepada Nabi Muhammad, kebanyakannya tidak pun berkahwin dengan kalangan ahli keluarga nabi kecuali Ali. maka kenapa sah pula perkahwinan mereka di mata nabi tetapi tidak sah di mata anda? jangan jadikan Islam seperti agama hindu yang mempunyai sistem kasta, orang yang berada di kedudukan yang tinggi dalam kasta tidak selayaknya dikahwinkan dengan yang berkasta rendah. memang benar terdapat hadith yang mengatakan jika seseorang mahu berkahwin lihatlah kepada keturunan calon pilihannya itu. tetapi ini bertujuan supaya seseorang berkahwin dengan orang yang berketurunan baik-baik supaya melahirkan zuriat yang baik-baik juga. Islam itu adalah agama yang mudah. menyusahkan dan menyempitkan agama itu adalah perbuatan yang menjahanamkan agama. akhir kata semoga kita semua termasuk saudara anonymous terpelihara daripada menjadi penjahanam agama.
syfadh said...
Berikut saya salin kembali respon daripada pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai 'nama': budk ne dr skola dulu mslh...smpi berdebat dgn ustat ustzh kat smakl dulu...wahai syed fadhil hanafi, xperlu la bw fhmn songsang anda kepada umum...kami di smakl kenal sgt anda siapa... pasal ahlul bait tu memang merapu habih...dik, kenape ye rasulullah tolak pinangan abu bkr, umar dan shbt2 lain utk fatimah...sebaliknya ali yang diterima...cb cr hikmah ye.. n then tolong cek blk hadis2 sahih berkaitqan ahlul bait ne...br bc 2 3 kitab da pandai buat fatwa sndr... ana bg 1 mslh mudah. ahlul bait diharamkan menerima zakat mahupun sedekah...mcm mane ye dgn kedudukan anak kepada seorang syrfh dlm kes ni?/ bukan xbule kahwin dgn orang awam...tp, perlu dpt izin dr weali... kali tidak haram sbb x sekufu.. komen2 di ats dihantar pada 5 jun 09
syfadh said...
Ini adlh respon penulis terhadap komen 'nama' yg bertarikh 5 jun 09: Saudara/i yg tidak dikenali, saya sgt berdukacita apabila masih ada umat Islam yg berfikiran sempit, kolot, jumud dan taksub. Perdebatan dgn ustaz dan ustazah tersebut bukanlah bermakna penulis berada di pihak yg sesat. Ustaz atau ustazah itu bukannya para nabi yang maksum. Adalah menjadi kebiasaan org yang mencari ilmu itu membuat perdebatan dan anda boleh bertanya sendiri dengan ustaz dan ustazah yg anda sgt kenal tersebut adakah penulis berdebat dengan hujah-hujah sesat ataupun dengan hujah-hujah yang boleh diterima syara'. Anda sebenarnya sekadar memalukan diri sendiri dengan cuba mencemar kredibiliti penulis. Ternyata hujahan anda bukanlah berasaskan keilmuan tetapi semata-mata berniat buruk. Berhubung dengan soal Rasulullah menolak pinangan sahabatnya utk anaknya, Fatimah, sila bawakan hadith drpd Rasulullah yg menyatakan sebabnya adalah kerana mereka itu tidak layak berkahwin dengan Fatimah semata-mata kerana Fatimah itu adalah ahli bait. Dan dalam kes sahabat Rasulullah Uthman bin Affan mengapa pula dia dibenarkan berkahwin dengan dua org anak nabi sedangkan Uthman bukan daripada kalangan ahli bait. Malang sekali anda cuba menegakkan benang yg basah dengan hujah yg lemah. Ahlul bait memang diharamkan menerima zakat dan sedekah tetapi adakah ini berkaitan dengan masalah perkahwinan? Kemudian timbul pula soal bukan tidak boleh berkahwin dgn org awam cuma perlu keizinan wali. adakah penulis ada menyebut apa-apa tentang soal wali dalam post tersebut? Sememangnya hal perkahwinan seorang wanita itu di bwh kekuasaan wali. bukan wanita ahli bait semata-mata. Anda juga masih gagal menjawab persoalan perkahwinan para nabi dengan bukan keturunan para nabi? Adakah perkahwinan para nabi adalah perkahwinan yang tidak sah di sisi anda? adakah perkahwinan Uthman dengan dua orang anak nabi Muhammad tidak sah di sisi anda? Kenyataan yg menyatakan seorg ahli bait tidak boleh berkahwin dengan org biasa itu adlah suatu kenyataan yg membawa implikasi besar terhadap masyarakat. Ini bermakna ternafinya keesahan perkahwinan Nabi sendiri, anak-anak nabi dan keturunannya. Seorang syed atau sharifah itu tiadalah apa-apa di sisi Allah melainkan jika dia beriman dan bertaqwa kepada Allah. Nabi juga tidak pernah membeza-bezakan dirinya dan keturunannya dengan org lain melainkan atas dasar iman dan taqwa kepada Allah. Semoga kita semua dirahmati Allah.

Kafaah Nasab: Antara Ahlulbait dan Ahlussunah

Di petik dari: http://ejajufri.wordpress.com/2009/06/17/kafaah-nasab-antara-ahlul-bait-dan-ahlus-sunnah/


Di forum diskusi Ba Alwi, tema pernikahan syarifah dengan non-sayid masih dan akan tetap selalu hangat. Terutama pihak yang menentang, akan mati-matian membela keyakinannya itu. Di sini, saya bukan ingin memanaskan tema yang sudah hangat, tapi ada peristiwa yang membuat saya ingin mengangkat tema kafaah tersebut.
Dulu teman saya, seorang akhwal (sebutan bagi orang Indonesia di kalangan jammaah; jamaknya khâl yang berarti “paman dari ibu”) tanpa basa-basi bilang ke saya kalau dia ingin (nantinya) menikah dengan syarifah. Saya tidak bisa komentar apa-apa selain dengan jujur menjawab tidak punya banyak kenalan syarifah apalagi saya sendiri tidak bisa (atau tidak biasa?) jadi makcomblang.

Lalu teman saya (seorang sayid) yang juga teman si akhwal yang tahu keinginan temannya tersebut langsung menghubungi saya. Seperti orang yang tersambar petir, dia meminta saran dan bantuan saya agar menasihati si akhwal untuk mengurungkan niatnya tersebut.
Saya meresponnya melalui surel (yang cukup panjang) dan mungkin jawaban saya tidak sesuai dengan harapannya. Karena saya heran, bagaimana seandainya ada syarifah dan keluarganya yang mau dengan seorang non-sayid? Apa mungkin kita menghalang-halangi sesuatu yang halal? Apakah akhwal berdosa menikahi syarifah?

Kafaah dalam Sejarah

Sebelum Islam, posisi wanita bisa dikatakan tertindas. Di zaman Arab jahiliah, wanita dianggap sangat rendah apalagi wanita ‘ajam (non-Arab). Sedangkan di zaman Persia (jahiliah), wanita kalangan kekaisaran dianggap sangat mulia sehingga mereka lebih memilih menikah sedarah demi menjaga kemuliaan tersebut.
Ketika Islam datang, semua itu dirubah. Ayat-ayat yang turun mengenai pernikahan tidak menyinggung kafaah nasab, suku atau warna kulit, tapi terkait agama sekaligus akhlak. Sehingga Nabi saw. bersabda, “Bila ada seorang lelaki memuaskan dalam agama dan akhlak, maka terimalah lamaran kawinnya…”
Sejarah mencatat beberapa pernikahan berikut: Zaid bin Haritsah (bekas budak Nabi) menikah dengan Zainab binti Jahsy (bangsawan Quraisy); Usamah bin Zaid bin Haritsah (bekas budak) menikah dengan Fatimah binti Qais (bangsawan Quraisy); Bilal (sahabat berkebangsaan Ethiopia) menikah dengan saudara perempuan Abdurrahman bin Auf (Quraisy).

Kafaah dalam Fikih

Nah, dibagian fikih inilah yang menurut saya menjadi menarik: mazhab Ahlussunah (selain Maliki) menganggap pernikahan syarifah dengan non-sayid adalah tidak sekufu (tidak setara meskipun sah), sedangkan Syiah yang notabene mengikuti mazhab Ahlulbait menyatakan pernikahan seperti itu adalah kufu.
M. Hasyim Assagaf dalam bukunya yang kontroversial memberikan uraian mengenai kafaah dalam fikih Ahlussunah sebagai berikut:
  • Mazhab Hanafi: Kafaah adalah kesepadanan si lelaki bagi wanita dalam hal nasab, Islam, pekerjaan, kemerdekaan, keagamaan, dan harta. Kafaah berlaku bagi lelaki, tidak pada pihak perempuan. Lelaki boleh menikah dengan siapa saja.
  • Mazhab Maliki: Kafaah dibagi menjadi dua; pertama, keagamaan dan kedua, bebas dari aib yang ditentukan perempuan. Kafaah dalam hal harta, kemerdekaan, nasab, dan pekerjaan, tidaklah mu’tabar (diakui). Apabila seorang lelaki rendahan menikah dengan perempuan mulia (syarifah) maka sah.
  • Mazhab Syafi’i: Kafaah adalah nasab, agama, kemerdekaan, dan khifah (profesi). Bani Hasyim hanya kufu’ antara sesama mereka sendiri. Kafaah merupakan syarat bagi sahnya nikah bila tiada kerelaan, dan hal itu adalah hak perempuan dan walinya bersama-sama.
  • Mazhab Hanabilah: Kafaah adalah kesamaan dalam lima hal; keagamaan, pekerjaan, kelapangan dalam harta, kemerdekaan, nasab.
Serupa dengan mazhab Maliki, mazhab Syiah Ja’fari pun tidak mengenal kafaah dalam hal nasab. Disebutkan bahwa Imam Ali bin Abi Thalib mengatakan, “Manusia itu kufu’ antara sesama manusia, Arab dan ‘ajam, Quraisy dan Bani Hasyim, bila mereka telah Islam dan beriman.” Itu semua merupakan bahasan fikih.

Kafaah dalam Amanah

Tanpa perlu panjang lebar membahas Ahlulbait dan zuriah Rasul, tanpa bermaksud membangkitkan sikap fanatik, dan tanpa niat meminta dihormati; sebagai zuriah, seseorang harus menjaga amanah yang dimilikinya, salah satunya adalah menjaga keberlangsungan keturunan Nabi shallallâhu ‘alaihi wa âlih.
Meskipun dalam hukum fikih adalah sah, tapi tentu akan lebih afdal jika memilih yang lebih utama selain dari pada ukuran agama. Karena terkadang pernikahan beda nasab bisa menimbulkan masalah. Misalnya pertentangan kebudayaan di antara keluarga yang mungkin sulit untuk dipersatukan, atau masih adanya pandangan negatif atau “celaan” dari salah satu keluarga yang dianggap sebagai aib, dan seterusnya.
Untuk itu ada baiknya kita menengok pendapat Imam Syafii, dari sisi mencegah hal negatif. Meskipun secara fikih saya tetap meyakini mazhab Ahlulbait yang menyatakan bahwa pernikahan syarifah dengan non-sayid adalah sekufu. Ketika dulu ada yang mengatakan kepada saya bahwa asal-usul pernikahan satu nasab (syarifah harus dengan sayid) adalah Syiah Persia, tentu ini tuduhan belaka.
Tidak perlu terlalu fanatik terhadap nasab, tapi sama-sama saling melihat diri sendiri. Jika ada seorang syarifah menikah dengan akhwal, jangan cegah si akhwal atau mencela keluarga syarifah. Tapi pertanyakan; ke mana sayid atau di mana keutamaanya? Begitu juga dengan sayid yang menikah dengan non-syarifah, jangan dulu cela si sayid. Ke mana syarifah yang masih menyadari “kesyarifahannya”? Wallahualam.

Tambahan: 30 Januari 2010

Hari ini, masuklah dua komentar panjang lebar tentang tulisan ini. Niatnya mungkin ingin mengkritik tulisan, tapi justru menyerang pribadi saya. Mungkin karena ia belum membaca dan memahami tulisan beserta maksudnya.
Pertama, ia mengkritik turunnya kualitas anak-cucu Nabi dalam agama. Padahal ketika membicarakan agama, kesampingkan sejenak masalah keturunan. Agama ini (Islam) untuk seluruh umat manusia. Memang benar bahwa keturunan Nabi memiliki tanggung jawab yang lebih besar, tapi kewajiban amar makruf dan saling mengingatkan ada di pundak setiap  muslim.
Kedua, ia berbicara masalah syarat nikah dan menyebutkan bahwa di kalangan Alawiyyin syarat nikah di tambah satu, yaitu kafaah, yang tanpanya maka pernikahan batal. Kalau ia membaca tulisan di awal, yang menetapkan kafaah dalam nasab adalah ulama Ahlussunah, sedangkan ulama mazhab Ahlulbait tidak menetapkan kafaah nasab sebagai syarat nikah.
Ketiga, bukti yang disampaikan seperti biasa kisah tentang peminangan Sayidah Fatimah, putri Nabi saw. Bagi yang membela kafaah nasab (dari kalangan manapun), pemilihan Nabi terhadap Sayidina Ali dianggap karena masalah kafaah nasab. Tapi bagi saya, pemilihan Nabi tidak mungkin “hanya karena masalah kecil”, tapi Nabi memilih karena kualitas iman, takwa, akhlak dan kedekatan Imam Ali kepada Allah, dibandingkan sahabat lain yang meminang. Inilah yang disebutkan pernikahan langit (yang “dirancang” oleh Allah Swt.)
Keempat, pembicaraannya semakin melebar dengan mengutip ayat dan hadis untuk mengajari saya tentang keutamaan Ahlulbait, yang saya tidak ada keraguan sedikitpun tentangnya. Tapi ia mengatakan bahwa “Sayid hanya akan akan menikah dengan Syarifah”, padahal semua sudah tahu bahwa Imam Ali tidak hanya menikahi wanita Bani Hasyim, Imam Husain pun menikahi putri Persia, Imam Ali Zainal Abidin yang menikahi seorang budak, dan seterusnya. Hal ini menegaskan bahwa kafaah adalah agama.
Kelima, pembicaraan mengenai “nikmat dan rasa syukur” menjadi zuriah. Seseorang yang hanya memikirkan satu sisi hanya akan terlena, karena tanggung jawab sebagai zuriah harus lebih diutamakan dan saya sepakat  dalam hal ini. (Silakan baca: Ke-sayyid-an: Berkah atau Beban?)
Terakhir pembicaraan kembali tentang keutamaan Ahlulbait, mulai dari nasab yang berlanjut dari Bunda Fatimah as. dan seterusnya hingga mengutip riwayat keutamaan Ahlulbait yang sangat diamini oleh para Syiah Ahlulbait as. Padahal kalau ia membaca seluruh tulisan dan komentar saya, niscaya hal itu sejalan.
Komentar selanjutnya, barulah dia menyerang pribadi saya dengan meragukan keturunan seseorang. Sebutan “tuan”, “sayid”, atau “habib” memang tidak pernah diharapkan oleh orang seperti saya dan sudah ditegaskan dari awal. Meragukan darah/keturunan seseorang pun tidak akan mengubah hakikat aslinya, karena kaum Alawiyyin memiliki nasab jelas hingga puluhan tingkat ke atas, ketika sebagian yang lainnya mungkin tidak memiliki kejelasan bahkan lima tingkat ke atas. Wallahualam.

Kelantan-Perak

Dari segi sejarah, Perak dan Pattani/Reman memang berkait-
1- Sempadan negeri Perak tidak finalised sehingga Kesultanan Reman ditakluk dibawah tentera Sukhotai Thailand
2-Wilayah penguasaan Kesultanan Reman sehingga ke Hulu Kuala Kangsar dan Gerik

Rujukan lanjut boleh didapati di artikel ini

http://sembangkuala.wordpress.com/2010/05/31/the-state-of-reman-in-hulu-perak/

Dari segi teori kebangkitan akhir zaman yang melibatkan nusantara-di baca Malaysia, terdapat 4 penjuru kebangkitan iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Melaka/Johor.

Perak dikaitkan dengan ilmuan. Jadinya jika sempadan Perak hanya dimeterai setelah perjanjian dengan Inggeris seperti dalam artikel tersebut, maka Reman/Kelantan jua akan membekalkan ilmuan (ugama)

Selain dari itu, kaitan Perak dan Kelantan amat rapat -kerana Bonda Sultan Muzaffar 1-iaitu Sultan Perak yang pertama dan makamnya ada di Masjid Sayong, Kuala Kangsar Perak adalah Onang Kening iaitu Puteri Kelantan. satu satunya anak gahara yang dilantik sebagai Sultan dan satu satunya permaisuri dari puteri kerajaan luar yang dilantik jadi permaisuri dalam Kesultanan Melaka setelah tragedi Pasai memerintah Melaka kerana Sultannya mangkat awal dan putera gahara terlalu muda untuk memerintah.

Perbalahan dan pengujian ilmu antara MQTK/Kerabat DiRaja Kelantan dan Kerabat Diraja Perak seeloknya dihentikan kerana kita semua mempunyai matlamat yang sama, dan apatah lagi asal keturunan yang sama.

Mungkin artikel ini dapat memberi insight kepada Yang Mulia Tengku-tengku semua:-

Setiap orang mempunyai matlamat dan matlamat mereka adalah menegakkan ugama Allah, apa peranan terperinci setiap orang adalah rahsia di antara dia dan Allah, sewaktu mereka berbai'ah di alam roh:-

............................

Watak watak akhir zaman

1-perihal PEMUDA BANI HASYIM
Ibnu Masud RA meriwayatkan bahawa,
"Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim... See More yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu." Baginda menjawab, "Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan."
(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

2-perihal HARIS HARRAS
Dari Sayidina Ali KMW katanya Nabi SAW bersabda,
"Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, "Wajib setiap orang mukmin menerimanya." (Abu Daud, an-Nasa'i, al-Baihaqi & al-Husin)

3-perihal Pemuda bani Abbas
Al Walid bin Muslim telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Abdillah dari Abdil Karim Abi Umayyah dari Muhammad Ibnil Hanafiah katanya: Akan keluar panji-panji hitam Bani Abbas kemudian akan keluar dari Khurasan satu lagi panji-panji hitam, kopiah mereka berwarna hitam dan pakaian mereka berwarna putih, mereka diketuai ... See Moreoleh seorang lelaki yang digelar Syuaib bin Soleh bin Syuaib dari keturunan Bani Tamim. Mereka ini akan mengalahkan puak Sufyani sehingga tiba di Baitul Maqdis, dia (PBT) akan menyerahkan pemerintahannya kepada Imamul Mahdi dan menyerahkan kepadanya 300 orang dari Syam.Tempoh diantara keluarnya dan dia menyerahkan pemerintahan kepada Imam Mahdi 72 bulan.

4-perihal AL-MANSUR
Daripada Saidina Ali RA katanya: Sabda Rasulullah SAW, akan keluar seorang lelaki dari negara belakang sungai yang di gelar Al Harith Harrath dibawah pimpinan seorang lelaki yang digelar Al Mansur (yang dibantu Allah), dia menyediakan tapak atau membela keluarga baginda Rasulullah sepertimana Quraisy menjadi penguat kepada Rasulullah SAW, wajiblah kepada setiap orang yang beriman membantunya atau menyahut seruannya.

Sabtu, Oktober 16, 2010

Sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu

Rentetan ini tiada dalam buku sejarah

1930 - Disebabkan menyedari hakikat ini Empayar British di bawah HM Ling George IV bersumpah/berjanji tidak akan megizinkan mana-mana kuasa dunia melenyapkan Raja-Raja Melayu dan mengerahkan seluruh tentera komanwel menghalau sebarang unsur penjajahan ke atas Tanah Melayu pada 1940an dan akan membantu seboleh mungkin.
1932 - King George IV seterusnya menjadi Raja Kristian pertama diberi penghormatan memasuki Kaabah setelah Kelantan di bawah Tok Kenali dan Sultan Ibrahim dengan Nasihat dari Perdana Menteri Datuk Perdana mengisytiharkan bermufarraqah(berpecah/berpisah Imam dan makmum) dengan kerajaan Islam Uthmaniah yanng menyokong gerakan Fascist dan Nazi, seterusnnya menyokong Empayar Raja Kristian terbesar penngganti kuasa Rom dan juga Kristia Orthodoks Vetican seterusnya bersama menngiystiharkan fahaman Nazi dan Fascist terkeluar dari agama samawi(Bible/Injil/Taurat dan Zabur).

1932 - Seluruh masjid di Kelantan dikerah membuat solat hajjatul-kubra menggunakan "Satiq Ketua Wali 7"(teknologi menghancurkan musuh dengan senjata faqir oleh golongan Para Wali Allah ahli kasyaf Istana dipimpin oleh Datuk Perdana)


1933 Tok Kenali meinggal dunia. Hitler mengetuai Nazi Germany. Nik Ahmad kamil pulang dari England bawa berita sedih, empayar British tergugat dengan muncul satu kuasa bukan dari Bible atau Quran dan Raja Melayu turut dibawah ancaman bahaya.


1941, telahan ahli astronomi British dan Tok Perdana(suruh ikut England/kristian, tinggalkan Uthmaniah/Islam) tepat, Peral Harbour dibom, 18 kapal perang tenggelam, 2800 wira USA terbunuh sekelip mata. selang sehari,, Jepun mendarat di Kota Bharu. Penjajahan ala diktator tanpa kitab samawi, dgn motto asia untuk asia" bermula. Rakyat segsara, dirogol, dipasa jadi buruh etc.


Beberapa pegawai British bertugas di pejabat Sultan Ibrahim yg tidak sempat dihantar ke England di bawa lari bersembunyi oleh moyangda kami Datuk Perwira Hj Nik Daud ke Kadok, tapi terpaksa berundur setelah diserang jepun di kadok, seterusnya ke Tanah Merah dan selamat ke Gua Musang setelah jambatan keretapi kusial dibom, bagi menyekat kemaraan jepun.


1942 Nik Ahmad Kamil dihantar ke England, desak kuasa USA dan British wujudkan pakatan tentera. USA batalkan dasar berkecuali, sanggu bantu british dan raja Melayu.


1943 Cairo Conference Chuchill, Roservelt dan Chiang Kai Shek setuju sebulat suara prok manhatan USD50billion buat bom Atom.


1945 Jepun dibom. general Yamashita ditangkap. Hitler bunuh diri. Uthmaniah berkubur. British dipanggil bantu Raja Melayu halau komunis.


1946 semua kuasa Jepun, Uthmaniah, Nazi, Fascist akhirnya berkubur. Raja Islam Bani Hasyim Melayu Malaysia dan Empayar Raja Kristian England terus kekal hingga kini. Datuk Perdana karang semua cerita dan satu kitab penting nak jaga kuasa raja ditinggalkan untuk kegunaan di belakang tabir(ahli-ahli zikir/doa makbul) itulah Kitab Pati Rahsia...kitab wajib & pegangan seluruh mqtk.


Perlembagaan UMNO siap dan didaftarklan. Dato Onn bin Jaafar YDP pertama.


Lalu Datuk Perdana berwasiat agar kami para cucu cicit Bani Hasyim agar patuh kepada HM King/Queen England sehingga munculnya Imam Bani Hasyim suatu hari nanti, yang juga telah ditunggu kehadirannya di Istana Buckingham. Tanah seluas lebih 2000 hektar di Kerala diserahkan secara sukarela oleh Sultan Ibrahim atas tanggngan kos peperangan secara bersama dengan British dan USA waktu itu untuk "Manhattan Project "(buat bom atom untuk musnahkan musuh sekaligus tanpa guna kuasa tentera).


1949 Sir Lawrence Guillermard maklumkan King Englannd uzur dan bakal beganti dengan anaknya. Lalu kami diajar menyayangi HM Queen.


1952 King meniggal dunia, HM Queen Elizabeth II ambil alih empayar england.


1956 Nik Ahmad Kamil dilantik Pesuruhjaya Tinggi Komanwelth bertanggungjawab ke aas lebih 50 buah negara di bawah jajahan british untuk beri kemerdekaan atau tidak, nasihat tertinggi mesti dari beliau.


1957 Nik Ahmad Kamil lafaz tanah Melayu merdeka di hadapan HM Queen pada masa sama Tunku lafaz di Stadium merdeka.


1963 Panca Seri Majapahit II dimasukkan kedalam prinsip rukun negara dengan membuang perkataan "Jihad" (rukun negara ada 5 jer, tiada jihad...!!)


1989 Pihak British membalas dengan memberikan soft loan sebanyak 295 juta pound sterling(RM1.2 bilion) untuk bina Dam terbesar di Kelantan, Empangan Pergau pada 1992-1998.


(hingga kini jika ada masalah duit, price water house akan datang, jika ada masalah undag-undang shear delamore aka datang....kristian telah berjanji tidak akan sekali-kali lawan raja-raja melayu bahkan akan sanggup bermati-matian jika diarahkan berperanng demi menjaga jedua-dua institusi raja ini, di hadapan arwah Datuk Perdana dan Datuk Perwira Kelantan ada 1946 setelah melihat kitab Pati Rahsia karangan Datuk Perdana, Ayah Nik Ahmad Kamil(melayu pertama lulusan Law 1st class England 1930) pengasas perlembagaan umno bersama Dato Onn bin Jaafar dan Datuk Panglima Bukit Seguntang yang akhirnya dilancarkan di Istana Johor 1946 dan menjadi pegangan seluruh ahli umno hingga kini...!!

Salasilah Sayyid Hussein Jamadil Kubra

Sayyid Hussain Jamadil Kubra adalah tokoh yang kerap disebut namanya ketika membicarakan tentang keturunan Nik dan Wan di kepulauan Melayu
.
Sumber rujukan:
http://keluarganik.wordpress.com/2009/05/08/salasilah-keturunan-sayyid-hussain-jamadil-kubra/
http://mqtkahlulbait.blogspot.com/search/label/SyedHusseinJamadilKubra

Salasilah beliau adalah:
Sayyid Hussain bin Sayyid Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin Sayyidina Hussain bin Sayyidah Fatimah al-Zahra binti Sayyidina Muhammad Rasulullah

Berdasarkan maklumat di laman web persatuan Asyraaf Malaysia (persatuan syed dan sharifah):
rujuk: http://www.asyraaf.net/v2/qabilah.php?op=3&q=72


Beliau adalah dari Kabilah Al-Husseini - Alwi Ammil Faqih Al-Husseini


Waliyullah Al-Syaikhul Al-Imam Alwi bin Muhammad Shahib Marbad dijuluki "Ammil-Faqih" kerana Beliau adalah ami (pakcik) dari Waliyullah Al-Ustaz Al-Mu'addam Muhammad Al-Faqih Al-Muqaddam (satu-satunya anak lelaki Al-Syaikh Al-Imam Ali bin Muhammad Shahib Marbad).
Al-Syaikh Al-Imam Alwi Ammil Faqih dilahirkan di kota Tarim (Hadralmaut). Dikurniai 3 orang anak lelaki, masing-masing bernama:
  1. Abdullah, yang keturunannya hanya berada di India, di sana disebut dengan Al-Al-Adhamah Khan.
  2. Abdul Malik, yang menurunkan Leluhur Wali Songo di Indonesia.
  3. Abdurrahman, yang menurunkan keturunan Leluhur Alawiyyin.
Waliyullah Al-Syaikh Al-Imam Alwi bin Muhammad Shahib Marbad pulang ke Rahmatullah di kota Tarim pada tahun 613 Hijrah. Semoga Allah swt memasukkan Beliau ke dalam Syurga dan menghimpunkannya bersama-sama para Nabi, para Syuhada dan Auliya dan Shalihin. Amin....

Nota: Berdasarkan kepada rujukan sumber2 rasmi dan tak rasmi, maka boleh disimpulkan salasilah tersebut adalah benar dan tulen. Maka aku boleh menyiapkan salasilah lengkap keluarga aku selepas ini, insyaAllah.Akhirnya....

Khamis, Oktober 14, 2010

Pegangan dan kebanggaan Yang Memakan diri?

Anda semua sudah sedia maklum, jika seorang Sharifah berkahwin dengan orang Ajam (non-arab) atau "orang biasa" maka dia bukan lagi dari keturunan Syed dan tidak dibenarkan anaknya meneruskan gelaran syed/sharifah. Ini selari dengan pengangan mazhab Hanafi.

Pendapat di atas diterima mengikut Mazhab Hanafi. Mazhab Hanafi mengatakan “terputuslah nasab keluarga Rasulullah s.a.w pada anak-anak bagi wanita ahlul-bait hasil dari perkahwinan dengan orang biasa”

Aku suka nak highlight satu argument mengenai kahwin sesama syed/sharifah ni..baca kenyataan di bawah:

http://forum.asyraaf.net/viewthread.php?tid=1978&extra=page%3D6
  • majela12 Says:
    August 12th, 2008 at 11:12 am
    REMBAUJATI,
    Saidina Hasan dan Saidina Husin tu dibinkan kepada Ali.Ali pulak dibinkan kepada Abu Talib,dia cuma menantu dan sepupu nabi saja,dan keturunan Hasan dan Husin sampai kepada Ali saja.
    Saya lupa lak,anak Hasan ke atau Husin yang jadi imam Shiah seterusnya.
    Perlu diingat bahawa mendewedewakan keturunan nabi ni adalah org2 Shiah,dan sudah sepakat Jumhur Ulamak menolak Shiah.Maka pendapat umum mengatakan Syed dan Said ini keturunan nabi harus ditolak dengan keras sekali,sbb berbau Shiah,kalau Ali masih hidup,pasti dipancungnya org yang mendewadewakannya,bagitu juga dgn mempercayaai Imam Mahadi berperanan sbg nabi Isa diakhir zaman nanti.
    Sepatutnya Syed dan Said ni keturunan Ali,bukan Keturunan Nabi Muhammad S.A.W.Yang sebok2 nak guna nama nabi tu apa hal lak?
    Nak samakan BMW dgn Kancil,walaupun warna serupa,tapi tetap tak sama.Nak samakan belut dgn ular,bolehke?
Hmm..menarik kan? kalau anda seorang melayu nak kahwin dgn sharifah..jangan harap senang2 dpt..sb diorang still berpegang kpd pegangan di atas masa diorang masih kat tanah arab/yaman yang mengamalkan mazhab hanafi. Sampai ke sudahlah mak bapak kepada sharifah tak nak kahwin kan anda!!Nota: bab Syiah tu mmg aku pun bangkang.. kurang ajar betul mamat majela12. Apa yang aku ingin ketengahkan pasal penerusan nasab dan keturunan (dari ibu atau bapa).Dan aku sendiri pun menghormati AhlulBait,Saidina Hussain/Hassan/Ali....

Tapi bila kita perhatikan kenyataan ini:

Sepatutnya Syed dan Said ni keturunan Ali,bukan Keturunan Nabi Muhammad S.A.W.

Kita mesti terdiam dan mengangguk tanda setuju (berlandaskan akal fikiran semata-mata)

Mostly keturunan Syed berasal dari keturunan Saidina Ali , kepada anaknya Saidina Hassan dan Husain. Kerana tiada keturunan yang sekarang ni berasal dari putera Rasulullah SAW.Mengikut orang arab, keturunan mesti ikut sebelah bapa, maka Saidina Hussain Dan Hassan mesti mengikut jalur keturunan Saidina Ali bukannya Saidatina Fatimah -> Saidatina Aisyah R.A+Rasulullah SAW.

Aku hightlight sekali lagi:

Pendapat di atas diterima mengikut Mazhab Hanafi. Mazhab Hanafi mengatakan “terputuslah nasab keluarga Rasulullah s.a.w pada anak-anak bagi wanita ahlul-bait hasil dari perkahwinan dengan orang biasa”

So, wahai kaum2 "Sadaah"/"asyraaf"/"alawiyyin"..jangan lah kamu terlalu taksub dan bongkak dengan memutuskan sesuatu ke atas anak kamu (Sharifah) yang berkahwin dengan orang biasa. Mengikut kamu, terputuslah nasab keturunan,hilanglah keistimewaan.

Mari kita kembali kepada hukum Feqah..kita ada beberapa mazhab lain.


Pendapat Mazhab Imam Ahmad bin Hanbal dan Mazhab Imam Syafie menjadi pegangan, bermakna tidak terputuslah nasabnya pada anak-anak tersebut. Maka tiada salah untuk ibu mereka menamakan anak-anak mereka dengan nama Syed dan Sharifah. Hakikat ini perlu diketahui terutamanya dikalangan masyarakat Nusantara yang berpegang kepada Mazhab Imam Syafie.

Dalam Sahih Bukhari, Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai Al-Hassan:
“Sungguhlah bahawa puteraku ini (sambil merujuk kepada Hassan r.a) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan mendamaikan (pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum Muslimin.”

"Setiap sebab (penyebab pertalian keturunan) mahupun nasab (pengikat garis keturunan) akan terputus pada hari kiamat, kecuali sebab dan nasabku, dan setiap keturunan dinisbatkan kepada pengikat keturunannya yakni ayah mereka, kecuali putera-putera Fatimah, maka sesungguhnya akulah ayah mereka dan tali pengikat keturunan mereka"
(Hadis riwayat Al-Baihaqi, Al-Thabrani dll)

Maka tidak salahlah kalau ada Sharifah yang ingin berkahwin dengan orang biasa dan begitulah sebaliknya.Wallahuallam

Peringatan kepada mereka: Janganlah terlalu takbur dan bongkak dengan keturunan kamu.. sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui.

Dan ini jawapan kepada soalan di atas (dijawab oleh syed):

pertamanya sdr majela12 kurang ilmu agama. jgn katakan bab ahlulbayt, ntah2 cara solat pun tak betul.

dlm kita membicarakan nasab rasulullah saw, kita harus menjadikan alquran dan hadis sebagai rujukan utama, bukan logik akal atau bukti saintifik. kalau nasab keluarga rasul saw atau ahlulbayt ditafsir menggunakan kaedah sains, maka nabi muhammad saw adalah seorg yg tidak ada keturunan kerana semua anak lelaki beliau saw wafat ketika masih kecil. sedangkan kita tahu bahwa al-mahdi yg akan keluar di akhir zaman nanti adalah berketurunan rasul saw. dgn itu pendapat yg mengatakan rasul saw tidak ada keturunan adalah tertolak sama sekali.

nasab didlm islam ini terbahagi kpd 2 jenis:

1. nasab biologi
2. nasab syari'e

kebanyakkan org awam ini jahil termasuk sdr majela12. mereka suka menafsir sesuatu perkara yg berkaitan agama sesuka hati...semuanya ikut logik akal. kalau akal mereka tu kurang cerdik mcm mane? maka jawapan yg dia dapat adalah jawapan kurang cerdik. islam tidak membenarkan kita menggunakan logik semata2 utk hal yg berkaitan agama melainkan menjadikan alquran dan hadis sebagai pedoman. sebab tingkat akal manusia ni berbeza2, ada yg cerdik dan ada yg bodoh. kalau org bodoh ingin berbicara mengenai agama seperti sdr majela12 ikut logik akal akan huru hara jadinya.

nasab biologi.
nasab ini ialah nasab yg dibuktikan oleh kaedah saintifik dan hukum alam, iaitu anak dan ayah. mereka ada talian atau hubungan nasab biologi yg tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun.

nasab syari'e.
iaitu nasab yg sudah ditentukan oleh allah swt. cthnya nabi isa as. semua ummat islam mengetahui bahwa nabi isa as tiada bapa kecuali ibunya yg bernama siti maryam as. siti maryam as mengandungkan nabi isa as tanpa ada ikatan perkahwinan yg sah. jadi soalan sy kpd sdr majela12, siapakah bapa nabi isa as jika mengikut kaedah nasab biologi?? maklum kita semua tahu, anak yg tiada bapa ini boleh di kira sebagai anak zina? adakah nabi isa saw anak zina?? adakah kamu menuduh siti maryam as ibu kpd nabi isa as dan wanita terkemuka di syurga ini seorang penzina? kalau jawapannya tidak, maka siapa suami siti maryam dan bapa nabi isa?

dlm kes nabi isa as, nasab beliau as harus ditafsir menggunakan kaedah nasab syari'e BUKAN nasab biologi. iaitu nasab yg sudah ditentukan oleh allah swt. dgn itu bapa nabi isa as ialah ibunya sendiri, siti maryam as...Isa bin Maryam. kalau kita sebagai seorg muslim yg baik, kita harus menerima kenyataan ini. kecuali golongan kafir yg mengatakan nabi isa as itu anak tuhan kerana tiada bapa. mereka hanya menafsir menggunakan kaedah biologi. mereka tidak percaya kpd yg ghaib kecuali ada penjelasan mengenainya. adakah sdr majela12 sependapat dgn golongan kafir, iaitu hanya menggunakan logik akal dan kaedah sains semata2 tanpa mengambil kira bukti dari alquran dan hadis? setiap yg berlaku ada hikmahnya. begitu juga dlm nasab rasulullah saw. berikut hadis mengenai ahlulbayt nabi saw:

"Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan keturunan bagi setiap orang Nabi dari tulang sulbinya masing-masing, tetapi Allah menjadikan keturunanku dari tulang sulbi 'Ali bin Abi Thalib". (Kitab 'Ahlul-Bait': 273-274).

"…Setiap anak Adam memiliki nasab keturunan melalui ayahnya (‘ishbah) , kecuali kedua putra Fatimah (Hasan dan Husain) . Karena sesungguhnya akulah wali dan ishbah untuk keduanya!" (Hadits riwayat al-Hakim dari Jabir)

2 hadis ini membuktikan bahwa imam hassan dan husein adalah ANAK kpd nabi muhammad saw. byk lagi hadis dan nash alquran..cukup kita bahas yg ini, sy tidak mahu bicara yg lain takut jadi panjang. sebab perbahasan mengenai nasab ahlulbayt sungguh panjang dan memerlukan masa yg lama utk faham. setiap nash dan hadis ada pula penafsirannya. cukup kita faham dulu maksud hadis diatas.

dari segi logik, mana mungkin imam hassan as dan husin as anak rasul saw, sedangkan imam ali kw adalah bapa mereka?? ya..imam ali kw adalah BAPA BIOLOGI mereka, manakala rasulullah saw adalah BAPA SYARI'E mereka as. ini adalah dari allah swt. tidak ada sesiapa yg boleh mengingkarinya kecuali golongan kuffar. org islam wajib harus mempercayai dan mengakui bahwa anak2 siti fatimah as dan imam ali kw iaitu imam hassan dan hussein as adalah dari keturunan muhammad saw. dgn itu, sdr majela12 mengatakan BMW tak sama dgn kancil dan belut tak sama dgn ular adalah SEBODOH-BODOH perumpamaan. jika dia mengakui bahwa syiah ditolak oleh JUMHUR ulama, tapi mengapa dia tak boleh terima pendapat JUMHUR ulama yg mengakui anak2 imam ali kw bernasabkan rasulullah saw? atau dia mmg jahil ttg bab keluarga nabi saw?? kalau dia boleh berkata "Yang sebok2 nak guna nama nabi tu apa hal lak?" kenapa dia tidak berani berkata "Yang nabi isa as sebok2 nak guna nama siti maryam tu apa hal lak?" sedangkan siti maryam itu IBU bukan BAPA kpd nabi isa? (Isa bin Maryam).

jika ada sesiapa yg menentang atau mengingkari akan hal ini, maka dia termasuk dlm hadis rasul saw ini: "Sesiapa yg memfitnahku, maka siaplah tempatnya didlm neraka". dgn itu jika sdr majela12 tidak menarik balik kata2 nya, ini bermakna dia sudah memfitnah rasul saw tiada keturunan..maka dia sudah ada tempatnya didlm neraka. ingat, anda ialah ummat muhammad saw. jgn pula kita sengaja menyakiti baginda sebagaimana abu jahal menyakiti rasul dgn mengejek 'muhammad sorg al-abtar(tiada keturunan)'. maka turunlah ayat ini:

"Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu (Muhammad) dialah yang terputus (keturunannya)"
(Al-Kautsar:3)

maka benarlah semua anak2 lelaki abu jahal mati dlm peperangan. dgn itu abu jahal lah sebenarnya yg layak dipanggil al-abtar. dia juga mati tanpa meninggalkan zuriat. jgn sesekali kita berfikir yg muhammad tiada keturunan walau sedikit/sekelumit pun kerana JANJI allah swt didlm alquran mengatakan sesiapa yg berkata begitu, maka allah swt akan melenyapkan keturunannya di muka bumi ini. nauzubillah..

tidak adil jika kita HANYA menggunakan kaedah nasab biologi (fulan bin fulan) sebagai hujah, kerana ini bukan nasab org awam, tapi NASAB PARA NABI AS. adakah kita begitu berani memperdebatkan nasab para nabi as sedangkan kita tiada ilmu pengetahuan ttgnya??

ini adalah penerangan secara ringkas shj tanpa membawa KESEMUA hadis dan nash. jika sesiapa yg ingin membantah, ana cabar supaya kita bermubahalah di sini. ana sedia menyahut cabaran...wallahuallam.

p/s: Janganlah berhujah berat sebelah (mementingkan sebelah pihak saja). Kalau nasib biologi dan nasab shari'e diguna pakai, maka tidak terbuanglah para sharifah yang berkahwin dgn ajam. Ingatlah, kita kena ikut mazhab semasa kita (kita hidup kat Malaysia, pakai lah mazhab shafie), tapi jika kamu ingin meneruskan mazhab hanafi di malaysia ini, teruskanlah..tiada salahnya..Janganlah biarkan adab itu mengatasi hukum feqah

Long Ghaffar

Berikut adalah Perbandingan pemerintahan Raja Kelantan antara keturunan Long Gaffar dan Long Yunus.

Keturunan Long Gaffar

Long Gaffar (1760 -1783)

Tahun 1760 dipilih sebagai tahun Kelantan diasaskan dan bermulanya pemerintahan Long Gaffar yang di Kelantan. 3 bulan selepas berakhirnya Perang Kota Kubang Labu I pada akhir 1750-an, baginda bersama rombongan yang turut disertai Long Yunus berangkat menyabung ayam di Terengganu. Pada masa itu Terengganu diperintah oleh Sultan Mansur Riayat Shah (Marhum Berjanggut, 1733 – 1793). Selepas berjaya mengalahkan pasukan Bugis, baginda dan rombongan diraikan oleh Sultan Terengganu selama 6 bulan. Semasa pulang dari Terengganu pada tahun 1760, baginda dan rombong yang turut diiringi oleh pasukan tentera dari Terengganu telah diserang oleh pasukan Long Muhamad (Raja Kota Kubang Labu) di Kuala Besut. Serangan tersebut berjaya dipatahkan. Pada malamnya Kota Kubang Labu diserang oleh pasukan yang diketuai oleh Long Gaffar menyebabkan meletusnya perang Kota Kubang Labu Ke- II. Kota Kubang Labu berjaya ditawan dan Long Muhamad berjaya dibunuh. Maka berakhirlah pemerintahan Kota Kubang Labu.Kejayaan ini menandakan bermulanya penguasaan Long Gaffar di negeri yang di kenali sebagai "Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kisaran Payung Wilayah Cik Siti Wan Kembang".

Long Gaffar telah mengasaskan pemerintahan di Kota Jelasin (Wakaf Che Yeh). Selepas lebih kurang setahun, baginda telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Limbat pada tahun 1762.Perpindahan pusat pemerintahan ke Limbat menandakan bermulanya penubuhan Kelantan yang berasal dari perkataan "Negeri yang Dikerat Lintang". Baginda Long Gaffar menguasai secara mutlak kuasa pemerintahan Kelantan. Sebagai membalas jasa, Long Yunus pula telah diberikan kuasa memerintah di Kota Bharu. Peristiwa inilah yang menyebabkan munculnya nama "Negeri yang Dikerat Lintang", iaitu negeri yang di kerat lintang di antara Baginda Long Gaffar dan Long Yunus. Sempadan bagi kedua-dua kawasan pemerintahan ini ialah Sungai Pasir Tumboh.

Baginda Long Seri (1783-1851) Baginda merupakan putera sulong Long Gaffar dan juga ayahanda mertua kepada Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhamad II). Baginda berkahwin dengan puteri sulung Long Seri yang dikenali sebagai Puteri Gunung. Pada awal pemerintahannya, Kerajaan Patani jatuh ke tangan Siam (1785). Pada masa pemerintahan baginda Long Seri, berlaku Perang Padang Rombakan. Baginda berjaya menghalang Raja Bukit Marak daripada menyerang Kota Bharu yang pada masa itu diperintah oleh menantu nya iaitu Long Senik Mulut Merah. Sebagai balasan di atas kejayaan tersebut, baginda Long Seri telah di raikan selama tujuh hari tujuh malam di Kota Bharu dan di anugerahkan gelaran Tengku Perdana Menteri. Anakanda baginda Long Mansor diberi gelaran Tengku Selia Raja dan Long Demor dianugerahkan gelaran Tengku Seri Maharaja. Long Senik Mulut Merah sendiri kemudiannya memakai gelaran Tuan Senik Mulut Merah. Kesemua anugerah dan gelaran ini kemudiannya membawa padah kepada kekuasaan keturunan Long Gaffar.

Pada zamannya, bermulalah kemerosotan kuasa dan pengaruh keturunan Long Gaffar di Kelantan. Long Senik Mulut Merah berjaya menggunakan tipu muslihatnya dan hubungan baiknya dengan Long Seri bagi membolot peralatan kebesaran kerajaan di Kota Limbat dan membawa peralatan tersebut ke Kota Bharu. Di antara peralatan kebesaran tersebut ialah keris kerajaan yang bernama "Pelangi Merbo" yang berasal dari Tanah Jawa .

Long Mansor (1851-1890) Pusat pemerintahannya ialah di Machang. Tahun 1890 dipilih sebagai tahun berakhirnya pemerintahan baginda kerana pada tahun itu baginda telah dihantar ke Siam bersama adindanya Tengku Ahmad sebagai ganti kepada Datuk Bahaman [Dato'Kaya Semantan,Pahang] juga merupakan sahabat baik kepada Tengku Ahmad.Long Mansor dipercayai mangkat dibunuh 3 tahun kemudian semasa di dalam tahanan Siam. Adindanya Tengku Ahmad berjaya pulang ke Kelantan iaitu Kangkong,Pasir Mas dan tinggal di sana hingga ke akhir hayatnya.Diceritakan oleh anaknda Tengku Ahmad,Tengku Mariam [meninggal 1970,dalam usia melebihi 85 tahun],beliau masih ingat lagi,Dato'Bahaman pernah datang dan tinggal dirumahnya.Dato'Bahaman memiliki ilmu batin yang tinggi dan seorang pendekar yang handal. Hanya ayahandanya sahaja yang mampu bermain senjata dengannya pada ketika itu. Baginda Long Mansor juga berbesan dengan Sultan Ahmad.

Long Demor (1890-1900) Pusat pemerintahan di Jeram, Pasir Puteh. Istana Jeram di bina oleh tukang yang sama yang membina Istana Balai Besar. Yang membezakannya dengan Istana Balai Besar ialah Istana Jeram mempuyai Balai Telor. Pada masa pembinaannya, Baginda Long Seri masih lagi hidup. Jadi ia dipercayai dibina sekitar tahun 1844-1851.

Keturunan Long Yunus

Long Yunus (1762-1794) Long Yunus turut serta dalam rombongan Long Gaffar ke Terengganu. Semasa di Terengganu Long Yunus telah dikahwinkan dengan Tuan Chik Jumat, Chik Puan Balai Dua, anak perermpuan Engku Tenang Wangsa Terengganu. Sebagai membalas jasa di atas kesetiaannya terhadap Long Gaffar, Long Yunus pula telah diberikan kuasa memerintah meliputi kawasan pantai bermula di Kuala Kemasin, Kota Bharu, Tabal sehingga Bukit Tanjung (Narathiwat). Walaupun diberikan kuasa memerintah wilayah tersebut, kuasanya adalah terbatas. Kuasa pemerintahan sebenar masih lagi berada di bawah kekuasaan Baginda Long Gaffar yang berpusat di Limbat. Long Yunus tidak boleh menjatuhkan hukuman bunuh terhadap pesalah tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Baginda Long Gaffar di Limbat. Konsep pembahagian kuasa yang diasaskan oleh Baginda Long Gaffar ini terus diamalkan dan dihormati sehinggalah kemangkatan Long Yunus.

Tengku Muhamad (1794-1800) Menantu Long Yunus (suami Cik Ku Tuan Nawi) dan putera kepada Sultan Terengganu iaitu Sultan Mansor. Pemerintahannya tidak lama kerana kurang disenangi terutamanya oleh putera sulong Long Yunus iaitu Long Muhamad. Pemerintahan berakhir selepas berjaya dikalahkan oleh Long Muhamad pada 1801.

Long Muhamad (Sultan Muhamad I 1801-1835) Baginda merupakan putera sulung Long Yunus dan tidak mempunyai anak (digelar Marhom Mandul). Baginda telah mengambil anak Temenggong Long Tan iaitu Long Senik Mulut Merah sebagai anak angkatnya.

Long Jenal (1835-1837) Adik Long Muhamad (Sultan Muhamad I 1801-1835) dan memakai gelaran Yam Tuan Kelantan.

Long Senik Mulut Merah (1837-1886) Baginda yang mula-mula sekali memakai gelaran Sultan dan digelar Sultan Muhamad II. Baginda merupakan anak Temenggong Long Tan dan menantu kepada Baginda Long Seri. Pada 1844 Istana Kota Bharu (kemudiannya dikenali sebagai Istana Balai Besar pada zaman Sultan Muhamad IV) telah dibina dengan mengambil tukang-tukang dari Limbat atas arahan Baginda Long Seri. Pada masa pemerintahannya, usaha-usaha bagi melemahkan penguasaan Limbat ke atas Kota Bharu giat dijalankan. Pada masa pemerintahannya juga menyaksikan peningkatan pengaruh Siam, ia dipercayai ada hubung kait dengan cubaan bagi mendapatkan pengiktirafan Siam terhadapnya sebagai pemerintah Kelantan.


1835-1886 Sultan Muhammad II @ Long Senik Mulut Merah (Sultan Kelantan) ibni al-Marhum Tengku Temenggong Long Tan (Tengku Temenggong Ariya Pahlawan) ibni al-Marhum Sultan Long Yunus (Sultan Kelantan), mempunyai dua (2) orang puteri dan seorang (1) putera;

1) Tengku Putri @ Long Sulong binti Sultan Muhammad II (Sultan Kelantan) berkahwin dengan Tengku Ahmad @ Sultan Tengah (Sultan Kelantan [pemangku sementara menggantikan Tuan Long Ghaffar yang masih muda berumur sembilan (9) tahun semasa kemangkatan ayahandanya Sultan Muhammad II ]) ibni al-Marhum Tengku Muhammad (Pemangku dan Yang di-Pertuan Muda Kelantan, 1795-1800) ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah I (Sultan Trengganu)

* Tengku Ahmad (Tengah) bukan putera Sultan Muhammad II, baginda adalah putera Tengku Muhammad Trengganu, menantu Sultan Muhammad II*

2) Tengku Putri Che’ @ Engku Na Nik (Tengku Raja Patani) binti al-Marhum Sultan Muhammad II (Sultan Kelantan) berkahwin dengan Tengku Besar Long Puteh (Raja Patani)

3) Tuan Long Ghaffar (Tengku Petra Dalam Kebun) ibni al-Marhum Sultan Muhammad II (pewaris tahta yang sah)


Sultan Ahmad (1886-1889) Nama asal baginda ialah Long Sulong, iaitu anak sulung Long Senik Mulut Merah. Pada 1887, baginda membina Istana Jahar. Baginda turut berbesan dengan Long Mansor:

1. Tengku Salleh (putera Long Mansor) berkahwin dengan Tengku Kembang (puteri Sultan Ahmad)

2. Tengku Besar (putera Sultan Ahmad) berkahwin dengan Tengku Kalsom (puteri Long Mansor)

Perkahwinan ini dipercayai bermotif politik dan ada kaitan dengan usaha-usaha bagi melemahkan gerakan bagi menaikkan semula keturunan Long Gaffar di Kelantan.

Sultan Muhamad III (1889-1890) Nama asal baginda ialah Long Kundor iaitu putera Sulong Sultan Ahmad.

Sultan Mansor (1890-1900) Nama asal baginda ialah Long Mansor dan merupakan adik Long Kundor (Sultan Muhamad). Pada masa pemerintahannya, iaitu pada 1891, Datuk Bahaman melarikan diri ke Ulu Kelantan.

AhlulBait..satu penerangan

Ahlul-Bait (Bahasa Arab: أهل البيت) adalah istilah yang berarti "Orang Rumah" atau keluarga. Dalam tradisi Islam istilah itu mengarah kepada keluarga Muhammad. Terjadi perbedaan dalam penafsiran baik Muslim Syi'ah maupun Sunni. Syi'ah berpendapat bahwa Ahlul Bait mencakup lima orang yaitu Ali, Fatimah, Hasan dan Husain sebagai anggota Ahlul Bait (di samping Muhammad). Sementara Sunni berpendapat bahwa Ahlul Bait adalah keluarga Muhammad dalam arti luas, meliputi istri-istri dan cucu-cucunya, hingga terkadang ada yang memasukkan mertua-mertua dan menantu-menantunya.

Istilah Ahlul BaitSyi'ah
Kaum Syi’ah lebih mengkhususkan istilah Ahlul Bait Muhammad yang hanya mencakup Ali dan istrinya Fatimah, putri Muhammad beserta putra-putra mereka yaitu al-Hasan dan al-Husain (4 orang ini bersama Muhammad juga disebut Ahlul Kisa atau yang berada dalam satu selimut) dan keturunan mereka.
Hal ini diperkuat pula dengan hadits-hadits seperti contoh berikut:
“ Aisyah menyatakan bahwa pada suatu pagi, Rasulullah keluar dengan mengenakan kain bulu hitam yang berhias. Lalu, datanglah Hasan bin Ali, maka Rasulullah menyuruhnya masuk. Kemudian datang pula Husain lalu beliau masuk bersamanya. Datang juga Fathimah, kemudian beliau menyuruhnya masuk. Kemudian datang pula Ali, maka beliau menyuruhnya masuk, lalu beliau membaca ayat 33 surah al-Ahzab, "Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."[1]

Sunni dan Salafi
Makna “Ahl” dan “Ahlul Bait” dalam pengertian leksikal berarti penghuni rumah, termasuk isteri dan anak-anak. Pengertian ini dianut sebagian kalangan Sunni dan Salafi, yang menyatakan bahwa ahlul bait Muhammad mencakup pula istri-istri, mertua-mertua, juga menantu-menantu dan cucu-cucun Sufi dan sebagian Sunni
Kalangan Sufi dan sebagian kaum Sunni menyatakan bahwa Ahlul-Bait adalah anggota keluarga Muhammad yang dalam hadits disebutkan haram menerima zakat, seperti keluarga Ali dan Fatimah beserta putra-putra mereka (Hasan dan Husain) serta keturunan mereka. Juga keluarga Abbas bin Abdul-Muththalib, serta keluarga-keluarga Ja’far dan Aqil yang bersama Ali merupakan putra-putra Abu Thalib.
Adapun risalah lengkap sebagaimana yang tercantum dalam Shahih Muslim adalah sebagai berikut:
Yazid bin Hayyan berkata, "Aku pergi ke Zaid bin Arqam bersama Husain bin Sabrah dan Umar bin Muslim. Setelah kami duduk, Husain berkata kepada Zaid bin Arqam, 'Hai Zaid, kau telah memperoleh kebaikan yang banyak. Kau melihat Rasulullah, kau mendengar sabda beliau, kau bertempur menyertai beliau, dan kau telah shalat dengan diimami oleh beliau. Sungguh kau telah memperoleh kebaikan yang banyak. Karena itu, sampaikan kepada kami hai Zaid, apa yang kau dengar dari Rasulullah!'"
"Kata Zaid bin Arqam, 'Hai kemenakanku, demi Allah, aku ini sudah tua dan ajalku sudah semakin dekat. Aku sudah lupa sebagian dari apa yang aku dengar dari Rasulullah. Apa yang bisa aku sampaikan kepadamu terimalah dan apa yang tidak bisa aku sampaikan kepadamu janganlah kamu memaksaku untuk menyampaikannya.'"
"Kemudian Zaid bin Arqam mengatakan, 'Pada suatu hari Rasulullah berdiri dengan berpidato di suatu tempat air yang disebut Khumm antara Mekkah dan Madinah. Ia memuji Allah, kemudian menyampaikan nasihat dan peringatan, lalu beliau bersabda, Ketahuilah saudara-saudara bahwa aku adalah manusia seperti kalian. Sebentar lagi utusan Tuhanku (malaikat pencabut nyawa) akan datang lalu dia diperkenankan. Aku akan meninggalkan untuk kalian dua hal yang berat, yaitu: 1) Al-Qur'an yang berisi petunjuk dan cahaya, karena itu laksanakanlah isi Al-Qur'an dan pegangilah. (Beliau mendorong dan mengimbau pengamalan Al-Qur'an). 2) Keluargaku. Aku ingatkan kalian agar berpedoman dengan hukum Allah dalam memperlakukan keluargaku (tiga kali)".
Husain bertanya kepada Zaid bin Arqam, "Hai Zaid, siapa Ahlul Bait (keluarga) Rasulullah itu? Bukankah istri-istri beliau Ahlul Baitnya?"
Kata Zaid bin Arqam, "Istri-istri beliau adalah Ahlul Baitnya, tetapi Ahlul Bait beliau adalah orang yang diharamkan menerima zakat sampai sepeninggal beliau."
Kata Husain, "Siapa mereka itu?"
Kata Zaid bin Arqam, "Mereka adalah keluarga Ali, keluarga Aqil, keluarga Ja'far dan keluarga Abbas."
Kata Husain, "Apakah mereka semua diharamkan menerima zakat?"
Jawab Zaid, "Ya." Istilah Ahlul Kisa
Kaum Sufi yang memiliki keterikatan dengan Ahlul Kisa, yaitu keluarga Ali bin Abu Talib k.w.[3] dan Fatimah az-Zahra baik secara zhahir (faktor keturunan) dan secara bathin (do'a dan amalan) sangat mendukung keutamaan Ahlul Kisa. Tetapi, Sufi berpendapat bahwa Ahlul Bait bukan hanya Ahlul Kisa sesuai dengan hadits tsaqalayn. Sufi berpendapat bahwa Ahlul Bait adalah mereka yang haram menerima zakat, yaitu keluarga Ali, Aqil dan Ja'far (yang merupakan putra-putra Abu Thalib) dan keluarga Abbas (Hadits Shahih Muslim dari Zaid bin Arqam). Dengan demikian kaum Sufi dalam hal kekhalifahan memiliki perbedaan tajam dengan kaum Syi'ah.
Hadist Shahīh Ahlul Kisa
Shahīh Muslim, vol. 7, hal. 130
Aisyah berkata, "Pada suatu pagi, Rasulullah saw keluar rumah menggunakan jubah (kisa) yang terbuat dari bulu domba. Hasan datang dan kemudian Rasulullah menempatkannya di bawah kisa tersebut. Kemudian Husain datang dan masuk ke dalamnya. Kemudian Fatimah ditempatkan oleh Rasulullah di sana. Kemudian Ali datang dan Rasulullah mengajaknya di bawah kisa dan berkata,
"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya." (QS. Al-Ahzab [33]:33)[4]
Sunan at-Turmudzi, Kitab al-Manâqib
Ummu Salamah mengutip bahwa Rasulullah saw menutupi Hasan, Husain, Ali dan Fatimah dengan kisa-nya, dan menyatakan, "Wahai Allah! Mereka Ahlul Baitku dan yang terpilih. Hilangkan dosa dari mereka dan sucikanlah mereka!"
Ummu Salamah berkata, "Aku bertanya pada Rasulullah saw, Wahai Rasul Allah! Apakah aku termasuk di dalamnya?" Beliau menjawab, "Engkau berada dalam kebaikan (tetapi tidak termasuk golongan mereka)."
Imam Turmudzi menulis di bawah hadits ini, "Hadits ini shahīh dan bersanad baik, serta merupakan hadits terbaik yang pernah dikutip mengenai hal ini."[5Interpretasi Syi'ah, Sunni dan Sufi
Syi'ah
Kaum Syi'ah, khususnya Mazhab Dua Belas Imam menafsirkan bahwa Ahlul Bait adalah "anggota rumah tangga" Muhammad dan mempercayai bahwa mereka terdiri dari: Muhammad, Ali bin Abi Thalib, Fatimah az-Zahra, Hasan bin Ali, dan Husain bin Ali.
Kaum Syi'ah percaya bahwa yang dimaksud dengan Ahlul Bait yang disucikan sesuai dengan ayat tathîr (penyucian) (QS. Al-Ahzab [33]:33), adalah mereka yang termasuk dalam Ahlul-Kisa yaitu Muhammad, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain serta 9 imam berikutnya yang merupakan keturunan dari Husain.
Sesuai dengan hadits di atas, Syi'ah berpendapat bahwa istri-istri Muhammad tidak termasuk dalam Ahlul Bait, sebagaimana pendapat Sunni yang memasukkan istri-istri Muhammad Sunni dan Salafi
Kaum Sunni juga mempercayai hadits sahih mengenai keistimewaan kedudukan Ahlul Bait tersebut seperti kaum Syi'ah, meskipun kaum Sunni tidak berpendapat bahwa hak kepemimpinan umat (khalifah) harus dipegang oleh keturunan Ahlul Bait. Hadits itu juga menyatakan bahwa kedua cucu Muhammad, yaitu Hasan bin Ali dan Husain bin Ali, adalah sayyid (pemuka).
Muhammad bin Abdul Wahhab menolak pengistimewaan yang berlebihan terhadap keturunan Ahlul Bait. Ini kemungkinan disebabkan karena pertentangan mereka terhadap kaum Syi'ah, meskipun kaum Sunni pada umumnya tetap memandang hormat terhadap para keturunan Ahlul Bait.
Kaum Wahhabi berpendapat bahwa istilah Ahlul Bait memang hanya mencakup keluarga Ali, akan tetapi keluarga Muhammad mencakup seluruh umat Muslim yang taat, sebab hubungan kekeluargaan tersebut adalah berdasarkan takwa pada kepercayaan Islam, dan bukan berdasarkan pada darah keturunan. Kaum Wahhabi percaya bahwa setiap orang yang taat adalah bagian dari Ahlul Bait, dan bahwa beberapa orang secara khusus disebutkan sebagai bagian daripadanya. Beberapa orang ini, adalah istri-istri Muhammad, yang menurut pendapat mereka disebutkan di dalam Al Qur'an sebagai bagian dari Ahlul Sufi
Kaum Sufi menyepakati bahwa semua pendiri Tariqah Mu'tabaroh mestilah dari golongan Ahlul Bait, yaitu berasal dari keturunan Hasan bin Ali atau Husain bin Ali.
Para masyaikh pendiri tariqah-tariqah Islam setelah wafatnya Rasulullah yang merupakan golongan Ahlul Bait, misalnya:
• As-Sayyid As-Syaikh Bahau'uddin Naqsyabandi (Tariqah Naqsyabandi)
• As-Sayyid Al-Faqih Muqaddam Muhammad bin 'Ali BaAlawi Al-Husaini (Tariqah Al-BaAlawi)
• As-Sayyid As-Syaikh Abdul Qadir Jilani Al-Hasani (Tariqah Qadiriyah)
• As-Sayyid As-Syaikh Ahmad bin Idris Al-Hasani (Tariqah Ahmadiyah Idrissiyah)
• As-Sayyid As-Syaikh Abil Hasan Asy-Syazuli (Tariqah Syadziliyyah)
Silsilah ajaran mereka kebanyakannya melalui Imam Ja'far ash-Shadiq, dan semuanya mendapat sanad dari Ali bin Abi Thalib. Tariqah Naqsyabandiah adalah satu-satunya tariqah yang juga mendapat sanad dari Abu Bakar.
Kekhalifahan
Kaum Sufi berpendapat kekhalifahan ada 2 macam, yaitu :
• Khalifah secara zhahir (Waliyyul Amri, Surat An Nisaa' ayat 59) "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." atau mereka yang menjadi kepala pemerintahan umat Islam; dan
• Khalifah secara bathin (Waliyyul Mursyid, Surat Al Kahfi ayat 17) "Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi petunjuk (Waliyyan Mursyida) kepadanya." atau mereka yang menjadi pembina rohani umat Islam.
Khalifah zhahir
Menurut kalangan Sufi kekhalifahan yang zhahir (lahiriah) boleh saja dipegang oleh orang muslim yang kurang beriman atau mukmin tapi kurang bertakwa, dalam keadaan darurat atau karena sudah takdir yang tak bisa dihindari. Hal ini dibuktikan dengan tidak adanya perkataan ‘athii’ sebelum ‘waliyyul amri’, kata ‘athii’ atau taatlah hanya ditempelkan kepada ‘Allah’ kemudian ditempelkan kepada ‘Rasul’ sehingga lafadz lengkapnya menjadi, ”Athiiullahu wa athiiurasuul wa ulil amri minkum”. Berarti taat yang mutlak hanya kepada Allah dan Rasulnya. Taat kepada ulil amri (pemimpin) dapat dilakukan dengan syarat ia taat lebih dulu kepada Allah dan Rasulnya. Memilih seorang pemimpin atas dasar ketaatan kepada Allah adalah hal yang logis dan jauh lebih mudah dari pada memilih seorang pemimpin atas dasar 'maksum' atau kesucian, karena 'taat' kepada Allah adalah suatu yang dapat terlihat kurang-lebihnya di dalam kehidupan seseorang.
Dengan kata lain ayat ini dalam pandangan kaum Sunni dan kaum Sufi menunjukkan tidak adanya syarat ‘maksum’ bagi Waliyyul Amri (pemimpin pemerintahan). Sangat mungkin ini adalah petunjuk Allah bagi umat Islam untuk menerima siapapun pemimpinnya di setiap zaman, selama ia taat kepada Allah dan Rasulnya, karena sesuai dengan akal sehat yang dimiliki umat manusia bahwa ‘tak ada yang mengetahui hamba Allah yang suci atau ‘maksum’, kecuali Allah sendiri.’
Khalifah bathin
Kekhalifahan bathin, karena harus mempunyai syarat kewalian dalam pengertian bathin, tak mungkin dijatuhkan kecuali kepada orang mukmin yang bertakwa dan dicintai Allah (Surat Yunus 62-64). Kekhalifahan bathin atau jabatan Waliyyul Mursyid (pemimpin rohani) adalah mereka yang mempunyai ilmu dan karakter (kurang-lebih) seperti Nabi Khidir di dalam Surat Al Kahfi. Hikmah tidak disebutkannya kata 'Nabi Khidir' juga boleh jadi mengisyaratkan setiap zaman akan ada manusia yang terpilih seperti itu.
Didalam sejarah tarekat kaum Sufi, para Wali Mursyid sebagian besarnya adalah keturunan Ali dari Fatimah baik melalui Hasan dan Husain. Menurut kaum Sufi memaksakan kekhalifahan zhahir hanya untuk keluarga Ali adalah suatu yang musykil/mustahil karena bila menolak 3 khalifah sebelumnya (yang telah disetujui oleh mayoritas) berarti membuat perpecahan dalam umat Islam, juga bertentangan dengan prinsip akal sehat, karena boleh jadi seorang kurang ber-taqwa tapi dalam hal pemerintahan sangat cakap. Sedangkan seorang yang ber-taqwa justru mungkin saja tidak menguasai masalah pemerintahan.
Bila menganggap Imamah adalah Khalifah Bathin mungkin saja bisa, tapi membatasi hanya 12 bertentangan dengan banyak hadits shahih tentang para Wali Allah yang tidak pernah disebut dari keluarga tertentu, apalagi dengan pembatasan jumlahnya. Idealnya memang seorang Khalifah zhahir (Waliyyul Amri) dipilih dari mereka yang juga menjabat Khalifah bathin (Waliyyul Mursyid). Tapi pertanyaannya siapakah yang mengetahui Wali-wali Allah, apalagi yang berderajat Waliyyul Mursyid, kalau bukan Allah se Perkembangan Ahlul Bait
Setelah wafatnya Muhammad
Berkembangnya Ahlul-Bait walaupun sepanjang sejarah kekuasaan Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah mengalami penindasan luar biasa, adalah berkah dari do’a Muhammad kepada mempelai pengantin Fatimah putri beliau dan Ali di dalam pernikahan yang sangat sederhana.
Doa Nabi SAW adalah,”Semoga Allah memberkahi kalian berdua, memberkahi apa yang ada pada kalian berdua, membuat kalian berbahagia dan mengeluarkan dari kalian keturunan yang banyak dan baik”
Setelah mengalami titik noda paling kelam dalam sejarah Bani Umayyah, dimana cucu Nabi SAW, al-Husain bersama keluarga dibantai di Karbala, pemerintahan berikutnya dari Bani Abbasiyah yang sebetulnya masih kerabat (diturunkan melalui Abbas bin Abdul-Muththalib) tampaknya juga tak mau kalah dalam membantai keturunan Nabi SAW yang saat itu sudah berkembang banyak baik melalui jalur Ali Zainal Abidin satu-satunya putra Husain bin Ali yang selamat dari pembantaian di Karbala, juga melalui jalur putra-putra Hasan bin Setelah berakhirnya Bani Abbasiy Perkembangan di berbagai negara
Menurut berbagai penelaahan sejarah, keturunan Hasan bin Ali banyak yang selamat dengan melarikan diri ke arah Barat hingga mencapai Maroko. Sampai sekarang, keluarga kerajaan Maroko mengklaim keturunan dari Hasan melalui cucu beliau Idris bin Abdullah, karena itu keluarga mereka dinamakan dinasti Idrissiyyah.[6] Selain itu pula, ulama-ulama besar seperti Syekh Abu Hasan Syadzili Maroko (pendiri Tarekat Syadziliyah) yang nasabnya sampai kepada Hasan melalui cucunya Isa bin Muhammad.
Mesir dan Iraq adalah negeri yang ulama Ahlul Baitnya banyak dari keturunan Hasan dan Husain. Abdul Qadir Jaelani seorang ulama yang dianggap sebagai Sufi terbesar dengan julukan ‘Mawar kota Baghdad’ adalah keturunan Hasan melalui cucunya Abdullah bin Hasan al-Muthanna.
Persia hingga ke arah Timur seperti India sampai Asia Tenggara (termasuk Indonesia) didominasi para ulama dari keturunan Husain bin Ali. Bedanya, ulama Ahlul Bait di tanah Parsi banyak dari keturunan Musa al-Kadzim bin Ja'far ash-Shadiq seperti Ayatullah Ruhollah Khomeini karena itu ia juga bergelar Al-Musawi karena keturunan dari Imam Musa al-Kadzim, sedangkan di Hadramaut (Yaman), Gujarat dan Malabar (India) hingga Indonesia ulama Ahlul Baitnya banyak dari keturunan Ali Uraidhi bin Jafar ash-Shadiq terutama melalui jalur Syekh Muhammad Shahib Mirbath dan Imam Muhammad Faqih Muqaddam ulama dan sufi terbesar Hadramaut di zamannya (abad 12-13M).
Walaupun sebagian besar keturunan Ahlul Bait yang ada di Nusantara termasuk Indonesia adalah dari Keturunan Husain bin Ali namun terdapat juga yang merupakan Keturunan dari Hasan bin Ali, bahkan Keturunan Hasan bin Ali yang ada di Nusantara ini sempat memegang pemerintahan secara turun temurun di beberapa Kesultanan di Nusantara ini yaitu Kesultanan Brunei, Kesultanan Sambas dan Kesultanan Sulu sebagaimana yang tercantum dalam Batu Tarsilah / Prasasti dan beberapa Makam dan juga Manuscript yang tersebar di Brunei, Sambas (Kalimantan Barat) dan Sulu (Selatan Filipina)yaitu melalui jalur Sultan Syarif Ali (Sultan Brunei ke-3) yang merupakan keturunan dari Syarif Abu Nu'may Al Awwal. Sementara dari keturunan [Husain bin Ali] memegang kesultan di Jawa bagian barat, yang berasal dari [Syarif Hidayatulah] yaitu [Kesultanan Cirebon] (yang kemudian pecah menjadi tiga kerajaan, Kesultanan Kasepuhan, Kanoman dan Kacirebonan) dan [Kesultanan Banten]. Sebagai kerurunan Syarif Hidayatulah keturunan merekapun berhak menyandang gelar Syarif/Syarifah, namun dari keturunan [Syarif Hidayatullah] gelar tersebut akhirnya dilokalisasi menjadi Pangeran,[Tubagus]]/Ratu (Banten),Raden (Sukabumi, Bogor),Ateng (Cianjur), Aceng (Garut)
Mazhab yang dianut
Mazhab yang dianut para ulama keturunan Husain pun terbagi dua; di Iran, Iraq dan sekitarnya menganut Syi’ah, sedangkan di Yaman, India hingga Indonesia menganut Sunni yang condong kepada tasawuf). Para ulama keturunan Hasan dari Mesir hingga Maroko hampir semuanya adalah kaum Sunni yang condong pada tasauf.....................

Rumusan Sejarah Kelantan Era Islam

Peranan Kelantan (Kerajaan Langkasuka) sebagai pusat Majapahit Barat (atas deklarasi Mahapatih Gadjah Mada setelah Majapahit mengalahkan Siam pada tahun 1357) yang kemudian berkembang menjadi Empayar Chermin banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Nusantara.


Empayar Chermin adalah koalisi sementara antara Kerajaan Langkasuka dengan Kerajaan Champa (Vietnam) dan Kerajaan Samudera-Pasai (Aceh) yang dibentuk selepas tahun 1335 oleh Raja Langkasuka-Kelantan ketika itu yang bernama Raja Bharubhasa atau dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah setelah memeluk Islam melalui ulama dari Pasai.


Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana’uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).
Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama ‘Jeddah’ terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata.


Dari isteri Saiyid Hussein Jamadil Kubra yang pertama, Puteri Linang Cahaya (adik kepada Cik Siti Wan Kembang) dia mendapat dua orang anak, yang lelaki bernama Maulana Malik Ibrahim (pelopor Wali Songo) dan yang perempuan bernama Siti Aisyah.
Perkahwinan Saiyid Hussein Jamadil Kubra dengan Ramawati puteri kepada Raja Champa, Sultan Zainol Abidin (Ce Bo Nga) dan Permaisuri Siti Zubaidah pula melahirkan generasi yang tersenarai di dalam kumpulan Wali Songo dari titisan anak mereka, Ibrahim Asmaro.


Sewaktu umurnya hampir 80 tahun Saiyid Hussein telah dipertemukan jodoh dengan Puteri Selindong Bulan atau Siti Syahirah iaitu cucu saudara kepada isterinya yang pertama, Puteri Linang Cahaya dan beroleh seorang anak lelaki bernama Ali Nurul Alam yang kemudiannya nanti menjadi Perdana Menteri Majapahit II di Kelantan bergelar Patih Aria Gajah yang dikaitkan dengan beberapa peristiwa dengan Laksamana Hang Tuah. (Di Patani, Ali Nurul Alam terkenal dengan nama Sultan Qunbul setelah dilantik menjadi sultan di Patani Darussalam)
Syarif Muhammad Kebungsuan adalah anaknya yang bungsu dari isterinya yang ke empat (keluarga Diraja Johor) yang kemudian terkenal sebagai pembangun Kesultanan Mindanao/Sulu (Filipina), sementara salah seorang dari abangnya menjadi Sultan Borneo yang ke-3 bergelar Sultan Berkat, moyang raja-raja Brunei sekarang.


Ke empat-empat isteri yang dikahwini Saiyid Hussein Jamadil Kubra itu ialah selepas tiap-tiap seorang daripadanya meninggal dunia.
Pada awal abad ke-14 Ibrahim Asmaro dihantar oleh ayahnya Saiyid Hussein Jamadil Kubra ke Tanah Jawa membantu serta menyambung usaha-usaha dakwah abangnya Maulana Malik Ibrahim yang meninggal dunia pada tahun 1419 dan dimakamkan di Gerisek, Tuban.


Turut serta ialah dua orang anak Ibrahim Asmaro, iaitu Maulana Rahmatullah dan Maulana Ishak meninggalkan Champa dan kemudiannya berhijrah ke Patani Darussalam.
Mungkin inilah pelayaran wali-wali dari Champa yang dikaitkan atau mempunyai hubungan dengan pembinaan Masjid Kampung Laut di Kelantan. Masjid Kampung Laut adalah masjid yang tertua di Kelantan dan rekabentuk atapnya menyerupai rekabentuk atap Masjid Agung Demak.

Melalui firasat Saiyid Thana’uddin yang menjadi guru kepada cucu saudaranya Sunan Bonang dan Sunan Giri (juga guru kepada Laksamana Hang Tuah yang terkenal dengan gelaran Sang Adi Putra), Masjid Kampung Laut, Kelantan telah diramal akan mencetuskan kebangkitan Islam di Nusantara


Raja Empayar Chermin, Sultan Baki Syah ibni al-Marhum Sultan Mahmud Syah telah menyusul bersama satu rombongan keluarga Diraja Kelantan menemui Bentara Majapahit Hayam Wuruk untuk memperbetulkan amalan Islam yang sudah bercampur baur dengan agama Buddha Shiva setelah Hayam Wuruk berkahwin dengan anak saudaranya Bidarawati (puteri Raja Champa). Beberapa orang mubaligh yang dibawanya kemudian meninggal dunia dan dimakamkan di Leran.


Sebagai membuka tirai dakwah Islam di Tanah Jawa, Maulana Malik Ibrahim muncul sebagai perintis atau pelopor yang memberi laluan kepada wali-wali yang datang kemudiannya. Dengan tidak ada perbezaan kasta dan darjat seruan dakwahnya lebih disenangi di kalangan kasta-kasta Vaisya dan Sudras. Banyaklah kalangan mereka yang datang untuk mendapat pengajian selok-belok mengenai agama Islam.


Kehilangan Maulana Malik Ibrahim diganti oleh anak saudaranya, Maulana Rahmatullah yang memakai gelaran Sunan Ampel. Jika Maulana Malik Ibrahim dianggap sebagai pencipta pondok (pesantren) yang pertama maka Maulana Rahmatullah adalah perancang negara Islam yang pertama di Tanah Jawa.

Maulana Ishak yang banyak membantu abangnya Sunan Ampel tidak ketinggalan meninggalkan jasanya. Daerah Balambangan hampir dibawanya tunduk di bawah Islam kalau tidak kerana perancangan mertuanya Raja Menak Sembayu yang bertekad hendak membunuhnya. Beliau akhirnya berhijrah ke Pasai (Aceh) dan Melaka merupakan destinasi yang terakhirnya.


Anaknya Raden Paku (Sunan Giri) telah membangunkan Giri sebagai pasak yang membawa tertegaknya Kerajaan Islam Demak. Sebagai markas gerakan dakwah yang pertama di Jawa, Giri juga memperlengkapkan gerakan mujahid yang tidak ada tolok bandingnya di samping mubaligh-mubaligh yang berkerja keras menyatukan Pulau Madura, Bawaen, Kangean, Ternate dan Maluku di bawah panji-panji Islam.


Walaupun kedatangan Raja Kemas Jiwa atau Sang Ajit Jaya Ningrat (putra kedua kepada Raja Chermin, Sultan Baki Syah) ke Jawa hanya semata-mata bermotifkan politik tetapi melalui ikatan perkahwinannya dengan Puteri Suhita (cucu Hayam Waruk), dia telah melembutkan hati Ratu Majapahit itu untuk menyerahkan Ampeldenta dan Gerisek menjadi sebahagian daripada wilayah Giri. Raja Kemas Jiwa memakai gelaran Sultan Iskander Syah Nenggiri apabila ditabalkan menjadi Sultan Kelantan setelah kematian abangnya Sultan Sadik Muhammad Maulana Nenggiri.


Semasa Sultan Iskander Syah Nenggiri menjadi Raja Kelantan dan bergelar Bentara Majapahit pada 1432 Masihi, baginda telah mengisytiharkan negeri Kelantan sebagai Majapahit II. Sampai ke hari ini keris kedaulatan negeri Kelantan dipanggil Keris Majapahit. Kerajaan Kelantan-Majapahit II ini lenyap setelah diserang oleh Empayar Melaka (dibawah Sultan Mahmud) pada tahun 1490 setelah Majapahit II lemah akibat peperangan dengan Siam sebelumnya.


Satu kejutan yang telah berlaku sehingga memutuskan nadi Kerajaan Hindu-Majapahit apabila Demak muncul sebagai Kerajaan Islam yang dicita-citakan. Desa Glagah Wangi bertukar wajah, Bintoro Demak mewujudkan ketandaan ‘rahmat’ apabila Raden Patah menjadi pemerintah bergelar Sultan Sri (Syah) Alam Akbar al-Fatah.


Penyebaran Islam di Jawa Tengah sebelah selatan, daerah yang sekarang dinamakan Surakarta dan Yogyakarta diterokai oleh seorang anak murid Sunan Kalijaga, Kiai Ageng Pandanarang atau disebut Sunan Tembayat.

Pemilihan Sunan Tembayat sebagai menggantikan tempat Syeik Siti Jenar (yang menerima hukuman bunuh oleh wali-wali kerana mendedahkan rahsia-rahsia ketuhanan) pada mulanya diragui oleh persidangan para wali kerana bekas Bupati Semarang ini ialah seorang yang kehidupannya dikelilingi kemewahan dunia malah tidak mempercayai Tuhan, tetapi kemudiannya menjadi seorang yang cukup patuh kepada ajaran agama Islam dan sangat alim.


Melalui anak-anak Ali Nurul Alam (Perdana Menteri Kelantan-Majapahit II) iaitu Wan Husein, Wan Bo dan Wan Demali, Kelantan sekali lagi telah meyumbangkan mubaligh-mubalighnya di dalam menyambung tugas-tugas Maulana Malik Ibrahim (bapa saudara mereka) dan membantu Sunan Ampel (sepupu mereka) di Gerisek dan Maulana Ishak di Pasai (Aceh).


Wan Husein dihantar ke Pulau Madura. Wan Bo ke Pasai (Aceh) dan Wan Demali ke kawasan Johor-Riau (Pulau Bentan). Dari sinilah Wan Demali mendapat jolokan Raja Laksamana Bentan.


Generasi Wan Bo (Syarif Abdullah) telah berjaya menegakkan dua buah Kerajaan Islam Banten dan Ceribon di mana anaknya Syarif Hidayatullah atau Sunan Gunung Jati telah dapat menyempurnakan cita-cita datuknya Saiyid Hussein Jamadil Kubra.


Kejayaan para wali dalam perjuangan dakwah mereka mencapai tahap yang gilang gemilang di mana Indonesia lahir sebagai negara yang majoritinya beragama Islam.
Turut mendukung di atas kejayaan ini ialah Sunan Bonang, Sunan Drajat, Sunan Kudud dan Sunan Muria yang disenaraikan dalam kumpulan ‘Wali Songo’ manakala Sunan Prowoto, Sunan Dalem, Syeikh Sutabris (salah seorang guru Sunan Kalijaga) dan lain-lain lagi merupakan watak-watak sampingan yang peranan mereka juga tidak boleh dianggap sepi.


Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa peranan Champa dan Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu (Kelantan-Patani) dianggap begitu penting dalam penyebaran Islam di Nusantara khususnya di Indonesia