Sabtu, Oktober 16, 2010

Salasilah Sayyid Hussein Jamadil Kubra

Sayyid Hussain Jamadil Kubra adalah tokoh yang kerap disebut namanya ketika membicarakan tentang keturunan Nik dan Wan di kepulauan Melayu
.
Sumber rujukan:
http://keluarganik.wordpress.com/2009/05/08/salasilah-keturunan-sayyid-hussain-jamadil-kubra/
http://mqtkahlulbait.blogspot.com/search/label/SyedHusseinJamadilKubra

Salasilah beliau adalah:
Sayyid Hussain bin Sayyid Ahmad Shah Jalal al-Khan bin Sayyid Abdullah Khan bin Sayyid Abdul Malik al-Azhamat Khan bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad Sahib al-Mirbat bin Sayyid Ali Khali’ Qasam bin Sayyid Alawi bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Alawi bin Sayyid Ubaidillah bin Sayyid Ahmad al-Muhajir bin Sayyid Isa al-Rumi bin Sayyid Muhammad al-Naqib bin Sayyid Ali al-Uraidhi bin Imam Jaafar al-Sadiq bin Imam Muhammad al-Baqir bin Imam Ali Zainul Abidin bin Sayyidina Hussain bin Sayyidah Fatimah al-Zahra binti Sayyidina Muhammad Rasulullah

Berdasarkan maklumat di laman web persatuan Asyraaf Malaysia (persatuan syed dan sharifah):
rujuk: http://www.asyraaf.net/v2/qabilah.php?op=3&q=72


Beliau adalah dari Kabilah Al-Husseini - Alwi Ammil Faqih Al-Husseini


Waliyullah Al-Syaikhul Al-Imam Alwi bin Muhammad Shahib Marbad dijuluki "Ammil-Faqih" kerana Beliau adalah ami (pakcik) dari Waliyullah Al-Ustaz Al-Mu'addam Muhammad Al-Faqih Al-Muqaddam (satu-satunya anak lelaki Al-Syaikh Al-Imam Ali bin Muhammad Shahib Marbad).
Al-Syaikh Al-Imam Alwi Ammil Faqih dilahirkan di kota Tarim (Hadralmaut). Dikurniai 3 orang anak lelaki, masing-masing bernama:
  1. Abdullah, yang keturunannya hanya berada di India, di sana disebut dengan Al-Al-Adhamah Khan.
  2. Abdul Malik, yang menurunkan Leluhur Wali Songo di Indonesia.
  3. Abdurrahman, yang menurunkan keturunan Leluhur Alawiyyin.
Waliyullah Al-Syaikh Al-Imam Alwi bin Muhammad Shahib Marbad pulang ke Rahmatullah di kota Tarim pada tahun 613 Hijrah. Semoga Allah swt memasukkan Beliau ke dalam Syurga dan menghimpunkannya bersama-sama para Nabi, para Syuhada dan Auliya dan Shalihin. Amin....

Nota: Berdasarkan kepada rujukan sumber2 rasmi dan tak rasmi, maka boleh disimpulkan salasilah tersebut adalah benar dan tulen. Maka aku boleh menyiapkan salasilah lengkap keluarga aku selepas ini, insyaAllah.Akhirnya....

Tiada ulasan: