Pendapat di atas diterima mengikut Mazhab Hanafi. Mazhab Hanafi mengatakan “terputuslah nasab keluarga Rasulullah s.a.w pada anak-anak bagi wanita ahlul-bait hasil dari perkahwinan dengan orang biasa”
Aku suka nak highlight satu argument mengenai kahwin sesama syed/sharifah ni..baca kenyataan di bawah:
http://forum.asyraaf.net/viewthread.php?tid=1978&extra=page%3D6
- majela12 Says:
August 12th, 2008 at 11:12 am
REMBAUJATI,
Saidina Hasan dan Saidina Husin tu dibinkan kepada Ali.Ali pulak dibinkan kepada Abu Talib,dia cuma menantu dan sepupu nabi saja,dan keturunan Hasan dan Husin sampai kepada Ali saja.
Saya lupa lak,anak Hasan ke atau Husin yang jadi imam Shiah seterusnya.
Perlu diingat bahawa mendewedewakan keturunan nabi ni adalah org2 Shiah,dan sudah sepakat Jumhur Ulamak menolak Shiah.Maka pendapat umum mengatakan Syed dan Said ini keturunan nabi harus ditolak dengan keras sekali,sbb berbau Shiah,kalau Ali masih hidup,pasti dipancungnya org yang mendewadewakannya,bagitu juga dgn mempercayaai Imam Mahadi berperanan sbg nabi Isa diakhir zaman nanti.
Sepatutnya Syed dan Said ni keturunan Ali,bukan Keturunan Nabi Muhammad S.A.W.Yang sebok2 nak guna nama nabi tu apa hal lak?
Nak samakan BMW dgn Kancil,walaupun warna serupa,tapi tetap tak sama.Nak samakan belut dgn ular,bolehke?
Tapi bila kita perhatikan kenyataan ini:
Sepatutnya Syed dan Said ni keturunan Ali,bukan Keturunan Nabi Muhammad S.A.W.
Kita mesti terdiam dan mengangguk tanda setuju (berlandaskan akal fikiran semata-mata)
Mostly keturunan Syed berasal dari keturunan Saidina Ali , kepada anaknya Saidina Hassan dan Husain. Kerana tiada keturunan yang sekarang ni berasal dari putera Rasulullah SAW.Mengikut orang arab, keturunan mesti ikut sebelah bapa, maka Saidina Hussain Dan Hassan mesti mengikut jalur keturunan Saidina Ali bukannya Saidatina Fatimah -> Saidatina Aisyah R.A+Rasulullah SAW.
Aku hightlight sekali lagi:
Pendapat di atas diterima mengikut Mazhab Hanafi. Mazhab Hanafi mengatakan “terputuslah nasab keluarga Rasulullah s.a.w pada anak-anak bagi wanita ahlul-bait hasil dari perkahwinan dengan orang biasa”
So, wahai kaum2 "Sadaah"/"asyraaf"/"alawiyyin"..jangan lah kamu terlalu taksub dan bongkak dengan memutuskan sesuatu ke atas anak kamu (Sharifah) yang berkahwin dengan orang biasa. Mengikut kamu, terputuslah nasab keturunan,hilanglah keistimewaan.
Mari kita kembali kepada hukum Feqah..kita ada beberapa mazhab lain.
Pendapat Mazhab Imam Ahmad bin Hanbal dan Mazhab Imam Syafie menjadi pegangan, bermakna tidak terputuslah nasabnya pada anak-anak tersebut. Maka tiada salah untuk ibu mereka menamakan anak-anak mereka dengan nama Syed dan Sharifah. Hakikat ini perlu diketahui terutamanya dikalangan masyarakat Nusantara yang berpegang kepada Mazhab Imam Syafie.
Dalam Sahih Bukhari, Rasulullah s.a.w pernah bersabda mengenai Al-Hassan:
“Sungguhlah bahawa puteraku ini (sambil merujuk kepada Hassan r.a) adalah Sayyid. Mudah-mudahan melaluinya Allah akan mendamaikan (pertikaian) antara dua golongan besar dari kaum Muslimin.”
"Setiap sebab (penyebab pertalian keturunan) mahupun nasab (pengikat garis keturunan) akan terputus pada hari kiamat, kecuali sebab dan nasabku, dan setiap keturunan dinisbatkan kepada pengikat keturunannya yakni ayah mereka, kecuali putera-putera Fatimah, maka sesungguhnya akulah ayah mereka dan tali pengikat keturunan mereka"
(Hadis riwayat Al-Baihaqi, Al-Thabrani dll)
Maka tidak salahlah kalau ada Sharifah yang ingin berkahwin dengan orang biasa dan begitulah sebaliknya.Wallahuallam
Peringatan kepada mereka: Janganlah terlalu takbur dan bongkak dengan keturunan kamu.. sesungguhnya Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui.
Dan ini jawapan kepada soalan di atas (dijawab oleh syed):
pertamanya sdr majela12 kurang ilmu agama. jgn katakan bab ahlulbayt, ntah2 cara solat pun tak betul.
dlm kita membicarakan nasab rasulullah saw, kita harus menjadikan alquran dan hadis sebagai rujukan utama, bukan logik akal atau bukti saintifik. kalau nasab keluarga rasul saw atau ahlulbayt ditafsir menggunakan kaedah sains, maka nabi muhammad saw adalah seorg yg tidak ada keturunan kerana semua anak lelaki beliau saw wafat ketika masih kecil. sedangkan kita tahu bahwa al-mahdi yg akan keluar di akhir zaman nanti adalah berketurunan rasul saw. dgn itu pendapat yg mengatakan rasul saw tidak ada keturunan adalah tertolak sama sekali.
nasab didlm islam ini terbahagi kpd 2 jenis:
1. nasab biologi
2. nasab syari'e
kebanyakkan org awam ini jahil termasuk sdr majela12. mereka suka menafsir sesuatu perkara yg berkaitan agama sesuka hati...semuanya ikut logik akal. kalau akal mereka tu kurang cerdik mcm mane? maka jawapan yg dia dapat adalah jawapan kurang cerdik. islam tidak membenarkan kita menggunakan logik semata2 utk hal yg berkaitan agama melainkan menjadikan alquran dan hadis sebagai pedoman. sebab tingkat akal manusia ni berbeza2, ada yg cerdik dan ada yg bodoh. kalau org bodoh ingin berbicara mengenai agama seperti sdr majela12 ikut logik akal akan huru hara jadinya.
nasab biologi.
nasab ini ialah nasab yg dibuktikan oleh kaedah saintifik dan hukum alam, iaitu anak dan ayah. mereka ada talian atau hubungan nasab biologi yg tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun.
nasab syari'e.
iaitu nasab yg sudah ditentukan oleh allah swt. cthnya nabi isa as. semua ummat islam mengetahui bahwa nabi isa as tiada bapa kecuali ibunya yg bernama siti maryam as. siti maryam as mengandungkan nabi isa as tanpa ada ikatan perkahwinan yg sah. jadi soalan sy kpd sdr majela12, siapakah bapa nabi isa as jika mengikut kaedah nasab biologi?? maklum kita semua tahu, anak yg tiada bapa ini boleh di kira sebagai anak zina? adakah nabi isa saw anak zina?? adakah kamu menuduh siti maryam as ibu kpd nabi isa as dan wanita terkemuka di syurga ini seorang penzina? kalau jawapannya tidak, maka siapa suami siti maryam dan bapa nabi isa?
dlm kes nabi isa as, nasab beliau as harus ditafsir menggunakan kaedah nasab syari'e BUKAN nasab biologi. iaitu nasab yg sudah ditentukan oleh allah swt. dgn itu bapa nabi isa as ialah ibunya sendiri, siti maryam as...Isa bin Maryam. kalau kita sebagai seorg muslim yg baik, kita harus menerima kenyataan ini. kecuali golongan kafir yg mengatakan nabi isa as itu anak tuhan kerana tiada bapa. mereka hanya menafsir menggunakan kaedah biologi. mereka tidak percaya kpd yg ghaib kecuali ada penjelasan mengenainya. adakah sdr majela12 sependapat dgn golongan kafir, iaitu hanya menggunakan logik akal dan kaedah sains semata2 tanpa mengambil kira bukti dari alquran dan hadis? setiap yg berlaku ada hikmahnya. begitu juga dlm nasab rasulullah saw. berikut hadis mengenai ahlulbayt nabi saw:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan keturunan bagi setiap orang Nabi dari tulang sulbinya masing-masing, tetapi Allah menjadikan keturunanku dari tulang sulbi 'Ali bin Abi Thalib". (Kitab 'Ahlul-Bait': 273-274).
"…Setiap anak Adam memiliki nasab keturunan melalui ayahnya (‘ishbah) , kecuali kedua putra Fatimah (Hasan dan Husain) . Karena sesungguhnya akulah wali dan ishbah untuk keduanya!" (Hadits riwayat al-Hakim dari Jabir)
2 hadis ini membuktikan bahwa imam hassan dan husein adalah ANAK kpd nabi muhammad saw. byk lagi hadis dan nash alquran..cukup kita bahas yg ini, sy tidak mahu bicara yg lain takut jadi panjang. sebab perbahasan mengenai nasab ahlulbayt sungguh panjang dan memerlukan masa yg lama utk faham. setiap nash dan hadis ada pula penafsirannya. cukup kita faham dulu maksud hadis diatas.
dari segi logik, mana mungkin imam hassan as dan husin as anak rasul saw, sedangkan imam ali kw adalah bapa mereka?? ya..imam ali kw adalah BAPA BIOLOGI mereka, manakala rasulullah saw adalah BAPA SYARI'E mereka as. ini adalah dari allah swt. tidak ada sesiapa yg boleh mengingkarinya kecuali golongan kuffar. org islam wajib harus mempercayai dan mengakui bahwa anak2 siti fatimah as dan imam ali kw iaitu imam hassan dan hussein as adalah dari keturunan muhammad saw. dgn itu, sdr majela12 mengatakan BMW tak sama dgn kancil dan belut tak sama dgn ular adalah SEBODOH-BODOH perumpamaan. jika dia mengakui bahwa syiah ditolak oleh JUMHUR ulama, tapi mengapa dia tak boleh terima pendapat JUMHUR ulama yg mengakui anak2 imam ali kw bernasabkan rasulullah saw? atau dia mmg jahil ttg bab keluarga nabi saw?? kalau dia boleh berkata "Yang sebok2 nak guna nama nabi tu apa hal lak?" kenapa dia tidak berani berkata "Yang nabi isa as sebok2 nak guna nama siti maryam tu apa hal lak?" sedangkan siti maryam itu IBU bukan BAPA kpd nabi isa? (Isa bin Maryam).
jika ada sesiapa yg menentang atau mengingkari akan hal ini, maka dia termasuk dlm hadis rasul saw ini: "Sesiapa yg memfitnahku, maka siaplah tempatnya didlm neraka". dgn itu jika sdr majela12 tidak menarik balik kata2 nya, ini bermakna dia sudah memfitnah rasul saw tiada keturunan..maka dia sudah ada tempatnya didlm neraka. ingat, anda ialah ummat muhammad saw. jgn pula kita sengaja menyakiti baginda sebagaimana abu jahal menyakiti rasul dgn mengejek 'muhammad sorg al-abtar(tiada keturunan)'. maka turunlah ayat ini:
"Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu (Muhammad) dialah yang terputus (keturunannya)"
(Al-Kautsar:3)
maka benarlah semua anak2 lelaki abu jahal mati dlm peperangan. dgn itu abu jahal lah sebenarnya yg layak dipanggil al-abtar. dia juga mati tanpa meninggalkan zuriat. jgn sesekali kita berfikir yg muhammad tiada keturunan walau sedikit/sekelumit pun kerana JANJI allah swt didlm alquran mengatakan sesiapa yg berkata begitu, maka allah swt akan melenyapkan keturunannya di muka bumi ini. nauzubillah..
tidak adil jika kita HANYA menggunakan kaedah nasab biologi (fulan bin fulan) sebagai hujah, kerana ini bukan nasab org awam, tapi NASAB PARA NABI AS. adakah kita begitu berani memperdebatkan nasab para nabi as sedangkan kita tiada ilmu pengetahuan ttgnya??
ini adalah penerangan secara ringkas shj tanpa membawa KESEMUA hadis dan nash. jika sesiapa yg ingin membantah, ana cabar supaya kita bermubahalah di sini. ana sedia menyahut cabaran...wallahuallam.
p/s: Janganlah berhujah berat sebelah (mementingkan sebelah pihak saja). Kalau nasib biologi dan nasab shari'e diguna pakai, maka tidak terbuanglah para sharifah yang berkahwin dgn ajam. Ingatlah, kita kena ikut mazhab semasa kita (kita hidup kat Malaysia, pakai lah mazhab shafie), tapi jika kamu ingin meneruskan mazhab hanafi di malaysia ini, teruskanlah..tiada salahnya..Janganlah biarkan adab itu mengatasi hukum feqah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan