Rabu, Mei 10, 2006

Nilai Nyawa Dan Mentol


Sudah lama aku tak menulis dalam blog ni. Oleh kerana terlalu sibuk dgn kerja, aku hanya mampu melihat blog tanpa update berminggu-minggu. Aku terpanggil utk menulis perihal orang kita yg bersikap acuh tak acuh dalam segenap aspek walaupun ia nampak mudah dan ringkas. Hampir dalam semua benda, orang kita ingin ianya menjadi mudah dan kalau boleh sangat mudah.

Aku rasa pendapat aku kali ini bukan pendapat peribadi semata mata, aku percaya ramai lagi ingin turut berfikiran demikian. Terlalu ramai rakyat malaysia yg meletakkan nilai yang rendah terhadap nyawa mereka, serendah nilai sebiji mentol. Dalam keadaan jalan yg gelap, aku sering terkejut dgn "kemunculan" motosikal di depan aku...motosikal itu sebenarnya telah lama berada didepanku tetapi aku tidak menyedari kewujudannya. Ini kerana motosikal tiada lampu di bahagian belakangnya. Cuba lihat statistik PDRM untuk kemalangan.


Kebanyakkannya mangsa adalah dari penunggang dan pembonceng motosikal.Kenapa? pemandu lain sengaja melanggar mereka? pemandu lain bermusuhan dgn penunggang motosikal? tidak sama sekali!!! ini berlaku kerana sikap acuh tak acuh mereka. "Alamak! lampu belakang tak nyala la..hmm.. biarlah..bukan ada ape pun...tapi kalau ada roadblock susah jugak" Mereka lebihkan takutkan polis dari memikirkan keselamatan diri. "Takde ape la..orang lain mesti elak kalau nampak kita...takkan tak nampak aku bawak motor" Itu pandangan peribadi semata-mata, pemandu lain cuba untuk mengelak dari anda.. tetapi sampai bila? kadang2 daya penumpuan juga menjadi lemah dan daya penglihatan juga ada batasnya. Jika anda bertentangan dengan kenderaan lain yang menggunakan lampu tinggi (high beam), amat sukar utk anda mengenal pasti objek didepan anda terutamanya objek yg tiada sumber cahaya!! Risiko untuk kemalangan adalah sangat tinggi!!

Janganlah kerana nak jimat RM2, anda sanggup meletakkan nyawa dalam risiko. Sikap ini harus diubah, jika anda mampu mengubahnya tidak mustahil anda boleh mengubah sikap yg lain utk memajukan diri sendiri.

p/s: macam iklan TV, anda mampu mengubahnya

Tiada ulasan: