Khamis, Oktober 14, 2010

Long Ghaffar

Berikut adalah Perbandingan pemerintahan Raja Kelantan antara keturunan Long Gaffar dan Long Yunus.

Keturunan Long Gaffar

Long Gaffar (1760 -1783)

Tahun 1760 dipilih sebagai tahun Kelantan diasaskan dan bermulanya pemerintahan Long Gaffar yang di Kelantan. 3 bulan selepas berakhirnya Perang Kota Kubang Labu I pada akhir 1750-an, baginda bersama rombongan yang turut disertai Long Yunus berangkat menyabung ayam di Terengganu. Pada masa itu Terengganu diperintah oleh Sultan Mansur Riayat Shah (Marhum Berjanggut, 1733 – 1793). Selepas berjaya mengalahkan pasukan Bugis, baginda dan rombongan diraikan oleh Sultan Terengganu selama 6 bulan. Semasa pulang dari Terengganu pada tahun 1760, baginda dan rombong yang turut diiringi oleh pasukan tentera dari Terengganu telah diserang oleh pasukan Long Muhamad (Raja Kota Kubang Labu) di Kuala Besut. Serangan tersebut berjaya dipatahkan. Pada malamnya Kota Kubang Labu diserang oleh pasukan yang diketuai oleh Long Gaffar menyebabkan meletusnya perang Kota Kubang Labu Ke- II. Kota Kubang Labu berjaya ditawan dan Long Muhamad berjaya dibunuh. Maka berakhirlah pemerintahan Kota Kubang Labu.Kejayaan ini menandakan bermulanya penguasaan Long Gaffar di negeri yang di kenali sebagai "Tanah Serendah Sekebun Bunga, Kisaran Payung Wilayah Cik Siti Wan Kembang".

Long Gaffar telah mengasaskan pemerintahan di Kota Jelasin (Wakaf Che Yeh). Selepas lebih kurang setahun, baginda telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Limbat pada tahun 1762.Perpindahan pusat pemerintahan ke Limbat menandakan bermulanya penubuhan Kelantan yang berasal dari perkataan "Negeri yang Dikerat Lintang". Baginda Long Gaffar menguasai secara mutlak kuasa pemerintahan Kelantan. Sebagai membalas jasa, Long Yunus pula telah diberikan kuasa memerintah di Kota Bharu. Peristiwa inilah yang menyebabkan munculnya nama "Negeri yang Dikerat Lintang", iaitu negeri yang di kerat lintang di antara Baginda Long Gaffar dan Long Yunus. Sempadan bagi kedua-dua kawasan pemerintahan ini ialah Sungai Pasir Tumboh.

Baginda Long Seri (1783-1851) Baginda merupakan putera sulong Long Gaffar dan juga ayahanda mertua kepada Long Senik Mulut Merah (Sultan Muhamad II). Baginda berkahwin dengan puteri sulung Long Seri yang dikenali sebagai Puteri Gunung. Pada awal pemerintahannya, Kerajaan Patani jatuh ke tangan Siam (1785). Pada masa pemerintahan baginda Long Seri, berlaku Perang Padang Rombakan. Baginda berjaya menghalang Raja Bukit Marak daripada menyerang Kota Bharu yang pada masa itu diperintah oleh menantu nya iaitu Long Senik Mulut Merah. Sebagai balasan di atas kejayaan tersebut, baginda Long Seri telah di raikan selama tujuh hari tujuh malam di Kota Bharu dan di anugerahkan gelaran Tengku Perdana Menteri. Anakanda baginda Long Mansor diberi gelaran Tengku Selia Raja dan Long Demor dianugerahkan gelaran Tengku Seri Maharaja. Long Senik Mulut Merah sendiri kemudiannya memakai gelaran Tuan Senik Mulut Merah. Kesemua anugerah dan gelaran ini kemudiannya membawa padah kepada kekuasaan keturunan Long Gaffar.

Pada zamannya, bermulalah kemerosotan kuasa dan pengaruh keturunan Long Gaffar di Kelantan. Long Senik Mulut Merah berjaya menggunakan tipu muslihatnya dan hubungan baiknya dengan Long Seri bagi membolot peralatan kebesaran kerajaan di Kota Limbat dan membawa peralatan tersebut ke Kota Bharu. Di antara peralatan kebesaran tersebut ialah keris kerajaan yang bernama "Pelangi Merbo" yang berasal dari Tanah Jawa .

Long Mansor (1851-1890) Pusat pemerintahannya ialah di Machang. Tahun 1890 dipilih sebagai tahun berakhirnya pemerintahan baginda kerana pada tahun itu baginda telah dihantar ke Siam bersama adindanya Tengku Ahmad sebagai ganti kepada Datuk Bahaman [Dato'Kaya Semantan,Pahang] juga merupakan sahabat baik kepada Tengku Ahmad.Long Mansor dipercayai mangkat dibunuh 3 tahun kemudian semasa di dalam tahanan Siam. Adindanya Tengku Ahmad berjaya pulang ke Kelantan iaitu Kangkong,Pasir Mas dan tinggal di sana hingga ke akhir hayatnya.Diceritakan oleh anaknda Tengku Ahmad,Tengku Mariam [meninggal 1970,dalam usia melebihi 85 tahun],beliau masih ingat lagi,Dato'Bahaman pernah datang dan tinggal dirumahnya.Dato'Bahaman memiliki ilmu batin yang tinggi dan seorang pendekar yang handal. Hanya ayahandanya sahaja yang mampu bermain senjata dengannya pada ketika itu. Baginda Long Mansor juga berbesan dengan Sultan Ahmad.

Long Demor (1890-1900) Pusat pemerintahan di Jeram, Pasir Puteh. Istana Jeram di bina oleh tukang yang sama yang membina Istana Balai Besar. Yang membezakannya dengan Istana Balai Besar ialah Istana Jeram mempuyai Balai Telor. Pada masa pembinaannya, Baginda Long Seri masih lagi hidup. Jadi ia dipercayai dibina sekitar tahun 1844-1851.

Keturunan Long Yunus

Long Yunus (1762-1794) Long Yunus turut serta dalam rombongan Long Gaffar ke Terengganu. Semasa di Terengganu Long Yunus telah dikahwinkan dengan Tuan Chik Jumat, Chik Puan Balai Dua, anak perermpuan Engku Tenang Wangsa Terengganu. Sebagai membalas jasa di atas kesetiaannya terhadap Long Gaffar, Long Yunus pula telah diberikan kuasa memerintah meliputi kawasan pantai bermula di Kuala Kemasin, Kota Bharu, Tabal sehingga Bukit Tanjung (Narathiwat). Walaupun diberikan kuasa memerintah wilayah tersebut, kuasanya adalah terbatas. Kuasa pemerintahan sebenar masih lagi berada di bawah kekuasaan Baginda Long Gaffar yang berpusat di Limbat. Long Yunus tidak boleh menjatuhkan hukuman bunuh terhadap pesalah tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Baginda Long Gaffar di Limbat. Konsep pembahagian kuasa yang diasaskan oleh Baginda Long Gaffar ini terus diamalkan dan dihormati sehinggalah kemangkatan Long Yunus.

Tengku Muhamad (1794-1800) Menantu Long Yunus (suami Cik Ku Tuan Nawi) dan putera kepada Sultan Terengganu iaitu Sultan Mansor. Pemerintahannya tidak lama kerana kurang disenangi terutamanya oleh putera sulong Long Yunus iaitu Long Muhamad. Pemerintahan berakhir selepas berjaya dikalahkan oleh Long Muhamad pada 1801.

Long Muhamad (Sultan Muhamad I 1801-1835) Baginda merupakan putera sulung Long Yunus dan tidak mempunyai anak (digelar Marhom Mandul). Baginda telah mengambil anak Temenggong Long Tan iaitu Long Senik Mulut Merah sebagai anak angkatnya.

Long Jenal (1835-1837) Adik Long Muhamad (Sultan Muhamad I 1801-1835) dan memakai gelaran Yam Tuan Kelantan.

Long Senik Mulut Merah (1837-1886) Baginda yang mula-mula sekali memakai gelaran Sultan dan digelar Sultan Muhamad II. Baginda merupakan anak Temenggong Long Tan dan menantu kepada Baginda Long Seri. Pada 1844 Istana Kota Bharu (kemudiannya dikenali sebagai Istana Balai Besar pada zaman Sultan Muhamad IV) telah dibina dengan mengambil tukang-tukang dari Limbat atas arahan Baginda Long Seri. Pada masa pemerintahannya, usaha-usaha bagi melemahkan penguasaan Limbat ke atas Kota Bharu giat dijalankan. Pada masa pemerintahannya juga menyaksikan peningkatan pengaruh Siam, ia dipercayai ada hubung kait dengan cubaan bagi mendapatkan pengiktirafan Siam terhadapnya sebagai pemerintah Kelantan.


1835-1886 Sultan Muhammad II @ Long Senik Mulut Merah (Sultan Kelantan) ibni al-Marhum Tengku Temenggong Long Tan (Tengku Temenggong Ariya Pahlawan) ibni al-Marhum Sultan Long Yunus (Sultan Kelantan), mempunyai dua (2) orang puteri dan seorang (1) putera;

1) Tengku Putri @ Long Sulong binti Sultan Muhammad II (Sultan Kelantan) berkahwin dengan Tengku Ahmad @ Sultan Tengah (Sultan Kelantan [pemangku sementara menggantikan Tuan Long Ghaffar yang masih muda berumur sembilan (9) tahun semasa kemangkatan ayahandanya Sultan Muhammad II ]) ibni al-Marhum Tengku Muhammad (Pemangku dan Yang di-Pertuan Muda Kelantan, 1795-1800) ibni al-Marhum Sultan Mansur Shah I (Sultan Trengganu)

* Tengku Ahmad (Tengah) bukan putera Sultan Muhammad II, baginda adalah putera Tengku Muhammad Trengganu, menantu Sultan Muhammad II*

2) Tengku Putri Che’ @ Engku Na Nik (Tengku Raja Patani) binti al-Marhum Sultan Muhammad II (Sultan Kelantan) berkahwin dengan Tengku Besar Long Puteh (Raja Patani)

3) Tuan Long Ghaffar (Tengku Petra Dalam Kebun) ibni al-Marhum Sultan Muhammad II (pewaris tahta yang sah)


Sultan Ahmad (1886-1889) Nama asal baginda ialah Long Sulong, iaitu anak sulung Long Senik Mulut Merah. Pada 1887, baginda membina Istana Jahar. Baginda turut berbesan dengan Long Mansor:

1. Tengku Salleh (putera Long Mansor) berkahwin dengan Tengku Kembang (puteri Sultan Ahmad)

2. Tengku Besar (putera Sultan Ahmad) berkahwin dengan Tengku Kalsom (puteri Long Mansor)

Perkahwinan ini dipercayai bermotif politik dan ada kaitan dengan usaha-usaha bagi melemahkan gerakan bagi menaikkan semula keturunan Long Gaffar di Kelantan.

Sultan Muhamad III (1889-1890) Nama asal baginda ialah Long Kundor iaitu putera Sulong Sultan Ahmad.

Sultan Mansor (1890-1900) Nama asal baginda ialah Long Mansor dan merupakan adik Long Kundor (Sultan Muhamad). Pada masa pemerintahannya, iaitu pada 1891, Datuk Bahaman melarikan diri ke Ulu Kelantan.

Tiada ulasan: