Khamis, Oktober 22, 2009

Nilai Kemanusian semakin luntur?

Malam tadi aku dlm tidak sedar telah mengetepikan nilai kemanusian hanya kerana material yang aku kejar.

ceritanya begini, aku singgah di stesen minyak nak beli air. Then ada seorang lelaki tahan aku, dia cakap kereta dia problem, baru je repair. Dia kehabisan duit dan takde duit nak isi minyak.Dia cuba untuk berhutang dengan stesen minyak tapi mestilah dia takkan bagi punya. So dia mencuba nasib untuk meminta belas simpati aku. Aku tak tahu lah macam mana, aku mmg nak rushing masuk keje. So aku ckp aku nak cepat sb lambat nak masuk keje.Ya Tuhan ku..oleh kerana mengejar dunia, aku telah mengabaikan nilai2 kemanusiaan dalam membantu sesama insan. Terpancar diwajah lelaki itu satu harapan agar dibantu.Dan wajahnya juga menunjukkan dia dalam kesusahan.

Aku bergegas ke pejabat, dalam perjalanan aku terbayang wajah lelaki dalam kesusahan itu.Aku berasa sangat menyesal kerana tak meluangkan masa untuk mendengar masalah dan membantu dia. Aku nekad dan berpatah balik ke stesen minyak tersebut.Lelaki itu sudah tiada, orang lain telah membantu dia. Semoga tuhan membalas jasa baik orang yang membantu lelaki itu.

Oleh kerana material,keadaan sekeliling,dan didikan kapitalisme...aku memilih untuk bergegas ke tempat kerja daripasa membantu sesama insan...aku berasa sgt malu...

p/s: kalau itu ada DIA, dia pasti akan memilih untuk menolong orang dlm kesusahan dulu, dan baru DIA fikir akan dirinya sendiri. Dia selalu begitu walaupun perlu mengorbankan diri sendiri.

1 ulasan:

Sueci My berkata...

touch