Isnin, Oktober 18, 2010

Kelantan-Perak

Dari segi sejarah, Perak dan Pattani/Reman memang berkait-
1- Sempadan negeri Perak tidak finalised sehingga Kesultanan Reman ditakluk dibawah tentera Sukhotai Thailand
2-Wilayah penguasaan Kesultanan Reman sehingga ke Hulu Kuala Kangsar dan Gerik

Rujukan lanjut boleh didapati di artikel ini

http://sembangkuala.wordpress.com/2010/05/31/the-state-of-reman-in-hulu-perak/

Dari segi teori kebangkitan akhir zaman yang melibatkan nusantara-di baca Malaysia, terdapat 4 penjuru kebangkitan iaitu Perak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Melaka/Johor.

Perak dikaitkan dengan ilmuan. Jadinya jika sempadan Perak hanya dimeterai setelah perjanjian dengan Inggeris seperti dalam artikel tersebut, maka Reman/Kelantan jua akan membekalkan ilmuan (ugama)

Selain dari itu, kaitan Perak dan Kelantan amat rapat -kerana Bonda Sultan Muzaffar 1-iaitu Sultan Perak yang pertama dan makamnya ada di Masjid Sayong, Kuala Kangsar Perak adalah Onang Kening iaitu Puteri Kelantan. satu satunya anak gahara yang dilantik sebagai Sultan dan satu satunya permaisuri dari puteri kerajaan luar yang dilantik jadi permaisuri dalam Kesultanan Melaka setelah tragedi Pasai memerintah Melaka kerana Sultannya mangkat awal dan putera gahara terlalu muda untuk memerintah.

Perbalahan dan pengujian ilmu antara MQTK/Kerabat DiRaja Kelantan dan Kerabat Diraja Perak seeloknya dihentikan kerana kita semua mempunyai matlamat yang sama, dan apatah lagi asal keturunan yang sama.

Mungkin artikel ini dapat memberi insight kepada Yang Mulia Tengku-tengku semua:-

Setiap orang mempunyai matlamat dan matlamat mereka adalah menegakkan ugama Allah, apa peranan terperinci setiap orang adalah rahsia di antara dia dan Allah, sewaktu mereka berbai'ah di alam roh:-

............................

Watak watak akhir zaman

1-perihal PEMUDA BANI HASYIM
Ibnu Masud RA meriwayatkan bahawa,
"Kami mendatangi Rasulullah SAW dan baginda keluar dengan membawa berita gembira, dan kegembiraan itu terbayang pada wajahnya. Kami bertanya kepada baginda perkara yang menggembirakan itu dan kami tidak sabar untuk mendengarnya. Tiba-tiba datanglah sekumpulan anak-anak muda Bani Hasyim... See More yang di antaranya adalah al-Hasan dan al-Husain RA. Apabila terpandangkan mereka, tiba-tiba kedua-dua mata baginda berlinangan lalu kami pun bertanya, "Wahai Rasulullah, kami melihat sesuatu yang kami tidak sukai pada wajahmu." Baginda menjawab, "Kami Ahlulbait, telah Allah pilih akhirat kami lebih dari dunia kami. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehingga datanglah Panji-panji Hitam dari Timur. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan. Sesiapa di antara kamu atau keturunan kamu yang hidup pada masa itu, datangilah Imam yang dari ahli keluargaku walau terpaksa merangkak di atas salji. Sungguh, mereka adalah pembawa Panji-panji yang mendapat hidayah. Mereka akan menyerahkannya kepada seorang lelaki dari ahli keluargaku yang namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku. Dia akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan."
(Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, Ibnu Majah, Abus Syeikh, Ibnu Adi, Abu Dhabi, Ibnu Asakir & Abu Nuaim)

2-perihal HARIS HARRAS
Dari Sayidina Ali KMW katanya Nabi SAW bersabda,
"Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, "Wajib setiap orang mukmin menerimanya." (Abu Daud, an-Nasa'i, al-Baihaqi & al-Husin)

3-perihal Pemuda bani Abbas
Al Walid bin Muslim telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Abdillah dari Abdil Karim Abi Umayyah dari Muhammad Ibnil Hanafiah katanya: Akan keluar panji-panji hitam Bani Abbas kemudian akan keluar dari Khurasan satu lagi panji-panji hitam, kopiah mereka berwarna hitam dan pakaian mereka berwarna putih, mereka diketuai ... See Moreoleh seorang lelaki yang digelar Syuaib bin Soleh bin Syuaib dari keturunan Bani Tamim. Mereka ini akan mengalahkan puak Sufyani sehingga tiba di Baitul Maqdis, dia (PBT) akan menyerahkan pemerintahannya kepada Imamul Mahdi dan menyerahkan kepadanya 300 orang dari Syam.Tempoh diantara keluarnya dan dia menyerahkan pemerintahan kepada Imam Mahdi 72 bulan.

4-perihal AL-MANSUR
Daripada Saidina Ali RA katanya: Sabda Rasulullah SAW, akan keluar seorang lelaki dari negara belakang sungai yang di gelar Al Harith Harrath dibawah pimpinan seorang lelaki yang digelar Al Mansur (yang dibantu Allah), dia menyediakan tapak atau membela keluarga baginda Rasulullah sepertimana Quraisy menjadi penguat kepada Rasulullah SAW, wajiblah kepada setiap orang yang beriman membantunya atau menyahut seruannya.

Tiada ulasan: